........... Che Det Bertanya Pro Najib - Adakah Anda Sokong RM42 Bil Lesap dan Jho Low ? Jom Teriak - Hidup Jho Low ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Che Det Bertanya Pro Najib - Adakah Anda Sokong RM42 Bil Lesap dan Jho Low ? Jom Teriak - Hidup Jho Low !

Thursday, April 9, 201555comments


Phew .... baca tajuk artikel terbaru chedet - Supporting Najib atau Menyokong Najib. ingatkan Tun Mahathir sudah flip flop, buat U-Turn ..... rupanya Tun kritik para penyokong Najib ! 

Saya terjemahkan lebihkurang -

Saya tidak minta sesiapa pun menyokong saya tapi saya ingin meminta mereka yang menyokong Najib supaya mengisytiharkan sama yang mereka juga menyokong 1MDB, pinjaman 1MDB sebanyak RM42 billion dan kegagalan Najib menjawab di mana wang itu berada ketika ditanya.

Adakah mereka juga menyokong pelaburan 1MDB di Cayman ? Menyokong wang itu kemudiannya disimpan di bank di Singapura atas alasan peraturan Bank Negara yang menyusahkan ?

Adakah mereka menyokong keputusan kerajaan menjual tanah utama ( prime land ) di KL kepada 1MDB pada harga yang terlampau murah yang kemudiannya dibuat penilaian semula oleh 1MDB dan menyokong pembelian IPP pada harga yang melebihi pasaran ?

Tun Mahathir turut menyentuh khabar angin ( sepertimana artikel saya sebelum ini - KLiK ) yang 1MDB bakal menjual tanah berkenaan kepada syarikat milik kerajaan yang lain pada harga yang jauh melebihi harga belian dulu.

Pendek kata - Apa dah jadi pada pinjaman berjumlah RM42 billion itu ? Kenapa perlu pinjam lagi RM2 billion untuk bayar interest ? Dan kenapa kerajaan perlu bantu lagi hampir RM1 Billion untuk bayar hutang 1MDB ? 

Jika di campur kedua pinjaman baru itu, bermakna jumlah hutang 1MDB sudah mencecah RM45 billion !

Dan jika mereka menyokong Najib dan tindakan2nya, bermakna mereka juga menyokong Jho Low ....yang begitu rapat dengan Najib sehingga meletakkan kepercayaan tinggi bagi mengurus wang 1MDB.

Saya hanya meminta Najib menjawab soalan2 mudah tapi sebaliknya Najib meminta orang menyokongnya.  Adakah sokongan mereka ini menunjukkan yang mereka juga menyokong kehilangan RM42 billion ? Jika mereka tak kisah, maka tidak perlulah untuk menjelaskan dimana wang itu.

Dan jika iya juga, silalah beritahu Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir dan KJ supaya diam !



SUPPORTING NAJIB

1. As a result of the exposure regarding the Altantuya case and 1MDB, Najib is now getting pledges of support from UMNO division heads, BN, MIC, Senators and all kinds of groups. This is what the mainstream press reports.

2. I am not asking anybody to support me. But I am going to ask all those who support Najib to declare they all support his 1MDB, 1MDB borrowing 42 billion Ringgit and his inability to answer where the money is when asked.

3. Do you also support keeping billions of Ringgit in Cayman Islands? Do you also support that having brought back the money, it must be kept in a Swiss Bank in Singapore. Do you also support the explanation that the money cannot be brought back to Malaysia by the Prime Minister and Minister of Finance because Bank Negara will ask too many questions
4. Do you support purchase of Government land in KL at far below market price, revaluing it to make it your asset while buying power plants from the private sector at well above market price.

5. Now there is a suggestion that this land be sold to Government companies at inflated prices so as to pay the billions borrowed by 1MDB.

6. If this sale is in order to pay 1MDB debts, that means that 1MDB which borrowed 42 billion cannot pay its debts from its investments, that it has lost the billions.

7. So what happened to the 42 billion borrowed? Why must 1MDB borrow 2 billion to pay the interest? Why must Government make available almost 1 billion Government money to pay 1MDB debts?

8. These two borrowings by 1MDB means it now has a debt of 42+3 billion = 45 billion.

9. Supporters of Najib must also support Jho Low who managed 1MDB money who is a friend of Najib like Daim is my friend. They must also be friends of Jho Low to have so much faith in him.


10. I asked Najib simple questions but instead of answering the questions he asked people to support him. I would like to ask the supporters whether their support means the disappearance of 42 billion Ringgit is okay, that there is no necessity to at least explain where the money is. If you do, go tell Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad and Khairy Jamaluddin to shut up.


PS -  Penyokong ahjibgor juga merupakan penyokong Jho Low ?

Dari Helenang

Share this article :

+ comments + 55 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:13 PM

Adakah mereka juga menyokong pelaburan 1MDB di Cayman ? Menyokong wang itu kemudiannya disimpan di bank di Singapura atas alasan peraturan Bank Negara yang menyusahkan ?
--------------------------------------------------------

Mengapa tak simpan dana yang dikeluarkan dari Cayman Island itu di Maybank Singapura dan mengapakah simpan di BSI Singapore Ltd.?

