........... Tun Mahathir Ketika Menghayati Sajak Engkau Tidak Keseorangan ( Versi Sentimental ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Ketika Menghayati Sajak Engkau Tidak Keseorangan ( Versi Sentimental )

Sunday, April 26, 201536comments


Acara akhir program Bicara Negarawan Bersama Tun Mahathir semalam adalah deklamasi sajak Engkau Tidak Keseorangan. Selepas lebih 30 saat berlangsung, tergerak hati saya untuk memokuskan lensa kamera kepada Tun Mahathir untuk menangkap reaksi Tun ketika menghayati bait-bait sajak itu.

Begitu tekun Tun melayan sajak itu dan jelas terpancar perasaan terharu di wajah Tun.

Mulanya saya cadang nak simpan buat koleksi peribadi. Pada penglihatan orang lain mungkin biasa jer. Saya tak pasti apakah ada lensa lain yang turut menangkap suasana syahdu Tun itu. Tapi rasa tak aci pula kalau saya sorang je yang layan .... mungkin ada lebih ramai lagi yang akan menghargai video ini jika saya kongsikan.

Nah .... kita hayati bersama ....




KLiK untuk ke Youtube

PS - Pada minit 2:09 terdapat kesilapan teknikal ketika mikrofon rosak, penyajak berhenti sekitar 10 saat.Saya potong waktu itu....  kerana suara penonton yang jelas kedengaran akan merosakkan mood. 
 - Mohon siapa yang dapat berikan nama penyajak wanita itu, namanya tidak berapa jelas disebut oleh MC. Yang saya dengar adalah Puan Ro.... Ibrahim.


Engkau Tidak Keseorangan



ENGKAU tidak keseorangan

Suaramu tidak hilang dalam kebisingan

Amanatmu tidak boleh disekat dihalang

Atau dilenyapkan oleh genderang perang.



Biarkan mereka meniupkan nafiri

Mendabik dada menunjuk berani

Biarkan mereka julang sang dewata

Biarkan mereka bersumpah setia

Menyanyikan lagu-lagu cinta

Sambil berkata:

“Kami cintakanmu sang dewata.”



Biarkan dia dijulang sejuta manusia

Biarkan dia disanjung demi kuasa

Biarkan dia dipuja kerana wang berjuta

Kerana engkau lebih besar daripada itu

Engkau tidak perlu puji dan puja palsu.



Engkau tidak keseorangan

Suaramu tidak hilang dalam keriuhan

Amanatmu tidak pudar kerana cemuhan

Atau dilenyapkan oleh sejuta tuduhan.



Biarkan mereka mengutuk mencacimu

Biarkan mereka menyumpah seranah namamu

Memanggilmu orang tua gila

Kerana azammu membela bangsa dan negara

Kerana pedulimu kepada rakyat jelata.




Biarkan mereka mendabik dada

Biarkan mereka tunjuk perkasa

Kerana kekuatanmu bukan pada senjata

Bukan pada penyokong palsu berjuta

Bukan pada kedudukan dan kuasa

Tetapi pada azam sekeras waja

Pada minda yang tiada taranya.



Engkau keseorangan ..bersendirian?



Jauh sekali, umpama air dengan api



Engkau punya ramai kawan dan teman

Engkau punya anak-anak yang cintanya sejati

Generasi yang engkau didik dan besarkan

Dengan idealisme dan perjuangan

Merekalah bala tenteramu

Merekalah pengarak panji-panjimu

Merekalah peniup nafirimu

Merekalah pemalu genderang perangmu.



Perjuangan-mu belum selesai

Bahtera kita dilanda ombak badai

Bahtera merdeka pusaka ibunda

Yang kita bina dengan keringat dan air mata

Berdosalah kita seandainya ia terkandas

Dirampas dirampok tangan-tangan ganas.



Anak-anakmu masih ingat luahan hatimu

“....Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan.”



