........... Tempo, TV3, Johan dan 1MDB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tempo, TV3, Johan dan 1MDB

Wednesday, April 22, 201524comments


Malam ni saya nak tulis secara santai 2-3 isu berkaitan Najib dan 1MDB, sekadar meluahkan secara spontan apa yang ada dalam fikiran. 

Hari ini heboh tentang cerita kemewahan hidup pasangan PM kita yang siarkan oleh majalah Tempo di Indonesia ... edisi khas katanya sempena Ulangtahun ke 60 Persidangan Afrika-Asia di Bandung minggu ini.... adeeeeh, malunya sebagai rakyat Malaysia bila PM kita di hina sebegitu rupa...

Errr .... bagi yang merasa terhina mungkin akan timbul perasaan malu tapi bagi yang merasa bangga, well .. pasti ucapan Tahniah diberikan.

Tapi kenapa berita ini tidak disiarkan oleh media dan bloggers pro Najib ? Tak nak bantah ke ? Atau tak nak ucap tahniah ke ? 

Kekadang tu bila kita siarkan perkara ini, bukannya untuk tambah memalukan pasangan PM kita tapi ada ketikanya kita perlu menyatakan akan hakikat apa yang berlaku di luar. Hakikatnya artikel itu berlegar di Indonesia dan bakal tiba di sini tidak lama lagi. 

So dari cuba untuk menutup sebelah mata atau cuba menidakkan apa yang berlaku, bukankah lebih baik kita berdepan dengan masalah itu. Nafikanlah ! Tidak pun, seranglah cara kehidupan mewah pemerintah Indonesia pula !

Bukankah itu SOP pro Najib ? 

Bila Najib diserang, maka kena serang balik si penyerang tadi, biar nampak sama berat atau lagi baik, biar nampak lebih berat tuduhan itu ke atas penyerang.

Kalau Najib dituduh dengan perkara buruk, maka kena sama burukkan si penuduh ! Biar sama-sama nampak buruk   hehehehe .....  mana punya belajar ntah diorang ni.

Saya nak kaitkan dengan laporan Berita TV3 jam 8 malam tadi. Sekali lagi TV3 mainkan isu Jambatan Bengkok dengan ayat yang kalau saya tak silap bunyinya, kenapa beria2 nak bina Jambatan Bengkok ?

Apakah itu salah satu peranan media yang dikawal kerajaan seperti TV3 ? Menyumbat info yang direka kedalam minda rakyat supaya rakyat percaya ? Ulang hari2 sehingga rakyat percaya apa yang direka itu merupakan satu kebenaran ?

Kemudian di glamer mamat sorang tu .... Johan apatah namanya, kalau tak silap seorang pemimpin Umno Selangor ( malas nak cek ). Lebihkurang katanya, Anak Tun Mahathir pun kaya raya juga, bukan sedikit kerajaan bantu sehingga dia jadi kaya !

Adooooi .... ni mana punya belajar pemimpin Umno ni ? Dia nak tolong Najib atau dia nak sabotaj Najib ? Di ni pro Najib atau pro Tun Mahathir ?

Apakah dia nak bawa isu kekayaan anak Rosmah ke depan dan didebatkan ? Nak kita bandingkan BAGAIMANA anak Tun dengan anak Rosmah peroleh kekayaan yang dimiliki itu ? Boleh si Johan ceritakan bagaimana kerajaan bantu anak Rosmah jadi kaya raya ?

Lawak lah .....

Kemudian dia boleh berkata, kalau perkara ini dibiarkan, akan terlondehlah segalanya ..... hahahahaha .... memanglah akan terlondeh kalau begitu SOPnya mempertahankan Najib !

Anda seolah mengaku apa yang Tun dakwa. Orang akan tambah minat nak tahu BAGAIMANA anak Rosmah jadi kaya. Sekurang2nya anak Tun ada money trailnya dalam media. Tapi anak Rosmah ada tak ?

