........... Najib Perlu Jawab Segera - Cabaran Atau Pembuka Jalan Dari Shahrir ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Perlu Jawab Segera - Cabaran Atau Pembuka Jalan Dari Shahrir ?

Tuesday, April 7, 20159comments

astroawani

Asalnya saya nak komen mengenai dakwaan panas-sejuk Shahrir -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad secara “one-to-one” dan memberikan penjelasan berhubung isu dibangkitkannya, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata, selain Najib, ahli BNBBC dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut mengadakan pertemuan sama bersama perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

“Saya tanya Najib (hasil pertemuan), beliau cakap Tun (Dr Mahathir) ‘hot and cold’,” kata Shahrir, kepada pemberita, pada sidang media BNBBC di Parlimen, hari ini. - TMI 6Apr.


Kenyataan di atas memberi gambaran yang pertemuan Tun Mahathir - Najib itu baru berlaku, yakni selepas Tun menggesa perletakan jawatan Najib. Namun saya agak skeptikal dengan timing pertemuan itu ......  saya percaya Shahrir merujuk kepada pertemuan lama ( yakni SEBELUM kenyataan panas Tun ) antara kedua pemimpin itu.

Tapi untuk mengelak isu utama dialihkan, saya cuma mahu tumpukan perhatian kepada saranan Shahrir supaya Najib tampil menjawap segala persoalan yang dikemukakan oleh Tun.

FMT
Walaupun Tun Mahathir sudah nyatakan dengan jelas -

"Saya tidak akan berjumpa dengan Najib, saya dah pun berjumpa beliau dan mereka juga ada menyuruh saya diam dan saya telah pun diam selama empat tahun.

"Kita dah melepasi tahap di mana kita adakan perbincangan secara senyap.. ini langkah terakhir, saya terpaksa buat secara terbuka," tegas beliau
.


.... namun saya amat berminat hendak melihat dan mendengar Najib menjawap. Kerana ramai yang memperkatakan bahawa Najib sendiri tidak tahu apa2 mengenai 1MDB, jadi ini peluang terbaik bagi beliau untuk memperbetulkan persepsi negatif itu.

Takkanlah sebagai Penasihat Utama 1MDB, Menteri Kewangan dan PM, Najib tidak tahu ...... kan ? Impossible...

Samada Tun akan tarik balik gesaannya supaya Najib berundur sekiranya Najib mampu jawab, itu terserahlah. Yang saya tahu, rakyat sememangnya menanti Najib bersuara.

Saya tidak nampak Najib akan berani bercakap dalam satu majlis terbuka di mana soalan dibuka dan beliau menjawab secara spontan jadi kalau Najib dapat jawab setiap satu soalan sepertimana yang Tun telah tulis dalam chedet pun dah kira cukup bagus.

Jangan pula pusing2 jawapannya .... tanya lain, jawap lain. Penasihat / Penulis skrip Najib boleh rujuk artikel chedet 1MDB dan yang terbaru UMNO dan PRU14 untuk persoalan2 itu.

Dan jangan lama sangat ..... komen Hudud pun dah lama tertunggak.

Persoalan sekarang - Beranikah Najib ?  

PS - Saya rasa Shahrir sudah pun mendapat restu Najib sebelum keluarkan gesaan di atas. Maksud saya, Najib sudah pun setuju akan tampil dan kenyataan di atas sekadar pembuka jalan ...... kan ?
Kalau tidak ....... adeeeeh ....

Dengan kemunculan Najib menjawab persoalan, maka tidak perlulah kita bertekak mempertikaikan siapa lebih bagus antara Tun Mahathir atau Najib. Yang buat askar Najib menyerang peribadi Tun adalah kerana Najib senyap ! ( rasanyalah .... sebab tidak dibekalkan peluru tepat. Tu yang melilau serang segenap penjuru kecuali sasaran utama iaitu persoalan dari rakyat )

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 1:42 PM

1. Apakah motif yang memerlukan Sirul Azhar dan Azilah Hadri membunuh Altantuya?

2. Mengapakah dana RM 2 bilion yang dikatakan dah dikeluarkan dari pelaburan di Cayman Island disimpan di Singapura tetapi tidak disimpan di Malaysia, apakah Malaysia ini tidak punya bank untuk menyimpan dana berkenaan?

