........... Tun Mahathir - Who Is This Jho Low ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Who Is This Jho Low ? ? ?

Sunday, April 12, 201529comments


Dalam pertemuan Tun Mahathir bersama bloggers baru2 ini, selain dari isu Jambatan Bengkok ( KLiK ), Sirul ( KLiK ), BR1M ( KLiK ) dan menyentuh kenapa beliau menggesa Najib bersara ( KLiK ), sudah pastinya tidak ketinggalan isu 1MDB.

Tun menyentuh isu 1MDB dalam beberapa segmen dan saya gabungkan 3 segmen itu dalam video di bawah. Umum sudah tahu masalah yang dikaitkan dengan 1MDB jadi Tun tidak perlu mengulangi senarai itu.

Tun komen tentang kesan yang dibawa oleh 1MDB jika tidak diselesaikan segera, kenapa Najib harus GO NOW, keperluan diwujudkan satu Suruhanjaya Bebas ( Independent Commission ) dan sekali lagi mempersoalkan siapa Jho Low.

Amat sukar untuk selamatkan 1MDB ketika ini, kita tidak dapat elak dari kerugian beberapa billion ringgit. 

Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang .... mereka tidak ada simpati. Mereka akan mencungkil ( 1MDB ), mereka yang bertanggungjawab akan didakwa di mahkamah dan mungkin akan didapati bersalah.

Jika BN kalah, negara ini akan menyaksikan ramai yang terpaksa membayar harga yang tinggi. ( menanggung akibat yang besar )

Saya fikir ... kalau dia takda, BN menang..... that's why it has to be now, because we will still have about two years to work to recover. But if he doesn't go now, and he has this PAC and others making the investigation for two years, three years .. sampai pilihanraya pun dia masih there ( di situ ) and we lose, i think there will be a lot of trouble for everyone.

Those who cover up, they will have to pay a price.


Woooooo ..... apa yang anda dapat rumuskan dari ayat di atas mengenai masalah 1MDB, pada pemikiran Tun ? Apa dan Kenapa perlu di cover up



KLiK untuk ke Youtube.


PAC will ask question .... because opposition is there ... but WHEN ? Last night also dia ditanya bila ? ( program soal jawab TV3 bersama Najib ). After the election ? Two years more to show the result ? 

Because in my case, it took five years for the court to decide that i was not guilty of saman malu .... so this thing can drag on and on ....

( Kita perlukan ) Totally independent Comission..


We need to have really neutral people to do a thorough investigation as to where the money went. Who was handling the money ?

( Kita perlukan mereka yang benar2 bebas untuk lakukan siasatan yang menyeluruh ... untuk siasat ke mana perginya semua wang itu. Siapa yang uruskan kewangan itu ? )


WHO IS THIS JHO LOW ?

Suddenly become so very important ? Apa dia punya  ..... Dalam kerajaan pun dia takde jawatan, Dia bukan civil servant .. tiba-tiba he has such power. ...... and people tell me ( tapi saya tidak dapat buktikannya )  that he conducts as if  he is the government.

( Jho Low jual nama PM.) Tak berani ? I ring up the PM ! - That's what they say la.... betul tak betul itu saya tak tahu la.. tapi itulah cerita.


Sekali lagi Tun Mahathir sebut nama Jho Low. Siapa Jho Low ni ? Bila dah kontroversi mulalah semua orang pun ngaku tak kenal ! Tapi nama nya sering muncul dikaitkan dengan 1MDB, dikaitkan dengan keluarga Rosmah, dengan kehidupan mewah, dengan juta-juta, billion-billion ... dari awal penubuhan 1MDB lagi nama Jho Low sudah naik.


Saya fikirlah .... ada baiknya kita jemput Jho Low pula dalam program Soal Jawab TV3 !

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 9:14 AM

Berdasarkan blogger pro Najib, pelantikan Jho Low untuk menguruskan dana 1MDB ada kaitan dengan Sultan Mizan Zainal Abidin mantan YDP Agong sebelum ini.

lihat ini:

http://theflyingkick.blogspot.com/2015/04/10-jawapan-bagi-10-soalan-marhein-untuk.html

Kes ini dah bertambah menarik, mantan YDP Agong yang kini Sultan Terengganu pula diheret dalam kemelut ini.

