........... GST - Gua Sokong Tun ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GST - Gua Sokong Tun !

Saturday, April 4, 201554comments

Tun M - Najib Gaduh ? Mana adaaaaa .... OK jer tu.

Pro Najib sudah mula bangun, ramai yang dah mulakan serangan ke atas Tun Mahathir ekoran kritikan No Holds Barred Tun baru ni. Mulanya secara lembut antaranya dengan menyamakan Tun Mahathir dengan Najib !

Serius beb ! Tun Mahathir di samakan dengan Najib. Tapi bukan dari segi intelek atau cara perintah tapi kononnya Tun tersalah dengar kata penasihat disekelilingnya..... hahahahaha .... nak layan pun malas. SEMUA orang pun dah tahu macamana bezanya Tun dengan Najib dalam soal penasihat ni.

Kemudian dikatakan yang artikel itu ditulis oleh Penasihat yang turut menjaga blog chedet bukannya oleh Tun sendiri. Untuk pengetahuan, SEMUA artikel chedet adalah hasil buahfikiran dan luahan Tun sendiri. Saya difahamkan Tun akan tulis dengan tangan dulu kemudian akan fullproof deraf sebelum dimasukkan dalam blog.

Yang jaga blog seperti menapis komen dan lain2 mungkin orang lain tapi setiap ayat Chedet adalah ayat Tun Mahathir.

Kenyataan Tun hari ini mengesahkan perkara ini -

"Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin... pasal terlalu banyak skandal dan dia tak dapat jawab,"

"Saya simpan penuh harapan pada Najib tetapi saya lihat prestasi dia buruk lagi dari Pak Lah.

"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dahulu saya kata kalau pencapaian dia buruk lagi dari Pak Lah dia patut berhenti... Berhenti dari jadi perdana menteri dan presiden parti,"


Pendek kata - Tun Mahathir sudah GIVE-UP sama Najib.

Jadi pro ahjibgor sudah panas .... sekarang mereka pun akan all-out serang Tun Mahathir. Ramai dah yang serang peribadi Tun, habis diselongkarnya cerita2 lama Tun dan turut sama terpalit adalah keluarga Tun. Semuanya bermotifkan mencalar kredibiliti Tun, konon Tun punya motif peribadi dalam mengkritik Najib.

Kalau anda perasan, cara serangan peribadi terhadap Tun sudah beberapa kali dilakukan oleh pro ahjibgor sebelum ini. Tidak berkesan langsung baik terhadap empunya badan mahupun rakyat. SEMUA orang sudah lali dengan cara itu dan untuk pengetahuan pro ahjibgor, cara anda itu hanya menyerlahkan kebangangan anda. ( meminjam kata2 Najib yang selalu beliau dengar dari Rosmah ... dalam konteks apa, wallahualam... )

Anda faham atau tidak ayat omputeh ni - TWO WRONGS DOES NOT MAKE ONE RIGHT

Sebab itu saya malas nak layan serangan peribadi terhadap Tun. So pro ahjibgor tak payah penat lelah nak taip atau copypaste komen2 sebegitu di sini, buang masa saja. Di sini, topik tidak akan lari, ok.


Satu lagi point pro ahjibgor adalah menegur Tun yang kononnya teguran sekeras itu tidak harus dilepaskan di media..... bawa berbincang elok2..... adooooi.... diorang ni cepat sungguh lupa. Kan Tun dah sebut dulu yang beliau sudah puas cuba menasihati Najib tapi Najib tetap BLUR.

"Saya tidak akan berjumpa dengan Najib, saya dah pun berjumpa beliau dan mereka juga ada menyuruh saya diam dan saya telah pun diam selama empat tahun.

"Kita dah melepasi tahap di mana kita adakan perbincangan secara senyap.. ini langkah terakhir, saya terpaksa buat secara terbuka," tegas beliau
.



Ni yang payahnya nak back up pemimpin yang blur. Habis anak buah semua dijangkiti penyakit blur juga.

Cuba baca balik artikel CheDet dan jawap segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun. Itulah caranya !

"Macam 1MDB kita tanya berkali-kali tak ada jawapan.. ada dengar Najib jawab? Walaupun dalam himpunan ketua-ketua bahagian tak ada dia jawab. Ada yang bagi arahan jangan bangkit perkara ini.. itu bukan jawapan,"


Satu hal yang pro ahjibgor kena ingat ..... haaaa  yang ini hanya spekulasi saya jer ok tapi saya berpegang kuat -  Anda ingat Tun Mahathir takde berbincang dan cuba dapatkan segala info mengenai isu2 yang beliau sebutkan itu sebelum menulisnya dalam chedet ?

