........... Chedet # 1672 - Kegagalan Najib Dalam Menjelaskan Dana 1MDB Buat Beliau Tidak Layak Sebagai PM | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Chedet # 1672 - Kegagalan Najib Dalam Menjelaskan Dana 1MDB Buat Beliau Tidak Layak Sebagai PM

Thursday, April 23, 201551comments


Seperti yang dijanjikan, Tun Mahathir menjelaskan apa yang beliau maksudkan dengan duit 1MDB yang hilang lesap. Artikel terbaru chedet saya copy sepenuhnya di bawah. Saya terjemahkan lebihkurang mengikut pemahaman saya.

Hilang atau Lesap tidak sama dengan Rugi. Hilang bila duit itu tidak dapat dikesan ... no money trail.  Rugi masih boleh dijejak dan diberi justifikasi. 

Selaku PM dan juga Menteri Kewangan, Najib harus bertanggungjawab ke atas kewangan negara. Najib juga bertanggungjawab menyediakan Bajet Tahunan bagi perbelanjaan tahunan kerajaan. Jika ada keperluan mendesak, satu bajet tambahan boleh disediakan oleh kabinet untuk kelulusan Parlimen. Terdapat juga dana yang tidak dimasukkan dalam bajet tapi ia tetap juga dibincang dan diluluskan oleh kabinet.

Tapi amat pelik dalam kes 1MDB. Tidak dapat dipastikan apakah kabinet sudah bincang dan apakah mendapat kelulusan kabinet. There seems to be attempts to hide behind official secrecy.

9 - Bila Najib selaku PM, juga Menteri Kewangan dan Chairman Badan Penasihat 1MDB, adalah mustahil pihak pengurusan yang juga dilantik oleh beliau, akan menolak sebarang nasihat darinya. Nasihat akan diterima sebagai satu Arahan.

12 -  Adalah mustahil sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta tanpa sebarang aset boleh meminjam 42,000 kali ganda modalnya tanpa sebarang bentuk cagaran.... melainkan terdapat jaminan kerajaan. Maknanya, kerajaan adalah peminjamnya. Jika 1MDB rugi, kerajaan harus menanggung kerugian itu. Tapi operasi 1MDB tidak dipantau oleh pegawai kerajaan yang tugasnya menjaga dana kerajaan.

Dari awal penubuhannya lagi 1MDB sudah bermasalah. Ia bermula sebagai satu projek di luar Bajet dan tidak dibentangkan dalam Parlimen.

16. The money was borrowed. So it is not sovereign wealth but sovereign debt.


Bon yang diterbitkan menggunakan khidmat Goldman Sachs terlalu tinggi kosnya. Kadar faedah yang diberi 5.9% melebihi kadar biasa iaitu 3%.

18 - Selain itu, komisen 10% dibayar kepada Goldman Sachs. Ini bermakna 1MDB hanya mendapat 90% dari duit pinjaman bon tapi faedah yang dikenakan adalah atas 100% dana. Ini dengan sendirinya menaikkan kadar faedah menjadi 6.6%

Secara puratanya, faedah keatas jumlah hutang RM42 billion adalah RM2.5 billion setahun. ( ingat kos kewangan yang kita bincangkan sebelum ini ? )

Sejak 2009, aset2 1MDB tidak menjana sebarang pendapatan ( huh ??? )

Tun kemudiannya menyenaraikan aset2 yang telah dibeli oleh 1MDB -

1- Tanjong Energy yang sekarang dikenali sebagai Powertek Energy dibeli dari Ananda sebanyak RM8.5 billion. Harga ini jauh melebihi harga pasaran dan lesen pula hampir tamat.

2 - Genting Sanyen Power yang sekarang dikenali sebagai Kuala Langat Power Plant sebanyak RM2.3 billion. Juga mahal dan lesen hampir tamat.

3 - Jimah Energy sebanyak RM1.2 billion

4 - 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak sebanyak RM320 juta @RM64.00 psf. Bandingkan dengan tanah lain dikawasan sama yang nilainya RM7,000 psf ( kalaupun dinilai pada harga RM3,000 psf, harga tanah mencecah RM6 billion. Kerajaan sudah rugi lebih RM5 billion bila menjualnya pada 1MDB )

5 - 495 ekar tanah di tapak Sungei Besi airport ( projek Bandar Malaysia ) sebanyak RM363 juta @ RM91 psf. Nilai pasaran adalah  sekitar RM1,000 psf. ( kerajaan rugi RM20 billion )

6 - 234 ekar tanah di Air Itam Penang sebanyak RM1.38 billion @ RM135 psf. ( Terdapat lebih 1 ribu setinggan tinggal di situ ketika ini - pastinya akan melibatkan kos yang banyak bagi tujuan pemindahan dan gantirugi )

23 - Itu aset2 yang kita tahu dan jumlahnya RM14.7 billion. Mana lagi RM27 billion ?