Tak pastilah samada isu ini benar atau hanya ditimbulkan untuk menghentikan persoalan rakyat mengenai isu ini dengan menggunakan nama mantan YDP Agong yang kini merupakan Sultan Terengganu.

Kes makin menarik, meskipun begitu penjelasan di dalam blog pro Najib itu sangat mengelirukan dan ada perkara yang tidak masuk akal.

Misalnya 1MDB perlu menjual aset untuk bayar hutang, kalau menjual aset untuk bayar hutang, apa gunanya beli aset itu sebelum ini? Patutnya aset yang ada dijana untuk membuat keuntungan dan hasil dari keuntungan itu digunakan untuk bayar hutang, bukannya menjual aset yang dibeli untuk bayar hutang. (perkara 2 dan 3).

Seterusnya mengenai USD 1.103 bilion di BSI Singpore Ltd. di Singapura, wang itu adalah wang 1MDB, apa kena mengena pula dengan pemberi pinjam wang berkenaan yang memaksa 1MDB menyimpan wang itu di Singapura? Kalau setakat nak lihat wang itu diluar bidang kuasa Malaysia, pasal apa tak simpan di Brunei atau Australia, atau di New Zealand, atau di Luxembourgh, Belgium, Bhutan, Nepal atau sebagainya? (perkara 7 dan 8)

Kemudian mengenai penjualan tanah di TRX kepada 1MDB, mengapakah perlu bayar RM 70 juta jika dikatakan tak apa bayar di bawah harga pasaran pun, kerana 1MDB adalah 100% milik kerajaan, mengapakah tak diberikan secara percuma kepada 1MDB kerana 1MDB 100% dimilik oleh kerajaan Malaysia? Maka 1MDB akan jimat wang kerana boleh digunakan untuk bayar pampasan kepada penduduk yang berkenaan menggunakan RM 70 juta itu. Mengapakah terjadinya sebegini? (perkara 9)

Kemudian penjelasan mengenai Jho Low tidak dibayar apa-apa oleh 1MDB, persoalannya adalah apakah Jho Low itu hamba abdi yang perlu melakukan kerja tanpa sebarang bayaran upah?

Lihat kenyataan ini:

"Difahamkan bahawa PetroSaudi mempunyai perjanjian pengurusan dana dengan sebuah syarikat bersekutu Jho Low dan USD700 juta daripada dana dalam akaun bank Good Star Ltd yang dipindahkan kepada akaun milik 1MDB oleh PetroSaudi tetapi diuruskan oleh syarikat bersekutu Jho Low."

Entah apalah penjelasannya, mengelirukan dan entah apa-apa.

Walaupun begitu, apa yang menariknya adalah pendedahan bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin TERLIBAT dalam PELANTIKAN Jho Low untuk MENGURUSKAN DANA 1MDB adalah sangat menarik dan perlu pencerahan yang menjadi semakin kompleks kini.

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 9:19 AM

din..jika melihat ke pandangan kasar..mcm xda harapan je nak turunkan Najib ni..sokongan yg dibuat2 setiap bahagian UMNO nampaknya mmberi keyakinan kpd Najib dia pasti kekal PM..ada kah kita akan tunggu org UMNO berubah hati atau biarkan sja sehingga PRU 14..Skang pun mereka dah mula berjauhan dan menghilangkn persoalan Tun untuk dibincanhkan..Tun akan duduk dlm peti sejuk..mereka tidak akan melayan Tun..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 9:26 AM

Sepatutnya masa soal jawab aritu soalan pasal jho low ni wajib ditanya.

TV3: Jho Low dikaitkan dengan skandal 1MDB. Terdapat tuduhan mengaitkan jho low dengan salah laku dana 1MDB.. emm Datuk Seri kenal atau tidak individu bernama Jho Low ini?

Ah jib gor: 1MDB mempunyai aset berbilion ringgit yang melebih inilai hutangnya. Jika aset ini dicairkan, maka hutang 1MDB dapat dibayar. Kerajaan hanya membayar rm1 juta sebagai modal permulaan. Saya tidak terlibat dalam perjalanan urusan harian 1MDB.

TV3: Errrr.. ok Datuk Seri soalan seterusnya..

