........... Kos Kewangan 1MDB RM2.4 Billion ! Bodoh2 jer Bayar .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kos Kewangan 1MDB RM2.4 Billion ! Bodoh2 jer Bayar ....

Friday, April 17, 201541comments

TMI

Menarik untuk dikupas kenyataan Menteri JPM Abdul Wahid Omar mengenai 1MDB.



"Selama ini mereka berkembang dengan membuat pinjaman daripada bank atau pasaran modal, mereka membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga meningkat hutang RM4.2 bilion setakat Mac 2014.


"Jadi anda boleh bayangkan bebanan hutang yang tinggi, ia sebenarnya sangat tinggi dan ini sukar,"


"Melainkan aset itu dapat menjana aliran tunai, ia tidak akan mampan,"

Saya kira SEMUA orang ( kecuali pro ahjibgor ) pun tahu akan kenyataan itu. Berniaga melalui modal hutang 100%, pastinya kos kewangan tinggi ... jadi bila aset yang kita beli tidak mampu bawa masuk wang, mampuslah jawabnya ! 

Kecuali kerajaan sanggup beri Standby kredit .... dan tidak mustahil diikuti dengan Waitseminit kredit dan setelah itu, Ikutpandaimulah kredit...

Yang saya hairan, bukankah mereka yang menerajui 1MDB merupakan pakar2 dalam bisnes dan kewangan, dibantu pula oleh barisan penasihat yang World ? Apakah tidak ada perancangan dibuat SEBELUM 1MDB mula belanja sakan beli IPP bagai ? Apakah soal aliran tunai itu tidak difikirkan terlebih dulu sebelum komited dengan belian secara hutang billion2 itu ?

Tidak terfikirkah mereka bagaimana mahu bayar faedah dan segala kos kewangan yang berkaitan sebelum komited ?


Bagi tahun berakhir Mac 2014, 1MDB membelanjakan RM2.4 bilion untuk kos kewangan.

Bulan lalu saya pernah tulis satu artikel bertanyakan 1MDB-Berapakah Jumlah Hutang Luar Sekarang ? dan saya copy ayat dari chedet - 22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar. ( Chedet - 1MDB 13/3 )

Hampir tepat pengiraan Chedet. Apalah sangat beza 0.2 billion bila bercakap tentang 1MDB, kan ?



1MDB, dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, mencatatkan kerugian selepas cukai RM665.4 juta daripada hasil RM4.26 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014.


Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.


Laporan tahunan 2014 syarikat itu meletakkan pinjaman jangka panjang dana negara itu naik sehingga RM33.5 bilion, iaitu kenaikan RM7.2 billion atau 27% daripada RM26.3 bilion pada 2013.



Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM8.3 bilion


Nah, penilaian aset hartanah mengurangkan kerugian 1MDB... Maknanya kalau tidak dibantu dengan tanah oleh kerajaan, kerugian 1MDB lebih RM1.5 billion !


Balik kepada kos kewangan sebanyak RM2.4 billion tadi ...... BANYAKNYA ! Hangus begitu saja !

Makanya kita bertanya, apa perlunya diwujudkan 1MDB sedangkan negara sudahpun punya pelbagai agensi dan GLC yang mampu laksanakan semua itu ? Tak perlu berhutang pun, kos kewangan billion2 setiap tahun itu juga tidak perlu ditanggung.

Jadi kenapa perlu dibanggakan 1MDB yang hanya bermula dengan RM1 Juta dan kini sudah mampu memiliki aset bernilai RM51 Billion jika SEMUANYA HUTANG dan negara pula menanggung kos faedah RM2.4 billion bodoh2 jer ?

Satu kebanggaan ? 

Bayangkan apakah yang kerajaan mampu buat dengan RM2.4 billion tahun lalu jika 1MDB tidak wujud .....

Tahun ini berapa billion pula kos kewangan 1MDB ?

PS - Kita juga boleh bertanya, apakah rakyat rugi jika 1MDB tidak wujud ?

Share this article :

+ comments + 41 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 3:05 PM

Tun kena beri bukti bagaimana 1MDB menanggung hutang yang tinggi jangan menegur tanpa bukti - Fuad Zarkashi (apple polish)

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 3:24 PM

Yang jadi pelik Abg.Din, bila kita tanya, mereka minta bukti. The Unspinner minta bukti. Susah la macam tu. Kalau kita ada 'cable' baik punya di Bank Singapura pun tak boleh guna pasal Akta BAFIA.