Perjuanganmu belum selesai

Jangan biarkan hati anak-anakmu terlerai

Jangan biarkan negara kita hancur berkecai

Insya-Allah hasrat murni kita akan tercapai.


Nukilan A Kadir Jasin
.

Share this article :

+ comments + 36 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2015 at 9:21 AM

Yer... kami syg Tun Mahathir ! Perjuangan kita belum selesai tun....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 9:21 AM

Aduh...kenapa mak suruh potong bawang pulak pagi2 ni????

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2015 at 9:39 AM

Salaam sahabat budiman sekelian.

Carilah kekuatan d sebalik sajak yg mengungkap seribu pengertian...Demi bangsamu yg tercinta...Demi bangsa mu yg d hina.....Demi perjuangan mu yg belum selesai......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 10:07 AM

La. awat tak kredit juga pada A Kadir Jasin? Cntik sajak dia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 10:23 AM

Kepada yang selalu mencari point salah Tun M,

Tolong hadapi reality. Buat Homework sendiri. Tidak susah nak buat nah buat survey dan rasai pendapat rakyat kebanyakan.

Kalau anda berada di mana-mana negeri cuba masuk dalam 10-20 kampung dan buat random survey dari hati ke hati. InsyaAllah anda akan dapat keputusan.
Kenapa kampung2 kita kena survey? Luar bandarlah penyokong tegar BN dan luar bandar lah yang membuatkan BN masih memerintah.

Kita seharusnya jangan memegang maklumat pada satu sumber dan "spin" pada maklumat tersebut. Ianya akan merugikan kita kelak. (Kepada blogger pro BN yang tidak dibayar)

Blogger yang dibayar itu, ini tak boleh dicakap apa. Pada aku maruahnya hanya bernilai habuan yang diterima. Orang-orang sebegini nescaya tidak akan rasa bersalah sekiranya BN tumbang. Yang hanya akan mejadi kecewa kerana tiada sumber pendapatan yang kebiasaanya dapat. Pada aku juga mereka-mereka ini tidak akan rasa bersalah atau terkilan sekiranyanya agama dan bangsa dia terumbang ambing kelak sekirany BN Kalah.

Tapi kesian pada generasi akan datang. Anak cucu nak berteduh. Kita doakan mereka ini sedar akan apa nasib rakyat sekarang ni.

Kemelut 1MDB mana agaknya duit sebanyak tu hilang? Pelaburan apa gamaknya?

Sekiranya kes ini tak selesai saya berpendapat selagi itu lah Pak Jib akan stay berkuasa walaupun rakyat reject beliau.

Kalau dia blah dengan skandal tak selesai alamatnya potensi untuk dibawa kemuka pengadilan adalah besar. Sudah pasti dia tak mahu perkara-perkara begitu berlaku.
Dan juga penasihat yang dapat habuan pun akan terlibat.

Pak jib ada beritahu beliau juga tidak kesorangan. Memanglaa tidak kesorangan yang mendamping beliau adalah penasihat yang nak tibai duit Negara.

Brader DIN ...syabas!! aku respek dengan darah perjuangan mu..hanya Allah yang dapat membalas niat murni bro..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 10:47 AM

Beri aku sikit waktu
Selesaikan isu-isu
Billion-billion yg ku rampok itu
Belum cukup lagi
Skrgkan tengah kutip GST
Anggaran 42j sehari
Tak lama lagi
Cukuplah buat ganti
Cover sana-sini

Maklumlah sekutu-sekutu perampok
Banyak di kelilingku
I'm not alone you
Dia org pon dah tentu mahu
Belakang mereka sikit-sikit pun aku kena garu

Kah kah kah
Padan muka korang rakyat Malaysia
Siapa suruh pilih aku?
Demo? Mogok? Tunjuk perasaan?
Mampos koranglah.. aku buat pekak badak
Tukang jawab ada, pencacai aku banyak

