........... Forum Terbuka Tun Mahathir - ahjibgor Penyelesaian Terbaik Isu 1MDB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Forum Terbuka Tun Mahathir - ahjibgor Penyelesaian Terbaik Isu 1MDB

Wednesday, April 15, 201516comments


Banyak juga berita yang berkait dengan isu 1MDB sehari dua ni. Baguslah .... Selagi panas selagi itulah rakyat beri perhatian dan diharap semakin cepatlah isu ini selesai.

Gambar di atas memang tak boleh blah ..... kena abadikan di sini. Manalah tahu satu hari nanti saya nak guna balik. 

Sebelum itu ahjibgor sudah bertemu dengan Ketua2 Bahagian, Wanita Umno, kemudian Pemuda dan diikuti dengan Puteri ...... Wow ! Aktif sekali ahjibgor dalam misi mempertahankan diri dari 'serangan' pertanyaan Tun Mahathir, ya.

Tak sangka Tun Mahathir masih punya pengaruh yang begitu besar sehingga memaksa ahjibgor mengumpulkan orang Umno bagi menunjukkan yang Umno masih menyokong beliau !

Ada satu persamaan dari keempat2pertemuan itu iaitu - Setelah mendengar penjelasan dari ahjibgor, mereka semua sepakat berkata yang mereka sudah jelas dengan isu2 yang dibangkitkan oleh Tun dan mereka juga sudah bersedia untuk turun padang bagi memberi penjelasan kepada rakyat.

Bagus ! Saya percaya dalam sehari dua lagi akan tersebarlah dalam media sosial segala jawapan itu ........... 

ahjibgor sudah melakukan segalanya dalam mempertahankan dirinya kecuali satu. Iaitu berdepan dengan Tun Mahathir sendiri !

Sayang kan, sepatutnya perkara itulah yang terlebih dahulu dilakukan oleh ahjibgor sebaik saja Tun mula 'menyerang' ....... tapi apa yang ahjibgor lakukan ? Segalanya kecuali yang itu. Kenapa ? 

Bukankah ahjibgor sendiri yang beri penjelasan kepada wakil2 utama Umno dan ternyata beliau berjaya menyakinkan pendengarnya.... kan ? Mereka semuanya terdiri dari orang2 Melayu yang datang dari pelbagai peringkat, dari rakyat biasa hinggalah kepada yang berpangkat, yang kerja biasa hinggalah yang berstatus jutawan ....

Pendek kata - ahjibgor mampu menjawab segala persoalan Tun dengan memuaskan.

Nah, apakata ahjibgor bertemu dengan Tun Mahathir dalam satu FORUM terbuka dan dipancarkan secara LIVE, dan jawab satu persatu apa saja yang menjadi kemushkilan Tun Mahathir yang mewakili suara rakyat. Ahjibgor boleh dibekalkan soalan terlebih dahulu supaya dapat mempersiapkan jawapan yang lebih tuntas, power point dibenarkan bagi membantu dalam penjelasan.

Yang penting ahjibgor dapat jawab dan seterusnya menutup segala spekulasi negatif. Tun Mahathir pun terpaksa akur, rakyat pun boleh menarik nafas lega dan kerajaan pun boleh berfungsi normal semula.

Bukankah itu yang lebih baik dari mengerah balatentera Umno menyerang Tun dan mengadap rakyat bagi memberi penerangan ..... Tidak mustahil ada yang buat2 tahu walaupun sebenarnya masih tidak faham akan isu yang panas ini, mereka ini akan memburukkan lagi keadaan bila terkantoi bila berdepan dengan rakyat.

Kenapa tidak ahjibgor sendiri yang bercakap ...... kalau ahjibgor mampu menyakinkan ribuan ahli Umno, tidak ada sebab beliau tidak dapat menyakinkan Tun dan jutaan rakyat lain !

Jimat masa, jimat dana, jimat tenaga dan yang paling penting lebih efektif.

                                      *********************************
 Menarik reaksi dari Menteri Kewangan 2 ini -

Ahmad Husni menarik perhatian bahawa dalam isu 1MDB, pihak-pihak berkenaan lebih cenderung memainkan isu kontroversi tetapi tidak pula menyentuh tentang pelaburan menguntungkan yang dibuat oleh syarikat itu.

"Saya hairan, bila kita lihat dalam laporan akhbar umpamanya, tidak ada langsung diceritakan pelaburan (1MDB) dalam Petro Saudi yang telah menjana keuntungan sebanyak US$487 juta atau bersamaaan RM1.494 bilion," katanya.
- bernama.