24 - Lebih USD1 billion dibayar kepada PetroSaudi tanpa dibuat pengesahan nilai syarikat maupun aset yang dimiliki.

Mana bakinya ?

26 - Tun persoalkan pula duit yang dilabur di Cayman. Untuk tujuan apa dilaburkan di Cayman ? Berapa yang dibawa pulang ? Berapa yang dibawa pulang kemudian disimpan di Singapura ? Kenapa ? Dari mana ia datang ? Kenapa tidak digunakan buat bayar hutang RM2 billion ? Kenapa blok pertama dibawa pulang tapi blok kedua tidak ?

Kini bank berkenaan telah melaporkan kepada pihak berkuasa Singapura yang penyata itu bukan dari mereka dan ia tidak menunjukkan keadaan sebenar aset 1MDB. Jadi di mana perginya wang itu ?

27 - Jelas sekali yang 1MDB tidak mendapat pulangan dari pelaburan yang dibuat. Bukan saja 1MDB rugi, tapi kerajaan juga rugi lebihkurang RM25 billion dari urusniaga tanah.

28 - 1MDB telah membuat penilaian semula aset2nya kepada RM52 billion. Ini hanya kerana 1MDB telah membeli tanah kerajaan pada harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Tidak ada pendapatan selagi projek belum siap, hanya perbelanjaan.

29 - Kehilangan jumlah wang yang besar oleh 1MDB dan kegagalan menjawab serta menjelaskan tentang dana itu yang membuat Najib tidak layak menjadi PM.

PS- Saya nak komen sikit tentang jumlah aset 1MDB RM52 billion itu. Angka itu dicanang sebagai bukti kepandaian Najib dan team 1MDB dalam pelaburan. Kononnya dari modal RM1 juta saja kini sudah miliki aset RM52 billion berbanding hutang RM42 billion.

Nilai tanah harus diambil pada kos belian untuk kita buat penilaian sebenar apakah 1MDB benar2 bijak. Tanah2 itu tidak ada kaitan dengan bisness 1MDB buat masa ini. Bisness 1MDB setakat ini hanya IPP. 

Satu lagi, hutang 1MDB tidak ada kaitan dengan tanah2 itu.

Jadi kalau kita tolak peningkatan nilai aset RM25 billion ( mengikut pengiraan Tun sebagai kerugian kerajaan hasil menjual tanah kepada 1MDB ), bermakna, aset 1MDB ( tolak tanah ) cuma RM27 billion. 


RM27 billion aset itulah yang berkait rapat dengan jumlah hutang sebanyak RM42 billion ! Masih nak berbangga ?


Point ini akan saya tulis semula sebagai satu artikel lepas ni.


1MDB 

1. The management of Government finances is governed by laws, rules, regulations and practices. Companies also have similar systems but Government manages huge sums of money, basically the people’s money and it is imperative that the managers follow the laws, rules and regulations.

2. Corruption prevails in almost all Governments. But usually they involve relatively small sums. The work of auditors are supplemented by special anti-corruption authorities to ensure that as little as possible of Government money is misused, abused or basically stolen by the people authorised to manage it.

3. Governments can lose money through bad investments. We would know where the money is lost. But when huge sums of money disappear, then those entrusted with its management must answer for the disappearance. Disappearance is different from just losing. Disappearance is about money lost which cannot be traced. This can be because of corruption or theft.

4. In Malaysia the PM and DPM usually hold one extra portfolio. Usually the Ministry of Home Affairs and Ministry of Defence alternate between the two. Occasionally while waiting for suitable candidate, the Ministry of Finance is held by the PM. Dato Sri Najib however prefers to keep the Ministry of Finance under him all the time. He has appointed a second Minister of Finance. This is his prerogative of course, but he must ultimately be responsible for what happens to the country’s finances.

5. The first requisite for the management of Government money is the yearly budget. Prepared by the Ministry of Finance from feedbacks by all ministries and departments, the budget is first presented to the Cabinet. If passed it is then presented to Parliament.

6. Government is expected to spend money according to the budget. If the yearly budget cannot meet an urgent need of the Government, a supplementary budget can be presented by Cabinet to Parliament. Drafts of the budgets are prepared by officers of the Ministry. Government raises money through taxes and fees of all kinds. Government may own special businesses such as Petronas, which may contribute to the budget.

7. In Malaysia there is also off-budget-funds which may not be presented to Parliament but are still subject to scrutiny and approval of the Cabinet.

8. Cabinet papers are secret of course. But in the case of 1MDB the presentation to the Cabinet and approval by it seems to be unclear. There seems to be attempts to hide behind official secrecy.

