........... Benarkah Tun Mahathir Tolak GST ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Benarkah Tun Mahathir Tolak GST ?

Thursday, April 30, 201529comments



Jawapan Tun Mahathir di bawah ini memberikan sedikit pencerahan kenapa beliau dikatakan sebagai tidak menyokong GST.

Baru2 ni Mat Maslan telah menyindir Tun sebagai tidak faham GST apabila Tun ketika menjawab pertanyaan hadirin di Bicara Negarawan  mengenai GST, berkata -

Batalkan sajalah ....  dulu dah ada sales tax, kalau nak tambah sikit sales tax ok... Tapi nak memperkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham .. ( baik batalkan saja ... )

Sebentar tadi di USM, Tun mengulas lagi mengenai GST bila sekali lagi diaju soalan sama -




Apa pandangan Tun bila ada orang yang berkata Tun sendiri tidak faham tentang GST ?

Well i find that the implementors, the officers themselves don't understand. When you ask them about this, they cannot answer. Apparently the government also doesn't understand the impact of this (GST) on the people.

People are very angry, very annoyed because of this GST. Other things ( like ) 1MDB they don't care so much but when GST affects them ....

When you introduce something that the government itself doesn't seem to understand how to implement and what the effect is, i think the government needs to rethink about this thing.

Sekali lagi Tun ulang - bila pegawai kerajaan sendiri tidak faham tentang GST, tentang pelaksanaan dan impak kesannya, maka kerajaan harus memikirkan semula perkara ini.


Pada pandangan anda, apakah Tun menolak GST kerana sistem percukaian itu sendiri ? 

Pada pemahaman saya, apa yang Tun mahu katakan adalah, sebelum memperkenalkan sesuatu yang memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat, pastikan terlebih dahulu jentera kerajaan sudah mahir dan mampu melaksanakannya.

Selama sebulan GST diperkenalkan, apakah yang dapat kita lihat setakat ini ? Contoh paling ketara ( walaupun kecil nilainya ) adalah kad prepaid telco .... apakah sudah selesai ?

Tun tidak pertikaikan GST itu sendiri tapi lebih kepada persediaan pegawai2 kerajaan dalam berdepan dengan GST. 

Kalau kerajaan pun buat sambil lewa ( kerana persiapan tak cukup ) baik tak payah buat. Kelam kabut jadinya ....  mulalah nak tuduh pelbagai pihak nak sabotaj bla bla bla ...


Komen saya pada 1 April lalu - Kerajaan sendiri yang umum mahu wujudkan GST, kerajaan sendiri yang set tarikhnya jadi seharusnya tidak timbul masalah tidak cukup pegawai ! ( merujuk kepada luahan Hasan Malik yang KPDNKK tidak cukup pegawai pemantau )


Apakah selepas satu bulan, semua pegawai kerajaan sudah mahir tentang GST ?

Seperti yang biasa saya katakan, rakyat samada mereka faham atau tidak tentang GST, apa yang penting adalah harga tidak berubah. Itu saja..... sebab gaji rakyat tidak naik.

Kalau kerajaan dah kata barang tidak akan naik, malah akan turun harga sebab guna formula Tolak 10, Campur 6 .... BUKTIKANLAH !

Kalau tak turun pun harga, asal kekal pada harga sebelum GST pun rakyat boleh terima. Point saya, nak buat apapun buatlah .... asal jangan bebankan rakyat.

Dan jangan lupa, 1MDB dan Najib kena jawab juga persoalan2 Tun !

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 4:20 PM

Mudah aje bro....kalau nak kenakan GST kepada peniaga pemborong dan pengilang di persilakan!
Tetapi jangan dibebankan kepada rakyat

"Kalau kerajaan dah kata barang tidak akan naik, malah akan turun harga sebab guna formula Tolak 10, Campur 6 .... BUKTIKANLAH !"

Yang kena rakyat! Nak salahkan Maslan pun tak boleh juga , siapa bos dia ? Siapa ketua dia ? Seperti biasalah Najib cuci tangan, kemudian buat kenyataan "lepas batuk atas tangga" apa jenis PM macam ni? 1MDB pun macam tu juga...