Bagaimana dengan SOP segala urusniaga yang melibatkan pelaburan bersama Petrosaudi ? Apakah tidak penting soal integriti, tanggungjawab dan ketelusan mereka yang berurusan menggunakan wang rakyat ?

Soal untung itu .... hmmmmm ..... kalau untung 10 billion sekalipun, bukannya rakyat Malaysia dapat lihat buktinya. Dah lama isu ini panas tapi tidak sekali pun kita ditunjukkan bukti yang wang itu wujud.

60% dah habis digunakan buat bayar option rakan dari Abudhabi, maknanya habis tanpa sebarang aset atau benda yang boleh kita lihat. 40% lagi di Singapura tapi kita tidak juga dapat lihat buktinya kerana menurut PM kita, peraturan Bank Negara menyusahkan. Terlalu menyusahkan sehingga lebih afdal 1MDB buat pinjaman lain untuk bayar hutang RM2 billion yang tertunggak beberapa kali, dan juga tidak berbaloi dibawa pulang sehingga adalah lebih menguntungkan jika kerajaan berikan pinjaman baru hampir RM1 billion.

Jangan usik duit itu biarpun kerajaan terpaksa menanggung malu akibat kesan negatif bila berita kegagalan membayar hutang itu tersebar satu dunia ! ?

Rakyat tidak mahu dengar lagi jawapan wakil kerajaan mengenai duit petrosaudi/Cayman/Singapura itu ..... jika dapat ditunjukkan bukti yang menyakinkan wang itu wujud, saya percaya ramai yang akan percaya kembali.

Tolong jangan jawab yang Arul Kanda dah lihat penyata kewangan itu.

                                             ********************************

Perkembangan menarik adalah respon dari Jho Low.


“All these guys go round and round and round and I say: ‘Guys, it’s very simple, there’s a board, who’s the shareholder?’

“Have you ever seen one statement from anyone that talks about the simple governance of a company?

“Are you telling me the prime minister doesn’t make his own decisions? That the ministry, the minister of finance, who is the prime minister – and there are only two to three people in the Finance Ministry that sign off on shareholder resolutions under law – that none of them… that they just signed without evaluating it?

“Did the people supposed to be responsible for decision-making (at 1MDB) suddenly decide to absolve all their responsibilities and then create this PR campaign with me as the focus of it?

“No one seems to ask the question who is the ultimate decision-maker on 1MDB? No one asks that. No one ever asks about the shareholders’ role,” Jho Low added. - euromoney.

Buat masa ni saya malas nak komen apa-apa, terserah anda untuk menafsir keterangan itu. 

Selain itu Jho Low juga menafikan yang beliau terlibat, tidak pernah menjadi penasihat atau menerima sebarang bayaran dari 1MDB.

PS - Usul Forum terbuka itu adalah pandangan peribadi saya.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 7:39 AM

Dengan kekuatan undi 3 juta ahli umno boleh ke najib jadi p.m lagi???maaf bertanya sebab saya kurang mahir ilmu hisab ni!!!!saya lihat khairy jamaludin bolehlah bersiap2 nak jadi pemuda dap....lupa khairy ni parti apa ye??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 7:54 AM

Berniaga untung tetapi tidak dapat bayar hutang ... statement setaraf dengan ahmad maslan dan hasan malek ... payah nak percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 8:51 AM

dan Jho Lo dalam Start mentioned ' blame him... FAILED 1MDB'. So what it meant to hyou DIN?
...mereka sudah jelas dengan isu2 yang dibangkitkan oleh Tun.KAH KAH KAH. PM boleh jelaskan semua kepada beridu PEMUDA UMNO tapi tak dapat jelaskan kepada DR M . Pelik ye . Juka beribu Pemuda UMNO dan UMNO sendiri yang terima penjelasan PM sudah tentu DR M akan berehat dengan aman damai go for holiday kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Kuntum
April 15, 2015 at 10:28 AM

Tu diaaa...jlow dh buka mulut, cara cakap mcm tembak balik ke arah najib & mof. jeng..jeng..jeng...tula najib suka sgt pkai org tengah, kita tgk mcmana najib nk tutup bangkai 1MDB ni. Najib has so much to lose, jlow kn rapat dgn anak tirinya si najib, seperti yg dilapor deal sykt petrosaudi, deal kondo2 mewah di us yg kemudian dijual kpd ank rosmah, dgn deal film wolf of wallstreet semua ada tgn si mamat montel ni...itu yg kita tahu, yg lain? Igt kalau cina montel ni kena, he will go down easily without dragging anyone with him? I'm preparing my popcorn.... d movie is about to start & its getting interesting. What shud we name this 'wayang'?? Wolf of Putrajaya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 10:47 AM