9. What we do know is that 1MDB has as its advisor the Prime Minister and Minister of Finance. It is inexcusable that the management which is appointed by the PM would reject his advice. So like the British Advisor of old, the advice of the Advisor is a directive.

10. Since then three CEOs of 1MDB have resigned without explanation. Could it be because they could not accept the advice!

11. The Government invested one million Ringgit in the 1MDB. According to known records 1MDB then borrowed from various sources 42 billion Ringgit.

12. A company with 1 million Ringgit capital with no assets cannot borrow 42,000 times its capital with no collaterals. That 1MDB is able to do so is because of Government guarantees.

13. In other words it is Government which is borrowing the money. If 1MDB loses money, the Government will bear the loss. Yet the operation of 1MDB is not overseen by Government officers responsible for the management of Government funds.

14. Why has the 1MDB become controversial? What is wrong with 1MDB?



15. From the beginning it was wrong. It started off as an off-budget and it was not put before the Parliament.

16. The money was borrowed. So it is not sovereign wealth but sovereign debt.

17. The bond raised by Goldman Sachs costs more than is usual for Government borrowings. The interest rate at 5.9% was too high. Government loans usually attract about 3% or below.

18. In addition 10% commission went to Goldman Sachs which means that 1MDB gets only 90% of the money borrowed yet has to pay interest on 100%, raising the interest rate to 6.6%. Averaging at 6%, yearly interest on 42 billion Ringgit is about RM 2.5 billion. Since 2009 there has been no income from all the assets. And 1MDB had to borrow RM2 billion to pay the interest. The loan is now RM42 billion.

19. Total initial borrowings amounted to 42,000,000,000 (42 billion Ringgit). As far as can be ascertained the investments are as follows:

a. Purchase of Tanjong Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) from Ananda Krishnan for RM 8.5 billion. This is higher than market price. The licence was about to expire.

b. Purchase of Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) for RM 2.3 billion. Again high above market price. The licence was abut to expire.

c. Purchase of Jimah Energy for RM 1.2 billion.

d. Purchase of 70 acres of land in Jalan Tun Razak for RM320 million i.e: RM64.00 psf. Land last sold in the area was at RM7,000 psf.

e. Purchase of 495 acres of land in the former Sungai Besi TUDM airport (now known as Bandar Malaysia) about RM 363.5 million i.e: at RM 91.00 psf. Estimated value RM1,000 psf.

f. Purchase of 234 acres land in Air Itam in Penang RM 1.38 billion i.e: at RM135.00 psf.

20. It should be noted that TRX land is close to land recently sold at RM7000.00 psf. Assuming the market price is RM3000.00 psf the true value of this land is 6 billion Ringgit. The Government has therefore lost 5 billion plus because 1MDB paid only RM320 million.

21. With regard to the Sungai Besi Airport land, 1MDB paid 363.5 million Ringgit for 495 acres – i.e at RM91 psf. Assuming market price for this land is RM1000 psf. the Government lost approximately 20 billion Ringgit.

22. The land in Penang is of poor quality and has more than 1000 squatters. Yet 1MDB paid RM1.3 billion i.e at RM 135 psf.

23. These are all the purchases that are known. They all add up to RM14.7 billion. So there is approximately 27 billion Ringgit left.

24. More than 1billion US Dollars were said to be paid to Petro Saudi without verification as to the value of this company or its assets.

25. Where is the rest of the money?

26. A certain amount was registered in the Cayman Islands. What was the money used for? What was brought back to Malaysia. What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore. Why? Where was the money brought back from? Why is this money not used to pay the RM 2 billion interest. Why did Bank Negara allow the first tranche to be repatriated to Malaysia and not the second tranche. Now the Swiss bank has told the Singapore authorities that the document did not originate from them and does not represent a true account of the assets of 1MDB. So where is the money said to be registered in the Cayman Islands and is now brought back.

27. Clearly 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money but the Government has lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the Government is approximately 25 billion Ringgit.

28. 1MDB revalued all its assets at 52 billion Ringgit. That is because Government land was brought at far below the market price. It can only use this money to repay loans if it succeeds in selling them off as land or after development. Progress on TRX is very slow and there is no work on Sungai Besi land. No money will be generated during development; only outflows.

29. It is this disappearance of a huge amount of borrowed money by 1MDB and the inability to answer questions regarding what happened to the funds that disqualifies Najib from being Prime Minister of Malaysia.