Yg penting, billion-billion aku dah sapu
Mahligai kat oversea pun dah menunggu

Padan muka korang dapat sakit hati
Kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 11:04 AM

TDM hanya manusia biasa ada kalanya betul, ada kalanya salah especially kenyataan hanya berdasarkan persepsi bukan reality. Sekarang masa Najib, berilah dia peluang untuk mentadbir negara. Sebagai seorang Islam, dan rekod yang bersih sebelum ini, saya fikir x mudah dia dengan tiba2 menjadi seorang yang rakuskan harta negara. Lagipun 1MDB tu bukan dia yang urus secara direct, sebaliknya ada pengurus, CEO dan sebagainya. Dia juga memaklumkan bahawa dia didak melindungi salah laku atau penyelewengan jika ada. So tunggulah hasil siasatan Ketua Audit Negara since auditan Deloitte x mahu terima.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 11:33 AM

Terima kasih Che DinTurtle.

Kami terhutang budi keatas kongsian video Tun Dr M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 11:35 AM

anon@April 26, 2015 at 11:04 AM

Yg jadi masaalah adalah isteri yg gila kemewahan dan glamor.

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2015 at 11:39 AM

Saya berlainan pendapat, rakyat Malaysia mmg bagi peluang kepadanya. UMNO meletakkan tempat tertinggi untuk Najib. Peluang sudah diberi.

Najib sendiri memilih untuk jado menteri kewangan. Beliau yang mwnubuhkan 1MDB. Yang ini rakyat pun tak kata apa. Walau penubuhan syarikat ini mengelirukan sejak dari asal penubuhannya.

Jad, tiada isu pasal tak bagi peluang.

Jelaskan saja mena pegi wang yang lesap. Rakyat menunggu..Masa berlalu setiap saat amat beharga. Rakyat menilai

Jangan salahkan Tun M kerana beliau tolong rakyat bersuara. Kami semua sangat berterima kasih pada beliau.

Hayati ucapan Tun M semalam. Beliau sayangkan Najib, anak Tun Razak. Idola beliau. Beliau tak mahu Najib terus hanyut.

Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 11:47 AM

Anon 11.04,

Bukan sahaja1MDB bermasalah, GST juga menjadi ketidakpuasan hati rakyat, kalau nak buat GST dipersilakan tetapi jangan sampai rakyat di tindas, nak kenakan peniaga, pemborong dan pengilang di persilakan tetapi jangan sampai kepada rakyat kita boleh persalahkan menteri tetapi Najib buat apa ? Begitu juga 1MDB kita boleh sahaja persalahkan pegawai tetapi Najib cuci tangan! Boleh kah jadi PM yg tak bertanggunjawab?

Belum lagi Boros keluarga dia Rosmah tu, belum ada isteri PM yg begitu menonjol dengan pembaziran,sifat tamak rakus dan campurtangan urusan rakyat dan pentadbiran.

Najib bertanggungjawab apabila tiba PRU akan datang dan jangan lah pula menuding jari pada orang lain apabila UMNO BN tewas atau berkongsi kuasa dengan parti pembangkang

Maruah agama Islam dan bangsa melayu, bumiputra akan jadi seperi di singapura.