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 10:40 AM

Ismail Sabri KPDNKK berusaha giat untuk menghapuskan 'orang-tengah' atau broker demi menurunkan harga barangan. Saya yakin beliau tidak akan berjaya kerana boss dia sendiri amat gemar guna broker atau 'orang-tengah'. Contohnya:-

1. Beli kapalselam. Pelacur 5 bintang menyelit masuk. Kena bunuh dan sudah hampir 10 tahun, kes masih menjadi topic hangat. Selagi Najib tak letak jawatan, Altantuya akan menghantui BN, lebih-lebih lagi bila dekat PRU.

2. Dalam urusan 1MDB, juga guna 'orang-tengah'. Hutang 42+3 billion dah untuk bayar komisyen dan interest. Kemelut tak akan selesai sampai bila-bila. Selagi Najib tak letak jawatan, 1MDB akan menghantui BN, lebih-lebih lagi bila dekat PRU.

Rumusannya: Najib mesti berhenti jadi PM, serta-merta untuk beri peluang penganti memulihkan keadaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 10:49 AM

salam,
jawapan kepada tdm, jhlow ni setaraf dengan sultan. itu jawapan la. boleh jumpa sultan dengan mudah pasal dia pun reputasi sebagai seorang pelabur. melalui cakapnya sahaja, sultan mizan terus percaya dan arahkan mb terengganu untuk invest. masa tu idris jusoh, tak perlu kajian, dengar cakap dan sebab dia punya kawan orang arab, orang arab adalah bangsa nabi, baik belaka tu dan tak masuk akal nak menipu. sultan mizan terus angkat tangan dan arahkan. kira bila dah sultan masuk campur hal jhlow ni, orang lain jangan sentuh la, pasal mana boleh nak tunjuk sultan buat silap. penulis tu kalu tak silap nama orang siam kot. pakat copy paste belaka.

lepas tu cakap pasal hutang. orang yang tulis ni pandai ekonomi ker dan mahir berniaga ke? tu yang saya nak tahu tu. yang persoal ni orang yg tulis hal ekonomi berpuluh tahun, orang yang berniaga jutaan ringgit, dan orang yang tadbir urus ekonomi. kalu mereka bimbang, memang patut ada asasnya. tak ada pun para peniaga jutawan yang datang back up perniagaan 1mdb ni. semua tunggu peluang nak ngap dengan harga murah. kerana asetnya yang berbillion dan hutangnya yang tak mampu bayar. buat hutang dan tak bikin duit. mana nak dapat cash flow dan bayar hutang. asyik dok cakap nilai aset banyak dan lebih daripada nilai hutang. yang nilaikan aset tu diri sendiri dan bukan penilai pun, kalu dan nak terberak sesangat, mesti kat semak jer dan bukan dalam tandas. jadi harga jual aset ni kira jual murah la pasal terdesak dan kira sapa yang letak harga mahal. lelong camtu. tapi tak mengapa la, mereka dapat yakinkan para penyokong yang kurang analitik dalam pemikiran. kalu sebut kentut ahjibgor tu wangi, ramai yang pertikai kalu ada yang kata busuk sebab orang keliling ahjibgor kata wangi.

selagi tdm, akj, ostb dan beberapa orang yang teruskan main isu ini termasuk bro din, kita yang mengikuti isu ini akan terus berpihak kepada bro sehingga la semua isu ini selesai dan penjelasan dapat memuaskan hati para penulis isu ini. kita yang baca tidak buat kajian tapi berfikir bila membacanya.

hal jhlow dan anak tiri, dalam blog ostb ada menulis. dan membuat kita berfikir kebenaran tulisan tersebut dalam mendapat wang untuk buat filem dan beli rumah. tak ada yang menjawab tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 11:24 AM

comei betui budak taek jho lo nih....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 11:28 AM

Betul TUN M ni
jika ''ditakdir'' BN kalah.... najib satu keluarga opposition parti ''tampa'' ada rasa menyesal akan sumbat mereka ini ke penjara,
INI munkin ada dlm fikiran TUNM dia takmau ckplah nanti nampak mcm ugut,,,,,,,,
TUN bila dah diatas munkin takut ''GAYAT'' lihat bawah....
BAIK KITA TOLAK JE DARI PIHAK PR TOLAK TERUS KE ''DALAM' silap Rosmah pun kedalam
Pada rkyat yg syg umno menderita baik sebilangan kecil mereka ini kita TOLAK....

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 11:29 AM

Memang aku hendak tahu pasal Jho Loh ini. Misteri ini mesti di rungkai. Lain nya shell co. yang beliau wujudkan dalam urusan "cover up" ... bukan cover up yang Tun cakap tuu...