Hingga kini tak ada penjelasan, hanya sokongan membuta tuli sahajalah yang diberikan. Malahan dari pada 154 ketua bahagian UMNO yang hadir dalam perjumpaan dengan Najib yang kononnya telah memberikan penerangan panjang lebar berjela-jela dengan maklumat yang sangat terperinci mengenai 1MDB hingga semua 154 ketua bahagian itu sangat faham mengenai 1MDB, dari jumlah semua itu, tak ada seorang pun yang dapat menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada 1MDB berdasarkan soalan dari Tun Dr. Mahathir itu.

Kita juga musykil apakah perjumpaan antara Najib dengan 154 ketua bahagian yang kononnya faham sangat dengan 1MDB itu diberikan penerangan mengenai 1MDB atau diugut supaya menyokong Najib atau sekadar datang tengok rancangan kartun doraemon atau tom and jerry kemudian masing-masing mengaku kata faham sangat pasal 1MDB sedangkan mereka tak tahu apa-apa pun pasal 1MDB itu, hanya sokong buta tulis sebab Najib dah beri arahan sambil menonton rancangan kartun doreemon atau tom and jerry itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:14 PM

Mana ada. Kitorang bukan jenis konsisten sokong najib. Sokong jenis babi buta bukan test kitorang. Kalau kitorang balun najib, kesannya tak seberapa. Kitorang bukan siapa2. X memberi impak kpd partipun. Tapi kalau tun yg melalak, tun balun kiri kanan, tun tanya tak henti sampai najib tersedak siang malam maka implikasinya parti separuh akan.rosak. Yg konsisten dgn najib akan berperang dgn protun. Umno berpecah dua. Itupun tun tak paham ke? Dah berguni balun najib, kini peluru nak hala pd kitorang pulak ke. Kitorang tak setuju cara negarawan mcm tun menyerang pemimpin negara mcm tu...

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 5:16 PM

@AnonymousShahrir katanya mewakili BNBBC akan tolong jawabkan .... tak jawab juga

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 5:21 PM

@AnonymousAdakah saudara juga sokong cara ahjibgor yang TIDAK BERANI MENJAWAB ?

Paling tidak saudara dan rakan2 yang pro ahjibgor kenalah minta ahjibgor bersuara bukannya diam membisu sambil mengerahkan askar2 menyerang Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 5:25 PM

Itulah Din. . Selama ini aku ingat kata kata Tun tentang umno hanya dianggotai oleh orang orang kurang cerdik tu gurauan saja. Namun isu 1MDB ni telah menunjukkan memang bukan setakat ahli umno yang kurang cerdik malahan pemimpin yang ada lagi teruk kecuali satu dua kerat. Yang lain tu bodoh sebodoh bodohnya. ...mungkin diaorang tu nak c najib jd pm sampai mati kot. .Kalau mahu najib terus jd pm untuk dapat telur emas takkanlah pengganti najib tak dapat bagi telur emas juga. .jangan saja hari ini dapat telur emas namun lepas pru14 nanti ramai ramai KB umno dapat gelang emas dengan rantai kaki emas pula. .Tak dapat dibayangkan warlord warlord umno naik turun court kes rasuah khianat negara bersama sama pm kesayangan mereka. .Apalah sangat telur emas najib kalau takat mampu jadi pembangkang dari tirai besi saja nanti. .Gunalah akal yg ada lagi sikit sikittu wahai KB umno oiiiiii.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:28 PM

Imelda .. imelda .. ilmelda

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:30 PM

salam bro din turtle...

saya ini tak pandai tentang perihal korporat, boleh tak bro din turtle jelaskan mengikut pengetahuan dan kefahaman bro sendiri supaya dapat menyakinkan saya yang duit 1MDB sebanyak RM42 billion itu sudah lesap?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:33 PM

Anon April 9, 2015 at 5:14 PM, ini bukannya ada kumpualn pro Tun Dr. Mahathir nak berperang dengan kumpulan Najib, isu utama adalah KEPERLUAN Najib untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir, kerana soalan-soalan yang sama jugalah yang ditanya oleh rakyat Malaysa termasuk ahli-ahli UMNO di akar umbi, malahan ketua-ketua cawangan di akar umbi pun dah tak berapa percaya dengan Najib sekarang ini.

Punca ketegangan adalah bukannya sebab Tun Dr. Mahathir bertanya kepada Najib, tetapi kerana keengganan Najib untuk menjawab persoalan itu, malahan Tun Dr. Mahathir bertanya bukanlah suka-suka syok sendiri macam Najib yang suka-suka syok sendiri itu, tetapi Tun Dr. Mahathir bertanya kerana isu yang disoalkan itu adalah berkaitan dengan kepentingan Malaysia dan kelangsungan kuasa politik Barisan Nasional.

Puncanya sebab Najib degil tak mau jawab soalan, nak lepas tangan dengan penuh rasa tak bertanggungjawab, inikah pemimpin yang boleh diharapkan? Memang tak boleh diharap langsung.

Malahan ditambah lagi dengan penyokong Najib yang menyokong membuta tuli tanpa ada maklumat yang betul, maka keadaan makin cacamarba kerana penyokong membuta tuli Najib inilah.

Malahan hingga kini tak ada penjelasan, hanya sokongan membuta tuli sahajalah yang diberikan. Malahan dari pada 154 ketua bahagian UMNO yang hadir dalam perjumpaan dengan Najib yang kononnya telah memberikan penerangan panjang lebar berjela-jela dengan maklumat yang sangat terperinci mengenai 1MDB hingga semua 154 ketua bahagian itu sangat faham mengenai 1MDB, dari jumlah semua itu, tak ada seorang pun yang dapat menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada 1MDB berdasarkan soalan dari Tun Dr. Mahathir itu.

