........... Tun Mahathir Tidak Perlu Kumpul Sokongan Kerana Rakyat Tampil Sukarela Menyokong ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Tidak Perlu Kumpul Sokongan Kerana Rakyat Tampil Sukarela Menyokong !

Sunday, April 19, 201515comments




Ramai yang cuba mengaitkan Tun Mahathir dengan kem pembangkang bila Tun berterusan menggesa Najib bersara jika mahu memastikan Umno terus kekal berkuasa . Apatah lagi bila Lim Kit Siang mempelawa Tun untuk bekerjasama dalam gerakan Save Malaysia baru2 ini.

"I am prepared even to work with Tun Mahathir to 'Save Malaysia'," said the DAP advisor .( Star 18/4 )


Tujuan mereka adalah untuk mengheret Umno dalam masalah Najib. Gambaran yang cuba diberikan adalah Tun sudah bersekongkol dengan pembangkang, makanya Umno perlu bersatu berdepan dengan serangan pembangkang. ( yang berselindung dibelakang suara Tun )

Hari ini Tun Mahathir menegaskan - “No, I’m not working with anyone to bring down Najib, certainly not the opposition."

“The problem is within Umno itself,”

 
Ada dua point yang disebut oleh Tun di atas - 

Pertama, Tun bertindak sendirian.Tun tidak ada team. Tun tidak ada berpakat dengan sesiapa pun dalam gesaannya supaya Najib berundur. ( I'm not working with anyone to bring down Najib .... )

Yang ramai ikut menyokong Tun adalah kerana suara Tun itu SENADA dengan suara ramai rakyat ! 

Tun tidak perlu keluarkan sebarang duit untuk mengadakan perhimpunan bagi mengumpul dan menunjukkan kononnya ramai yang menyokong beliau.

Tun tidak perlu bayar sesiapapun termasuk pengamal media ( perdana dan siber ) untuk memanjangkan mesej gesaan beliau. Apa yang anda baca sebagai sokongan kepada Tun adalah luahan rakyat yang diberikan secara sukarela.

Suara yang menyokong Najib pula ? Saya tak perlu jawab ....

Kedua - ... apatahlagi dengan pembangkang ! ( certainly not the opposition ).

Pembangkang bukan saja mahu jatuhkan Najib tapi dengan Umno Bn sekali mereka mahu kuburkan. Sebaliknya Tun Mahathir mahu memastikan Umno terus berkuasa.

Najib harus berundur kerana Najib akan menyebabkan Umno BN tewas !

Tun Mahathir mahu lihat Umno semakin kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat terutamanya orang Melayu. Najib sudah menjadi liabiliti kepada Umno.

Star
Saya ingin berkongsi satu luahan yang saya terima dari grup wassup -

Pada firasat saya UMNO sedang menuju jalan mati kerana banyak sebab: 

1. Majoriti golongan belia Melayu menolak UMNO/BN, mereka lebih mesra dengan PAS.Golongan belia Cina pula hampir sebahagian besar tidak menyokong MCA/Gerakan, mereka lebih senang bersama DAP atau menyokong DAP. Golongan tersebut akan menjadi pengundi dalam PRU14 kelak.

2. Sama ada DSN atau atau siapa pun PM selepas dia, tidak boleh menjamin kemenangan UMNO/BN dalam PRU14 selagi nasib rakyat majoriti tidak terbela. Mereka adalah golongan pengundi terbesar dalam PRU14 nanti. Sekarang kehidupan mereka amat tertekan dengan kenaikan harga barang yang berterusan. Majoriti yang ditemui dan ditemubual terutamanya golongan belia mereka tidak lagi mahu menyokong UMNO/BN kerana isu-isu yang berlegar di sekeliling pemimpin tertinggi UMNO. Golongan tersebut tidak teruja lagi dengan UMNO/BN. Mereka memprotes kerajaan dalam senyap. Pemimpin UMNO/BN tidak akan menerima kenyataan ini tetapi itulah hakikatnya yang amat pahit untuk ditelan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

3. Pertikaian diantara DSN PM dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad hanyalah faktor pelengkap kejatuhan UMNO/BN dalam PRU14 nanti. Kritikan-kritikan berterusan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke atas DSN PM hanya melebarkan lagi jurang sokongan rakyat kepada UMNO/BN. 