Share this article :

+ comments + 51 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:39 PM

Sorry din lari tajuk sikit tapi nak bagi tahu....Punyalah kerajaan takde duit sekarang ni sampai anggota PGA berlatih menembak pun pakai mulut sekarang ni!takde peruntukan nak beli peluru.Adakah negara kita bakal atau sama seperti negara Greece??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:39 PM

Jawab la PM. Jawab la PM. Jawab la Menteri Kabinet yg selalu sokong PM. Jawab la Ketua Bahagian. Bagi penjelasan kepada Rakyat Malaysia. Nyatakan kebenaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:48 PM

Di kalangan pekerja swasta sekarang ni sibuk bercakap mengenai LHDN minta resit dan penyata income tax lama...habis dikorek macam kerajaan dah tak ada duit sangat.. Risau betul lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 5:54 PM

Ah jib hari ni berkata dia yakin bahawa dia tak keseorangan.. dia bagitau hadirin kat Invest Malaysia ekonomi negara akan terus kukuh tahun-tahun mendatang .. bagi rakyat yang merasa hasil kerja keras najib beberapa tahun ni:

1. Hutang negara bertimbun, penyumbang terbesar 1MDB
2. Kos sara hidup makin tinggi + 6% GST
3. Ringgit jatuh, susulan kejatuhan hrga minyak
4. Penurunan rating negara oleh Moody's dan Fitch

Jawapan ah jib untuk semua perkara di atas: Asas ekonomi negara masih kukuh.........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:00 PM

Kesannya????...rakyat masih boleh lepak kat warung2 minum teh dan main dam...yg muda pun sibuk dgn muto..keta...handset....apa ada kisah....bankrap mcm greece....petronas kan ada....jgn risau rakyat....undi nnt...mak ayah masih setia pd yg satu...the one n only maaaaa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:03 PM

saya dah lama rasa PM najib ni mmg tak boleh pakai.. maaflah tapi itulah yang dirasakan sejak awal dia menjadi PM, setiap kali beliau berbicara nampak sangat berlakon. Konon konon macam dia boleh pengaruh orang dia bagus dalam percakapanya .. dedap dengar tapi KOSONG KOSONG KOSONG.. isi takde.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:06 PM

nampaknya tony phua Berjaya menjatuhkan najib tanpa apa2 serangan pon....najib yg melingkupkan diri sendiri....tahniah najib kerana Berjaya menjadik contoh sebagai anak yg hanya pandai menghabiskan harta mak bapak malangnyew Negara m'sia bkn harta keluarga pm/pmdan rosmah...reti retilah merasa malu pd diri sendiri...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:07 PM

If you really care about our Malaysia. Go sign this petition https://www.change.org/p/najib-razak-rakyat-not-alone-najib-must-go

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 6:07 PM

Najib lah penyebab kemarahan rakyat...
Harga barang naik, menteri lembab pengiraan juga tindakan, cukai yg tak sepatutnya dan sekarang penyelewengan..
dan semua ni memaksa rakyat mempercayai apa saja tohmah mau pun fitnah terhdp kerajaan.. yg peliknya tak ada ke org umno yg pangkatnya tinggi ke depan melawan semua ini..? Cukuplah gst sengsarakan rakyat, kwsp pula menyekat hak rakyat utk guna duit sendiri... cukuplah 1mdb menjadi lubuk kaya bagi penyeleweng...

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 6:33 PM

Rasanya najib xkn letak jawatan dlm masa tdekat ni selagi 1mdb xda jalan penyelesaiannya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:35 PM

Apakah Shahrir Samad, Ketua Pemuda Umno da Ketua2 Bahagian masih tak buka mata. Buta mata ke buta hati. Inilah masa kalau awak semua sayangkan UMNO dan bangsa Melayu. Cantas Najib hingga keakar umbi.Najib dan Rosmah mesti di nyahkan dari politik Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:41 PM

undi bn hidup melayu.....

padan muka pengundu bn. umno pengkianat Negara dan Islam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 6:47 PM

1MBD sudah berjaya ditubuhkan sebagai equiti 100% kepunyaan Kerajaan Persekutuan, Malaysia. Tiada salah tentang penubuhannya. Matlamatnya apa sebenarnya? Itu yang kita persoalkan bukan nak mengungkit kemana perginya duit 1MDB. Itu perkara teknikal dan ia ada undang2nya. Apa yang dikesali adalah Tun M dari beberapa serkap jarangnya termasuk hasutan peribadi beliau sudah memfokuskan kpd 1MDB saja. Tun M menampakan kebodohanya, ketamakan kuasa dan iri hati terhadap PM Najib. Kita berbangga yang 1MDB kerana dgn hanya bermodal RM1 juta sahaja tapi dgn kekuatan kerajaan ia boleh mendapat dana berbilion dari Negara asing. Hebatkan Malaysia ini.