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2015 at 11:57 AM

Salaam.
Ni satu hal lagi. Buta mata buta hati....nampaknya anda tidak berjiwa pejuang. CEO.....repot kat sapa ? Dan dapat arahan pun dari siapa ?
Beri peluang.....selama ni....Beri apa? Saja lepak2 kat putrajaya tu sambil makan angin ?
Pemimpin harus tegas , berani dan.bertanggungjawab atas tindakannya dlm kapasiti memimpin. Mudah je....bagi yg berjiwa begitu. Menegur sesuatu yg akan memusnahkan negara.....SALAH KE ?
Bukalah minda dgn luas.....saya bukan sokong Tun membuta tuli...saya menyokong isu yg d bawanya utk siapa ? Dan beliau terkenal dgn sikap...kalau tiada fakta yg kukuh jgn harap suara beliau akan kedengaran.Tak betul...tegur. Tanya jawab......mudah kan....kalau kita BENAR. Bak kata dinturtle sepatah......"kalau anda tahu lebih dari yg Tun tahu.....anda mungkin lebih ganas"......Fahamkan maksud ganas d sini....bukan kekerasan fizikal atau memberontak hingga mengorbankan nyawa. Jgn salah tafsir.
Benda bawah satu.bumbung.....SUSAH KE ? Masalah ini jgn d lihat dari sudut yg sempit....SUSAH LAGI ? Kalau begitu ni lah masa paling sesuai utk kita lakukan SEMBAHYANG HAJAT.....beramai2. Sbb ianya melibatkan semua rakyat dan kesan ya hingga anak cucu kita kelak.......
Apa yg saya perhatikan masih berpusing2 d tempat yg sama. Kembalilah kpd AlQuran dan.hadith.....kenapa tidak ?
Jgn d tolak.kuasa Allah. Ini semua nak beri bukti kat kita sbb selama ni terlalu.banyak cerita2 yg kurang enak melibat pemimpin dan keluarganya. Anda pernah duduk.dgn budak isterinya? Seram sejuk saya dengar cerita beliau.......mudahnya nak bisnes kat negara kita ni ! Kalau tak pernah....Jgn jadi katak dlm cermin la.....
Thanks Bro.
Salaam

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2015 at 12:22 PM

Kalau ramai org spt anda.....saya amat setuju pandangan anda. Syabas !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 12:24 PM

Berapa lama lagi nak MENGHARAP pada Tun. Tun dah nak masuk 90an . Orang orang yang mengadu pada Tun upama baling batu sembunyi tangan. Come on lah.. kalau dah ada bukti buat seperti apa yang Tun buat. There are many ways. Yang paling buruk perangai ialah yang baling batu sembunyi tangan. Tun going to be in his 90ies. Those yang report pada dia are not 90ies aint they? so why sembunyi sembunyi and let the grand old man do all this?? Come on lah.. PM or Prseiden NAjib please lah CLEAR THE AIR if you are honestly RIGHT and do step down lah if You know that you have made the WRONG move and JEOPORDISE the COUNTRY. Najib you are a MAN so be a gentlemen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 1:03 PM


'Anda tak keseorangan' tak payah nak bangga sangat. Menang jadi arang kalah jadi abu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2015 at 1:40 PM

Contoh yg kurang cerdik.....anda jadi apa ?

....................
Reply To This Comment ...................
zethro
April 26, 2015 at 2:11 PM

Wahai anony 12:24 PM,

Siapakah org yg pertama membuat laporan polis mengenai isu 1MDB ni? Beliau adalah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan, Naib Ketua UMNO Batu Kawan dan juga suami kpd aktres Umie Aida. Setelah pendedahan dan laporan polis dibuat beliau, apa yg berlaku? Beliau tiba2 saja dipecat drp UMNO dan diisytiharkan bankrup. Setelah sekian lama berhempas pulas naik turun mahkamah, baru2 ni beliau sudah ditarik balik status bankrup tersebut setelah Tun M menuntut penjelasan drp DS Najib mengenai isu2 yg berkaitan.

Saudara tidak rasa ada 'tangan ghaib' yg menyebabkan semua ni berlaku ke? Seorang yg berpangkat Dato' Paduka mendedahkan sesuatu maklumat mengenai ketidaktelusan pengurusan oleh kerajaan dan membuat laporan polis mengenainya ttp bukan saja tiada siasatan dilakukan malah 'the whistleblower' dilucutkan jawatan dan ditendang keluar parti pula. Nak kasi tekanan kpd beliau lg, diisytihar pula status bankrup walaupun hutang2 beliau tersebut boleh dibayar, dan sudah pun dibayar pada waktu ini.

