........... Tun Mahathir Mewakili Suara Rakyat .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Mewakili Suara Rakyat ....

Monday, April 13, 201537comments

Demi Kebenaran ..... Demi Agama, Bangsa dan Negara ....  

Saya tidak punyai agenda selain dari itu. Makanya saya siarkan video2 yang saya rakam ketika bertemu Tun Mahathir baru ni.  

Kerana saya yakin pendirian Tun juga sama ... DAN saya juga yakin tujuan utama Tun meluahkan ketika pertemuan dengan bloggers baru ni adalah supaya mesej beliau disampaikan kepada semua.  Bukannya dipilih2 mengikut agenda sendiri dan selebihnya dipendam buat pekasam. 

Bayangkan....... katakanlah Tun Mahathir ketika itu buat kenyataan menarik balik gesaannya supaya Najib berundur dari jawatan PM, saya yakin kesmua yang hadir tidak sabar2 untuk menghebahkan berita itu secepat mungkin. 

Mungkin saja ia dilaporkan in real time, Tun masih bercakap tapi berita dah keluar !

Apa yang berlaku, Tun Mahathir tetap dengan pendiriannya - Najib Perlu Turun.

Hasilnya ? Tidak ada sorang pun yang mahu sebarkan apa yang Tun luahkan. Sebabnya .... wallahualam ....

Untuk pengetahuan, saya sendiri telah bertanya kepada Tun apakah saya boleh sebarkan apa yang beliau sebut ( kerana saya akui agak sensitif dan mungkin saja di salah sampaikan maksudnya oleh pihak lain ) dan Tun kata OK.

Makanya saya upload di youtube dan di blog ini ..... kerana saya percaya Tun mahu mesej beliau disampaikan kepada seberapa ramai yang boleh. Dan saya yakin kerana itulah juga saya dihadirkan dalam majlis itu.

Saya bukan siapa2 pun... dan saya tidak punya sebarang kepentingan maupun ikatan dengan sesiapa. Pendirian saya sama dengan Tun Mahathir yakni Najib Has To Go ! 

Demi agama, bangsa, negara dan ..... UMNO juga.

Sepertikata Tun  - Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.

Jika anda terima pendirian itu, apakah penting dibuat perbandingan siapa yang lebih bagus antara Tun Mahathir dan Najib ?

Apakah perlu dilayan segala dakwaan kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Tun sebelum ini ?

Apakah penting di 'damai' kan Tun dengan Najib ? Apakah mereka bergaduh sehingga perlu didamaikan ? 

Apakah jika Tun Mahathir tidak bersuara maka dengan sendirinya rakyat berpuashati ? 

Suara Tun Mahathir mewakili suara Rakyat ! 

Saya kongsikan dua artikel menarik di bawah -

Tanpa Kritikan Tun M Adakah UMNO/BN Akan Semakin Kuat Pada PRU ke 14 Nanti?

Pada pagi 5 Mei 2013 UMNO/BN melangkah ke PRU 13 dengan KEYAKINAN yang begitu TINGGI bahawa mereka akan berjaya memperbaiki keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008. 

Keyakinan yang BERASAS di sokong oleh faktor faktor berikut;

1. Pada PRU 13 SOLIDARITI dan MORAL di dalam Umno berada di tahap antara yang paling UTUH dan TINGGI sepanjang sejarah Umno. Di mana kesemua 3.4 juta ahli parti di segenap lapisan berdiri teguh di belakang kepimpinan DSN. Begitu hebat sokongan mereka sehingga hampir setiap 'campaign material' tertera gambar PM dan perkataan 'I LOVE PM'.

2. Pada PRU 13 kita ahli UMNO di yakin kan oleh kepimpinan parti bahawa pemilihan 222 calon calon BN ketika itu akan saring dengan begitu rapi dan teliti di mana hanya calon yang layak di gelar 'WINNABLE CANDIDATE' sahaja akan di pilih untuk mewakili BN.

