........... Tun Mahathir - Jambatan Bengkok Dan BR1M | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Jambatan Bengkok Dan BR1M

Saturday, April 11, 201540comments

Di bawah adalah video di mana Tun Mahathir komen mengenai BR1M. Di peringkat awal Tun ada merujuk kepada jawapan Najib semasa progran Soal Jawab dimana Tun berkata - Bila kita tanya pasal 1MDB, dia jawab kata perkara ini telah dirujuk kepada Auditor General dan PAC ..... that's not an answer.




KLiK untuk ke Youtube

Dibawah pula komen Tun mengenai Jambatan Bengkok yang sengaja ditimbulkan oleh Najib semasa program yang sama. ( apakehal yang Najib mahu sebut tentang perkara itu ? Nak alih isu ? ) 

Bridge ini .... kalau tak buat, saya mati kah ? 

Tun ada sebut yang Najib pernah berkata, walaupun Singapura bersetuju atau tidak, kami nak buat ! 

Tapi bila dia jadi PM, dia tak buat..

Dibahagian akhir , Saya tanyalah pasal apa tak buat ? Dia kata ada perjanjian berkenaan causeway itu... kita tak boleh sentuh causeway itu melainkan dua2 pihak bersetuju. 

Show me the agreement... Takdak .... there is no such agreement. Kita buat sebelah kita, dia nak buat apa sebelah dia, dia buatlah..





KLiK untuk ke Youtube

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 8:14 AM

Kenapa tidak buat satu lencongan baru di tanah Johor berdekatan tambak Johor bagi memudahkan laluan kapal? sedangkam terusan suez boleh dibina, inikan pula sekadar mengambil beberapa ekar tanah di sekitar tambak joor untuk dibuat terusan kecil bagi memudahkan laluan kapal. tetapi saya musykil juga sekarang ini. apakah pembinaan danga bay yang menambak laut sepanjang beberapa kilometer sebenarnya bertujuan menutup peluang kapal untuk lalu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 9:45 AM

aq mmg tabik springing dan lompat bintang kat ayahanda tun...llki ini mmg thorbaek dr yg thorbaek....lebiu ayahanda..

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 10:10 AM

Jawapan Najib secara menyeluruh. Ini boleh kita terima kerana melibatkan fahaman awam. Jika beliau boleh memberi jaminan, maka hak rakyat ialah memegang katakunci nya (janji)

Dari segi pemahaman Tun M, beliau tentu sahaja mahu lihat perincian. Natijah nya wawasan 2020 dalam menilai "kapsul" yang di tanam beliau dan di baca bila sampai waktu nya, ada kah seperti beliau "ciptakan?" Maka jambatan bengkok, merujuk kepada perairan Malaysia, boleh sahaja di laksanakan jika Najib boleh melihat kesesuaian nya. Pendapat saya baik juga, di mana aliran laut boleh sahaja membersihkan pantai di sepanjang JB.. he..he.. kapal-kapal dagang boleh "short cut" ke Pasir Gudang tanpa melewati pelabuhan Singapura. Di sini kita boleh lihat impak ekonomi nya jika Singapura di bawah anak LKY(kawan baik Najib) boleh bersikap terbuka demi jiran nya. Ketiadaan LKY ketika ini, sudah mula membuka ruang kepada dasar Singapura baru kelolaan perubahan yang di lakukan beberapa hari sebelum ini. Ia di sokong beberapa koporat Singapura yang menginginkan ngin perubahan di mana ia terlalu ketat di zaman LKY. Ramai ingin bersuara tetapi takut kepada tindakan tidak sepadan dari pihak pemerintah.

Jika Najib mempunyai visi jelas tentang kemelut yang di persoalkan, sepatut nya Tun M boleh menerima hakikat "rumah-rumah yang mereka bina" tidak lain untuk kesinambungan perteduhan Bangsa Melayu, khas nya, seperti jaminan Najib untuk Umno dan sebagai Pemimpin Negara untuk semua rakyat am nya.

