........... Mungkin Jika Kita Tahu Apa Yang Tun Mahathir Tahu, Kita Pula Yang Lebih Ganas Dari Tun ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mungkin Jika Kita Tahu Apa Yang Tun Mahathir Tahu, Kita Pula Yang Lebih Ganas Dari Tun ! ?

Friday, April 10, 201557comments


Seperti dijangka, pro ahjibgor akan melaungkan Najib dah Jawab !  Namun saya percaya ramai dari mereka mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipersembahkan oleh bos mereka. Harapkan adalah peluru baru yang lebih tepat kepada isu atau persoalan yang disebut oleh Tun Mahathir rupanya ahjibgor hanya mengulangi apa yang kita semua sudah dengar. 

Macamana nak sokong Jho Low kalau ahjibgor tidak dedahkan kenapa Jho Low harus disokong ! ?

Macamana nak sebut 1MDB tidak punya masalah nak bayar hutang walaupun aset melebihi liabiliti kalau terpaksa pinjam lagi hampir RM3 billion nak bayar hutang ?

Rakyat tidak mempertikaikan kesalahan pembunuh altantuya tapi rakyat mahu tahu motif dan siapa yang arahkan, yakni keputusan yang lebih lengkap supaya keadilan dilihat lebih menyeluruh.

Sila baca Helenang di mana beliau membandingkan antara apa yang disoal rakyat ( melalui Tun ) dengan apa yang dijawab oleh ahjibgor semalam - KLiK.

Kali ini saya nak mengulangi sikit mengenai apa yang saya lihat sebagai tersirat disebalik kritikan Tun. 

Anda masih ingat penegasan dari Tun ini -  Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.

Kita pun sedia maklum persoalan2 yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir di mana dijadikan asas kepada gesaan undur  di atas.

Cuba fikir, apakah Tun juga seperti kita, menanti jawapan pencerahan dari ahjibgor ? Kalau iya, takkanlah ke tahap meminta ahjibgor berundur ...... bagaimana kalau ahjibgor mampu jawab ? Takkanlah begitu mudah Tun mahu melatah ..... Tun bukannya minta pengunduran bersyarat ( contohnya, jika tak boleh jawab maka berundurlah ) tapi Tun sebut dengan tegas Umno akan kalah jika ahjibgor masih di atas.

Dengan kata lain, Tun TAHU LEBIH BANYAK dari apa yang beliau sebutkan. Dan Tun juga tahu ahjibgor tidak akan mampu untuk menjawab dan kalaupun dijawab, jawapan2 ahjibgor akan hanya menguatkan lagi gesaan supaya beliau berundur.

Samada ahjibgor sendiri terlibat atau ahjibgor sebagai pemimpin tidak berjaya menangani masalah dengan baik ( bermakna gagal sebagai pemimpin ).

Dari apa yang kita lihat semalam, ternyata ahjibgor tidak semudah itu akan mengalah. Beliau tetap berdegil dan akan pertahankan jawatannya ..... katanya demi rakyat. Dan persepsi yang dimainkan oleh ahjibgor serta askar2nya adalah, segala yang disebut oleh Tun adalah luahan peribadi Tun, Tun hanya mewakili dirinya sendiri dan ahjibgor kena jaga jutaan lagi rakyat selain Tun.

Tapi kita sedia maklum yang Tun Mahathir mewakili suara kita, suara rakyat yang bukan sedikit.

Jadi ini bukan soal Tun semata2. Makanya saya tidak layan komen2 yang membuat perbandingan antara Tun dengan ahjibgor sebab ia tidak relevan.

Setakat ini Tun yang mewakili rakyat stalemate dengan ahjibgor yang turut mendakwa mewakili rakyat.

Apakah Tun akan dedahkan apa yang beliau tahu untuk memecahkan kebuntuan ?Apakah kesannya nanti ?

Bagi saya, DEDAHKAN SAJA sedikit demi sedikit ! Kalau tidak secara umum, mungkin kepada mereka yang punya pengaruh atau kuasa untuk menyingkirkan ahjibgor. Kalau tidak berjaya juga, dedahkan kepada umum.

Jika ahjibgor terus juga berdegil, Umno akan tewas juga ..... 

Saya ulang -

Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.

Ayat di atas boleh menjawab persoalan mereka yang masih lagi cuba berlembut dan atau yang masih lagi memberi the benefit of doubt kepada ahjibgor.

Mungkin jika kita tahu apa yang Tun tahu, kita pula yang lebih kuat menuntut ahjibgor bersara ! 

