........... 1MDB - Jika Najib Ikhlas, Tidak Ada Apa2 Nak Sorok .... Najib Akan Ber'Temu' dan Jelaskan Pada Rakyat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Jika Najib Ikhlas, Tidak Ada Apa2 Nak Sorok .... Najib Akan Ber'Temu' dan Jelaskan Pada Rakyat

Friday, May 8, 201526comments


Boleh percayakah laporan astroawani di atas ? 

Bukankah dua bulan lepas Najib dah jawab semasa peristiwa bersejarah  Solidariti Bersama Najib ?


Waktu itu Ketua2 Bahagian kata - Najib dah jelaskan semuanya ..... 1MDB tidak ada masalah. Semua OK. Kita akan turun berjumpa akarumbi untuk tolong jelaskan ...... Ada mereka turun ?


Kemudian giliran Pemuda pula bulan lepas .......baik punya lambung !


Pemuda semua berpuashati dengan penjelasan Najib. Kita akan turun berjumpa akarumbi ....... ada mereka berjumpa sesiapa ?

Siapa yang tipu siapa ?

Apa yang payah sangat ni Najib ooooooi ? NAK SOROK APA ?

Adakan sesi soal jawab bersama media di mana media bebas bertanya soalan dan Najib juga bebas menjawab sambil dibantu oleh pengurusan 1MDB. Lagi baik kalau dapat adakan satu forum terbuka antara Najib dengan Tun Mahathir ..... di mana kita cuma mahukan kebenaran tentang 1MDB. 

Takkan itu pun tak berani ? ? Peluang untuk settlekan masalah ini once and for all.  Jimat masa, jimat tenaga, dan jimat wang ! Tak perlu nak serang sesiapa, tak perlu nak ungkit cerita tuk nenek, tak perlu tak bayar sesiapa..... kan senang begitu ?

Tak perlu nak diheret Umno dalam kemelut 1MDB ini. Malah pemimpin2 Umno pun sepatutnya bersatu suara menuntut 1MDB dan Menteri Kewangan supaya tampil dan menjelaskan duduk perkara kepada rakyat.

Ini bukan isu Umno tapi ini isu rakyat. 

Beberapa bulan lalu hutang RM42 billion, sekarang dah RM49 billion ..... lagi lama lagi bertambah. Tanah yang umpama hadiah percuma pula semakin lama semakin hilang bertukar tangan ..... hasilnya buat belanja hangus bayar faedah.

Last2 habuk pun tarak ..... tanah dijual, IPP kena lelong, maruah tergadai ... hasilnya apa ?



Sekali lagi saya mohon, tampil dan jawap sajalah persoalan2 mengenai 1MDB .... APA YANG PAYAH SANGAT NI ???

Nak sorok apa ? Tengoklah beberapa kes akibat nak sorok sangat, tak nak orang tahu ..... bila kecoh, mula nak marah2 tuduh fitnah politikla bagai ..... cuba jelaskan dari awal, tak adalah nak berlaku semua itu. Yang buat masalah adalah kerana nak menyorok tindakan yang dibuat. 

Selepas dijelaskan ternyata ( kononnya ) tidak ada masalah ...... so KENAPA NAK SOROK ?

Kalau katanya dulu dah diterangkan, tapi ternyata ramai yang masih tak puashati ...... so kenapa tak terangkan sekali lagi ? Apa masalahnya ? 

Jadikan ia satu sesi dua hala supaya jika ada yang masih tak faham, boleh tanya terus waktu itu juga dan jawapan diberikan supaya tidak ada salah faham.

Apa yang susahnya dengan cadangan ini ?

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:10 AM

Adakah najib n da gang dan bos tabung haji guna duit penabung yg bkn kaya mcm bos tabung haji tu pakai sesuka hati...azeez dan pengarah tabung haji di amanahkan tuk jaga duit penabung mcm najib diamanahkan tuk jaga n majukan lagik msia tp nampak gaya najib n gang dan pengarah th buat kerja sambil lewa...guana nk untung kalo beli pon rega tinggi langit doploh...yg rugi pendiposit cam haku....klo aq tadapat p haji masa haku sihat nim mmg musibat org th buat kerja..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:54 AM

Tempoh hari menafikan najib akan adakan perjumpaan dgn ketua2 bahagian dgn bayaran rm500,000 setiap seorg..
Sekarang tiba2 mmg ada perjumpaan itu...ofkoz la tiada org bodoh nk mengaku terang2 nk bg rasuah dpn media kan?
So...sy rs sebenrnya astro awani tu cuma tajok coverline sj....
Biasala najib mmg suka membodoh2kan rakyat
Sb mcm xde reason la plak tiba2 ketua2 bahagian dtg jumpa najib..
Buat senyap2 karang kantoi...lg susah nk explain

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
May 8, 2015 at 3:19 AM

Najib ni sebenarnya ibarat seorang yang sedang menunggang seekor harimau yang ganas dan lapar. Dia kena terus menunggang walau kemana saja harimau tu nak pergi. Dia turun saja, sudah tentu kena baham. Untuk elak dari kena baham, dia kena duduk atas harimau dan berharap harimau itu mati dulu.