Tapi bila New York Post, The Edge, Sarawak Report atau Malaysian Insider, siarkan laporan mengenai 1MDB, siapa pun tak minta bukti.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 3:47 PM

Maaf Abg. Din. Saya rasa kurang senang bila Sultan Pahang Masuk campur dalam Politik. Implikasinya amat buruk kepada Negara.

Ampun Tuanku, beribu ampun.
Pada pendapat hamba, kelmarin adalah hari paling tidak 'sihat' kepada Institusi Raja Melayu yang hamba amat junjung-tinggi, kasihi dan taati.

Dalam suasana politik hari ini, masyarakat bumiputera dan Melayu amnya, amat-amat memerlukan Institusi Raja-Raja, sebagai 'last line of defense'. Hamba anggap Institusi Raja seperti 'Harta-pusaka' kepada orang Melayu. Dalam keadaan Melayu sudah pecah 3, dan mungkin 4 akibat desakan Dr.M terhadap Najib, Tuanku Sultan tidak molek sama-sekali membayangkan sokongan kepada mana-mana pihak, walaupun mereka berada dalam Party politik yang sama. Ahli Politik mempunyai pengikut yang besar. Oleh itu sokongan Tuanku kepada satu pihak akan mendatangkan rasa kurang senang pihak yang lain.

Jika Tuanku kerap mengeluarkan kenyataan atau pendapat mengenai Politik, takut nanti
pemberita ambil kesempatan, sentiasa tanya Tuanku soalan mengenai Politik juga, untuk diputar-belit. Sebagai contoh: Malaysian Insider pernah 'spin' atau memutar-belit kenyataan mengenai persidangan Raja-Raja. Jika ini kerap berlaku, Institusi Raja akan di tuduh campur-tangan dalam Politik tanahair. Syak-wasangka akan timbul, bahawa ada campur-tangan Istana dalam 'memenangkan' Ahli Politik, menjawat sesuatu jawatan penting dalam kerajaan. Sudah tentu ini membawa implikasi tidak baik untuk kesejahteraan Negara dan Institusi Raja sendiri.

Ampun Tuanku Beribu Ampun.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 3:51 PM

@RD.Terimakasih RD atas komen peringatan yang berhemah

Amat sensitif isu ini. Ada pengomen yang sentuh isu ini tapi sebab bahasa yang digunakan dan tuduhan yang dilemparkan, saya tidak dapat siarkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 4:11 PM

bro din,

ianya satu kebodohan bkn kebanggaan. atau meminjam kata pm kebangangan?. seperti lah pm dan para penasihat dia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 4:16 PM

Bang Din,

Right click disable ke? susah nak kena back je ...saya jenis buka banyak2 window..
atau click link ke new window ok gak

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 4:21 PM

Tak berasas tuduhan din..... bukan ke najib dah ckp 1mdb blh untung.. dari modal sejuta hingga hutang puluh billion.. mesti sokong najib.... apalah sgt hangus 2.4 billion,kutipan gst pun dah dijangka 24 billion... duit kwsp pun ada lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 4:34 PM

salam din kura kura. sepatutnya perlaburan 1mdb tidak ada masalah. ini kerana asset mereka melebihi hutang. betul kita berhutang tapi biasa nya kita tengok nilai asset kita. macam bank bagi pinjaman personal, tengok gaji, tengok perbelanjaan, tengok kerja tetap ke tidak baru bagi, bukan bagi buta buta. rasanya begitulah 1mdb melabur. mcm dipulau pinang pun sama nak buat cable car kerajaan negeri mana ada duit bilion2 cagar dengan tebus tanah. sama je. tetapi adalah sekumpulan baral dalam malaysia buat cerita diluar negeri kerajaan rasuah, tindas rakyat, guna isa lah mestilah orang takut nak tolong. kalau tidak 1mdb ni sama je dengan pelaburan kerajaan yang lain. sekarang bila sangkut begini suma salah kan kerajaan. kerajaan dah list ape yang dia beli dengan 42 billion. kalu meniaga goreng pisang sekalipun kalau orang buat cerita sapa makan kena santau niaga goreng pisang pun boleh bungkus. jgn salah orang lain salah kan bangsa kita sendiri begitu jugalah dengan isu lain gst pun sama dah bertahun tahun kita kena tipu dengan cina tak sedar lagi bila kerajaan buat gst kata kerajaan kejam kerajaan makan 6% taukeh cina makan dekat 10% bertahun tahun tak sedar. melayu oh melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 4:41 PM

@Anonymousaliran tunai aset tidak ada kaitan dengan persepsi orang.