3. Pada PRU 13 UMNO/ BN mendapat kerjasama serta bantuan dari bekas bekas pemimpin nya dan negarawan seperti Tun Mahathir, Tun Daim dan sebagainya yang turun sama berkempen membantu calon calon BN.

4..Pada PRU 13 rakyat di katakan berada di dalam suasana 'Feel Good' dengan pemberian dua pusingan BRIM.

5. Pada PRU 13, TIADA isu isu kontroversi dan mencabar yang TIDAK MAMPU di pertahankan secara rasional. Isu yang paling besar ketika itu cuma lah isu NFC berjumlah RM250 juta yang melibat kan Ketua Wanita UMNO Dato Shahrizat. Malah perletakan jawatan Shahrizat sebelum PRU 13 secara tidak langsung memberi imej positif kepada UMNO/BN yang di lihat sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak pernah sesekali berkompromi dengan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh sesiapa sahaja termasuk lah oleh Menteri kabinet nya.

Tetapi pada pagi 6 Mei 2013 apabila keputusan penuh PRU 13 di umumkan, harapan kita untuk melihat BN menguasai majoriti 2/3 kerusi di Parlimen BERKECAI apabila BN HANYA memenangi 133 kerusi berbanding 140 yang di menangi nya pada tahun 2008.

Jadi persoalan nya adakah pada PRU ke 14 nanti dengan PELBAGAI isu kontroversi seperti 1MDB, gaya hidup anak isteri DSN, kos sara hidup yang semakin melangit dengan pelaksanaan GST, pengangguran di kalangan anak muda Melayu dan TANPA kritikan Tun M, ADAKAH prestasi UMNO/BN akan LEBIH BAIK berbanding PRU ke 13?

( copy dari FB SSTDM )



Kalau Tun M sayang Najib dan Rosmah dia tidak masuk semula dalam gelanggang untuk bertarung.

Tapi dia cinta pada Bangsa, Ugama dan Negara di atas kepentingan dirinya

Bayangkan berusia 89 tahun, sudah berundur dari politik, tapi dia masih dihormati dan dikagumi dunia dengan ide2nya yang super bernas.

Kalau Najib hanya bermain golf dengan Obama sudah kembang egonya

Tun M dijemput Putin, PM Rusia, Presiden Ahm...adenijat dan beberapa pemimpin Arab Afrika dan Jepun serta Korea untuk bertukar2 buah fikiram.

Ini berlaku selepas beliau berundur dari politik negara.

Hanya jauhari yg mengenal manikam.

Ular bisa yang menyusur akar bisanya tetap ada beb.

Dia boleh bertahan 22 tahun sebagai PM mahu dibandingkan dengan Najib setahun jagung sudah terdedah berbagai skandal?

Mahathir berani mencabar dan menentang US, Britain (buy British last katanya), Zionis dan Lee Kuan Yew.

Bagaimana dengan Najib? Kononnya dengan Rosmah pun dia takut hendak menentang!

Kesian para balaci dan matyeh2 yang makan upah untuk memapah Najib dan Rosmah.


Mereka panik, miskin ide, ilmu tak sempurna tapi syok dapat upah.

Mereka serang Mahathir membongkar berbagai isu yang rakyat pun tak ambil peduli.

Era Mahathir jadi PM sudah usai.

Masalah sekarang kalian kultuskan Najib yang paling lemah sebagai pemimpin.

Mahathir bukan mencipta masalah untuk Najib.

Najib dan Rosmah sendiri dibelenggu oleh masalah2 bikinan mereka sendiri.

Masalah mereka jadi masalah UMNO.

UMNO sudah koro, uzur lahir batin, mabuk kepayang oleh kuasa yang semakin terhakis.

Melayu sayangkan UMNO tapi bencikan badut2 politikus koruptus yang berkeliaran seperti pelesit mencari tuan.

