........... Tun Mahathir Vs Najib - Semboyan Sudah Berbunyi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Vs Najib - Semboyan Sudah Berbunyi ?

Thursday, April 2, 201546comments

Adeeeh ..... dalam sibuk melayan GST, sekali lagi Tun Mahathir melemparkan BOM Nuklear .... kalau sebelum ini Tun gunakan bom jenis scatter, kali ini Tun gunakan Smart Bomb yang tepat pada sasaran. 

Tidak ada salah faham, tidak ada sipi2, tidak ada kias mengias, pendek kata, tidak ada sebab untuk menafikan bahawa Tun serang Najib  !

Perenggan pertama dah buat kita terpaku dek ketajamannya -

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.


Kemudian perenggan 20  boleh buat kita terjatuh kerusi !

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.

Kenapa Tun masih mengulangi isu2 1MDB dan beberapa isu lain yang selama ini dijaja oleh pembangkang ? Sebab semuanya tidak pernah mendapat jawapan yang tuntas dari Najib !

Tengok isu 1MDB .... terhegeh2 dan terbelit2 nak menjawab...

Soal 1MDb, semuanya pernah saya tulis sebelum ini. Actually lega jugalah sebab saya tulis semuanya atas penilaian saya sendiri tanpa merujuk kepada mana2 pihak dan ternyata mempunyai persamaan dengan Tun dan RAMAI pembaca yang lain.

Paling menarik adalah bila Tun turut menyebut Sirul dalam kes Altantuya .... WOOOOOOh .....jawapan Total Rubbish dari Najib ( KLiK ) rupanya turut mendapat perhatian dari Tun.

Namun pesanan paling penting adalah perenggan akhir -

Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri
.


Apakah dalam mempertahankan Najib, kita meletak survival bangsa di depan ? 

Juga persoalan yang sering saya tanya - Jika kita sudah akui bahawa Umno bakal tewas jika Najib terus jadi PM, apakah penting siapa yang bakal ganti tempatnya ? ( dalam konteks, tidak ada siapa yang lebih layak menggantikannya. Tapi jika Najib berundur, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari yang ada sebagai pengganti )

Apakah semboyan sudah berbunyi ? 



UMNO dan PRU14

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

PS - Terlalu ganazzzz..... sehingga saya sendiri tertanya, apakah blog Chedet telah di hack ? Tapi apapun, point2 yang disebut saya SETUJU ! Dan sememangnya pendirian saya, Najib harus berundur jika Umno @ Melayu mahu menang PRU14.

Share this article :

+ comments + 46 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 2:11 PM

salam din kura kura aku rasa tun m tu baik duduk diam makan pencen je. ngata orang dia dulu pun bukan baguih ngat. dia lah punca segala gala ape yg berlaku sekarang. kalau dia tak ambil sipeliwat tu masuk umno tentu skrg k je. dia yang ambil dia yang buang lepas tu salah kan orang lain lak. aku dah naik menyampah tgk tun m.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 2:16 PM

Tun M beri masa cukup lama. Sekarang anak PM pun dah selamat kahwin. Kalau ikut mcm Mat Said, dah boleh la pass baton kpd orang lain. Mcm kes MB Trg juga, Razif looks much better than Mat Said.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 2:24 PM

sepatutnya undur dari waktu kapal terbang yang ilang tu...tanda bertanggongjawab...tak kan tak paham..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 2:26 PM

Tuan penyu saya rasa kalau najib baca tulisan chedet ni mesti 24 jam dia letak jawatan tp apakan daya ada p.m nombor 0 yang tak bagi kelulusan untuk beliau letak jawatan.Tak puas lagi naik jet baru katanya....bak trademark pak kadiaq....waallahuallam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 2:33 PM

Najib xpayah rsau.. menteri cgpa 3.85, menteri raja lawak, ketua bahagian umno cheras semua ada... boleh tolong jawab... jap lagi akan kuar kenyataan balas dari kem najib..

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 2, 2015 at 2:41 PM

Kena tunggu sampai esok untuk pastikan ini benar-benar penulisan dari Tun M. Ngeri beb baca. Bahasa yang digunakan sama seperti orang-orang biasa berbicara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 3:04 PM

Suara Tok Guru politik M'sia. Master sifu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 3:10 PM

Anon 2.11.....TDM mengaku salah pilih anwar, paklah dan sokong najib. No two ways about it. Kalau anak dah diberi pelajaran ilmu dunia dan akhirat dan masih mencuri, adakah patut di biarkan kerana salah bapak menyebab emak mengandung?