Harimau itu bukan Tun M. Tun M hanya mahu hapuskan harimau yang ganas supaya semua orang selamat. Nak tembak harimau, Najib kena turun. Kalau tidak, mungkin peluru untuk tembak harimau terkena Najib.

Tun M cukup bernas kerana dia tahu, orang ramai akan mula hilang sabar kerana mereka takut harimau yang berleluasa mungkin akan membaham mereka. Untuk selamat, mereka akan bunuh juga harimau itu nanti tanpa ambil peduli sekiranya Najib juga turut terbunuh. Itu sebab Tun M nasihatkan Najib turun dulu.

Macam mana boleh terjadi sampaikan Najib menunggang harimau? Ini adalah kerana Najib kurang cerdik. Dia tak mahu dilihat sebagai klon Tun M (Tun kan suka menunggang kuda). Dia juga tahu kuda padi yang ada di Borneo tak mampu menanggung beban berat dia dan isterinya. Atas dasar dan kekemarukan Najib untuk dilihat lain dari yang lain, dia pilih untuk tunggang harimau. Satu lagi sebab adalah kerana bola. Untuk dilihat sebagai seorang yang berjiwa rakyat, dia mahu dilihat sebagai penyokong tegar team Malaysia yang teramat popular dengan nama Harimau Malaya.

Begitulah kisahnya bagaimana Najib menunggang harimau......

p/s: Maaf ye bro Din. Saja mengarut untuk hilang tension melihat perangai Najib yang tak berapa cerdik ni. Kalau tak siar pon tak apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 4:07 AM

Kesian najib.....tunggang rimau yg rongak....rimau dah Xde gigi...dah lah gitu...kena 'kasi' pulak...




....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 4:08 AM

Dia mahu datang ke tawau ni bersolidariti.......agak2 berapa banyak RM hangus?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 6:05 AM

Jumpa ketua bahagian sbb nk pastikan sokongan dalam UMNO. Perdana Menteri adalah Ahli Parlimen yg dipilih oleh parti yang mendapat majoriti 2/3 atau majoriti mudah di Parlimen dengan perkenan YDPA. Kebiasaan adakah Presiden parti. Jd klu nk selamat kan kedudukan. Jumpa ketua bahagian ja. Selagi parti masih memilih presiden sebagai Perdana Menteri. Memang xkan goyang la kedudukan Perdana Menteri. Sbb tu dlm setiap isu. Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda mesti kena jaga. Tanpa sokongan ahli parti hilang la kedudukan Perdana Menteri. Sebab tu perkara pertama kena jelaskan dgn parti dulu. Baru lps tu dtg ke rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 8:23 AM

aku pun meluat tengok najib & bini dia. Dalam sejarah Malaysia, PM Najib paling banyak penasihat dgn gaji yg besar..termasuk penasihat Mat Salleh. Berbelanja mewah, startegi politik yg bodoh, terlalu ikut rentak pembangkang, manja pada orang cina, BRIM, tidak meneruskan projek yg memberi keuntungan iaitu jambatan bengkok, kow tow pada S'pura,RM jatuh, 1MDB, kos sara hidup tinggi..bla,bla,bla....Mahathir sudah fedup, sudah jumpa 4 mata pun tapi tak mahu dengar. So Najib wajib undur, beri laluan pada Muyidin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 8:54 AM

Nampak sangat ada yang tidak betul dan ada agenda tersembunyi yang dilakukan oleh seseorang yang mungkin ada kaitan dengan 1mdb ni..

semua buat senyap2.

TH...anda seolah2 telah mengabaikan amanah penyimpan TH dengan berbuat sesuka hati anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 9:52 AM

Wahai najib,rosmah dan pemimpin umno sekalian,aku nak tanya sikit....adakah dalam pemikiran kamu ingat rakyat BODOH??????

