........... Kalau Pemikiran Tun Mahathir Salah, Alhamdulillah ..... Tapi Kalau Betul ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalau Pemikiran Tun Mahathir Salah, Alhamdulillah ..... Tapi Kalau Betul ? ? ?

Friday, April 3, 201513comments


Gempak beb artikel Chedet Umno dan PRU14 semalam. Walaupun GST baru saja diperkenalkan, ia berjaya menyaingi kehangatan isu2 berkaitan GST untuk diperkatakan rakyat.

Ramai yang melihatnya sebagai tanda Tun Mahathir sudah fed-up dengan perangai Najib yang tetap dengan Blur nya dalam menangani pelbagai isu2 panas. Apakah Tun sudah give-up dengan Najib ?

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengimbau kembali satu video yang saya rakam 2 bulan lepas akan kenyataan dari Tan Sri Sanusi mengenai hubungan Tun Mahathir dengan Najib. 

Saya percaya penjelasan dari Sanusi akan lebih jelas jika digandingkan dengan apa yang diluahkan oleh Tun Mahathir semalam. 

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.

Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

- Tun Mahathir hanya mahu lihat Umno dan BN menang PRU14 maka dasar dan cara kerajaan BN kena tukar. Kalau dasar dan cara tidak di tukar, maka orang itu kena tukar ! Dia bukan nak Umno dan BN kalah.

- Najib pula nak Umno menang ...... dan dia nak juga dia ada di situ.

- Status quo itu ada 2 je alternatif - Kalau tak tukar orang, tukar dasar.

- Kalau pemikiran Tun Mahathir itu salah, alhamdulillah lah. Tapi bagaimana kalau pemikiran Tun Mahathir itu betul ? Kita menyesal nanti bila kita kalah. Waktu itu dah terlambat ....

Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.




KLiK untuk ke Youtube.
.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2015 at 6:34 AM

Tun Mahathir,one of the kind......orang yang merasai semasa perang dan semasa kemerdekaan sahaja yang tahu kebaikan untuk bangsa melayu dan negara Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 7:29 AM

Bangsa lebih utama dari diri sendiri....hurmmm....macam Ah Jib Gor ke yang melebihkan bangsa kiasu lebih daripada bangsa melayu ? Kan semalam Ah Jib Gor baru jer melancarkan skim mikro kredit dengan peruntukan RM30 juta khas untuk peniaga cina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 7:46 AM

Apa yang tun perkatakan memang mewakili kesuluruhan orang melayu....pengelap epal dan macai najib usah ditanya mengenai persoalan yang diutarakan oleh tun.Buang masa!!!!kami memerlukan pemimpin berani,agresif melawan,tegas pertahankan perlembagaan Dan yang penting bukan jenis mendengar apa saja kata bini.Letak jawatan atau umno bungkus!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 9:48 AM

Najib's stone-cold and ignoring the writing on the wall, what does that mean! To those banking on Najib's survival are collaterally saving their own skins yet those barking on Tun M's criticism are the secondary tier to Najib's circle, same shits. These bunch would hail Najib as 'Elegant Silence', but looking closely its more like 'Silent Arrogance'.

Kalau dah tak terima nasihat satu hal, buat derr dua hal, terrible decision-making and management of the country apa hal??? Sampai melayu-bumiputera hilang kuasa dan hak-hak terpelihara dia tak ada hal!

Masa tengah PM boleh duduk sarapan ngan rakyat kat warong, tengok lah kalau dah kalah, Paris, Milan, London, NY macam Geylang-Katong jerr....rakyat boleh terus makan atas tikar-lantai!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 11:17 AM

Dengan berakhir nya perkahwinan anak Ah Jib Gor baru2 ni dimana para2 jemputan di minta jgn membocor rahsia suasana majlis mereka kunon nya kerana mahu menjadi acara intimate ada lah satu HELAH.

Dengan bocor nya gambar2 perkahwinan mereka yang sekarang duk 'circulate' melalui WhatsApp community,rahsia mereka sudah terbongkar. It was a fairy tale setting and very opulent and lavish. Cost utk memwujudkan ambiance tu mesti mahal. It was like a state or national wedding event instead of 'intimate' family seperti di tulis atas kad jemputan mereka.

Gambar2 mereka yg rakyat sudah tengok,menunjuk cara hidup wakil2 UMNO sudah SAMA taraf dengan Sultan Pahang dan raja2 kita. Decadent lifestyle!

Saya tak nafi Ah Jib Gor mungkin mendapat 100% dari ahli UMNO tapi next PRU14 saya berani kata hanya 3 juta undi dari UMNO saja yg akan undi dia and NOBOBY else in Malaysia will vote for him.

