........... Bicara Negarawan Tun Mahathir Sabtu 25 April - Cubaan Sabotaj Yang Menjelikkan Oleh anti Tun | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bicara Negarawan Tun Mahathir Sabtu 25 April - Cubaan Sabotaj Yang Menjelikkan Oleh anti Tun

Saturday, April 25, 201519comments


Ramai yang sedia maklum bahawa majlis Bicara Negarawan Bersama Tun Mahathir akan berlangsung pada hari SABTU 25hb April jam 9:30 pagi. Saya dimaklumkan bahawa respon yang diterima oleh penganjur amat memberansangkan ! Tidak putus2 penganjur menjawab panggilan untuk mendapatkan pas masuk kerana tempat terhad memandangkan ia diadakan di tempat tertutup.

Namun anda digalakkan untuk turun bersama2 walaupun tanpa pas masuk kerana saya difahamkan akan disediakan skrin besar diluar dewan. 

Sesuatu yang menarik, mereka yang hadir untuk memberikan sokongan tidak perlu pakai baju merah ..... anda BEBAS memakai baju apapun !  WOW ! !

Dan anda juga tidak dikehendaki menjunjung sebarang banner !  WOW ! WOW !  

Kehadiran anda untuk bersama Tun sudah cukup membuktikan bahawa Tun tidak keseorangan.


Disebalik keghairahan untuk bersama Tun itu, rupa2nya ada orang yang terasa panas ulu hati ..... sanggup mengeluarkan belanja untuk mensabotaj majlis itu !

Mereka siap buat banner nak tolong promote ..... cuma satu hal, mereka sengaja letakkan tarikh salah, iaitu pada hari Ahad 26 April untuk mengelirukan penyokong Tun .. alahai, kesiannya....

Untuk makluman, penganjur tidak ada meletakkan sebarang banner pun ditepi jalan. Jadi kalau ternampak banner seperti di bawah, ianya bukan dari penganjur. Penganjur sendiri takde bajet nak buat banner hahahaha .....  semuanya atas nama Kebenaran.


Takkanlah begitu rendah standard psy war pihak ahjibgor ? Menyedihkan ....

Apapun, kepada penganjur majlis, TAHNIAH saya ucapkan dan saya doakan semuanya berjalan lancar. TerimaKasih kerana membawa Tun untuk bertemu rakyat. Saya pasti ramai yang mengharap Tun dapat mengadakan road tour untuk bertemu rakyat yang sentiasa menyokong beliau dan yang ingin mendengar lebih lanjut kenapa Tun Mahathir mendesak ahjibgor melepaskan jawatan .... demi memastikan Umno terus di hati rakyat.

Mungkin ada bagusnya jika penganjur dapat aturkan sesi bersama Tun secara LIVE STREAMING di mana semua orang berpeluang menonton dan mendengar Tun secara langsung walau di mana ceruk dunia pun mereka berada.


PS - Penganjur diharap dapat menjaga keselamatan semasa majlis berlangsung..... takut mereka yang berhati busuk itu akan terus cuba menganggu majlis.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2015 at 2:36 AM

Salaam bg din....

Mmg rendah sangat mentaliti dan standard diaorg ni....
Tak matang....maklumlah ni bakal membuka secara 'live' kisah d sebalik tabir.....
Saya doakan majlis berjalan lancar tanpa sebarang gangguan serta tidak mengaibkan mana2 pihak....
BENAR tetap BENAR....
Tu saja.....

Salaam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 4:04 AM

Tadi saya sempat melihat news di TV3 ,di mana Datuk Salleh Keruak memberi pendapat bahawa dia YAKIN apa yg di kata oleh Dr M bahawa BN akan kalah dlm PRU 14 akan jadi kenyataan kerana kata mulut Dr M itu,TAPI yang saya anggap pelik dan aneh ialah bila Dr M keluar kata mulut Ah JIb Gor tak layak jadi PM dia TAK YAKIN pulak !!!

Nampak nya pro Ah JIb Gor ini punya LOGIK pun dah jadi sewel dah!! Mereka PERCAYA mereka akan kalah sebab kata2 Dr M tapi bab apa yg Dr M kata pasal Ah JIb Gor mereka TAK PERCAYA !!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 4:25 AM

How I wish bloggers in the likes of myKMU, salleh said keruak, the unspinners and many of those who are "diverting issues away from the truth" would be present at the talk......lets see whether they write the truth, nothing but the truth.