Cuma dalam isu 1MDB Najib meminta sedikit lagi masa kemana "hilang nya pinjaman berbilion" yang wajib di jawab tanpa kompromi apabila selesai pengesahan audit kerajaan. Membawa pengkhianat ke muka pengadilan jika betul terdapat unsur penyelewengan peribadi. Cuma Najib tidak sebut siapa JLho ini yang kita lihat satu individu yang begitu besar peranan kuasa ekonomi nya atau sebahai proksi terpilih dengan izin.... Oklah , janji Najib dalam jawpan beliau.tetap akan bersikap adil dan tegas.

Kita harap Tun M boleh bersikap reda dan redho seketika. Beri sedikit ruang kepada Najib, tetapi tetap terus menjadi nadi kepada keluhan rakyat yang di biarkan dengan teka teki sehingga timbul nya fitnah dan sangkaan buruk. Salah siapa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:21 AM

Dah byk sgt constructions dekat johor tu takkan lah Najib nak kena tambahkan lagi seksa orang johor. Mungkin jugak takde pihak yang sanggup melabur ...apa Tun expect kerajaan yg nak kena keluar duit kah? Apa Tun nak Singapore Malaysia bergaduh kah? Sudah lah tu Tun....kesian kat Najib kena tuduh macam2....nak sangat tahu pasal Altantunya pergi lah tanya sendiri pada Sirul tu...gi jumpa mak dia buat apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:24 AM

Jambatan bengkok utk elakkan lebih banyak tuntutan oleh Singapore

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:33 AM

Yang lebih memalukan UMNO Johor pun `segan' untuk membicarakan tentang merobohkan Tambak Johor dan diganti dengan jambatan baru, sedangkan pekara ini adalah titah sultan...!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:35 AM

1MDB boleh didengar tak boleh dilihat/dirasai tp duit lesap 42bil..beri masa lg bermakna m'sia lingkup tertiarap...

....................
Reply To This Comment ...................
Poseidon
April 11, 2015 at 11:45 AM

Jelas perbezaan seorang Negarawan dan Sayuran(kangkong) dalam pemikiran, visi dan kredibiliti. Sukar utk sebuah negara bangsa mencari seorang pemimpin sewibawa TDM. Tapi di manakah negara ini tempatkan beliau selepas persaraannya? Sejarah pasti berulang. Kisah Hang Nadim melawan todak, kejatuhan empayar2 agung dunia dan kealpaan pemimpin2 negara bangsa serta ketamakan mereka menjahanamkan negara sendiri sering berlaku di zaman ini. Sudah terang dan jelas Malaysia adalah satu drpd yg sedang menjadi mangsa keruntuhan ini. Senang utk susah tapi Susah utk senang buat manusia menjunjung ketamadunan. Sebuah negara yg mempunyai pelbagai sumber kurniaan Illahi, hanya kegemilangan yg sepatutnya dikecapi bakal bertukar mimpi ngeri dek kegolojohan pemimpin2 yg pincang. Sedih bila melihat keadaan ini. Memang benar kata2 TDM, anak2 cucu kita akan menyumpah seranah di atas kegagalan kita memilih kaca drpd berlian. Percayakan shaitan drpd malaikat, membenarkan kejahilan berbanding ketulusan. Jangan salahkan sesiapa bila matahari dah terbenam. Musim tengkujuh yg berpanjangan dan tiada lagi kebanggaan diri. Jadilah kamu bangsa yg hina dan terimalah padah pada kedana. Iraq dan Syria contoh terjelas. Malaysia bakal menyusul tidak lama lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 12:07 PM

Berdasarkan blogger pro Najib, pelantikan Jho Low untuk menguruskan dana 1MDB ada kaitan dengan Sultan Mizan Zainal Abidin mantan YDP Agong sebelum ini.

lihat ini:

http://theflyingkick.blogspot.com/2015/04/10-jawapan-bagi-10-soalan-marhein-untuk.html

Kes ini dah bertambah menarik, mantan YDP Agong yang kini Sultan Terengganu pula diheret dalam kemelut ini.