Dengan bismillah Tun M masuk gelanggang semula untuk memperkasakan perjuangan Melayu, Islam dan negara.


Dia menjadi penyelamat bangsa. Dia, Tun M, tetap mendapat sokongan terbesar di kalangan rakyat.


Tulisan: Yahaya Ismail
( copypaste dari Celahgelegar )

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 1:30 PM

En DT...saya setuju 200% ... Najib has to go + semua yang ber'solidariti' bersama dia!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 1:50 PM

inilah dikatakan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat buat tak nampak. kalau nak kira kalah awal awal lagi masa pak lah dah kalah. kalau tun m tak turun pada masa tu dah mampus awal awal umno ni. punca kan pasal ape satu pasal pentadbiran tun m macam firaun, guna isa ape2 isu tak mau bincang dengan orang lain. dua pasal anwar yang dia bawak masuk dia gak yang hambat keluar. tiga tun m ni dia dok kata dia silap tapi sampai berapa kali. ambil anwar dia kata silap, ambil pak lah dia kata silap sampai ketiga dia nak kata dia silap lagi cukup2 lah. orang paling banyak buat silap 2 kali ni nak sampai berapa kali. cukup lah duduk diam makan pencen sudah lah. aku dan meluat baca pasal tun m ni. memporak peranda kan orang je. ni nanti ganti orang lain kalau besok muhyuddin tak nak dengar cakap dia kalau umur dia panjang tak kan nak kata silap lagi. berapa banyak kali silap da.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 1:50 PM

Salam tuan penyu.....

Aku nak cadangkan sempena sandiwara terbaru yang berlaku dalam umno agar tuan blog boleh buatkan list... senaraikan pemimpin umno yang pentingkan $$$$ dan apple polisher dalam umno... masa sekarang untuk rakyat nilaikan dengan mata dan telinga sapa yang berjuang untuk agama bangsa dan negara dan sapa pulak yang berjuang untuk perut, nafsu dan $$$$$$....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 1:54 PM

Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang licik.

Tun Mahathir vs DS Najib adalah satu sentuhan peribadi Tun M untuk menggilap DS Najib menjadi seorang pemimpin ulung Malaysia dan Dunia.. Tun Mahathir sering kali mengingat kita, kita perlukan pembangkang yang hebat untuk menjadi teras check & balance kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak punya kekuatan 2/3 pun. Pembangkang yang ada pula berada pada tahap sampah yang hanya berlegar pada soal liwat, pergeseran antara parti dalam soal hudud, air, MB Selangor dan sebagainya yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan penyatuan rakyat berbagai kaum buat negara Malaysia. Di sinilah Tun Mahathir hadir sebagai check & balance yang paling anjal kepada DS Najib agar tidak terjebak seperti Tun Mahatathir yang telah dimanipulasi oleh orang sekeliling yang tidak jujur dan amanah. Itu sebabnya IMDB dikritik hebat hingga DS Najib mengumumkan supaya ianya diaudit setelus-telusnya secara terbuka dan tidak ada peluang buat sesiapa untuk mengambil kesempatan terhadap asset Negara ini. Apabila Tun Mahathir menggesa DS Najib untuk berhenti daripada jawatan PM dan Presiden UMno, ahli UMno dan rakyat harus sedar bahawa gesaan ini dibuat oleh seorang Negarawan yang telah bersara dan tidak punya apa2 pengaruh dalam kerajaan dan juga parti. Tak punya kesan apa2 pun. Ketika Tun Mahathir memegang kuasa dulu hampir setiap waktu gesaan seperti ini timbul dari dalam dan juga luar Negara. Saya percaya niat Tun Mahathir ikhlas demi Negara Bangsa dan Agama Islam seadanya. Isu Altantunya pula sahaja ditimbulkan agar satu usaha besar-besaran dilakukan oleh semua pihak agar kisah ini tidak terus dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjadi ianya satu kisah rakyat yang akan dikenang sepanjang zaman, hingga anak cucu kita akan menjadi kisah ini satu momokan untuk mempermainkan PM Najib sekeluarga selama-lamanya. Satu tindakan tegas sangat perlu dilakukan oleh DS Najib dan juga pihak berkuasa agar isu yang telah tersiar raya selama lapan tahun ini dinoktahkan terus daripada alam maya ini.. Hakikatnya Tun Mahathir sayangkan DS Najib lebih daripada anak beliau sendiri… Hanya beliau sahaja yang tahu niat sebenar atas tindakan yang beliau lakukan. Diharapkan ramai yang akan faham apa yang terjadi ini adalah satu perkara baik yang akan menguatkan lagi kerajaan UMno BN yang bertunjangkan Islam ini agar terus berkuasa di bumi Malaysia dan bukannya puak sesat yang dipimpin oleh Nuar jubury dan rakan sekutunya

