........... Chedet 1673 - Rayuan Tun Mahathir - Beri Saya Peluang Berjumpa Ahli Umno .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Chedet 1673 - Rayuan Tun Mahathir - Beri Saya Peluang Berjumpa Ahli Umno ....

Thursday, April 30, 201517comments




Chedet ada artikel baru ! Tapi kalau anda klik ke sana sekarang, anda akan disambut dengan notis "Page Not Found". Mujur rakan blogger APANAMA sudah lebih awal copypaste dan saya recopypaste dari sana.

Biasa jer luahan Tun Mahathir .... takde apa yang pelik pun. Tun Mahathir sekadar meminta sedikit ruang untuk bertemu dengan ahli-ahli Umno dan menerangkan apa yang beliau maksudkan bilamana meminta Najib melepaskan jawatan. 

Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion  Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.

Ia masih berkaitan dengan isu 1MDB. Ke mana perginya wang berbillion2 RM ?

Ia bukannya satu bentuk serangan Retorik yang tidak dapat ditepis. Bukannya pihak Najib tidak boleh membela diri.

Bukannya susah pun ..... kalau Najib selaku PM dan Menteri Kewangan tidak mampu beri penjelasan, minta saja 1MDB tampil dan menjelaskan apa yang Tun Mahathir tanya. APA YANG PAYAH SANGAT ???

Kenapa perlu diheret seluruh jentera Umno dan kerajaan bagi menyerang balik Tun Mahathir ? Tak perlu semua tu..... Dan Najib juga tak perlu nak muncul TV menjerit2 dengan semangat pahlawan Bugis pun ..... 

Jawab jer hal 1MDB. Senang kan ? 

Tak perlu minta wakil atau orang lain tolong jawabkan sebab apa yang rakyat mahu adalah pihak 1MDB sendiri atau Menteri Kewangan yang jawab. Biar jawapan itu resmi / official. 

Ternyata benda yang senang itu merupakan sesuatu yang amat susah untuk dilakukan ... kenapa ek ?


 AHLI-AHLI AKAR UMBI UMNO


1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.

3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil  kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.

4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’  Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.

5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO  dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.

6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion  Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkannya.



.

KLiK ke Youtube.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 11:29 AM

There will come a time Najib definitely see the his insinuation come full circle and hit him back hard for harping over his last 2 speeches, not to reply with a 'solid' elegant answers.

He had his chances but chose to display one more time his arrogance! ROMPIN & PM will be an early indicators.

Tun M has the Rakyat behind him and that UMNO Elite can be as complacent as they like until the train comes hitting them with an impact that they'd hoped that its just a terrible nightmare!

Kita berfakta fakta pun tak guna kalau dipekak badak kan telinga dorang tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 11:46 AM

MARK MY WORD...THIS WILL HAPPEN...

Mahusia2 bijaksana dalam UMNO sekarang ni hanya sedar diri apabila satu hari nanti Allah SWT mengambil semula TDM yang dikasihi dari muka bumi ini. Masa itu lah manusia UMNO ni, TV3, RTM keluarkan segala cerita yang memuji jasa TDM ...masa itu lah keluar segala keluhan kekecewaan kerana mengenepikan mentah-mentah nasihat terakhir ayahanda TDM...masa itu lah baru mengaku akan kebenaran segala yang ditegur oleh ayahanda TDM dan....masa itu lah segalanya ternyata telah terlewat!!! Masa itu, apa yang boleh diperkatakan lagi cuma....All the best to UMNO without TDM around....

Semoga Allah SWT terus memanjangkan umur ayahanda TDM serta memelihara kesihatan beliau untuk meneruskan segala usaha murni...insyaallah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 11:46 AM

Sdra Din,

1. Berani kerana benar, takut kerana salah. Najib berkata benar sebab itu berani bersumpah mubahalah dalam kes pembunuhan altantuya. Saya setuju dan saya ingat tdm pun setuju sebab tak pernah tuduh najib....