Oya, kalau tak silap anak Rosmah beli kondo mewah itu lebih awal dari pembikinan filem Wolf .... saja nak beritahu.

                                *****************

Teringat akan bail out kerajaan ke atas 1MDB yang hampir RM1 billion baru2 ini ...... katanya 1MDB awal2 lagi dah pakai RM600 juta ..... tapi tak pulak diberitahu untuk apa ?

Kalau nak bayar hutang, katanya 1MDB buat pinjaman baru untuk tujuan itu..... so, RM600 juta itu untuk bayar apa sehingga terpaksa kerajaan bail out ? Oooooops maaf, bukan bail out tapi standby kredit.

Serius ni, apakah keperluan mendesak sehingga kerajaan terpaksa beri pinjam hampir RM1 billion secara senyap2 ( pada mulanya ) ?

Boleh atau tidak tanya tu ?

Kemudian, masih berbaki lagikah standby itu ?

Last one , apakah kerajaan berani keluarkan kenyataan yang kerajaan tidak akan berikan sebarang bentuk pinjaman lagi ( atas nama apapun ) kepada 1MDB sehingga siasatan selesai ?

Kita diminta jangan soal apa2 tentang 1MDB sehingga selesai siasatan tapi waktu sama 1MDB tetap juga buat pinjaman kerajaan dan katanya nak jual aset bagai sebab nak bayar hutang ..... bukan apa, takut bila siasatan selesai 1MDB hanya tinggal hutang saja .... 

Akhir kata saya nak copy ayat Muhyiddin semalam -

"Seorang penulis sejati akan tetap memperkatakan tentang kebenaran dan tidak akan sekali-kali menyebarkan kepalsuan menerusi hasil nukilannya.


"Saya berharap agar para penulis akan terus menyatakan 'painful truth' (kebenaran yang pedih) untuk memandu masyarakat ke arah kebenaran dan bukannya 'beautiful lie' (pembohongan yang indah) yang boleh melekakan mereka," - TMI.

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 1:07 AM

Terbaik bro din....analisis santai berbiral....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 1:42 AM

mohon tun M tubuh parti baru ...jutaan rakyat meyokong semua bangsa 1 malaysia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 5:57 AM

Dulu ade blog menulis tentang keretapi laju.
Jika keratapi laju tu hingga tengah singapura, penumpang akan terbang ke changi dan naik keratapi laju utk ke kl. Bila ini berlaku penumpang akan kurang ke klia.
Dengan ade nya jembatan bengkok, keratapi laju hanya akan sampai jb je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 7:24 AM

Kalau gitu, mari kita bongkar dan siasat kekayaan pemimpin-pemimpin umno, pas, pkr,dap dan lain-lain lagi supaya rakyat semua nampak dan tahu. Kita semua tengok bagaimana bila masuk politik, kekayaan tiba-tiba memuncak naik dan bertambah berlipat kali ganda. Kita siasat, yang mendapat kekayaan dengan cara yang betul atau cara yang salah. Mari kita siasat.

....................
Reply To This Comment ...................
Fifaifofum
April 22, 2015 at 8:07 AM

Klia dah bukan hub rantau dah pun. Bnyk yg masuk masa mula dulu dah takde. Kalau betul kita boleh ke changi, inderectly, kita pun boleh dpt bnyk lg pelancong. Dari sg ke kl pun ok. Jangan nak bekap klia dah sebab kerajaan pun pegi buat klia2. Klia ni dah jadi mcm kes proton kita biar market decide. Tapi pasal jambatan bengkok tu lain. Bila buat tu, ekonomi malaysia dengan sendirinye akan naik. Kita dah ada terusan suez sendiri tapi sebab gigil punya pasal. Lagipun agak2 si najib nak lawan ke big bro sg? Agak2 china ke us? Dia tak reti nak bediplomasi sbb dia suka gamba dia kuar paper je ngan kuasa dunia. Tapi habuk pun takde.