Cadangan yang bernas Bro..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 10:48 AM

1. TDM dah menunggu 4 tahun untuk najib berubah...najib namun degil

2. TDM tulis dalam blog isu 1MDB dan Altantuya....Najib tak jawab

3. TDM tulis blog yang disenangi pembaca. Keadaan semakin panas.

4. Najib kumpul 161 KBU untuk dapat sokongan.....TDM kata sokongan bukan akar umbi dan orang ramai

4. Shahrir, hishamuddin, salleh keruak etc etc maju ke depan bela najib.seterusnya paklah rais yatim dan lain2 nyata sokongan. TDM tulis lagi nape tak jawab

4. Pemuda, puteri bersemangat sokong najib. Tak der impak pada TDM dan penyokong2nya malah keadaan semakin teruk

5. Mukhriz targetted by najib but the former was cool and collected. Pro najib getting angrier each day.

6. As an expert in the art of war, TDM "admitted" he is alone in the fight but would all pro najib and supporters to agree to support jho low and sirul's case does not merit attdntion.

7. Impaknya jho low terpaksa defend himselfas he had nothing to do with KERUGIAN 1MDB dan menuduh ahli umno yang spin nama dia terlibat dalam 1MDB.

8. Begitu juga dengan bekas IGP Musa hasan.....cadang sirul's case reopen....what it means a lot of personalities to be called out, paklah? razak baginda, pegawai polid etc etc?

9. Smart tak TDM. Sekarang he is relaxing, and the show has just begun.

SO TAK PAYAH FORUM TERBUKA. NAJIB TAKUT SEBAB DIA TAK BERANI KESAORANGAN MENGHADAPI TDM. I JUST WONDER WHY WERE JJ AND NAJIB'S PRIVATE SECRETARY IN THE ILL FATED HELICOPTER. HOOOH.....A SHEER COINCIDENCE.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 11:30 AM

X perlu. Tun M ialah seorang penghasut yang menggunakan blog beliau untuk menjatuhkan PM yang dipilih secara majoriti. Hasutan ini disokong oleh Kelabchedet melalui FB mereka. Mereka seharusnya didakwa dan dijatuhi hukuman di bawah akta hasutan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2015 at 11:46 AM

Apa sebenarnya yang Ketua Bahagian, Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, UMNO Negeri dan Komponen BN sokong?
Sokong dan berpuas hati dengan penerangan dan jawapan DS Najib kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir agaknya. Jikalah benar dan jika penerangan dan jawapan yang dimaksudkan adalah sepertimana yang disiarkan di dalam TV baru-baru ini, saya kira ini menunjukkan betapa
1. Sokong akan membawa rebah
2. Lemahnya kumpulan-kumpulan ini di dalam memahami perlunya jawapan yang tepat dan objektif
3. Negara ini sedang nazak dan memerlukan kumpulan pemimpin yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, negara dan ugama.

....................
Reply To This Comment ...................
April 15, 2015 at 12:27 PM

Jho low xmau dikait dgn 1mdb suruh tny bos 1mdb..
Pemuda mau jho low disiasat sbb jho low mcm lps tangan...
Najib dah ckp dakwa sapa saja yg bersalah..
Penjilat aje yg ckp sokong 1mdb..
Tak tahu ada seleweng ke tak... tapi nampak mcm semua org mau lari 1mdb, kaki jilat je yg masih angkat sepanduk solidariti saya sokong 1mdb...
Saya pula i luv pm...... huh!..rasa nk menjilat aiskrim pulak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 12:57 PM

salam,
nak komen 1mdb pun dah kata masuk audit dan pac, dalam proses bincang masa penyiasatan. kena tunggu la. tapi dah buka pulak isu baru yg jtlow cakap. ini kira cerita baru pasal pengurusan, bukan pasal duit. eeeemmmmm, kat mana mereka nak mula bincang dan mulakan siasatan yer?

