........... Soal Jawab TV3 - Sememangnya Ahjibgor BLUR ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Soal Jawab TV3 - Sememangnya Ahjibgor BLUR !

Thursday, April 9, 201555comments


Dah tonton Soal Jawab TV3 di mana Najib dikatakan akan menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir ?

Hahahaha ..... potong stim giler ! Rasa buang masa duk mengadap tv tadi. Langsung tidak ada info baru atau apa yang kita harapkan sebagai jawapan yang keluar dari mulut ahjibgor.

Samada ahjibgor mengelak dari mahu menjawab atau sememangnya beliau BLUR tak tahu cerita.

Soalan tentang Sirul Altantuya, bermula dari soalan hos yang bertanya - Adakah Datuk Seri terlibat ? Hahahahaha ... dah nampak dua-dua pun BLUR tentang persoalan yang bermain di fikiran rakyat.

Pasal 1MDB .... adeeeeh ..... terpaksa dikerah semangat yang kuat untuk terus layan menonton. Langsung tidak di jawab ......tidak ada info baru.

Kalau dulu dalam Parlimen boleh salahkan peraturan Bank Negara yang menyusahkan, kali ini ahjibgor puji pulak... soalan yang saya kira sengaja ditanya untuk beri peluang ahjibgor betulkan jawapannya dulu.

Tapi jawapan mengkritik peraturan Bank Negara itu tak boleh padam la sebab ia merupakan jawapan bertulis di Parlimen.

So ..... nak kata apa lagi ? Ingatkan bolehlah berdamai tapi sayang ..... ahjibgor melepaskan peluang terbaik untuk menjawap.

Tanyalah siapapun, ramai akan kata soalan dan jawapan sudah lama disediakan untuk rancangan tadi. Tu yang peliknya, masa yang panjang ada untuk persiapkan jawapan tapi ahjibgor hanya mampu mengulangi apa yang kita sudah tolak tepi dari dulu lagi.

Pro ahjibgor pun terpaksa ulang MO sebelum ini kerana tidak dibekalkan peluru baru.




Share this article :

+ comments + 55 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 11:37 PM

Kalau mcm ni jawapan No1. Lagi la banyak rakyat yang tak puas hati. PM patut jawab. Duit 1MDB skrg ada banyak mana. Kalau kurang kemana di belanjakan. Kalau rugi pelaburan apa yg merugikan. Jelaskan satu persatu. Supaya rakyat tak marah. Mcm Tun M cakap. Jelaskan. Menteri kabinet patut bersuara. Mtk penjelasan. Mohon penjelasan bukan bermaksud kita menentang PM. Mcm PM pernah cakap. Zaman pemimpin serba tahu dah berakhir. Patut dengar apa suara rakyat. Sekarang rakyat bersuara. Mohon penjelasan. Terangkan kepada rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 11:38 PM

Mimpi buruk rakyat Malaysia akan berterusan.. Info pasal 1MDB.. Ada sebuah syarikat terpaksa menjual aset utk membantu menambah modal 1MDB sebanyak RM2b lagi.. Inilah bantuan untuk 1MDB yang kononnya kukuh dan syarikat tersebut tiada kena mengena dengan Ananda Krisnan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 11:49 PM

Rancangan yang membuang masa dan merugikan wang ringgit tv3 sahajalah. Bila tukang tanya itu tanya siapakah yang mengarahkan Sirul dan Azilah untuk bunuh Altantuya, Najib bukannya beri jawapan yang sepatutnya, orang tanya siapa arah pembunuhan itu, tapi dijawab Najib tak kenal dan tak ada kaitan, entah apa punya jawapanlah macam itu.

Pasal 1MDB, entah apalah yang dimerapukan oleh Najib, kononnya untuk pembangunan negara dan rakyat, pembangunan apa, yang membangunnya adalah hutang 1MDB yang menggunung yang makin lama makin banyak dan tak terkawal.