Najib akan jadi pm pertama bila dia kena depose/bersara yg akan dimaki nnt. Orang ramai tunggu masa je nak sembur dia semua sbb mcm tv3 smalam. Nampak sngt umno ni dah bodoh,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 9:00 AM

Part 1
Bukan sahaja DSN (Tak BERSIH kurang CEKAP dan tak AMANAH) kena resign, Kabinet pun kena Overhaul


Patut la sehari dua ni terasa aman tenang ja. Tidur pun malam pun rasa extra nyaman je
Rupa-rupanya golongan bangsawan berada dikayangan.

Patut DSN pergi lama dalam tempoh 10-30 tahun macam gitu. dan serahkan 100% kepada TPM, biar dia teraju negara. Bagi tempoh percubaan TPM teraju negara. :P Atau biar TPM jadi PM, ini yang paling terbaik buat masa ini

Sekiranya DSN masih teraju sampai PRU14 peluang untuk menang amat tipis. Ini pasti. Aku sendiri buat tinjauan dekat org2 kampung yang turun temurun darah UMNO, juga dalam kampung 98% semua ahli UMNO. Tinjauan aku secara kasar memang diera DSN tertekan, barang mahal pendek kata semua org mengeluh dan menjurus kepada BN bakal tumbang. Itu baru satu kampung yang terkenal dengan kampung kuat UMNO. Yang mana satu ketika ketika puak PAS masuk kempen di kampung aku ni orang-orang kampung cakap apa tau???

“Hang letak pisau di tengkok aku ni pun hang rojoh macam mana pun aku tetap UMNO”

Seeloknya kalau nak tau momentum sokong rakyat buat banci. Nak jimat kos bagi assignment dekat budak2 Universiti seluruh negara buat bancian.

Kalau suruh JASA survey nanti depa ni berat sebelah pulak. Hanya pi survey tempat2 tertentu ja.

Pada Pendapat aku rombakan kabinet harus dibuat juga bukan sahaja DSN kena resign malah dalam kabinet tu pun kena tukar.

Aku harap sekirannya DSN resign menteri2 kabinet yang lain pun turut serta..

Kita amat-amat faham sememangnya amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak.

Keputusan berani dan drastik harus dibuat dengan cepat dan tepat!

H2O- Aduhai … pada pendapat aku kesesuaian beliau untuk kabinet hanya pada Sumber Manusia/Pelancongan. Dari amati dan gerak-geri serta tinggah laku H20 ni percakapan mulut tidak seiring dengan hati. Kesimpulannya beliau dilemma dalam diri sendiri dan amat sukar dan was-was membuat keputusan dari semua segi. Ini adalah tidak baik untuk memimpin organisasi yang sangat penting.

Agaknya lah siapa yang taja heli yang terhempas tu dan ketika itu H20 pun ada dalam heli tersebut? Walau macam mana licik dan kepandai menyembunyikan hasil perolehan anda. Percayalah Yang Maha Berkuasa memberi petunjuk kepada rakyat. Direct petunjuk dari NYA. Ingat-ingatlah H2O..

Aku ada pernah tengok wawancara H20 dalam tv - dia boleh kunyah chewing gum masa tv interview, lagi satu gedik2 kerusi.. Nampak sangat tak serius. Atau dia rasa soalan dari pemberita dia boleh makan. Lagi pun aku rasa rakyat malaysia tak perlu lagi dinasti untuk naik ke PM. Balik2 hangpaa jaa... bagi la peluang org lain sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 9:04 AM

@AnonymousSetuju. Daripada berkokok diluar gelanggang. Biar buku bertemu ruas. Biar antan & lesung berantakan, padi beras bertabur, ayam(babi)yg kenyang. Alang2 biar melayu jadi abu & arang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 9:04 AM

Part 2

Begitu juga dengan KuNan- tak boleh nak cakap apalah bertanding di kerusi selamat diangkat oleh PM kerana dalam lingkung orang-orang yang terdekat degan pembuat keputusan. Bagi la peluang orang lain sama, dan kena berlajar dan beri kepercayaan kepada ahli-ahli yang lain. Tak semestinya bukan orang yang memenangi kerusi Putrajaya tak boleh memimpin Kementerian Wilayah. Patut di transformasi kan bagi peluang anak kampung yang baru naik ke kerusi Parlimen. Ramai kan ??? Yang layak dan boleh dipolishkan.