....................
Reply To This Comment ...................
Poseidon
April 12, 2015 at 12:15 PM

Jho Low is one of many prospects yg biasanya depa panggil LEMBU di pejabat2 Menteri. Tapi lembu ni dah bertukar jadi Aphrodites. PM Kangkong dan RM dah disula oleh Aphrodites. Ingat sejarah Nero main biola masa Rom terbakar? Ataupun Marie Antaoinette yg gila kemewahan dicincang oleh rakyat Perancis? King Louis XVI? Jalan.. Mungkin itulah juga akibat ataupun end-game utk mereka berdua kalau isu2 ini tak diselesaikan dgn baik. Wish you all the best Mr PM and the First Lady..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 12:18 PM

Assalam Din.
Saya berpendapat masa Tun Abdullah menyersh kuasa kepada DS Najib, mesti dah ada perjanjian sulit.

Masakan tingkat 4 bertukar menjadi pemandu? Cuba fikir..
Satu lagi, Jho Low ni bukankah drp zaman Tun Lah? Siapa yg bawak dia masuk? KJ?

Teka teki ni sebenarnya dah terungkai pun. Angin tak ada ribut tak ada tiba tiba KJ keluar statement test market. Apakah makna itu?

tiba tiba si ikan bilis nama Lokman Adam bantai tun mahathir. Amboi...sedapnya bahasa..engkau dulu duk basuh berak anwar...pastu gaduh dgn ezam pastu masuk umno..nak ajar plak tun Mahathir..hahahaha

Din, Najib sebnarnya dah terbelit dgn perjanjian yg dis buat dgn gang tingkat 4. Dia tau dia tak boleh jawab Tun. Aku lost my trust with Najib bila dia bubarka ISA. Jahanam Malaysia.

jadi, apapun..aku menyokong Tun Mahathir. Kalau mak njaib turun then Najib kena turun.

PENGUNDI SEKSYEN 2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 12:35 PM

@jgn jadi bodoh!!!

Isu utama adalah untuk berusaha mengelakkan UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 kelak.

Ini bukan isu main-main, kepada ketua-ketua bahagian UMNO, sedarlah isu ini bukan mengenai isu peribadi Najib, tetapi isu melibatkan hidup dan mati UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak.

Sebagaimana nasihat oleh Tun Dr. Mahathir, jika UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 amat sukar untuk bangkit kembali. Ini kerana PKR, PAS, dan DAP akan sedaya upaya membuat apa jua cara untuk membolehkan mereka berkuasa dalam pilihanraya-pilihanraya yang seterusnya. Ini boleh dibuat oleh mereka jika mereka menang.

Malahan ini juga berkaitan dengan kepentingan Bumiputera dan kepentingan Islam. Dengan melihat kepada gabungan PAS, PKR dan DAP, mereka ini akan pinggirkan bumiputera dan meminggirkan Islam dalam negara ini.

Walaupun PAS yang kononnya parti Islam, tetapi jika gabungan PKR, DAP dan PAS berkuasa, golongan Islamis dalam PAS akan dihancurkan dan PAS akan dikuasai oleh golongan sekular seperi Mat Sabu, Mahfuz, Mujahid, Khalid Samad, Hanipa Maidin dan kuncu-kuncu mereka dengan bantuan DAP.

Ini kerana matlamat puak sekular dalam PAS bukanlah nak perjuangkan matlamat asal PAS, tetapi lebih kepada nak berkuasa dan dengki serta iri hati kepada UMNO sahajalah.

UMNO dan gabungan parti komponen Barisan Nasional mengutamakan Islam dan bumiputera serta menjaga hak-hak kaum lain, tapi kalau gabungan PAS, PKR dan DAP berkuasa, maka kuasa dominan adalah DAP yang akan meng'Singapura'kan Malaysia ini.

Oleh itu semua ketua bahagian perlu sedar akan isu sebenar, isu pokok yang diutarakan, bukannya nak menyokong membuta tuli hingga akhirnya menang sorak kampung tergadai, malang bertimpa-timpa seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang.

Sedarlah sebelum terlewat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 12:38 PM

@Anonymous

Sepatutnya masa soal jawab aritu soalan pasal jho low ni wajib ditanya.