Share this article :

+ comments + 57 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 11:35 AM

tak memberi makna pun. marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Menang sorak kampong tergadai kerana kalau kita mencurah minyak ke dalam api, api tak padam, malah nyawa akan melayang.

Sekian,

MHS

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 11:47 AM

Semua ni tunjukkan dua benda- satu- Tun Mahathir mmg bijak. Satu lagi - pemimpin pembangkang yang ada tak boleh pakai @ bodoh. Semua isu ni pembangkang yang timbulkan. Tapi semua tuduh dan salahkan PM, semua main isu politik. Samdol. Memang la tak kena. Belajarlah cara Tun Mahathir buat serangan. Tepat.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 11:48 AM

@Panglima Perangsiapa yang nak bakar kelambu ? Kita nak bunuh nyamuk jer :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 12:28 PM

Jawapan budak UPSR lebih baik dari Najib .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:30 PM

Din kau tunjukkanlah fakta bagi myokong dakwaan ko dan bos ko yang mgatakan bn akan tewas pd pru 14 nanti..sebab tanpa fakta susah orang nk percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:31 PM

klu DSN letak jawatan, bermakna kita ada 3 mantan PM lah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 10, 2015 at 12:35 PM

Kalau kita tahu apa yang Tun tahu, kita sudah lama dudok dalam jel. Banyak perkara yang Tun tahu termaktub dalam akta OSA (official secret act).

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 12:42 PM

Saya sokong najib... bukan membuta tuli... tapi saya sokong kalau dia ltk jawatan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:52 PM

The way I see it Najib's quote "...saya hormat Tun seperti saya juga menghormati rakyat..." unquote (hopefully as close as possible to the original transcript), he's conveying subliminal message without being seen as arrogant yet to say that Tun M is just like any other ordinary citizens ie. the rakyat.

He's putting on a level par Tun M's status quo to that of the laymen ! And, Najib repeatedly put emphasis on his high regard of Tun M. That is either blatant contradiction on his part or made on purpose so as to say "...at the end of the day I am the PM, you're not, period ! ".

DT's assumption dead right - Tun do know more than all of us. I am not saying Tun is a messiah or anything like that but the reality is noble people always commands different symmetry compared to the general mass. Hence, his voices carry a far better weight than a faint voice (seem loud but not) from the ordinary folks.

Najib can thumb his nose all he like to the people but rest assured the ground has already shifted and he wouldn't stand a chance by the time the fault line falters, even the UMNO's Elite would scramble for their own survival. It does not take a learned thinker to see if someone is real mad!

I really wish for someone to make a sample vote whilst the issue is still hot on The Approval Ratings of PM (current) which can be a good measure on the sentiments.

The sad part will be a diminished malay-muslim-bumiputera's political-power which will be the catalyst for the beginning of the end.

MLN

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:54 PM

Terima kasih admin. Anda sebenarnyalah yang telah menjadi pdrantara kepada kami. Blog kamu telah banyak memberikan ruang untuk kami bersuara. Juga diblog inilah kami disalurkan maklumat yang begitu membena, logik dan mampu berikan kesedaran serta membangkitkan ROH bangsa yang tulin.

Saya amat bersetuju dengan artikel ini. Tun benar benar pejuang kebenaran. Yang juga yakin Tun tahu apa yang berlaku juga yang sedang dirancangkan. Saperti kamu, saya juga berharap Tun akan SEGERA dedahkan apa yang beliau tahu. Najibmungkin rasa seleda dan selamat setelah mendapat laungan sokongan dan menganggap suara Tun tidak dapat menggugat kedudukanya.

Insya Allah jika kita sama2 konsisten menyokong Tun, segalanya akan berubah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:55 PM

Biar ahli umno yg tentu najib atau buat undi tak percaya d parlimen. Bukan jawab soalan2 yg seolah oleh PM yg buat kerja seorg. Bukan najib seorg yg letak jawatan semua dalam cabinet kena letak jawatan. Yg tanya najib siapa yg arahkan mana dia tahu tanya sirul atau azilah. Suruh dia bersumpah, najib pun dah bersumpah. Biarlah bn kalau kalau itu takdirnya mungkin rakyat mau lebih baik lagi macam pertukaran kerajaan d timur tengah.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 1:03 PM

Maruah melayu jadi mainan utk jaga kelambu yg bocor sana sini.najib patut berundur

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 1:03 PM

JANGAN BAKAR KELAMBU........... Nanti pemimpin tak boleh boros ke sana sini lagi...