Orang tanya pasal apa simpan wang 1MDB di Singapura, malahan simpan dalam BSI Singapore Ltd. Dijawabnya nanti untuk dapatkan keuntungan tukaran wang asing, sedangkan simpanan itu dalam bentuk dolar US, bukannya dalam bentuk Sing Dollar, tak tahulah Najib faham ke tidak apa yang dijawabnya itu.

Kesimpulannya penerangan dan penjelasan dari Najib itu bukannya penerangan atau penjelasan tetapi hanya nak menafikan banyak melarikan diri menjawab soalan sebenar serta untuk mengabui mata rakyat kononnya dia dah beri penerangan.

Perkara yang kononnya 'penjelasan' dari Najib itu adalah seperti orang bertanya "Siapakah yang minum air itu" tapi dijawab "air itu dibeli di kedai ahmad maslan", lain yang disoal, lain yang dijawab, jawapan merapu yang terbabas silap simpang, lepas tu terjatuh ke longkang dihayutkan ke parit dan seterusnya hayut ke laut tentah mana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 11:51 PM

blogger ajib da merabbannnn lgu yahanana

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 11:51 PM

Pasal RM 2 bilion dari Ananda Krishnan tak pula Najib beri penjelasan, malahan rakyat mahu tahu juga apakah benar penjelasan dari para penyokong membuta tuli Najib yang mengatakan Ananda saja suka-suka beri 1MDB RM 2 bilion itu kerana hartanya terlalu banyak, tak hutang pun, saya bagi sahaja.

Apakah benar ini wahai Perdana Menteri Najib? Sila beri penjelasan, bukannya merapu sampai ke lautan hindi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 11:54 PM

Soal jawab di tv3 disusuli dengan sokongan umno johor yg berikrar menyokong PM...

Khalid Nordin tidak membaca blog che det yg terkini...mereka sokong 42B yg lesap...peluang makin cerah utk DAP dan PAS meluaskan pengaruh di johor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 11:55 PM

apa punya soalan pi tanya terlibat atau tidak
paling bodo punya soalan pun tanya la kenal tak sirul n azilah
tak kesian ke kat depa dua orang tu
ada jumpa kpn tak masa kes tu

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 12:08 AM

Untuk kesekian kalinya, mohon jaga tertib kalau nak komen di sini. Dan jangan hina pengomen lain, jawab saja cara berhemah.

Banyak komen baik pro dan con yang saya padamkan kerana bahasa kasar dan mencarut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:08 AM

Apa masalah tuan punya blog ni??? Tak faham bahasa ke?

Rasanya semua yg Najib jawab dapat menjawab hampir semua persoalan..

Pasal Altantunya ----dah dijawab dgn baik. Tak faham bahasa ke??

Pasal 1 MDB, kalau ada salah laku , nanti ketua audit Negara & PAC akan bagi tahu dan kerajaan tak akan melindungi sesiapa yg bersalah....
Tunggu ajelah....ketua audit Negara very credible and PAC dianggotai oleh pembangkang jugak...
Sabar ajelah....tunggu result.....rasanya dah clear dah unless kalau otak dah erkarat dna corrupted dengan wrong information.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:18 AM

Soalan tentang siapa JLho yg sangat berpengaruh dlm 1MDB tak ditanya langsung...mungkin soalan pun ditentukan pejabat PMO?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:33 AM

anon 12.08 am

1. Sebenarnya anda yang bermasaalah....bukan sdra Din

2. Sebenarnya najib yang bangang...bukan mahathir

3. Sebenarnya si penanya soalan yang keliru....bukan pendengar

Kesimpulannya, kedudukan najib terkini adalah ibarat kata kata seperti berikut:

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all
to conjure all sorts of reasons
to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths,
he has no respect for himself
and little would he do better for others
except for his own gain;

And when a man tells lies,
he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:41 AM

