........... Pendirian Tun Mahathir Dalam Kes Sirul - Video | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pendirian Tun Mahathir Dalam Kes Sirul - Video

Saturday, April 11, 201527comments



Video di bawah adalah komen ikhlas dari Tun Mahathir akan isu Sirul @ altantuya.. Saya terjemahkan lebihkurang.

Sirul pernah jadi bodyguard saya, tak bolehkah tolong dia ? Dia nak kena gantung....

Saya dituduh sebagai mahu mempolitikkan isu ini.... ini bukan isu politik.  Bila sya bercakap mengenai isu ini, saya dituduh mengikut rentak pembangkang.. tapi ini mengenai nyawa seseorang !

Terpulang pada anda nak buat gambaran..


Tun berkata Mak Sirul ketika menemuinya langsung tidak bercakap. Dia hidup dalam ketakutan .... tak tahulah takut kerana apa..

Kalau dia betul2 bunuh orang, (maka) gantunglah. Tapi dia seorang anggota polis. Seorang anggota polis tidak akan bunuh orang kecuali ketika mempertahankan diri atau mengikut arahan.

Setiap pesalah yang dihukum mati mempunyai hak untuk merayu kepada Agong atau Sultan.

Adalah menjadi tanggungjawab seorang PM untuk memberi nasihat samada untuk meneruskan hukuman mati itu.





KLiK untuk ke Youtube

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 4:22 PM

Agaknya macamana lah jika ahjibgor yang berada di tempat Tun tu menjawab soalan2 maut dari para blogger. Tun steady je..memang terbaik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 4:41 PM

Nak mgusahakan pembebasan tu usalah.tapi ingat sisirul ni pembunuh tk kiralah diarah atau apapun.tapi posting yg dikeluarkan Tun sebelum ni kearah menuduh seseorang (Najib) yg mengarahkan.kita taulah ahli politik apabila dah tak boleh makan akan isu ini dia cuba alihkan isu kepada kasihan kunon.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 5:00 PM

Berdasarkan blogger pro Najib, pelantikan Jho Low untuk menguruskan dana 1MDB ada kaitan dengan Sultan Mizan Zainal Abidin mantan YDP Agong sebelum ini.

lihat ini:

http://theflyingkick.blogspot.com/2015/04/10-jawapan-bagi-10-soalan-marhein-untuk.html

Kes ini dah bertambah menarik, mantan YDP Agong yang kini Sultan Terengganu pula diheret dalam kemelut ini.

Tak pastilah samada isu ini benar atau hanya ditimbulkan untuk menghentikan persoalan rakyat mengenai isu ini dengan menggunakan nama mantan YDP Agong yang kini merupakan Sultan Terengganu.

Kes makin menarik, meskipun begitu penjelasan di dalam blog pro Najib itu sangat mengelirukan dan ada perkara yang tidak masuk akal.

Misalnya 1MDB perlu menjual aset untuk bayar hutang, kalau menjual aset untuk bayar hutang, apa gunanya beli aset itu sebelum ini? Patutnya aset yang ada dijana untuk membuat keuntungan dan hasil dari keuntungan itu digunakan untuk bayar hutang, bukannya menjual aset yang dibeli untuk bayar hutang. (perkara 2 dan 3).

Seterusnya mengenai USD 1.103 bilion di BSI Singpore Ltd. di Singapura, wang itu adalah wang 1MDB, apa kena mengena pula dengan pemberi pinjam wang berkenaan yang memaksa 1MDB menyimpan wang itu di Singapura? Kalau setakat nak lihat wang itu diluar bidang kuasa Malaysia, pasal apa tak simpan di Brunei atau Australia, atau di New Zealand, atau di Luxembourgh, Belgium, Bhutan, Nepal atau sebagainya? (perkara 7 dan 8)