Anon 2.16.....yes, ikut kes terengganu. Stepbdown and handover to muhyiddin

Anon 2.24.....saya tak setuju sebab kes kapalterbang hilang bukan sebab "tangan" najib.

Anon 2.26.....itu namanya penting diri sendiri daripada rakyat....cukup jelas

Anon 2.33......tambah sorang lagi pencacai salleh said keruak.....namun tulisan salleh worth as toilet paper

Anon 2.41.....tak payah tunggu...memang tulisan TDM, bahasa yang mudah orang biasa fahami

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 3:34 PM

betul ka ni tulisan TM?????

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2015 at 3:48 PM

Sejarah berulang lagi melayu di hina

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 3:56 PM

tun mungkin ada maklumat yang ds najib sama spt MH370 ..
mudah dikontrol dari jauh dan dihilangkan tanpa sebarang kesan...hhhh

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2015 at 4:01 PM

@hangkedeejika tidak mahu Melayu dihina, maka bangkitlah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 4:21 PM

Kalau tahu dah dihina, naper tak orak langkah dan bangun membela? Cukupkah sekadar mengeluh dan self sympathy.

I challenge all malays in umno...voice your dissatisfaction and pedulikan KBU macam syed, bung, salleh keruak etc. Kalau dah jatuh nanti, mereka ini bileh survive sebab dah kaya. Kita akan rugi. Anak cucu kita akan kencing kuburan kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 4:27 PM

Diam bukan dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 4:31 PM

Melayuuuu terus melayuuuuu laaa sampaii akhir. .... Kuat mmembangkang tp cuma d belakang. .. Depan najib smua kbu punya bijik masuk dalam ( termasuk kb pangerang ) hahahaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 4:34 PM

Wahai ahli umno yg sygkn umno, bangkitlah buat lah sesuatu sebelum nasi menjadi bubur..#ubah pm kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 5:22 PM

Dulu Al marhum Tunku balon TDM . Ada dia peduli ? Sampai Tunku ikut kempen parti politik pembangkang. Kolum Tunku dalam The Star pun hilang dalam senyap dan Tunku hilang suara. Tapi TDM beruntung kerana zaman ini orang tak perlu surat khabar untuk menulis. Apakah perbuatan Tunku amat menyakitkan hingga melekat dalam diri? Hanya Tuhan yang tahu. Rasanya kalau pun BN kalah nanti ia bukan disebabkan isu yang dibangkitkan sahaja tapi juga oleh kegigihan TDM menggerakkan dan menjuarai usaha ke arah itu.Sejarah mencatatkan dengan tulisan (sebuah warkah sebenarnya) TDM pernah buat seorang PM berundur. Ini dunia politik, kita tak boleh lemahkan sesebuah pentadbiran dan kemudian kata sebenarnya kita mahu menyelamatkannya. Yang sudah dilemahkan akan dihenyak sehabisnya oleh yang memang tunggu peluang. Kata Nabil Lu fikirlah sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 5:27 PM

sedarlah ahli umno yg pilih najib...jgn smpai nanti anak cucu anda /melayu tak hingin sedekahkan al fatihah kpd anda
bertindaklah segera selamatkan umni dari kepimpinanan kangkung
(sayur kangkung pun aku dah meluat)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 5:51 PM

Kekalkan najib sampai pru14. Itu saja peluang BN nak jd pembangkang yg konstruktif. .. Teringin tengok najib n d gang naik turun mahkamah lepas pru14. .Hahahaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 6:27 PM

Anon 5.22

1. Anda menuduh TDM ada perasaan dendam? Janganlah mula membuat fitnah

2. Anda berfikir macam salleh keruak yang salahkan TDM untuk jatuhkan najib sedangkan isu isu kelemahan najiblah menyebabkan rakyat meluat.

3. Tidak dinafikan TDM memainkan peranan dalam menurun paklah dari takhtanya sebab beliau terlalu lemah "like a gatekeeper sleeping on his job allowing subversives to unlock the gate but not yet forced open".