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2015 at 1:56 PM

@Anonymousmeluat tapi klik dan baca juga walaupun tajuk terang2 tulis tun Mahathir .... hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 2:22 PM

Ayuh orang Melayu anda sayang najib atau agama,bangsa dan negara??orang umno sering menyatakan penyokong pas seperti lembu yang taksub terhadap pemimpin...dan sekarang kita lihat adakah pas dan umno berbeza????kita pedulikan mereka yang takut poket bocor!!!!ayuh desak najib berundur.... jika tidak sanggupkah anda memanggil lim kit siang dan lim guan eng sebagai TUANKU????sanggupkah anda negara ini diperintah oleh cina singapura????sila desak najib berundur sebelum mimpi2 berkenaan menjadi realiti!!!!!apa nasib anak cucu kita??? mereka tidak apa...Wang 1MDB masih Ada!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2015 at 2:39 PM

Saya tetap mmprtahankan Najib jadi PM hingga PRU 14 nanti.Politik itu trlalu bersikap 'berkemungkinan' dan Najib d jangka dpt mnambah kerusi dr 133 sblumnya kpd 143 dan dia terus jadi PM itu nanti.
Tak percaya,kita tengok nanti!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 3:38 PM

As salam..ada adun umno yg pakai ferrari,merc s class baru,kete masuk moto dkt 7 bijik.rumah aje dkt 3 juta dkt kaw kg.bukan cemburu tp nak tunjuk kaya biar la lps2 jd adun.x salah melayu kaya,tp biar la berpada pada.Rakyat ada mata dan bkn bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 3:38 PM

DS Najib sudah menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Tun M. Apa lagi yang Tun M tidak puas hati? Sebagai rakyat biasa dari 20 juta rakyat Malaysia, anak siapa kah yang menjadi jutawan dan billionaire di Malaysia dalama era pemerintahan Tun M? Anak siapa yang hampir memufliskan syarikat perkapalan??? berapa kerata sangt bumiputera yang jadi jutawan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 4:10 PM

Sy dh penat dh. Sy dan keluarga sy semuanye sygkan umno tp umno skrg kitorg pon dh x kenal. Dh penat dh dgn drama & sandiwara dorg ni... Dh penat dh... Malas dh nak pertahankan dorg... X de makne... Penat2 b'juang last kena ludah balik dgn segala tindak tanduk dorg yg ketepikan rakyat dan paling best, disuruhnye pule kite... Penyokong yg dh bg mandat kt dorg ni bersyukur, dikala dorg bersuka ria dgn kemewahan yg melampau...

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2015 at 4:14 PM

Well said saudara Din.....haters are your confirmation that you are doing something right. Ignore them....cuma Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam....!!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 13, 2015 at 5:10 PM

Terus-terang saya mahu Najib berundur segera kerana tak sanggup lagi ber"PM"kan "Rosmah Mansor".