Contohnya isu 1MDB ..... Tun sendiri dah dengar penjelasan dari Tansri Lodin sendiri sebelum Tun tulis artikel 1MDB tempohari. Malah ada yang beritahu saya yang Najib sendiri dah berjumpa dengan Tun mengenai isu 1MDB tapi ternyata Tun masih tak puashati.

I tell you ...... apa yang Tun sebut dalam blog atau kenyataan medianya hanyanya cebisan2 saja, Tun tahu LEBIH BANYAK ....... dan hasil pengetahuan itu, Tun tetap gesa Najib letak jawatan. Apa maksudnya ? What does that tells you ?

Jadi jika pro ahjibgor mahu cuba ajar Tun seolah mereka lebih tahu dan lebih faham isu dari Tun, nasihat saya - Dapatkan info sepenuhnya terlebih dulu kalau tidak mahu dimalukan kemudian hari.

Cuba tanya dulu kenapa Najib sendiri diam tidak berani lawan atau jawab segala persoalan2 yang ditimbulkan Tun ? Cuba tanya dulu, APA YANG TUN TAHU sebelum memandai2 nak serang beliau.

astroawani
Tapi kalau menyerang Tun itu dah menjadi tugas atau kerja yang harus dilaksanakan secara professional, maknanya tidak timbul samada anda sendiri percaya atau tidak tuduhan terhadap Tun itu, nak kata apa lagi ..... Cari makan ...

Bagi saya apa yang Umno harus buat ketika ini adalah adakan sidang tergempar Majlis Tertinggi Umno dan jemput Tun Mahathir jelaskan pendiriannya dan apa yang beliau tahu. Kemudian berbincanglah jalan keluar terbaik ...... demi Umno dan bangsa Melayu.

1MDB ni saya dengar BANYAK lagi yang bakal bocor .......

Apapun GST - Gua Sokong Tun ! !

PS -  "Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin... pasal terlalu banyak skandal dan dia tak dapat jawab,"

Apa maksud Tun dengan - terlalu banyak skandal ? Knowing Tun, adakah anda fikir ayat itu Tun tersalah pilih atau tidak punya maksud apa2 ?

Share this article :

+ comments + 54 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 5:26 PM

As salam..ramai menteri kabinet yg takut bersuara,Dsn dah hilang control dan tenggelam di dlm arahan dan aturan seseorang.Di telan mati emak di luah mati bapak.Dia dah terperangkap dgn taktik Amerika.Jadi kesimpulan nya letak jwtn Dsn dfn tehormat sblm mcm2 timbul.Umno sepatutnya ambil kesempatan dgn kelemahan Pr,bukan nya buat isu2 yg bodoh.Dsn sbnr nya ok,tp tangan2 ghaib telah merosak kan nya.Amat2 sedih dan malang sekali..

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 5:31 PM

@AnonymousMakanya MKT kena buat sidang tergempar. Take over kuasa dari pemimpin yang ternyata telah gagal mengawal parti.

Masa masih ada untuk perubahan.... jangan diperjudikan nasib bangsa demi menjaga peribadi pemimpin.

Umno adalah untuk Melayu bukan untuk individu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 5:41 PM

Saya tak pandai politik tapi saya rasa SIAPA PUN nak jadi PM Malaysia elok tunggu Tun M dah tak ada nanti....baru aman PM itu nak jalankan tugas mereka. Selagi dia ada SEMUA tak kena, dulu Pak Lah dia yang pilih pun tak baik....dia je yang baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 5:51 PM

Saya seorang penyokong umno yg dahulu nya kuat,tp malang nya semakin hari saya semakin dah menyampah dgn umno.Ayah saya seorang veteran umno yg amat di kenali dan skrg menjadi individu yg sudah muak dgn keadaan umno yg amat nazak sbnr nya,keseluruhan nya hancur.Bangsa,maruah diletakan belakang,harta dan kekayaan adalah keutamaan.Entah lah semua parti melayu islam nampaknya hancur di telan ketamakan dan mabuk kuasa.Bangsa Melayu semakin menuju kehancuran.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 5:56 PM

@AnonymousTun M hanya suarakan pandangan rakyat umum. Ramai yang sokong pandangan Tun M.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 5:58 PM

Gua sokong tun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 6:03 PM

Masa ai d pilih pon tm tak tau pasal peribadi tersoroknya. Setahu saya pemilihan pak lah adalah dari advisor keliling tm juga dulu. Advisors yg stuperdo.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 6:13 PM

