........... GST - Patutlah KPDNKK Tidak Cukup Pegawai, 1 Ribu Pegawai Hilang ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GST - Patutlah KPDNKK Tidak Cukup Pegawai, 1 Ribu Pegawai Hilang !

Wednesday, April 1, 201538comments



Selamat Datang Era GST !

Sejarah tuh ..... nanti bila anak cucu dah besar, bolehlah kita ceritakan kepada mereka yang kita ADA waktu GST mula diperkenalkan.

Saya tak nak sebut perkataan Selamat Menyambut GST sebab ia bukan satu perayaan yang kita sambut setiap tahun tapi ia kekal bersama kita selamanya ...... sehingga kerajaan tukar sistem percukaian baru.

Sebelum ini saya malas nak layan GST, saatnya akan tiba dan nak tak nak, kita terpaksa juga lalui. Nak komen pun, saya sendiri agak keliru. Dan hasil perbualan seharian, saya dapati ramai juga yang keliru mengenai GST.

Secara peribadi saya lihat isu GST ini adalah lebih kepada isu 'Keikhlasan' peniaga dan 'Pemantauan' kerajaan. 

Kefahaman rakyat amatlah dialukan tapi mungkin mengambil masa sedikit untuk rakyat faham. Namun samada faham atau tidak, GST telah dan tetap menjadi sebahagian hidup rakyat dari sekarang.

Sebut tentang Keikhlasan Peniaga ni ..... bunyi macam kelakar pun ada. Bukan kata semua peniaga ambil kesempatan tapi lebih ramai yang suka ambil kesempatan dari yang benar2 jujur. Ramai juga yang saya kira dalam keadaan 'terpaksa' naikkan harga bila barang datang dengan penambahan kos oleh pembekal.

Dan ramai juga peniaga yang masih blur dengan GST ....

Jadi bab PEMANTAAUN dan PENGUATKUASAAN oleh pihak kerajaan adalah elemen paling penting dalam isu GST.

Makanya, amatlah mengecewakan bila saya baca artikel ini -


Dan satu lagi dari FMT -


Kerajaan sendiri yang umum mahu wujudkan GST, kerajaan sendiri yang set tarikhnya jadi seharusnya tidak timbul masalah tidak cukup pegawai ! 

Ini memberi imej yang negatif kepada kerajaan, seolah perkara sebesar GST yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari kerajaan.

Kalau dah tahu GST perlu pembabitan aktif agensi berkaitan ( KPDNKK ) sepatutnya kerajaan selain dari menambahkan kemahiran pengetahuan pegawainya tentang GST, kerajaan harus menTAMBAHkan bilangan pegawai ..... BUKANNYA memBERHENTIkan / mengKURANGkan atau mengHILANGkan bilangan pegawai !

( maaf ejaan salah yang sengaja saya gunakan )


Sinar 29/10/2013

Huh ? KPDNKK berhentikan pegawai ? ?

Lebih 1000 pegawai KPDNKK telah diberhentikan kerja atau HILANG tidak dapat dikesan dalam masa setahun setengah ini ! Pada 29 Oktober 2013 ada lebih 3 ribu pegawai penguatkuasa KPDNKK dan kini hanya tinggal 2 ribu jer .....

Bukan saya spin ya, tapi Menteri Hasan Malek sendiri yang cakap.

Manalah nak cukup ! ? Kerajaan patutnya TAMBAH bukan KURANGkan pegawai.... aduyai ...


Apapun saya harap kerajaan khususnya pegawai2 KPDNKK dan KASTAM dapat melaksanakan tanggungjawab dengan efektif. Keberkesanan pelaksanaan GST banyak bergantung kepada anda....... selain Keikhlasan di pihak peniaga dan kerjasama rakyat sebagai pengguna.

PS - BETUL ke slogan Tolak 10 Tambah 6 ? Dulu kena SST 10% maka sekarang kena tolak balik 10% itu dan hanya tambah 6%, jadi sepatutnya tak timbul isu naik harga. Kan ? 

Begitu juga seharusnya tidak timbul isu peniaga harus serap/absorb GST sebab cukai sudah kurang 4%...... kan ?

Konfius saya .... 

Oya, kenaikan harga prepaid ( contohnya dari RM10.00 kepada RM10.60 ) adalah ISU BESAR kepada rakyat ! Kerajaan jangan perlekehkan.