Kesimpulannya adalah Tun Dr. Mahathir tak menyerang Najib pun, Tun Dr. Mahathir tak fitnah Najib pun, sebab dalam blog Tun Dr. Mahathir tak ada pun Tun Dr. Mahathir tuduh Najib bunuh Altantuya, tak ada pun tuduh Najib menggelapkan wang 1MDB berjumlah RM 45 bilion itu. Tun Dr. Mahathir hanya meminta Najib menjelaskan isu ini kerana ramai rakyat termasuk ahli akar umbi UMNO dan parti komponen Barisan Nasional sendiri telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu 1MDB ini.

Maka Najib hanya perlu beri penjelasan, maka selesailah masalah, jika hanya mendiamkan diri, lepas tangan, kemudian kerahkan penyokong membuta tuli memberi komen-komen yang sangat dangkal dan memalukan, maka ia hanya akan menyebabkan Najib akan dipadang rendah sebagai pemimpin yang tak bertanggungjawab, tak berguna, tak boleh diharap serta pengkhianat. Najib perlu jelas ini semua.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 5:35 PM

Tun menyalahkan ahjibgor kerana gagal dalam isu2 yang disebut. Jadi secara logiknya, mereka yang menyokong ahjibgor dalam kes ini juga menyokong cara Najib menangani kes2 berkenaan.

Itu logik hujah Tun.

Maknanya kepada mereka yang sokong ahjibgor tapi tidak sokong tindakan2nya seperti yang disebut, haruslah ikut sama meminta ahjibgor menjawab supaya sokongan itu tidak dilihat sebagai sokongan membabi buta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:36 PM

Najib akan terus membisu seperti lembu kerana dah kena "check mate" dengan soalan2 maut Tun M. Pada PRU ke 14 nnt pun kami rakyat marhaen akan bisukan Najib dan BN. Kami rakyat yang pencacai ni pun mau dengar explanation dr Najib,tapi sampai la ni senyap tupoh. Soalan2 Tun M juga dah buat Najib "caught with his pants down". Mana2 ahli UMNO,Menteri2 Bongok Najib dan kaki penjilat akan terus menyokong dia, pada aku elok la perabih lagi duit2 rakyat tu. Itulah sifat2 "kebangangan" ahli UMNO dan BN sekarang. Aku takkan undi lagi BN kerana everthing has come to the END. Tanya soalan2 pun tak mau jawab camne nak manage Malaysia nnt. Useless BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:36 PM

Dah jadi tambah kalut dan serabut issue ini. Admin sangat konsisten dengan topic Tun. Iaitu menyoal (saya tak fikir tuduhan). Kenapa pulak mereka diluar sana mengalihkan cerita? TPM siap boleh mintak Tun beri peluang pada Najib mentadbir cara sendiri. Bodoh ker aper nsmanya nih? Kalau nak ampu pun tengok2lah. Jangan pulak pakai angkat jer srdangkan yang diangkat itu adalah najjis.

Ada pulak blogger yang keluarkan balik klip video lama dengan menyindir Tun yang sendirinya ungkapkan "Melayu Mudah Lupa". Klip video yang menayangkan Najib bersumpah tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Jelas sangat askar askar Najib gelabah dan hilsng arah. Tun tidak menuduh Najib tapi ingin tahu SIAPA yang berikan arahan?

Tak paham dah.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 5:36 PM

I luv 1mdb
I luv gst
I luv rosmah
I luv pm
Perrgh...mcm bodek je kenyataan aku ni.
Bukan BABI buta tuli tau..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:45 PM

April 9, 2015 at 5:30 PM, tak apalah saya tolong jawapkan.

Sebagaimana jam omega Anwar, Azizah, Nurul dan kuncu-kuncu Anwar kata jam itu dalam ismpian mereka, jika tidak dapat menunjukkan jam itu, maka di manakah jam itu berada sebenarnya.

Begitu juga dengan Najib, 1MDB kononnya berjaya dan hebat sangat, tapi bila disuruh jelas dia larikan diri dan bersikap lepas tangan, malahan tak dapat buktikan apa dah jadi dengan RM 42 bilion itu, maka ada sesuatu yang tak kena yang memerlukan Najib jawab isu ini.

Saudara hanya perlu menunggu Najib jawab mengenai isu ini, masa itu tahulah saudara apa dah jadi dengan RM 42 bilion itu. Kalau nak cepat kena desak Najib dedahkan segara.

Isu ini bukanlah untuk kepentingan diri sesiapa, isu ini adalah isu negara, wang pelaburan 1MDB itu adalah wang milik Kerajaan Malaysia, bukannya wang peribadi milik Najib, Shahrir Samad, Khairul Azwan Harun, Mahadzir Khalid, Lokman Nor Adam, Syed Ali Al Habshee, Mustapha Yaakob, Maximus Ongkili, Salleh Keruak, ataupun 154 ketua bahagian yang kononnya faham sangat pasal 1MDB tetapi mereka sendiri tak tahu jelaskannya. Ini adalah wang Kerajaan Malaysia, adalah sangat melampau jika wang sebanyak itu hilang lesap entah ke mana. Dengan wang sebanyak itu beribu buah rumah kos rendah boleh dibina untuk rakyat, beratus buah hospital boleh dibina, beratus buah sekolah boleh dibina. Oleh itu ini melibatkan kepentingan negara, bukannya suka-suka hati mengkritik sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 5:48 PM

@AnonymousTun menyindir melalui penggunaan perkataan lesap itu sebab terlalu sukar bagi pihak kerajaan untuk beri penjelasan.