Saya sokong Tun kerana Pm2 yg di harapkan nya semua degil dan x matang.Ada penasihat semua hancur dan buat duit untk diri sendiri dulu.Betul semua nak kaya,tp buat la dgn cara terhormat,kongsi dgn rakyat jelata.Bukan create projek tp mkn sorang2.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 6:13 PM

@AnonymousMakanya point saya dulu, kalau bab Presiden Umno ni, hanya setelah orang itu jadi Presiden baru kita akan nampak belangnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 6:19 PM

Saya sayang umno tapi tak suka najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 6:26 PM

Peristiwa di kenya cepat je beliau respon,tun m dan semua rakyat Malaysia minta penjelasan dari dulu sampai sekarang haram berbunyi....yang berbunyi pun jenis kutu brahak....saya sokong tun m!!!!ayuh orang melayu semboyan sudah berbunyi...pilih,najib atau melayu????adakah anda mahu melayu Islam dihina tanpa dikenakan sebarang tindakan undang2????zaman pemimpin lembik ikut kata bini dah tamat!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 6:32 PM

Sejarah telah menceritakan segalanya selama 25 thn Tun memerintah apa yg Tun tk buat kepada sainganya baik dari kem sendiri ataupun lawan dn itulah kesilapan Najib kerana tidak mngikut tektik yg digunakan Tun untuk mendiamkan sainganya..jadi sblum Najib melepaskan button sya cadangkan Najib beri sokongan kepada pnguat kuasaan hukum hudud insyaalah jasa mu akan dikenang sepanjang zaman.

....................
Reply To This Comment ...................
berasiam
April 4, 2015 at 6:41 PM

Kita kini lebih faham kenapa begitu ramai yang junior melangkaui yang senior dalam tampuk kepimpinan agensi kerajaan khususnya Perkhidmatan Awam dan Keselamatan. Bila yang junior dilonjakkan mengatasi yang senior, sudah tentu ada rasa terhutang budi kepada yang melantik. Maka mengikut budaya lazim, amat janggal untuk orang yang dilonjakkan secara ekspres dalam jawatan akan bertindak lupa diri dan budi orang yang berjasa menaikkan pangkatnya. Bila ada ketua agensi yang menjawab bagi pihak PM, dan diketahui dia juga termasuk dalam kalangan yang diekspreskan dalam kenaikan pangkat, tidak dapat tidak kita berasa sangsi dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Nak harapkan Majlis Tertinggi UMNO bertindak, rasanya seperti menanti kucing bertanduklah kita semua. Sedangkan selama ini tidak ada sebuah cawangan pun yang memohon penjelasan daripada Ketua Bahagian tentang 1MDB, begitulah parahnya keadaan UMNO sebagai sebuah organisasi politik terulung orang Melayu kononnya. Sewajarnya, selepas Presiden memberi keterangan kepada Ketua Bahagian yang kemudian mengikrarkan sokongan kepada Presiden, Ketua Bahagian perlu memanjangkan maklumat berkenaan kepada pihak cawangan sebagai golongan akar umbi yang sah. Bolehlah kita bertanya, berapa orang Ketua Bahagian yang hadir dalam taklimat 1MDB oleh Presiden yang telah berkongsi maklumat berkenaan dengan pihak cawangan? Telah ada khabar bahawa pemilihan yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan bakal ditangguhkan hingga selepas PRU. Jika benar sedemikian, menjadi seperti gerombolan penyamunlah pimpinan parti kerana masing-masing berkepentingan untuk terus berpaut pada jawatan yang dipegang sekarang sambil rakus mengaut segala yang boleh untuk diri sendiri.

PM yang sebelum ini semua berjiwa besar dan meletakkan jawatan secara sukarela apabila mereka merasakan masanya telah tiba. Hanya yang berjiwa kecil atau berjiwa kacau sahaja yang mahu terus bergayut kepada jawatan sedangkan isyarat telah terang dan jelas dirinya tidak diperlukan lagi. Satu lagi bukti yang ada sekarang lebih teruk daripada yang sebelumnya........

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 6:49 PM

Sokong Tun M. Now and forever. *!*

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 7:15 PM

Era Mahathir dan Era Najib jauh berbeza. FDulu Mahathir keras dan boleh tekan orang yg membangkang dia. Masa tu mana ada internet dan Face book dan segalanya...

Pendekatan Najib berbeza. Tapi percayalah, zaman sekarang ni, internet digunakan untuk meneyebarkan info palsu dan fitnah...sehinggakan manusia tak tahu mana yg benar dan tidak benar......(Ini akan berlaku masa Dajal muncul nanti)....

