........... Khairuddin - Majlis Tertinggi Umno DiMinta Bincang Kenyataan Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Khairuddin - Majlis Tertinggi Umno DiMinta Bincang Kenyataan Tun Mahathir

Monday, April 6, 201520comments




Saya ada terima msg berbentuk kenyataan akhbar dari Datuk Seri Khairuddin. Panjang sangat jadi saya ambil beberapa point penting je -

1 - Menjawap dakwaan beberapa pihak yang tetap mengatakan bahawa kerajaan dan 1MDB sudah pun menjawab segala persoalan2 rakyat sepertimana yang digariskan oleh Tun sebelum ini , Khairuddin meminta supaya dihuraikan satu persatu kerana bagi beliau, segala 'jawapan' yang diberikan sebenarnya lebih banyak menambahkan kekeliruan, berbelit-belit dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang berkait sedangkan persoalan yang ditanya masih tidak berjawab.

2 - Saya meminta Majlis Tertinggi Umno memanggil satu mesyuarat khas  untuk bincangkan isu ini terutamanya mengenai apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Jemput Tun hadir dan beri beliau peluang menjelaskan apa yang beliau tahu dan kenapa beliau tetap dengan keputusan meminta Datuk Seri Najib berundur jika tidak mahu Umno kecundang ketika PRU14 yang akan datang. ( kerana Tun tahu LEBIH BANYAK dari apa yang beliau tulis/sebut.... APA DIA ? )


3 - Meminta Umno mengadakan satu external audit bagi mendapatkan gambaran sebenar tahap sokongan rakyat kepada kepimpinan Umno dan negara.  Apa yang merisaukan ialah kita bakal hadapi 6 juta pengundi muda baru pada PRU14 kelak. Seandainya satu daya usaha yang komprehensif tidak disusun atur untuk memenangi hati mereka, maka yakinilah BN bakal kecundang dalam PRU14 nanti.

4 - Segala kudrat dan dana yang diperuntukkan untuk memerangi Tun Mahathir adalah lebih baik disalurkan kepada usaha mengadakan external audit di atas !

Hmmmm .... saya sokong ! Hampir sama dengan apa yang saya sendiri sarankan baru ini. Saya ada juga baca yang pihak JASA pun turut teruja mahu menyerang balas Tun Mahathir hahahahaha ..... patutlah 2-3 orang dari JASA ikut sama meroyan menghentam Tun. 

Adoyai, JASA pun dah takde kerja lain yang lebih berfaedah selain dari mengampu ahjibgor. Tidak cukup dengan ratusan Blue Wave Army yang dikerahkan menyerang peribadi Tun, jabatan kerajaan pun diheret sama.

BESARnya pengaruh Tun Mahathir !

Tun Mahathir hanya menyuarakan apa yang selama ini menjadi luahan rintihan rakyat terutamanya orang Melayu. Selama ini kita bising langsung tidak dihiraukan pemimpin tapi bila Tun Mahathir pula yang suarakan ( perkara yang sama ), melompat2 mereka.

Seperti kata Khairuddin, MASIH TIDAK TERJAWAB juga segala persoalan yang rakyat tanya sebab masing2 sibuk nak jadi juara pengkritik Tun Mahathir.

Kalau pihak JASA pun sama MO dengan askar2 media sosial ahjibgor, memang teruklah BN jawabnya nanti. 

Memang kuat giler mandrem .......... habis semua kena tempias !

PS - Nak tambah sikit lagi, ramai yang membuat perbandingan antara zaman Tun Mahathir dengan zaman ahjibgor dalam konteks wujudnya media sosial kini. Zaman Tun dulu mana ada media sosial internet dan wassup bagai.

Sebenarnya media sosial cuma satu alat komunikasi di alam baru yang tidak wujud di zaman Tun. Apa yang penting adalah CARA pemimpin menangani isu. Cuba bayangkan media sosial wujud di zaman Tun, pastinya Tun akan punya CARAnya dalam menangani dunia alam siber ini. 

Dengan apa yang kita tahu tentang CARA Tun, apakah CARA itu akan sama atau lebih teruk dari CARA ahjibgor dalam menangani dunia alam siber ?

Malahan sekarang ini pun, bukan saja melalui media sosial kerajaan dilihat gagal mendapat upperhand, di media arus perdana pun kerajaan tercungap2...... apa cer ?

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 1:05 PM

GERAKAN ETD NAJIB.

