........... You Are Not Alone Muhyiddin - Benarkah Menyokong Tun Mahathir Yang Minta Najib Bersara ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

You Are Not Alone Muhyiddin - Benarkah Menyokong Tun Mahathir Yang Minta Najib Bersara ?

Monday, April 20, 201513comments


Berita paling panas hari ini adalah kenyataan Muhyiddin You Are Not Alone yang ditujukan kepada Tun Mahathir semasa berucap di sebuah Forum Antarabangsa 'Engaging The Young To Criminalise War and Energise Peace' di PWTC.

Cepat dan pantas sekali mereka yang menyokong gesaan Tun supaya Najib bersara dari menjadi PM, mengambil kenyataan itu sebagai sokongan dari Muhyiddin kepada pendirian Tun. Dalam wassup grups pun cepat disebarkan.

Lebih menarik, portal yang amat rapat dengan PMO pun merupakan antara yang paling awal siarkan berita kenyataan TPM itu.

Hehehe .... saya dah agak pun. Kena siarkan cepat untuk beritahu semua orang bahawa Muhyiddin sebut You Are Not Alone itu merujuk kepada perjuangan Tun dalam menentang Jenayah Perang Kuasa Besar dan bukan merujuk kepada luahan Tun yang beliau keseorangan dalam meminta Najib bersara !

OK, saja nak hangatkan lagi isu ..... anda fikir benarkah Muhyiddin tujukan ayat You Are Not Alone itu kepada Tun Mahathir sebagai merujuk kepada kes Tun-Najib ATAU merujuk kepada usaha Tun menentang Jenayah Perang ?

Apakata layan dulu video pendek ucapan Muhyiddin ketika beliau sebut ayat kontroversi itu -




" ...... Tun has been very vocal in voicing out the brutal truth about war and the misery it causes to mankind and therefore calls for war to be made a crime. I must praise you, Sir for your bravery and perseverance in stating the brutal truth about war and for your guts to stand against the  powerful nations and the leaders to ciminalise war,"

“ Well in fact, telling the truth and standing against the power that be, has always been your trademark ever since you were a young doctor and of course as an ordinary Umno member then... and TILL TODAY,  AND LET ME ASSURE YOU SIR, YOU ARE NOT ALONE IN TELLING THE TRUTH. "

Mulanya saya agak skeptikal yang Muhyiddin begitu terbuka sokong Tun. Cuba perhatikan majlis dan konteks ucapan beliau, kata saya dalam grup wassup. 

Tapi bila saya fikirkan balik .....

Ingat ya, ini adalah di Forum Antarabangsa. Apahal Muhyiddin nak sebut Tun sebagai ahli Umno ? Dan perhatikan ayat akhir yang saya besarkan di atas. Till today .... ?

Saya amat yakin yang Muhyiddin merujuk kepada luahan Tun yang berasa keseorangan bilamana Najib mengerahkan seluruh jentera Umno supaya menyatakan sokongan kepada dirinya bila Tun meminta Najib bersara.

Tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani tampil menyokong Tun. 

Fikirlah .... dalam banyak2 ayat, kenapa ayat Till today,  You are not alone in telling the truth yang disebut oleh Muhyiddin ?

Takkanlah sebagai TPM, Muhyiddin nak sebut secara terbuka dan direct yang beliau sokong Tun supaya Najib bersara jika Umno mahu menang PRU14 ......

Najib dulu pun masa Paklah nak bersara, dia pun takde sebut terang2 mahu Paklah letak jawatan.... tapi bila dipilih sebagai pengganti, terima tetap terima !

Sebelum ini pun Muhyiddin sudah beberapa kali menjarakkan diri dari tindakan Najib. Ingat selepas Najib dan kabinet umumkan Kabinet, setelah mendengar penjelasan 1MDB dan Deloitte, menyatakan keyakinan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB.

..... segera Muhyiddin balas dengan kenyataan media - Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya. Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte. 

Dan juga yang ini  Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam. 

Tup-tup kabinet terpaksa mengaku ada bertindak menyelamat melalui Standby Credit hampir RM1 billion bila di asak .....