Kabinet kononya PRO- Idris Jalap / Wazirr-
Patut kerusi-kerusi ini diberikan kepada calon-calon yang menang bertanding. Susah payah kehulu-kehilir berkhidmat kepada rakyat tanpa mengeluh. Kempen setiap penjuru kawasan..sesetengahnya setiap kawasan di Malaysia . Setengahnya dalam tempoh pru11,pru12 dan baru ini pru13.. tak pernah ada cuti dan ambil cuti, segalanya dicurahkan untuk parti dan rakyat.

Yang bagus nya mereka-meraka ini tak pernah merungut. Buat kerja iklhas kerana Allah dan memegang amanah yang dipertanggungjawap oleh rakyat.

Kegagalan lingkungan kumpulan tertinggi melihat dan mempertengankan mereka-mereka adalah kegagalan merasai denyut rakyat amnya akar umbi. Ini adalah kerugian.
Apa bila pertanyaan kenapa mereka2 ini agaknya kenapa mereka tidak ada di barisan kabinet ? apakah masalahnya? Jawapannya yang diterima “ Kita pohon kehadrat Ilahi badan kita sentiasa sihat dan kuat bertenaga agar boleh membantu rakyat dan kita kena kerja kuat untuk parti bagi memastikan ugama bangsa dan tanahair terbela, kesian nenek moyang kita dulu org2 awal UMNO …kita kena tekat pegang sampai mati”.

Walaubagaimana pun Syabas diucapkan kepada mereka-mereka ini kerana keiklasan berjuang. Walaupun tiada kerusi kabinet anda-anda ahli parlimen BN adalah pemenang dihati Rakyat amnya akar umbi.

Alhamdulillah zaman Tun M Malaysia pesat membangun rakyat aman makmur. RAKYAT tak ramai komplen dan merungut. Ye lah walaupun sekarang ni zaman IT dan media social. Hakikatnya ramai org kampung masih lagi tidak bergantung kepada media social. Bukitnya BN menang banyak kerusi luar bandar kan? Memang tidak dinafikan peranan media social tapi pengabis kisah adalah result.

Mereka ini Idris Jala, Paul, Wahid ..se-eloknya duduk dalam AJK lembaga penasihat itu sudah memadai untuk mereka mencurahkan BAKTI dan kepakaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 9:05 AM

YANG BETULNYA, PUJUK TDM BUAT PLAN RAMPAS SEMULA JAWATAN PM... tapi bkn mudah.. sbb pasti pembodek2 umno akn all out menghalang... fhm2 je la, msg2 tkut kna pancung dan x dpt kumpul harta dsn buncitkan perut lg...BANGSAT BETUL DIORG NI... nk jaga perut sndri, yg salah pun di anggap betul...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 9:05 AM

satu idea yang bernas...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 9:09 AM

Part 3

Kesian oooowwh kepada orang-orang yang dah lama berjuang dalam politik , beranak dalam umno , remaja dalam umno dewasa dalam umno tua pun dalam umno … bersusah payah demi mempertahanlan Agama, Bangsa, Dan Tanahair. –

Nama tak naik pun munkin aktiviti kurang masuk media agaknya. Munkin geng2 media tak sempat nak cover semua yang jauh-jauh ni?

Atau pun ketua mereka menyuruh menghighlightkan sipolan-sipolan tertentu kut???? Kompem yee laa kan..

Sudah terang lagi bersuluh peranan media perdana amat-amat penting untuk menaikan seseorang walaupun seseorang itu tidak berbakat.