Kalau kita buat betul, takde sebab kita nak bersilat berbelit menjawab.

oya, senarai aset 1MDB tu kerajaan ke yang keluarkan atau cytro umno?

kenapa 1mdb tidak keluarkan senarai aset dan semua hutang serta tarikh bayaran ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 4:46 PM

Citer adalnya hanya mintak penjelasan bagaimana kewangan syarikat dikendalikan. Pusing punya pusing pertanyaan dah jadi tuduhan pulak. Sebeb itu bahalol tu mintak bukti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 4:46 PM

1. Ada juga orang yang boleh jawap dengan cara yang lebih cerdik, cuma dia tuduh pengurusan 1MDB. Kita nak tahu pengurusan 1MDB tu termasuk DSN ka?

2. The EDGE dah minta CEO lama 1MDB untuk jawab persoalan tentang duit 1b yang disalurkan ke JV dengan PetroSaudi, siap dengan email dan perincian transaksi ,Puad Zakarshi masih minta bukti. Nampak macam pegawai JASA ni tak membaca , bantai ikut suka, macamana org tak meluat.

3. Orang gelisah bukan setakat pinjaman saja tetapi menjangkaui cara urustadbir syarikat. Patut ka kita buat perjanjian JV dengan syarikat yang baru ditubuhkan beberapa hari sebelum kita menmertai perjanjian JV, Apa realistik nya memberi 1B untuk hanya mendapat 40% pegangan. Pi balik dok jawap aset melebihi pinjaman.

4. Bila di asak baru nak jawap , duit pelaburan dah dikembalikan dengan keuntungan .Ada Menteri tanya mengapa tak sebutpun keuntungan tersebut. Dia tak tau nanti orang tanya ,what is 'cost of fund' sebab duit tu merupakan duit yang diperolehi dari pinjaman.Macamana tak meluat bila Menteri blh fikir cuma takat tu saja.

5. Bukan setakat tu saja , bila orang tanya kalau dah dapat balik duit tu, simpan kat mana. Orang nak tau pembayaran dibuat secara tunai atau promissory note yang bukan dalam bentuk tunai. Depa tak kaji tu semua dan tak sedar bahawa orang dah tau 1MDB dah 2 kali terlepas bayar hutang, masuknya syarikat dah tak ada tunai.

6. Lepas tu baru nak jawap duit tu ada kat Singapura . Mungkin kali ni jawapan lebih baik sebab dinyatakan bahawa duit tu nak guna bayar balik pinjaman sbb pinjaman yang dibuat oleh 1MDB dalam USD. Tapi cerdik sikit saja sebab orang tau kat Malaysia pun orang boleh simpan dalam USD ,Bank Negara benarkan simpanan yang dinama Foreign Currency Accounts. Dah kena checkmate lagi. Bila kena checkmate ,keluar lagi pula jawapan , simpan kat Singapura sebab takut BNM ganggu untuk duit keluar masuk , Jawapan yang sembelih leher sendiri.

6. kalau kita bikin filem tentang 1MDB mungkin jawapan jawapan akan jadi dialog dialog lucu . Yang sedih mungkin ke anak cucu kita masih lagi perlu menanggung bebanan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 4:57 PM

Senang aje. Yang berhutang tu 1MDB bukannya eksekutif yang membuat 1MDB berhutang. Nanti yang kena kejar 1MDB, yang dapat gaji+elaun berjuta-juta RM tu tetap senang lenang. Pendek kata, tak usah bimbang la!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 5:13 PM

salam din penyu, persepsi orang amat penting di zaman la ni tambah pada zaman global ni. berapa ramai orang meniaga pakai air lior je. untung berjuta juta. ingat seorang rakyat cina yang buat poster besar yang tulis the next billionaire. jadi kaya dapat duit berjuta juta rupanye meniaga mlm je. keyakinan negara luar dan pelabur pada malaysia amat penting baru negara boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. susah tentu negara luar akan tolong. kerajaan buat betul betul la tu. itu pasal kita ade aunty zety, uncle wahid, mkn dan lain lain. aunty zety bertahun najib duk retain awat tak baguih ke dia. pak din setengah perkara rahsia itu yang kita ade OSA kalau sume nak cerita sampai cerita dalam kelambu pun nak cerita kat orang sebab nak telus hancur lah negara. ingat masa kehilangan MH370. anwar keluar cerita kata dia beli radar paling canggih didunia dan atm terpaksa sebut lokasi nya. itu sepatutnya rahsia kita orang malaysia pun tak tau sekarang satu dunia dah tau. itu lah bijak nya orang melayu. malang teramat malang nya orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 5:14 PM

Bro din yg d hormati.