2. Apakata kalau najib bersumpah mubahalah lagi berkenaan dengan 1MDB iaitu beliau tidak tahu menahu pasal
kehilangan berbillion duit syarikat tersebut dan jho low tak pernah bersekongkol dengan beliau dan lain2 soalan yang diajukan olen tdm sehingga ke hari ini tak berjawab?

3. Kalau ada macai najib kata Ag dan pac ada untuk tugasan itu, naper najib berani untuk kes altantuya sedangkan ada mahkamah, polis, pendakwaan yang menjalan kes tersebut. Sumpah mubahallah najib kes altantuya tak langsung affect kes di mahkamah! Kan berani kerana benar takut kerana salah. Najib said it to anwar dalam kes liwat...sekarang bukti keberanian keturunan bugis dengan sekali lagi bersumpah mubahalah

4. Someone said the predicament najib is facing now us the result of his sumpsh mubahallah

Sdra Din,

Adakah boleh, dari segi undang2, individu atau kumpulan atau mana mana entiti menganjurkan satu forum terbuka say dalam stadium atau pwtc etc yang boleh menampung ramai hadirin untuk mendengar ucapan dan penerangan tdm? Saya cadang bloggers yang credible dan berintegriti anjurkan forum tersebut. No way each and every member could attend but i bet you will have masive support from the general public and loyal umno supporters. Saya dari malaysia timur mahu attend kalau tshu dan tarikhnya......

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 12:35 PM

MENARIK !

UMNO cara TDM......dan cara PM (Pinggan Mangkuk) cukup berbeza. Tak perlu sampai siapa pun keturunan kita.....asalnya SATU. KALIMAH NYA SAMA.Cuma beza bacul dan.berani je !
Org yg sentiasa cari pengaruh dan sokongan adalah org yg amat lemah. Menyandarkan dan mengharapkan kekuatan org lain. Dan menafikan kekuasaan Allah semata2. Kita berani kerana Allah.
Jgn lari dari soalan pokok. Mudah je.....jawab ! Pusing sana pusing sini...Pasai apa ? Takdak telo ka ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 12:46 PM

https://www.change.org/p/najib-razak-rakyat-not-alone-najib-must-go

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 12:59 PM

Begitu juga adalah. Orang2 Tun pun tak tertahan lagi nak kan kuasa. Cuma Tun sahaja lah peluang terakhir yang mereka ada.

Jika Najib dah berjanji untuk menjelaskan semuanya kenapa nak tergesa-gesa umpama lobang tak sempat korek maka terberak dalam kain.

Biar dia bentang fakta dan angka barulah, bukan sahaja rakyat biasa tapi yang pakar dan bijaksana dalam akaun dan kira-kira dapat membuat kenyataan.

Jika jumlah berbillion2 berapa billion?

Jangan hanya main sentimen. Nanti orang anggap Tun ni cerdik tapi kena bodoh dengan Pak Din Turtle.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 1:08 PM

dengan semangat pahlawan Bugis pun ,,, tapi consultant dan penasihat nya ramai hiduung tinggi tajam tajam pulak tu,belond belong you,,somemore speaking man... hmmm cam mana ni??

....................
Reply To This Comment ...................
Pena Tumpul
April 30, 2015 at 1:26 PM

Salam!

Gomen nak rakyat berkhayal dan stim terus ke Bro Din?
Nak dapat maklumat supaya rakyat bole membaca dan befikir pun susah kat blog chedet berbanding bukak blog prono!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 2:06 PM

Pada pendapat saya ada lebih baiknya Najib sendiri yang menjawabnya. Najib sebagai orang nombor satu dalam 1MDB, juga menteri kewangan dan lebih lebih lagi seorang Perdana Menteri. Najib juga sudah meluahkan bahawa beliau sanggup menempuh gelombang walau pun layar sudah robek. Tak punya makna langsung kalau hanya pandai bercakap dengan bahasa kias kalau tidak dapat dibuktikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 2:10 PM