1MDB menyatakan ia telah menguasai IPP yang akan tamat tempoh lesennya. Ini adalah suatu perkara yang dibanggakan kerana kerajaan melalui 1MDB dapat menguasai balik janakuasa2 ini sebelum ia diambil oleh pehak swasta. Dengan itu kerajaan boleh menguasai tarif elektrik negara kepada yang lebih munasabah mengikut kehendak rakyat.
Jika 1MDB tidak mengambil alih IPP ini, ia akan pergi kepada kroni2 yang Tun M sendiri telah tubuhkan seperti YTL. Sudah tentu.

Asset dan tanah kerajaan juga berjaya diambil alih 1MDB untuk projek pembangunannya seperti Bandar Malaysia dan diAir Hitam, Penang. Tujuaannya bukan sahaja takut tanah itu tergadai kepada pehak swasta bahkan ia akan menjadi 'puteh mata' kepada orang Melayu yang tidak akan dapat memiliki rumah sendiri. Kemanakah kita nak tinggal kerana harga swasta lebih mahal dari harga PRIMA? Klau zaman Tun M ada kroni yang sanggup membeli tanah2 ini walaupun mahal.

Lihat diNegeri Selangor. Apa yang takut terjadi sudah terjadi. PKNS yang mempunyai bank tanahnya dari tanah kerajaan sendiri sudah menggadaikannya kepada kroni2 nya.
Projek pembangunan yang dibina tidak memberi faedah kepada orang Melayu yang dahagakan rumah sendiri. Lihat sahaja projek 'Datum' Datok Keramat dan Projek Babi.

TRX Projek tidak salah ia dijalankan dan wujudkan kerana ia melambangkan tahap kecekapan Negara kita menguruskan Urusan Kewangan diDunia ini. Ia memberi impak besar terhadap Malaysia dengan infra stuktur yang baik dan super struktur yang setanding dengan negara2 lain didunia. Tun M kata ia lambat. Disinilah terletaknya kebingongan Tun M dan terserlah kebodohannya. Maklumlah bila jadi PM semua mengikut kata penasihat atau advisor. Pembinaan adalah satu industri yang mengikut 'Time Management' dan ia akan disiapkan dengan mengikut polisi 'Construction Management' yang mana masa adalah faktor yang penting. Lambat siap akan melibatkan wang tetapi kalau cepat sangat pun ada wang yang mengalir seperti menambah pekerja, tenaga dan keselamat ditapak bina menjadi tidak terkawal. Jadi Tun M jangan kuatir tentang penyiapan TRX itu kerana ada pakar perunding yang menjaganya dan 1MDB tiada masalah untuk membayar projek itu.

Saya dapati Tun M ini sudah jauh melangkaui batasan. Adakah dia PM atau memang sebagai pasca PM itu berhak menegor PM lain.Jangan jadi satu kapal dua nahoda. Ada peraturan dan kebijaksanaannya dalam menegor PM yang sedang berkhidmat kpd rakyat. Rakyat bolih menilai dan rakyat tahu mana yg baik dan mana yang buruknya. Tun M ketinggalan zaman dan sudah tidak mengetahui sebenarnya selok belok perancangan kabinet dan kesan kebermuapakatannya. Menerjah dari luar memang lah senang. Timbul juga masalah Tun M yang mengatakan hasrat Malaysia 2020 tidak akan tercapai. Itu zaman Tun M bolehlah tapi zaman ini lain pula keadaanya. Apa yang nak diburu2kan. Takutkah Tun M yang cita2 Tun M terkubur begitu saja seperti projek Langkawi?

Ingatlah Tun M mengeluarkan dan memulakan isu sentimen yang amat serious bagi orang Melayu. Kita boleh berpecah dan Negara akan jahanam. Yang rugi siapa. Mestilah bukan Tun M kerana Tun M hanyalah masyarakat biasa. Orang Melayu yang akan merasa kerugiannya yang mana kuasa orang Melayu akan hilang diatas tindak tanduk Tun M yang bodoh itu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 7:12 PM

@Anonymousrasa nak menangis baca komen saudara. .... betullah kata Najib yang dia PUN tak keseorangan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 7:24 PM

Saya pun nak join menangis sekali bro din.. huhu

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 7:32 PM

Hahahah..anonymous..apa yang kau merepek ni labu..

kalau rasa Tun M menghasut..gi la buat report polis..akta hasutan masih ada ahjib x sempat nak abolish

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 7:36 PM

Rasa nak nangis sampai terguling guling..... memang ramai yang bodoh bangang rupanya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 7:39 PM

Sekarang ni kau faham x apa yang kau tulis??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 7:46 PM

din tolong tulis kepada najib apa itu Erti PERNYESALAN dan SYOK SENDIRI...Sayang tun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 8:14 PM

salam en din,
sebenarnya pm najib boleh buat yang terbaik untuk rakyat seperti tun abdullah telah buat; berundur. Klu itu yg dibuat, maka itu lah jasa paling besar pm najib telah buat untuk rakyat.
Bg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 8:29 PM