So ...... bagi saya - TerimaKasih Muhyiddin kerana memberi mesej yang anda bersama Tun Mahathir, yang Tun tidak keseorangan dalam menegakkan Kebenaran bagi pihak rakyat ! 

Semuanya atas nama perjuangan Umno jua ..... 

PS - Oya, jangan lupa Muhyiddin juga mahu Pemilihan diadakan tahun depan !

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2015 at 12:44 AM

Bukan tu aje saudara Din, malah ayat yang paling tepat menunjukkan TMY sokong Tun untuk singkirkan Ahjib ialah..." telling the truth and standing against the power that be..."

Saya yakin sangat yang Ahjib x leh terlepas lagi dari scandal 1MDB..Muhyiddin dah nampak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2015 at 12:50 AM

thats a good sign..bravoo bro

....................
Reply To This Comment ...................
Poseidon
April 20, 2015 at 3:04 AM

Sorry bro, Najib WILL NOT go. Simple, he'll be left with a legacy worst than Pak Lah!! Najib dah ada semua tapi tiada legacy. Beliau akan dikenang sbg bekas PM yg paling burok. Full of destructions and corrupt! Tapi risiko yg akan dia ambil sekiranya masih bertahan sehingga pru 14 dan BN tewas, amatlah burok. Bukan hanya kpd dia dan familinya secara peribadi malahan juga kpd lain2 pemimpin2 UMNO/BN serta negara secara khususnya. Keruntuhan sistem secara total, pendedahan skandal2 yg sekarang "in the closets", imej negara yg terhina dgn ketuanan Melayu akan ranap dan keruntuhan institusi beraja yg dan ugama Islam yg disokong dibahu UMNO/BN. PRK Rompin dan Permatang Pauh akan memberi pendedahan awal dimana letaknya BN di hati rakyat. Jika Rompin tewas kpd pembangkang seharusnyalah Najib mengundurkan diri dgn segera.

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2015 at 4:33 AM

Udah2 la umno..teima lah hakikat parti anda ni dah nazak.Nak harap undi cina dan india mcm dulu??.Jgn hrp lah.Kami org kg ni la yg dok percaya dan undi kamu.Brg mahal,Kena Gst,cukai servis 10% kena byr dan Rm jatuh!! Jgn la smpai kami buat kami BOSAN..Menyesal x sudah nnt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2015 at 9:24 AM

salam din turtle saya amat hairan dengan pengomen pengomen kerana sikap mereka tidak lebih dari minda seorang pembangkang. pertama nya kerana terlalu taksub dengan kebenaran hingga lupa keadaan sebenar berlaku. berapa kali kita telah ditipu oleh pimpinan terdahulu baik yang didalam kerajaan atau yang telah menjadi pembangkang tetapi kita masih tiada kesedaran. saya keatakan zaman tun m banyak isu isu besar yang belaku melibatkan ekonomi dan politik tetapi kita masih alpa. anwar kita telah ditipu oleh sifatnya yang alim sampai ade video malah mendiang karpal singh mengaku nya tetapi kita juga tidak sedar. yang kita nampak kenyataan kenyataan yang tidak mempunyai bukti dan asas. saya mudah je mane yang benar benar mane yang salah salah. tapi biar dibuktikan dengan nyata. saya amat menyokong najib di suruh letak jawatan sekiranya dia bersalah. jgn cakap pasal manipulasi, jangan cakap pasal komplot dan lain lain. saya pernah mempercayai anwar membuta tuli semasa beliau di tangkap kesedaran untuk mempercayai mana yang benar atau bohong mengambil masa yang lama. kalau nak ikut saya dari kalangan kumpulan sederhana perlu memberontak dengan keadaan sekarang ini. nak beli rumah sederhana mahal nak beli rumah murah tak layak. yang berpendapatan rm 4000 kebawah dapat segala gala nya, kaum nelayan dapat elaun sara hidup bulanan naik lagi, elaun bot, elaun pukat, bantuan sekiranya musim tengkujuh, itu belum kira ICU bantu, elaun jande, elaun duda, brim, prima, tak tau ape lagi, nelayan kerajaan suruh turun kelaut tangkap ikan je, anak depa dapat bantuan beg, buku, basikal, nak masuk kolej pinjaman tak payah nak susah. itu belum kira banjir, puting beliung, kalau gempa bumi ke gunung berapi lagi hebat bantuan nye., bantuan kambing, lembu. ayam, udang, babi lagi, sampai zin atap rumah sekeping tercabut pun mintak kerajaan tolong. semua nak free je ade gst kira hang sumbang lah skit untuk bantuan hang kan baguih. kita kena ingat ekonomi kita dikuasai cina untuk kawal beli lah barang dikedai melayu, tetapi bila kita cakap dia kata kedai melayu barang jual tak cukup lak. ape pun orang melayu memang tiada kesedaran dan suka memberi alasan. kadang2 saya rasa baguih gak jadi macam singapore baru kut masa tu kita orang melayu sedar tetapi aku agak masa tu dah terlambat. dan tun m pun akan kata "aku habak je awat hangpa ikut, orang tua cakap hangpa pi dengak buat pe" dan orang melayu akan terkial kial nak marah tak bolih.