4. Thinking that najib was good then, TDM backed nsjib only to find out that he left the gate open as wide as possible so much so that peace and harmony, fear, religious humiliation and many others were glaringly compromised.

5. It is true TDM wants to " correct all these" so that we can live like before. Remember, Malaysia started with an independence, followed by development, succeeded with unity, made modern and industrialised only to be destroyed by paklah and towatds final destruction by najib.

NEVER ALLOW GREED AND POWER TO DISPLACE TRUST AND LOYALTY IN UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 7:19 PM

GST ni bagus cuma starting 6% tu agak terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Sepatutnya dimulai dari 3%, 4%, 5% sehinggalah ke 6%. Rakyat dibebani dengan bermacam2 kos yang tak masuk akal. Duit gaji yang diterima hari ini 70% adalah untuk perbelanjaan tetap bulanan seperti petrol, topup, bil2 utiliti, hutang kereta, hutang rumah, insurans dan pelbagai lagi perbelanjaan lain.

Itu belum lagi dengan faktor2 luaran seperti kenaikan harga barang, kejatuhan nilai ringgit dan harga minyak yang tidak stabil. Cukup2lah membebankan rakyat. Janganlah ditambah lagi bebanan yang terpaksa dipikul oleh rakyat. Kerajaan tahu atau tidak bahawa selama ini rakyatlah yang banyak menyerap kos2 tambahan sehinggakan mengalami defisit setiap bulan.

Sebab itulah GST tidak sepatutnya dimulai dengan nilai 6%. Ini kerana 6% adalah nilai yang amat2 membebankan jika nak dibandingkan dengan gaji yang diterima. Mungkin bagi pemimpin2 negara 6% tu kecik jer, tapi bagi rakyat nilai 6% tu terlalu besar. Selepas ini peniaga2 runcit pun terpaksa mark up harga semaksima mungkin supaya boleh cover GST. Jangan dipersalahkan peniaga, kerana mereka menerima barang daripada pembekal dengan harga GST. Kenaikan harga memang tidak dapat dielakkan. Takkan orang2 kampung nak ke bandar2 untuk berbelanja di pasaraya besar dalam keadaan kos pengangkutan pun naik. Dah tentu ini akan lebih membebankan. Nak tak nak mereka terpaksa jugak berbelanja di kedai2 runcit yang harganya mungkin lebih mahal.

Makanya, kita mintak supaya Ahmad Maslan dan Hasan Malek tengok2lah rakyat marhean ni semakin perit nak berbelanja dan cuba fahami kenapa rakyat merungut pasal GST.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 7:26 PM

BR1M bukan kaedah penyelesaian. Ini kerana rakyat menanggung beban perbelanjaan selama 12 bulan. Sedangkan BR1M hanya boleh cover perbelanjaan rakyat dalam tempoh sehari sahaja. Itu pun bukan semua rakyat menikmati BR1M. Hanya sebahagian rakyat sahaja. Tapi memang agak pelik jugaklah kenapa kerajaan lebih suka kasi ikan daripada kasi pancing kat rakyat. Sebab kalau rakyat diberi ikan, ikan tu tak tahan lama dan hanya boleh cover makan untuk sehari jer. Kenyang untuk sehari ajer. Sedangkan rakyat perlukan ikan untuk sepanjang tahun. Oleh itu, lebih elok kalau kerajan bagi bantuan joran, umpan dan lain2 supaya rakyat tidak perlu lagi mengemis pada kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 8:28 PM

salam,
ramai yang tembak penyoal tanpa menjawab soalan. yang kena soal bisu seribu bahasa, orang lain pulak tukang jawab yang jawapan tersebut tak membantu dari segi fakta . ah jib gor hanya akan jawab bab brim sahaja. persoalan yang sama turut dirasai oleh ramai rakyat malaysia, tapi mungkin ah jib gor lebih maklumat. kita setakat rasa dan dengar orang keliling sahaja, tapi yang jauh daripada kita tak dengar. masa prk mana tah, jumlah yang datang dengar tak ramai, bila undi tak serupa dengan jumlah yang hadir. bila baca blog, macam hebat jer, tapi bila keputusan prk, sebaliknya.