Masalah PM Kangkong kita adalah kredibiliti, terlalu senang dan tidak belajar pasal sejarah. Kerajaan terakhir terhebat Islam, Ottoman Turki hancur disebabkan keborosan dan terlalu senang sultan2nya dan yg terakhir digelar Khalifah menyebabkan rakyatnya sendiri hilang kepercayaan terhadap mereka. Parti Golkar Indonesia berkubur selepas Suharto. Jepun digantikan oleh LDP. Malaysia kini meghadapi situasi yg hampir serupa. Apakah benar RAHMAN's PROPHECY yg menyebut N(Najib) adalah pemimpin terakhir UMNO memerintah Malaya? Cuma diharapkan, janganlah kita nanti bertukar serupa dgn Greece atau Portugal maupun Sepanyol. Sedih melihat rakyat di sana yg dibelenggu hutang(bukan hanya negara yg bankrup akibat hutang), hilang keyakinan diri, pertukaran mendadak life styles dan tiada cahaya di hujung tunnel. Bersedialah semua rakyat Malaysia. Jika betul temuhan Tun, akibatnya amat teruk utk kita semua. Bayangkan "systemic risk", masalah hutang mico dan macro, inflasi yg tinggi, sistem perbankan yg kapoot dan nilai matawang yg merudum. Berdoalah kpd Allah s.w.t. agar perkara2 ini dijauhkan drpd kita atau kita sememangnya diibaratkan spt kaum Nabi Noh. Bersedialah, 2018(tahun pru14) akan datang. Nikmatilah, hayatilah. Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 12:50 AM

RM 2b dari Ananda Krisnan 1 part.. RM 2b dari satu lagi syarikat 1 part.. Syarikat tersebut terpaksa jual aset untuk membantu 1MDB..

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 10, 2015 at 12:51 AM

Jual aset bayar hutang. Aset hilang, duit habis. Hebat model bisness 1MDB.

Yang kenyang siapa? Jho Low? Bank? Ananda? Auditor? Rakyat?

Hanya 1 perkara saja yang masih buat aku tersenyum. AKU BEKAS AHLI UMNO! Aku tak akan terasa mengkhianati sesiapa pon bila tiba waktu mengundi nanti.

p/s : Memang ramai yang dah termakan dengan jawapan Najib - termasoklah bini aku. Disebabkan malam ni malam Jumaat, aku elakkan bertekak dengan dia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 1:09 AM

Bro Din....bangang boleh guna tak? Kalau boleh....ah jib gor bangang must go NOW!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 1:20 AM

Kenapa tak tanya soalan yg Tun M tanya....dah siap pun soalan tu. Tolonglah Najib....jangan bodohkan kami....jawapan tu semua dah pernah dengar. Lagi lagi jawapan tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 1:23 AM

Sedangkan syor daripada pihak Audit Negara pun kementerian kewangan yang diketuai oleh Najib tak bagi apa-apa maklumbalas pun, nanti bila diudit banyak sangatlah benda rahsia yang kononya tak diberitahu, malahan dengan pihak audit boleh dimanipulasi oleh Najib, maka audit berkenaan juga adalah amat meragukan. Memang PAC juga ada diketuai oleh pembangkang, tetapi kena diingat bahawa bukan PAC yang buat auditan itu, mereka hanya mendengar dari pihak Audit Negara dengan keadaan cara pentadbiran Najib yang banyak mengkontrol perkhidmatan awam supaya patuh arahannya, apakah pihak Audit Negara berani melawan Najib?

Apa yang perlu adalah pihak 1MDB perlu mendedahkan penyata kira-kira dan penyata imbangan kepada rakyat sebagaimana yang dipamerkan oleh syarikat sendirian berhad di dalam akhbar serta dibentangkan di parlimen supaya boleh dihujah oleh kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan kepastian.