Aku nak tunggu spin dari MYKMU, blogger pengampu. Juga mereka2 yang lain yang sekian lama mintakan bukti walaupun jelas Tun hanya kemukakan persoalan yang mereka spin hingga merupakan tuduhan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 8:42 PM

Rasa nak gelak la oiii... boleh plak die kata tun bengong...hahah penjilat najib kau pandai sgat ha?ko tau ke x apa tun da buat kat malysia ni... kenapa ko still buta xnampak apa najib buat skrg??pembaikan kah atau kehancuran... tun cek tau hutang 1mdb...siapa kenal tun bliau amat teliti...xpela teruskanla menyokong najib sampai ko dgan najib ko rebah ke tanah...gembira la.dgan kata 2 najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 8:56 PM

@Anonymous

Anon 6.47pm. Cara penulisan kau nampak macam cerdik tapi akhirnya terserlah kebodohan melampau. Tak faham maksud yang tersirat. Gamoknya kau ni tak reti baca artikel 1MDB tu dalam bahasa Inggeris kot? Ni ha aku bagi link artikel 1MDB yang dah ditranslate ke bahasa melayu.

http://musramrakunman.blogspot.com/2015/04/bagaimana-wang-1mdb-lesap-menurut-tun-m.html

Kalu kau nak artikel ni dalam bahasa Tamil atau lain-lain, nkau copy paste je dalam Google Translate.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 9:02 PM

Cmna pula cerita mengenai kekayaan keluarga jib tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 9:44 PM

Rakyat termasuk TDM nak tau satu bnda je. Mana hilangnya duit 1MDB tu.. kejap kat Cayman, kejap kat Singapore, kejap kata jgn rsau duit byk, boleh bayar hutang 42 bilion.. kejap mnta gomen bailout.. Rakyat nak tau kalau byk duit, tunjuk duitnya.

Yang ko merapu pasal time management, construction management itu nape?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 9:45 PM

Saya ingin tahu adakah semua pelajar yang mendapat semua A+ dalam spm layak menerima biasiswa tanpa mengira pendapatan keluarga? Najib menyenangkan lagi mereka yang kaya. Sebab itu malaysia tak ada duit. Ingat murahke perbelanjaan menanggung pelajar di luar megar? Statement bersifat populis dari seorang desparate pm - semua yg dapat 9a+ bakal mendapat biasiswa. Kerajaan menyenangkan lagi hidup pengundi dap. Terguling ketawa lks. Bertambah berbeza jurang pendapatan antara kaum di malaysia atas inisiatif pm ah jib gor. Perlu diingatkan selalu pada beliau, tanpa orang melayu beliau tak akan merasa jadi pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 23, 2015 at 9:48 PM

Jawapan standard pro Najib dalam semua persoalan - "Jambatan Bengkok"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 9:55 PM

Yg klakarnya kat tv3 si najib kata dia xsunyi n tidak keseorangan...hahah mcm bdak2.... ko sorang aku ramai org kawan dga akuu...weeekk xda org nak kwan dgan ko.... itula najib... serangan terhadap tun hahahahhah

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
April 23, 2015 at 9:59 PM

Anon 6:47 tak ubah macam kutu berahak mabuk ketum.

Katanya "Asset dan tanah kerajaan juga berjaya diambil alih 1MDB untuk projek pembangunannya seperti Bandar Malaysia dan diAir Hitam, Penang. Tujuaannya bukan sahaja takut tanah itu tergadai kepada pehak swasta bahkan ia akan menjadi 'puteh mata' kepada orang Melayu yang tidak akan dapat memiliki rumah sendiri. Kemanakah kita nak tinggal kerana harga swasta lebih mahal dari harga PRIMA? Klau zaman Tun M ada kroni yang sanggup membeli tanah2 ini walaupun mahal."


Tanah-tanah yang dibeli dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran?? Adakah itu satu tindakan yang bijak? Adakah Kerajaan yang ada sekarang ini terlalu BANGANG untuk membezakan harga pasaran RM7,000.00 sekaki persegi dengan harga jualan RM64.00 sekaki persegi? Atau harga pasaran RM1,000.00 sekaki persegi maka dijual pada kadar RM91.00 sekaki persegi? Ini bukan BODOH lagi dah... Ini dah sampai tahap INCOMPETENT.

Tegadai kepada pihak Swasta? 1MDB bukan swasta ke? Dimana pula buktinya bahawa 1MDB membeli tanah di Air Hitam untuk dibina rumah bagi rakyat?
Kalau benar sekalipun "Kroni" Tun membeli tanah tersebut dengan harga lebih tinggi, bukankah ianya menjana pendapatan yang setimpal bagi negara dan bukannya bertambah rugi seperti sekarang.

