........... Duit 1MDB Di Singapura Yilek ! - Pukulan Maut Samada Buat 1MDB ATAU Sarawak Report | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Duit 1MDB Di Singapura Yilek ! - Pukulan Maut Samada Buat 1MDB ATAU Sarawak Report

Thursday, April 23, 201553comments


Menggemparkan ! Itulah reaksi saya kepada pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report dalam artikel terbarunya semalam ( KLiK ) SR mendakwa bos 1MDB Arul Kanda  memberi penyata bank PALSU akaun anak syarikatnya Brazen Sky Limited kepada cawangan Bank BSI Singapura.

TMI turut melaporkannya dalam artikel terjemahan - KLiK.



"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014.


"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah mengenai aset anak syarikat 1MDB,"

Bagaimanapun BSI memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen itu adalah palsu dan bukannya berasal daripada bank itu sendiri.
.
Ingat lagi kenyataan bertulis Najib di Parlimen mengenai baki dana Cayman yang katanya disimpan di BSI SIngapura ?




Sarawak Report berkata, maklumat lain yang diperoleh daripada sumber di Singapura mendakwa tiada wang tunai sebenar dalam akaun Brazen Sky Limited.


Katanya, berdasarkan sumber, akaun itu semata-mata mengandungi "aset atas kertas" dan "nilai sebenar yang tidak boleh ditentukan".


However, separate insider information gained in Singapore has corroborated that there is no actual cash in the relevant Brazan Sky Limited account.

“The account merely contains ‘paper assets”, explained a source “the true value of which cannot be determined”.

Bila orang bank sebut Paper Assets, maka kita kenalah rujuk maknanya mengikut kamus orang bank -

Definition: A paper asset is one that has very low liquidity. That is, a paper asset cannot be quickly converted into cash.

Definisi lebih panjang ( dan menakutkan ! )  - KLiK.

Pendek kata - TIDAK ADA CASH  USD1.103 atau lebih RM4 billion di BSI Singapura milik 1MDB sebagaimana didakwa oleh Najib dan Arul Kanda !


Terlalu amat berat tuduhan yang dilemparkan oleh Sarawak Report kali ini. 

Pendek kata juga - Berlaku penipuan oleh Arul Kanda dan juga penipuan ( secara sedar atau tidak, wallahualam ) oleh Najib !


Kerajaan DAN 1MDB mesti bertindak segera bagi menjelaskan perkara ini. Jika dakwaan ini benar, ia bakal menjadi pukulan maut buat 1MDB. Dan jika ia palsu, maut itu adalah buat Sarawak Report.




Share this article :

+ comments + 53 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 5:10 AM

Apakah ini maklumat yang Tun Mahathir ada sehingga berani mencabar Najib buktikan di mana duit 1MDB ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:20 AM

Nampaknya jalan cerita 1mdb dah masuk episod baru, dah mcm filem tamil , belit sana, belit sini, siapa pengarahnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:41 AM

Jika benar berita ini...habis la org2 yg disebut di atas...

Dari awal nak tipu..memang takkan boleh cover punya..

Patutlah beriya2 sangat nak buat GST. nak cepat2 kumpul cash rupanya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:41 AM

Ni tuduhan berat.

Polis dan pihak audit harus segera soal pihak BSI, kalau perlu tarik pihak berkuasa Singapura sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:19 AM

This is one news that will sink and bury Najib if his Silent Arrogance continues. The Generals and Footsoldiers are really in deep deep SH*T in trying to defend the undefendable.

DT's right all along Tun M did indeed knew much much more than the rest of us!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:46 AM

Maknanya dalam bank negara tinggal debu je la....tu mereka tak ambil saja tanya!!!!????dulu heboh anwar bedal 3 billion....nah sekarang siapa lagi teruk????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:54 AM

Saya berpendapat sedemikian dan telah beberapa kali komen dalam anda dan beberapa blog lain. Sememangnya TDM banyak maklumat dan bukti, oral atau dokumen, sebab itu beliau berani bersuara.

Sama juga dengan kes altantuya.