Contohnya duit cayman .... 60% dah lesap .... kononnya bayar option pihak dari abudhabi. Bukannya beli sesuatu yang boleh kita lihat tapi bayar satu pilihan.

Bakinya di bank Singapura yang ramai sudah mempertikaikan kewujudannya.

Satu lagi contoh tanah yang dibeli murah dari kerajaan yang kemudiannya ( mungkin ) akan dijual dengan harga pasaran..... beza harga jualan - harga belian itu sepatutnya jadi untung tapi kalau digunakan buat bayar interest, ia juga dianggap lesap.

Berapa billion yang lesap dalam bentuk interest dan perkara2 yang intangible ?

Katakanlah aset dijual kepada glc bagi bayar hutang, bayangkan berapa banyak wang yang mampu dijimatkan dari awal sekiranya 1MDB ini tidak diwujudkan langsung ? Berapa billion dapat dijimatkan kalau dari awal lagi diserahkan projek2 itu kepada GLC sedia ada ?

Disebabkan kegagalan 1MDB, rakyat menanggung kerugian berbillion RM dalam bentuk interest dan lain2 ...... termasuk kehilangan kredibiliti di dunia kewangan.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:49 PM

Zaman Tun M dulu memang ada buat bermacam2 projek mega seperti Putrajaya, KLCC, KLIA, Cyberjaya dan SIC yang nilainya berbilion ringgit. Tapi, meskipun ketika itu negara berbelanja berbilion ringgit, rakyat tak terasa walau sedikitpun terutamanya dari segi bebanan kos sara hidup. Ketika itu mana ada peniaga yang berani nak naikkan harga barang sesukahati. Harga minyak dan tarif elektrik pun terkawal. Semuanya under control. Rakyat tak terbeban dan tak rasa kesempitan pun kerana kita punyai PM yang prihatin dan bijak ketika itu.

Cara Tun M nak ambik hati rakyat adalah kerajaan sama sekali tidak akan kacau poket rakyat walau dalam keadaan apa sekalipun. Tun tak usik pon poket rakyat biarpun negara berbelanja besar ketika itu dengan pembinaan projek mega. Tapi di era Ah Jib Gor, bukan sekadar dah kacau poket rakyat, malah sehingga kering-kontang poket rakyat dibuatnya. Macam manalah rakyat tak marah ngan kerajaan. Tak pasal2 UMNO dan BN menerima tempiasnya. Kita akan kehilangan ramai pengundi dalam PRU akan datang gara2 silap dalam pengurusan kewangan negara bernilai berbilion ringgit.

Penyelesaian terbaik ialah Ah Jib Gor dipersilakan supaya meletakkan jawatan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Saya sayangkan UMNO tapi tidak presidennya. Ini kerana pemimpin UMNO boleh datang dah pergi tapi UMNO tetap kekal selamanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 5:59 PM

Wahai penyokong2 Ah Jib Gor sekalian, jangan sesekali nak memfitnah ayahanda kami Tun M. Ayahanda Tun M mempunyai 22 tahun pengalaman dan otaknya amat bergeliga sekali jika nak dibandingkan dengan berpuluh2 penasihat yang berlegar di sekeliling Ah Jib Gor. Penasihat free macam Tun M seorang pun dah cukup untuk memberi nasihat terbaik tanpa perlu dibayar berjuta2 pun. Inilah yang peliknya, nasihat free taknak ikut. Nasihat berbayar jugak yang nak diikutnya. Masalahnya, penasihat2 berbayar itulah yang selama ini banyak mengeluarkan idea yang menyusahkan rakyat. Terpulanglah pada Ah Jib Gor sama ada nak dengar nasihat Tun M atau tidak. Cuma yang pastinya, jika ada sesiapa jua yang berani nak mendakwa Tun M atau nak heret Tun M ke mahkamah, ramai golongan atas pagar yang akan memberikan soladiriti tak berbelah bagi kepadanya. Ingat satu benda jer, iaitu suara Tun M adalah mewakili suara majoriti rakyat Malaysia. Sesiapa yang menentang Tun M bermakna dia menentang suara rakyat marhean.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:07 PM

Jadinya last bullet, tun kena sebut "Menyesal saya kerana mencadangkan awak (najib) sebagai pengganti paklah. Kalaulah masa boleh berputar kembali, tak merasa awak duduk kerusi pm macam sekarang. Saya MENYESAL betul. Awak tak lebih dpd paklah, diremote budak tingkat 4...."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:15 PM

@Anonymous

Tun pernah menjelaskan mengapakah beliau banyak berbelanja membua projek mega.

Jawapan dari Tun adalah, dia berbelanja banyak untuk membuat projek mega adalah untuk kepentingan rakyat. Malahan Tun dah membuat kajian mengenai projek mega yang hendak dibuat itu di mana dari setiap sen yang dibelanjakan itu akan diperolehi semula melalui pembangunan ekonomi hasil projek mega yang dilaksanakan itu.