"Saya bertanggungjawab....bla bla bla"kata Najib, dapat pula bloger upahan ahjibgor yg hanya tabur air liur jer.

Jika Najib percaya rakyat menyokong dia sekarang ni....bubarkan sahaja parlimen buat PRU, baru dia tau rakyat sokong dia atau tidak.

Tak pun tanya Rosmah FLOM?

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 4:46 PM

Din,
Sistem gst ni adalah sistem yang lebih baik dari sst. sst ni dipungut ex-factory. apa2 barangan yg diperoses (ada value added) akan dikenakan sst melainkan ada exemption.
Cuma bezanya sekarang kita boleh nampak cukai yang dibayar oleh kita berbanding dgn sistem sst. sst dibayar oleh pembeli pertama dari kilang tapi akhirnya pengguna yang bayar kerana sst tu menjadi input kos pada pengedar. manussia ni memanglah jadi begitu bila lihat kena bayar cukai dia jadi kepanasan walhal sebelum ni pun bila dia pakai kotek dia pun bayar cukai.
Yang paling penting pada saya ialah ia dapat mengelak ketirisan di port port. Sekarang bila pengimpot bawa masuk bahan mentah ianya dikenakan gst 6%. tidak ada pengecualian lagi. Maknanya bila barangan masuk mengikuti port klang dan nilainya sebanyak rm200 juta sebulan maka kastam perlu pungut rm12 juta gst. Jika kurang Kastam mesti menjawab kepada treasury. Sebelum ini banyak penyelewangan. Barang yg sepatutnya bayar duti impot tapi boleh diistihar tak bayar duti dengan adanya pegawai kastam yg tak jujur. tarif code boleh diubah dari yg berduti kepada tak berduti. banyak kelompongan yg boleh diekploitasi dik kerana wang ringgit. Jika pungutan kurang pegawai yg tak jujur ni senang saja mencari alasan kerana ada barang2 yg mendapat duti exemption. sekarang alasan tu tak boleh pakai lagi.
Begitu juga dengan barang2 yg lari dari cukai seperti rokok, minuman keras dan spare parts kereta. barang2 ni buatan Malaysia yg diistihar utk diekspot (dikecuali cukai) tapi akhirnya barang ni masuk juga ke pasaran tempatan. juga dengan pertolongan pegawai kastam yg tak jujur. kerajaan rugi kerana tak pungut cukai. tapi sekarang barang2 ni bila masuk aja bar2 atau karaoke atau masuk ke spare part shop ianya akan dikenakan cukai melalui transaksi di bar atau di spare parts shop.
Saya percaya phenomena barang tak turun ni adalah bersifat sementara kerana adanya stok2 lama dalam pasaran yg peniaga tak boleh claim balik kerana inbois yg tak bercukai.
Harga dipasaran akan turun bila sistem ni roll over. maknanya pembekal boleh claim balik dari kastam. pasaran malaysia adalah pasaran terbuka. mana2 peniaga yg pentingkan keuntungan yg melampau akan tutup kedai akhirnya.

....................
Reply To This Comment ...................

GST dibayar dengan darah rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 4:56 PM

macai ahjib semunya 3.85 ke??

masak sendiri
jangan beli ayam
tanam kangkung
banjir paras ni aje

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 5:02 PM

berbelas kali hadir penerangan GST dengan pelbagai versi termasuk versi mat mazlan sendiri, tenyata pelaksanaannya dan kesan kepada rakyat amat meleset sekali dengan apa yang digula-gulakan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 5:56 PM