Oh.....by the way, can any firm believer of truth get tdm's video online or at least post it online after the event? Wish I could go to KL and attend but i am from east malaysia....ada kenduri kahwin anak abang saya.....rugi rugi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 6:12 AM

Salam Cik Din...Kalo ade streaming nnt...bgtau ye...mekasehh...org mcm TDM mmg manusia biase je...tp x byk..... Ikang Lumba2,..mamat oVeRsee, Bientot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 7:23 AM

Cuba tanya akmar dia tau tak siapa buat banner tu? Yang sabotaj Mukhriz dgn mainkan arwah TS Azizan dulu tu rasanya dia kenal ...mana tau kot orang yg sama. Tanya jer...tak salahkan?

Dengar kata Akmar hantar budak Yayasan ke Majlis ni...paling kurang 2 orang. Yang sorang tu kesayangan cif mykmu. Yang sorang lagi talam dua muka - satu kaki ikut Tun, balik Yayasan semua dia report pd Akmar.

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2015 at 7:44 AM

@AnonymousPeeergh.... ini komen orang dalam nih ! :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 7:57 AM

Teruskanlah dengan usaha mengerohkan keadaan. ... bila lawan berjaya di jatuhkan... maka yg jatuh akan berusaha menjatuhkan lawannya kembali. Cina juga yg bijak menyusun strategi.

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2015 at 8:36 AM

Mengeruhkan ? Bergantung anda disebelah mana ..... kalau disebelah 'kita', kita sedang usaha membersihkan keadaan yg sudah teruk dari keruh. Saudara pula dilihat sebagai menyokong kekeruhan

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
April 25, 2015 at 8:45 AM

Assalammualaikum wmt,
Begitu pulak kisahnya! Elok juga mereka buat begitu. Yg penting apa yg mereka lakukan itu diketahui umum sebagai satu sabotaj.
Bila ada sabotaj umum akan tahu dari pihak mana.
Bila tahu dari pihak mana akan timbul pertanyaan umum - mengapa?
Kenapa takutkan majlis Tun M tu? Bukankah DSNajib dah ada sokongan padu? Apa dikisahkan sangat 'orang tua' yg kononnya 'dah nyanyok' tu?
Jawabnya, senjata makan tuan ler.
Lagi banyak sabotaj terhadap program Tun M, lagi benci rakyat kpd DSNajib.
Walaupun yg lakukan semua itu bukannya arahan DSNajib - mungkin tindakan macai yg nak mengambpu, tapi implikasinya akan tertempias pada DSNajib.
Malang sungguh nasib PM kita tu!
Dah nasib badan!

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
April 25, 2015 at 8:50 AM

Salam Sdr Din.
Mohon sesiapa yang dapat pergi ke majlis ini supaya dapat diambil videonya dan uploadkan bagi kami yg tak berpeluang.
Terima kasih.
TUN MAHATHIR IS NEVER ALONE

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
April 25, 2015 at 8:54 AM

Assalammualaikum wmt,
Cina hanya mampu susun strategi. Dah itu jadi tuhas utama mereka yg bercita-cita nak rampas negara ini dari tangan orang Melayu. Kalau mereka tak buat bukan 'politik kaum cina' ler namanya.
Bagaimanapun, strategi cina tak akan menjadi kalau tak ada pemimpin Melayu yg jadi alat seperti Mat Sabun, Nuor dan Hadi yg berfalsafahkan politik 'benci tapi rindu'.
Justeru, Melayu mesti bersatu dan jika ada pemimpin yg 'murtad perjuangan Melayunya', nyahkan saja sebelum terlambat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 9:05 AM