Saya lihat penyokong membawa rebah Najib akan mengakibatkan UMNO kalah dan musnah sama sekali pada PRU akan datang. Apa mereka ini tidak jemu dan bosankah terpaksa "menjaga" Najib setiap kali ada isu2 yang tak dapat dijawab/diselesaikan oleh Najib ?

Rakyat bawahan sudah muak dengan Najib kerana terlalu banyak skandal. Betul sepertimana yang Dr Mahathir beritahu.

Saya berdoa negara tak muflis disebabkan belanja mewah Najib dan para pemimpin kita baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Tak cukup lagikah musibah kita kehilangan kapalterbang MH370, kapalterbang MH17 ditembak, banjir besar melanda "serambi mekah", helikopter terhempas, syarikat pembawa malapetaka hutang negara 1MDB, kes bunuh rakyat mongolia yang teramat misteri dll lagi... ?

Sumpah menjadi pemimpin Wallahi... itu besar maknanya.



....................
Reply To This Comment ...................
Kuntum
April 13, 2015 at 5:14 PM

Stay strong Tuan Din & hold your ground sbb hanya blog Din dan beberapa lg yg boleh dibilang sebelah tgn spt OSTB & Apanama, Kadirjasin, Helenang yg masih menjadi tpt rakyat Malaysia yg masih sayangkn bangsa, agama & negara melebihi wang ringgit tpt kami meluahkan rasa yg membuak2 kt dada. Bloggers (blogang?) yg lain saya dh putus harap, sanggup lempar jatidiri, maruah & negara ketepi demi duit yg sedikit. Saya dh baca blog yg sindir blog Din sbb keluarkn video Tun tu. Apa motif dia? Cemburu xdijemput Tun?..kalau Tun jemput pun apa berani dia keluarkn video tersebut utk tontonan umum? Itupun dia xberani menyatakan pendapat nya secara terang2an sbb mahu menjaga kedudukan di kedua belah pihak, mungkin takut kalau Najib berjaya dijatuhkan sekurang2nya xmalu melompat semula on Tun good side....manusia yg hidup tanpa prinsip langsung, sanggup menjual maruah to d highest bidder. Saya secara peribadi amat memandang rendah org2 begini. (p/s Din : Kelakar pun ada, puas saya menapis diri sendiri sbb takut kna blok dgn Din if I use my usual 'colorful' words)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 6:14 PM

umno ni dah jauh tersasar...
Kena back to basic, blue print
Kena belajar sains politik, kenegaraan,
Org undi umno/bn sb nk kena tolong rakyat,bantu,senangkn hidup rakyat
Sb itu bn kena ade pemimpin bijaksana,extra dr pemikiran rakyat biasa..
Skrang rakyat yg kena tanggung umno/bn???
Rakyat dijamu dgn kedai rakyat 1 mesia yg kualitinya jauh dr kedai runcit!
Bg bantuan wang segera tp sengsara kn yg lain termasuk si penerima brim pon...
Utk apa undi umno/bn??
Jgn nk unglit takot melayu hilang kuasa dll...isu sekarang isu nasional..bkn melayu/cina/india sj nk hadap...
Mmg lah ade parti berasaskn kaum tp umno pon sm...cuma sedang berkuasa...sn tu kenala cerdik skit dr parti lawan..tp ni tidak..bodoh nya melantun2..
Kalo dpt tackle isu nasional,melayu,cina,india xde mslh nk support umno/bn semula..
Skrang najib hanya pandai2 nk survival politik nya tp mmg xde asas sains politik knp kami undi kamoooooo???
Serang tun m bukanlah apa yg rakyat nak...x hadap pon,harga brg pon x jejas..
Mana fokus kamoooo umno/bn??
Knp buat tun sbg public enemy no.1???
Sy dah give up dgn umno.babai.

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2015 at 7:32 PM

Whoaa..banyaknye jemuan pendamping Najib dalam blog nih.Tetiba glamer pulak ye kamu Din.