Kita juga mau tahu ke mana perginya USD 1.103 bilion yang bersamaan lebih kurang RM 4 bilion dana yang kononnya dah ditebus dari pelaburan di Cayman Island yang dikatakan disimpan di BSI Singapore Ltd, apakah benar-benar ada dana itu atau pun dberikan alasan yang bukan-bukan lagi kerana sebenarnya dana itu tidak pernah wujud pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 1:27 AM

Itu baru isu Altantuya dengan isu 1MDB, isu Lebuhraya Pantai Timur yang hingga kini tak siap-siap malahan ada kawasan lebuhraya yang dah siap tak dapat dihubungkan antara satu sama lain kerana pakej lain-lain yang diberikan kepada kroni yang menyebabkan lebuhraya itu dah banyak kali dibina semula dan ada yang tak dapat dibina dan memerlukan kos tambahan yang keterlaluan.

Najib makin lama dia membisu serta cuba melarikan diri dari menjawab isu sebenar, makin banyak yang akan terbongkar hingga boleh menyebabkan dirinya berhadapan masalah yang sangat besar bila segala kepincangan yang berlaku ini terbongkar siapakah petualangnya, dan apa yang berlaku sebenarnya sekarang ini.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 1:39 AM

@Anonymoussetahu saya, dari KT terus ke KL dah boleh jalan ikut LPT. Soal yang pelik2 tu saya tak tahu cerita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 2:21 AM

Skrip sama yang diulang...diulang...

Contohnya GST...ajib tahu tak bahawa apa yang berlegar2 dgn rakyat kat bawah ni ialah ia berpunca drpd brim dan hutang 1mdb. RAKYAT KATA LEBIH BAIK TAKDE BRIM JIKA NAK AMBIL BALIK DUIT TU DENGAN GST.

Itu antara isu yang sepatutnya ajib jelaskan...tapi sayang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 2:26 AM

Salam tuan Din. Hati2 lah memilih tajuk tuan. Saya rasa ia tidak mebaikkan keadaan. Blog ni saya lihat dah jadi macam cacamarnalah tuan. Dah lebih kurang blog pembangkang nampaknya...sebab pengomen ni dah macam tak rasional langsung. Entah jawaban apa yg korang nak dari Najib sangat pun aku tak faham. Dia dah jawab...bertenanglah. Tuan Din berkali-kali saya ungkapkan...kita jangan menjadi pengadu-domba..... Kesannya...inilah...bacalah aja apa yg tertulis di atas...- WAKABI

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 2:44 AM

@Anonymouspendirian saya sama seperti Tun M ..... mahu ahjibgor bersara demi memastikan peluang umno bn menang pru14 lebih cerah.
ayat inilah yang memecahkan pro Umno - sekiranya ahjibgor kekal pm maka umno bn akan tewas pru14.

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 10, 2015 at 5:31 AM

janganla marah tuan blog...tuan blog dan kami rakyat2 yg hina ni mungkin akal dan hati tak seterang tuan...hahaha jawap cmtu burung kakak tua training pun boleh jawap silap2 lebih menyakinkan lg....ketua audit negara nak bagitau kat sapa??kat kerajaan??hahaha ni la part paling lawak skali...pernah dengar orang kata conflict of interest tak??kerajaan/pm nak amik tindakan kat chairman 1mdb ka???
salam tuan din...takkan la camni pun xleh nak maki lagi kot???skit boleh la kot ek....
BODOH!!!

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 10, 2015 at 5:34 AM

hahaha....melayu kampung...rugi ooo carik pasal malam2 jumaat ni...hahaha....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 7:15 AM

Isu

1) Altantuya - Dia jawab tak terlibat. Mahkamah dah putuskan. Polis dah buat siasatan. Mereka yang cuba spekulasi Najib beri arahan tidak beri bukti atau buat laporan. Sirul Azhar tidak juga keluar kenyataan Najib yang beri arahan melainkan mengatakan dia bertindak di bawah arahan. Jadi kepada mereka yang nak dengar jawapan Najib yang beri arahan sila dapatkan Sirul Azhar ataupun Mahfuz Omar untuk keluar tuduhan Najib beri arahan dan seterusnya laporan polis.

BR1M - Ini polisi PM Najib sebagai PM dan beliau tidak mahu berganjak dari keputusan ini dan beliau berhak untuk berbuat demikian sebagai PM yang dipilih melalui proses demokrasi. Namun PM Najib tegaskan beliau mendengar segala kritikan dan pandangan.