Percayalah, apa yg Najib buat akan org bankang.....buat pun salah, kalau tak buat pun salah......so elok kita buat aje utk ebaikan rakyat Malaysia. Ini yg Najib sedang buat. Dia dah tak kisah....contoh BRIM.....buat pun org kata salah, kalau tak bagi pun, nanti kata kerajaan tak perihatin.....dan macam macam lagi....

Kepada Tun, biarlah Najib buat kerja dia....Nanti kalau nak tukar tunggu PRU 14. Tak payah sebuk sibuk nak suruh org letak jawatan....

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 7:48 PM

setuju..nampaknya serangan pro Ah Jib Gor semakin kuat..sampai ada yg dah memBODOH dan cakap tun pengkhianat!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 7:50 PM

Saya pun tak pandai,tapi kalau najib rasa diri dah hebat suruh dia bubar parlimen besok!!!!teringin nak tengok muka penjilat beliau....tapi rasanya senyum ada manis sebab dah bahagi sesama sendiri 'harta rampasan perang'....kihkih

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 7:54 PM

Spt yg saya tulis di atas, Tun tahu lebih banyak perkara kita orang biasa dan Tun sudah selidik sebelum keluarkan kenyataan..... dan kenyataan Tun setelah tahu semuanya adalah - Najib bersara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 8:19 PM

Nak jawab bendabyang dah berulang kali cakap... Buat apa.... Kang Kala jawab sepantas kilatbkang fikatakan nak coverline. ...tak perlu menongkah arus. Pasal dah tak suka.... Ramai Lah yg jadi macam samasaja bijak ngan Tun her lagak semuanya.... Aleh2 semua jadi pakar. Tak tah semualah...tanya satu her.... Najib dah bermubahalah...apa perlu lagi dia nak cerita lebih2. Percaya sudahlah..... Kalau tak percaya....kira sia2 dulu Kita kutuk bang non tak nak bermubahalah. Iskkkk..aku pun sayanglan tun...tp sedih bila now dapat tau tun Kita Dan mula meracau..... Kelakuan biasa manusia yg semalin tua.... Din amacam... Nak menidakkan takdir Ker bila mubahalah najib tidak sedikit pun memusnahkan dia....sebab dia mmg tak kenal pun....- WAKABI

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 8:45 PM

Apa kaitannya najib bermubahalah dgn kenyataan Tun ? Cuba wakabi cerita apa yg Tun sebut ttg kes altantuya yg sampai nak ungkit hal sumpah naji ....
soal kemusnahan akibat sumpah ..... hmmmmm wakabi mmg terrer sbb tahu datelinenya bila kan..... tabik !

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 8:49 PM

Halangan utama yg mempunahsihatkan najib dah takda. ..Alhamdulillah Allah s.w.t maha berkuasa. ..Perancangannya xda cacat cela. .Kita harap selepas ini najib lebih jelas pandangan mata hatinya dalam melihat keadaan sebenar. Aminn...

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 8:50 PM

Aku pasti Tun M tahu banyak. Cuma bukan tugas beliau menerpa macam ahlul pembangkang.

Aku mula nya mengharapkan urus tadbir Najib lebih cermerlang meletak Umno di tampok nya semula. Telus, amanah dan tiada rasuah selari Islam. Ini lah semangat Melayu Islam dulu, sekarang dan hari mendatang, menjadi "kilang" pentadbir para politik Melayu dalam landasan nya.

Kini sungguh mengecewakan. Najib makin terkeluar dari kehendak akar umbi dan majoriti Melayu. Terlalu banyak tanda tanya dan terlalu banyak sangkaan menyatakan Rosmah berperanan pembantu kanan dan kiri nya... al kisah tentang barisan pilihan beliau yang konon di percayai, sentiasa melakukan kerja penuh kontroversi sehingga lah kepada satu anak muda cina yang di beri kuasa mutlak mencorak 1MDB...dengan urusan berbillion-billion. Petronas juga bergoyang, apa lagi GLC / I milik kerajaan yang sepatut nya menjadi tulang belakang pelaburan kerajaan yang di lihat tidak pro aktif kecuali orang teratas hidup lebih bergaya dan lumayan dengan gaji, elaun dan kemudaan kelas 1. Banyak lagi nika di sentuh tentang bangsa, budaya dan agama secara tradisi sinonim Melayu sudah tercemar kerana maruah yang sudah di gadaikan. Perlembagaan dan peruntukan akta juga di sentuh dan di lupus tanpa restu orang-orang Melayu.