Jika Ah Jib Gor boleh di tipu atau terpedaya oleh orang Cina yg mereka "love Ah Jib Gor",tak hairan lah juga kalau Rosmah berkata hanya segelintir rakyat yg benci dia,walhal hampir seluruh rakyat Msia meluat kat depa!

Lifestyle Rosmah dengan anak2 nya mencerminkan gaya hidup bersamaan zaman Maria Antionette sebelum mula nya French REVOLUTION!!! Dan Ah Jib Gor ibarat Nero bermain biola semasa ROME terbakar!

Berundur lah Ah Jib Gor kalau kau sayang bangsa orang Melayu sebab orang UMNO sudah tak penting kan bangsa nya lagi kerana WANG lebih penting!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 11:41 AM

Alhamdulillah la Din

GST dah agak senyap isu Tun naik ranking...Teruskan Din Insyaallah Allah akan sentiasa membantu hambanya yg ikhlas.

Taktikal yg baik..cuma sahabat2 blogger yg lain tak memahami bagaimana nak senyapkan rakyat..Ok Din Teruskan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 12:49 PM

Bro Din, bloggers2 pro Ah Jib Gor sudah 'cover-line' utk insiden pembaziran perkahwinan anak 'Sultan ' Ah Jib Gor dengan highlighting senarai charity organisation yang mereka menyuruh para jemputan menyumbangkan!

Macam lah rakyat BODOH, belanja berjuta2 pembaziran dengan cuba mengabul mata rakyat kutipan ratus ribu utk charity!

Kalau Kak Ros aka Marie Antionette tulus,mungkin dia boleh disclose berapa kutipan wang Charity Organisation ni medapat collection dari event perkahwinan anak mereka.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 3, 2015 at 12:51 PM

Kepada semua yang masih lagi ahli UMNO, kenapa tak jatuhkan Najib sewaktu PAU nanti? Berjuta-juta ahli UMNO tak boleh nak jatuhkan seorang manusia adalah sangat memalukan. Aku rasa Najib pon tahu tentang kelemahan dan kebaculan ahli-ahli UMNO untuk menentang dia. Sebab tu sampai sekarang dia dan Rosmah tak rasa goyang.

Tun M dah bagi senjata dan peluru. Tak kan orang UMNO masih nak mendiam dan mendungukan diri lagi. Nak tunggu Tun M sendiri angkat senjata dan berperang dengan Najib seorang diri je ke? Bangun dan pergilah gegar rumah ketua cawangan.

Kasihan lah pada Tun M. Dia dah berumur. Dah hampir 90 tahun umurnya. Seperkara lagi, jangan hanya tumpu kepada apa yang Tun M dedahkan tentang Najib. Point no 21 artikel Tun M, orang UMNO mesti menghayatinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 1:22 PM

nak suruh najib berundur kalau sayang bangsa melayu? hahaha.. you must be kidding me. sayang melayu amende nya.. nama pun ah jib gor.. byk polisi2 dia bukan menguntungkan melayu pun. so.. jgn harap la ah jib gor nak pikir pasal melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2015 at 3:06 PM

Ayo aaiiiiii..(kono tanyo Rosmah niih..apo makno)

Tak dapek den nak tolong ae doae.. bilo camni gerenti pecacai pembangkang topok tangan, ambik kosompatan, imaghahkan pitnah.. meko nndak Tun M masuk kem dioghang lak..he..he..

Yang lotih ae, pak Najib ni, sonyaaaaap jo... jalan pi pilah melocun daah, bukit putuiih dah lamo teputuih. Jawab lah. Tukar lah cagho, yo tak ? Ni kan zaman toluih, cakap bona. Cakap bobolit, poning kepalo ghayat..eh..eh rakyat..(gayat tu magahah oghang asli lak kang, nnt meko undi dap lak..)

Nota : maaf DT. Cakap noghoghi. Moral nya, bila ada pertelagahan dengan "BAPA" kena lah pandai ambil hati. Jangan derhaka, jangan lawan. Bawa bini itu jumpa bapak sekali... minta penyelesaian terbaik. Bapak mana ingn lihat anak nya hilang ingatan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 5:37 PM

@At current rate, one less vote from me.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 1:31 AM

Ah Jib Gor dah kelentongkan bangsa Malaysia kow kow, mukanya dah menjadi tebal semacam kulit gajah

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 10:23 PM

sabah & sarawak ada 56 kerusi parlimen, 25% dari jumlah 222 hanya 15% dari jumlah pengundi. pr cuma menang 9 pada pru13. pi habaq kat depa pasai 1mdb, altantuya & sbgnya, depa akan tanya binatang apa tu? masalah depa tak sama dgn malaya. kecuali yg dok kat felda kalih angin. sebab tu ahjibgor tambah br1m dari rm600 ke rm950 bagi 3 kali, dia buat rakyat menunggu 2nd & 3rd payments. bila bn boleh kalah? bijak. bijak!

Post a Comment