........... Peluang Najib Untuk Buktikan Beliau Layak Jadi PM ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Peluang Najib Untuk Buktikan Beliau Layak Jadi PM !

Saturday, April 18, 201517comments



Terbaru, sekali lagi Tun Mahathir menegaskan bahawa Najib terpaksa digugurkan jika Umno mahu berpeluang memenangi PRU14.

The Star punya transkrip video di bawah -

"I wrote about 1MDB but people say 'Oh, he is unhappy not with 1MDB but with the crooked bridge. I don't advocate the removal of a prime minister because he is too afraid of Singapore to build a crooked bridge. 

"I am sympathetic towards him because he is very weak and so cannot build the bridge brick by brick. So for that I excuse him – but when you lose money and cannot explain where the money is, I think you are not competent to become prime minister,"



KLiK untuk ke Youtube

Dari TMI  -

"Saya tak akan sarankan penyingkiran seorang perdana menteri semata-mata kerana beliau takutkan Singapura untuk membina jambatan.


"Saya simpati dengannya kerana beliau sangat lemah, jadi beliau tidak boleh bina jambatan...


"Kerana itu, saya maafkan dia. Tetapi apabila kamu menghilangkan wang dan tidak boleh jelaskan ke mana perginya wang itu, saya rasa kamu tidak layak jadi perdana menteri,"


Dan yang tidak dirakam dalam video di atas tapi dilaporkan oleh kedua2 portal itu pula -

"We are faced with this choice: either you remove a prime minister who has failed and who will lead to Umno losing the next election, or you take your chance that if he goes off we may be able to revive Umno,"

Terjemahannya - 


"Kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini

Sama ada kamu singkirkan perdana menteri yang gagal dan akan memimpin Umno untuk tewas dalam PRU akan datang."
 
"Atau kamu ambil peluang yang jika beliau disingkirkan, kita mungkin mampu selamatkan Umno," katanya pada sidang media selepas forum jenayah perang di Kuala Lumpur hari ini."


Seperti yang saya tekankan sebelum ini , isu Jambatan Bengkok TIDAK RELEVAN dalam gesaan Tun supaya Najib bersara. 

Sebenarnya Najib telah diberikan satu ruang untuk keluar dari kemelut ini dan Umno seharusnya mengambil kesempatan ini dan menggesa Najib supaya terima cabaran Tun .... iaitu - JELASKAN KEMANA PERGINYA WANG 1MDB !
 
Saya juga pernah tulis sebelum ini, tak mungkin Tun sebut begitu jika Tun tidak tahu lebih dari apa yang beliau sampaikan.

Nah..... demi menyelamatkan jawatan Najib dalam Umno, apakata Najib jawab saja. Tak perlu siasatan audit atau PAC yang hanya akan bermula beberapa bulan lagi, siapnya entah bila pula. 

Kenapa payah sangat ? ? ? 

Tolonglah jangan kata, Najib dah jawab......  

PS -Kalau Najib jawab pun tentang isu 1MDB, pastinya banyak lagi kelemahan beliau terutamanya dalam membela nasib Melayu... tapi sekurang2nya beliau menyahut cabaran Tun Mahathir di atas. Bila sering diulang2 oleh Tun, ramai yang sudah mula beranggapan yang Najib sengaja mahu lari dari menjawab ! Seterusnya orang mula bertanya - KENAPA ?


The Star


TMI

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 9:54 PM

salam,
bro din, pm kita ahjibgor clueeeeeeeelesssssss. tak akan jawab punya, jika tak pakai kondom. yang nak tolong jadi kondom, blogger prepaid, postpaid la. nanti akan ada data mereka ke mana duit tu pergi, aset 1mdb dan sebagainya. kata rahsia, tapi blogger prepaid dan postpaid ni dapat sumber mana ye? kalu betul, baik ahjibgor jawab masa soal jawab. mereka kecoh pasal kenyataan menteri dispin, tapi mereka juga spin kenyataan dan fakta. mereka kecoh orang spin cerita dan fakta tak tepat, tapi mereka melakukan perkara yang sama tetapi mengelirukan orang dengan fakta benar.

terbaik ialah soal dan jawab secara live. baru kita tengok dan fikir fakta yg ahjibgor beri atau temberang jer tdm. tetapi sejarah membuktikan tiada menteri kabnet yang berbunyi bila tdm bersuara. tu pasal mereka kata tdm autokratik. kalu ahjibgor soal jawab secara live dan kita berpuas hati, maka segala tindakan ah jib gor adalah terbaik untuk negara. kalu tak dapat jawab dari panel tdm, otsb, akj, dan blogger berbayar yang sesuai seperti tun faisal. so kita lihat kejantanan pm kita. lama tak dengar cite kak mah. mungkin diam kot, kerana tekanan ke atas ahjibgor yang makin kuat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 10:35 PM

Kita kata duit tu hilang...si penjilat suruh kita buktikan.