dah bangang sangat mane nak faham. mudah je mai aku ajar barang barang dalam bentuk asal di malaysia tak kena gst yang berubah menjadi barang lain baru kena. contoh itu pasal lobster tak kena maggi kena. tapi kalau lobster berubah jadi anak patung kena gst. maggi tadi dari asal tepung jadi mee kering kenalah gst. itu pasal beras, ikan, gula tak kena gst. aku rasa betul kut. lagi satu mudah sepatutnya barang turun dulu sst 16% servis dan tax gomen. kini gomen tax je 6% tak de servis. patut nye barang murah lah lagi. sebenarnya gst ade isu lain tapi mana yang faham paham yang bengap terang pun tak guna. memang dah bahalol nak buat cam mane. aku pun tau gak sal ape, aku kaji sendiri dan sembang sembang dengan peniaga cina. peniaga cina rata rata mengeluh itu kena faham sendiri. sepatutnya baguih gst ni tapi peniaga peniaga kedai runcit yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan yang menjadikan nya masalah. itu beza kita dengan negara luar. minda kita kelas tiga negara lain kelas pertama. buat gst depa faham. wawasan 2020 tun m tak kan menjadi kerana dulu dia tak mengerakkan perubahan minda. nak tau gst ni baguih tak baguih tunggu masa pembentangan bajet 2016. aku rasa masa tu semua yang layak akan dapat rm1500 brim. masa tu kentut najib pun wangi. baru kata baguih tu sal najib kata dia akan dayung sampan bersama menteri yang lain bukan nak lama sampai bentang bajet je. aku gak rugi ape RIM pun tak de tukar sport rim kena gst. cukai pendapatan tiap tiap tahun kena. nasib kau lah labu.........................

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 7:07 PM

betullah tuh bro. gst, gst jugalah; tapi soalan soalan yang Tun kemukakan mesti dijawab!!!!

I LIKE!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 7:16 PM

Salam,
Sori la bab gst ni. Macam bro din kasi tahu, buat la apa sahaja asalkan barang tetap pada harga lama sblm gst. Kalu turun lagi baik. Nak elak tiris, elak segala elak, nak dapat duit lebih, ada kita kisah. Yg dikisah ialah harga barang yang naik. Kata ksu, harga naik faktor cuaca, harga pasaran, nilai ringgit. Ada kita kisah. Yg penting harga barang murah. Kasi potong cukai, kasi brim, ada orang kisah, yg kisah ialah harga barang. So sokong bn, suka gst. Suka gst pangkah bn. I love pm, tak kisah duit billion kat mana, im4u pm, tak kisah hal pm. Pm boleh buat apa sahaja. Saya sokong pm, tak kisah rakyat mengeluh kerana tak dengar kat kafe bintang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 8:09 PM


Esa Adam - apa alasan yang awak keluar pun (untuk membela pentabiran Najib berkenaan GST) menjadi lesu, lemah dan longlai bilamana hampir keseluruhan harga barang naik, rakyat termasuk pakcik dan makcik yang buat kerja kampong pun termasuklah mereka mereka yang tidak ada pekerjaan, para pesara terpaksa membayar cukai hari ini hasil dari kebijaksanaan pentabiran Najib memperkenalkan GST dengan Menteri GPA 3.85 sebagai "tukang karut"nya. Harga barang apa yang akan turun ? ? ? Boleh mimpi ajelah Esa Adam dan yang pastinya Najib perlu turun dulu sebelum negara bertambah porak peranda apatah lagi dengan isu besar 1MDB yang masih belum ada jawapan dari Najib (tolak pembodek dan para blogger "bangang" (pinjam kata Najib).

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 8:59 PM

1MDB dah buat 1 Malaysia Dah Bengang.. Fahammm...!!!



....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 9:01 PM

Ok DT, ini trik Tun M. Masakan beliau tidak tahu GST. Satu sistem sudah di pakai oleh 169 negara. Anwar pun sokong. Puak kiasu tahu, tapi hipokrit hendak mengaku - nnt sume untung pigi kelajaan maaa... njangan teblulu-bulu maaa, gst tilak maik ! Alasan tamak.

Cuma zaman Tun M hendak capai gaji lima angka seperti sekarang, hanya orang-orang berjaya yang terpilih sahaja dan ahli-ahli perniagaan dengan ATM mereka. Mereka sahaja yang mampu membayar cukai SST dan paling terbiasa service tip - eh ! he..he service tax. Minum kopi secawan RM 12.00 tidak kerlip pun mata. Zaman Tun M, rojak 50 sen, ada nilai setengah dan satu sen ! Sekarang rojak lima bintang (oder nya di belakang - Lat ada kartun nya..) sudah tentu berganda-ganda SST nya dalam bil. patuh bayar juga. Aku dulu, orang berduit yang belanja...he..he..