3. Apakah status RM 2 bilion yang diberikan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB? Ini kerana menurut sumber para jemuan dan blogger bangang belaan Najib, itu bukannya pinjaman, apakah sebenarnya status RM 2 bilion itu, apakah sedekah kepada pengemis dan 1MDB dah jadi pengemis?

Isu pertama adalah apakah Razak Baginda tu ada kuasa yang begitu besar hingga boleh mengarahkan Pengawal Keselamatan seorang Timbalan Perdana Menteri untuk melakukan pembunuhan bagi pihaknya? Malahan arahan itu diberikan bukannya kepada Konstabel, tetapi seorang pegawai kanan polis berpangkat Ketua Inspektor dan seorang koperal. Logikan ini semua?

Jika Razak Baginda yang mengarahkan pembunuhan itu, mengapakah dia tidak didakwa di mahkamah tetapi dibebaskan sedangkan semua tuduhan dihentam kepada kedua-dua polis berkenaan. Mengapakah boleh terjadi sebegini? Hakim dan penyiasat yang buat siasat tu buta kayukah membuat keputusan sebegini atau ada arahan tertentu yang campur tangan dalam isu ini.

Dalam isu kedua, RM 2 bilion disimpan di Singapura itu memanglah tak salah, tapi apahal disimpan di Singapura? Adakah sudah tak ada bank di Malaysia ini yang boleh menyimpan dana itu? Apakah 1MDB tak percaya dengan keupayaan bank-bank tempatan termasuklah bank yang kerajaan punya pegangan seperti Maybank, CIMB (bos besarnya adik Najib sendiri), Agrobank, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan lain-lain bank swasta milik Malaysia, apakah 1MDB memandang rendah terhadap keupayaan bank-bank tersebut menyimpan dana sebanyak RM 2 bilion itu? Ataupun itu semua hanyalah sandiwara kerana tidak pernah wujud pun RM 2 bilion yang dinyatakan itu, diberi alasan di Singapura untuk elakkan perkara ini terbongkar. Harapnya Ketua Audit Negara yang akan buat siasatan audit akan menyemak akaun di Singapura itu, bank apa, bila dimasukkan wang itu, dah tinggal berapa sekarang ini.

Ada jawapan oleh jemuan dungu belaan Najib ni, ingat senang-senang ke Ananda nak berikan RM 2 bilion, bukannya RM 2.00 faham? Apakah sebabnya Ananda nak berikan begitu sahaja RM 2 bilion itu? Kalau sekadar jiwa besar, apahal tak beri kepada negara sahaja, beri kepada negara untuk memajukan infrastruktur bagi kemudahan masyarakat, pasal apa perlu diberikan 1MDB yang pada masa yang sama mempunyai masalah hutang yang juga berjumlah RM 2 bilion juga?

Harapnya Najib dapat memberikan penjelasan berhubung isu ini dan harapnya jawapan yang diberikan tidak lah lebih hina tarafnya dari taik dalam lubang jamban, berilah jawapan yang bernas, barulah rakyat boleh menerima.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 2:17 PM

Just wonder, is sharir playing reverse psychology?

Is shahrir leading najib to the guilotine?

Is shahrir playing a double agent here to ensure najib comes out from his domain?

Is sharir leading najib to the exit door?

Is sharir creating the path for najib's departure?

Reading between the lines, it appears shahrir is defending najib but "forced" him to come forward only to be slain......hihihi

Lets the show begins


....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2015 at 2:31 PM

@Anonymousmohon elakkan dari menggunakan perkataan2 yang menghina/menyakitkan hati , ok.

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2015 at 2:31 PM

@Anonymousu got my drift :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 2:55 PM

tun m lps lagi...bommm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 2:56 PM

mmg xckup tanah la.....ahjib gor nk sumbat muka dgn pahlawan2 dia.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 3:27 PM

Bro Din,

Read latest chedet blog. It is crystal clear najib did not meet tdm.....Itulah kerja bloggers pro najib (not bn) nak divert innocent rakyats' attention

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 5:47 PM

Terbaik Din... keep it up!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2015 at 6:31 PM

Tun knows that the PM knows the truth about the murder. Tun knows that the PM is innocent. But other parties may also know the truth. Tuns action is to preempt or ckeckmate these parties. Tun just wants the PM to come clean and tell the truth, and be a MAN. Tun wants him to be MAN enough to tell the truth. This will prove that Tun made the right decision when supporting his ascension.

Post a Comment