Macam projek lebuhraya utara selatan, walaupun menelan belanja berbilion ringgit, tetapi kesannya banyak bandar baharu wujud, banyak pusat perindustrian wujud, banyak pelaburan asing datang, dari itu sahaja pun, boleh mendapat cukai perniagaan yang menggantikan semula wang kerajaan yang digunakan untuk membina infrastruktur itu.

Begitu juga denga litar sepang, maka akan wujudnya projek pelancongan yang menjana pendapatan kepada rakayt di samping kerajaan mendapat cukai dari hasil perniagaan yang terlibat.

Begitu juga dengan pembangunan KLIA, dengan kemudahan yang selesa dan memudahkan pelancong, berjuta-juta pelancong datang ke Malaysia yang menjada projek-projek ekonomi seperti pelancongan, pembuatan dan sebagainya yang menjana cukai yang sangat besar kepada kerajaan.

Inilah bezanya pemikiran Tun Dr. Mahathir yang walaupun tak belajar ekonomi secara formal di universiti seperti Najib, tetap kerana penasihat-penasihat Tun Dr. Mahathir adalah orang-orang yang hebat dan berkhidmat untuk negara, maka Tun Dr. Mahathir boleh membuat perancangan dengan dibantu oleh hasil kajian oleh para penasihat dan jabatan kerajaan yang banyak membantu kejayaan pembangunan Tun Dr. Mahathir selama ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:15 PM

tun kalau nak jawapan pergilah jumpa najib di pejabatnya. tak perlu jawapan di paparkan dalam internet sebagaimana soalah-soalan dan kritikan pedas tun dipaparkan dlam blok tun supaya org pandang rendah pada ds najib

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 6:24 PM

@AnonymousKatakanlah dah jumpa dan ahjibgor tak boleh jawab.... Blur... , apakah Tun harus diamkan bila kemungkaran sebesar ini berlaku secara berleluasa ?

Kalau dulu tak boleh jawab, maka belajarlah dan buat sesuatu bukannya terus dalam keBLURan...

Perlu saya ingatkan sekali lagi - Tun tahu LEBIH BANYAK dari apa yang beliau tulis dan beliau masih meminta Najib berundur.... maksudnya apa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:24 PM

@Anonymous

Tun Dr. Mahathir melalui Permodalan Nasional Berhad telah berjaya untuk mendapatkan Guthrie Ltd. yang menguasai puluhan ribu hektar tanah perladangan di Malaysia dari pihak British.

Permodalan Nasional berhad telah berjaya menjana keuntungan demi keuntungan yang memberikan pulangan kepada kerajaan Malaysia dan juga kepada rakyat Malaysia.

Tetapi 1MDB hanya mendatangkan kerugian demi kerugian kepada kerajaan Malaysia dan kesannya menyebabkan ekonomi negara makin tenat, serta memberi kesan kepada kehidupan rakyat yang makin terhimpit.

Inilah bezanya cara pengurusan yang betul yang diamalkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam menguruskan pelaburan strategik negara berbanding kaedah caca marba dan membuat pelaburan secara meperjudikan nasib dengan cara perniagaan nak mendapat untung atas angin yang akhirnya diterbangkan angin seperti yang berlaku pada 1MDB sekarang ini.

Kritikan Tun Dr. Mahathir adalah kerana nasihat dan teguran Tun Dr. Mahathir terhadap Najib tidak dipedulikan walaupun nasihat dan teguran itu bukanlah untuk merampas jawatan Perdan Menteri tetapi untuk kepentingan negara, maka akhirnya Tun Dr. Mahathir terpaksa mengkritik secara keras, tetapi malangnya tidak dipedulikan oleh Najib, malahan sibuk menghantar penyokong membuta tulinya itu menyerang kredebiliti Tun Dr. Mahathir pula, tetapi kredebiliti Tun Dr. Mahathir tak tercalar, tapi akhirnya kredebiliti Najib yang hancur teruk kerana rakyat melihat Najib seorang pemimpin yang suka lepas tangan, tak mahu bersikap bertanggungjawab, malahan dianggap tidak berguna, dan tak boleh diharap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:44 PM

Ini mesti jenis baca tak habis. Tun dah tegur senyap2 4 tahun dah.

Kalau masih rasa Tun patut diam wpun wang negara dah hilang maka anda layak pakai TShirt I Love Jho Low yang mana saya rasa mungkin telah ditempah oleh Akmar sekarang. :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:47 PM

As salam...macai2 penyokong Dsn.Tlg jwp..kami nak tau.Apa yg susah sngt! Sapa Jh low ni.Baru nk karang profil dia ke? Projek apa rugi smpai berbilion bilion.Kami rakyat bkn nya BODOH TAU....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:48 PM

Jgnkan telur emas, telur najib pun dah xde skang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 6:56 PM

dpt pkabaran....najib akan mjawab di tv3 mlm ni....tentang apa yg tun...tnya.hrp din dpt sah kan...btul ker

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 7:51 PM

Sayang najib atau sayang UMNO?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 7:54 PM

Kalau bocorkan maklumat tentang 1MDB,tak kan boleh didakwa dibawah Akta Rahsia Rasmi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 7:57 PM

kemelut yg berlaku kini bukan nak sokong mana2 pihak tun m atau najib tapi nak selamatkan umno dan bn. kalau kita skong tu m beliau bukanya pm kita dan kalau kita sokong najib kenalah beliau betulkan persoalan dibangkitkan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:12 PM