Tak pastilah samada isu ini benar atau hanya ditimbulkan untuk menghentikan persoalan rakyat mengenai isu ini dengan menggunakan nama mantan YDP Agong yang kini merupakan Sultan Terengganu.

Kes makin menarik, meskipun begitu penjelasan di dalam blog pro Najib itu sangat mengelirukan dan ada perkara yang tidak masuk akal.

Misalnya 1MDB perlu menjual aset untuk bayar hutang, kalau menjual aset untuk bayar hutang, apa gunanya beli aset itu sebelum ini? Patutnya aset yang ada dijana untuk membuat keuntungan dan hasil dari keuntungan itu digunakan untuk bayar hutang, bukannya menjual aset yang dibeli untuk bayar hutang. (perkara 2 dan 3).

Seterusnya mengenai USD 1.103 bilion di BSI Singpore Ltd. di Singapura, wang itu adalah wang 1MDB, apa kena mengena pula dengan pemberi pinjam wang berkenaan yang memaksa 1MDB menyimpan wang itu di Singapura? Kalau setakat nak lihat wang itu diluar bidang kuasa Malaysia, pasal apa tak simpan di Brunei atau Australia, atau di New Zealand, atau di Luxembourgh, Belgium, Bhutan, Nepal atau sebagainya? (perkara 7 dan 8)

Kemudian mengenai penjualan tanah di TRX kepada 1MDB, mengapakah perlu bayar RM 70 juta jika dikatakan tak apa bayar di bawah harga pasaran pun, kerana 1MDB adalah 100% milik kerajaan, mengapakah tak diberikan secara percuma kepada 1MDB kerana 1MDB 100% dimilik oleh kerajaan Malaysia? Maka 1MDB akan jimat wang kerana boleh digunakan untuk bayar pampasan kepada penduduk yang berkenaan menggunakan RM 70 juta itu. Mengapakah terjadinya sebegini? (perkara 9)

Kemudian penjelasan mengenai Jho Low tidak dibayar apa-apa oleh 1MDB, persoalannya adalah apakah Jho Low itu hamba abdi yang perlu melakukan kerja tanpa sebarang bayaran upah?

Lihat kenyataan ini:

"Difahamkan bahawa PetroSaudi mempunyai perjanjian pengurusan dana dengan sebuah syarikat bersekutu Jho Low dan USD700 juta daripada dana dalam akaun bank Good Star Ltd yang dipindahkan kepada akaun milik 1MDB oleh PetroSaudi tetapi diuruskan oleh syarikat bersekutu Jho Low."

Entah apalah penjelasannya, mengelirukan dan entah apa-apa.

Walaupun begitu, apa yang menariknya adalah pendedahan bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin TERLIBAT dalam PELANTIKAN Jho Low untuk MENGURUSKAN DANA 1MDB adalah sangat menarik dan perlu pencerahan yang menarik juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 12:08 PM

Tun Mahathir mempengaruhi orang2 yang tolol. Kononnya RM42 billion lesap begitu saja. Itu lah fahaman mereka. Sebenarnya 1MDB membuat pinjaman untuk membeli asest2 dan membuat pelaburan kerana 1 MDB ialah investment company sama seperti Temasek Holdings (Singapore). Mana mungkin !MDB diberi pinjaman RM42 billion oleh bank2 tanpa collatoral. Bank2 tidak begitu bodoh, mereka menilai daya maju !MDB. Cuma sekarang ni projek MRT belum siap, jadi tanah2 1MDB belum boleh dibangunkan lagi. Kalau orang Melayu dok kacau sangat 1MDB ni, DS Najib boleh jual saja tanah2nya kepada syarikat Cina dan boleh mendapat untung berlipat kali ganda. Orang2 Melayu ni tak ubah seperti Pak Kadok.