Sedih woooooo...... Kita makan maggi pun sanggup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 1:05 PM

Kalau saya tulis WE LOVE NAJIB and JHO LOW lepas ke??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 1:26 PM

Saya harap tun dedahkan apa yang tun tahu supaya senang saya nak decide sama ada nak terus sokong najib atau tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 1:40 PM

Sudah tiba masanya PERKASA dan ISMA mengambil alih dari Umno sebab Umno tak akan berubah.

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 10, 2015 at 2:09 PM

macam mana nak bunuh nyamuk kelambu asyik dok buat kacau bersubahat ngan nyamuk...

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 10, 2015 at 2:12 PM

tu la yg Tun maksudkan tu...menang sorak kampung tergadai...pi sini 'I Love PM'...pi sana 'I Love PM' last2 dengan hg2 skali tido bawah jambatan....gua DAP no hal nyer...

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 10, 2015 at 2:14 PM

awatla yg hang pandang rendah sgt kt budak2 UPSR tu???najib tu elok dibandingkn ngan kayu ja...hahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 2:16 PM

Sebenarnya ramai penyokong Umno/BN dan sebahagian besar rakyat biasa dah bosan sgt2 dgn pm lebih2 lagi selepas Pru13 yg lalu....dgn keputusan dan tindakan pm yg menyakitkan hati dan play safe memanjang...diburukkan lagi dgn isu 1MDB dan gst. Spt yg pm cakap smlm, tiada istilah masa yg sesuai utk pelaksanaan gst nie. Ikut logik ini lah masa yg sesuai memandangkan harga myk dunia turun. Tapi yg jadi masalahnya wp harga myk turun....namun harga barang tak turun2...malah ada yg mengambil kesempatan menaikkan lagi harga brg!!! Ada gak la yg turun spt harga kereta tapi rakyat tak beli kereta hari2!! Rasanya.kerajaan memang tak cukup duit kot sbb kedengaran byk keluh kesah elaun pelajar lambat terima dsbnya. Seolah2 cukai gst terpaksa dilaksanakan angkara projek 1MDB yg kelabu asap duit lesap...itulah persepsi rakyat....

Faktor FLOM juga menyumbang kpd situasi skrg wp beliau tidak memegang sebarang jawatan. Kita tidak boleh menidakkan sumbangannya dlm melahirkan Permata. Tapi sejujurnya maaf ckp laa...rasanya ramai yang kurang minat dgn FLOM ni lebih2 lagi pakcik dan makcik di kampung. Mungkin bagi setengah pak menteri memandang remeh perkara nie....tapi bagi org2 kampung dan kebanyakan org Islam....wanita wajib menutup aurat apatah lagi jika mrk adalah isteri kpd somebody. Mungkin itu salah satu sebab mengapa wan azizah dan anak2 nya masih lagi diterima oleh pengundi.....wp kita maklum waima penyokong pakatan sendiri tahu betapa cacamarbanya keluarga mrk....namun masih relevan???

Akhir kalam...aku rasa walau betapa bersungguhnya pm cuba perbetulkan@menafikan segala isu tapi rakyat tetap tidak kesah pun. Ramai yg mahu najib berundur dengan sukarela. Aku sebenarnya kesian tengok pm rambut pun dah memutih. Pada aku najib adalah seorang yg ada pekerti mulia tapi rakyat mahukan seorang pm yang bersih, telus dan BERANI....itu yang tiada pada najib. Maafkan saya Dato Seri....

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 10, 2015 at 2:18 PM

2013 najib's approval rating 63%pun dapat 47% vote ja...dengan approval rating skarang 40% agak2 hang nak tinggal APA???tinggal pekan ja la kot...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 2:27 PM

Sir, TDM knows a lot (especially about altantuya, 1MDB) but he would not reveal it as it is not his style to smear people.

Remember the letter Dr Wan Azizah wrote to him? He kept the content of the letter far from publuc knowledge do as not to smear anwar and his family. He let the case go on and now Anwar is in prison for a crime he had committed.

This case against najib is quite similar without TDM releasing all confidential information in his custody. It has been a known secret that individuals are coming to give TDM the ammunition

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 2:55 PM

Azilah dgn sirul jwp je siapa beri arahan,dan jh low mcm mana blh terlibat dgn 1mdb? Dan awat 1mdb beri jwpn pusing2.Psl apa hutang berbilion bilion.?