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2015 at 10:13 AM

Sekarang masa terbaik untuk Najib menjelaskan keadaan :-

1. Isu 1MDB

2. Isu IPP dengan harga belian gila babi.

3. Isu TRX dan Bandar Malaysia. Kini landasan keretapi laju dengan Singapura sudah di gerakkan di mana Bandar Malaysia sebagai stesyen sentral serba canggih. Harap konsortium pemaju tempatan. TH lagi baik.

4. Terbaru isu TH dan TH Property. Sepatut nya TH dari awal mendapat tawaran seperti 1MDB secara terus. TH milik pendeposit orang-orang Islam dan simpanan sudah tentu di gandakan dengan pelaburan strategik jaminan kerajaan. Bayangkan sistem perekonomian Melayu dan para pemeluk Islam berlandaskan syariah bermula dari sini. Bayangkan majoriti pendeposit mampu memiliki harta perekonomian bernilai tinggi. Bayangkan gandaan dari pemegang akaun KWSP / Bank Islam dan seumpama nya, di libat sama memajukan transaksi ini. Masih memerlukan kepakaran asing?

4. Isu GST yang di lancarkan tersongsang memberi impak negatif kepada rakyat, kerajaan negeri dan semua semua utiliti kerajaan. Pemain telco yang membudayakan monopoli, mengabaikan tanggungjawab koporat berkomuniti dan mengabaikan para pengguna masing-masing. Penjelasan dan impak perbelanjaan dapur rakyat seharian yang sepatut nya tidak nerubah atau logik nya mesti berkurangan setelah di tolak SST yang nyata melebihi GST 6%.

Di mana realiti ? Jika tiada kesan, baik sahaja SST dalam keadaan biasa di teruskan, cuma menaiktaraf kecekapan kerajaan mengutip nya dengan cara lebih mapan.

Maka merujuk penilaian politik Permatang Pauh dan Rompin :-

1. Polemik pembangkang mencibaikan kerajaan semakin mendapat perhatian rakyat. Mereka tidak terkedu pasal hudud atau kemungkaran pembangkang, isu liwat, isu kipas magik, isu fitnah dan persepsi. Anwar hadhir atau tidak, bukan keperluan mereka. Apa lagi Najib ! Mereka tidak peduli pembangunan dan transformasi Najib. Mereka ambil BR1M demi arahan ketua politik. Mereka nikmati semua prasarana kerajaan tetapi mereka tetap taksub dengan nyanyian mitos kerana bertemu buku dengan ruas itu belum realiti. Buku dan ruas ketika ini hanya UMNO.

2. Mereka terkedu isu Umno itu "bangsawan penyamun" Ini racun musuh Umno dan di segar-bugarkan pembangkang. Mereka suka melihat KJ berzumba. Bergaya. Namun mereka tetap pilih pembangkang kerana siber mereka, saman mereka, laungan mereka, kehendak mereka di layan penuh PM Najib Sebahagian atas pagar terpengaruh. Sebahagian penyokong Umno bersedih, tidak keluar mengundi. Suku nya, lari menyokong pembangkang pilihan. Orang berumur tetap bertradisi pilihan biasa. Orang separuh umur ke kiri boleh, ke kanan pun boleh. Orang muda melepaskan perasaan, tentu sahaja memilih pembangkang kerana Umno tidak akan membela mereka bila berkelakuan kasar meluahkan perasaan ! (rujuk kes-kes mereka yang membela Umno, Melayu dan Islam.. mereka gerenti di hambat dengan cara seolah nya undang2 hanya terpakai untuk penyokong Umno ! )

3. Mereka tidak terkedu dengan sikap LGE / LKS / Azmin dan Hj Hadi dan kumpulan anwarinas. Mereka tidak terkedu menjadi munafik, pengkhianat bangsa, menyokong LGBT dan Bersih. Mereka tidak takut kemungkaran. Dalam dunia pembangkang, aspirasi LKS Dap itu di guna pakai. Pas itu tempelan. Pasma itu pemangkin. PKR itu Anwar Ibrahim.

Kenapa ? Maka Najib MESTI menjawab semua persoalan di atas. Najib juga mesti menjawab kenapa Tun M "bersuara pembangkang" sehingga ke tahap kronik dan tidak ingin membantu Umno ! Najib juga mesti menjawab kenapa barisan kabinet beliau dalam portfolio dan berkapasiti menjadi langau ! Mesti menjawab kenapa terlalu ramai "Jho Low" di keliling beliau. Penjawat awam gred utama dan di bawah pentadbiran nya terabai dan menerima arahan dari tidak sepatut nya ! Kaki maksiat menjadi penasihat/punahsihat kepada sebahagian mereka patuh Islam !