Disebabkan insiden2 begini, orang2 lain yg tahu pasal isu ini merasa takut dan tidak tau ke mana lg mahu disuarakan isi hati mereka. Nasib baik Tun M masih ada, dan beliau sungguhpun berasa berat hati ttp berasa bertanggungjawab utk menuntut penjelasan drp anak Tun Razak tu demi siapa? Sudah tentu demi rakyat jelata kerana isu ini membabitkan wang kerajaan, yg seharusnya diurus dgn elok dan telus demi kebajikan dan kemajuan negara/rakyat.

Kenapa Datuk Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan bersama2 dgn Tun M? Kerana mereka juga tahu sesuatu dan dapat drp sumber yg tak lain dan tak bukan isteri kpd Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan, Datin Paduka Umie Aida. Hanya org2 dlm inner circle saja yg tahu perkara sebenar dan kini ia perlu dan mesti dijelaskan kpd semua rakyat jelata oleh kepimpinan, bukan executive(tukang buat kerja)!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 2:20 PM

@AnonymousIni saya setuju. Nampak macam lebih sudu dari kuah. Inilah gunanya orang macam Mahathir. Tegur Najib secara peribadi supaya isterinya kurangkan mencari glamour kerana dibimbangi menjadi spt Marcos, disingkir rakyat kerana isterinya. Mahathir tak sepatutnya kelirukan rakyat dgn pelbagai isu, pusing2 sampai jambatan bengkok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 2:38 PM

Bro Din,

Membeli hartanah pada harga yang terlalu rendah kali ini apa bezanya dengan kes Dr. Khir Toyo?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 2:50 PM

Pak Kadiaq Jasin ! Tolong cipta sajak tajuk `1MDB' .Tentu ramai nak dengaq dan hayati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 2:53 PM

Pembodek-pembodek yang nak cekau RM saja yang tak sokong TUN. Dia orang tau kebenarannya tapi cari kerana jawatan dan nak cari makann.......terpaksalah butakan mata,pekakkan telinga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 2:55 PM

Jho low mesti dipersalahkan?....duit billion dia buat joli di amerika...senang2 dia tipu pengurusan 1mdb...jho low pakar seleweng dana 1mdb....mesti budak cina tu punya kerja....dr zaman di tganu lagi....melayu kena tipu dgn cina...la ni amik budak india pulak jg 1mdb....pd dia yg penting hujung bulan gaji riban2 masuk....peduli apa dia 1mdb hutang ka...rugi ka...pasai rakyat yg tanggung....memang x bertanggungjawab mrk smua ni....tahniah bro din....tq sharing sgl info pasai tun...

amat marah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 3:41 PM

Anon 1:03 pm,

anda ni warganegara mana ya...
mungkin tinggal dipulau terpencil selatan pasifik yg tiada penghuni kot...

sedarlah bumi mana berpijak. yg menanggung beban bukan kao sorang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 4:01 PM

Jika isu 1MDB ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, maka hutang 1MDB akan makin bertambah, jika 1MDB sampai terpaksa berhutang untuk membayar faedah kepada bank, maka akan bertambahlah hutang 1MDB, kalau untuk tahun ini perlu bayar RM 2 bilion faedah bank, hutang pokok tak termasuk lagi pun, maka kalau hutang lagi RM 2 bilion, maka dari RM 42 bilion, jadi RM 45 bilion, kemudiannya akan bertambah dari tahun ke tahun. Ini adalah sangat berbahaya kepada ekonomi negara kerana yang akan menanggung hutang 1MDB jika syarikat itu tak mampu menguruskan hutang mereka adalah kerajaan Malaysia dengan menggunakan wang perbendaharaan Malaysia yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrasturktur dan kesejahteraan rakyat, tapi terpaksa digunakan untuk bail out 1MDB kerana hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan, mau tak mau maka wang negara juga menjadi mangsanya.

Apa yang kita lebih bimbangkan adalah keruntuhan ekonomi negara, jika wang negara yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan digunakan untuk bayar hutang 1MDB, maka ekonomi negara akan terjejas, nak buat pembangunan macam mana kalau wang dah digunakan untuk bayar hutang 1MDB?