Projek pembangunan seperti ini untungnya sangat lumayan. Saya boleh dapat tidak kurang dari 40% keuntugan dari mega projek seperti ini. Jadi biarlah orang Melayu yang melaksanakan projek2 ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 11, 2015 at 12:22 PM

1.) Bila Tun M bersuara, ramai orang mendengar - baik yang pro kerajaan atau pro pembangkang. Ianya tak sama kalau Anwar atau Najib bersura. Hanya golongan tertentu saja yang nak mendengar. Kalau boleh tolong siarkan klip video yang penoh. Kalau durasinya lebih dari sejam pon, orang tak akan jemu.

2.) Bila Tun M bersuara tentang S'pore, terus bangkit semangat nasionalisma. Terasa nak berdiri bersama disebelah Tun untuk menegakkan maruah Malaysia. Najib langsung tak mempunyai aura ni. Lemah longlai reaksi walaupun berbuih mulut Najib bila bersuara. Kalau kita berperang dan Najib adalah panglimanya, belum sebutir pon peluru ditembak, Malaysia sudah pon kena jajah.

3.) Kita perlukan pemimpin yang baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 12:41 PM

Setahu aku ada satu sj " jambatan bengkok"..
"jambatan" yg menghubungkan PAS dn DAP..

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 12:47 PM

dengan terbinanya jambatan bengkok tu.aliran air laut dapat melaluinya dan dapat membersihan air selat terberau.singapore takut dengan terbinanya jambatan tersebut ,tanah tanah yang mereka tambak desekeliling timur singapore akan terhakis.ini yang singapore paling takut.singapore semakin hari membesarkan pulau singapore untuk mengatasi kepadatan penduduk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 1:14 PM

Sejak dari dulu lagi .. KEBANYAKAN PEMIMPIN NEGERI & NEGARA .. DAH TERMAKAN UMPAN DENGAN ORANG ORANG SINGAPURA ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 1:23 PM

alih serangan kepada buruk tdm bila sebut jambatan bengkok. orang yg tak ambil peduli hal sebab dan sejarah akan lihat waktu semasa sahaja. maka tdm jahat mulut dan cuba memburukkan tdm. pada hal semua yang dirancang adalah persetujuan di dalam malaysia tanpa melibatkan negara luar. iaitu kuasa di tangan kita.

bersama jambatan bengkok itu, satu rancangan telah dibuat iaitu keretapi laju johor perlis. tetapi kebijaksaan pemimpin untuk batal projek tersebut, kemudian dijadualkan semula dengan tambahan kos sehingga lebih daripada 2 billion mana lebih bijak dalam merancang demi masa hadapan. adakah dengan meneruskan agenda tdm itu maka pemimpin ikut dan angguk sahaja. banyak agenda lain lagi yang boleh dibangunkan selain daripada meneruskan perancangan yang sedia ada.

ramai pemimpin cakap bahawa mereka tak bebas semasa zaman tdm. ini menunjukkan betapa bodohnya mereka ketika itu dan kecilnya hati mereka. patutlah mereka membuang segala perancangan tdm kerana gagal memberi idea semasa berada dalam kabinet tdm dahulu. orang yang kecil pun mampu untuk menipu tdm. apabila berjumpa tdm, pastikan segala soalan dapat dijawab, maka anda akan dapat apa yang anda hajat. itu yang dapat saya simpulkan berdasarkan cerita orang yang berjumpa dan berbincang dengan tdm. tanpa fakta dan kajian, maka lebih baik tak payah jumpa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 1:36 PM

Bagaimanakah rupa/fungsi jambatan bengkok yang hanya boleh dibina separuh sahaja jika Singapore tak setuju?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 1:51 PM

@Anonymous

Aset bila dibeli untuk menjana keuntungan, jika sudahlah dibeli secara hutang, kemudian dijual, apa lagi yang ada untuk menjana keuntungan?