( he..he.. macam DT, dan lain nya, aku pun marah juga niiih... jangan tidak jawab PM Najib ! )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 11:33 AM

Den risau sesi soal jawab kali ni jadi macam Soal Najib Khas aritu.. well-scripted, buat rakaman... x sabar nak dengar jawapan pm sorang ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 11:47 AM

Ah Jib Gor ni dah ibarat seorang yang bodoh sombong. Kita sudah tengok this kind of 'show of support' dah banyak kali sebelum PRU13,dimana semua rakyat Cina declare 'We love PM, 'I love PM', 'IM4U', I love Ah Jib Gor , 1% pun tak boleh percaya. Propaganda style ala American ini yang arwah JJ guna utk Ah Jib Gor sudah BASI!

Boleh di katakan semua ahli tertinggi UMNO dah disillusion tentang tentang sokongan rakyat kepada mereka. Concept positive thinking 'the glass is half full not half empty' ,sudah menjadi budaya mereka kerana mereka sudah tahu trying to get a full cup is now impossible.

Zaid Hamidi punya latest remark tentang result PRK Permatang Pauh is a clear case of 'denial',bila dia bekata ada tanda tanda yg menunjuk rakyat masih sokong BN. Peminpin2 UMNO sekarang dah buat muka tebal as a strategy for their political survival. Jika mereka di baling najis ke muka mereka,mereka akan spin dan berkata kepada isteri mereka "Tengok sayang, rakyat sayang kat kita dengan membaling dan menghadiahkan baja organik kepada kita"

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 12:03 PM

1mdb kalau tak faham susah... jumlah aset semasa dinilai 52b... hutang lbh kurang 43b.. nampak untung.. tapi aset pada mula dibeli hanya 25b... jadi 43 tolak 25 sama dgn lbh kurang 18b ..itu balance pinjaman tunai.. yg ni yg org tanya kat mana hilang.. skrg guna lagi duit rakyat (TH) beli aset 1mdb dgn harga berpuluh kali ganda.. senang jadi pemimpin skrg.. ambik duit rakyat, bayar hutang pun pakai duit rakyat dari tabung lain.. mmg tak salah TH beli aset,tapi cara nya nampak tak kena, 1mdb? Semuanya tak kena..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 12:18 PM

Blogger2 prepaid punya spin:

Tuduhan berkenaan transaksi RM194 juta tu pun fitnah, sebab pembelinya ialah THP (TH Properties), bukan TH!

Sama2 makan duit haram.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:08 PM

Pasal apa hanya nak jumpa dengan 160 Ketua Bahagian sahaja, mana lagi peranan lagi 30 Ketua Bahagian, mereka ini Najib tak mampu nak cucuk hidungkah hingga mereka tak dipanggil untuk perbincangan tersebut?

Najib mana layan nak berjumpa dengan rakyat, dia hanya layan Ketua Bahagian, Presiden Parti Komponen, Tokey-Tokey Besar, Orang-Orang Putih, Golongan Bangsawan, itu dia layanlah, orang kampung biasa, buat kerja toreh getah, bersawah, jadi nelayan, pekerja kilang, mana Najib nak pedulikan.

Lihatlah penerangan pasal GST dan 1MDB pun hanya melibatkan golongan besar-besar saja, rakyat biasa ni dianggap bodoh oleh Najib kot, sebab tu dia hanya beri penjelasan kepada orang-orang besar saja, rakyat biasa ni hanya lihat dan dengar komen dari golongan atasan yang sesama mereka sendiri pun penerangan yang bercanggah antara satu sama lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:10 PM

The Final Conclusion of PRK Permatang Pauh and PRK Rompin is Najib and his gang must step down if Barisan Nasional want to win PEOPLE / VOTERS heart in next general election.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:19 PM

Sentimen di Rompin menunjukkan rakyat bengang dengan Najib, walaupun begitu mereka masih setia bersama Barisan Nasional, sebab itulah mereka tak keluar mengundi kerana mereka tak mahu menyokong pembangkang, tetapi pada masa yang sama mereka tak mahu jika mereka keluar mengundi dan majoriti meningkat, maka Najib akan berasa sangat riak dan takbur dan menjadi makin tak sedar diri.

Keutamaan sekarang ini adalah untuk menyelamatkan maruah UMNO dan untuk menyelamatkan Barisan Nasional dalam menghadapi PRN Sarawak dan PRU 14 kelak.