Nak membodek pun AGAK-AGAK la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 10:45 PM

Perdana menteri adalah Najib menteri kewangan adalah Najib dan jadi pengurusi/penasihat 1MDB adalah Najib. Jelas sekali melalui jawatan itu mampu menjadikan Najib seorang ketua perompak paling popular dikalangan pemimpin UMNO Baru yang dijamin oleh kerajaan Malaysia.

Apakah setelah Tun berjaya menyingkir Najib dari kerusi perdana menteri maka pengganti Najib nanti mampu mendapatkan semula duit yang dicuri oleh 1MDB atau orang itu juga serupa..... akan melarikan duit rakyat keluar negara dengan cara baru sebagai urusan rutin bagi semua pemimpin UMNO Baru ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 11:01 PM

Bukan pengampu tapi cari makanlah. Kalau tidak tak boleh bayar ansuran kereta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2015 at 11:41 PM

Anoy 6.47. Aku masih tak sangka ada jgk budak bodoh mcm ko ni yg pandai publish comment. Rakyat Malaysia tak peduli pasal construction management. Org nak tau duit pergi mana??? Ko tak faham bahasa ke? Yg kau pergi spin tajuk apsal. Apa laaaa. Kartun la ko ni. Apa pun bro din. Tq la sbb publish comment tu. Sekurang2 nya kita tau jgk ada pencacai yg kartun macam tu dok pantau blog ni. Hahahaaa

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2015 at 11:43 PM

Satu perkara yang aku masih tak faham ialah, Tun hanya bertanya dan untuk membantu, Tun hurai dengan angka dan fakta... Tugas PM, ialah tolong jawab apa yang ditanya, jawab dengan jelas...

Kalau Najib dapat jawab dengan jelas dan tepat...Tun sudah tidak ada isu, kita pakat ramai2 sokong UMNO yg diketuai Najib.

Pecacai Najib tolong diam, jangan merapu dengan pelbagai teori dan tuduhan longkang. Rakyat nak dengar dari mulut Najib sendiri dan sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 23, 2015 at 11:59 PM

@Anonymous

Anon April 23, 2015 at 6:47 PM
Ini semua alasan bukan jawapan!

Duit tu mana ???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 2:27 AM

Bro Din,setakat Ah Jib Gor resign tak cukup utk win balik yakinan rakyat utk memenangi PRU14. Rakyat nak juga tengok bagaimana BN/UMNO menghukum Ah Jib Gor dan semua yg terlibat dlm fiasco 1MDB ni.

The TRUE test of BN/UMNO to earn back creditability ia lah ada kah ahli2 UMNO sanggup mengambil tindakan terhadap Ah Jib Gor for plundering duit negara or UMNO membuat 'horse trading" dgn Ah Jib Gor 'if you resign,we let go with any punitive action. Jika ini berlaku next election Pembangkang akan memang besar kerana rakyat akan punish UMNO for letting Ah Jib Gor dari kesalahan dia. Dia sudah tidak boleh lari dari issue ini,jika UMNO lepas dia,rakyat akan beri kuasa kpd pembangkang sebagai Federal Government utk tangkap Ah Jib Gor. .Its now a catch 22 for UMNO. Kalau lepas seorang (Ah Jib Gor) keseluruhan parti UMNO akan di reject oleh rakyat nanti semasa PRU14.

Dari segi breach of procedures semasa approval project MEGA 1MDB ini ,tak hairan kalau arwah JJ yang menasihat Ah Jib Gor to use kuasa dia ala American Style utk approve project 1MDB ini. Tak hairan kalau JJ pun ada vested interest dlm IPP yg di beli oleh 1MDB dgn mahal ini. Dengan permegian JJ the kingmaker for Ah Jib Gor,dia sudah jadi ayam ibarat tak ada kepala or a headless chicken.

Apa pun niat arwah JJ nak tolong anak Rosmah si Reza sekarang sudah jadi pekung yg besar sehingga issue si Deepak the carpet seller pun orang tak kesan.Issue si Mumtaz lagi orang dah tak ingat lansung sekarang.

UMNO has NOW come one FULL circle . Kes Perdana Menteri Ah Jib Gor menyalah guna kuasa utk keluarga is the pinnacle of the legacy of UMNO,and for its survival it must punish or sacrifice Ah Jib Gor to EARN back its creditability if not Ah Jib Gor will go down in history as the LAST UMNO man to be the Prime Minister of Malaysia.