1MDB dan personality dalam persoalan - Beliau memohon masa untuk laporan dari Ketua Audit dan PAC. Sekiranya ada penglibatan dan salah laku ia tidak dapat disembunyikan dan tindakan bakal diambil.

Tun dan penyokong berhak untuk berkempen untuk PM yang baru tapi PM Najib juga berhak untuk meneruskan tanggungjawab beliau. Jadi pulangkan kepada rakyat Malaysia untuk tentukannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 7:39 AM

Saban tahun baik agensi atau jabatan kerajaan maupun syarikat tersenarai atau sdn.bhd, perlu mendapatkan pengesahan bank baki tunai bagi setiap akhit tahun kewangan. Itu standard perakaunan dan audit antarabangsa serta digunapakai oleh Malaysia.

Jadinya, ada tak pengesahan BSI ke atau mana-mana bank bahawasanya 1MDB ada mempunyai baki tunai dengan mereka (bank-bank yang dideposit oleh 1MDB)?????

Jika ada misteri wang tersebut terungkai. Bukan nya susah sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 7:55 AM

Assalamualaikum DIn

Alhamdulillah segala-galanya lancar.Insyaallah Din 3 tahun ke hadapan nama baik TDM akan dikenang...teruskan perjuangan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 8:15 AM

Tambahkan lagi pemahaman pro ah jib gong dengan membaca tulisan helen ang ... penulisannya juga mantap ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 8:23 AM

Anon 2.26

1. Maaf anda terlalu keliru sehingga tak dapat bezakan antara maksud soalan dan maksud jawapan diberi...makinlah keliru rakyat bahkan jadi meluat...ingat umno boleh menang pru14 dengan jawapan penuh kekeliruan?

2. Maaf anda terlalu keliru sehingga anda tak dapat bezakan antara adu domba dan mencari kebenaran....sdra din mencari jawapan untuk pastikan kebenaran, bukan hendak jadi batu api bagai dituduh anda mengadu domba....kebenaran ini kalau tak didapati akan menipis malah menghapus terus peluang untuk menang dalam pru14.

3. If you anon 2.26 are one of the many supporters of najib and because of you and other supporters cause and or were to have caused BN to lose in pru14, you are one of the betrayers of the rakyat who have all the while voted for BN.

You deserve to get a curse from the rakyat.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 8:57 AM

DIn, speatutnya DR M yang jadi intervier to baru lah betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 9:18 AM

Siapa boleh bagi jaminan kalau DS Najib letak jawatan BN akan secara automatik menang PRU14.....?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 9:19 AM

Kita rehat dulu. Mari berhibur sambil menjawab soalan isu IMDB.

Dengarkan lagu Salih Yaacob - Gali Lubang Tutup Lubang:
https://www.youtube.com/watch?v=U0UWn6t-hQU

Sambil berfikir kesudahanya rakyat yang dah miskin pun kena tanggung hutang yang dijamin oleh kerajaan.Kenapa tiada soalan berapa gaji dan elaun pengurusan 1MBD dapat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 9:23 AM

Bukan semua rakyat jenis sama,

ada rakyat yg pejam mata apa saja pemimpin UMNO buat. tapi sebab sayangkan melayu dan jasa pemimpin UMNO yg dulu mereka undi juga UMNO.

Ada lg satu jenis dan yg ini jumlahnya sangat ramai dan yg senang berubah pendirian, bagi golongan ini parti tak penting, jasa org dulu tak penting, masa depan bangsa pun tak penting, yg penting makan minum susah tak? belanja dapur cukup tak? hidup selesa tak? Kalau makin susah dan dpt tahu pemimpin yg dipilih lesapkan duit berbilion sebab salah tadbir, ada pula info yg menaikkan lagi kemarahan depa, pemimpin kerajaan pula tak boleh jawb dgn betul..

Mereka yg ramai ni kalau tak diberi perhatian akan buat protest di peti undi. Mereka ni tak fikir risiko sebab pihak pembamgkang pandai memujuk pandai menabur janji.