Tu baru intro je tu.....banyak lagi yg perlu dan wajib d dedahkan. Saya dah kata impak 42 bil ni bukan kecik...... Salahkah lagi teguran Tun ?
2.4 bil....utk pengurusan saja....wow ! Hebat melayu
Ada lagi kan yg belum terjawab.....

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2015 at 5:46 PM

@Anonymousbisness ipp takde kesannya ngan persepsi sbb harga tetap.
1mdb sekrg bergantung pada bisness ipp saja bagi menjana pendapatan.tapi kenapa boleh sangkut nak bayar hutang ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 6:22 PM

salam,
mulanya kita kena ucap terima kasih la kat semua ahli umno yang bersolidiriti dengan ahjibgor, untuk memberi maklumat yang mengelirukan. kemudian sokong pulak 100% kerana ahjibgor telah jawab dan minta audit siasat, isu selesai. audit kata ambil masa lebih setahun. fuhhh diam tu.

nasib baik ada orang bising pasal 1mdb ni, kalu tak bising dah tentu makin banyak hutangnya. mungkin makin bagus 1mdb ni kata ahli umno yang sokong ahjibgor kerama hutang makin banyak. bila tak bayar hutang dan jadi kecoh, maka baru keluar kenyataan daripada menteri yang agak layak cakap, orang bank. bila dah beli aset dan lebih daripada kemampuan, pandai ke berniaga atau syok dok kumpul komisen hasil jual beli. ahjibgor kata 1mdb ni untuk masa hadapan negara. boleh ke kita percaya dan 1mdb ni mampu bayar hutang dan menjana pendapatan? nampak macam gelap jer dihujung sana. kita dirahmati apabila ada yang bertanya seperti otsb, akj, din penyu, apanama dan tdm. suara tdm ajer yang mampu buat telinga mereka mendengar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 7:09 PM

Jangan bagi soalan teknikal sangat. Blongang2 tu dapat sebut "paid-up capital" pun dah besar rahmat dah .. cabar orang sana sini.

Depa ingat urus 1mdb mcm urus kedai kopi...bg kawan2 makan free selalu utk jaga status. Takpun macam urus syarikat ntah hapa2 semata2 utk salur duit dari menteri utk bg service kutuk dan defend sama sendiri. Dia ingat dpt job dari menteri tak payahla hantar audit atau bayar tax. Jadi macam tu la jugak dia bayangkan 1mdb ni.

Blonganglah katakannn... kalau cerdik takkan keja sbg blongang.

....................
Reply To This Comment ...................
Soalan
April 17, 2015 at 7:21 PM

Inila jadi bila penjaga amanah nak makan komishen. Bukan stakat penjaga amanah je nak makan komishen, bini, anak tiri, kawan fentao suma nak skaki tibai. Sbb tu boleh beli bukan2 pada harga tak masuk akal. Bisnes model ni bukan bisnes model pun. Stakat nak sebat duit je. Apa kes beria cita sultan atas politik la apa kebenda dia ckp dia sokong kepimpinan skang? Dah tu kalau Pakatan Riot menang dia nak kata dia tak sokong ke apa? Huru hara bawah si jibby ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 7:50 PM

ada 2 ambi nk bagi andaian:-
1. pembelian ipp mungkin dibuat dengan menentukan pembelian, kemudian baru dikira dan dibuat justification
2. kerajaan tak payah sibuk bernoaga lah. takkan bersaing dengan rakyat pulak.
bg

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 17, 2015 at 9:17 PM

Akhirnya ada juga menteri yang berani berkata benar. Menteri yang benar2 faham apa itu tataurus satu perniagaan berbillion2 nilai hutangnya (bukan untung..huh!).

Kesan dan akibatnya akan ditanggung oleh rakyat marhein juga adanya.

Saya mahu tahu kutipan GST & penangguhan pengeluaran wang KWSP ke umur 60 tahun adalah akibat kerajaan berhutang terlalu banyak atau apa ? Jika kutipan GST untuk bayar BR1M pun dah dikira salah.

Saya harap ada pemimpin UMNO sekarang (yang masih jadi wakil rakyat) dapat bertindak. Lagi lama Ah Jib Gor dibiarkan mengetuai UMNO dan memimpin Malaysia maka lagi lamalah kita akan ditimpa musibah yang tak berkesudahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 17, 2015 at 9:38 PM

Wahid Omar kata nak henti pinjaman baru. Maksudnya selepas ni 1MDB akan mula proses jual aset ke? Soalan paling penting kena tanya lepas ni adalah siapa bakal pembeli aset 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2015 at 10:05 PM

Abg Din tq activate right click... ..