4. Terus terang saya nyatakan di sini belum ada lagi pemimpin atasan UMNO/MCA/GERAKAN/MIC DLL parti kompunan BN yang mempunyai karisma hebat atau AURA yang boleh menarik sokongan rakyat majoriti kepada mereka. MCA/GERAKAN telah ditolak sepenuhnya oleh masyarakat Cina yang kini mengalihkan sokongan mereka kepada DAP dan saya melihat mereka sukar untuk bangkit dalam PRU14 nanti. Kemungkinan yang ada mereka akan kehilangan semua kerusi dalam PRU14 nanti kalau bertanding di kawasan majoriti masyarakat Cina dan mereka tidak lagi akan dapat membantu BN untuk menambahkan kerusi sama ada di DUN atau Parlimen. 

Kesimpulannya kalau UMNO/BN ingin mengekalkan kuasa mereka perlu melakukan 'sesuatu' yang boleh diterima oleh majoriti rakyat BUKAN melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh rakyat terbanyak seperti GST. Wallahualam.

PS - Fikirlah ..... dengan apa yang anda lihat sekarang ini, apakah anda yakin Umno BN mampu menang PRU14 kelak ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 3:21 PM

Salam En Din

1. UMNO bagaikan pesakit barah sekarang. DSN dikelilingi pengilap epal yang hanya mementingkan kuasa, wang dan kedudukan.

2. Rakyat sudah muak dengan tingkah-laku pemimpin UMNO. Hampir setiap disclosure oleh pihak pembangkang membuktikan kenyataan ini. Contohnya, pembelian jet baru vs memotong perbelanjaan perubatan untuk rakyat, memperbaharui konsesi lebuhraya persekutuan hingga 2038. Kerajaan bagaikan sudah kehilangan arah tuju apa yang penting.

3. 1MDB. Pada pendapat saya, duit itu sudah lenyap. Masuk ke kocek-kocek mereka yang bersekongkol dan sewaktu dengannya. Pemimpin Melayu sudah hilang jati diri dan semangat bangsa. Let's face the fact. Apa yang susah sangat untuk menunjukkan duit itu masih ada? Follow the money trail. You will know where it lead to. Mungkin ke Jalan Du($)ta.

4. Ada pengundi Cina yang sudah muak dengan gelagat pembangkang terutamanya dengan PAS. Tetapi tengok keadaan UMNO dan BN sekarang. Kekadang bukan DSN sahaja, rakyat jelata juga kurang senang dengan si isteri yang mereka samakan dengan Imelda Marcos.

5. Keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan pula melaksanakan GST. Matawang ringgit jatuh mendadak, harga barang melambung tinggi, nilai perbelanjaan rakyat susut hebat. Kita disajikan berita perkahwinan anak DSN yang begitu mewah, beli jet baru, PFI Sdn Bhd dan SRC rugi berbillion-billion. Jemu, sedih, marah rakyat dibuatnya.

Saya hanya seorang pengundi Cina yang mahukan terbaik demi Negara ini. Saya tidak boleh balik Tongshan. Saya hanya ada negara ini untuk menghabiskan sisa-sisa hayat ini.

We could be world class if we had another Mahathir. Saya bukan pengilap epal. Tetapi masa Tun, ekonomi kukuh. At the end of the day, that is all we want. Tingkatkan daya saingan negara. Tingkatkan mutu graduan negara. Tingkatkan pendidikan negara. Masalahnya, segolongan pemimpin turut serta membuat side business semasa mentadbir. Polisi yang dibuat hanya menguntungkan sesetengah keluarga dan individu. Kerajaan sudah menjadi Malaysia Inc. Dan akibatnya, kita lihat 1MDB, Khazanah, etc. Skandal demi Skandal.