Sebenarnya syaitan umat benci manusia baik berilmu, sailing tegur menegur sesama mereka, sebab syaitan akan kalah bila manusia akan tersedar dgn teguran dan ilmu itu. Maka bila ada orang macam Tun M menjadi suara yg power boleh menegur PM dan bolehnmembuka mata PM yg digayut oleh penongkat dan parasit maka kita harus berlapang dada untuk kebaikan bersama menerima dan respond cepat dgn tindakan atau penjelasan yg sejelas jelasnya. Bukan macam penjelasan PM semalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 9:28 AM

saudara/i WAKABI

utk makluman tuan, majoriti kat sini adalah non partisan tetapi lebih condong kepada menyokong kerajaan.

baiknya jadi non partisan ini ialah kami tidak menyokong membabi buta macam mereka2 yang cari makan dengan parti tu.

and mind you, saya percaya kami ini majoritinya adalah profesional. kami sayangkan agama bangsa dan negara sebab itu kami bersuara.

masalahnya, mereka2 yang di atas tu tak nak dengar suara kami walaupun mengatakan rakyat didahulukan. so, apabila Tun M bertindak, ia seolah2 mewakili suara kami. Jadi amatlah tidak molek dan nampak sangat bangangnya jika menuduh kami menyokong pembangkang atau sengaja nak merosakkan BN bla bla bla..

sekian

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 9:34 AM

Sokong u 100%. Those people deserve to get a curse from the rakyat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 9:46 AM

paling tak boleh blah ialah "beri masa untuk 1mdb cairkan aset untuk bayar hutang"

jadi maksudnya, lepas ni 1mdb dah takde aset lah..
jadi maksudnya segala wang yang keluar sampai berbillion2 tu hilang begitu sahajalah..
1sen pun tak sampai kepada rakyat iaitu tuan punya wang yang asal.
kononnya dah bagi BRIM tapi kerajaan ambil balik dengan GST.
dulu dulu...tok nenek yang jual tanah (aset) akhirnya menyesal sebab dah takde tinggalan untuk anak cucu.
begitulah dengan 1mdb. akhirnya habuk pun tarak.
yang pasti ada orang sangat kenyang tetapi rakyat yang terpaksa tanggung akibatnya.

maaflah. nampaknya memang tiada harapan lagi untuk pi em dan kerajaannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 10:10 AM

Bro Din, bila najib kuar tv semalam benda pertama saya ingat masa Pak Lah kena serang TDM dulu, dia pun keluar tv gak. Sekarang najib pun dah keluar. Harap-harap najib pun ikut jejak langkah Pak Lah.. tak lama lepas keluar tv, kerusi PM kosong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 10:20 AM

Their stupidity at it's highest level without knowing better who is Indian kerala muslims NI pasai bodoh sgt laTara Baca punya org.Indian Kerala muslim ni adalah Kaum pedagang dahulu kala yg dtg ke Nusantara ni ,menyebarkan ISLAM kesini ,disamping pedagang arab.Kebanyakkan muslim kerala ni berdarah campuran arab dan sebahgian berketurunan nabi saw,dan sahabat.Apakan Tun salah sorang dari nya ? WAllah u aklam ini disebabkan hubungan antara Kerala dan tanah arab amat rapat sejak sebelum kelahiran nabi saw lagi.Kahwin campur adalah lumrah antara org arab dan kerala muslims.Kerala muslims ni juga dikenali sbg.kaum Malbari merujuk kepada darah kacukan arab mereka.Sedangkan hindu kerala dikenali sbg kaum Malayalam .