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2015 at 9:46 AM

Muhyiddin is a seasoned politician. If he doesn't want to support Tun why would he make such stupid statements that could easily be misinterpreted. He is not that stupid. Those people who said that his statement only refers to his support for Tun effort on war is insulting his intelligence. His statement is very deliberate.

What is interesting also is that Tun evaded from endorsing him. He is keeping his options open and close to heart. He kept saying that Najib replacement will depend on the party. But its a fact that he himself is a big part of the party! No one get the president post without his consent. But right now he just wants to drum up more support first.

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2015 at 10:00 AM

@Anonymous"pertama nya kerana terlalu taksub dengan kebenaran hingga lupa keadaan sebenar berlaku"

Itulah yang kita nak tahu apa keadaan sebenarnya mengenai 1MDB

Juga dek kerana kesedaranlah maka ramai yang menyokong gesaan Tun supaya Najib bersara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2015 at 11:53 AM

Saya pulak mempunyai pandangan yang berbeza... Kenyataan "menyokong TDM" oleh muhyidin mungkin ada kaitan dgn PRK Rompin dan P.Pauh. Muhyidin takut para penyokong umno dlm kawasan tersebut memberi undi protes kpd BN lantaran kedegilan PM terhadap TDM. Bagi saya, keberadaan penyokong umno terhadap PRK atau PRU adalah kerana keberadaan TDM dlm umno.... kalau TDM suruh kalih, mungkin 60% penyokong umno akan kalih....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2015 at 11:56 AM

1. Probably there is a concerted effort albeit subtle but explosive move by tdm and tsm. If it is true, I fully support such endeavour.

2. It could be a coincidence but i doubted it very much....najib is in overseas, muhyiddin covering now as PM. The conference was about criminalising war and conflicts. Chairman of foundation is tdm. Guest of honour was muhyiddin.

3. Before the conference, rumours had it that there was an effort to "clip off" muhyiddin's wing by stripping him off chairman of national disaster relief committee, not appointing him as bn's director of operation for permatang pauh and rompin parliamentary elections etc etc.

4. The speech by muhyiddin was cleverly and timely delivered at a conference about war and disputes. TSM at first gave tdm a salute on his tireless effort to criminalise war and unnecessary disputes. He praised him for his strong criticisms of western leaders. He craftily commented on tdm's vocal criticisms not only when he was a PM but even as a young doctor and A MEMBER of umno and TILL TO THIS DATE.....suddenly the statement "you are not alone in talking the tryth"...fuuuhh.

5. By now PMO boys have been sending volumes of comments and suggestions to najib for the next course of actioncs.

In any case...bravo tsm.....thats the way forward.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2015 at 5:50 PM

Najib,please wake up..it's time to go. AH JIB MUST GO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2015 at 9:55 PM

Kadang-kadang terkagum juga melihat sentuhan halus dan isyarat yang di berikan oleh master politician. Aku nak bagi isyarat halus pada bini nak kahwin lagi pun tak lepas.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 7:19 PM

TDM , tun bukan bersendirian kami warga malaysia yang tertipu ini berada sentiasa meyukong kebenaran ,

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 6:26 AM

Haha... Kalu ngan Bini... Bgtau jee... Jgn Tanya... Tanya confirm x dpt...

Post a Comment