........... Tun Mahathir Jumpa Ibu Sirul / 1MDB Kalau Jual TRX Bermakna Gagal | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Jumpa Ibu Sirul / 1MDB Kalau Jual TRX Bermakna Gagal

Thursday, April 9, 201528comments

Tun Mahathir bertemu ibu Sirul jam 4 petang tadi di Putrajaya dalam satu pertemuan tertutup selama 45 minit. Ada sama adalah Mahfuz dan Khairuddin. Menurut astroawani -

"Banyak rahsia sebenar diceritakan sendiri Piah dan bapa saudara Sirul kepada Dr Mahathir.

Piah merayu dan memohon jasa baik Dr Mahathir untuk menyelamatkan anaknya dari hukuman gantung. Piah mempertahankan anaknya dan menyifatkan Sirul menjadi mangsa keadaan serta dikambing hitamkan,

"Piah merayu kepada Dr Mahathir agar membantu mereka kerana katanya Sirul hanya menerima arahan. Piah berulang kali menyatakan anaknya teraniaya dan menjadi mangsa,"

Hmmmm ..... menarik nih, tapi apakebenda RAHSIA yang diceritakan Piah, ibu Sirul kepada Tun ?

Salahkah Tun Mahathir bertemu Piah ? Tak salah kan ...... ahjibgor kalau nak jumpa Piah pun boleh. Jadi harap janganlah ada sesiapa yang spin isu ini.

Minggu lepas lagi Tun dah cakap - 

"Saya bersedia untuk bertemu dengannya atau sesiapa sahaja,"


Saya percaya ahjibgor pun sama bersedia bertemu dengan sesiapa saja, kan ?



                                          ***************************************

Akhirnya ahjibgor bersuara mengenai isu 1MDB ! ! Wow ! Mesti pro ahjibgor bersorak meraikan 'kemenangan' ini...

“Untuk makluman ahli yang berhormat, 1MDB telah pun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion dengan Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.

“Sedemikian itu, tidak timbul isu 1MDB sudah muflis,” kata Najib dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.
- astroawani.



Laaaa..... jawapan bertulis jer ......

Tapi kan, bukankah perkara ini sudah dijawab oleh Menteri Kewangan 2 Husni hampir 2 minggu lalu - KLiK. Saya siap buat artikel ucapkan TerimaKasih kepada Ananda@Tanjong kerana membantu dalam mencari/mengurus PINJAMAN BARU RM2 Billion bagi melunaskan hutang itu. Tidak ada siapapun dipihak kerajaan maupun pro ahjibgor yang mahu ucapkan Terimakasih kepada Ananda/Tanjong .... why ?

Memang kurang sopan pembangkang yang mendakwa 1MDB muflis. 1MDB tidak muflis ok, 1MDB cuma ada masalah cashflow je.

“1MDB’s cash flow is not enough and it took a RM2 billion refinancing. 
.
Cashflow dia tak cukup jer .. bukan dia takde duit. You know cashflow ? Melayu cakap - aliran kewangan.

Hmmmm ..... hutang lain banyak lagi tuh ! Harap ahjibgor boleh tulis sekali lagi jawapan bagi menggariskan bila dan berapa banyak lagi bayaran balik hutang yang bakal menanti ...... harap2 waktu itu cashflow dah ok.

Dengan siapa pulak nak minta tolong cari/uruskan pinjaman baru kalau cashflow masih tak cukup ?

PS - Bila ahjibgor nak berdepan dengan rakyat dan jawab dengan suara ? Rindu la pulak nak dengar suara ahjibgor menjawab soalan2 Tun Mahathir ?

When ? When ?

                                                ********************************


Artikel terbaru Tuan Syed OSTB memang menarik ! Cepat  KLiK. dan baca sebelum dia tarik balik.....

Secara ringkas Tuan Syed kata ada sumber yang menyampaikan maklumat  bahawa ada orang yang beri idea ( presentation ) kepada ahjibgor supaya Tabung Haji membeli tanah projek TRX.

Syed kata tanah itu memang bernilai tinggi dan kalaupun Tabung Haji beli pada harga pasaran, ia masih satu urusniaga yang bagus.

Persoalannya ...... Kenapa nak jual  ( kalau betul maklumat itu ) ? Bukankah tanah itu merupakan TONGKAT yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB ? Diberikan dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran dengan harapan 1MDB dapat untung besar ..... kenapa nak jual ?

Kata 1MDB UNTUNG BESAR ? Aset melebihi liabiliti jadi tak de masalah nak bayar hutang. 