Kala ini anak-anak muda berpelajaran / berkemahiran sudah mampu mendapat gaji belasan ribu. Apa lagi sudah berpengalaman boleh cecah puluhan ribu pula... paling tidak purata tiga / empat ribu itu sudah biasa untuk majoriti mereka. Ish..bantu lah yang lain dengan GST..hmmmmmm Salah ke ?

Cuma sekarang kerajaan kena fokus kepada sebahagian golongan pertengahan, kurang bernasib baik dan tidak cukup pelajaran dan pendedahan. Mereka JANGAN di ajak berZUMBA pula ! Berekreasi cara berkualiti dan berinovasi boleh sahaja...janji hasil nya positif. Malah mereka semua terbela ! Beri kemudahan mudah berniaga. Mudah kerja, mendapat gaji minima secukup rasa ! (sekarang sekurang-kurang nya RM 1200.00) Kelak ibu bapa boleh selalu makan ikan besar-besar belaka. Ini semua kehendak dan citarasa manusia, mesti di isi, dalam terma ekonomi negara.

He..he.. BR1M boleh di tambah lagi...laa takkan rakyat jadi malas pula dengan "balikan" seciput duit yang sudah di bayar / serap dalam GST di mana setiap rakyat sudah "berkeporasi". Jangan kedekut laaa...(bunyi cara Tun M)

Tun M acah je tuuu.. saja lihat reaksi Ahmad Maslan macam mana perlu menjawab ! Alih-alih jawapan sama je, gagal lagi, enggak biso !... Pahlawan Bugis tidak marah ke ?

So ? MDB kena GST tak ? (he..he.. rakyat biasa yang tanya....)





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 9:17 PM

ESA Adam pas tu kenapa bil air, bil electric pun kena GST. Dulu tak dak pun kena cukai bagai

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 9:58 PM

Othaman AhmadThursday, April 30, 2015 6:53:00 AM
Cara Najib & si Mamat Maslan tangani isu 1MDB & GST mengimbas kembali peristiwa lucu zaman persekolahan saya di awal tahun 60an. Rakan sekelas yg berbangsa cina telah menulis karangan bertajuk 'Kesusahan' seperti berikut:-
Saya sangat susah. Bapa saya susah. Emak saya juga susah. Drebar juga susah. Orang gaji juga susah. Tukang masak pun susah. Tukang kebun juga susah. Semuanya banyak susah. (Susah tapi ada drebar, tukang masak,
tukang kebun & orang gaji. Susah ape ke mende?

Begitulah tahap pemimpin pemerintahan kita masa kini yg sama dgn budak sekolah rendah saya sebutkan tadi. Lain yg TDM tanya, lain pula dorang merepek meraban. Haiiii... entah lah Labu.........,!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 10:08 PM

Itu kalau kadar rasuah sifar...

Tp di negara ni takkan ko tak tahu...nak mohon lesen pun kena hulur sikit agar dipercepatkan..kalau tak...tunggulah berbulan. Macam ko tak pernah berurusan dgn agensi2 terlibat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 10:10 PM

Betul..nah esa adam..hang jawab!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 10:15 PM

Lagi satu...biasanya kita kalau dah jadi customer tetap kat kedai...kira kamcing la dgn taukeh kedai...biasanta taukeh akan bagi diskaun. Selama ni mmg aku dapat diskaun...kira adala penjimatan.

Tetapi selepas gst..taukeh tu dah xdapat bagi diskaun dah sebab dia kata kena ada rekod gst supaya dia boleh claim balik..

Nampak tak? siapa yang terbeban? Sebelum gst, win win situation..lepas gst pengguna yang kena byr lebih.

Masih nak sokong gst lagi? Teruskan bersubahat menganiaya rakyat. Mahu tak mahu kesannya nanti tetap akan terkena batang hidung kamu dan kaum kerabat kamu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 10:23 PM

Bukan bil je.....tiket kapal terbang...hingga ke pendaftaran pekerja asing pun kena esa adam ooooi.... apa awak nak kata lagi?