TV3: Jho Low dikaitkan dengan skandal 1MDB. Terdapat tuduhan mengaitkan jho low dengan salah laku dana 1MDB.. emm Datuk Seri kenal atau tidak individu bernama Jho Low ini?

Ah jib gor: 1MDB mempunyai aset berbilion ringgit yang melebih inilai hutangnya. Jika aset ini dicairkan, maka hutang 1MDB dapat dibayar. Kerajaan hanya membayar rm1 juta sebagai modal permulaan. Saya tidak terlibat dalam perjalanan urusan harian 1MDB.

TV3: Errrr.. ok Datuk Seri soalan seterusnya..

--------------------------------------------------

Sepatutnya begini:

Sepatutnya masa soal jawab aritu soalan pasal jho low ni wajib ditanya.

TV3: Jho Low dikaitkan dengan skandal 1MDB. Terdapat tuduhan mengaitkan jho low dengan salah laku dana 1MDB.. emm Datuk Seri kenal atau tidak individu bernama Jho Low ini?

Ah jib gor: 1MDB mempunyai aset berbilion ringgit yang melebih inilai hutangnya. Jika aset ini dicairkan, maka hutang 1MDB dapat dibayar. Kerajaan hanya membayar rm1 juta sebagai modal permulaan. Saya tidak terlibat dalam perjalanan urusan harian 1MDB.

TV3: Tahniah dan syabas Datuk Seri suatu penjelasan yang sangat mantap yang memberikan pencerahan yang sangat terang bederang yang begitu memberi pemahaman yang sangat mendalam kepada saya sebagaimana fahamnya 154 Ketua Bahagian UMNO yang berjumpa dengan Datuk Seri sebelum ini, syabas dah tahniah saya ucapkan, Datuk Seri memang hebat.

Itulah yang patutnya dijawab oleh moderator TV 3 itu, menjadi pengampu dan terus mengampu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 1:35 PM

Para penyokong Najib ini masih tidak sedar bahawa Tun Dr. Mahathir menegur Najib sebab Tun Dr. Mahathir sayangkan Najib, malahan selepas Najib tak dengar teguran, nasihat, maka Tun Dr. Mahathir mengkritik Najib pun bukannya nak menjatuhkan Najib sesuka hati, tetapi kerana sayangkan Najib kerana jika UMNO dan Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, pihak pembangkang akan berkuasa, mereka akan menggali, mengorek, menyelongkar apa sahaja untuk membalas dendam terhadap Najib dan pimpinan kerajaan, sebab itulah Tun Dr. Mahathir membuat teguran, tetapi para penyokong Najib masih buta hati, tak tahu menilai yang mana racun yang mana madu.

Bukanlah kita menuduh Tun Dr. Mahathir mahu melindung kesalahan pemimpin kerajaan sekarang ini, tetapi pihak pembangkang akan membuat apa sahaja untuk menyabitkan kesalahan kepada pemimpin kerajaan sekarang ini sekiranya mereka berkuasa kelak.

Lihatlah apa yang jadi pada Presiden Morsi di Mesir, lepas pihak lawannya menang, pihak yang menang itu akan membalas dendam dengan melakukan penahanan politik serta perbicaraan politik terhadap Presiden Morsi dan sekutunya.

Melihat kepada riak pembangkang ketika ini, mereka akan buat begitu jika mereka menang kelak, mereka akan pastikan UMNO ketandusan pemimpin dan mereka akan menyebabkan UMNO dan komponen Barisan Nasional tercalar teruk hingga tidak boleh bangun lagi.

Inilah intipati sebenar kritikan Tun Dr. Mahathir terhadap Najib, bukannya menyerang peribadi Najib sebab nak merampas jawatan Perdana Menteri dari Najib, tapi kerana sayangkan negara, sayangkan rakyat, sayangkan parti, sayangkan Najib dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional agar tidak menjadi mangsa pembangkang jika UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 kelak. Oleh itu Tun Dr. Mahathir berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 14 nanti.