Apakah kerajaan atau 1MDB mahu membuat pengakuan yang 1MDB sebenarnya bermasalah besar nak bayar hutang ?

Saya harap berita itu tidak benar. Saya pernah tulis dulu yang 1MDB ini sebenarnya tidak punya sebab untuk gagal. Full backing dari kerajaan, bisness monopoli, tongkat besar ..... tapi kalau gagal juga bermakna adalah yang tak kena dengan 1MDB.

Sekiranya terpaksa jual aset sebab nak bayar hutang, itu bagi saya GAGAL. Dan bila gagal, kenalah ada pihak yang dipertanggungjawabkan ! Kegagalan bukan hanya selepas di isytihar muflis.

So..... harap2 perkhabaran itu tidak benar.

PS - Saya harap janganlah pula askar ahjibgor memuji2 sebarang langkah penjualan aset 1MDB sebagai satu langkah terbaik dan waktu sama terus mengangkat pengurusan dan para penasihat yang ada sekarang sebagai yang terbaik juga jika itu berlaku. 

Oya satu lagi - Masih logikkah atau masih boleh diterima akalkah untuk menjual tanah sedangkan kita masih punya RM4billion di bank Singapura ? Adakah alasan kerana mahu kekalkan dana itu dalam USD dan kerana Bank Negara banyak songeh maka kerajaan lebih rela jual tanah atau aset nak cari duit bayar hutang ? ! 

Kalau buat juga, memang ada yang tak kena !

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 9, 2015 at 2:16 AM

elok la dapat ke tabung haji drpd ananda n da geng...

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 2:20 AM

Tak ada follow up blog yang lebih detail dan persistence tentang AhjibGor dan 1mdb selain Bro Din Penyu ni ... Teruskan bro demi kebenaran demi rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 2:24 AM

@Roslan KzKomen ni nak kata pujian boleh ..... nak kata tarik perhatian askar ahjibgor pun boleh jugak ni !! hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 2:25 AM

@eriYa, itu saya setuju. Tapi kena persoalkan kenapa harus dijual kepada Tabung Haji atau mana2 pihak ( jika benar )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 3:28 AM

Ada blongang kata buka style najib serang orang dari media sosial....

So? Sapa suruh serang? Rakyat mcm aku ni nak jawapan. Faham tak? JAWAPAN.

Setahu aku, yang dok serang peribadi Tun M adalah blongang2 tersebut. Takdenya nak jawab persoalan rakyat ie persoalan sama yg dibangkitkan oleh Tun M.

Mcm isu dlm artikel ni, MEMANG STYLE NAJIB KE MENJAWAB SECARA BERTULIS JE DALAM ISU2 1MDB NI? ITU STYLE PENGECUT NAMANYA.

TERBUKTIlah mr pee em has no balls at all.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 4:49 AM

Isu 1- Bro, Kalau ikut logik, apahal UTK, bukan sorang, dua, nak pi bunuh Altantuya? Kalau sorang, maybe something wrong. Ni dua UTK. maccamlah UTK pi bunuh orang awam yang tak dikenanli. Apahal? Secara logik juga, mesti ada arahan. dari Siapa? Itu yang Tun M tanya yang saya juga turut tertanya. Tak siapa tuduh AhJib Gor. Yang ditanya is siapa? That's all. jwab Ah Jib, jawab blogger prepaid!!
Isu 2 - IMDB is mosy fuc**ed financial crisis from government itself. None of the questions was answered and yet more spins like we all morons. If they take TH's money this time and the CEO and the CEO is a mamak from government too who's support Najib's latest plane purchase in parliament, things will get worse. IMDB is like a disease spreads all over by wrong doings.
Ah Jib Gor, you are counting your days. But bad things is even you gone, rakyat still have to carry this burden for a long time. It's your sin to us. Just remember that.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:26 AM

1MDB dan kes altantuya ni lebih misteri berbanding cerita blok 404.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:40 AM

Assalamualaikum Din

Sekarang Tun M dah jumpa dgn emak Sirul (mahfuz pun ada). Agak2 apa modal tukang jawab najib nak balas lepas ni ( Salleh,Lokman,Shahrir dll)

Diorang lupa Tun M ni fighter, banyak perang dah lalu. Dari WW2 sampai la ke perang Bosnia.Semua dia fight sampai habis.