....................
Reply To This Comment ...................
LF
April 10, 2015 at 3:03 PM

saya pasti di tangan Dr Mahathir masih ada 'kad' yang belum dikeluarkan lagi. Beliau akan keluarkan sedikit demi sedikit.

Seorang doktor akan membuat kerja dengan teliti. dan bermain politik juga dengan teliti..

hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 3:04 PM

Tggu saja satu berita yg akan mengemparkan negara tidak lama lagi..Baru kita tgk siapa yg terguling nnt.Insyaallah tak lama lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 3:11 PM

Bro Din, menurut OSTB TSMY bakal digugurkan sebagai Pengarah Pilihanraya PRK akan datang. Ah jib gor dah mula buat serangan balas. Saya harap kalau betul TSMY digugurkan nanti, UMNO Johor perlu bersuara. Pertembungan Mahathir-Ahjib makin hangat.. tak sabar nak tunggu penamatnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 3:32 PM

Zaman TDM dulu kita boleh rasa negara bergerak ke arah Wawasan 2020.. Taraf hidup meningkat, pembangunan pesat... Zaman ahjib benda yang selalu diulang-ulang "asas ekonomi negara masih kukuh, fundamental ekonomi kita masih bertahan, FDI masuk berbilion bilion"..

Walaupun berbilion masuk, pada akhirnya GST dikenakan.. jadi apa maknanya berbilion ringgit yang masuk tu? Dek idea genius ahjib, 28 juta kena tanggung hutang yang dia sendiri buat.. takde penyakit cari penyakit..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 4:09 PM

Mgkin salah satu rahsia tersebut adalah isu TPPA yg dgr katany kita dah pun sign.... senyap2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 4:11 PM

Ancaman?

Jika berlaku malaya yg akn huru hara. Sabah dn sarawak akn tsruskn legasi keharmonian dan kemajmukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 10, 2015 at 4:13 PM

Breaking News!!!!!!!!!!

Pak Lah dah bangun dari tidurnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 4:24 PM

Aku dah kata awal2 lagi. Silap Ah Jib Gor ialah dia suka sangat nak kacau poket rakyat. Sudahlah rakyat menanggung kos sara hidup tinggi. Ditekan lagi dengan bermacam2 bebanan baru yang pastinya akan menjadikan rakyat semakin terhimpit dan tersepit. Cuba tiru macam Tun M. Ada tak dia menyusahkan rakyat ? Ada tak dia kacau poket rakyat ?

Rakyat cuma nak hidup selesa dengan pendapatan yang ada sekarang. Rakyat nak supaya gaji yang diterima sekarang ni mencukupi untuk membuat perbelanjaan bulanan. Malah boleh buat simpanan dan tabungan lagi. Itu jer. Tapi, apa yang Ah Jib Gor dah buat ? Poket rakyat bukan sahaja dikacau. Malah sehingga kering-kontang poket rakyat dibuatnya apabila dasar2 baru dilaksanakan. Sehingga ada rakyat yang mengalami defisit setiap bulan. Ini bukan sahaja boleh buat rakyat marah. Malah, rakyat mungkin akan menggunakan kuasa undi untuk menolak BN dalam PRU akan datang. Susah sangat ke nak jaga hati rakyat ? Nak rakyat sayang kenalah jaga rakyat betul2. Bukan dengan sekadar tunjuk banner "I Love PM". Senang cerita, jangan buat rakyat marah. Mudah jer kan. Itu pun payah nak buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 4:34 PM

Semakin ketara...semakin bersemangat.. Semakin jitu... Dan semakin menghampiri... Selamat berjuang Muhyidin - WAKABI

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 4:57 PM

Bro din....
Sepatutnya bila rakyat bawak banner " i love pm" pm kena balas dengan.tindakan yang mencerminkan "pm love rakyat"..... kuang kuang....kuang..... kita bagi dia kuasa untuk tolong kita dia ingat kita bagi dia kuasa untuk buat suka hati dia.... bro din katanya felda pun dah bergolak sebab ada orang dah makan komisyen besar bila felda beli hotel di obersea nun dah kena.....cuba bro korek korek betul ke tak?