Bila dijangkiti virus lemau macam ni maksudnya diaorang dah gabra le tu. Ayat pon semua main copy paste je.
Contoh:Panjang karangan Anom 1.54pm tapi langsung takde fakta. Ayat usah ceritala...ke laut semuanya. Masih tak ada jawapan soalan Dr M.

Betul la kot kata orang NBA Najib bean army ni lagi 'power' otak geliga dia dari RBA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 8:13 PM

DS Najib dah jawab segala persoalan TDM?
Mungkin saya terlepas pandang, harap tuan boleh tolong beritahu saya apa jawapannya.


1. Siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya?

2. Siapa itu J Lho yang diberikan kepercayaan untuk menguruskan jual beli 1MDB?

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 13, 2015 at 8:46 PM

tak percaya langsung la,kita tengok nanti!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 8:47 PM

Aku baru abes tengok berita TV3...

Tak habis2 TV3 tunjuk Najib dpt byk sokongan..

Mcm klakar plak..

Sokongan kt najib semua drpd RAKYAT NAJIB sndri..

RAKYAT SEBENAR.. semua tau Najib main Golf dgn Obama..

Nak tau dpt sokongan ke tak...
baik buat jer pilihanraya sekarang..

baru tau.. Najib yang di gembar gemburkan sebagai mendapat
sokongan ramai ni betul betul di sokong ke tak..

kalau setakat dpt sokongan drpd org2 sendiri
kecik sgt "sample size" tu utk najib
buat hipotesis sokongan RAKYAT..

Kalau di ikutkan bagus gak ada isu
Najib dgn Tun skrg.. sbb..

kita boleh kenal blogger mana yg PAKAI TOPENG..

Paling x sangka Mykmu.. bertukar habis..


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 9:15 PM

Maaf lah saya dulu mmg penyokong umno,tp sekarang dah x tau nak sokong parti melayu yg betul2 ikhlas dan memperjuangkan islam dan melayu.Semua nak buat duit,rakyat no 2.Dan yg sengsara rakyat juga.Pru yg akan dtg saya dan keluarga saya malas nak mengundi,dah naik menyampah!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 9:23 PM

Najib tak takut ke jika bn kalah? Rakyat takut jika bn kalah. Takut keluarga lim jadi raja dan duduk di istana. Masa tu mungkin najib dalam penjara. Saya tak benci najib. Saya rasa beliau seorang yang baik, tetapi tak berapa sesuai jadi pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 9:32 PM

Kehkehkeh... Dia sebenarnya meluat tapi "kehausan"..
-KING KINABALU-

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2015 at 9:43 PM

Kaki kipas ramai semua yes bos.. Sekali fun bersuara makan dalam.. Najib confirm tak tido malam tapi pengipas setia terus mendendangkan lagu yg enak utk Najib..

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2015 at 10:04 PM

Isu 1mdb najib jwab hnya serahkn pd ketua audit..
1)sape jho low?
2)ke mana duit 45 billion?
3)knapa kerajaan buat standing kredit 900 juta?
4)tanah kerajaan yg dbeli xdjelas hrga ttapi masih rugi dgn pnjualn tanah2 ni.
5)byran usd700 juta pd petro saudi utk ape? Byr duit sblm tentukn syrikat ni mmiliki konsesi minyak n gas d argentina dn turkemnistan?
Isu 1mdb je najib da fail ms dlm soal jwab ari tu..blum lg isu riza aziz ank tiri najib, syrikat ape dia ada smpaikn banglo juta2, plburan filem dtg dr mn? Warisan tun razak?
Isu br1m xde pn pmbuktian yg jelas keberkesanannya utk mmacu ekonomi negara, hnya kata byk negara yg amalknnya..negara mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 10:09 PM

tuan Din teruskan menulis fakta...sedih ramai bloggers yang turut saya menulis fakta mendesak Pak Lah undur dahulu, kini rupanya boleh dibeli....inilah namanya tapisan...teruskan tuan Din bersama AKJ, apanama, OSTB, kluangman, putra merdeka dan helen ang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 10:14 PM