@Taufiq Hidayat Rahmat

amin! amin ya rabbul 'alamin. semoga Tun Mahadhir sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 2:20 PM

@Anonymous

itu sebabnya pepatah ada mengatakan sediakan payung seblum hujan. kalau masa tu nak terberak dan masa tu pula nak korek lobang, itulah yang akan jadinya, terberak dalam kain. Tun sedang memberikan ruang dan masa untuk Najib untuk sediakan jawapan yang diperlukan. Najib kenalah bersedia jangan sampai terdesak, kalau itulah yang akan Najib lakukan, iaitu tunggu sehingga terdesak, jawabnya akan lebih banyak lagilah soalan yang akan timbul dari jawapan itu nanti. Senang saja, jabawab ikut apa yang ditanya, bukan untuk Tun sahaja, tetapi untuk rakyat Malaysia. Kami rakyat Malaysia tidak mau naik kapal bugis bersama Najib kerana kami berbangsa Melayu dan disinilah tempat tumpah dari kami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 2:23 PM

@Pena Tumpul

najib suka Melayu berpecah dan bertukar arah. najib mungkin inginkan namanya disanjung dan menjadi liputan sejarah sebagai pemusnah agama, bangsa dan negara. kalau salah, tolong berikan jawapan kepada persoalan Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 3:11 PM

Tun M ✔️

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 5:40 PM

Saya sokong!!! Dan saya pasti ramai rakyat Malaysia pun akan menyokong. Bukan hanya TDM jea....klu boleh dijemput jugak pm...arul kanda....ex ceo 1mdb...gabenor bank negara...jhlow...pihak petrosaudi...pakar kewangan & pakar undang2 dlm negara & luar negara...ngo dll yg difikirkan berkaitan...

Forum tu MESTI dibuat secara LIVE & dipasang screen besor sebesor2nya...agar seluruh lapisan masyarakat & rakyat Malaysia dapat menonton. Buatlah 100% LIVE tanpa suntingan & tanpa had masa. Masing2 bentangkanlah segala soalan dan jawapan....juga bahan bukti untuk mengukuhkan hujah masing2.

Mudah2an berakhirnya forum itu nanti dapat menjawab segala persoalan & yg penting jika isu ini merupakan tohmahan semata2...maka sudah pasti kredibiliti pm akan meningkat dan keyakinan rakyat akan kembali berpihak pada beliau. Dan..to TDM what we can say...Cukup2 lah sudah!!! Mcm maner....ada BRAN???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 8:50 PM

Tiada lagi undi kasihan orang Melayu untuk Najib dan Kabinet Dapurnya selepas ini. Orang Melayu semakin hari semakin kecil hati dan diperbodoh-bodohkan oleh UMNO dan BN pimpinan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 10:16 PM

Apparently Najib is trying to polytricking us but caught in the web of serious criminal breach of trust involving billions RM, mysteriously known only by his inner circles, notably Rosmah, Arul Kandasamy, his step son and Jho Low

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 10:24 PM

Cara Najib & si Mamat Maslan tangani isu 1MDB & GST mengimbas kembali peristiwa lucu zaman persekolahan saya di awal tahun 60an. Rakan sekelas yg berbangsa cina telah menulis karangan bertajuk 'Kesusahan' seperti berikut:-
Saya sangat susah. Bapa saya susah. Emak saya juga susah. Drebar juga susah. Orang gaji juga susah. Tukang masak pun susah. Tukang kebun juga susah. Semuanya banyak susah. (Susah tapi ada drebar, tukang masak,
tukang kebun & orang gaji. Susah ape ke mende?

Begitulah tahap pemimpin pemerintahan kita masa kini yg sama dgn budak sekolah rendah saya sebutkan tadi. Lain yg TDM tanya, lain pula dorang merepek meraban. Haiiii... entah lah Labu.........,!!!!!!

Post a Comment