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 5:14 PM

Semua kena sabar, berilah peluang dan masa kepada Najib...20-30 tahun lagi semuanya berhasil, pada masa tu mungkin ramai yang dok marah padanya sekarang sebok pula nak bersalam dan cium tangan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 5:14 PM

Sambung tidor balik Pak Lah Oooooiiii!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 5:29 PM

celakalah orang membuat fitnah sesame islam. kabanyakan engko org ni tak sgt pun cerita sbenar tapighairah nak menyumpah seranah PM kalau tak betul nanti tanggonglah diakhirat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 5:33 PM

Sumpah pun xguna...org skrg xtkut dgn sumpah coz balasannya bukan serta merta..why not kita guna lie detector...live on tv.baru adil utk both parties.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 6:12 PM

Bila aku kritik Ah Jib Gor, tak bermaksud aku membenci Ah Jib Gor. Aku cuma nak Ah Jib Gor kembali ke landasan asal. Ianya merupakan asas perjuangan yang didokong oleh setiap pemimpin UMNO. Perjuangan untuk membela orang Melayu. Perjuangan untuk memartabatkan agama Islam. Makanya, apabila Ah Jib Gor telah tersasar dari perjuangan asal, beliau perlu ditegur. Cuma masalahnya, siapalah kami ni rakyat marhean nak menegurnya. Kita perlukan seseorang yang dihormati dan disegani untuk menegurnya. Tak lain tak bukan, orang yang selayaknya ialah Tun M. Tun M mendengar suara hati rakyat. Tun M adalah sebenar-benar PM berjiwa rakyat. Tun M tak perlu hebohkan kepada seluruh pelusuk negara bahawa beliau mendengar denyut nadi rakyat. Ini kerana, Tun M memahami isi hati rakyat. Tun M faham apa yang rakyat mahukan. Tun M hanya meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati rakyat. Tun M sayangkan UMNO. Tun M sayangkan Melayu. Tun M adalah negarawan ulung yang takkan dapat digantikan oleh sesiapapun yang hanya akan muncul setiap 100 tahun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 6:38 PM

Just asking, kalau mahathir betul, pru14 bn kalah, what will happen to us? Should we kill ourselvesin the style of harakiri? Minta najib supporters comment, please?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 6:44 PM

Dulu TDM kata Anwar meliwat, ramai tak percaya dan kata TDM dah nyanyuk. Kalau TDM tak nak melayu berpecah lagi TDM perlu dedahkan apa yg dia tahu, jgn lah rakyat yg tak tahu utk buat keputusan. Utk berlaku adil kesalahan seseorang perlu dibuktikan dimahkamah, bukannya cakap-cakap dimedia sosial atau dikedai kopi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 7:09 PM

Saya harap .. jika tidak dapat turunkan najib dari tahta kerajaan. Orang UMNO perlu turunkan dia dari tahta presiden UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 7:51 PM

hmmmmm....pernah tak happen PM kena pecat? Takde kot? Saya pernah tengok TPM kena pecat dulu lah.( anwar)..so, selain dari undur diri, tak de cara lain lagi ke untuk gesa najib letak jawatan?
Hmmmm, wondering nak ke dia letak jawatan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 8:13 PM

Dah melarat2..kan ke elok jika tdm jumpa private dgn pm sendiri dan.minta pm jelas pertanyaan2 yg blm d jawab sblm jadi begini.
Saya,tak tgk interview pm langsong basically saya tahu perkara begini akan berlaku. Boleh baca.
Tggu laa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 8:19 PM

Dulu bila kata TDM kata Anwar meliwat, ramai kata TDM dah nyayuk.
adakah skg ini TDM fikirannya segar bugar dan tidak nyayuk lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 8:25 PM

Tak payab fakta kalah kau bukak mata tu luas sikit bukak telinga besar2 sikit bru blh nmpk dan dengar. Family aku undi umno pru lepas tapi untuk pru 14 ni minta maaf sgt2.

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2015 at 10:05 PM

Korang nie jd pgkritik memang hebat...cuba muhasabah diri bkn senang nk mentadbir sebuah negara yg banyak pengaruh dan pembangkang... klu korang handal sangat duduk la kt kerusi PM tu sedangkan nk jaga rumahtangga je tonggang langgang ape lg negara..puiihh melayu hidup mengondengkan sesama melayu hebat bangsa lain tepuk tangan ...sedarlah..!!?

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 9:14 AM

Tun Dr Mahathir org yang bijak. Allah dah beri dia kebijaksanaan sehingga tua dan kita tak boleh jangka. TDM sengaja keluarkan semua persoalan tersebut supaya Dato Najib jawab semua persoalan yang rakyat lemparkan agar semua isu tersebut terjawab.TDM sgt snjung arwah Tun Razak dulu dan dia tahu Najib berkebolehan. Cuma beri beliau masa. Adakah bila pembangkang ambil anda pasti tiada lagi corruption??Hati manusia mana kita nak tahu..kan..Pendapat sahaja. Untuk admin..annoying sgt dok guna ah jib bor..if xsuka just guna nama yang lain. Admin admin

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 9:51 AM

Tolong jangan hina nama najib@ahjibgor...