Macam seorang pengusaha keropok lekor, beli aset iaitu mesin mengisar ikan secara hutang, kemudian dalam tempoh singkat jual pula mesin itu untuk bayar hutang, maka macam mana dia nak menjana keuntungan membuat keropok lekor tanpa mesin pengisar ikan itu tadi?

Bila aset sudah tiada, maka operasi akan tergendala, terhenti, tak boleh jana produk, maka tak boleh jana keuntungan.

Begitu jugalah dengan 1MDB, mereka beli aset secara hutang, kemudian mereka jual aset yang dibeli itu untuk bayar hutang, macam mana mereka nak hasilkan produk bagi menjana keuntungan mereka?

Sangat pelik dan mengarut sama sekali.

Tak tahulah kalau penyokong Najib yang kononnya tak tolol itu lebih hebat dan boleh menjelaskan isu ini secara ilmiah. Saya menantikan penjelasan anda, harapnya anda tak jadi seperti Najib kerana dah tahu bersalah takut beri penjelasan.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Lebih baik benar dari menipu diri sendiri membela perkara yang terang-terangan salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 1:53 PM

@Anonymous

Tun Dr. Mahathir dah menerangkan bahawa jika Najib masih 'memimpin' UMNO dalam PRU 14, maka UMNO berkemungkinan besar akan tumbang, bukan setakat Tun Dr. Mahathir sahaja, malahan ramai veteran UMNO sendiri berpandangan sama kerana mereka ini melihat dan mengkaji pekara ini berdasarkan data dan pengalaman mereka, mereka bukannya suka-suka buat kenyataan sesuka hati.

Dengan isu berkaitan Najib yang menggunung di mana isu-isu itu kebanyakkan berkaitan negara seperti isu Altantuya, melibatkan isu kehakiman, isu 1MDB yang paling serius kerana melibatkan kelangsungan ekonomi Malaysia yang melibatkan hampir 25 penduduk Malaysia (tak termasuk 5 juta pendatang asing yang dibawa masuk berama-ramai masa Najib sekarang ini).

Pengurusan ekonomi yang caca marba akan menyebabkan kehancuran kepada negara, mendatangkan mudarat kepada rakyat, isu ini tidak boleh dibiarkan sahaja, jika Najib mahu meneruskan dasar yang menjahanamkan itu, maka dia perlu berhenti melakukannya, dan caranya adalah dengan berhenti menjadi Perdana Menteri, selagi dia jadi Perdana Menteri, dia ada kuasa untuk meneruskan agenda jahanamnya itu.

Saya meyakini bahawa Tun Dr. Mahathir sedar siapa dirinya kini, walaupun beliau tiada kuasa untuk membuat keputusan sebagai Perdan Menteri, tetapi beliau mempunyai hak untuk bertanya dasar-dasar yang dibuat oleh Najib kerana pertanyaan Tun itu adalah untuk kepentingan negara.

Dalam isu BR1M, sampai bila kerajaan mampu nak memberikan BR1M? BR1M adalah bom jangka kepada Barisan Nasional, ini kerana jumlah penerima BR1M makin meningkat saban tahun, malahan penagih dadah pun sekarang layak terima BR1M kerana mereka tak ada pendapatan, maka mudahlah mereka membeli dadah dan merosakkan diri sendiri. Ini semua tidak membantu masyarakat tetapi hanya menyebabkan kebergantungan masyarakat terhadap BR1M itu untuk memberi sokongan kepada kerajaan, jika dihentikan BR1M itu maka ramai akan marah dan tak sokong kerajaan. Ini sebabnya, bukannya suka-suka nak kritik pasal BR1M itu.