Oleh itu sedarlah dan jangan jadi bodoh menyokong membuta tuli Najib berkaitan tindakan merapunya itu. Tun Dr. Mahathir kalau nak khianat dah lama dia dedahkan semua yang dia tahu supaya Najib terus tersungkur, tapi itu akan memberi kesan kepada UMNO. Kerana belas ihsan oleh Tun Dr. Mahathir, Najib diberi peluang untuk membetulkan keadaan, tapi apa yang Najib buat dalam tempoh 3 hingga 4 tahun kebelakangan ini, makin banyak kerosakkan. Jika Najib tak mampu mengubah sikap buruknya itu, maka dia perlu diubah dengan dia meletak jawatan dan jangan musnahkan UMNO kerana sikap syok sendiri Najib itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 3:09 PM

Berdiam diri tidak bermakna warlord2 UMNO menjauhkan diri. Yang paling penting mereka harus sedar rakyat tidak akan sama sekali akan menerima baik dua perkara yg secara logiknya berkaitan iaitu "GST dan Perbelanjaan Boros". Kes 1MDB ini satu contoh bagaimana kerajaan menguruskan kewangan.
Adakah Ketua2 Bahagian ini berasakan BN akan tetap selamat dgn keadaan sekarang ini? Adakah mereka yakin PAS dan DAP tidak akan kembali erat menumbangkan BN?
-KING KINABALU-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 4:50 PM

Ah Jib Gor tak nak jawab tentang Jho Low. Dia nak 'tai chi' soalan tentang Jho Low kepada jambatan bengkok tetapi tidak berjaya. Orang masih tertunggu tunggu nak tahu siapa Jho Low dengan 1MDB dan Ah Jib.

Seperti di-katakan TDM, kalaulah Ah Jib kalah di-pilihan raya kelak, boleh jadi dia terpakalah juga menjawab soalan cupu-mas ini. Waktu itu kemungkinan nasibnya amat parah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 6:25 PM

Saya nak tanya beberapa soalan. Harap pembaca pro najib atau najib's blogger will answer the question as honest as possible

1. Yang mana lebih penting, parti yang menang atau sebab pimpinan najib parti kalah?

2. Yang mana lebih penting rakyat undi bn untuk menang atau rakyat undi pembangkang atau tak pergi mengundi menjadikan bn kalah?

3. Parti atau individu lebih penting?

4. Sokongan Rakyat untuk menang atau sokongan pemimpin untuk kalah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 6:45 PM

Tun abdullah rileks aje stepped down. Najib ni liat betul walau ditimpa pelbagai kontroversi. Saya sedih dan takut sekiranya bn benar2 kalah nanti. Tak sanggup tengok keluarga lim duduk di istana macam keluarga lee kuan yew.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 6:49 PM

After looking all the information - I think I know the reason behind all the attacks by Tun M.

Tun tak benci DS Najib, tapi beliau tahu DS Najib bertindak atas arahan (hal yang tak sepatutnya berlaku kerana beliau PM)

Oleh sebab DS Najib tetap terus membiarkan dirinya diperalat oleh seseorang yang dekat dengannya - maka Tun tahu beliau tiada cara lain selain mahukan DS Najib berundur.

Tanpa memberitahu siapa orangnya pun korang semua tahu siapa kan?

Begitulah kuatnya perkara yang tersirat, dari yang tersirat.

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 7:57 PM

Tun Dr Mahathir (TDM) adalah nama yang amat popular di merata pelusuk dunia disebabkan kebijaksaan luar biasa beliau di dalam memimpin Malaysia. Nama ini amat dihormati disemua negara Islam dan negara yang membangun. Malahan nama ini juga amat disegani oleh hampir semua negara maju termasuk Amerika dan Jepun. Ada antara kebanyakan penduduk dunia ini mengenali Mahathir terlebih dahulu sebelum mereka mengenali Malaysia. Kepada kebanyakan penduduk dunia ini, mereka hingga kini berharap dianugerahkan pemimpin seumpama dalam negara mereka. Kepada penduduk Malaysia (Melayu khususnya), TDM ini sepatutnya dijadikan satu khazanah negara yang paling bernilai dan segala nasihat, idea beliau merupakan butiran emas yang perlu digilap untuk mendapat kilauannya. Malangnya peringatan Melayu Mudah Lupa di suatu masa dulu oleh TDM kini sedang menjadi kenyataan. Bapa Pemodenan Negara telah diperlekehkan bangsa sendiri, oleh mereka yang jasa kepada bangsa, agama dan negara masih belum terbukti atau tampak dimana-mana berhampiran dengan TDM.