Tapi yang kata duit tu ada...si penjilat tak pulak suruh tunjukkan bukti..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 11:23 PM

Menang ayat Tun direct to the point. All about 1MDB money... jawab je la. Kenapa kena tunggu audit... bukannya susah pun....

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2015 at 11:58 PM

Bro Din,sebenarnya tak perlu tunggu audit baru nak jawab mana perginya wang itu..CEO 1MBD tu buat apa? tak kan tak tau mana duit dia belanja..mengong!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 11:59 PM

PM perlu jawab semua tuduhan. Sekarang dah masa kritikal. Kalau masih gagal jawab. Sokongan untuk PM akan makin hilang. UMNO pulak akan hilang kuasa. Kami rakyat tiada kepentingan jika UMNO hilang kuasa. Tapi Ketua Bahagian merasa la habuan nanti. Jangan lupa macam mana rasa Ketua Bahagian atau ADUN yg pernah hilang negeri ke tangan PR masa PRU 2008 dgn 2013. Kali ni kalau nak hilang kuasa di Kerajaan Pusat jugak. Teruskan lah dengan rentak sekarang. Rakyat tiada halangan untuk UMNO. Kejatuhan UMNO adalah akibat dari sikap pemimpin UMNO sendiri. Bukan akibat akar umbi. Sbb Ketua Bahagian tak suarakan pun suara akar umbi. Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dn ketua Puteri. Anda lah punca jika UMNO hilang kuasa. Menteri Kabinet patut suarakan nada rakyat. Bukan suarakan nada Presiden parti.

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2015 at 12:02 AM

Salaam saudara....

TEPAT.
Demi bangsa dan negara,itulah tindakan yg terbaik. Seorang pemimpin harus berani,tegas dan bijak dlm mentadbir. Ini soal negara yg di naungi hampir 30 juta penduduk.
Berkata benarlah.....sesungguhnya kebenaran itu amat pahit utk d telan !

Wasalaam.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
April 19, 2015 at 12:10 AM

Salam Sdr Din...
Saya rasa Najib dah jawab segala persoalan berkenaan dengan 1MDB.
Cuma jawapan dia tak ada kena mengena langsung dengan soalan yang TDM dan Rakyat Malaysia ajukan. Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 12:48 AM

Pembetulan bang. Tun kemukakan persoalan dan bukanya tuduhan. Terkeliru atau pun bertujuan mengelirukan maka portal pro Najib menganggapkan semuanya tuduhan. Disebabkan itulah mereka mintakan bukti. MUBARAK pun kelihatan baghal kerana nak mendamaikan Tun/Najib. Ada kah MUBARAK ingin menutup mulut Tun dan tutup ajer semua persoalan Tun? Boleh pulak tuh mereka tak patutkan Tun kerana membuat jenyataan public tanpa mengambil tau bahawa Tun sudah pun berjumpa dan berbincang dgn Najib tapi tiada jawapan yang meyakinkan. Aku rasa lebih baik pehak TV berikan kedua dua mereka ruang dalam satu rancangan yang disiarkan secara terus. Biarkan SEMUA rakyat nilaikan. Cara itu yang aku rasa dapat merungkai segala kemelut yang dah jadi semakin kalut dan melalut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 12:52 AM

Maknanya belum jawablah. Yang sebetulnya Najib tak buat homework untuk menduduki peperiksaan. Mungkin juga Najib selalu meniru semasa dalam peperiksaan. Bila kena ujian lisan habis blur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 7:14 AM

Tang lain aku tak peduli yg aku sedih dan risau masa pentadbiran Ah Jib Gor adalah masa depan orang Melayu dan agama Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 7:18 AM

CEO 1MDB pun makan gaji buta jugok. Dop tahu nok respong pertanyaang orang. Mende jadi CEO gini. Dok rhok chetong...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 12:14 PM

Suatu soalan mudah dari TM dan amat sukar bagi Najib untuk menjawabnya?

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2015 at 12:34 PM

Jika benar 1mdb ada penyelewengan, hanya shareholder dipersalahkan nnt... org atas lepas, jho low awal2 lg dh lari...dan yg untung ialah pemberi pinjaman 2b tu.. mereka akan beli jualan murah aset 1mdb... yg paling rugi adalah rakyat..bayar cukai tanpa faedah apa2... yg senyum adalah najib, salah atau tidak tetap teruskan kehidupn

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2015 at 1:19 PM

Nasi dah menjadi bubur. Takkan nak jelaskan ke mana pergi kot? Jadi kenalah delay sampai jumpa alasan / orang lupa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 7:56 PM

Apa kata untuk selesai isu antara perdana menteri yang masih berkuasa dengan dah yang pencen...parlimen dibubarkan..dan sama sama kita lihat kekuatan pm pencen membawa umno dan bn kemenangan.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 10:25 PM

kan dah kena bila tak paham soklan...tu pon nak gayut kat kusi pm tu lagik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2015 at 10:24 AM

Pukulan Maut Tun membawa maut

Post a Comment