To PM Najib and all his supporters and defenders,

EXPLAINING AWAY THE TRUTH

It is no good at all
to conjure all sorts of reasons
to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths,
he has no respect for himself
and little would he do better for others
except for his own gain;

And when a man tells lies,
he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:30 PM

Its a matter of hours or days that we would expect an hydrogen bomb dropped by TDM after today's chedet 1MDB. This would be on altantuya case where TDM had granted an audience to siril's mother....its going to bd very damaging and damning to najib. Your patiencem please.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:33 PM

Amat TIDAK menyedihkan mengapa ramai ketua-ketua bahagian menyokong najib kerana rata-rata mereka tak tau pun mengurus duit. Kalau tau pun, duit amanah dari kerajaan untuk pembangunan negara tetapi disonglap dalam bentuk komisen projek..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:43 PM

There are only 2 reasons why people open a Cayman Island company/account.
1) For tax evasion
2) Dubious activity and transaction.

And nothing ELSE!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 8:49 PM

@Anonymous


semua tu skrg dah sia sia
semua itu dah masuk FGVH

FGVH pun saham merudum ntah bila naiknya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:52 PM

Dulu...walaupun kerajaan belanja bilion2 ringgit..kita nampak jugak hasilnya. Smp skrg masih ada. Tp 1mdb tu apa? tak nampak apa2 pun..yg nampak adalah hutang bertimbun..last2 rakyat yg kena GST..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:54 PM

Alaa ada udang disebalik mee lah tu..frust menonggeng pulak sampai nk jadi ketua pembangkang pulak..tk lama lagi akan ada dua pilihan raya kecil..kalau dah rasa popular silakan bertanding..tapi jika dah kalah nanti jgn pula spr punya hal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:54 PM

Anon 6:15pm

Hang ketinggalan bas la. Buat malu je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:56 PM

Isu jet bergentayangan tanpa kehadiran pm pun senyap..apatah lagi isu 1mdb...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
April 9, 2015 at 9:12 PM

Tunggu dengan debaran pukol 10 tengok TV3. Najib akan muncul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 9:21 PM

Najib kata ekonomi kiter kukuh krn diiktiraf oleh bank dunia,forum ekonomi dunia & IMF...
Kadar inflasi makanan berkurangan juga kadar kemiskinan turun..
Entah sapa najib nak tipu agaknya?
Pd najib kiter berjaya bila ORG LUAR puji kiter...iktiraf kiter...
nmpk sgt standard najin pada berapa kuat org bodek die...
Org luar puji die...
Itu kejayaan sebenar pd die
Hakikatnya katalah kiter rakyat mesia mmg bodoh xtahu psl 1mdb..
Tukara wang nk travel...ringgit jatuh
Minyak naik
Harga brg naik
Ade cukai baru, gst tp harga brg jd lg naik
Entah knp seorg inspektor ade keperluan sgt mendesak nk letup seorg model yg cun melecun...pakai bom khas lg..tp knp?
Sekarang duit rm10 mcm xde apa...inflasi naik
Bas,teksi naik harga
Ktm naik harga...
So....apa yg x kena dgn rakyat mesia ni??

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 9:30 PM

@Anonymousthen how come 167 countries in the world also open a Cayman account ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 9:34 PM

Kenapa Tun sebut dengan sengaja RM42 bil lesap ? Bila saya fikir balik, rasanya Tun sengaja buat provokasi melampau sebegitu supaya pihak ahjibgor melatah. Jawapan balik dari Tun senang jer - Kalau tidak benar, buktikanlah ada berapa sekarang ?

Ia lebih kepada satu cabaran kepada ahjibgor.

Macam baru ni ..... kerajaan bail out cuma RM950 juta lah bukan RM970 juta !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 9:49 PM

Jangan cakap aku, kalau dengan jumlah modal permulaan 1MDB tuh (ditambah $900 million interest payments assistance from govenment baru nih), ramai Abang tepi jalan jual burger pun aku yakin sangat akan dapat memberi pulangan yang cukup lumayan andai diberi kesempatan seperti mana Najib berikan kepada Jho Lo!

I can guarantee with what has been said above! Infact, once the Principal Amount ie. Initial Capital, is returned, then whatever profits made would be mine alone and the Abang burger to be rollover for next venture.

Ini cara 'laymen', simple. Tak perlu Cayman Island, Assets Requisitions (Over-valued), Cash-Return Deposits in a Swiss Bank in Singapore, Interest liabilities etc etc sampai $2 Billion ????? Gila! Gila!

Tak caya? If Najib is game, I will provide the details. Tapi kan Najib ( and UMNO's Elite ) nih ingat orang biasa tak sekolah kut, tak tau economy, business untung-rugi, managing wealth & assets, Loan & Liabilities, ROI etc etc banyak sangat jargon omputih huhhh...

Tun M tanya in PLQ - Plain Simple Questions. No need for Najib to be fancy and complicated and intricate his answers, just a slumber straight-answers will suffice.

Najib being Najib - Elegant Silence ramai orang kata tapi aku suka instead Arrogant Silence more appropriate.

Terpaksa lah kita kena tunggu Najib buat 'Rain Dance' sebab 'memohon' tali hayat datang dari langit!!!