Mustapa Muhamed- Hi tok pa – Bye-bye North Omar. Apa yang tak kena?
Selangor kalah Noh Omar kena. Klate kalah it okey kita cuba lagi PRU14- macam biasalahkan..

Sebelum mengundi Boss tanya macam mana klate? Gelombang merah pasti berjaya anak-anak muda dan generasi pertengahan dah balik menyokong UMNO kita yakin rampas klate dari PAS.

Rakyat dah jawap tok pa oiii….munkin watak good guy kut yang dia masih dikekalkan. Noh Omar nampak brutal sikit air muka tak nampak warak. North Omar nak kekal, tukar watak jadi muka kesian ok? Apa-apa pun Noh Omar tetap hensem. Kalau tak hensem masakan ada bini lebih.?? Hensem RM dikira hensem juga hehe

Idriz Jusohi – Dato!! lepas ni buat Monsoon Cup kat port klang pulak ye…Kena laa tu K-Jay pun duduk KBS

Mat Selan- Mamat ECHO- apa isu semasa orang lain dah utarakan ..lepas 2 tiga hari lepas tu dia akan kompang. Rambut dato patut buat syle pacak dah main dah sikat belah tepi ni, buat style Bung Stylo gitu.

Kesian kat Mat Selan kebelakangan ni asyik kena maki je.. Mamat ni akan jadi cacar merba kalau jawap spontan. Memang diaku dia pandai tapi bukan jenis yang boleh jawap spontan yang mempuyai fakta. Apa pun2 adik dia macam mana boleh kaya terkejut?

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2015 at 9:18 AM

Bukan main sedap mulut aje org UMNO Selangor tu bercakap ...aku pun tak kenal dia ...Dia Siapa????..suruh dia jaga Selangor sudahlah...Calon tak boleh menang ramai.. Bakal calon PRU 14 tu... Aku pengundi di Selangor...ingat tu... Agak2 BN Selangor bole menang ke??? Jambatan Bengkok tu Sultan Johor pun mahulah,,,SIAPA rakyat JOHOR bangang yang tak nak jambatan tu...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 10:04 AM

Aku berharap admin dah bersedia untuk diserang. Hari ini sesiapa yang mengkritik Najib akan diserang. Aku sangat bersetuju dengan ungkapan Muhyidin. I like!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 10:22 AM

salam din penyu, aku letih baca komen sampai 3 part, baca tapi aku pun tak paham ape yang dia cerita. aku baca gak semalam berita majalah tempo aku kata abih najib mampuih jokowo pun dah balun najib. tapi ari ni aku cari berita tu dah tak de takut kena saman lah tu. sepatut nya mesti jadi isu besar. tajuk indonesia bantai najib. tapi tak syok berita tu ada selit perkataan malaysia kini. sedih tengok mentaliti pemberita malaysia. itu ari pak din tanya senarai janakuasa 1mdb dapat dari mane. semua dari puak umno. ari ini tengok dalam malaysia insider tony pua cerita pasal janakuasa 1mdb maksud nya betul lah ape yang depa tulis tentang pembelian rm 42 billion 1mdb tu. bukan aku cakap tony pua cakap tajuk dia pun baguih gak kerajaan naik kadar tariff letrik untuk selamatkan 1mdb. beginilah cara para pembangkang dan pengikut mereka bekerja,kerajaan belum buat ape lagi dah buat berita ini dipanggil manipulasi. bila saman dia kata tak de kebebasan bersuara. macam isu kwsp belum buat ape lagi buat cerita aku semalam bertekak dengan seorang cina maki maki kerajaan kata duit dia tak boleh keluar umur 60 tahun baru dapat dia kata tv dah cakap. pada hal tv 3 keluar berita pukul 8.30 mlam aku bertekak dengan dia jam 5.30 ptg. ini lah ape yang berlaku pada masa ini kita tidak mahu mendengar berita yang sah. dulu aku percaya sal tak de internet harap kan mulut manusia sekarang pun rupe nya sama gak. tak tau lah aku pun bengong. melayu oh melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 10:47 AM