Dalam kemelut sekarang ini, Najib patutnya dan mesti menyalahkan dirinya sendiri yang melakukan sesuatu di luar batasan dan menyebabkan masalah dan kesusahan kepada rakyat serta merugikan negara dengan begitu teruk.

Isu GST di mana para pelaksana pun terkial-kial tak faham apa yang patut di buat, malahan antara jabatan pun bertelagah dalam isu kad pra bayar, Kastam kata kad pra bayar tak perlu dikenakan GST, tapi Suruhanjaya Komunikasi kata kad pra bayar perlu dikenakan GST, apa cerita ini semua? Kalau sesuatu dasar itu pada konsep pun dah tak jelas, maka bila dilaksanakan akan tunggang langgang, caca marba, berterabur, punah ranah sana sinilah.

Malahan isu yang hangat sekarang ini adalah 1MDB, tanah kerajaan yang berharga RM 35 bilion dijual dengan harga lebih kurang RM 2 bilion sahaja. Kerajaan rugi RM 33 bilion akibat penyelewengan tersebut. Malahan rakyat kerugian RM 33 bilion wang yang patutnya digunakan untuk pembangunan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:24 PM

Boleh kew penabung buat repot pulis..atas kecuaian pelaburan penabung...heheheeee...streszss wooooo...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 1:28 PM

THP ker yg beli.. Bkn timbalan KPE TH bgtau THP as developer.. Hanyut.. Hanyut..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 4:08 PM

Saya dah masuk 5series.setiap kali pilihanraya UMNO/BN pilihan saya tetapi untuk PRU14, saya tidak akan mengundi UMNO/BN jika PM tidak berubah sikap.Jalan terbaik adalah PM meletak jawatan secara terhormat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 4:12 PM

Blogger Din Turtle,
Ucapan tahniah untuk anda kerana berani melawan arus.Harap blogger yg lain pun begitu juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 4:53 PM

Pembelian TH utk tanah 1mdb berjumlah ratusan jutA rm dianggap bailout utk najib bayar hutang 1mdb... sudah lah kantoi, pandai berlakon pula pengerusi TH konon tak tahu.. 1mdb mempunyai hutan rm 43b dgn aset bernilai 52b..harus diingat aset itu hanya dibeli lbh kurang 20b... dan masih hilang lbh kurang 20b lg.. malah tunai lbh kurg rm2b di singapura pun khabarnya tak wujud..
Apakah najib tak terkesan langsung dgn puluhan billion yg dianggap hilang ini?..malah menggunakan duit rakyat, berhutang, menjual harta rakyat dgn harga murah dan dlm diam menggunakan duit rakyat semula membeli dgn harga mahal..utk bayar hutang atau utk hilang sekali lagi.. rakyat harus bangkit sedarkan najib ni dah jauh dari blur,mungkin dia ni perancang kepada semua masalah ini?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 8, 2015 at 9:26 PM

@maae

Saya nak perbetul kenyataan Tuan Maae di bawah...

"Najib juga mesti menjawab kenapa Tun M "bersuara pembangkang" sehingga ke tahap kronik dan tidak ingin membantu Umno !"

Tun Dr Mahathir sedang dan tengah berusaha bersungguh2 untuk membantu memulihkan UMNO dengan membawa "suara rakyat" bukan suara pembangkang.

Malangnya DS Najib buta hati tidak faham dan cuba membawa UMNO menuju kehancuran dengan segala macam skandal.

-----------

Berapa kali Ah Jib perlu jumpa ahli UMNO yang berjawatan untuk mendapatkan "sokongan" ? Buang masa buang duit. Ah Jib perlu letak jawatan sahaja.

Kepada Muhyiddin dan yang lain. Apa yang anda semua tunggu lagi ???? Kapal sudah nak karam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 10:52 PM

Pemimpin kita nak tunggu apa lg. Aku rasa nyamuk dah jumpa. Pijat pun dah dpt. Jgn biarkan kelambu atau rumah terbakar. Bertindaklah dgn bijak. Kalu xbijak gak mkn lah coklat minda tau kismis byk2. Jgn gunakan tau mkn duit rakyat tu yg 'benak' x mau-mau tu.


....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 6:35 AM

Ahmad maslan ke yg jwb camtu?
Kedengaran mcm dia..

....................
Reply To This Comment ...................
May 9, 2015 at 6:38 AM

Samada diorg ni simpan telur atau masing2 ada portion dlm 1mdb... sbb tu senyap

Post a Comment