Share this article :

+ comments + 38 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 9:46 AM

Bro, semalam dan sebelumnya harga prepaid sudah termasuk 6% sst. Jika hari ini, esok dan seterusnya harga prepaid naik bermakna ada yang tidak kena. Jika ada yang tidak kena PASTI ada pihak yang akan kena. Hari tu kastam dah keluar kenyataan pasal prepaid. Kita tunggu samada ianya benar atau cap ayam sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 9:47 AM

salam,
serupa saya juga, saya tak mau ambil tahu pun bab gst ni. bukan berkait dengan saya pun, tapi yang saya tahu barang naik harga. saya pengguna sahaja. top up dari rm10 dah jadi rm10.60. kita anggap top up naik harga, bukan pasal gst. beli barang yang berharga mahal, semakin mahal kerana harga barang plus kenaikan plus 6%. orang miskin yang dapat brim tak boleh bising pasal kerajaan dah bagi bantuan gst dan subsidi. sila gunakan duit brim untuk tampung gst dan kenaikan harga barang. itu kerajaan cakap. tapi yang dapat brim buat bising kenapa pulak yer? tak beri penjelasan ker kepada yang dapat brim ni.

yang buat gst ni kementerian lain, yang kena pantau kenaikan atas sebab tindakan kementerian lain, masing-masing buat kerja sendiri. mana mereka tahu kenaikan harga barang dan gst ni. mana nak cukup pemantau, yang iring menteri berapa ramai, yang iring pengarah pulak berapa ramai. bila buat pemantauan beramai-ramai. buat pulak kat tempat yang glam dan besar ajer. tempat tu orang kaya yang pi beli, pi la pantau kat kedai runcit kecil dan biasa jer.

sebagai rakyat, saya hanya nak hidup selesa dengan kemampuan membeli barang dengan harga berpatutan. saya akur bila makan kena service charge plus gst. tapi saya tak faham bila parking pun kena gst, service keta pun gst, bil telefon pun gst dan pelbagai lagi. bila campur semua tu, rasa banyak la pulak kita bayar cukai untuk perkhidmatan tersebut tak termasuk cukai indivindu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 10:06 AM

Topup pun kena gst? Kononnya dulu topup dah termasuk sst 10%. So sepatutnya dgn gst turunlah..ini naik pulak. Bukti sahih kerajaan dan menterinya menipu atau kerajaan dan menterinya tak reti buat kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 10:14 AM

Bagi topup....

Contoh Topup RM10.

Sebelum GST iaitu SST

RM9.09 + (10% sst)
= RM9.09 + RM0.90
= RM10.00

Sepatutnya bagi GST ialah

RM9.43 + (10% sst) - (10% sst) + (6% gst)
= RM9.43 + RM0.90 - RM0.90 + RM0.56
=RM9.43 + RM0.56
=RM10.00

Cuba tanya kat telco kat celah mana kena tambah harga topup. Walhal gst cuma menggantikan sst. Tu ajer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 10:21 AM

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)
Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)
Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.
Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)
Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)
“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 10:38 AM

Sepatutnya gst tidak perlu dilaksanakan,cuma penguatkuasaan dan undang2 yang lompong harus diperkasakan.Kononnya gst untuk mengelakkan tokey besar cina lari cukai,saya berani kerat jari untuk menyatakan masalah yang akan dihadapi sama atau lebih teruk dari cukai sebelumnya.Contoh Yang paling mudah kita tengok pihak seperti polis trafik,jpj,jkjr dan spad....adakah masalah kemalangan berkurang atau perlu ditubuh satu badan lagi,Lagi Dan lagi????kesimpulannya, penguatkuasaan je lemah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 10:41 AM

KPDNKK perlu lah minta bantuan dari agensi2 lain apabila turun buat operasi..RELA ada..Askar wartaniah pun bole digerakan apabila perlu..nak tambah perkerja baru memang tidak mungkin kerana kos jangka panjang yang tinggi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 11:00 AM

mana dapat 9.43 tu bro?

sepatutnya 9.09.

so dengan gst sepatutnya harga lebih murah..bukannya naik jadi 10.60

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 11:54 AM

Sebenarnya jumlah 2000 tu lebih dari cukup kalau mereka efficient dan ikhlas dalam melaksanakan kerja. Tapi malangnya lebih dari separuh dari mereka adalah penganut agama hamPAS dan pemuja dewa Nuar Jinggay, tak kurang juga penjilat jubor cinabeng kiasu DAP- bayangkan kerja start pukul 8:30 pagi tapi mereka masuk kerja 9:15 alasan traffic jam. Baru 20 minit masuk kerja dah hilang pi kantin atau kedai kopi berhampiran pekena kopi-O & nasi lemak dgn geng2 otak lunyai sambil sembang politik. Dekat pukul 11 baru masuk kerja skit2. Kerja habis pukul 4:30 tapi pukul 3:15 dah tak da kat meja. Berkumpul kat yang ada kusyen empuk sambil sembang politik lagi sebelum punch card.