Tengoklah macam 1MDB sendiri, walaupun ada tanah yang dibeli dengan harga yang sangat murah iaitu di TRX dan Kem Tentera di Sungai Besi, tapi kerana tak ada duit nak bangunkan tanah itu, sebab nak bayar hutang pun tak ada duit, maka mereka tak boleh bangunkan tanah itu, mereka nak jual pula kepada pihak lain.

Samalah macam kerajaan kalau dah tak ada duit nak buat pembangunan negara, maka runtuhlah ekonomi negara ini.

Lihat analogi mengenai krisis ekonomi Greece ini untuk diambil iktibar: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1002&sec=Rencana&pg=re_01.htm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 4:12 PM

Kita bimbang jika hutang 1MDB makin menggunung, maka dana-dana awam seperti dana KWSP, Tabung Haji dan keuntungan dari GLC digunakan untuk bail-out 1MDB sedangkan dana-dana berkenaan patutnya digembleng untuk menambahkan pendapatan kerajaan, tetapi digunakan pula untuk bayar hutang 1MDB, jika ini berlaku, suatu malapetaka yang sangat dahsyat kepada negara, malahan pencarum di KWSP dan Tabung Haji akan jadi mangsa, kerana nak bail out 1MDB, wang mereka dalam kedua-dua agensi itu dipertaruhkan untuk bayar hutang 1MDB, kesannya kedua-dua agensi itu tidak dapat membuat pelaburan secara berkesan dan akan rugi atau paling kurang keuntungan akan menyusut dengan mendadak sebab wang dalam kedua-dua agensi itu digunakan untuk bail out 1MDB.

Saya bukannya membuat telahan sesuka hati, tetapi berdasarkan keadaan semasa, mengapakah KWSP beria-ia nak menyekat pencarum yang dah mencapai umur 55 tahun mengeluarkan caruman dan dividen mereka? Malahan ada ura-ura tanah 1MDB di TRX itu akan dijual kepada Tabung Haji, apa Tabung Haji nak buat dengan tanah di TRX itu, nak jadi macam 1MDB juga, beli dan jual kemudiannya? Perlu disedari bahawa tanah di TRX itu harganya paling kurang pun RM 6 bilion ringgit walaupun 1MDB hanya beli dengan harga RM 320 juta sahaja, takkan nak jual kepada Tabung Haji dengan harga RM 350 juga sahaja, nak bayar kos faedah bank pun tak cukup, kerana kos faedah bank sahaja pun dah RM 2 bilion setahun.

Patutnya 1MDB ini dibubarkan sahaja dengan segera, walaupun kerajaan akan mengalami kerugian jika dibubarkan sekarang, kerugian itu tidaklah seteruk jika dibiarkan 1MDB ini terus beroperasi dengan menambahkan hutang dari sehari ke sehari hingga menjadi tak terkawal dan boleh menyebabkan keruntuhan ekonomi kepada negara ini.

Meskipun begitu, petualang yang menjadi penyamun yang menyamun wang 1MDB yang berpuluh bilion itu perlu diheret ke mahkamah dan dihukum dengan sekeras-kerasnya kerana wang itu adalah wang hutang yang dijamin oleh kerajaan Malaysia, jika tak mampu bayar hutang itu, wang perbendaharaan negara perlu digunakan untuk lunaskan hutang itu, ini merugikan negara dan rakyat. Oleh itu, petualang-petualangnya perlu dihukum dengan tegas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 5:13 PM

Lihat ini: http://www.bbc.com/news/business-32445535

Kerana hutang negara yang menggunung tinggi dan tak terkawal, maka Greece sekarang ini diambang muflis, kalau muflis Greece itu, apa akan jadi dengan negara dan rakyat mereka?