RujuK kes anwar, betapa lamanya TDM menyimpan maklumat termasuk surat wan azizah, namun beliau tak bergopoh gapah hendak memecat anwar unless he was pretty sure.

Come october, najib will step down if not earlier....thats my 2 sen worth of prediction....hihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:57 AM

Kita tunggu maklumat dari Tun Mahathir. Dan kita tunggu jugak penjelasan dari YAB PM. Kalau betul duit hilang. YAB PM perlu jelaskan dan bawak pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan serta YAB PM juga perlu bertanggungjawab. Jika pendedahan Sarawak Reports ini palsu. YAB PM perlu ambil tindakan tegas. Dalam keadaan apa pun sekarang, YAB PM perlu bertindak atas kebenaran. Nyatakan yang benar seperti kata2 YAB TPM. Jangan jadikan rakyat Malaysia dalam keraguan. Menteri Kabinet perlu tegas untuk menuntut kebenaran. Menuntut kebenaran demi rakyat dan negara tercinta Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 7:13 AM

Najib undur...rosmah undur.....7 billion gaji warga asing jadi punaisehat negara...lebih kurang punaisehat sgor gaji 1 ringgit klam elaun 15 juta..2x5 najib anwar.....syabas tun dr m.....anugerah tuhan utk malaysia....melayu pilih najib sebab anwar lantik lim kit siang jadi timbalan perdsna menteri....melayu tiada pilihan

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 8:01 AM

dari awal pentadbiran najib,saya punya persepsi bahawa najib adalah pemuka pada pihak2 tertentu yang memegang kuasa sebenar.

dalam isu ini,saya masih berpandangan sama.bahawa najib diperguna dan diperalatkan pihak2 tertentu untuk menutup kesalahan mereka.

inilah antara kelemahan najib yang saya gunakan sebagai asas untuk menolak kepimpinannya.

beliau kelihatannya kabur dengan apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling beliau..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 8:21 AM

Buat filem bagus ni. 'The misadventure of wunne MDB (1MDB)'. Samo Hung jadi Jho Low, PM. DR M dan lain lain Hang Pikiaq sendiri la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 8:23 AM

Dah terok Najib ni.... Duit takda di BSI rupa2nya...paper assets maksudnya tiada wang tunai dalam akaun , juga boleh dimaksudkan hanya lah "penyata sekeping kertas, kertas kerja" maksud lain tiada BUKTI fizikal wang tunai tersimpan.

Dan patutlah wang 1 billion di BSI tak boleh di bawa masuk dan bukan pula penjelasan menteri hari tu wang tak boleh dimasuk disebabkan oleh halangan Bank Negara!

Mudah saja..buktikan duit 4 billion TUNAI itu ada dengan cara,

1.Bawa balik duit (dlm bentuk tunai, bukan kertas penyata) tu balik ke Malaysia

atau

2.Simpan duit tu (dlm bentuk tunai, bukan kertas penyata) di mana2 cawangan luar negara kepunyaan Bank Malaysia

Nahhh sekarang Cukup mudah untuk membuktikan bahawa PM Najib, kementerian kewangan dan 1MDB tidak melakukan PENYELEWENGAN dan seterusnya dapat membuktikan Bahawa PM Najib , 1MDB tidak bersalah dan DIANAIYA!

Kepada bloger upahan, bloger bangang+blongang+ampuan+jemuan+lembuan=blurrrrrrrRRRRRRRRrrrr inilah masanya anda menjadi wira yg tidak didendang berjuang mempertahankan PM Najib , 1MDB

Ataupun bloger upahan Najib ini sudah berkira kira mencari Tuan masterji yang baru pula?

Kah kah kah kah!

Bangla kat PMO, Bangla karpet watpe? awak kat mane?