Pasal Jambatan Bengkok, Tun Dr. Mahathir tak tulis pun dalam blognya, isu ini hanya dibangkitkan oleh Najib dalam wawancara 'penjelasan' yang tak berapa jelas dalam TV3 baru-baru ini. Malahan dari segi pembinaan Jambatan Bengkok, ia lebih memberi kesan ekonomi yang baik kepada Malaysia kerana akan menyebabkan kapal-kapal akan melalui Selat Johor dan menggunakan pelabuhan milik Malaysia iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang kerana telah memendekan masa pelayaran serta menjimatkan kos operasi kapal, ini akan memberikan keuntungan semula kepada kerajaan dari segi cukai.

Perbezaan antara Tun Dr. Mahathir adalah Tun Dr. Mahathir mentadbir sebuah negara sebagai pentadbir sebuah negara, tetapi Najib mentadbir sebuah negara seperti sebuah syarikat yang mengutamakan keuntungan jangka pendek dan jika keuntungan jangka panjang pun hanya untuk dirinya sahaja, bukannya untuk rakyat ramai.

Kita perlu faham bahawa keuntungan bagi sesebuah kerajaan bukannya wang semata-mata, tetapi sokongan rakyat. Kerajaan perlu menjana wang untuk pengurusan dan pembangunan negara, tapi pada masa yang sama kerajaan perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik yang boleh kepada rakyat.

Dalam isu ini Najib membeli rakyat dengan memberikan ikan kepada rakyat iaitu BR1M yang hanya bertahan beberapa hari sahaja sedangkan untuk lebih dari 300 hari lagi dalam tahun itu, rakyat dibebankan dengan berbagai masalah kewangan.

bersambung..........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 1:53 PM

Sambungan ...........

Tetapi Tun Dr. Mahathir memberikan joran kepada rakyat untuk pancing ikan. Perbelanjaan besar kerajaan membangunkan infrastruktur akan merancakkan ekonomi yang memberi limpahan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat.

Misalnya projek Proton, dari hanya sebuah perusahaan kereta, telah membuka peluang kepada ribuan peluang niaga lain dalam aspek pembekalan bahan komponen, bengkel baik pulih kenderaan, pusat jualan kenderaan, pengiklanan dan lain-lainnya yang membuka peluang kerja kepada ratusan ribu orang yang bekerja dengan syarikat yang terlibat dengan kenderaan Proton itu sendiri.

Begitu juga dengan pembangunan Lebuhraya Utara Selatan dan lain-lain lebuhraya, banyak pusat pembangunan baru wujud disebabkan jaringan pengangkutan yang lebih baik dan menguntungkan pengusaha, kesannya banyak peluang niaga wujud, dari peluang niaga itu, mewujudkan ratusan ribu malahan juta peluang kerja kepada penduduk di sekitar dan juga jauh dari tempat itu.

Dengan hasil projek mega, pembangunan infrastruktur itu, maka akan menyebabkan pelaburan di dalam negara, hasil pelaburan itu mewujudkan banyak peluang kerja, dan keuntungan dari pelaburan oleh syarikat dan perusahaan itu akan menyumbang kepada pendapatan cukai negara yang dibayar sebahagian dari pendapatan syarikat itu sebagai cukai pendapatan, cukai korporat dan sebagainya.

Inilah bezanya antara pemikiran Tun Dr. Mahathir yang melihat sesuatu secara realistik, mengambil peluang dengan melihat kesan keseluruhan berbanding Najib yang melihat kepada kesan jangka pendek dan hanya untuk melihat orang memuji dan menyokongnya dalam tempoh masa singkat sahaja.

Begitu jugalah dengan pihak-pihak yang menyokong Tun Dr. Mahathir, bukannya kerana menyokong membuta tuli, tetapi menilai semua aspek.

Bukannya macam penyokong Najib, menyokong mungkin kerana ada kepentingan diri, serta tidak menilai serta tiada maklumat yang boleh digunakan untuk menyokong hujah selain dari memberi komen yang hanya memalukan diri mereka sendiri sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 2:40 PM

Kes tdm vs najib membuktikan perbezaan
di antara pemimpin

1. visionary vs contemporary leader
2. strong vs weak leader
3. true vs superficial leader
4. intelligent vs average leader
5. independent vs consultant led leader
6. precision vs blur leader
7. knowledgeable vs advised based leader
8. action oriented vs rhetorical leader
9. tool oriented vs money giving leader

I may be right or wrong but that is my perception.