Lihatlah cara pengurusan ekonomi yang haru biru dan cara marba di Greece yang mana pemborosan, pengurusan ekonomi secara menyeleweng dan sebagainya, kesannya negara menanggung hutang yang begitu tinggi sampai tak mampu nak membayar ansuran hutang itu pun, apa ini semua?

Malaysia juga berhadapan dengan ke arah menuju kehancuran ekonomi seperti Greece juga jika hutang negara, masalah 1MDB ini tak ditangani dengan secara bijak, maka tunggulah padahnya.

Lihat ini, kerajaan Greece terpaksa menjadi pengemis, memintak sedekah dari badan-badan awam untuk bayar ansuran hutang 1 bilion Pound yang bersamaan RM 5.4 bilion yang perlu dijelaskan pada bulan Mei ini.

lihat ini: http://www.bbc.com/news/world-europe-32332221

Lihatlah, dana badan awam pun terpaksa digunakan untuk bayar hutang, apakah kita mahu melihat Malaysia jadi sampai sebegini rupa akibat pengurusan yang menyeleweng oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab itu?

Perlu disedari bahawa kalau sampai nak bayar faedah hutang pun kena berhutang lagi, maka hutang itu makin bertimbunlah, nanti jual semua aset pun dah tak mampu nak bayar hutang itu lagi, maka akhirnya dana-dana awam inilah yang menjadi taruhan untuk membayar hutang tersebut, akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang sepatutnya menikmati pembangunan, tapi akhirnya sengsara akibat nak bail out sebuah organisasi yang diurus secara seleweng, sangatlah memalukan dan keji perkara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 5:30 PM

Apa dah jadi dengan laporan polis oleh Datuk Seri Khairuddin bin Abu Hassan mengenai 1MDB?

Mengapakah pihak berkuasa tidak memanggil pihak yang berkenaan untuk memberikan keterangan, sekurang-kurangnyalah kalau tak ditangkap masuk lokap pun.

Pihak Public Account Committee perlu mengheret pihak-pihak yang bertanggungjawab mengenai kemelut 1MDB ini untuk dilakukan soal siasat khas bagi mengetahui apakah yang sebenarnya yang berlaku. Ini perlu dilakukan dengan segera, kerana kalau dibiarkan, hutang makin menggunung, kerugian makin mendalam, maka dikhuatiri negara ini akan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang meruncing seperti di Greece, Portugal, Ireland, Sepanyol, Itali dan beberapa negara Eropah lain yang sedang bergelut dengan krisis ekonomi di negara mereka.

Kita risau dengan tuntutan oleh pihak pemiutang 1MDB, tarikh akhir bayaran ansuran hutang tersebut, berapa kadar bayaran ansuran, apakah 1MDB masih ada wang untuk buat bayaran ansuran tersebut?

Tindakan pemulihan segera dari Public Account Committee serta siasatan oleh pihak polis berhubung laporan polis oleh Datuk Khairuddin bin Abu Hassan perlu disegerakan. Jangan sampai kudis dah menjadi barah baru terhegeh-hegeh nak buat jawatankuasa nak siasat, dah terlewat kerana masa itu negara dah tak ada masa nak menyiasat, kerana negara perlu menumpukan bagaimana nak pulihkan ekonomi yang dah hancur berkecai itu.

Jadi, tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkan negara ini, kebenaran yang pahit tetap kebenaran berbanding kepalsuan yang manis yang boleh menyebabkan kencing manis sampai kena kerat anggota badan dan mati begitu sahaja. Oleh itu sedarlah semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 6:59 PM

sebak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 8:45 PM

Saya hanya melihat sayu ibu pertiwi dari jauh,tiap kali teman2 (hampir semua sahabat saya adalah pemimpin samada parti atau kerajaan)datang Jakarta byk yg dicerita pada saya ttg UMNO dan Pemimpin Malaysia,sedih dan sayu saya.Ada kala sy fikir tinggal disini lebih baik walau hujan batu dinegeri org.Mungkin juga saya perlu bersuara kuat satu hari nanti dari sini.Tunggu dan lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
April 27, 2015 at 10:39 AM