1) Skandal RM42billion (RM42,000,000,000.00, kalau tak faham) boleh dianggap bapak GAJAH.
2) Masa Pak Lah, boleh kalah akibat penyokong pembangkang, PRU14 nanti boleh kalah akibat hilang penyokong sendiri.
3) Siapa yg dimaksudkan kena ISA akibat mahu berbincang? Mat Sabu? Atau Al-Maunah?
4) Siapa lagi yg mampu merembat keluar Anwar selain TDM?
5) Mengaku silap 10 kali adalah lebih baik daripada tidak pernah sedar apa yg silap, kemudian tak tahu malu ulang 10 kali.
6) Tidak salah duduk diam makan pencen, masalahnya TDM ingin berjasa sepanjang hayat.
7) Kalau meluat, lebih baik saudara cari isu2 terkini mengenai Emma Maembong, mungkin saudara akan lebih teruja.
-KING KINABALU-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 10:18 PM

Tambahan 10 kerusi tu dari mana? DAP Pulau Pinang yg bagi? Ini pun kira "berkemungkinan" jgk...
-KING KINABALU-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 10:27 PM

salam,
bila baca blog dan tonton tv, dah jadi macam sasau la pulak, teringat kisah masa zaman tun lah. habis semua akhbar dan tv cerita pasal kebaikan pm dan kerajaan. tak ada satu pun yang tak baik sampai tak beli dah akhbar pasal tak tahan baca dan tak tonton berita. minda tak boleh terima, tekak rasa loya. perkara yang sama dah berulang kembali. memang mereka gagal sejarah, tu pasal mereka menghina tdm terutama pemimpin muda dan yang baru masuk umno. kononnya sangat setia kepada pemimpin dan sanggup mati bersama, solidiriti kononnya tu, pemegang spanduk i lap pm. sama jer macam tun lah, i lap pm juga ayatnya, tapi kata tdm dan rakyat penyokong bn, sokongan tak serupa undi. adakah bn akan lebih baik daripada pru12, pru13 semasa pru14. lihat ajer la 3 tahun lagi.

ramai yang tak faham dan buat tak faham. cuba alih isu dan fakta. masa pembangkang tanya tak pulak mereka jawab dan balas tindakan. tapi bila tdm tanya, semua pakat panas punggung dan tuduh tdm bersubahat dengan pembangkang nak jatuhkan ahjibgor. tapi masa ahjibgor ikut pembangkang hapus isa, cubaan hapus akta hasutan, undang harmoni dan sebagainya, tak pandai pulak mereka berbunyi. solidiriti ajer mereka waktu tu. ini mungkin kerana cakap tdm akan didengari oleh ahli umno dan penyokong atas pagar. terbukti ketika pru12 dahulu. yer cakap tdm tak diikuti 100% ahli umno dan penyokong atas pagar, tapi 25% dengar dah cukup untuk melemahkan bn, tu yang buat pemimpin umno mula tunjuk taring. yang auwww mula tunjuk keris, yang tong kosong dah mula palu, yang atas pagar memberanikan diri dan banyak lagi. tapi yang tak sokong diam dan lihat ajer, mereka boleh berubah bila-bila masa sahaja, tu yang pakat tunjuk sokongan, padahal dah pun buat beberapa minggu lalu dengan ketua bahagian. ni kena buat sokongan setiap minggu ni, ketua cawangan pun nak juga, ahli bawah pun terasa kecur air liur juga semua perkara berulang kembali sama seperti zaman tun lah,

yang sokong tdm tak seramai yang sokong ahjibgor. 25% dah mampu gugat banyak kawasan, tu yang cemas tu. pembangkang tak berubah sokongan, tapi harus ingat 25% ni boleh beri kesan kerana mereka penyokong bn dan umno. kenapa harus sakiti mereka dan tak mencuba memberi apa yang mereka mahu. tak banyak pun, jawab soalan jer, bukan minta projek jambatan bengkok, kenapa harus berkasar dan mencemuh orang tua, tdm yang banyak berjasa dan dihormati oleh ramai rakyat penyokong umno dan bn. adakah ahjibgor lebih bernilai jika dibandingkan dengan tdm.