Gua Sokong Tun

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 7:57 AM

Itu lah chara Najib nak transferkan harta negara kepada rakyat Muslim melalui Tabo ni Haji untuk dinikmati..adakah ini salah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 9:48 AM

I am apolitical and wish to express my simple view of TDM vs Najib on the case of Altantuya,

1. TDM (including me and other citizens of the country) believed and accepted the decision
by the Court. No question asked. Period

2. TDM (including me and other citizens of the country) believed both of them murdered
Altantuya. No question asked. Period

3. TDM (including me and other citizens of the country) believed both of them did not murder
Altantuya for the fun of it. Contentious issue. Period

4. TDM (including me and other citizens of the country) is/are concerned about WHO
INSTRUCTED THEM TO MURDER Altantuya. Contentious issue. Period

5. TDM (including me and other citizens of the country) is/are concerned about JUSTICE
to Sirul and Azilah. Contentious issue. Period

IS IT WRONG FOR TDM AND THE RAKYAT INCLUDING ME TO ASK WHO IS THE
REAL CULPRIT (SCOTT FREE) WHO CAUSED AND OR HAD CAUSED BOTH SIRUL
AND AZILAH TO MURDER ALTANTUYA?

THE COURT'S DECISION WAS NEVER DISPUTED AND OR MADE A MOCKERY

WHERE IS THE MOTTO "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"?






....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 9:53 AM

Emak sirul jumpa mahathir! Apa motif nya...politik atau keadilan? Kalau keadilan kenapa pula emak azhar tidak menemui mahathir? Kedua dua nya dijatuhi hukuman mati..inilah sandiwara politik...kita tunggu kalau apa yang benar dikata emak sirul...kita tunggu SD drp mahathir menyanggah keputusan makhamah persekutuan atau memohon keampunan DYMM AGONG..apa macam bolih macai macai mahathir"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 9:57 AM

Tun Dr. Mahathir seorang yang teliti dan tidak akan membuat tuduhan melulu secara sembarangan. Apabila membangkitkan sesuatu isu, beliau telah membuat kajian dan dapatan data untuk mengesahan sesuatu perkara itu. Seperti kes Anwar, desas desus mengenai kelakuan tak senonoh Anwar berlegar sejak tahun 1993, tetapi Tun Dr. Mahathir tidak mengambil cara mudah dengan memecat Anwar serta merta kerana dia perlu buat kajian, mendapatkan saksi seperti Umi Hafilda dan Azizan pemandu Anwar serta ramai orang lain untuk mengesahkan perkara itu. Apabila mendapat bukti yang mencukupi, barulah Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan terhadap perkara itu.

Macam 1MDB dan Altantuya jugalah, isu ini sudah berlegar di kalangan masyarakat sudah bertahun-tahun, ada yagn menuduh Tun sengaja nak jatuhkan Najib dengan membangkitkan isu ini, sedangkan sebenarnya Tun telah lama membuat kajian, serta mendapatkan bukti-bukti yang berkaitan, sebab itulah Tun dapat mendedahkan dengan jelas persoalan yang meragukan mengenai kedua-dua isu itu.

Malahan penjelasan dari Najib yang diharapkan agar dapat dijadikan bukti tidak pernah diberikan dengan betul, Najib hanya menafikan, malahan lebih teruk dari itu hanya mengerahkan orang-orangnya mereka-reka cerita, membuat sokongan membuta tuli padanya, kemudian yang lebih teruk dari itu membangkitkan isu-isu zaman Tun yang mana isu itu sudah selesai dan orang tahu apa yang berlaku pada isu-isu itu.

Saya amat yakin bahawa Najib tidak akan memberikan jawapan yang benar mengenai kedua-dua isu ini. Apa yang diharapkan adalah pihak penyiasat seperti PDRM untuk kes Altantuya dan pihak Audit Negara untuk kes 1MDB dapat menjalankan siasatan telus dan mengheret petualang utama dan para pensubahat yang terlibat ke muka pengadilan dan dihukum dengan selayaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 9:57 AM

Harta ni .. adalah milik rakyat .. bukan harta perseorangan .. JADI .. RAKYAT PERLU TAHU CERITA SEBENARNYA .. Bravo .. abe Din..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 10:00 AM

Lepa jual tanah di TRX apa lagi yang tinggal untuk 1MDB? Setakat yang diketahui adalah stesen janakuasa buruk yang operasinya pun dah tak berapa lama lagi, itulah harta yang boleh dibanggakan oleh 1MDB, lepas tu gulung tikar, yang menjadi mangsa adalah perbendaraan negara, terpaksa digunakan untuk bailout segala onar dan angkara pelahap-pelahap 1MDB itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 10:05 AM

Sabar makcik...yg penting kita yg diuji ini ambil peluang muhasabah diri. Pasti ada hikmah. Mohon Allah bagi petunjuk dan jln penyelesaian dan sentiasa dalam perlindunganNya. Bila kita sedar kehidupan di dunia ini hanya sementara... kita akan lebuh berlapang dada, redha dengan ujianNya dan sedar hanya krpadaNya tempat kita bergantung kerana Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Lihat bagaimana sahabat2 terdahulu di uji. Kalau kita di pihak yg benar... pasti Allah akan membela. Kalau kita melakukan kesilapan ... maka bertaubatlah. Allah suka mereka yg bertaubat.

