........... Khairuddin Lepas Geram Pada Pembodek Dalam Umno | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Khairuddin Lepas Geram Pada Pembodek Dalam Umno

Saturday, April 18, 201516comments



KENYATAAN AKHBAR

Saya amat geli hati dan seronok tengok kumpulan hipokrit di dalan umno.. Dulu cakap lain dan kini cakap lain!!! Percakapan mereka tidak boleh dipercayai langsung....

Apa kalangan ni nak buktikan ??!! Namun keseluruhan rakyat sedang memerhati gelagat kumpulan hipokrit ini..

Diri saya juga tertarik baca kenyataan syed ali al habshee yg sedang hentam tan sri Eshwaran (presiden dewan perniagaan india malaysia). Baru sangat syed ali buat kenyataan yang agak bercanggah dengan tun dr mahathir dalam isu politik semasa tanahair tetapi kini nada syed ali lain pulak terhadap tun m??!! Apa yang syed ali nak buktikan ni?? Perjuangan mereka yang berteraskan untuk membodek ketua amat tidak konsisten!!!

Saya bukan budak suruhan tun m. Dari dulu sehingga kini saya tidak pernah menerima habuan langsung dari tun m. Saya lawan kemungkaran anwar ibrahim sehingga anwar didapati bersalah tetapi yang menikmati habuan serta nikmat adalah orang-orang lain!!! Tengok kaki bodek seperti yb dato seri utama tengku adnan mansor; beliau naik dari zaman tun m. Namun, saya bukan budak suruhan tun m sebab itulah sehingga kini saya tidak pernah memperolehi apa-apa dari tun m!!!

Tetapi saya amat bangga kerana wadah perjuangan saya ikhlas dan tidak berteraskan kepada kebendaan ataupun untuk mendapat pangkat serta darjat. Cuma nasib saya kurang baik kerana muka saya dilabel sebagai budak suruhan tun m. Hakikatnya tidak berasas sama sekali!!!

Apa pun saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana tidak seperti yb dato seri utama tengku adnan mansor; saya DULU, KINI DAN SELAMANYA...adalah penyokong setia tanpa belah bahagi tun dr mahathir.

Saya hanyalah penyokong setia tun m kerana wadah perjuangan beliau hanyalah untuk kepentingan bangsa, agama dan tanahair saja!!! Tun m tidak mempunyai agenda kepentingan diri dan beliau terlalu ikhlas untuk melihat keseluruhan bangsa, agama mahupun negara kita senantiasa berada dalam keadaan sejahtera!!!

Hari ini; semua kaki bodek yang menghentam saya semuanya telah sedar bahawa tindakan saya lawan 1mdb untuk membuat laporan meminta PDRM, SPRM, PAC, Bank Negara dan Kedutaan Amerika Syarikat siasat secara mendalam keatas pentadbiran serta perbelanjaan dana 1mdb hakikatnya mempunyai asas kebenaran. Ini satu perkembangan yang amat bagus.

Dalam masa yang sama, secara jujur dan ikhlas saya ingin nasihatkan semua kaki kaki bodek di dalam umno agar di masa hadapan buatlah 'homework' dulu sebelum bercakap. Kini mereka semua terpaksa menjilat semula air ludah mereka sendiri!!!

Jadi apa macam khairy jamaluddin, reezal merican, dato seri zainal abidin (non panjang), ketua pemuda umno negeri pulau pinang, ketua pemuda negeri kedah, budak hingusan ketua pemuda batu kawan, ismail kijo, salleh tun said, tengku adnan mansor, syed ali al habshee serta perhubungan umno negeri pulau pinang yang amat kalut untuk mencampuri urusan yang mereka tidak tahu pada peringkat awal kes 1mdb??!!

Apa pun tahniah lah kepada semua kaki kaki bodek yang telah sedar dan insaf ini. Demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan ekonomi negara kita dari jatuh hancur; marilah sama sama kita rapatkan saf perjuangan sesama kita dan benda yang lepas janganlah dikenang lagi!!! Buang yang keruh kita ambillah yang jernih... cuma di masa depan berhati hatilah sedikit sebelum nak buat apa apa kenyataan kerana kalangan ini adalah terdiri dari pemimpin pemimpin umno.

Ingatlah perjuangan kita bukan untuk taksub kepada pemimpin mungkar!!! Pemimpin mungkar harus ditolak!!! Rasuah wajib diperangi habis habisan!!!

Yang penting adalah untuk memelihara kesejahteraan parti umno dan BN agar terus diterima rakyat jelata. Pemimpin datang dan pergi tetapi sekiranya perginya umno maka itulah petanda melayu bakal merempat di tanahair sendiri...yakinilah!!!

Dari;
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan


PS - Biasanya saya akan edit kenyataan mamat ni, tapi kali ni saya siarkan sepenuhnya. Tulis panjang2, nak saya edit .... malasla !