TDM yang mempunyai reputasi tersendiri dimata dunia, kebelakangan ini hanya memberi NASIHAT dan PANDANGAN untuk kebaikan bersama bangsa MELAYU dan kepentingan negara MALAYSIA tercinta. Adakah salah atau satu kerugian untuk kita generasi baru mempertimbangkan dengan sehabis serius segala nasihat dan pandangan yang diberi oleh salah seorang manusia yang terbukti dan diiktiraf kebijaksanaanya oleh dunia? Adakah barisan kerajaan hari ini amat bimbang dengan anugerah kebijaksanaan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada insan yang bernama TDM ini? Jika tidak, rasanya tidak salah untuk barisan kerajaan hari ini dan sebelumnya dari awal menerimapakai 1-2 idea TDM yang terbukti kerap memberi rangsangan(revenue) jangka panjang kepada ekonomi negara. Rasanya tidak ada salahnya pemimpin kerajaan hari ini dengan rasa hormat memberi pencerahan yang tulus dan ikhlas kepada setiap butiran persoalan isu yang dibangkit oleh TDM demi kebaikan parti dan negara. UNLESS....

Adalah menjadi harapan hampir semua masyarakat kita yang mempunyai otak, akal fikiran waras lagi rasional agar Tun Dr Mahathir, Bapa Pemodenan Malaysia ini dihormati serta dilayan dengan penuh etika dan rasa tanggungjawab oleh barisan kerajaan serta rakyat keseluruhannya....dan bukan sebaliknya. Sebagai manusia biasa TDM sememangnya tidak lari dari kesilapan dan kelemahan masa lampau. Walaubagaimanapun, JASA beliau adalah teramat besar berbanding perkara lain dan hasilnya, generasi hari ini tidak akan dapat menikmati kestabilan negara serta segala apa yang ada dikelilingnya tanpa kebijaksanaan pimpinan insan yang bernama Tun Dr Mahathir. Tempoh 22 tahun, beliau mengabdikan diri memimpin Malaysia belajar erti PEMODENAN daripada merangkak, bertatih, berjalan dan kini telah mampu berlari mengejar WAWASAN 2020.

RAKYAT MALAYSIA, HARGAILAH BELIAU SEMENTARA ALLAH SWT MASIH LAGI MEMINJAMKAN DIA KEPADA KITA. DIDIKLAH ANAK REMAJA KITA HARI INI UNTUK MENGENALI JASA TUN DR MAHATHIR YANG MERUPAKAN SATU DARIPADA KHAZANAH NEGARA YANG AMAT BERNILAI DAN MASIH RELEVAN HINGGA KE HARI INI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 8:09 PM

Blogger pro Najib pentingkan diri mereka saja. Mereka terdiri dari golongan yang tidak mampu mendapat kerja yang bagus sama ada kerana tiada kelayakan, tiada pengalaman atau tiada kemahuan. Selama hidup mereka, mereka hanya bergantung dengan kemelut politik untuk wang. Jika politik tenang, mereka akan huru harakan supaya dapat terus menjana wang dari orang politik. Fitnah sudah jadi makanan mereka dan caci maki adalah minumannya.

Dengan Najib, mereka telah berjaya sampai ke puncak dari segi kehidupan kotor mereka. Tanpa Najib, mereka akan benar2 kehilangan sumber pendapatan. Inilah yang mereka takutkan sehingga meroyan sakan sepertimana yang kita dapat lihat dari tulisan dan tindakan mereka akhir2 ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 8:33 PM

Soalan Tuan agak mengelirukan.. Tetapi saya cuba utk menjawap.
1. Yang lebih penting, BN adalah parti yg sepatutnya akan menang. Cara kepimpinan sekarang boleh membawa kalah.

2. Yang penting, rakyat yg pernah mengundi BN akan sekali lagi mengundi BN. Jangan mimpi dengan situasi sekarang, yang mengundi pembangkang atau yg belum pernah mengundi, akan mengundi BN utk menang.