Sudah sampai masa untuk lancarkan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib)
Mesti daftar.
Semua mesti ikut undang undang.
Pemimpin dan pelapis ramai.
Blogger pun ramai.
Syarat Aliff BA TA.
arjuna waspada

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 1:11 PM

Jawapan standard Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh ramai kuncu-kuncu Najib adalah " Kami telah mendengar penjelasan yang panjang lebar serta penuh terperinci dari Dato'
Sri Najib dan kami semua sudah faham semuanya, apa yang kami faham dan penjelasan yang diberikan oleh Dato' Sri Najib, biarlah menjadi rahsia, yang penting kami faham dan dah dijelaskan, cukuplah kami diberikan penjelasan, tak perlulah Dato' Sri Najib beri penjelasan kepada orang ramai lagi, okay."

Itulah jawapan standard untuk mengelakkan isu ini diperjelaskan oleh Najib kerana Najib sendiri tidak mampu nak memberikan penjelasan kerana seperti Anwar yang takut disoal oleh pendakwaraya dalam kes kelakuan tak senonohnya itu, begitu juga dengan Najib, kerana memberikan penjelasan adalah seperti menghancurkan karier politiknya, walapun pun begitu, Najib tetap dengan perangai 'seperti lembu sedang makan rumput' iaitu tak akan mempedulikan nasihat, teguran dan kritikan walaupun semua teguran, nasihat dan kritikan itu untuk kepentingan negara.

Tuan-tuan, puan-puan, saudara, saudari lihatlah lembu yang sedang makan rumput, dinasihatkan, diberikan teguran, dikritik, dimaki hamun, malahan diludah pun, lembu itu tetap dengan selambanya makan rumput dan tak pedulikan apa-apa pun. Beginilah sikap Najib.

Oleh itu, Najib ni susahlah dia nak letak jawatan, dia ni jenis syok sendiri, dah gagal pun masih kata berjaya dengan cemerlang. Dia ni jenis kepala batu, kemaruk jawatan dan tamak haloba, dan yang paling dahsyat adalah dia jenis manusia syok sendiri dan gila ampuan dan bodekan dari orang ramai. Ditambah dengan para jemuan dan blogger bangang yang menjadi pecacai setia Najib untuk membela segala kegagalan Najib sebagai kejayaan cemerlang dan terbilang, membela keburukkan Najib sebagai mulia tahapa gaban, walaupun Najib ditolak oleh ramai pihak termasuk dari dalam UMNO sendiri, tetapi jemuan dan blogger bangang belaan Najib kata Najib mendapat sokongan penuh rakyat jelata, sebab itulah Najib masih syok sendiri mendengar ampuan dan bodekan dari para jemuan dan blogger bangang belaannya itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 6, 2015 at 1:15 PM

Puad Zarkashi nak serang Tun M? Dekat Batu Pahat pon dia tak mampu nak tegakkan BN, sekarang berangan nak serang Tun. Datuk Puad, kalau strategi Datuk nak rampas parlimen Batu Pahat cuma dengan buka kem askar untuk tambah pengundi Melayu (saman saya kalau saya fitnah - ini yang Datuk suarakan dalam kempen untuk jawatan ketua bahagian dalam PAU yang lepas), pencen lagi bagus. Ramai Melayu bukan jaminan untuk BN menang.

Hebat sangat bersuara, sila jawab soalan 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 1:26 PM

1. After reading above article, I fully agree with khairuddin that MT convenes a meeting with TDM. Make it a closed door affair.

2. The meeting will give najib the best opportunity to respond to all queries or questions by TDM. In the case of 1MDB, get arul and ladim involved.

3. Perhaps get TDM to tell all he knows and match them with facts najib allegedly have. I believe TDM is not yet senile as the questions he had posed were and or are very current and crucial viz political standing and upcoming pru14 just a few years from now.

4. I believe TDM will stop blogging on the issues raised if honest and sincere efforts were to be made by MT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 1:54 PM

Nak tambah...lahad Datu & mh17 apa cerita? Najib & suckers et al....what say you? Kami memerhati!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 2:16 PM

Diadakan pungutan suara adalah satu cadangan yg bagus..tapi persoalanya selepas dilakukan pngutan suara tapi keputusan masih lagi berpihak kepada Najib adakah isu ini akan selesai dan apakah pula dgn mereka2 yg telah merosakkan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 3:38 PM

1. Apa maksud datuk shahrir " kami sokong PM sebab kami sayang parti dan negara"?

2. Apa kata kalau soalan di tanya " kalau najib tahu sapa suruh tapi tak mahu sebut apakah kita perlu sokong beliau lagi?"

3. Kalau diatas sebab wrong political moves and decisions that lead us to the drains, would you still support him? If on negative mode, it will be too late to make amends.