Fall,he will FAll,kalau tak by UMNO members, it will be be the public votes in the next PRU14. Mark my word!!!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 2:31 AM

Itu loit sudah tatak kawan..apa macam wa mau cita sama itu tun.. wa atak kasi itu wang sama suma kuat punya olang kasi mulut tutup ma.. kuat punya kawan atak babut..duduk tiam tiam..tapi itu muda punya olang manyak cilaka..dok tiam tiam lawan mau kasi wa mati lol..

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 8:03 AM

Naik LRT jee

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 8:09 AM

Gali lagi.. Next month minyak naik..
June dengarnya nak bikin fund syariah...
Ngan CIMB apekenamanye.. Tolong confirmkn...

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 8:20 AM

Mcm crite org kontrektor jee.. Baru dpt job kot...
Ooiit... Another mas.... Kok pekerjanya ya mas... Banyak dari seberang...?
Apa in mandur nyea.. Pak Maslan..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 8:30 AM

errrr let me think.. zzzzz..M tidur.. then besok pi office buat Press statement... Jawapan nya..'ASSET MORE THEN LIABILITY why worries..Then a question from journalist where;s the other 27Billiion.. Jawab nya.. Asset more than liabilites... no worry .. ekor-no-money is good.. bye.. then balik tidur fikir ;; mana 27 billion tu...

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 8:31 AM

Mcm komen kontrektor.. Baru dpt job kt TRX ke.?
Maafin saya ya mas... Kok APA bener..?
Mandur nyea.. Nama in apa ya..?
Kok pak Maslan...
Mau bagi brapa bintang iya mas...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 9:03 AM

dulu...ada budak muda buat filem..entah apa tajuk filem tu..musang di Jalan Dinding ke ape entah..kononnya modal buat filem cukup besar...orang tanya dari mana..kononnya outside fund..

kini...orang tanya lagi...mana lagi 27beliyon? macam ada kaitan lah pulak kan? hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 9:06 AM

betul.
LHDN skrg berusaha korek sebanyak mungkin.
teruskan menganiaya rakyat wahai kerajaan dan LHDN.doa orang dianiaya akan kena kepada kamu.
kenapa rakyat kata menganiaya? sebab kamu pungut cukai bukan untuk kebaikan dan maslahah umum. kamu pungut cukai untuk cover kebejatan kerajaan. itu namanya menganiaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 9:08 AM

asas ekonomi kukuh ke, negara di landasan betul ke..

rakyat macam kami ni tak peduli sangat. yang penting jangan korek wang hasil titik peluh kami dengan cukai dan GST yang melampau!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 9:12 AM

hang ni faham ke tidak intipati yang dibincangkan?

atau hang ni faham ke tidak pasal ekonomi?

tak selidik lagi apakah model bisnes 1MDB tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 9:43 AM

Jemuan mykmu yang mana satu yang tulis ni? J ke, M ke atau C?

Tun tak tau time management? Contruction management? Tun dah managed the country successfully.

Beli tanah utk pastikan pegangan pd melayu? Lepas tu nak jual property cari foreign investor. Tanah pula direvalue tinggi ....berapa org melayu yg boleh beli?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 9:53 AM

Bikin filem ni boleh meletop...
Riza Aziz tolong buat filem ya....make sure box office....Wolf of mof or pmo.ot wolf of apa2 aje.....mana tau dpt return rm42 billion...bole recover duit rakyat yg lesap tu...

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 10:54 AM

Bro din......
Kenyataan BODOH yg paling hebat pernah gua jumpa.....oleh org paling BANGANG d bumi bertuah ni.
Ni kontraktor?

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 11:09 AM

Jom ramai2 sign petition. https://www.change.org/p/najib-razak-rakyat-not-alone-najib-must-go

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 11:14 AM

Kapten kapal yang baik bila dia menyedari kapalnya sudah bocor, walaupun cuba berhempas pulas membaiki tapi tidak berhasil, maka akhirnya dia beri arahan kepada anak-anak kapal "abandon ship". Dia orang terakhir yang meninggalkan kapal tersebut setelah pasti tiada siapa yang tertinggal.

Kapten yang gagal pula bila jurumudinya yang berpengalaman luas dalam ilmu pelautan menasihatinya agar segera keluarkan arahan "abandon ship", tapi dia tetap berdegil. Tetap teruskan pelayaran merentas samudera. Pengakhirannya, kapten kapal bersama seluruh anak kapal lemas ditelan ombak ganas. Kapalnya itu karam, terbenam dalam dasar lautan hanya tinggal sejarah.

The ship is sinking.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 6:24 PM

anon tu cuba nak spin and divert tp tak menjadi....sebaliknya terserlah kemoronannya.
sama la dgn boss dia...rakyat tanya 1mdb altantuya...dia jwb jambatan bengkok.
tak ke moron

Post a Comment