Jika Tun M sedih, begitu juga kita. Sekurang-kurang nya zaman Mahathir(ramai juga kecoh) kita menyaksikan satu "anjakan besar" kepada bangsa Melayu seiring keluhan beliau dalam The Malay Dilemma. Cuma kini - "Dilemma DS Najib, Blogger Bangang dan Bayang Seram" menjadi igauan PRU 14 dan kesinambungan Umno.

InsyaAllah jua. Ada jalan nya...

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 8:51 PM

@Anonymous

da memang najib xbaik
org buta pun bleh cam

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 8:55 PM

@jgn jadi bodoh!!!

zaman pak lah dulu pun Dr M dah dibodohkan oleh pro paklah dan kini menjadi pro najib

(golongan monyet bergayut pd kepentingan)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 9:02 PM

Wakabi, pi belajar mengeja dulu....lepas tu belajar membaca. Bila pandai baca boleh belajar berfikir dan kemudian barulah post komen kat blog, boleh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 9:28 PM

salam,
ramai orang dok salahkan zaman.kata zaman berbeza. dulu lain sekarang lain. dulu tdm ditentang oleh tar, ku li, tun musa, pak lah dalam kem kuli, rais yatim, sharir samad dan ramai pemimpin umno yang lain secara terbuka, tertutup dan dalam mt. sekarang ah jib gor menerima sokongan semua ahli dan mt. hanya segelintir sahaja yang mengomen dan analitikal kat presiden. yang banyak tak sokong tu, memang la pembangkang. tapi kalu dah clueless, maka banyak la lagi yang timbul. bila dah zaman sekarang tersebar melalui media sosial, kenapa lambat bertindak untuk jawab semua persoalan dan biarkan isu diam sekejap dan berbunyi lagi dan lagi.

masalah kak ros ni dah lama dah. tapi sebab bukan isteri pm, hanya isteri menteri jer masa tu. dari dulu lagi, bila majlis jemput menteri najib, maka akan ada satu agenda khas, layan isteri menteri najib. bila dah jadi pm, maka isteri pm la pulak citenya. kita kesian juga dengan kak ros ni, tapi pasaran rock melon putrajaya mungkin dapat membantu meringankan keadaan kewangan negara. dah lama tak dengar berita ekonomi rock melon ni. mungkin dah besar dah kawasan kebun tu dan hasil pun mungkin meningkat juga. harap kak ros sempat membaja sebelum bercuti dahulu.

ya bro, sekarang ni para blogger cuba spin cerita dan memburukkan tdm terutama tang isu sirul bila igp jawab persoalan tdm. banyak la mereka punya hantaman. tapi yang lain tak jawab juga. dengar kata, igp menipu dalam jawapan tersebut. kita tunggu dan lihat. semakin menarik isu ni bila penasihat pm pulak terbabit nahas heli. 2 orang tu nasihat apa dan siapa pulak penggantinya. baru jer akj kata semua penasihat mungkin terlentang jika pm dah tak dengar nasihat mereka dan memikir sendiri. fatihah untuk mereka yang meninggal.

mereka yang dok hantam tdm tak baca habis kritikan tdm tu. baca dan faham ikut cara nak pertahan boss. bukan baca untuk bangsa, agama dan negara. pandangan tdm tu keseluruhannya mengulang semula apa yang pernah bro dt tuliskan. cuma blogger kecil tak sama la impaknya dengan negarawan. tapi saya berbangga dengan bro dan terasa mendapat ilmu dan dapat bersama meluahkan perasaan terhadap kerajaan. kritikan bukan menentang, tapi sayang dan ingin terus berkuasa demi agama, bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 10:04 PM

Tahukah anda sebelum Tun M memecat Anwar Ibrahim dari kerajaan, Tun telah melakukan penyiasatan sendiri tanpa pengetahuan sesiapa pun. Setelah cukup saksi dan bukti, barulah Tun membuat tuduhan kepada Anwar. Tun bukanlah seorang yang mudah percaya bulat-bulat laporan orang bawahannya. Tun tak mudah untuk diperdaya atau dibohongi oleh sesiapapun. Tun mempunyai banyak sumber untuk mendapatkan fakta yang lebih tepat.

Tun dapat mengesan banyak kepincangan dalam pengurusan 1MDB tapi sengaja Tun tak bagitau sebab sebenar beliau menyerang 1MDB. Sekiranya ianya terdedah, imej Ah Jib Gor dan kerajaan sekaligus akan tercalar. Saya percaya, andaikata Tun masih seorang PM dan Ah Jib Gor seorang menteri, Ah Jib pasti akan menerima nasib sama seperti Anwar iaitu dipecat serta-merta.