Haji (Al-Ĥaj):38 - Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.

Wanita (An-Nisā'):17 - Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

....................
Reply To This Comment ...................
Bigcatdotcom
April 9, 2015 at 10:07 AM

Cuba baca another brick in the wall..bukan main hebat lagi dia berhujah pasal aset lebih liabiliti. Hujah ni punya la glamer dulu kiranye macam artis la jugak tapi skang sampai tak kluar. Menteri pun tak pakai dah tapi blog tu masih nak pakai. Sedih. Lepas tu satu lg blog cita pasal 1mdb ajak prokhas. Kalau takde problem, kenapa tarik prokhas? Siap puji 1mdb lg kata buat csr la apa lah.

kita tunggu je direction mana 1mdb ni akan kena spin.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 10:39 AM

@AnonymousKenapa emak azhar tidak bertemu Tun ?

alahai....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 10:44 AM

anon 9.53

1. Pernah tdm sanggah keputudan mahkamah?

2. Apa keperluan SD?

3. Saya bukan macai sapa2, tapi nak tanya awak ni ada pelajaran ke?

4. Kalau you nak jadi macai najib, tak per tapi jangan memperbodohkan diri sendiri. Elok diam atau main guli

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 11:25 AM

Kalau dulu, Najib sebagai Menteri Pertahanan TIDAK menggunakan broker atau orang tengah untuk beli Kapalselam, kan lebih bagus.
1. Altantuya sudah tentu masih hidup, hari ini. Tiada peluang, sesiapa cilok-masuk dalam urusan pembelian untuk mengugut dibayar WANG sebagai sevice air lendir ke apa.
2. Sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, mengapa tak guna pegawai dari AFFIN Bank (Bank Angkatan Tentera) dalam proses perbincangan dan pembelian Kapalselam? Tentera kan lebih mahir dan pada masa yang sama anggota Tentera dapat manafaat untuk kebajikan mereka.
Siapakah Razak Baginda ini sehinnga diberi kepercayaan untuk mewakili Kerajaan Malysia untuk beli KapalSelam?
Begitu juga Jho Low yang diberi kepercayaan untuk menjadi broker kepada 1MDB.

Masa engine jet pejuang hilang, Najib sebagai Menteri Pertahanan ke?

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 9, 2015 at 12:14 PM

kahkahkah.....lawak sungguh hg ni ted manoff....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 1:08 PM

Memang x salah...tapi takut kat tabung haji jual 1 trillion,Kat ananda krishnan jual 1 juta!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 1:19 PM

Tuan penyu nak tanya sikit....syarikat 1MDB dengan syarikat saidina ni sama ke??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 1:38 PM

@Anonymous

Kalau anak anda sedang berhadapan dengan keadaan seperti Sirul alami sekarang ini, apakah anda akan biarkan anak anda yang dikambing hitamkan itu menjadi mangsa sedangkan petualang sebenarnya bergembira kerana puas membebaskan diri?

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 2:43 PM

Din,
Kalau nak dijual pada Tabung Haji pun mesti ada dikaun bukan premium atas harga pasaran. Tabung Haji mesti mendapat keuntungan dari trasaksi ini.
Aku tak kisah kalau Tabung Haji yg dapat keuntungan. 1MDB kan ada sekeping tanah lagi iaitu Sungai Besi Airport (Bandar Malaysia).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:02 PM

din...tun bls dh tuu...entry 9/4.pgilap2 epal....mesti jwb....yes or no.keh..keh....terbaik tun

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 8:18 PM

@Anonymous

inilah mentaliti puak puak penjilat...sungguh kesian...berterabur soalan ko bhai hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 9:25 PM

agak2 najib jawab tak mlm nin en.penyu...den maleih nak nengok lew...en.din tulun apdit sok yew.. bkn hapew..den tak percaya dah kat najib n d gang....tenkiuuu...

....................
Reply To This Comment ...................
DOSABELL
May 6, 2015 at 3:05 PM

Assalamualaikum

Please read this shocking deal between Tabung Haji and 1MDB.

http://thebenchmark0.blogspot.com/2015/05/a-new-deal-for-malaysia-tabung-haji-and.html

Post a Comment