....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 11, 2015 at 2:42 PM

selagi Malaysia x bankrupt x puas hati ek???the havoc that's being created in da past 6 years by najib would hv its effect fr how many generation?? the previous tuns took 50 years to get Malaysia liveable n in just 6 years najib threw it out to the dogs...

....................
Reply To This Comment ...................
Poseidon
April 11, 2015 at 4:47 PM

Anon 12.08; hang tau tak 1MDB tu spt skim Gary Madox di Amerika atau di Malaysia macam Pak Man Telo. Bezanya madox dan Man Telo go straight to individuals whereas 1MDB guna konsep "leveraging", iaitu meminjam drpd Bank2. Kenapa pinjam? Sebab ianya paling senang dapat wang dan dibelakangnya ada perkataan "GOVT. OF MALAYSIA". Idea konsep1MDB drpd Jho Low kemudian disuapkan kpd Riza Aziz dan dibawa kpd PM Kangkong melalui ibunya, Datin Seri RM. 1MDB asalnya drpd sykt kerajaan di Trengganu, ditukar nama utk membawa imej 1Malaysia. Sykt yg sepatutnya berniaga hasil royalti minyak Trengganu sekarang berniaga atas angin. End game Model perniagaan ini sepatutnya memberi pulangan segera kpd penciptanya(Jho Low & Riza Aziz), kerajaan Malaysia mendapat easy capital utk pembangunan hartanah dan infrastruktur serta berjaya menjadikan Malaysia pusat pasaran Modal dan kewangan dunia mengatasi Singapura maupun London. Tapi sayang, cerita Mat Jenin dah lama kita dengar dan hasil Man Telo, ada ahlinya panjat pokok kutip daun katanya itu duit. Samalah dgn 1MDB nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 12:16 AM

Sayang soal 1MDB disini tidak dijawab oleh CEOnya sendiri. Jadi semua orang merapu dari cerita keropok leko hingga ke skim Gary Madox. Kita tunggulah hasil siasatan Ketua Audit Negara.

Jangan pulak jadi seperti cerita satu ketika dulu yang Najib akan dipanggil menjadi saksi di mahkamah France nanti sudahlah. Rupa2nya tipu bulat2. Sungguh dahsyat bila orang nak buat cerita ni.

Sambil-sambil itu tinjau2 sama sumber2 dari Malaysia Today. Article2 disana lebih bebas dan berkauliti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 1:06 AM

Bolehkah Tuan yg bijaksana menerangkan kami yg tolol ini,

berapakah baki duit pinjaman RM42billion yg masih ada sekarang?

Jika semuanya sudah licin, bagaimana 1MDB mahu meneruskan projek2 mega itu?

Selain daripada tanah di Sg Besi, Pulau Pinang, Jln Tun Razak dan Stesen Janakuasa yg hampir tamat lesennya, apakah aset2 lain 1MDB yg dikatakan nilainya lebih tinggi dari RM42billion?

-KING KINABALU-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 1:13 AM

Bila kita ada separuh jambatan bengkok dan Singapore ada separuh tambak, Siapa yg akan merana? Mampukah rakyat Singapore menanggung kos membawa masuk beratus tan sayur, ikan dan daging khinzir melalui udara atau laut?
-KING KINABALU-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 1:22 AM

Saya yg tolol ini hampir terlupa, adakah Tuan sedar setiap pinjaman ada interest/bunganya? Jika Tuan pinjam duit bank utk beli tanah, kemudian menunggu bertahun2 supaya nilainya lebih tinggi dari pinjaman, adakah pihak bank hanya menunggu bayaran pada hari tanah itu dijual semula oleh Tuan? Jika tidak, siapakah yg membayar ansuran serta bunganya, kerana Tuan sudah habis duit membeli tanah. Isteri Tuan kah? Anak tiri Tuan kah? Atau Tuan akan curi sedikit duit tabung anak..?
-KING KINABALU-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 1:41 AM

Wahai org yang perasan cerdik...jadi kenapa pulak nak jual aset untuk bayar hutang? Bukan kami kata okay..ajib sendiri yang kata dlm wawancara baru2 ni...