Tun dah bagi hint bahawa benda ni adalah sangat serius dan jika dibiarkan akibatnya amatlah buruk. Cumanya Tun tak mau mendedahkan sebab musababnya demi menjaga air muka Ah Jib Gor. Ah Jib Gor sebenarnya telah meletakkan UMNO dan BN dalam kedudukan berbahaya jika masih lagi buat-buat tak faham dengan kenyataan keras Tun. Seriusly, sebab selama ni Tun hanya guna bahasa kiasan, sindir-menyindir, perli-memerli jer. Tapi sekarang, takde lagi sindirin, tapi straight to the point tepat ke muka Ah Jib Gor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 10:13 PM

Memang la zaman Nnajib dia x boleh keras. Sbb dia sendiri buang EO dan ISA

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2015 at 10:13 PM

la ni baru nak cakap bagi pihak rakyat. orang kata kalau dok dlm rumah kaca, jgn baling batu. wakil rakyat bila dapat kuasa perintah jadi maharaja. masa berkempen, buat janji2, malaikat dengaq terbang balik naik ke langit, dia pun tak mampu tunaikan janji2 tu.

ahjibgor is worse than pak lah who was worse than che det, was che det better or worse than almarhum hussein onn and razak hussein? you be the judge.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 10:38 PM

GST!!! Gua Sokong Tun 1M%!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 4, 2015 at 11:56 PM

DIn, Issue is so simple. Najib just need to frankly and honestly answer to all Tun question.Case Closed

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 3:17 AM

KPI najib adalah wang segalanya. Kalau nak ikut sokongan ahli umno, rasanya najib dah lama terbuang dalam pemilihan presiden yang lalu. Nasib dia agak baik sebab menang solidariti ahli majlis tertinggi. Ahli umno cawangan pun dah meluat dengan kelembekan mr presiden umno sendiri namun rasa hormat dengan ketua bahagian yang dikudakan najib masih ada. Malangnya ketua bahagian umno pun ramai yang tak dapat maklumat sebenar sebab tak sempat bertanya kerana mulut telah disumbat dengan peruntukan solidariti najib.. Secara tidak langsung , ketua bahagian bangang dah ada syer dengan skandal najb. Elok sangat peruntukan solidariti diagihkan ke cawangan sebelum najib diundurkan.. Apapun yang paling buncit perut adalah ketua bahagian bukan wakil rakyat, makan sorang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 7:38 AM

Memang tak ada jwpn dan xleh jwp. Letak jawatan Najib, pleassssse!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 8:14 AM

Dia hanya dgr berita yg baik baik aja...good news is actually bad news..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 9:32 AM

kita bolih bila pak lah adakan pilihan raya pada 2004....kita kemenangan bn..lebih drp biasa...kerana pengundi menunjukkan kebebasan kuku besi mahathir....so he is NOT THE GOOD TOO..

....................
Reply To This Comment ...................
April 5, 2015 at 9:57 AM

@Anonymousya, pengundi mengharapkan sesuatu yang baru dengan PM yang juga baru. Makanya umno juga wajar lantik PM yang baru menjelang pru14 jika mahu menang !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 9:57 AM

Sungguh saya malu untuk sokong parti yang walaupun tau salah tapi pakat2 diam atau nafi. Lebih2 lagi bila menggunakan cara maki hamun dan fitnah untuk tutup kesalahan. 3 jenis manusia ini kini memenuhi umno.

Mereka2 ini kebanyakannya tidak berkebolehan untuk bersaing dalam dunia hari ini menyebabkan mereka bergayut sepenuhnya kepada umno untuk hidup. Bagaikan parasit, mereka benar2 menjadi penghinaan kepada bangsa Melayu.

Sekumpulan orang2 biadap, buruk budi bahasa, tidak berguna, pengecut dan tiada pendirian ini tidak wajar lagi diberikan ruang untuk menentukan hala tuju negara bagi pihak seluruh rakyat.