TV3 REPORTING GETTING IMMATURE.
INTERVIEW ORANG YANG TAK FAHAM ISSUE SEMASA.
GIVE UP WITH TV3 NEWS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 1:13 PM

ada ka pulak satu mamat tu response dalam TV 3 .. MANA ADA ORNAG BUAT JAMBATAN BENGKOK.. SEMUA LURUS JE.. kesian betul tapi nak buat cam mana. DR M cuma minta penjelasaan yand masih belum diJELASKAN oleh pihak NAJIB bukan minta DISERANG AMUKKAN BERTUBI TUBI seolah olah mengakui apa yang DR M tulis adalan BENAR!. Buat apa serang jika NAJIB di pihak YANG BENAR. Politik dan pilitician ada lah sedrupa tikus bila jumpa muncung berlaga laga ,hidung berbau bau lepas tu your food is your and mine is mine.

....................
Reply To This Comment ...................
April 22, 2015 at 1:21 PM

Din,

Cerita2 di Majalah Tempo di Indonesia tu adalah cerita2 kitar semula. Aku rasa ada yang sogok majalah tu keluarkan cerita nak aibkan PM kita semasa persidangan ASEAN Africa.
Nampaknya mereka2 yg berhati busuk ni sanggup buat apa saja bagi menjatuhkan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 5:29 PM

Harap Mahathir berjaya kali ni dalam siri Rambo ke 5 . Tu la Tun dok sibuk nak fulfill RAHMAN sangat sampai abjad lain tak boleh masuk. Semoga Muhyiddin cepat naik. InsyaAllah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 5:59 PM

Part 4
MCA, Gerakan- Ini memang tak boleh percaya laa. Pada aku yang mana bangsa diorang ada untung diorang akan sokong.
Bukan pure sokongang macam diorng sokong zaman Tun M.

Nampak tak macam mana Tun M handle MCA Gerakan dan MIC ? Power ye tak??? Tun sentiasa yg terbaik!

Kepada yang memandang mudah atau buat2 tak pandang kritikan atau pun pandang Tun M, anda silap besar. Dan berkemunkinan juga keyboard warrior pro BN tidak pernah rasa semasa pemerintahan TUN M atau belum lagi baligh, masih dlm janin dan munkin baru habis SRP.

Sekiranya anda berada pada zaman tersebut dan telah dikurniakan akal saya percaya anda semua boleh buat perbandingan pemerintahan zaman Tun M, zaman Paklah dan diera PM serkarang.

MIC – BN kalah PRU14 tak mustahil dia minta join parti yang menang

Menteri KPDNKK- Tak tau nak komen pa dah….hangpa sendiri pun tau

Azzeeez- Sblm PRU 13 banyak jual scania kat kementerian perumahan – pulun jangan tak pulun

Siapa-siapa pun yang mempunyai kelebihan kewangan saya pasti mereka akan turut membantu apa2 misi kemanusian secara langsung atau tidak langsung. Agak-agak apa akan terjadi sekiranya media tidak buat liputan kebajikan anda?

Terus terang JKKK, Pemuda, Wanita Puteri (bahagian2 luar bandar/kampung) atau YB2 BN dan NGO'S berikan khidmat kemasyarakatan dan kebajikan kemanusian tanpa perlu liputan Media.

Boleh tak dato bayangkan sekiranya setiap mereka-mereka ini dapat coverage media apa akan jadi? Kompem lagi banyak kebajikan dr dato. Tiap-tiap minggu malahan hari2 ada sahaja masalah kemasyaraktan.
Apa-apa pun peranan dato memang "officially" iktiraf.