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 8:35 AM

Kalau yg ini dah menipu (klu betul menipu),
Hutang lbh 40b tu pun blh dipercayai lagikah?
Atau aset yg digembar gemburkan jumlahnya lbh 50b tu pun sama?
Rugi rasanya artikel ni keluar awal, patut lepas keputusan audit keluar... maklumlah mcm2 blh jadi, audit nya pun mungkin jadi was was.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 8:46 AM

Untuk PM Najib, CEO Arul and all loyal supporters of 1MDB,

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all
to conjure all sorts of reasons
to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths,
he has no respect for himself
and little would he do better for others
except for his own gain;

And when a man tells lies,
he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

Ini baru 1MDB, belum lagi Altantuya!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 9:08 AM

Jika benar berita ini...

Patutlah susah sangat depa nak buktikan apa2 walaupun kononnya duit tu ADA. sebab memang duit itu TIADA.

Si penjilat pulak sibuk suruh orang lain buktikan duit tu hilang..

It is getting more and more interesting....dan memang pasti ada yang amat panas bontot..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 9:27 AM

Mana laporan audit negara, tak dgr apa2. MACC kena tunggu arahan baru boleh bertindak kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 9:37 AM

Salam Bro,kita cuma mahu penjelasan yang konkrit.Terlalu banyak wang yang terlibat yang juga merupakan wang rakyat.Kita hendakkan penjelasan yang sebenar bukan jawapan berdalih-dalih.Kita bimbang perkara ini akan menjadi satu nuclear head kepada BN ketika PRU 14 nanti.Kita sokong kerajaan tetapi penjelasan dan tindakan mesti dibuat demi masa depan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 10:16 AM

Pdrm lambat bertindak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 10:53 AM

salam pak din penyu dengan begitu banyak bukti terhadap najib isteri keluarga dan kawan, dari tun m, dari sarawak report, dari tony pua, din turtle, dari rafizi mengapa satu report kepada pihak polis atau sprm tak dibuat. sekiranya bersalah dengan bukti yang ade sepatut nya najib isteri keluarga dan kawan2 dimasukkan ke dalam penjara. saya amat menyokong tindakan ini. yang bersalah tetap salah dan perlu dihukum.tak kah begitu?
saya lihat semua isu ini hanya untuk memberi tekanan kepada najib supaya beliau berundur. percayalah setelah beliau tiada semua nya akan baik dan wangi beliau pun akan dipuji macam tun m puji pak lah. tun m kata ingatkan paklah teruk rupanye najib lagi teruk. dan begitulah seterusnya ingatkan najib teruk rupanya pengganti nye lagi teruk jadi kong kali kong. dan kita orang melayu pun berkata buat macam mane allah swt dah tetap semua ni qado' dan kadar. hidup lah kita mengemis dengan tiada kuasa politik, ugama yang telah di lacur, sultan yang tiada jajahan. yang ade hanya kata kata tak melayu hilang didunia.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 11:40 AM

Bangkai gajah takkan boleh ditutup.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 11:56 AM

Najib tak perlu nak kerahkan seluruh balatenteranya serang Tun Mahathir .... isu tak selesai, polemik berpanjangan .... dengan hanya menunjukkan bukti kemana perginya duit 1MDB sudah cukup untuk mematikan serangan Tun.

Senang kan ? Jimat duit, tenaga dan kemaluan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 11:57 AM

10.53 konar sana konar sini , adil kah pasukan lawan datang menyerang pemain pertahanan boleh ramai2 bawa alih tiang gol ke tempat lain, tak benarkan pemain lawan sepak GOOOOOOLLLL?

Apa bloger upahan Najib ingat ni tiang gol Ragbi ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 12:08 PM

Ini dah lebih teruk kalau compare dengan kes enron. Kes ini melibatkan sebuah syarikat dengan kerajaan. Silap2 1mdb boleh bail out pasal takde cash.