Itu sebenarnya sebab KDNPPK dan semua badan2 kerajaan lain lembab dalam kerja dan sangat lemah dalam penguatkuasaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 12:38 PM

Saya attend course GST, penceramah tu bthu ramai staff kastam dpt offer dr sykt2 besar pasal GST sbb tu staff kastam asyik berkurangan...bila staff tu mahir je berebut2 sykt besar offer degan gaji yg agak tinggi...Sykt2 besar byk yg x faham dan jln yg mudah hire staff kastam la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 1:11 PM

Penguatkuasaan, dan pemantauan kena betul, kalau pakai main hentam sahaja, susahlah.

Setiap kerja kena teratur dan tersusun, kalau caca marba, maka akan jadi isu skim perkhidmatan awam yang tunggang langgang dan caca marba hingga sekarang ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 1:11 PM

SST prepaid 6%..
itu tertulis pada kad prepaid sekeping2 dan bukannya pada slip print atau pembelian melalui bank online.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 2:49 PM

jika begitu, nampak sangat kerajaan ni bangang.

pada masa dia menggalakkan paperless lah..online banking or transaction la...dunia hujung jari la...kemudahan la...hanya klik urusan selesai la..

tapi perkhidmatan online/elektronik tu jugak yang diGST kan.. kalau tak nak kena GST untuk topup, kena pegi kedai beli prepaid card yang sekeping sekeping. camtu ke?

nampak tak betapa bangang dan bodohnya kerajaan skrg ni?

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2015 at 2:57 PM

Pasal top up ini memang biadab sikit jika di caj 6%. Ini penggunaan harian yang berjumlah begitu besar. Telco untung berbillion, masih membebankan pengguna yang sentiasa di manipulasi secara "tak kasat mata?" Mana menteri yang menjaga urusan ini ? Sepatut nya semua kadar di turunkan sebab jutaan rakyat menggunakan khidmat siber inin Sebelum GST sepatut nya sudah jelas dan rakyat di bela sepenuh nya.

Maka pemantauan mesti melibatkan semua kementerian. Ini pelaksanaan yang tidak boleh di lepas tangan dalam tempoh setahun bermula hari ini. Para peniaga sekarang seolah nya menunggu "signal" dari pengimpot, pengilang, pemborong dan pengedar untuk mula beroperasi dalam "keresahan GST yang di politikkan"

Dalam temuramah selepas sesi parlimen sehari sebelum GST, Elizabeth Dap mengakui pelaksanaan GST malah menasihatkan pengguna berbelanja berhemah... he..hen. di luar sana terpekik terlolong berpiket perlekehkan GST pula !

Montoghi Hassan Malek kono kojo kuek lah... klau tak camno nak jadi P eM, esok aghi, iyo tak ? Tambah penguek kosa sukorelo begaji, macam JPAM buek tu.. atau latih dan pinjam jo, gerenti mato dan telingo komontorian dio dapek maklumat sogogho !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 3:05 PM

Bila baca ulasan2 diatas, masih ramai yang keliru dan tak faham.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 3:37 PM

jika begitu, sila buat rakyat marhaen seperi kami ini faham. ni tidak..buat billboard kartun, video kastam, iklan oleh artis dan lain-lain yang hanya membuatkan kami makin keliru.

yang rakyat marhaen tahu dan faham, GST hanya menggantikan SST. dari 10% kepada 6%. ikut logik, sepatutnya tiada peningkatan kos dalam hidup rakyat. tetapi yang terjadi sebaliknya. dah terbukti pun.

so, sila buat kami faham. terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 4:02 PM

Yang mengkonfiuskan lagi ialah apakah GST dikenakan atas setiap barang yang dijual atau ke atas amaun keseluruhan barang tu ? Malah, ada kedai yang dah mengenakan 2 kali GST....pertama atas setiap barang yang dibeli....kedua atas jumlah keseluruhan pembelian...

Mekanisme pengiraan GST amat2 memeningkan....tambahan pulak bila ada service charge...lagilah memeningkan....