Betul tu bro din. Bak kata pembesar kita. Orang tua perlu bagi kebebasan dan peluang untuk orang muda mentadbir ikut peredaran masa. Kalau bagi kebebasan dan peluang sampai hutang negara berkali ganda. Negara nak muflis. Ekonomi terancam. Duit yang dilabur tak dapat dijelaskan kemana pergi. Macam mana nak bagi peluang. Peluang dah sedia terhidang. Kalau dulu yang tua dah sokong sampai jadi pembesar. Maknanya peluang dah bagi la tu. Sebagai pemimpin. Laksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berkesan. Jangan diubah sistem pentadbiran kerajaan. Kerajaan banyak fokus kepada kesejahteraan rakyat. Bukan fokus tubuh syarikat kerajaan untuk berniaga. Kalau pun niat untuk rakyat dapat lebih nilai dari penubuhan syarikat berkenaan. Ini bukan tugas utama pentadbiran kerajaan. Guna kepakaran penjawat awam yang sedia ada. Amik nasihat dari pesara yang ada pengalaman. Bukan amik khidmat orang luar. Menguruskan wang kerajaan dan wang awam bukan lah semudah uruskan wang syarikat swasta. Banyak peringkat dan kelulusan di perlukan. Kadang2 kita perlu melihat siapa penasihat sekeliling kita. Adakah membantu atau menjatuhkan. Semoga pemimpin negara kita dapat meneruskan pembangunan negara dan memastikan kemakmuran rakyat. Dan yang terakhir ialah berani menyatakan kebenaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 9:30 AM

semuga majlis berjalan lancer dan dilindungi Allah dr sebarang kejahatan...semuga Allah memberi rahmat keredhaan dan keberkatanNya..amiiiin aminnn aminnn...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 10:17 AM

Pro-AhJibGor itu sama dengan kepala diorang - bangang dan bahlol. Rendah intelek dan hati kelabu. Kesian betul rakyat orang biasa Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2015 at 10:30 AM

Salaam buat semua......

Saya pun tahu saya tak KESEORANGAN.
Demi Allah , saya ingin mengajak pengunjung budiman blog ini untuk :
1. BERSATU demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA
2. BERSATU menentang salahlaku
3. Berhenti menyalahkan kaum lain jika rasa tertindas......sebaliknya tanyalah diri kita mengapa.
4. Jgn mengaibkan org lain dgn kata2 yg tidak baik....walaupun sebenarnya kita amat marah.
5. Marilah bersama2 menyumbang utk kebaikan.....walau hanya sebaris idea yg bernas.
6. Gunakan saluran yg TEPAT.
7. Bertindak secara bijaksana
DAN INGATLAH .....Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI..MAHA PENGASIH...SERTA MAHA PENYAYANG....d dlm setiap urusan baik yg kita buat.
Jika KITA tak memulakan , siapa lagi ? Seribu langkah itu d mulai dgn langkah pertama....BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Ampunkan hamba Mu....Ya ALLAH.
Amin.

Sekian. Salam hormat.
Terima kasih.






....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 10:38 AM

Benda tengah keruh, hitam legam penuh sampah dan najis .. kita sekarang berusaha menjernihkannya. Komen macam ni sah jenis manusia yg tak faham impak perbuatan Najib terhadap negara dan impak jika org mcm ni terus berkuasa. Belajar2lah fikir dan analisa maklumat lebih sikit. Melayu mcm ni lah yg konon baik tp sebenarnya bodoh... sedar2 dah kena tipu sampai negara sendiri terjual baru nak kalut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 12:22 PM

aku kekadang kesian ngan najib...hari2 kena hentam dari luar dan dalam parti...tapi itulah jalan yg dia pilih...mungkin terlalu percayakan sangat dengan orang sekeliling dia...dari segi politik ini memudahkan kerja pembangkang...mereka tak perlu bersusah payah menjatuhkan najib...nanti kita kita tengoklah apa yang akan terjadi nanti...samaada bertambah baik atau bertambah buruk hasilnya...semoga dikemudian hari kita tak menyesali dengan apa yang kita lakukan...

r a h M a N

azhar

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2015 at 12:30 PM

Salaam.

Tun takkan maafkan najib sbb kes 1mdb....saya pun tak maafkan najib sbb menyusahkan hidup saya dgn beban gst....yg mana terlalu banyak masalah....SERTA pembohongan nya yg beliau sendiri sahaja yg tahu....mengapa ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 5:23 PM

Menentang Gst bersifat peribadi.
Tun menentang 1mdb sebab kesan kepada rakyat dan negara memudaratkan.

Jadi fokuskan penentangan saudara itu di mana. Jangan longgok semua isu separti amalan dapigs dan pkr.

Post a Comment