Untuk selamatkan keadaan minta operasi imdb di hentikan sementara dahulu,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 12:19 PM

This could explain why the ' money' was deposited in a foreign bank instead of our Maybank Singapore. Also sebagai PM and Finance Minister Ah Jib Gor tak pun guna kuasa dia to over rule Bank Negara Ruling untuk simpan duit di Malaysia, tapi BERANI hapus kan ISA bab 1MDB tak guna kuasa dia. Rupanya niat dia untuk 'cover' anak tiri dia si Reza and JhLow sebat duit!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 12:28 PM

@Anonymouswooooooh..... tuduhan itu masih belum di eeerrr.... ditepis !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 12:36 PM

nuar tu agen yahudi tak usah nak campur aduk dlm kes ni

....................
Reply To This Comment ...................
amru
April 23, 2015 at 12:47 PM

minta le najib cepatkan pru 14. beliau perlukan sokongan baru. tapi saya dah tetap nak undi PAS kali ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 1:01 PM

@Mazlan Mahmud
Allah Huakhbar, jauhkan lah daripada semua tu, amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 1:43 PM

Salam
Ahjobgor tak bohong, cuma fskta tak tepat. Ahjibgor tak bohong cuma tak tunai janji, ahjibgor tak tipu, cuma guna jer jet tu secara kebetulan, semuanya bukan salah ahjibgor

....................
Reply To This Comment ...................
orgjohor
April 23, 2015 at 3:02 PM

kalau u sure memang imdb tipu, per lagi, buat police report. Baru polis leh amek action.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 3:33 PM

Orang johor,

Dato khairuddin dah buat polis report, apa lagi? Berapa report nak buat.....?

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 4:51 PM

pak din, agak2 la berapa ratus biliyon duit rakyat dah hilang semenjak merdeka, samada kita tau atau tidak tau duit tu pi mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:03 PM

Pengarah - Arul Kanda

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 5:09 PM

and more surprisingly..the pr desperate to use tun. M once upon a time they called 'firaun'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:37 PM

Cepat arul... cepat siapkan teks untuk saya berucap... mcmna nak buat ni dah bocor.... mana penasihat.. mana penasihat 7b???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:43 PM

Bila nak buat hospital untuk Perlis, duk gebang duit takde, kantung negara kering, ekonomi negara tak mengizinkan.. rasanya kalau dibina pun hospital perlis tu, tak melebihi RM500 juta.

BIla arul innadey jumpa ah jib gtau nak duit sikit sebab kantung 1mdb bocor, duit keluar macam ayag paip, tak payah rujuk mana2 pihak dulu, bajet cukup ke tak, tup tup RM900 juta standby kredit siap!!!

Jho low didahulukan, rakyat kambus dalam tanah---->ah jib logic

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:56 PM

uuuuiiiii..serem mk naaak....kalau betoi duit tarak..makanyew semua harta benda najib anak pinak dan punahsihat diambil balik sebagai ganti 42 biliyon waima 1 sen selagik tidak cukup duit yg dilenyapkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:02 PM

Bila masa pulak Anwar jafi PM dan lantik LKS jd TPM? Belit smp terbelit bila tgk fakta kat atas ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 8:03 PM

Mcm mana jabatan audit dan sprm nak semak sedangkan depa pun org kerajaan yg terpaksa akur seperti yg diarahkan...
tAk ikut...periuk nasi pun ditutup...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 23, 2015 at 11:31 PM

Paper assets ? What the .... ?

Ah Jib dah boleh siap2 untuk pindah dari putrajaya...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 23, 2015 at 11:34 PM

@Anonymous

Anon April 23, 2015 at 10:53 AM

ooo...rupa2nya Tun puji Pak Lah dengan berkata "ingatkan paklah teruk rupanye najib lagi teruk"

tak tahu pulak "teruk" tu perkataan untuk puji seseorang...

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 2:59 AM

Rani kolop lum repot lg ka..?

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 3:01 AM

Sama gak... Yg main Golf ngan Obama tu Sape ekk..?
Macai yahudi ke sape..?

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 3:07 AM

Kemaluan yang membesar....Hahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 8:40 AM

entah..mungkin si orngjohor dah lupa kot report polis dah buat. kalau tang tu pun boleh lupa, confirmlah duit yang hilang pun boleh buat buat lupa ye tak?