Salaam.
Mmg lah duduk jkrta best......jauh best dari kl.
Masalahnya satu hari tu bila ? BERSUARA LAH....walaupun sekuat mana selagi anda sayangkan ugama bangsa dan negara anda......takkan nak harap TDM je......KITA d mana ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2015 at 3:49 PM

Orang lain tak keliru pun... orang yg tak faham kewangan dan ekonomi jer yg cakap keliru, pdhal tak faham. Bab tegur Rosmah jer yg otak dia org mampu faham. Setakat tu jerlah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 28, 2015 at 8:58 PM

Kesian Tun Mahathir...beliau telah berjasa 22tahun kpd negara..tapi bila beliau sudah hilang kuasa...ramai org2 mengutuknya. Sedih....bila melihat wajahnya..Tun cuma memberi pendapat ...seperti pendapat ramai rakyat. Sepang Litar, Putra Jaya...semua hasil usaha Tun. Ramai pelabur asing ditarik...Tun tak menyusahkan rakyat. Pinjam ASB zaman Tun juga senang. Tapi zaman sekarang undang2 ketat. Sedih...orang yg bijak seperti Tun yg banyak berjasa dikutuk oleh orang2 tertentu. Sayang Tun Mahathir....

....................
Reply To This Comment ...................
May 3, 2015 at 6:15 AM

Itula gunanya GST

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2015 at 9:18 PM

Bro Din,
Mohon tumpang lalu...

Buat Ayahanda Tun..
Izinkan saya membaris beberapa rangkap bicara. Saya tahu siapa dirimu di mata kalangan wali-wali ghaib. Saya tegaskan lagi hanya Ayahanda ‘sahaja’ yang disebut dan diizinkan dengan restu dan doa kalangan ghaib-ghaib ini untuk kembalikan maruah ummat melayu di bumi ini. Ya.. Nama Ayahanda seorang sahaja ditutur bibir mereka, bukan disebutnya akan nama tok guru ternama, bukan disebutnya pemimpin selagak pak syeikh yang didewa seakan maksum.

Saya juga tahu malah amat sedar akan harapan wali-wali ini kepadamu untuk membantu kembalikan maruah ummat melayu di tanah bertuah ini. Saya juga tahu dari mana sumber Ayahanda nanti dan siapakah dibelakangnya. Saya juga amat yakin ianya tak lama lagi. Ya.. Ayahanda bakal tinggalkan legasi hakiki kepada ummat melayu dan warga setanah berbangsa lain yang tak mungkin diulang jasanya oleh orang lain. Usah gundah, usah gulana, janji Allah itu pasti.. Doa para wali ghaib itu amat jarang ditolak Allah.. Inshaa Allah dengan redha-Nya Ayahanda masih sihat untuk memikul tugasan ini.

Jagalah kesihatan Ayahanda dan jangan difikirkan permasalahan lain kerana di hadapan kita bakal ada sesuatu yang besar untuk bangsa kita...Insan bangsawan yang Ayahanda menongkahinya itu, usah dirisau, beliau tak punya apa-apa daulat maupun darjat. Malah tak layak pun untuk disebut para wali-wali ghaib, apatah lagi doa kalian mereka - ini telah pun pasti.. Akhir kalam, nanti saya akan ketemu juga Ayahanda.. Terima kasih pertanyaan hujung minggu lepas Ayahanda untuk saya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 7, 2015 at 10:04 AM

#jelasnajibperlu undur
# unditidakpercayanajib
#najibkorup
#najibpmlemah
#gagalurustadbir
#sejarahhitam
#

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 7, 2015 at 7:49 PM

sempoi... isu lembu dah senyap... nanti isu 1mdb akan turut senyap... kak mah kata sempoilah abng jib.. hahaha

Post a Comment