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 10:39 AM

Whats meant to be will be. Its nature's way of preserving itself. Nothing can be taken away from you if its meant for you and truly yours. Fear wont help. The one in between is always the ego construct running the show. Am sure DSN is trying his best to tune down the heat but he has poor defence playing a game with an unmatched sifu....the only thing he is defending is his ego construct....he surely needs a different platform ....

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 12:12 PM

Lembutkanlah hati ahjibgor tuk lepaskan jawatan nye Ya Allah.

.dan di harap lepas ni tak de lagi PM yang jadi Menteri Kewangan lagi..

Gelap mata dengan duit..rosak negara

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 2:21 PM

Komen yg xrelevan.bro..klu nk komen biarlah melihat fakta.bukan melihat parti.lihat keadaan sekeliling.

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2015 at 8:41 PM

Tun M dan DSN, kedua-duanya adalah simbol politik Melayu, justeru maruah mereka wajib kita jaga. Bangsa asing ketawa dekah-dekah melihat silat pulut dua negarawan ni, yang malu kita juga.

Saya nampak, Ahli Majlis Tertinggi UMNO semacam tak berfungsi langsung dalam meredakan konflik ini dari terus berpanjangan. Apadah jadi dgn AMT?

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2015 at 1:18 PM

Jebat pon sanggup derhaka sbb defend kwn die yg teraniaya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 7:13 PM

1. 500 ribu usd sikit jer tu. Bijan boleh bayar. Bukan sebab tu, Baby di letupkan.Itu baru harga sebuah rumah di kemensah mewah.
2. Takan sampai nak letupkan, jika baby tak cari pasal masalah rahsia Negara.
3. Hulubalang2 pegang pada ikrar taat setia. Negara lebih utama. Biar pecah di perut. Pembankang cuba meraih simpati, nyata hulubalang tetap dengan ikrar taat setia pada negara.
4. Selalunya perempuan cantik mcm baby, tak berapa cerdik sangat kecuali mereka yg dapat latihan secukupnya. Mereka ini ada access kepada maklumat dan tahu bagaimana nak dekati orang penting. Siapakah Baby sebenarnya?
5. Semua manusia ada buat salah, kita pun sama.. Termasuklah Bijan, tapi negara dan rakyat lebih utama tak kira siapa yg akan perintah lepas nie.
7. Kesian jugak tgk Bijan, berat masalah beliau kita tengok. Lagi 2 org, org penting untuk jaga negara pergi selamanya..
8. Bak kata ayahanda tercinta, kalau Bijan turun tak tahu siapa yg perlu diganti, kata ayahanda 'sekarang nie nampak elok, bila di atas dia mungkin jadi kot lain'.
8. Kita ada Bijan sekarang. Ringankan beban Bijan, biar dia susun strategi membina dan pertahan negara dengan lebih tenang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2015 at 7:53 PM

Assalam. Alangkah baiknya jika tun , ds Najib Dan DSAI bersatu demi bansa melayu Dan Islam. Buanglah perasaan dendam ..ego..marah..benci dan pupuklah semangat bangsa dan agama.Kekuatan 3 tokoh melayu ini mestilah dilihat sebagai penegak perpaduan bangsa. Yg sudah lepas tu sudahlah. Datuk seri najib sbg pemimpin negara yg lebih Muda hulurkanlah tangan my memohon maaf kpd pemimpin yang lebih tua.

....................
Reply To This Comment ...................
April 14, 2015 at 4:59 PM

Demi Allah Demi Rasul
Demi Negara dan Bangsa Tercinta
Disini tumpah nya darahku......
Kembali lah kpd Al Quran dan hadith
Yg benar tetap benar
Yg salah tetap salah
AMPUN KAN LAH HAMBA MU YA ALLAH... YA RAHMAN YA RAHIM.
AMIN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 2:40 AM

Permintaan agar DSN lepas jawatan menunjukkan kebijaksanaan TDM. Cara ini akan mengelakkan perpecahan UMNO. Rakyat tidak mengira bangsa tetap mahukan pemimpin yang jujur, bertanggungjawab dan berani menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang dipimpin.

Post a Comment