Kemudian mengenai penjualan tanah di TRX kepada 1MDB, mengapakah perlu bayar RM 70 juta jika dikatakan tak apa bayar di bawah harga pasaran pun, kerana 1MDB adalah 100% milik kerajaan, mengapakah tak diberikan secara percuma kepada 1MDB kerana 1MDB 100% dimilik oleh kerajaan Malaysia? Maka 1MDB akan jimat wang kerana boleh digunakan untuk bayar pampasan kepada penduduk yang berkenaan menggunakan RM 70 juta itu. Mengapakah terjadinya sebegini? (perkara 9)

Kemudian penjelasan mengenai Jho Low tidak dibayar apa-apa oleh 1MDB, persoalannya adalah apakah Jho Low itu hamba abdi yang perlu melakukan kerja tanpa sebarang bayaran upah?

Lihat kenyataan ini:

"Difahamkan bahawa PetroSaudi mempunyai perjanjian pengurusan dana dengan sebuah syarikat bersekutu Jho Low dan USD700 juta daripada dana dalam akaun bank Good Star Ltd yang dipindahkan kepada akaun milik 1MDB oleh PetroSaudi tetapi diuruskan oleh syarikat bersekutu Jho Low."

Entah apalah penjelasannya, mengelirukan dan entah apa-apa.

Walaupun begitu, apa yang menariknya adalah pendedahan bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin TERLIBAT dalam PELANTIKAN Jho Low untuk MENGURUSKAN DANA 1MDB adalah sangat menarik dan perlu pencerahan yang menjadi semakin kompleks kini.

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 6:21 PM

@Anonymousmohon tunjukkan kenyataan Tun sebelum ini yang membuktikan dakwaan saudara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 6:21 PM

Dah Sirul tu x mohon untuk pengampunan, sebaliknya lari ke Australia, x kan nak salahkan PM?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 6:33 PM

@Anonymous


Mohon blogger yg mengheret sultan terengganu ditangkap atas hasutan krn cuba memghasut rakyat membenci sultan..
Kes ini samalah mcm malaysian insider yg ditahan tempoh hari

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 6:59 PM

Sdra Din dan anon 5.00 pm,

in response to all the pro najib's camp answers to the questions posed, let me repeat of what i think najib is.

EXPLAINING AWAY THE TRUTH
It is no good at all
to conjure all sorts of reasons
to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths,
he has no respect for himself
and little would he do better for others
except for his own gain;

And when a man tells lies,
he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 7:12 PM

Bukan niat Tun macam tu..Iye, dia pembunuh ,tapi dia ikut ARAHAN je..Arahan dari sape, wallahualam. So adil kah bagi dia, tukang arah or mastermind pembunuhan atlantuya masih bebas dan bergembira, dia pulak kena hukum? Awak ni pro ah jib gor kot?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 7:49 PM

Mahathir tanya...siapa beri arahan? Nyawa manusia jadi pertaruhan kena gantung sampai mati nie....anggota polis pulak tuhhhh yg siang malam menjaga keamanan?

Najib jawab....saya dah bersumpah bahawa sa nya saya tidak terlibat

Rakyat yg menjadi saksi.....konpius? Lain yg ditanya lain yg dijawab....ini melibat kan nyawa anggota polis yg menerima arahan?

Bloger bangang blongang jemuan dan lembuan yg dibayar pula tidak membantu di suruh nya Najib kona sana kona sini alih tiang gol.

Kesian tengok Najib dapat penasihat2 cam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 7:53 PM

Ahjibgor saja buat tak paham ni. Najib bukan orang yang dituduh. Kenapa beliau terasa pulak?

Memang rakyat dah lama tertanya2...siapa yang salah bunuh Altantuya secara kejam camtu


Tak terfikir ke kalian, arahan 'take care' tu maksudnya bunuh? Logik ke?

Sirul dah kata dia kambing hitam. Takkan nak biarkan berlalu begitu saja.

Yang penting, Altantuya bukan menyusahkan Sirul tapi orang lain.