3. Parti yg penting adalah parti yg mampu membariskan individu2 yg dirasakan penting oleh rakyat.

4. Rakyat tak sokong, pemimpin kalah.

-KING KINABALU-


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 11:25 PM

Salam. Blog saudara dah gah dan mentioned di the star. Harap saudara backup semua data. Maklumlah macam2 boleh berlaku spt DOS attack.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 11:26 PM

@Taufiq Hidayat Rahmat yup, setuju dengan pandangan tuan. pandangan tdm adalah untuk negara, bangsa dan agama islam. soalan dan kritikan dapat menjadikan orang yang dikritik kuat jika mampu menjawab dan membaiki diri. tapi amat malang, demi kuasa, mereka sanggup menghina pemimpin yang tak sehaluan. mungkin mereka tak cukup berani untuk hina tdm secara terang kerana akibat buruk yang mungkin terjadi. tapi tindakan mereka mula terlihat apabila mula menyerang pemimpin yang dikatakan sehaluan atau senada dengan tdm. moga Allah swt terus merahmati dan memberkati limpah kurniaNya kepada negara kita dan rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 11:36 PM

terharu....sy sgt2 mnyokong knyataan saudara...tun m amat bernilai pd kita smua

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 6:25 AM

Din, tolong hightlight sikit pasal Mukhriz Tun M sebab telah dituduh tidak setia kepada kepimpinan parti kerana belum lagi menyatakan sokongan terbuka kepada Ah Jib Gor. Tekanan dan desakan terhadap Mukhriz adalah serangan terbaru daripada penyokong Ah Jib Gor. Nampaknya drama terbaru ni semakin menarik. Ini kerana sudah ada ADUN Kedah yang terang-terangan menyerang Mukhriz. Apakah kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah masih belum selamat ? Harap2 nasib Mukhriz tak sama ngan nasib bekas MB Ganu Mat Said.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 11:08 AM

@Anonymous

Mat Lebai Sudin Bukit Lada dah mula tikam ketua dia.

Datuk Seri Mukhriz adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Ini adalah pengkhianat secara terang-terangan oleh Mat Lebai Sudin terhadap Datuk Seri Mukhriz.

Patutnya Mat Lebai Sudin Bukit Lada kena fahamlah, sekarang ini masalahnya adalah Najib tidak menjawab persoalan dengan jelas hingga mengelirukan rakyat, apa kena mengena pula dengan Datuk Seri Mukhriz?

Kalau Mat Lebai Sudin Bukit Lada ada hadir dalam perjumpaan 154 ketua bahagian UMNO dengan Najib yang mana dalam majlis itu dikatakan Najib dah beri penerangan yang sangat jelas, panjang lebar berjela-jela, terperinci hingga mendatangkan kefahaman yang sangat mendalam kepada semua ketua bahaian yang hadir itu, maka Mat Lebai Sudin Bukit Lada perlu membantu Najib untuk menjelaskan apa yang dia faham pasal isu 1MDB itu, bukannya tak pasal-pasal menyerang Datuk Seri Mukhriz pula.

Taktik para pengampu Najib untuk membodek Najib sambil menikam orang lain adalah sangat keji dan tak bertanggungjawab.

Mungkin Mat Lebai Sudin ni ada apa-apa dengan Najib kot, sebab itu beria-ia benar sokong Najib. Dasar pengampu dan pembodek yang berlagak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 11:14 AM

@Anonymous

Najib kalau nak usik kedudukan Datuk Seri Mukhriz sebagai MB Kedah, maka dia tahulah bahawa sokongan akar umbi terhadap Mukriz bukan sahaja di Kedah, tetapi di seluruh negara adalah sangat kuat.

Tengok sahajalah undi pemilihan Naib Presiden UMNO sebelum ini, walaupun Najib bermati-matian nak menghalang Datuk Mukhriz bertanding Naib Presiden, tapi 91 bahagian menyokong Datuk Seri Mukhriz, malahan undi dari perwakilan pun beribu undi lebih berbanding Hishammuddin sepupu Najib yang menang tempat ketiga itu.

Dalam isu Datuk Seri Ahmad Said yang dituduh gagal mengendalikan Barisan Nasional Terengganu hingga kalah banyak kerusi DUN dalam PRU 13 yang lalu, sepatutnya kegagalan itu bukanlah disoalkan kepada Datuk Seri Ahmad Said, tetapi kepada Hishammuddin yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu sebelum PRU 13 yang lalu.

Inilah Najib, sepupu dia buat taik, orang lain pula yang kena cuci.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 11:17 PM

Kak Mah said kenot min kenot la

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 1:00 AM

Alhamdulillah. Kenyataan berlandaskan kebenaran....satu2nya bangsa melayu yg d iktiraf dunia dgn pemikiran yg hebat hingga mereka mengharapkan agar dapat seorang pemimpin spt beliau.....tetapi d sini beliau seolah2 tidak berguna lagi
MMG MELAYU MUDAH LUPA.........

Post a Comment