Saleh Saaiid KeTUAK – Maaf terpaksa pakai ayat kasar sikit. Mamat ni lebih kepada menganjing je. Menyalak tak tentu pasal. Anjing memang akan menyalak maksimum punya salakan, kalau manusia menyalak sebegitu rupa boleh pecah anak tekak la, tapi kalau kita acah dia kompem dia lari. Begitu lah yang aku nampak kpd mamat ni. Saya bukan menghina beliau seperti binatang tapi perumpamaan yang mudah difahami.




Me to Rizal Gudex
Part 4
MCA, Gerakan- Ini memang tak boleh percaya laa. Pada aku yang mana bangsa diorang ada untung diorang akan sokong.
Bukan pure sokongang macam diorng sokong zaman Tun M.

Nampak tak macam mana Tun M handle MCA Gerakan dan MIC ? Power ye tak??? Tun sentiasa yg terbaik!
Kepada yang memandang mudah atau buat2 tak pandang kritikan atau pun pandang Tun M, anda silap besar. Dan berkemunkinan juga keyboard warrior pro BN tidak pernah rasa semasa pemerintahan TUN M atau belum lagi baligh, masih dlm janin dan munkin baru habis SRP.
Sekiranya anda berada pada zaman tersebut dan telah dikurniakan akal saya percaya anda semua boleh buat perbandingan pemerintahan zaman Tun M, zaman Paklah dan diera PM serkarang.

MIC – Umm ini kalau BN kalah PRU14 tak mustahil dia minta join parti yang menang

Menteri KPDNKK- Tak tau nak komen pa dah….hangpa sendiri pun tau

Azzeeez- Sblm PRU 13 banyak jual scania kat kementerian perumahan – pulun jangan tak pulun
Siapa-siapa pun yang mempunyai kelebihan kewangan saya pasti mereka akan turut membantu apa2 misi kemanusian secara langsung atau tidak langsung. Agak-agak apa akan terjadi sekiranya media tidak buat liputan kebajikan anda?
Terus terang JKKK, Pemuda, Wanita Puteri (bahagian2 luar bandar/kampung) atau YB2 BN dan NGO'S berikan khidmat kemasyarakatan dan kebajikan kemanusian tanpa perlu liputan Media. Boleh tak dato bayangkan sekiranya setiap mereka-mereka ini dapat coverage media apa akan jadi? Kompem lagi banyak kebajikan dr dato. Tiap-tiap minggu malahan hari2 ada sahaja masalah kemasyaraktan.
Apa-apa pun peranan dato memang "officially" iktiraf.

Saleh Saaiid KeTUAK – Maaf terpaksa pakai ayat kasar sikit. Mamat ni lebih kepada menganjing je. Menyalak tak tentu pasal. Anjing memang akan menyalak maksimum punya salakan, kalau manusia menyalak sebegitu rupa boleh pecah anak tekak la, tapi kalau kita acah dia kompem dia lari. Begitu lah yang aku nampak kpd mamat ni. Saya bukan menghina beliau seperti binatang tapi perumpamaan yang mudah difahami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 8:53 PM

tabik spring brada...apanama pon siaq menda yg sama gak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2015 at 9:38 PM

Kalau begitu PM patut saman majallah tersebut. Tuntut ganti rugi sampai muflis.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 22, 2015 at 10:11 PM

Duta Malaysia ke Indonesia sikit punya baik cover Najib dalam berita TV3 malam tadi. Sampaikan Mokhzani pon kena tempiasnya. Cerita asal cuma tentang artikel majalah Tempo je. Risau hilang kerja kot. Maklumlah, dengan PKR dah tak laku.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 3:30 PM

Duta Bangang... Memalukan Malaysia dlm konteks hubungan Antarabangsa..
Iya mas.. Kok bisa maafin kami ya mas...
Iya Bener.. Kok sekarang di Msia.. Gitu banyekk skali spesis nya maslan...
Maaf fin kami ya mas.. Ya mas... Ya..

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 3:23 AM

Ape lagi.. Saman TEMPO....
Ada brani...?

Post a Comment