bab sokongan, macam tun daim cakap la, bukan boleh caya ahli umno ni bila bab sokong. depan lain, belakang lain. ahjibgor pun tahu, tapi tak kisah la tu. nanti bila dah julang, terkentut pulak, tangan mana nak ampu ahjibgor? tangan yang julang pakat tutup hidung. sakit jatuh bila berada di tempat yang tinggi, melainkan kita turun. teringat ketua pemuda umno dijulang ketika menang dahulu. dah hilang yer suara rasuah tu. kira dah bersih la. dah lupa pun. menang di semua bahagian pulak.

mana la kita tau kata 1mdb untung besar. yang kita baca cakap jer besar. kalu dah untung, kenapa tak teruskan pelaburan dengan syarikat arab tu.pedulikan orang cakap pasal kita kira untung dan nak bayar hutang. kalu dah tarik diri, camna nak berniaga. orang kritik sikit, merajuk dan tarik diri. besar untung tu kalu nak dikira masa berniaga. 3 tahun berniaga untung hampir RM 1.5 billion. fuuhhhhh, bodoh la kalu ikut cakap tony phua dan rafizi, tak jv dengan syarikat arab tu. tapi sayang la pulak, tak boleh guna duit tu bayar hutang. hilang kat mana duit tu yer? dah di bawa balik dan disimpan kat singapura. tapi duit tu kan kat pulau cayman, dan bernilai kurang lebih 2billion usd. duit mana pulak tu. memang tak boleh cakap bab 1mdb ni pasal bukan orang bisness dan bukan bidang pun. kerja pun bukan kat bahagian kewangan dan melibatkan marketing dan sales. camna la orang cam saya nak faham, keliru,aku keliru.

ya bro din, saya setuju cadangan bro tu. buat forum secara langsung cam forum agama tu. biar tdm dan ahjibgor jawab menjawab menyelesaikan masalah. baru ada uummmpphh. kita rakyat boleh la pakat dengar. kata telus dan tak sembunyi fakta. tak macam zaman tdm, semua tak boleh. sekarang boleh la. nak obama ker jadi pengerusi majlis?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 2:22 PM

Anon 11.30

1. I pity you. You are, in reality, lost in your own mind and oblivious to your surrounding

2. You are not able to distinguish between truth and falsity.

3. You are not able to choose between reality and fantasy

4. You are not able to discriminate between diamond and glass

5. You are not able to judge between opportunities and threat

6. You cannot tell between strength and weakness

IN OTHER WORDS.......NO NEED FOR YOU TO COMMENT.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 10:30 PM

oit bangang majoriti tak pilih ah jib ngok hg tu...perwakilan umno yg pilih...

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
April 16, 2015 at 8:12 AM

Anon 11:30PM
Adakah anda rasa anda layak untuk bercakap tentang TDM? Adakah anda merasakan tahap pemikiran anda sama di tahap pemikiran Ayahanda Tun?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2015 at 8:38 AM

TDM Will NEVER walk alone

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2015 at 12:18 PM

GERAKAN ETD Najib.aka Najib is not Irreplaceable.
Sudah sampai masa untuk teruskan GETDN.(Gerakan Estimated Time of Departure Najib).
Cukup lah dengan lakonan lakonan pelakon pelakon tambahan.
KJ cukup lah dengan opportunis kamu.Orang OXON konon.
STOP KJ.
Destroy apple polishers.
OXON menyesal bagi KJ dapat ijazah OXON.
Najib is not irreplaceable.He is Clueless.
TDM, You are not alone.
Rakyat tolak BN sebab ;
UMNO sudah jauh memyimpang dari aspirasi rakyat dan Najib mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan dan warga bangsawan juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan Kepimpinan AjibGor Luar jangkaan.
memingirkan luar bandar.
Getah RM1.93 tak dapat beli beras 5 %,Minyak subsidi 2.50, Ron 95, 1.95,gula 2.58.
Liberalisasi.Kelainan. Lembab.Longlai.Lambat.1M,endless possibilities dan 1000 macam slogan.
Endless festivals.
Nak bagi PRC VISA LESS agar Pelancung dapat hidangan cina dolls.
Boros pembelajawan, sanggup naik gaji AP atas dasar nak samakan dengan orang lain.
Mengutamakan kepentingan PRC, ASEAN dan Singapork,sekolah sekolah cina yang jelas anti dasar kerajaan,mengutmakan liberal kebaratan lebih orang putih dari orang putih.
Pakatan Rakyat wajibi menang pada PRU14 dan Pas akan meminpin kerajaan....
TDM,you are not alone.
#2 arjuna waspada
changkat lobak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2015 at 1:31 PM

well said bro.. he who understand the art of war will smile n stay cool

Post a Comment