Orang tu boleh lepas pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 8:16 PM

take care dlm bahasa melayu jaga baik2, kalau bunoh, kill

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 8:39 PM

Masalahnya kenapa Sirul tak buat apa-apa kenyataan sejak dibicara 8 tahun lepas. Bila dah nak kena gantung barulah isu beri arahan bunuh di utarakan.. macam mana dgn Azilah yg juga menerima hukuman yg sama?
mungkin ada sbb lain kenapa dia membunuh......
ingat la kalau nak tuduh seseorang mesti dibuktikan di mahkamah.....kerana mahkamah perlu bukti yg Sirul terima arahan, bkn sekadar kenyataan yg dia diarah bunuh.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 9:08 PM

Saya lebih yakin kalau PM bersumpah dgn kata2... "saya dan isteri saya serta anak-anak saya tidak pernah terlibat..." bukan sekadar 'saya' seorang... sumpahnya macam tak kemas sebab sebagai ketua keluarga, isteri dan anak-anak juga tanggungjawab ketua keluarga.. Sekadar pandangan..

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 9:25 PM

Stupid! !! Thats direct translation moroon. ...Same as finish it. .Habiskannya. .Finish what? ? Your stupid a jib gor bangang blogger!

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 9:49 PM

@banggoi petaisaya lepaskan komen 'kasar' saudara sebab ia ..... kelakar ! hahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 10:40 PM

Saya cadangkan tuan ikuti perkembangan kes di mahkamah utk kes2 akan datang..mcm da tersasau komen tuan

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 11, 2015 at 10:45 PM

Menjadi TANGGUNGJAWAB seorang PM untuk meyakinkan Agung/Sultan sama ada untuk meneruskan hukuman mati tersebut atau tidak.

Apa Ah Jib Gor buat ? "Saya sudah bersumpah wallahi....saya tak kenal Altantuya bla...bla.." Apa cerita Ah Jib Gor ni tak ada tanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa anggota polis yang melakukan tugas menjaga keamanan negara ?

TANGGUNGJAWAB adalah kata kunci utama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2015 at 11:26 PM

Hahaha...nasib baik en din lepaskan komen banggoi petai. Setengah org mmg minta dikasari. Blongang Najib tak penah tgk citer omputih. Dok depan pc 24 jam sampai bangang.. Take care yer, blongang! Dont go kill yourself ok?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 12:25 AM

Ah jib gor adalah pm terbangang di dunia ni...just my humble assessment 😁. Tapi bangang bangang mcm tu masih juga ada smartnya...kiranya mcm guru silat gayung ni..tepis menepis tak kisah lah tepis tepat atau hentam kromo...yg penting mengelak..yg utama bunga mesti chun la..heheh 😈😇

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 9:30 AM

inilah masalahnya. pandai sangat mengandaikan MEMBUNUH KERANA IKUT ARAHAN. siapa arahkan? wallahua'lam, tak tahu siapa. kalau tak tahu siapa, kenapa pandai2 buat andaian anggota polis itu membunuh kerana ikut arahan? nak tuduh siapa sebenarnya? sepatutnya andaian paling lemahpun, jika kedua-dua anggota polis itu memberitahu mahkamah mereka membunuh altantuya kerana diarahkan oleh seorang individu. dari situ pihak pembelaan akan mengemukakan bukti bagi mengheret si tukang arah untuk dibicarakan bagi kesalahan ARAH BUNUH. adakah ini berlaku di mahkamah? jika jawapannya tidak, tak payahlah timbulkan isu ini di luar mahkamah. merepek dan tidak relevan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 10:28 AM

DT, sebagai Islam, sumpah dengan nama Allah SWT itu sesuatu pengakhiran pegangan keimanan dan akidah kita sebagai hamba nya yang sujud dan taat terhadap sesuatu pengakuan kita yang ikhlas. Bersikap ikhlas itu lah kunci agama kita. Kunci itu kunci syurga - laillah haillAllah, Muhammadar Rasulullah. Najib sudah lafazkan sumpah dan bersaksi. Berbeza Anwar dalam kes nya yang juga berat.