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2015 at 4:08 PM

@Anonymousbetul tu..... kalau setiap brg yg bergst sudah di adjust, jumlah bil tidak harus ada gst lagi.
Satu lagi , ada brg yg dikecualikan gst... jadi tidak boleh digstkan jumlah/total pembelian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 4:23 PM

Hmmm barang makin naik..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 7:45 PM

aku setuju dengan anonymous 11.54 tu
bangang dan bongkak

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2015 at 8:27 PM

Hai abang. Petang tadi gi shopping. Beli sikit barang. Resit tertera seperti berikut.
Z : FROZEN SOUP BONE. RM10.53
S : LOOSE BEEF BALL. RM9.48
Z : CUCUMBER. RM2.56

TOTAL ITEM 3. RM22.57
ROUNDING DIFFERENCE. RM-0.02
CASH. RM50.00
CHANGE. RM27.45

GST SUMMARY. AMOUNT. TAX.
Z=0.00% 13.09. 0.00
S=6.00% 8.94. 0.54

At first saya tengok resit ni, saya faham Z adalah item yang tak dikenakan gst. Manakala S adalah item yang dikenakan gst.. Then, its OK..belek punya belek, eh mana datangnya ini
AMOUNT. TAX
S=6.00% 8.94. O.54.

Eh, apa benda ni. RM8.94? Kan ke beef ball tu tertera harga RM 9.48? Belek punya belek, barulah faham.
Mungkin waktu saya timbang loose beef ball tu, mesin tu dah otomatik tambah another 6% from the actual price. Laaa...cam tu ye? VERY NOT CONVENIENT..*!*

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 1, 2015 at 9:18 PM

Untuk yang tak berapa faham bagaimana GST dilaksanakan, boleh cuba baca artikel ni.

http://loanstreet.com.my/learning-centre/GST-In-Malaysia-Explained

Penjelasan yang pendek tapi cukup senang untuk kita faham. Mungkin bro Din boleh bantu buatkan artikel berdasarkan penerangan tersebut dan dapat bantu pembaca setia blog ini untuk lebih mengenali GST. (Ramai rasanya yang dah kena brainwashed TANPA DISEDARI oleh Rafizi and gang yang cukup hebat membangkang tapi tak pandai nak menyelesaikan)

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2015 at 10:14 PM

@yatty84hmmmm.... frozen soup bone ... sedap ke buat sup ? Jenama apa ? Sup ekor ada ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2015 at 11:02 PM

Yg pong pang2 kata org tak faham tu tlg la kasi org faham...sedangkan che' det ngan tun daim pun x faham,inikan kami yg org biase ni...tp respek jgk la sbb thp pemahaman anda lbh tinggi dr che' det dan tun daim...mesti hang ni usahawan berjaya kan?

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2015 at 11:33 PM

Dari apa yang saya dengar pot pet di luar sepanjang hari, rumusan mudah saya-
Rakyat cuma tak nak harga barang naik. Jangan salahkan rakyat jika rakyat tidak faham GST. Rakyat adalah pengguna yang akan beli barang dikedai. GST adalah masalah kerajaan dengan peniaga.

Bila gaji tak naik tapi harga barang naik .... itu cari pasal namanya.

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2015 at 11:41 PM

harga finished products sebelum hari apr bodoh dah built-in sales tax, apr 1 tambah 6% maka kita kena bayaq GSST. betoi dak pak din?

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2015 at 11:44 PM

@kampong ladentahlah .... asalkan harga pengguna bayar tak naik sudah cukup. Tapi banyak barang naik harga tadi.

So macamana ...... ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2015 at 4:52 AM

jumlah pegawai penguatkuasa 3000 orang tu mungkin termasuk pegawai secara kontrak.bekas menteri ismail sabri pernah keluarkan kenyataan bahawa jumlah pegawai kpdnkk adalah 2000 orang.

rasanya tak timbul isu pegawai diberhentikan atau hilang...

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2015 at 7:05 AM

Buat sup bakso.. hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2015 at 11:51 AM

'GST adalah masalah kerajaan dengan peniaga'.

lagu tu ka? jadi apa kena mengena dgn pengguna? tolong story sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 3:54 PM

abih tu keluaq fatwa harus tu macamana pulak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 7:04 PM

Aku x faham gst tu ape... Ari tu tnya tok penghulu... Dia kata gst tu Gasak Sampai Telanjang.. Semua nk kena cukai... Hahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 10:42 PM

GST is HALAL ..... fullstop

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2015 at 11:12 PM

Kpdnkk bru lepas buat temuduga untk jwtan2 tu. Hampir 600 pegawai bru akan dilantik temasuk la sya. Jd tgu la ya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 4:16 PM

GST = Gagau Sampai Teloq

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 4:21 PM

Harap lepas ni jangan ada pihak penguatkuasa pulak yg pi Gagau Sampai Teloq peniaga sudah la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 5:34 PM

Jgn risau bro. Memang xd gagau sampai teloq punya wlaupun xthu mksd bnda tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 8:34 PM

air mineral pun kne gst apa cita

Post a Comment