Model bisnes apakah yang pinjam billion2...beli aset bawah harga pasaran....melabur di cayman...tup tup xmampu byr hutang...nak cairkan aset untuk bayar hutang....

camtu ke bisnes org melayu macam kamu? Aduhai...

....................
Reply To This Comment ...................
Poseidon
April 12, 2015 at 2:08 AM

Anon 1.06; Audit PAC? LOL..Apasal Najib nak pi mahkamah France? Dia makan rasuah ke? Itu pasai Sirul dan Azilah dihukum gantung, dah sampai Mahkamah Persekutuan, end game! Kalau Kangkong masih jadi PM, Tuya tu mati katak. Sirul dan Azilah pun akan mati katak. Apa motif mereka berdua ye? Cuma RCI utk 1MDB dan kes Tuya boleh sedikit menyakinkan rakyat akan kebenarannya. Kalau tak, banyak rekod boleh hilang, tak percaya, pi tanya Imigresen. Hang pi baca sikit lagi nuh..

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 9:24 AM

Hello, awak faham tak, disebabkan tambak tu kapal dr pasir gudanf malaysia kena seberang ke port singapore untuk ke tg kupang di sebelah gelang patah. Masalahnya laluan kapal kat selatan ni tak efisyen dan singapura mengambil keuntungan kapal2 dagang yang berlabuh di malaysia. Tambahan airr di selat tebrau wwarnanya coklat gelapp.. menandakan airnya kotor.. dikatakan dulu airnya biru.. kalau menghargai alam, kita kna buat sesuatu agar arus laut bebas melalui laluan semulajadinya. We need jambatan baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 2:12 PM

Ce cite mana 42bil dibelanjakan secara terperinci.. tu je TDM dan rakyat marhaen nak tahu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 2:45 PM

Ko ni phm ke x? Yg tun saran kn tu utk kepentingan ekonomi dlm negara kite neh pd mse dpn...tp pok jib xphm kt situ...sbb bhgn die utk menghabis kn beras je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 2:47 PM

Ke kampangan apekah explanation dr org yg bijaksana ini? Adakah hasil dr kekangkungan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 2:49 PM

Agreed king kinabalu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 11:16 PM

Siapa kata Bank 2 itu tak begitu bodoh?

Jangan lupa sejarah telah berapa kali pihak Kerajaan telah menyelamatkan bank dari kebengkrapan?


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 12:13 PM

Long Live The King Kinabalu!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 2:06 PM

apa apa pun TUN M Tetap di hati... TUN M TERBAIKKKK............

....................
Reply To This Comment ...................
April 14, 2015 at 1:24 PM

Din,

I think Tun is already insane. full stop.

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2015 at 3:00 PM

Prinsip Hidup Tun M adalah Tunaikan Komitmenmu, Pengorbananmu dan murnikan kerna Allah - tak percaya baca tulisan dan buku-buku Tun M - Berbuat baiklah selagi Pencipta Izinkan. Firaun yang zalim dan anggap diri tuhan - Tuhan benarkan ia terus hidup sehingga ketika dan saat yang dijanjikan. Noktah.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 12:20 AM

Senangnya ngata org tolol ya....dasar apa saudara pakai ? Beginilah.....tak faham fakta diam,boleh tak? Ni pasal tak faham soalan la ni....

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 12:23 AM

Anda mmg best ! Contoh yg baik. Alhamdulillah. Ni tak...senang je nak panggil org tolol.

Post a Comment