Rata2 merungut dari GST sampai 1MDB...
Kawan aku dari keja bank, gomen, meniaga kedai runcit, yang ambil hasil tani.. semua merungut harga naik. Mereka2 ni dari turun temurun sokong UMNO. Semua mengeluh bang.. itu mahal ini mahal.. JKKK pun tak tau nak jawap pa. Aku dok nampak satu laa. Kalau lagu ni punya cerita memang telungkup la BN. Org kampung kalau depa rasa harga semua mahai nak beli brg pun kena pikiaq empat 5 kali...kompem ngundi depa kalih trip ni.

aku dok tepkiaq kalau lah rakyat buat2 lapaq sangup tak depa gadai jam depa ni...

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2015 at 1:12 AM

Bukti apa lagi yg diperlukan? Adakah nk tnggu rekod kewangan 1mdb diberikan pada Tun? Tun 22tahun sbgai PM..xkan lah senang2 nk buat kenyataan..?

....................
Reply To This Comment ...................
hatta
April 18, 2015 at 7:12 AM

Betul khairul hafiz..

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2015 at 7:14 AM

Patek pun setuju dengn pendapat saudara ini Tuanku...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 8:33 AM

Gadai......jam.....oh ho oh ho....nnt den pikiq pikiq sat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 12:38 PM

Wahid Omar ni sama ada akan jadi the next 'lalang' ataupon terpaksa jadi consultant kat negara jiran mcm Hassan Marican apabila nasihatnya tak mau dipakai oleh penyangak berjawatan tinggi kat Malaysia ni. Kita tunggu Dan lihat macammqna BN 'menyumbang' kepada 'brain drain' dlm negara ni.

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2015 at 12:47 PM

Tahukah saudara bahawa..aset yg masih berhutang..tidak layak dipanggil sbgai aset..kerana ianya adalah liabiliti..masih dlm tempoh..hutang yg perlu dijelaskan..hanya akn jadi aset..apabila sudah diselesaikan hutangnya..persoalannya..dgn cara kerajaan berbelanja..hanya menambah liabiliti..smpi bila rakyat nk menanggung liabiliti2 ni? Smpi bilakah liabiliti itu akn menjadi aset??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 2:08 PM

1MDB beli banyak IPP. Tujuan mau kasi rate letrik turun. YTL tak leh cari makan lah! YTL bising.. bising pada siapa?

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2015 at 2:28 PM

@Anonymouskalau benar nak bagi rate turun, biar je ipp tu tamat tempoh kontrek yang tak berapa lama tinggal, kemudian TNB beli dgn harga murah ( RM200! )

Ni 1MDB beli dengan harga tinggi, hutang pulak tu... nak turun apanya ? ? 1MDB akan minta kontrek disambung lagi sehingga hutang habis dibayar, kemudian baru nak buat untung.... berapa tahun lagi tu ?

Nilah jadinya bila kerajaan pun nak berniaga dengan rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 3:16 PM

Betul tu NA. Sape2 nak komen biarlah dgn ilmu jgn jadi bodoh sombong

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 3:56 PM

good point and well said.girl!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 4:29 PM

sokong Tun M..Klau lh Tun M jd PM lg kan aman Malaysia.x haru biru mcm skrg.

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2015 at 6:36 PM

Tunggu tukar kerajaan tengok apa jadi... Tak ada hal lah.. Wa

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2015 at 8:39 PM

Pembelinya mungkin besar pemberi pinjam 2b bayar interest bank hari tu la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 10:43 PM

Anon 4.34pm

Balik belajar dulu..aset dan liabiliti pun tak reti bezakan ke? Tu laaa..kuat sangat bodek

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 10:50 PM

Susu bayi dan lampin bayi pun kena gst kak oooi...ahmad maslan kata gst hanya untuk orang kaya sahaja..apehal pula bayi pun kena bayar gst?

Teruklah kerajaan dengan tsunami rakyat lepas ni...tunggu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 1:56 AM

Siapa yang perlu buktikan Najib atau Dr M..??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 2:02 AM

Betul.....tun paling lama p.m d malaysia...celah gigi dia la suma2 ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 4:34 AM

Alaa, apa nak risau, gst kan adaa, bila lagi rakyat nak tolong pemimpin kan, kan?jibby,jibby.

....................
Reply To This Comment ...................

Apa susah memang 1mdb boleh bayar hutang dia berapa puluh billion punn..tapi yang tolong bayar nya siapa...kitelah semuanya rakyat ni...jadi mangsa nya. ..sebab tu kerajaan mengelupur ngelejat nak buat gst cepat-cepat sbb nak cover hutang 1mdb lah...

Post a Comment