yang tak sokong ah jib gor, kita la yang terutamanya yang banyak komen dan tunjuk tak puas hati. para pembangkang dan penyokong mereka memang tak sokong pun. orang cina yang tak berparti ikut ketua mereka yang atas ahli politik. tinggal ahli umno dan pengundi atas pagar. dengar cerita, ahli umno pun ada yang tak puas hati, mungkinkah akan buat undi protes. pengundi atas pagar yang lama akan sokong bn lagi ker? pengundi baru pulak puas hati ker dengan kerajaan sekarang? kalu mereka ahli umno mungkin la sokong. kalu bukan ahli, yakinkah mereka akan beri undi kpd bn.

sebelum pru 13, baca blog bukan main lagi hebat umno selangor dan yakin akan kalahkan pakatan rakyat dan rampas selangor. tapi bn hilang kerusi semakin banyak. orang pakatan pulak kata mereka tak bimbang dengan umno dan yakin akan terus berkuasa. begitu juga dengan perak. bn menang tipis jer tu. mungkinkah umno akan bertambah kerusi dun kerana orang cina derhaka kepada raja. rakyat ambil tahu dan prihatin ker dan akan balas tindakan tersebut ker? kelantan tu, rakyat kelantan akan hargai ker segala jasa umno dalam membantu semasa banjir atau kekal begitu? terengganu akan bertambah kuatkah bn dengan tindakan mb baru. rakyat akan lega dengan mb baru dan tak kisah dengan cerita ah jib gor? melaka dan negeri sembilan macam mana yer? tak apa la kita teruskan buaikan dan jangan biarkan dia terjaga. biarkan orang keliling yang jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 8:29 PM

Mana,lah dia tahu si mamat tu dua alam. :-P
Kita semua pon tak tahu sampai kesnya dgn drebarnya, sepol, china doll..ada tape pulak lagi. Pon penyokongnya in denial..macam2

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2015 at 8:34 PM

Betul DT.. bangkit, bangun,berdiri, bersilat, hambat dan duduk lah dalam saf-saf !!! Tambah-tambah Melayu sombong kenyang menteneng duduk di atas sana ! Mendiang LKY pasti nya hina dan merendahkan taraf Melayu. Di Malaysia semakin terserlah. Munafik ikut serta.

Kini Gajah sama Gajah bertembung. Kita ini hendak lari mana DT ? Atau duduk sebelah mana ? Fenin....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 8:50 PM

dari gaya penulisan, nampak marah betol Tun kali ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 9:20 PM

Kepada pro dan blogger upahan ahjibgor...

"Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya."
Tun Mahathir.

Simpan dan tanamkan dihati masing2 yea...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 9:28 PM

Tun m marah kerana banyak kroninya telah dibakul sapahkan oleh Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 2, 2015 at 9:48 PM

Wakil pilihan rakyat dari UMNO terutamanya sila bertindak sebelum UMNO berkubur.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 10:30 PM

TDM dulu dah buat kesilapan besar bawa masuk DSAI. Berapa PM dan TPM TDM dah buang sebab semuanya tak menyenangkan kroni dia..... sampai bila ni TDM.
Sebaiknya TDM tok sah campur lg hal politik dan pentadbiran kerajaan sediaada.
Dulu puak PR kata TDM ni Firaun...... skg baru aku faham

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 10:37 PM

Tun M mudah lupa. Kes Perwaja Steal masih tergantung walaupun dah 20 abad. Mahkamah masih ding dong. Cuba buka kes tu... Billion dollar scandal when he was PM. Kalau Jib nak balas, senang je nak cantas Tun M, buka balik kes Perwaja... Tapi Jib tak kisah pun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 10:44 PM

Blongang2 tu kata Tun M wayar putuih. Haha....Dia nak sedapkan hati dia sendiri tu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 10:46 PM

Aikkk?? Bukan ke arahan dari atas suruh cakap Tun M meroyan sbb takut Mukhriz tak dpt tempat dlm politik? Skrip berbeza2 nampak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 11:15 PM

Dah lari arahan ni....arahan atas suruh bagi alasan Mukhriz bukan Perwaja, kroni dll.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 11:15 PM

Suruh ler Ah Jib balas,...tentu seronok tengok balas membalas ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 11:18 PM

Ye lah...kalau Tun M tak campur tentu PM tenang jer kan? Hutang negara berbilion pun tenang jer...