Tiket kapal terbang pun stok barang lama ke? Daftar pekerja asing pun kira stok lama ke? Renew insurans pun kena gst awak tahu ke tak?

SOALAN AKU....MANA PART HARGA TURUN?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 10:32 PM

Isu top up antara SKMM dengan Kastam pun belum selesai dah nak masuk sebulan ni! Dua dua pihak ni di bawah kerajaan Ah Jib Gor bukan nya kena bincang dgn pembangkang!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2015 at 10:59 PM

Betul tu...kad topup pun kena gst...kalau betul la gst ni turun kan harga barang...kenapa topup 10 jadi 10.60...kata gst ni tolak sst...sepatut ny harga topup sama la 10 hinggit...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2015 at 11:07 PM

Macam kata mantan pemimpin UMNO negeri GST ibarat kawin paksa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 3:55 AM

Salam tuan

Kerajaan bijak bila menggunakan gst yang akan dapat mengutip lebih cukai dari peniaga berbanding sst
Tetapi dalam masa yang sama kerajaan tidak bijak bila tidak mengawal kenaikan harga barang. Pengguna akan kurang membeli dan keuntungan peniaga kurang dan kutipan cukai juga kurang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 6:23 AM

Salam, benar, secara teorinya, GST sepatutnya menurunkan harga barang kerana cajnya adalah 6% berbanding SST yang 10%.

Tapi sedarkah PM Najib dengan orang kanannya Ahmad Maslan (dan pendokong GST) bahawa GST adalah sistem percukaian yang sangat berbeza!

Jadi bukan sahaja kenaikan harga barang itu berpunca daripada peniaga yang mengambil kesempatan dan lemahnya penguatkuasaan, tapi sedarkah anda bahawa GST MENGENAKAN CUKAI BERKALI-KALI setiap kali berlakunya transaksi ( dan bukannya hanya sekali seperti SST).

Kenapa PM Najib dan Ahmad Maslan tak berterus terang pasal ini?

Kenapa jugak PM Najib dan Ahmad Maslan tak bagitau yang kalau transaksi barang tu jatuh kepada rakyat asing, tak kena GST (dapat bayaran balik) kerana GST adalah hadiah yang teristimewa untuk rakyat Malaysia sahaja?

Kenapa PM Najib dan Ahmad Maslan tak bagitau Ketua Bahagian UMNO yang mamat Indon dengan Bangla kst kampung tu pun tak kena GST kalau beli barang dan balik negeri dia dalam tempoh tertentu?

Nak elak ketirisan konon! Kalau nak elak ketirisan, jangan menerbangkan pegawai kerajaan ke kenduri kahwin anak di luar negara dengan duit rakyat!!!

Jangan beli private jet guna guna duit rakyat tapi guna macam milik persendirian.

Fahamilah fakta GST. Biar pegawai tak paham, tapi kita sebagai rakyat, fahamilah fakta sebenar GST, dan sebab itu Tun M kata Ahmad Maslan sendiri tak faham apa yang dia kata, dan pegawai sendiri pun tak faham (dan berbalah sesama sendiri!)!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2015 at 7:18 AM

Aku tak kisah gst...yang aku kisah kenapa 6% di saat rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. Kenapa tidak dimulai dengan 3%, 4%, 5% dan 6% secara berperingkat-peringkat ? Terus terang saya cakap kalo 3% ramai tokei kedai sanggup menyerapnya termasuklah topup. Tapi 6% memang membebankan dan sukar untuk diserap sehinggakan kedai RM2 pun dah jual RM2.12.


Lagi satu gst dirasai oleh semua golongan termasuk pelajar dan orang miskin. Tiada sesiapa pun terkecuali. Semuanya rasa terbeban. Bayangkan jika selama ini mereka dah biasa menyerap kenaikan harga barang dalam perbelanjaan bulanan. Tapi kini dah tak mampu lagi menyerapnya.