....................
Reply To This Comment ...................
mat13
April 6, 2015 at 3:59 PM

Sonang jo DSNajib buat satu forum di TV secara live untuk menjawab soalan2 tu dan bagi audience bertanya mana2 yg masih diragui.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 4:40 PM

Semasa zaman Tun M, beliau tak perlu risau dengan segala ancaman kerana adanya ISA dan EO. ISA dan EO adalah ibarat perisai dan kubu yang amat kukuh dan mampu mengekang apa jua serangan terhadap kerajaan. Tapi apabila tiba zaman Ah Jib Gor, perisai dan kubu itu dengan mudahnya dibuang begitu sahaja. Akibatnya, serangan datang bertubi-tubi dan Ah Jib Gor sendiri tak mampu untuk menepisnya. Akhirnya, Ah Jib Gor kepenatan untuk menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. Maka, yang tinggal untuk membela Ah Jib Gor hanyalah PMO, bloggers Pro Ah Jib dan kalangan kawan2 yang termakan budi ngan Ah Jib Gor. Persoalannya, sampai bila mereka nak backing Ah Jib Gor ? Sampai suatu masa, mereka pon akan kepenatan jua kerana serangan datang bertali arus. Apa yang pasti, sehingga sekarang tiada satu jawapan yang benar2 memuaskan hati rakyat. Jawapan yang diberikan adalah berbelit2 dan hanya mengundang lebih banyak persoalan.

Sekarang, kita mintak Ah Jib Gor bersikap gentlemen. Beranikan diri face to face ngan Tun M. Jangan lagi berselindung di sebalik penyokong2nya. Persoalan2 yang ditimbulkan oleh Tun M adalah persoalan sama yang ada dalam fikiran seluruh rakyat Malaysia. Makanya, kita mintak Najib berikan jawapan yang benar2 memuaskan hati semua pihak. Kita hanya mahukan ketelusan dalam pengurusan wang berbilion ringgit. Susah sangat ke nak jawab ? Kalau rugi katakan rugi, kalau untung katakan untung supaya rakyat tak tertanya2.

Mungkin dah tiba masanya untuk Ah Jib Gor merintis jalan ke arah pelepasan jawatan. Cukup2lah dengan apa yang berlaku. Kita mahukan pucuk pimpinan negara bertukar supaya UMNO kembali mendapat sokongan rakyat. Selama ini UMNO dijauhi kerana meminggirkan rakyat marhean yang memberi kemenangan terbesar kepada BN dalam PRU lalu. Logik ke orang Melayu yang kasi undi tapi bangsa lain yang mendapat habuannya ? Kepimpinan UMNO harus ditukar supaya nasib Melayu akan terus terbela.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 8:19 PM

Najib dan Umno,udah2 la tu..kalau x salah dan takut.Jawap je lah isu2 tu.Apa yg susah sngt.

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2015 at 8:24 PM

Din,masih ingatkah apa yg dicakapkan TSMY pada pembukaan PAU Pemuda dan Puteri..rata2 yg didalam dewan tidak memandang berat apa yg diberitahu TSMY ttg APA YG ORG MUDA CAKAP PASAL UMNO??mereka kepimpinan dan Ahli UMNO khasnya masih dalam mimpi basah!!tidak sedar mereka mula dijauhi pengundi!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 9:23 PM

Salam,
Apa yang penting, lambung presiden aka pm dahulu. Sesiapa yang berlawan arus dgn ah jib gor, akan kuhunus keris panjangku, membujur lalu melintang patah, bukit diratakan demi pertahankan ketuaku si ah jib gor. Biarkan tahinya kutelan asalkan orang tak tahu dia berak, kentutnya kusedut agar dia sentiasa wangi, kepalaku untuk jambatan dipijak asalkan kasut presidenku ah jib gor tak kotor. Selagi aku daya, bangsa pun aku jual demi bossku yang aku yakin maksum dan tak salah kerana yg mentadbir negaraku konsultan dan penasihat.
Apa yg mereka buat ialah burukkan tdm seperti mana yg mereka lakukan semasa tab berkuasa. Mereka ingat berkuasa dan sokongan padu diperolehi, tapi taik yg dapat. Bukan jawab soalan, tapi masih leka dengan pujian. Masa tdm dulu tak perlu pun bodek sebegitu rupa. Shahril pun lupa dulu pun dia kritik tdm. Zahid pun lupa dia cuba jatuhkan tdm untuk bersekutu dgn anwar. Sekarang kata kat tdm bagai menghina. Macam ni ker yg ahli umno pilih tong kosong untuk jadi naib presiden.
Jawab persoalan dulu dan seleaaikan masalah, bukannya serang orang yg bertanya. Tanya dan kritik lain.
Tak apa la, ikut ku nan silent majoriti sokong bn dan umno. Banyak punya silent dlm gst ni, tak dengar pun orang mengadu, semua pakat sokong gst. Ketua pemuda ramal tdm silap kerana 30000 pengundi baru didaftarkan oleh pemuda umno setiap minggu, kalu tak silap ingatan ucapan pada pau yg lepas.. Jadi ramai tu penyokong dan pengundi umno yg baru. Jadi tak perlu la nak tegur umno, kami ni macam raja melayu zaman dulu, berkuasa penuh atas pertubuhan kami, tak perlu orang lain pun.
So, kita tengok prk permatang pauh. Rompin tu kubu kuat. Tp jumlah mengundi tak pasti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 1:55 AM