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 9:51 PM

Jam 10 mlm ini ada siaran langsung najib jawab mahathir. Tengoklah sama ada najib jawab semua atau separuh atau sikit shj soalan mahathir. Hrp kemelut akan selesai secara anak beranak. Juga kpd penyokong najib dan penyokong mahathir, janji temu malam ini. Malam jumaat ni, tak elok gaduh2.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2015 at 9:54 PM

Sekali lagi saya nak beritahu kepada pro ahjibgor - Komen2 yang cuba alih topik, 90% tidak akan dilayan di sini. Saya hanya lepaskan beberapa saja sebagai contoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 10:52 PM

Menyedihkan bila duit kerajaan hilang berbilion2. DS Najib patut jawab dan jelaskan. Audit forensik patut masuk. Siasat setiap transaksi. Menteri kabinet tolong jangan jadi tukang bercakap. Biar PM yg jelaskan. Kuasa ada di tangan PM. Biar No1 yg bercakap. Bila banyak2 menteri tukang sampuk. Tukang bela. Nampak jadi lagi kelam kabut. Lagi banyak bercakap. Lagi banyak nampak kelemahan kerajaan. Biar PM yg cakap. Klu PM tak mau cakap jgk. Biar Tun M yg asak. Kita nk dengar jawapan dari No 1. Sbb yg asak dan yang tanya pun bekas no1. Yg ada segala maklumat. Segala pengalaman. Pak menteri yang dduk mencelah. Nampak tak sesuai. Dah la mencelah bukan nk jwb soalan. Dok serang kredibiliti Tun M. Nampak betapa pemikiran menteri kita sangat rendah. Jadi tolong jadikan diri anda sebagai menteri yang boleh dibanggakan oleh rakyat. Kami rakyat semua dah tau pasal sejarah Tun M. Dan apa jasa Tun M kt Malaysia. Jangan kerana mulut menteri2 bg komen mcm budak sekolah belajar sejarah. Dok ulang cerita pasal isu zaman Tun M. Kami yg jadi pengundi atas pagar rasa menyampah dengan UMNO/BN. Ramai sangat rakyat yg marah dgn kerajaan BN. Penjelasan perlu diberikan. Jangan tunggu sampai PRU14. Ketua2 bahagian yang baca komen di blog ni. Tlg mainkan tanngungjawab anda. Jgn lupa skrg anda berkuasa sbb kerajaan BN/UMNO masih berkuasa. Jgn lupa lps PRU14. Masa tu mungkin bila kuasa dah hilang. Segala2 dah terlambat. Suarakan kepada pucuk pimpinan apa yg akar umbi rasa. Rakyat sangat terkesan dgn apa yg berlaku sekarang. Golongan muda sangat marah pada kerajaan BN/UMNO. SEDAR LA WAHAI KETUA BAHAGIAN UMNO SEKALIAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 10:57 PM

salam,
teringat akan zaman tun lah, sebelum letak jawatan, ramai yang dok back up tun lah. berapa banyak mereka keji tdm masa tu. bila tun lah dah turun, sekarang masa ah jib gor pulak. selagi dapat pertahan boss, selagi tu mereka berjuang. sekarang tdm kata, sapa yang sokong ah jib gor, sokong segala tindakannya, tak mau pulak ngaku sokong buta tuli. bemacam cara mereka tonjolkan ketidak sabaran tdm. sekarang ni, tdm menjadi pojaan para pengutuknya dahulu. ramai yang jilat kembali segala air liur mereka, tapi tdm tak perlu semua itu. tdm hanya mahu selamatkan bn dan umno daripada terus melakukan kesilapan sehingga kalah di masa hadapan,
kalu ikut blog annie, isteri lky akan berjalan 2 langkah kebelakang untuk menunjukkan sikap orang asia. tetapi isteri pemimpin kita jalan di hadapan suami dan berada di dalam perbincangan suami bersama orang bawahnya. agaknya ramai la yang bawa isteri pi mesyuarat bersama yer, ikut pm kita. tak kisah la kalu semua itu bincang hal anak nak kahwin, tapi kalu ikut sama dalam hal yang rasmi camna yer? tak masuk dalam akta rahsia rasmi tak? semua gambar yang ada tu edit ker atau ahli pembangkang yang pi snap gambar tu. orang yang ada kat keliling tu biarkan ajer. ini menunjukkan bahawa orang yang ada keliling ah jib gor pun rimas dengan pm tak angkat sumpah ni.

ada banyak sebab untuk tdm bimbang akan masa hadapan bn dan umno. tapi ramai yang berkuasa dalam umno tak kisah pun. antara petunjuk bahawa rakyat tak gembira dengan keadaan sekarang. tak jumpa pun kawan yang sokong gst bila kita berbicara. ramai yang menyumpah termasuk la yang dok diam dan tak kisah hal politik pun.bila cakap gst baik dan sokonglah kerajaan, muncung jer mulut tu. menteri kata gst dan subsidi dah diberi kepada rakyat dalam bentuk brim, pm kata brim buat bayar hutang. camna nak bagi faham kat orang kampung ni. saya jelaskan kat orang kampung, pak cik tak boleh marah sebab pak cik dapt brim. kenapa dia kata? bila beli gula nanti, pak cik keluarkan duit brim sebanyak mana pak cik beli gula. kalu pak cik beli gula 2 kilo, bayar 40 sen guna duit brim, lagi 4 hinggit pak cik keluar duit poket pak cik tak guna duit brim. gitu juga bila isi minyak keta, duit brim bayar subsidi, yang lain duit sendiri. bila pi kedai kena gst, bayar gst guna duit brim, yang lain tu, duit poket sendiri. itu cerita timbalan menteri cgpa la. banyak dah tu kerajaan bantu. dah habis dah duit brim, tak pa, nanti dapat lagi. jangan ikut pm pi bayar hutang dah la pak cik. nanti ta dapat bayar gst dan subsidi. saya memang tak dapat brim, terasa la gst dan subsidi yang ditarik balik oleh kerajaan kerana nak beri kepada orang yang sepatutnya dapat. saya sokong la tu.