HM

....................
Reply To This Comment ...................
Tick tock
April 19, 2015 at 5:03 PM

Ksian najib. Itula jadi bila bini tak ke a rantai dan kau pun sama naik. Last2 nampak mcm sengal. Punyalah hina najib skang ni, dia masih tak perasan. Sehina hina dollah snoozy, sampaikan orang buat tak nampak je kat dia skang ni, akan lg hina najib. Ikut kira2 peribadi, najib ni mungkin jadi ex-pm pertama yg akan kena herdik bila dia kat tempat awam. Masa tu takde sapa nak bawak banner we love pm buah fikiran si-dia yg disemadikan di kubur pahlawan (dia dpt kne tanam sini sbb rapat dengan najib ke apa?). Nak jugak tau apa kriteria untuk kena tanam kat sini. Bye jib. U have been useless

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 5:20 PM

Saudara Din...besar kemungkinan Umno akan kalah dalam pru 14 ni...sebabnya bukan kerana Najib ataupun pm selepas ini tapi kerana beralihnya sokongan sebilangan besar masyarakat Melayu Umno kepada Pas...Jadi tekaan Mahathir memang betullah.
Banyak penyokong UMNO tak suka cara Najib diperlakukan begini,...kata mereka ,,kenapa tidak adakan pemilihan semula kerana itu tidak "menyakitkan" daripada tikam depan,belakang,kiri kanan....Waallahuaalamm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 5:38 PM

Tuan penyu point dari grup wasap 10000% betul...kalau saya boleh jadi halimunan,print point2 tu hantar sendiri kepada najib!!!!teringin jugak nak tengok PMO tu pejabat ke kandang keldai!!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2015 at 6:33 PM

komen mengatakan Najib dikelilingi penggilap epal sebenarnya cuba menyembunyikan koyak rabak akibat cakar mencakar dalam pakatan pembangkang yang sememangnya dari dulu sangat rapuh hingga satu pun parti tak boleh mengebarkan bendera PR..masing2 gantung roket hala menikam ke bulan sementara mata satu hanya tengok je..setelah berjaya menipu lebih 90 peratus pengundi cina dalam PRU13, kini mereka dah tahu DAP gagal dan pembohongan yang membusuk telah kantoi serta mengesahkan punca parti bapa, anak dan menantu nii ditolak keluar dari Melaka..lebih penting kini rakyat tahu fitnah dan pembohongan pembangkang dibantu oleh tangan jahat yahudi/asing yang berniat jahat terhadap rakyat Negara ini..malang Dr M terheret sama atas sebab tersendiri atau beliau sudah tak relevan kerana hilang focus akibat factor usia yang memang pada tahap yang tak boleh lagi menerima pendapat orang lain..lagipun selama ni marina pun berada di pihak pembangkang tak dapat dipulih walau gah macam mana pun bapanya “memimpin dunia”..
....gerakan evangelis global, sedang merancang sesuatu untuk menggugat kestabilan negara sekaligus menggugat keharmonian antara kaum yang sedia lama terjalin di Malaysia..dalam bab Dominionism and ChristianZionisme in Malaysia, Ian Buchanan mendedahkan statistik sebanyak 70% penganut Kristian di Malaysia adalah Evangelis. Gerakan Evangelis ini dipengaruhi agenda global imperialis barat dan Yahudi, faham mereka adalah Christian Zionism dan Dominionism. Walaupun tidak semua Evangelis di Malaysia berfahaman ekstremis begini, tetapi trend yg meningkat saban tahun membimbangkan..
AIDCNews – 15/08/12 – Seorang pembaca meminta kami menyiarkan semula tulisan ‘Angela’ berkenaan lingkaran Anwar Ibrahim dengan Jesuit, Freemason dan New World Order (NWO) yg pernah disiarkan di sini..“Nanti orang keliru dengan mengatakan Anwar hanya terlibat dengan Freemason (zionis), sedangkan Anwar juga terlibat dgn Jesuit (Kumpulan Jesus).
.. Shen Yee Aun (SYA) bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang mendedahkan jika Anwar Ibrahim, BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), maka DAP pula ditaja oleh Socialist International.. kaitan atau rantaian belakang tabir puak pembangkang ini ialah organisasi pro-demokrasi di Amerika Syarikat dengan tali barutnya di Malaysia..segalanya ada dalam media alternatif dan bukanlah lagi satu rahsia..malah satu buku setebal 131 halaman telah dihasilkan oleh organisasi AS itu sejak 2009..rupanya sudah habis seluruh pelusuk negara mereka redah untuk mengajar rakyat bagaimana hendak menolak BN.
..“Dia (Nat) pernah jadi Setiausaha Eksekutif kepada Pengerusi Foundation for the Future iaitu Anwar..“Selain membantu Tian Chua, dia menulis dalam Malaysiakini dan dipercayai masih berperanan dalam sebarang program “educating Malaysia for democracy” yang dibiayai oleh CIA,” ulas The Unspinners..For too long now, I think Anwar, PKR and Pakatan have become convinced that they can get away with murder, because they believe those of us who hunger for change simply have no other options..
.. This story suggests that we are on the edge of a crisis; that forces linked to former PM Dr Mahathir are looking to dethrone PM Najib, and instigate an era of unprecedented racial and religious strife...tak sedap sangat komen nii..tapi nak tanya jugak, betul kee??