I'm done with umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 10:00 AM

mahathir selalu kata silap memilih...anwar ibrahin, takut anwar masuk pas..diambil nya...apa sudah jadi pada umno dan negara sehingga kini...

mahyuddin ..mb johor...muhammad taib..mb sgor....ramli ngah talib..mb perak..rahim tamby cik..km melaka...mohd isa mb n9..dan ramai lagi..rasa nya ramai yang tahu....ada masalah tersendiri

jadi kalau kita kata mahathir berpadangan jauh dan wawasan susah nak terima...
22 tahun ada akademi kepeminpinan umno utk masa hadapan..tiada kan, sehingga kini nak cari mb utk sgor sukar, tidak termampu..kerana.....kita fahamlah..

jadi macam mana yang lain ikut cara dia....dia doktor perubatan yang gantikan dia selepas bersara mempunyai asas agama dan ekonomi...berbeza...dah mengharafkan kecermerlangan dlm masa yg singkat..5 tahun ..apa bolih buat?

kalau dia bangus pun..kenapa pada pru 2004 bn menang dgn cermelang..
kerana rakyat memyambut kemenangan tamat "kuku besi " nya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 10:03 AM

Do not lie to yourself.....

Tuanku was great, he gave us independence. Razak was equally great as we experience development. Hussein was also great as he unified us all. Come mahathir, he gave us a lift in all aspects, be it economics, politics, education or what have you, though not perfect, and the world gave us acknowledgement and recognition. Unfortunately, abdullah put us to sleep and we became complacent and get "humiliated". Thinking that najib will correct the situation, we were all wrong as we were all taken for a ride and further humiliated from all corners....

So who is the best or worst PM?

....................
Reply To This Comment ...................
April 5, 2015 at 10:03 AM

MO Pro ahjibgor adalah dgn membuat perbandingan antara Tun dan ahjibgor. Itu bukan point nya. Kita membicarakan ttg peluang umno yang bakal kalah jika terus di bawah ahjibgor dan segala permasalahan yg beliau bawa.

Untuk apa dibuat perbandingan itu ? Kenapa begitu teruja dengan posmendan bukan surat yang dibawanya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 10:28 AM

paper pon aq lebih percayakan ayahanda tun dr pm dam mantari yg dok cakap tak serupa bikin dok ada nin...

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 5, 2015 at 11:16 AM

dengan geng2 pro najib ni cakap elok2 bukannya depa paham...hanya kata2 cacian dan maki2an ja yg sesuai tuk golongan2 yg otak dok kat kepala lutut....kalau bercerita kang takut sangat cina dap ambil alih kuasa tapi tak mau langsung pikir guna kepala otak...kangkang rosmah besar ek abih hgpa sumer terkena skali....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 1:11 PM

Sekiranya najib dan rosmah insaf dan bertaubat secara ikhlas dan melepaskan jawatan,, kami orang kecil sedia memaafkan.

Apatah lagi tunjuk kesungguhan untuk mendapatkan kembali segala harta yang telah terlepas termasuk tanah KTM, aset dan tunai 1mdb dll.

walaupun memang mustahil untuk dapatkan keseluruhan yang terlepas....tapi asal ikhlas taubat dan mohon maaf kpd seluruh rakyat, insyaallah akan beroleh kemudahan dari Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 3:28 PM

Ah Jib Gor itu dia berperangai Emperor Cina yang jenis zalim - buat suka hati memuaskan nafsu sendiri dengan kekayaan negara, sungguh tak berprihatin kepada bebanan rakyat marhaen ... semoga Tuhan yang Maha Adil dan Perkasa hukum Ah Jib Gor pergi kepada tempat yang sepatutnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 4:55 PM

Tak pays kutuk wakabi. Kesalahn eja cuma disebabkan aouto correct pada applikasi Talipon.wakabi bukan pakar sangat nak guna laptop. Pasal mubahalah tu tu saya tahu dateline din....tp cukup2 lah . Tun boleh aja tegur mende lain. Saya tak komen pun teguran tun yg lain. Satu bab jer...bab mubahalah pasal altantuya tu... Just live it a side. Satu lagi dah lah pulak kata Tun tu tahu segalanya..... Mahfuz bean hello..hello pun tau semua... Kalau dia tau semua... Tak derlah akhirnya dia menyesal kekalkan Anwar dlm kebinet walaupun awal lagi org dah story pasal perangai dia.... Jangan sampai nanti... Pasal mende lain yg Tun sebut Najib tak jatuh.... Tapi pasal altantuya Najib DIUNDURKAN..... Lepas tu baru dia Tun nyesal bila akhirnya dia ngaku silap sebab tak terima mubahalah..... Fikir jauh sikit beb..... Aku tak komen hal lain... Tp kalau soalan no 1 pun dah bunyi suara pembangang....yag lain yu tak kental jugalah kredibalitinya..... Ok...- wakabi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 5:06 PM

100% agree with anon 10.03 am


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 11:34 PM

Masaalah UMNO bukan saja pemimpin nya,tapi secara holistic nya the problem is the whole organisation.