Jika ini kita pertikaikan, maka timbul lah keraguan untuk Sirul. Itu yan terjadi. Kita tolak "sumpah" dengan lafaz Allah. Dalam keadaan apa sekali pun, kebenaran nya itu sudah menjadi milik Allah. Jika di waktu sebelum nya, ada keraguan, kenapa Tun M tidak bersuara ? Kenapa dalam kemelut sekarang ? Keluhan kita berkisar 1MDB, para penasihat Najib dan survival Melayu berteraskan UMNO. Kemudian halatuju Najib dalam wawasan 2020, di mana kita ? Bila kita bercerita tentang PR, seolah nya Najib itu di buai omongan kosong barisan kabinet nya yang juga ikut "blur" dan "playsafe" kerana sikap ketua mereka sendiri. Mungkin tidak kita rakyat biasa menjadi mangsa ?

Sirul belum di gantung mati. Apa iktibar nya, kita tidak di galak bersangka buruk. Kadangkala, manusia ini memilih cara hidup yang bertentangan fitrah kerana tidak percaya wujud nya yang SATU. Seperti hududullah, sentiasa di perlekeh puak-puak yang tidak ingin bersaksikan sesiapa kecuali "superhuman" yang wujud nya entiti setan dalam diri nya., menyanggah. Hidayah Allah, sebahagian kafirun harbi, melalui ilmu dunia capaian mereka, mengakui hudud itu memang terbaik untuk manusia ! Kenapa yang mengaku Islam lebih bersikap kafirun dan menyukai istidraj ?

Dalam hal ini saya sedih kerana Tun M sudah melangkaui batas ketokohan beliau sebagai pemimpin berpengalaman yang berjasa. Zaman beliau dan zaman Najib, kesempurnaan itu tersangat susah di realitikan kerana kesilapan-kesilapan yang sering berulang di lakukan. Kadangkala "kuasa" di tangan mereka, membunuh ummah dan rakyat marhaein yang semesti nya di bela selagi nyawa mereka di badan !

Pemimpin kita jarang sekali menjadikan Islam itu cara hidup. Islam itu universal. Islam itu bukan jumud. Namun ada peraturan NYA.

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 12:49 PM

permbunuhan tidak bermotif

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 4:24 PM

..........(-!-)......

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 7:27 PM

kalau anda menerima panggilan telepon dari orang tak dikenali.. memberi amaran jangan dedahkan apa2 yang anda ketahui. sekira buat juga, nyawa ibu anda, bapa anda, abang, kakak, adik, sepupu atau anak saudara anda terancam.

agak2 tergamak tak nak buat pendedahan atau kenyataan sebenar 'siapa arah dia buat'???

pengalaman ini pernah aku lalui dengan terima ancaman lebih-kurang serupa. kekadang tersa macam biar aku sorang mati, bukan ahli keluarga atau sedara.

ini kerja adalah kerja 'intelligent' bagi pihak tertentu

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 12, 2015 at 10:27 PM

Saya tak faham macam mana ada pula yang boleh buat andaian bahawa polis yang ditugaskan menjaga VVIP boleh bunuh orang suka2 ? Kalau dah suka2 bunuh orang maknanya polis tu ada masalah mental. Jadi buat apa hukum bunuh orang gila ?

Pelik betullah bagi yang suka2 buat andaian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 12:14 AM

yup betul .. Motif pembunuhan tak jelas. kenapa altantuya dibunuh ? kita tak tuduh sapa sapa cuma .. tapi takkanlah altantuya dibunuh tanpa sebarang sebab

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 9:33 AM

@Anonymous

sirul sendiri yang cakap adalah tidak adil kalau dia di hukum gantung tapi org yg mengarah masih bebas. Faham tak statement tu? bila masanya Tun M tuduh Najib? Tun M hanya minta Najib jalankan siasatan. Bila ditanya Najib, dia menjawab "merepek", jawab la dgn profesional sket, bru org tak buat spekulasi macam-macam.

Post a Comment