orang muda ambil mudah dan anggap mereka betul dan jangkaan mereka tepat dan tiada sebarang kesilapan. mereka anggap semua orang berfikir seperti mereka. jika ah jib gor tak turun sekarang, sama la seperti ah jib gor ambil alih daripada tun lah, 3 tahun untuk dapatkan sokongan tak cukup masa.tun lah ingat masa pru 12 dia hebat dan sokongan padu kepadanya. guna ilmu lagi untuk dapatkan tarikh pru 12 dengan harapan hasil yang baik. tapi tak dapat kerana pengundi mula menilai pemimpin. mungkin mereka marah pada seseorang, tapi ada perkara lain lagi yang mereka marah. seperti penyokong ah jib gor, sanggup pejam mata demi umno dan bn, orang yang marah pun akan pejam mata juga demi agama, bangsa dan negara. siapa yang rugi? kita mungkin hilang seorang, tapi ada yang lebih penting dari seorang ini kerana seorang ini hanya menguntungkan segelintir sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
eri
April 9, 2015 at 11:14 PM

najib ada belajar ka??bukan xdan abih ka???tu la dia sepatutnya jawap kat tun sori Tun blajar tak khatam cikgu mati otw....hahaha....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 11:28 PM

1. 1MDB adalah satu badan PELABURAN baru.
2. Perlukah rahsia perniagaan didedahkan kpd semua orang.
3. Kesian Melayu telah dapat diperalatkan oleh towkey2 cina supaya mengorek dan membengkrapkan business Melayu
4. Di surau atau masjid yg mengkritik kuat adalah para pancen kerajaan atau pekerja swasta/ business man yg 'cannot make it'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 11:46 PM

Anon11.28.
Pelaburan apa hg sembang. Klu melabur dapat untung takpa. Klu labur lesap. Jenuh la. Peg pencen pun tau. Sbb dulu masa kerja. Depa kerja zaman TDM. Apa yang towkey cina nak peralat. Depa bisnes mcm lg. Semua sumber maklumat depa ada. Bekas peg kerajaan tau semua selok belok sumber duit kerajaan. Sbb depa yg uruskan. Depa pun tau apa yg baik utk rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2015 at 12:47 AM

1MDB umur dah 4 thn ke? Dan kesemua perbelanjaan 1MDB cuma berlaku 4thn lepas ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 2:46 AM

Lain kali belajar baca semua maklumat yg ada, jangan harapkan internet sahaja, malu satu dunia tahu tahap kebodohan dan kelahapan minda jika main tenyeh sahaja. Ikut hati mati, ikut rasa binasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2015 at 2:52 AM

Majority ketua2 bahagian full time kontraktor, so tak nampak? Btw dtk Raheem pegerusi TH sekarang kontraktor besak noh, masa kat Kedah dulu dok ambek kontrak sapu cat orang kerja pun Indon PATI

....................
Reply To This Comment ...................
June 11, 2015 at 10:43 PM

Saya setuju dengan tun bahawa bn/umno akan terkubor dlm pru 14 selagi najib masih menjadi pm. Ini lah feedback yang saya terima dari orang melayu...china dan india memang cofirm tak akan undi bn....itu lah hakikat nya..masa tu lah pay back time bagi pakatan rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2015 at 10:05 PM

Saya setuju sangat dengan pandangan tuan. Dah puas balun bapak sekarang nak try anak pulak. Saya hormati negarawan mcm tun tetapi atas jasa dan pengorbanan yang lepas.. tetapi dengan apa yg terjadi kini saya juga terkesan dengan sikap Tun. Jika sayangkan negara jumpa la secara peribadi dan nyatakan pandangan dengan beretika. Sewaktu zaman beliau dahulu orang lain juga mengkritik tetapi tidak sehebat kritikan Tun sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2016 at 2:46 AM

biar kan si luncai terjun dgn labu labu nya..si luncai itu adalah jiban labu2 tu menteri2 umno yg bahalul taraf otak ketam yg berjalan melintang yg semua nya akan kepenjara selepas pru14 kerana bersubahat melesapkan duit kerajaan rm45 B I L L I O N tak lama dah 2 tahun jer lagi pejam celik2 dah ada dlm pagar besi tak takut ke korang haaa??? nasihat aku pada bapak2 menteri umno lebih baik letak jawatan sekarang sebelum kena dakwa olih kerajaan baru dari pakatan rakyat yg tengah tak sabar2 nak ambik alih kuasa pru14 nanti yg bermasaalah cuma sorg jer so tinggalkan jer dia tu biar dia jawab sendiri nanti buat apa korang nak jadi lembu bahlul haaa???

Post a Comment