Dengan pendidikan mereka hanya melalui malay media kebanyakkan,mereka kurang fasih utk menguasai knowledge dan ilmu selain dari dalam Msia aje. Dunia sudah terbuka melalui internet tapi mereka ada limitation kerana tak menguasai bahasa inggeris. Mereka masih banyak berpegang konsep2 dan idea2 'jaguh kampong".

Otai2 yg pegang jawatan tinggi di UMNO pun byk yg tak pass tinggi,mengharap melalui KESETIAAN ,mereka di perkayakan. Yg cerdik pandai kena SABAR lagi berpuluh tahun utk pegang jawatan tinggi sebelum dapat metransformsi UMNO ke level relevant dlm dunia modern ini.

In the mean time minda2 orang Cina sudah advance jauh dari orang melayu,selain menguasai ekonomi,kuasa politik mereka boleh tercapai melalui solidarity bangsa!!

Lihat si Ah Jib Gor,si consultant nya si sawarak kapiaq Idris Jala, master wheeling dealing dia si cina JLow. Buka berniaga 1MDB nya di negara kapiaq Cayman Island. Dia punya tahu orang melayu kurang cerdik .

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 5, 2015 at 11:59 PM

Gendang dah lama dipalu tapi satu hero melayu dari UMNO masih tak muncul2.... dok tunggu apa lagi?

Mungkin tunggu BN/UMNO bungkus baru nak jadi hero...dah terlambat...

Cadangan supaya MT UMNO bersidang disertai Tun Dr Mahathir amatlah dinanti2 dan mesti disegerakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 9:49 AM

@Anonymous apa punya bangangla kau ni. Tun M bagitau tu sebab nak beringat sebelum kena. nanti kalau kafir dah takeover negara ni kan dah terlambat tu, bongok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 9:52 AM

jaga2 akan keluar kontrak2 petronas yg diberi kpd anak Tun masa dia PM, ini sy dgr dr blogger pro ajib, mereka tgh bersiap utk menyerang cukup2 Tun,

sayang ya, tajuk asal meminta agar najib jawab segala isu yg keluar, secara direct, dn harapan kita supaya najib menjawab secara terang dn jelas, serta ada sessi soal jawab,

kepuasan minda rakyat msia terhadap jawapan najib masih jauh lg utk klimak, bnyak yg dilakukan oleh ajib spt 'merepek','haramjadah' "makan kangkung'dlm jawapannya pada isu yg timbul menyebabkan rakyat msia dahaga atau gersang pd pendekatan ajib.

akhirnya ibarat isteri yg gagal memperolehi kepuasan batin, setelah cukup lama bersabar lalu dipohon fasakh. Gitulah lebih kuranh situasi yg berlaku skrg, Tun sekadar mewakili luahan batin terseksa rakyat msia.

wassalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 11:44 AM

Kalau kita lihat "perbalahan" antara TDM dan Najib secara close up dan objektif, kita boleh senarai secara ringkas isu isu seperti berikut:

1. Impact of ISA abolisment
2. Sedition Act almost repealed
3. 1MDB and collosal debts
4. Upcoming TPPA signing
5. Implementation of BRIM
6. Altantuya murder

and a host of other hot issues.

On one side we have TDM "fighting" it out with the defenders and loyalists of najib. It reminds us of a court setting similar to sodomy case with shafee facing off with 14 nos of anwar's defence counsel.

....................
Reply To This Comment ...................
April 6, 2015 at 1:36 PM

Din,
Walau pun GST ni mula di rancang sudah lama mungkin zaman Tun M atau terdahulu tapi Tun M dan Tun Abdullah tidak berani melaksanakannya. Mungkin takut kehilangan sokongan. Najib lebih berani dari kedua-duanya. Ini contoh pemimpin yang pentingkan kesejahteraan negara dari diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2015 at 7:57 PM

@kampong lad

no shit bro, chedet better than all other PM combined

....................
Reply To This Comment ...................
May 10, 2015 at 10:44 PM

Daripada ABI HURAIRAH RADHIYALLAHU'ANHU RASULULAH SAW bersabda:

"Kelak pada AKHIR ZAMAN akan ada pemimpin yang aniaya,menteri-menteri yang fasik,hakim-hakim yang curang dan ulama-ulama pendusta.Barangsiapa diantara kamu nanti SEMPAT MENEMUI ZAMAN INI,maka hendaklah ia tidak menjadi pegawai pajak,kaki tangan kerajaan dan PENGUASA UNTUK MEMBANTU KEBURUKKAN yang telah mereka lakukan."(HR.Thabrani)

Post a Comment