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 11:38 AM

Bro din....
Utk jadi kes, perkara mesti repot
Bila dah repot mesti kena siasat.....
SUSAH ke?
Lepas tu turun naik la....apa lagi?
Salah baru jatuh hukum
Benar....bebas lah
Rakyat senang hati...
Malaysia pun terus maju
Fikirkan impak seterusnya.....
Jika bukan bn lagi yg menerajui negara...
Nasib bangsa melayu berdaulat nak jadi apa?
Jadi jebat?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
April 24, 2015 at 12:50 PM

Assalammualaikum wmt,
Hakikatnya ternyata apa yg dikatakan Tun M adalah benar dan terlalu banyak yg tidak diketahui umum.
Logoknya, Tun M sudah tentu mendapat bukti dan mempunyai alasan yg sangat kukuh untuk mendesak DSNajib undur.
Tun M tahu ada pihak lain - musuh UMNO, yg tahu perkara ini.
Justeru, kalau tunggu PRU 14 sudah tentu ketika itu musuh UMNO akan dedahkan apa yg diperkatakan Tun M sekarang. Ketika itu dah lambat, dan BN/UMNO dahntentu akan hilang kuasa. Kuasa UMNO tak penting, tapi yg paling utama ialah kuasa Melayu di tanah airnya sendiri.
Apa yg Tun M katakan dan usulkan itu adalah demi kepentingan bangsa, negara dan agama Islam. Kalau kepentingan peribadi tak mungkin. Beliau dah letak jawatan dan anaknya bukannya TPM ketika ini.
Fikir-fikirlah wahai kalian yg tak berapa faham politik peringkat tinggi. Ini bukan politik kedai kopi. Bukan politik manusia yg tak tahu apa-apa fasal politik.
Politik itu satu ilmu khas, sebab itu ada pengajian politikal sains di universiti. Bukan benda buat mainan macam buat roti canai atau mee goreng.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 4:04 PM

Skrg ni nasib bangsa Melayu berdaulat hebat sangat ke?

Presiden parti melayu tak henti2 ikut cakap bangsa lain apehal?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 4:15 PM

Well said

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 4:36 PM

Tu sbb dia mesti turun....blah la bahasa kasarnya....
Presiden yg begini tak da guna, tadbirlah negara ni dgn acuan kita. Sapa suruh ikut telunjuk org?
Kita bangsa hebat!
Lepas tu mari kita BERSATU
Tengok apa jadi ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 4:38 PM

Sbb tu mesti BERSATU
Mesti kita kuat !

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
April 24, 2015 at 6:55 PM

Assalammualaikum wmt,
Itu sebab ler ramai yg bising!
Harapkan Anwar dan Hadi, jelas mereka berdua ikut telunjuk Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng, sedangkan mereka kononnya perjuangkan keadilan dan Islam.
Hanya UMNO boleh tahan sikit.
Sejarah membuktikan UMNO ada ler berjuang untuk Melayu.
Tanpa UMNO dah lama Melayu Malaysia macam Melayu Singapura.
Kerana UMNO, ada ler Melayu yg boleh kadi pilot pesaway awam dan jet pejuang. Kerana UMNO ada ramai Melayu jadi Profesor. Kerana UMNO ramai anak Melayu jadi pegawai tinggi bank. Kerana UMNO ramai anak Melayu belajar diuniversiti. Kerana UMNO anak Melayu tak ler merantau cari makan sebagai amah di negara orang. Ada macam-macam lagi kerana UMNO, Melayu setanding dgn bangsa-bangsa lain.
Melayu Singapura bagaimana?
Cuba anda melawat ke Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam, Indionesia dan Filipina. Kemudian lihat kehidupan pribuminya. Sama atau ada beza dgn bangsa Melayu?

Sebab itulah kita tak mahu pemimpin nombor satu negara buat salah dan silap. kemudian menafikannya.
Kalau dah tak mampu turun saja macam Pak Lah, kan naik.
Semua orang ada buat silap. Tapi tak ramai yg mengaku dan sangguo undur kerana kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2015 at 12:06 AM

Sebenarnya siapa yg lebih takut kalau UMNO/BN tumbang? TDM atau Najib?

Post a Comment