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2015 at 6:36 PM

@Tick tocktak perlulah dihina ahjibgor....

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2015 at 6:42 PM

@akmybiasanya komen yg cuba alih topik sebegini saya tidak siarkan..... tapi kali ni saya lepaskan... saja je.

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2015 at 6:50 PM

Sokong... yg last sekali tu lg sokong...GST..
Tapi gst ni tak blh reverse lg... klu kjaan tarik perlaksanaan pun harga tak akan turun lagi... pendekatan menambah pendapatan paling gagal oleh kerajaan.. pertanyaan dr.M adalah klimak penolakan rakyat terhadap BN.. tapi saya rasa ada lagi klimak lain yg akan menyusul dek kelemahan najib dan pelawak2 nya nanti...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 7:34 PM

Sdr Din Hj,mohon izin :

GERAKAN ETD Najib.
Najib is not Irreplaceable.
Najib bukan kebal.
Masa sudah amat dekat - Estimated Time of Departure Najib).
Najib is not irreplaceable.
He is Clueless.
Since 2008 he liberalised and transformed,hari ini dia marah ,sebab dia sendiri lahir kan information democratisation. Last Mile connectivity. Not Competent.
TDM, You are not alone.
Rakyat tolak BN sebab ;
UMNO sudah jauh memyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan, warga bangsawan,upper class kasta, juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan
Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan memingirkan rakyat luar bandar.
Getah RM1.98 tak dapat beli :
1.beras 5 %,
2.Minyak subsidi 2.50,
4. Ron 95, 1.95,
5.gula 2.58.
5.tepung 2.60.
Masih mahu beli kapal terbang private jet.
Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai.Lambat.
1M.BR1M KR1M,Kain 1M,Buku 1M.Restoran Menu1M klinik 1M.UTC.RTC .
Endless possibilities dan 1000 macam slogan.Najib mekanik Tulin.
Endless festivals.
Nak bagi PRC VISA LESS agar Pelancung lain dapat hidangan cina dolls.
Boros pembelajawan, sanggup naik gaji AP atas dasar nak samakan dengan orang lain macam Singapork..
Mengutamakan kepentingan PRC, ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan,mengutamakan liberal kebaratan lebih orang putih dari orang putih.Najib-sapa kata dia jiwa rakyat ?Kalau hidup mewah ?
Nak pakai kapal terbang baru, nak jumpa ketua negara ASEAN.PRC sudah gasak Malaysia punya pasir untuk buat hegemonony di pulau pulau batu karang.
Depan mata kita, PRC nak menjadi neo imperialism,.Baik sangat Najib dengan PRC.
TDM You Are Not Alone.
#2 arjuna waspada
changkat lobak.

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2015 at 8:13 PM

HIDUP TUN......TERBAIKKKKKKKK SELAMANYA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 9:19 PM

Alhamdulillah TPM indirectly bagi sokongan pada TDM. " u are not alone SIR"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 10:31 PM

en.penyu..kalau p lepeih najib juai jet mewah 3/4 bijik,1MDB,tambat ringgit mcm masa gawat dulu,dimansuhkan sapa arah sirul dan bawak sirul p oz..wasernye ghamei melayu yg akan sokong bn/umno...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2015 at 5:03 PM

Save Malaysia, betul. Save Malaysia from DAP more like it. Gila agakmya LKS ni..

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 21, 2015 at 12:26 AM

tulis panjang2 ngatkan cerdik rupa2nya standard Ahmad maslan ja......tak sebut nama anwar x bleh ka when it is clearly a problem amongst umno....sy rasa ini bukanlah yg dikatakan oleh najib sebagai apple polisher ataupun jemuan but plain old bangang ja....

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 21, 2015 at 12:28 AM

kesian kat hang kan....

Post a Comment