1. Kerajaan kata harga brg akan turun apabila GST dilaksanakan, disebabkan
cukai jualan mansuh; tapi hakikatnya byk barang harga naik 6%, menjadikan
sebenarnya cukai dipungut naik, bukan turun; umpamanya telefon smarfon naik 6% merata
rata. Kedai letrik pun harga barangan naik 6%; telefon iphone online pun
dah naik, pakej harga sebelum dan selepas 1April dah berbeza (naik). Jadi kerajaan telah
menipu rakyat semasa mrk mahu GST dilaksanakan. Rakyat didahulukan atau telah ditipu bulat2?

2. Saya pernah pergi UK dan NL. Kedua negara ini dah lama buat VAT (cukai sama
GST). Tapi pergi shopping eg Tesco/Sainsbury mana ada GST pada resit, sebab grocery
kbkynnya barang asas kehidupan (kecuali brgn elektrik atau komputer atau barangan hardware tertentu mmg ada VAT). Di amerika (Boston) pun, bila beli barangan grocery, mana ada tulis GST; sesuatu yg pelik ttg apa yg kerajaan BN buat dgn GST.

Sebab itu cukai GST ini, kalau barangan import grocery, sebaiknya dicukai di pintu masuk negara, sebab kalau dicukai dikedai, alamat barangan keperluan asas (termasuk barangan tempatan atau barangan makanan tempatan) akan dicukai oleh kerajaan; sebab itu ianya menganiayai golongan miskin. Skrg kat Malaysia, beli donut pun ada GST!.Agaknya menteri2 cap ayam dan ahjibgor tak tahu akan perkara ini, sebab mrk shopping kedai2 yg caj 1200 dandan rambut atau guna barang2 jenama Louis Vuitton.

3. Yg plg tak masuk akal ialah GST bil air dan api. Kedua benda ini adalah
perkara paling asas kehidupan - cuma kerajaan yg bankgkrap idea utk menguruskan negara sahaja akan cekik darah sampai benda ini pun nak cukai. "Bangang" tahap gaban. Lihat webpage Syabas, cukai GST dikenakan utk air bg Kondo/Apt dan Flat/Apt kos rendah. Ini merupakan satu konsep cukai yg nyata bukan "rakyat didahulukan"

4. Lagi satu yg mmg best di Malaysia ini ialah kerajaan syok sungguh naik caj teksi sampai ~40%. Inilah trademark orang "bangang". Perkhidmatan Trunk / bas di KL ni bagus sgt ke sampai naik caj seumpama cekik darah tersebut? Itu sebablah menteri2 cap ayam ni semua nya takdak aqal. Dekat webpage RapidKL ada tak pledge of service? Dkt negara barat perkhidmatan awam mrk (eg. Boston MBTA) ada service pledge. Ada jadual. Mrk ikut to the letter jadual. Dulu tahun lepas ke sy baca sykt MBTA mmg rugi, dan ini adalah memang lumrah, sebab secara indirect kos ditanggung oleh kerajaan tempatan (MA) disebabkan perkhidmatan awam bukannya utk dpt untung, tapi penting utk ekonomi dan jika ada perkhidmatan awam yg cekap (train dan bus), barula boleh naikkan kos teksi