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 10:29 AM

@AnonymousMasalahnya CEO 1MDB pun cakap berbelit dan PM cakap terlalu general... Soalan tak berjawab...siapa pening..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 10:29 AM

Dsn perlu tahu..mmg dia x kena mengena dan tun x tuduh dia dlm kes altantuya.Soalan Tun siapa yg arah dia org bunuh.Jgn la gabra Dsn!! Suruh je Sirul dgn Azilah jwp!Apa yg susah sngt la..Jh low tu sape? Smpai dia blh handle 1mdb?Apa yg kelam kabut 1mdb bisnes smpai rugi berbillion billion??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 10:35 AM

Jawapan najib berkenaan 1MDB ni standard.. dok diulang-ulang dari dulu.. rakyat dah sedia maklum.. takde apa yang baru khususnya menyentuh soalan dari TDM.. Hutang 2 bilion, duit simpan kat singapore, cayman islands dll.. mastermind dalam 1MDB pun najib xberani nak buka mulut..

Bro Din, bagi saya senang citer 1MDB ni conman style company.. model business hutang atas hutang.. nak buat macam style bank pelaburan kat US.. bila krisis subprima terus isytihar bankrap.. najib kata modal permulaan RM1 juta.. nak beli aset, expand business, kena amik hutang, gali lubang ni, tutup lubang tu.. cycle ni akan berterusan sampai PRU14..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 10:57 AM

Anon 9.18

1. Tiada sapa yang boleh beri jaminan kecuali Allah swt Yang maha mengetahui dan adil.

2. Dalam senario terkini, jika najib undur, tiada sapa janji bn menang pru14.

3. Akan tetapi, Allah akan membantu kamu jika kamu beriktiar untuk berubah. Maknanya jika betul najib steps down demi mengubah negative vibes, insyallah....bn boleh menang pru14 berikhtiarkan perjuangan yang ikhlas.

4. Nak berubah....mulalah dari sekarang....

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
April 10, 2015 at 11:21 AM

Sbnrnya soalan2 yg dtny tun m ni soalan2 maut yg bole buat org igt tun da nyanyuk,otak da bkarat.soaln2 tun juga akn mnampakkn najib pm yg bijak,boleh dpcayai dn mampu mngembalikn sokongan rakyat pd bn.TP DGN SYARAT:soaln2 mudah 2 mampu d jwp dgn kemas,mmuaskn ati skaligus mngunci terus majoriti yg btny.jd,soalan2 tun sbnrnya dgn mudah dpt mngukuhkn kdudukn najib dn bn andai mampu dijawab.tp malang sekali,bukn begitu keadaannya skrg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 4:01 PM

Terimakasih....saya tak kata yang ada dalam pembangkang.... Tapi saya kata dah macam pembangkang. Berselindung atas nama profesional untuk menilmiahkan pendapat adalah sesuatu yg tidak profesional. Saya tahu bagaimana tulisan2 golongan yg rasa mereka profesional mi... Sebahagiannyalah...dlm merancang gerakkan menurunkan pak lah. Cara sama digunakan ...menggunakan kuasa media sosial...yang tak lebih dari menunjukkan bahawa melayu ni memang kuat kokok nya. Saya melayu...tapi malu ngan sikap org melayu sebenarnya begini. Takperlah saya akur...mungkin ini yang dinamakan suara rakyat. Suara seorang yg kuatnya mewakila sejuta. - WAKABI

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 4:03 PM

Din,

Itulah bila terlalu lama sangat duduk di kerusi berhantu tu. Nak cadangkan kerusi PM dipegang maximum 10 tahun. Kalau letak jawatan lebih awal boleh diterima.

http://www.utaranews.com/2015/04/najib-dedahkan-punca-mahathir-marah.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 5:35 PM

Hei Din engkau patut tutup blog engkau ni nanti ianya jadi punca huru hara , aku harap engkau ok bukan bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 6:45 PM

ha ha ha ha...sungguh molek haku taj menengoknyew....ha ha ha..dah agak dah takan dijwabnyew...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 6:58 PM

salam,
kalu jawapan yang ah jib gor beri tu berdasarkan soalan yang hangat tu, berapa markahkah yang akan diberikan ? adakah jawapan itu tepat atau tak tepat? yang dapat pastikan jawapan itu memenuhi kehendak soalan mestilah orang yang tanya. tapi nampak gayanya jawapan tak memenuhi kehendak soalan yang aras tinggi dan kata guru kemahiran berfikir aras tinggi. pm cadang supaya rakyat malaysia berfikir aras tinggi tapi pm sendiri beri jawapan aras rendah dan tak menepati skop penyoal.jawapan ke laut dan cuba pulak alih perhatian dan menyerang balik tdm.