lihat dan turun padang. pergi segala kedai kopi, pasar dan kedai runcit. rakyat gembira ker dengan keadaan sekarang. kalu rakyat tak gembira, maka kerajaan berada dalam keadaan sukar, berusaha untuk bersatu dengan cara yang betul, bukan pecahkan dengan cara mempertahankan sesuatu isu. ada banyak lagi isu tapi tak masuk dalam soalan lagi. berbicara dengan baik mungkin akan menyejukkan hati yang marah, tapi kalu buat orang marah, bakar kelambu la jawabnya

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2015 at 10:35 PM

dulu kata gst harga barang turun?

Turun ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 11:23 PM

Akhirnya akan jd mcm raja dgn baju barunya...yes mem kan ajer tp.......sendiri dah tau tapi buat2 tak tau....tunggu....rakyat tak bodoh.......

....................
Reply To This Comment ...................
April 13, 2015 at 11:46 PM

Harap PM boleh tengok sendiri keadaan.. jangan hanya percaya punasihat- punasihat yer.. ada kata lihat.. ada telinga dengar.. ada mulut..diam.!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2015 at 1:19 AM

Kata en Zam sekiranya bn tewas orang yang pertama yang akan ditangkap dn disumbatkan kedalam penjara adalah Tun dr Mahadhir bin Muhammad.itu kata en Zam aku tk cakap tau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2015 at 9:24 AM

Itu boleh dianggap masuk akal. Kerana TDM, wujudnya PKR.. Dan kerana pemimpin hari ini, menangnya pembangkang.
-KING KINABALU-

....................
Reply To This Comment ...................
April 14, 2015 at 9:25 AM

Anom 1.19am
Saya rasa strategi pembangkang (esp DAP) bila menang:
1.hapuskan pemimpin rakyat yang paling berpengaruh di Malaysia supaya dia tak boleh gerakkan rakyat bersatu (Tun M akan dipenjara atas apa aje tuduhan)
2. Mula balik ISA + mantapkan undang undang utk halang orang bangkang/suarakan tak puas hati (cth macam LKY buat)
3. Hapuskan sistem Raja raja dan hak bumiputera
4. Masukkan Singapura dalam Malaysia..
Hasil: BN (bumiputera) akan perlahan lahan hilangvdi Tanah Melayu ini.
Ini saya rasa Tun M cuba elakkan. KENA BUANG NAJIB fan kroni untuk tindakan pencegahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2015 at 11:43 AM

tenkiu en penyu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 14, 2015 at 1:04 PM

Pendirian saya sama dengan Tun Mahathir yakni Najib Has To Go !

Najid dont have to go Just correct the wrong and all end well.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2015 at 8:08 AM

saya bukan la hebat sangat..tapi setiap negeri saya ada kawan..kesemuanya berkata tidak akan pilih BN pada PRU ke 14 begitu juga orang di sekeliling mereka..saya pon tidak akan pilih BN pada pilihan raya akn dtg

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 11:36 PM

Satu cadangan yang amat bernas perlu sebuah badan yang jujur ijhlas dan adil dalam mengumpul segala maklumat agar rakyaat tak tersilap pilih dalam pru yang akan datang. Sebab untok memperbaiki segala kepicangan dan penyakit yang telah menular lebeh2 lagi yang melipatkan hutang negara. Satu tugas yang amat berat tidak semua orang boluh melakukan nya. Senoga segala wang negara yang dicuri dapat dikembalikan tanpa prejudis.

Post a Comment