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 10:30 AM

takyah edit en.penyu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 10:59 AM

salam,
gitulah kita. tak dapat projek salah la orang lain. dah dapat habuan, sampai lupa diri. kekal nak berkuasa walaupun tak buat apa pun. dah tua pun, masih lagi nak kuasa. tdm tolak elaun sebagai penasihat, tapi orang masih nak beri, pejabat orang bagi indah berindah. tapi kalu salah tetap dia cakap tak simpan agar orang tak kecil hati. kita kalu boleh, semua benda nak elaun. syabas la kepada blogger yang menulis kerana Allah. ulama pun pi ceramah dapat juga wang elaun melebihi duit minyak dan bayaran hotel. so apatah lagi yang kurang ilmu agamanya. sekarang ni, tak nampak pun yb nak berhenti dan ganti dengan orang baru. susah juga tu. yang nampak rais yatim, bagi kat orang bawah dia. yg lain tu nampak macam kejar yang masih tak cukup. termasukla pembangkang, serupa jer bila kejar kuasa ni. bila dah kuasa, cakap keluar api, tunduk belaka orang takut terkena api yang keluar daripada mulut mereka. tak ada yang keluar benda sejuk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 11:24 AM

terbaekkkk....

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2015 at 11:27 AM

xyah edit...xyah ckp pon dah nmpk skg lebey banyak ahli kaki bodek...kaki ampu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 11:45 AM

apa masalah dia ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 12:13 PM

this guy is basically a whistleblower. His business didnot do well. He was technically bankcrupted by defenders of the galaxy after he talked too much. What he had said all the while is very very true and as usual which leader in history like to hear bad news?????

It is only natural that he had vengeance in him against "his detractors" though what he claimed on 1MDB issue wss the truth nothing but the truth. Ironically, tun and wahid omar seemed to confirm his sayings....

By the way i am a staunch supporter of bn but not an umno member, rather a humble east malaysian muslim malay and very concern about the future of malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 12:23 PM

Janganlah label yg sokong najib kaki bodek. Saya ni rakyat biasa.. sayang sokong najib... tak teringin nak berdampingan org umno baik team tun maupun team najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 18, 2015 at 12:38 PM

Bro Din boleh komen tentang artikel saudara bigdog tentang kemungkinan Wahid Omar ambil alih Finance Ministry. Sumber maklumat memang tak berapa jelas tapi sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, apakah implikasinya terhadap Najib dan impak terhadap sokongan rakyat kepada UMNO.

a.) Rakyat terima dengan baik dan menganggapnya sebagai usaha untuk memperbaiki kesalahan yang kerajaan telah lakukan (terutamanya tentang 1MDB).

b.) Buatlah apa sekali pon, Najib mesti tetap kena undur.

Secara peribadi, aku anggap ini 1 langkah permulaan yang baik dan perlu dilanjutkan kepada KPDNKK dan Ahmad Maslan, Seterusnya, ini adalah penggal terakhir Najib jadi PM. Kalau perkara diatas berlaku dan Puad Zarkashi bukan jadi calon BN (parlimen atau negeri), undi aku adalah milik UMNO dan BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 1:20 PM

@Anonymous

rakyat biasa abah ko lah...
cakap jela saya sokong najib
saya sokong gst
saya sokong harga naik
saya sokong kebodohan menteri2 lantikan najib
saya sokong 1mdb
saya sokong pembelian jet pd ms ini..
saya sokong bajet utk ppum dipotong
saya sokong isa...tp najib hapuskan..tapi najib buat blk POTA
kan senang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 1:26 PM

umno sekarang cuma survive utk berkuasa dan kekal berkuasa
bukan utk rakyat apatah lagi melayu
opportunis sama mcm pas dlm hudud mahupon utk survival demi kalahkan umno shj..
cuma pas main tamak sekarang...sayang nk tinggalkan pakatan tp pd masa sama buat hudud & mahu sokongan melayu/umno
padahal mampu bertanding 60 kerusi jer..ulat gonggok tp nk makan besar
umno pon dah sama...ingat rakyat bodoh ke apa
attack tun m x pernah menguntungkan parti pon...dasar melayu bukan main berani dgn melayu...dgn dap senyap,xde modal
kalo umno benar2 ikhlas, pls go back to basic!
help the rakyat 1st!
bukan pemuda umno berpuashati dgn penjelasan najib,tp najib sendiri x bgtau rakyat?
make us happy life again,help us,lower the price,our pocket
than we will support u all the way

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 1:34 PM

Kekuatan politik Najib adalah mengumpulkan pembodek dan pengampu disekelilingnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 4:52 PM

Tulah saperti kata rosmah semua penampu ahjibgor memang bangang dan bengong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 5:09 PM

Ayat terakhir "Perginya Umno petanda Melayu akan merempat dibumi sendiri" , sebenarnya Umno belum pergi pun cuma lemah sekarang Melayu dah pun merempat dibumi sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2015 at 5:31 PM

minta sedikit pencerahan,

1. Yang mana lebih ramai, big names plus KBUs supporting najib or ordinary voters supporting mahathir?

2. Yang mana memenangkan najib dan umno/bn, najib apple polishers or rakyat marhaen?

3. kalau najib, umno/bn kalah, sapa rugi, najib kah atau rakyat marhaen?

4. Jika rakyat sokong mahathir, najib diturunkan dari takhta, umno/bn menang, sapakah yang beruntung.....rakyat kah applepolishing dudes?

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 18, 2015 at 9:18 PM

setakat nak mengumpulkan pembodek dan pengampu apa yang susahnya???lebih kurang macam layan adik kat Danok la...ada duit abang sayang xda duit abang mlayang....kahkahkah kekuatan politik najib????kekuatan dia kencing orang ja...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 1:29 PM

Jawapan no 3 & 4:

RAKYAT = LOSER

Post a Comment