bagi penyokong, jawapan tu dah cukup kerana ah jib gor dah jawab. bagi yang bertanya dan ingin tahu,itu bukanlah jawapannya kerana tak menjawab soalan seperti kata helen dan juga anon-anon yang lain. jawapan itu tidak menyakinkan dan mengelirukan. ini akan menimbulkan lebih persoalan dan kritikan. jadi benarlah kata tdm, penyokong ah jib gor setuju dengan tadbir urus niaga 1mdb. audit akan siasat, tapi bila dan adakah siasatan itu dalam bentuk forensik atau setakat audit biasa. pac pun tak minat nak siasat dan kata semuanya ok jer, ikut respon awal sewaktu ah jib gor suruh siasat. macam tak bersungguh jer. tsmy dah kata boleh mulakan siasatan segera, tapi mereka macam tak berminat jer.lambat jer respon tu. polis jer yang respon dah mulakan siasatan, tapi tak tahu la siasatan macam mana,

sekarang kita akan mempunyai pandangan dan pemikiran yang tak serupa. adakah satu pihak lagi akan terus mempertahankan ah jib gor dan menambah pengundi baru untuk menang dengan segala tindakan kerajaan yang menggembirakan rakyat ? pihak yang bertentangan akan tetap meminta jawapan dan mempertikaikan setiap tindakan kerajaan yang merugikan orang melayu dan negara. jika umur tdm panjang, maka ini akan berterusan sehingga 2018. walaupun tanpa tdm. kita akan terus meminta jawapan yang memuaskan hati kita semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 9:22 PM

yes..kami sygkn agama,bangsa n negara kami.berdiri teguh n..sokong Tun M..kami x mahu pemimpin n familynyerr bjoli dgn duit rakyat..dn dgn angkuhnyer..mgeluarkn kenyataan yg myakitkn hati rakyat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:43 AM

Pendirian saya juga sama.. Pihak yg sepatutnya mempertahankan Najib sekarang ini adalah PEMBANGKANG..demi mendapatkan kemenangan yg sangat mudah pada PRU14 nanti. Pada waktu itu PAS, DAP n PKR akan kembali erat. Umno hanya akan mampu mengusai Sabah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:46 AM

Tiada siapa.. Tetapi PR boleh jamin akan menang jika Najib terus kekal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:54 AM

Tetapi saya rasa Tuan Wakabi pula lebih mirip pembangkang. Lebih mirip Chegubard SAMM. Jika jawatan PM berjaya dilakukan penggantian, itu adalah satu masalah yg sangat besar bagi PR utk berkempen di masa depan. Ingat PRU14 tidaklah terlalu lama dari sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:58 AM

Tak apa..biar lah blog ini nampak bangang...kerana yg membacanya faham apa itu "cerdik".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 12:33 AM

1MDB ni money laundering entity, nothing more, nothing less :)..i all likelihood. It doesnt run a business (it doesnt have the cash flow to even pay its debt). It transfers money to different parties, (for god know what reason) and are made to believe the money will replicate and multiply (after convincing another party to purchase/take over the 'asset/investment'). As far as I can fathom, this is an elaborate ponzi scheme. As all ponzi schemes, the founder usually gets rich and the investors will later be broke. The question is, is the government the founder or the investor taken for a ride by an individual? :) or are they accomplices of one another and the investors are the people of malaysia (as the funds are from public purse)

....................
Reply To This Comment ...................
kacang putih
April 13, 2015 at 8:34 AM

Jika belum tutup tahun dah terpaksa arah Audit negara dab PAC bertindak mengaudit, itu tandanya ada masalah.

Post a Comment