Rakyat mengalami bajet defisit setiap bulan. Dan inilah yang dikatakan kerajaan dah kacau poket rakyat. Apa akibatnya apabila poket rakyat terganggu ? Tunggu PRU akan datang, baru tahu jawapannya.

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 7:55 AM

Skarang dh wujud byar cukai dlm cukai..mcm nk renew cukai jlan ada lg dikenakn cukai..apa hukum agaknya klaw mcm tu?

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 8:31 AM

Hak kerajaan utk tidak kenakan gst pada top up.. tapi skrg jadi hak telco utk kenakan gst...
Klu hal top up pun tak boleh settle,jgn ckp lah psl harga brg lain.. khas utk ahmad madlan dgn najib.. sakitkan hati rakyat ke

....................
Reply To This Comment ...................
May 1, 2015 at 8:55 AM

Tapi mmg aku setuju 101% dgn kata TDM yg dasarnya GST ni tidak dipahami secukup rasa oleh pegawai2 di agensi penguatkuasaan. Sepanjang sebulan GST mencemarkan udara negara tercinta, berbagai versi penerangan aku dengar dari berbagai individu yg bernama pegawai kerajaan. Mmg ternyata penerangan diowang ni berbeza2 berdasarkan pemahaman syiok sendiri!! Yang paling menarik, pegawai2 PTD yg duk jaga Perolehan sendiri kerap menunjuk muka blurrrr bila ditanya lanjut pasal GST....pecaya?!! Tambah menarik lagi, Kementerian Kewangan...of all agencies....sampai sekarang masih takdak kluarkan Surat Perkeliling Perbendaharaan(SPP) pasal GST yg sepatutnya garispanduan Perolehan Kerajaan oleh smua kementerian dan juga rujukan ramai....ape ke hal ni??!! Kerajaan dah betul2 prepare ka....?? So, ape yg TDM...Tun Daim....dan ramai lagi otai politik bijaksana persoalkan pasal kesiagaan kerajaan berhubung GST mmg nampak jelas dimata akan rasionalnya...

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
May 1, 2015 at 9:16 AM

Kesimpulannya...gst ni mmg menyusahkan rakyat yakni pengguna akhir yg bukan peniaga mcm kita semua ni.

Lagipun, setakat ini, mereka2 yg sokong gst hanya mampu berhujah mengenai barangan saja. LANGSUNG TAKDE HUJAH MENGENAI PERKHIDMATAN YANG DIGSTKAN. dari tukang komen sampai kepada metua kastam dan menteri, semua mengelirukan. Jika suruh berhenti langgan astro supaya tak kena gst logikla jugak tapi bagaimana dgn utiliti keperluan asas? Suruh pasang pelita? Masak dgn kayu api? Ambil air kat sungai? Itupun kena gst sebab apa? Renew lesen, renew insurans semua kena? Untuk apa? Adakah semua perkhidmatan yg sebijik sama sblm ini memerlukan kos tambahan?
Tengok je isu topup tu..smp skrg tak selesai. ketua pelaksana pun keliru. Keputusan flip flop. Amat memalukan!!!

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
May 1, 2015 at 3:49 PM

Macam mana GST, macam tulah Hudud jika dilaksanakan kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 1, 2015 at 10:20 PM

1. Ceritanya begini....kerajaan nak laksanakan GST tapi tak faham pun apakah GST tu dan apakah kesan pelaksanaannya.

2. Inilah jadinya bila kerajaan "gila" nak berniaga. Berniaga untung atas angin tapi hanya dinikmati oleh orang2 tertentu saja.

3. Berniaga rugi dan punya hutang berbillion2 sampai kena pinjam orang untuk bayar hanya faedah saja.

4. Kemudian ada hati pula nak arah2 syarikat telekomunikasi yang salah satunya kepunyaan si pemiutang tersebut untuk tidak kenakan caj GST kepada pengguna mulai 1hb Mei ? Kecut perut sampai kena buat pusingan U.

5. Itu pun cuma contoh kecil dan andaian sahaja kesan dan akibat kita berhutang dan tak mampu nak bayar. Kita akan ditendang macam bola.

Post a Comment