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2015 at 1:35 AM

Mohon para pengomen tumpukan pada isu2 yang disebut oleh Tun Mahathir bukannya menyerang Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 2:12 AM

Ketika orang melayu sedang bergelut dengan kenaikan harga barang akibat GST, sempat lagi Ah Jib Gor kasi kemudahan mikro kredit RM30 juta kat peniaga cina.

Boleh refer kat http://celahgelegar.blogspot.com/2015/04/kerajaan-tiada-duit-untuk-cina-ada.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 3:20 AM

sebanarnya tun M tembak ah jjib dengan alasan tersebut supaya ah jib boleh diundurkan secara terhormat.. apa pun alasan sebenar sebab ah jib wajib diundurkan mungkin lebih bahaya dari alasan menyuruh dia berundur.. Mungkin tun M sudah dapat menghidu perancangan ah jib yang bakal menghancurkan orang melayu sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 5:02 AM

Best jika tm ajak berbual dgn pm quiet2 like that. Fikir blk bila tm buat gini rakyat lagi chelaru, keliru dan tidak tentu hala.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 7:59 AM

Hutang 1mdb akan selesai bila serang Tun M. hehehe....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 9:28 AM

Macam mana nak komen pada apa yang TDM cakap kerana kebanyakannya macam hear say saja tanpa bukti konkrit. Sebahagian lagi adalah ulangan yang sudah kita dengar jawapannya. Wartawan pro yang jaga kualiti tulisannya akan buat siasatan sendiri atas semua maklumat sebelum menyebarkannya.
Matlamat yang sangat murni pun tak akan dapat dikecap kemurniannya jika strategi yg dipilih untuk mencapainya salah. Kita semua tak ingin mempertahankan ketamakan dan kerakusan kerana tahu akibatnya kepada bangsa dan negara. Tetapi apakah strategi yang melihat Najib perlu diurus secara terpisah dpd partinya yang dia adalah presidennya tepat ? Adakah cara TDM bolehkan semuanya nanti boleh berjalan secara baik dan tenteram? tepung tak berselerak, rambut tak putus ? Ayam menang sabung dan kampung tak tergadai ? Kita tak berhasrat menyerang batang tubuh TDM tapi pemikiran dan strateginya yang dia sendiri tawarkan secara sedar memang terbuka untuk diulas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 9:41 AM

jadi...mana dia pencacai2 yang dok kata harga barang akan turun dan tiada peningkatan kos tempoh hari? apasal skrg semua senyap?

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2015 at 10:39 AM

@Anonymousjika apa yg Tun kata itu hearsay maka jawablah dgn bukti kerana tun mewakili jutaan rakyat yg lain. Mengkritik tun tidak menjawab hearsay itu. Apakah setiap mereka yg bertanya akan dikritik kembali ?
Benarkah kerajaan sudah jawab isu2 yg ditimbulkan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 6:32 PM

Bro Din, minta maaf keluar tajuk sikit.. tapi masih ada kaitan kerajaan pimpinan najib..

Seingat saya, sejurus selepas BN menang PRU13 dibantu undi kita semua, Menteri di JPM Idris Jala terus keluarkan idea bernas yang mana telah menjadi kenyataan 1 April lepas. Menurutnya, sistem percukaian negara tidak efisien dan perlu dirombak.

Natijahnya yang kita tanggung sekarang ni. Persoalannya, mana hilang orang yang mula2 bagi idea genius ini? Pelik rasanya muka sama asyik kuar tv.. kalau bukan cgpa 3.85 lagi sorang samdol tu..

....................
Reply To This Comment ...................
May 26, 2015 at 11:48 PM

Salam mullah qadammullah...manalah dalam dunia ini ada org yang betul bendul...tak banyak sikit...sedangkan nabi adam as..pun berkata bahawasanya..aku pun ada berdosa terhadap allah swt..ini kan kita manusia...tetapi setia saya hanya pada harta peninggalan nabi muhammad saw..al quran hadis dan sunnah baginda...tepuk dada tanya selera...sehebat mana pun kita bila di akhirat nanti akan disoal juga..tak boleh lari kemana atas dunia ni lepaslah kita..tapi disana nanti ..tak akan terlepas segala balasan baik atau buruk..itu janji allah swt kepada makhluk ciptaannya...

Post a Comment