4. Lagi satu tanda negara ini perlu ditukar pemerintah/kepimpinaannya ialah apabila
PM sendiri mahu pegang jawatan Menteri Keuwangan (mesti ada sebab ter-sendirinya)
dan nampak semua menteri2 /penyokongnya merasa ianya satu perkara yg tak
beretika atau pelik. Lagi pulak PM yg ada
lebih suka senyapkan diri dan enggan bersemuka dan memberi jawapan
kukuh akan persoalan2 kontroversi,
sebab sy rasa dia tak mahu / mampu beri jawapan yg transparent. Bila
menjawab pun makin jadi kontroversial (eg simpan duit 1+billion di SG pulak),
jadi dia takut terlondeh seluar dia sendiri. Pemimpin sejati bukan jenis yg
membawa kekaburan, mana boleh jenis org mcm ini memimpin, ia bakal membawa kapal
karam sebab keblur-rannya bakal membawa musibah kpd negara

Ketua seumpama tersebut banyak liability, sebab itu ia takut seluarnya
terlondeh apabial bercakap apa2 dan memang negara akan musnah dgn pemimpin begini.
Sy rasa pengikutnya lagi lah banyak isu2 (yg bukan mementingkan rakyat) yg mrk tak
mahu ter-londeh dikhalyak ramai

Sungguh malang nasib negara Malaysia hari ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 8:30 AM

6 juta pengundi muda baru pada PRU14 kelak.. Dan UMNO masih tidur. PM nya masih dibuai mimpi. Asyik dengan . 'dasar dasar nya' dan 'perlancaran Dana Dana nya' ntah le dah tak terkira berapa banyak Dasar dasar dan Dana Dana. Mungkin semua dasar dasar dan dana dana ni baik tapi cara perlaksananan dan PENERANGAN too high LEVEL sampai pak pandir duk termenung pagi petang duk memikir apa makna dan tujuannya, bokleh ka ekonomi pak pandir meningkat? Masalahnya 6 juta pengundi itu bukan nya PAK PANDIR!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 9:42 AM

Kalau diperhatikan betul2, saya belum ternampak Ahjib Gor mengadakan press conference secara spontan bagi menjawab atau menjelaskan isu2 semasa secara berdepan terus dengan wartawan dan dipancarkanterus ke kaca telivision. Di zaman Tun M, live dialogue macam ini selalu diadakan terutama masa beliau baru balik dari mana2 trip luar negara, baru selesai acara2 perasmian atau ucapan2 dan di mana2 saja bila wartawan berkesempatan menerjah beliau. Dari situ rakyat dapat melihat dan memahami maksud dan tujuan sebenar kerajaan keatas isu2 tertentu dan jawapan yang diberikan secara spontan lahir terus dari hati, tanpa ditapis oleh mana2 penasihat2. Kita nampak pemimpin tertinggi negara memahai isu2 yang dibangkitkan dari hati, under control dan meyakinkan.
Najib nampaknya takut, tak yakin , blur dan play safe dengan memilih untuk tidak memberi peluang kepada wartawan untuk bertanyakan soalan secara terus dan di pancarkan terus ke kaca telivision tanpa ada input dari penasihat2 sekeliling beliau. Sebab tu lah jawapan yang dikatakan telah dijelaskan itu sebenarnya bukanlah jawapan dan ia tidak pernah memuaskan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Penjelasan2 itu memang direka supaya orang ramai lebih keliru sesudah mendengarnya.

Penyokong UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 9:52 AM

Dont be naive. This will not happen. Because clarifying the issue is never their intention.

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2015 at 11:09 AM

Mereka sudah "bersemuka". Juga pihak-pihak yang terlibat sokongan. Cuma kita tidak di maklumkan lagi, reaksi dua tokoh ini. Hakikat nya mereka tetap Pemimpin Melayu Islam.

Itu lah aku kata, kita juga tersepit apabila gajah dengan gajah bertembung. Bagus lah dua tokoh ini sudah bertemu mata, putus bicara seperti amalan Islam yang mesti ingat kepada Tuhan nya ! Bukan saling bertepuk dada, bermasam muka, kelak memang buruk padah nya !

Bersatu lah Melayu menjauhi neraka bencana. Kelak papa di hujung usia.

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2015 at 11:57 AM

@maaesaya skeptikal dgn kenyataan shahrir yg TDM sudah bersemuka dgn ahjibgor selepas kenyataan tun minggu lepas.
Kalau dibaca betul2 kenyataan itu, saya percaya beliau merujuk kepada pertemuan LAMA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 12:28 PM

sdrs dt,

I am also sceptical of the statement made by sharir.

It seems KBUs like to assume and or imagine there was this latest meeting when there was none other than once before 'the atomic bomb'.

Tak perlah.....let them be happy but i give them my benefit of doubt

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2015 at 12:34 PM

kalau Tun M buat perhimpunan tanda sokongan pun saya yakin puluh ribu akan turun...kadang2 perkara sebegini perlu diadakan sebagai bukti kepada pihak kerajaan

Post a Comment