........... 1MDB - Tanpa Aset Tanah, Liabiliti Melebihi Aset ! ( Edisi Gossip ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Tanpa Aset Tanah, Liabiliti Melebihi Aset ! ( Edisi Gossip )

Friday, April 24, 201521comments

Aset melebihi liabiliti ..... itu saja yang Najib tahu sebut bila mempertahankan 1MDB. Tepat dengan kenyataan I'm not alone, ayat ini pun turut sama dilaungkan oleh penyokong2nya.

Aset Melebihi Liabiliti ....... sebagai bukti betapa bijaknya mereka yang dibelakang 1MDB.

Aset RM52 billion sementara Liabiliti cuma RM43 billion ( RM42 billion + hampir RM1 billion Standby Credit ) ... maknanya 1MDB dah UNTUNG RM9 billion ! WOW !!

Untung dari operasi perniagaan atau untung atas kertas dek penilaian semula harga tanah ?

Saya bukannya pandai bab2 akaun dan ekonomi ni tapi terasa amat dangkal lah sangat jika saya terus percaya bulat2 apa yang didakwa tanpa memikirkan sejauhmanakah kebenarannya. Untung dari penilaian semula tanah yang asalnya dibeli begitu murah dari kerajaan, bagi saya tidak memerlukan sebarang kecekapan dan ilmu perniagaan .... SIAPAPUN yang dianugerah tongkat sebegitu akan dapat untung secara otomatis.

Tapi untung tetap untung dari segi perakaunan, kan ? Yang ini tak boleh dipertikaikan. Untung FREE itu bila dimasukkan dalam penyata umum akan membantu melonjakkan jumlah keuntungan keseluruhan .... atau membantu mengurangkan jumlah kerugian keseluruhan.

Jadi kalau benar2 nak tahu apakah 1MDB betul2 bagus dari segi perniagaan, nak tahu skill hebat atau tidak, nak tahu layak atau tidak untuk mendapat pujian, kita kenalah tolak untung FREE sebegitu dan hanya tumpu pada untung hasil operasi sebenar 1MDB.

Penilaian semula harga tanah pastinya akan mengikut harga pasaran semasa. Secara mudahnya, jumlah aset RM52 bil yang disebut itu adalah termasuk nilai tanah yang sudah dinilaikan semula ikut harga semasa. 

Cuba ambil keluar aset tanah dari jumlah itu ..... saya tak tahu berapa nilai yang digunakan tapi secara kasarnya jika kita ambil pengiraan chedet semalam, 

27. Clearly 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money but the Government has lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the Government is approximately 25 billion Ringgit.

Beza harga pasaran dengan harga kos masa beli dari kerajaan dulu adalah RM25 bil ! Harga yang ditulis dalam akaun adalah harga pasaran bukannya harga beli. Nilai aset RM52 bil yang disebut oleh semua orang itu adalah termasuk harga semasa aset tanah.

Katakanlah nilai tanah adalah RM25 bil, dan kalau kita asingkan aset tanah dari jumlah keseluruhan aset 1MDB, kita ada baki RM27 bil. Jadi kalau kita minta Najib sebutkann jumlah aset 1MDB tolak aset tanah, ayatnya akan berbunyi lebihkurang macam ni -

Jumlah aset 1MDB tolak aset tanah adalah RM27 billion.

Jumlah Liabiliti pula tetap SAMA iaitu RM43 billion sebab tanah dibeli cash. Kalau pun dibeli hutang dari kerajaan, jumlahnya cuma RM683 juta saja.

Jadi dengan angka yang ada ini Aset RM27 billion dan Liabiliti RM43 billion, apakah masih mahu dibanggakan pencapaian 1MDB ?

Jelas bahawa aset tanah yang dihadiahkan oleh kerajaan pada harga murah giler itu lah yang telah membantu memberikan gambaran positif kepada prestasi 1MDB. Disebabkan aset tanah itulah maka Najib boleh mendabik dada berkata,

Aset Melebihi Liabiliti.

Cuba tolak aset tanah tengok ........


PS - Artikel ni adalah secara logik jer, tidak mengambilkira nilai sebenar yang dinyatakan dalam akaun 1MDB. Tapi saya percaya, kenyataannya tetap sama iaitu, tanpa aset tanah - Jumlah Liabiliti Melebihi Aset.

PS2 - Ada mamat buat petition dan minta saya tolong promote linknya -  https://www.change.org/p/najib-razak-rakyat-not-alone-najib-must-go

Luahkanlah kat sana apa yang terbuku di hati.... dalam Bahasa Melayu pun boleh.

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 12:19 PM

As Salam Bro Din, itu belum lagi dicampur dengan RM2.5 Billion yearly interest dari RM42 Billion hutang. Rugi memanjanglah 1MDB ni....

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 1:01 PM

Salaam bg din.....
Liabiliti mengatasi segalanya! Tu lah JAWABAN paling tepat....terhadap semua pertanyaan TDM.
Tanya je....salah ke?
Mmg lah dia tak KESEORANGAN......ramai lagi!
Tu maksud nya....kan jelas tu?
Apa la nak jadi luncai ni......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 1:20 PM

Din,

Sebenarnya kita kena tengok pada Tuan empunya 1MDB iaitu kerajaan Malaysia. Yes IMDB untung 9 billion kerana aset tanah tersebut. tetapi perlu di ingat yang kerajaan rugi ~25 billion dari penjualan tanah tersebut. Secara kasarnya kalau 1MDB realize aset tanah (dengan menjualnya) dan untung 9 billion, kerajaan secara bersih masih akan kerugian 16 billion!

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 1:55 PM

Din,
Kerugian bersih kerajaan.....16 bil. Duit sapa tu? Tu semua on paper.....Cuba baca hukum sikit.....
Kalau berjalan lancar.....Tu semua masih berkalau...FAKTA?
Ekonomi negara harus d teliti dari segenap sudut agar pertumbuhan seimbang....
Faktanya d sini....
MANA pergi duit banyak tu....MANA?
Lebihan lebih kurang....26 bil....cerita yg sebenar? Baki beli IPP dan beli tanah murah maut tu?

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 2:36 PM

Arul Kanda pun tak pernah tengok duit billion-billion. Jadi CEO 1MDB untuk tunjuk skil menipu. Sebab tu dia selamba je hantar penyata tipu. Harapan dia biarlah orang lain pun bodoh macam Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 3:28 PM

Lepas ni Najib hire konsultan utk penjenamaan semula 1MDB kpd 1BRIMDB....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 4:12 PM

untung 9 bil bayaq utang 2 bil minjam plaks ngan org..aq kah yg mengong tunjuk bijaksana sini...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 4:22 PM

Klu dah x penah susah... hidup dlm kemewahan
Dpt pangkat dan kuasa...
Kemewahan juga yg dicari. Halal haram apa kisah...


Mat Umno Pendang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 4:24 PM

Helen ang life of annie dan chedet takleh bukak ar..jaga2 en.penyu..

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 4:32 PM

@Anonymouskalau susah nak masuk, cuba tukarkan .com ( dot com ) kepada .fr ( dot fr ) atau singkatan mana2 negara lain spt gr dan lain2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 5:25 PM

Our own Imelda Marcos aka Rosmah masanya sudah tiba. Sebab gaya hidup Rosmah ala 'bourgeois' dengan Ah JIb Gor punya adminstrative style ala President USA yg mendengar nasihat dari arwah Chief of Staff JJ will be their downfall.

Penyokong BN/UMNO will remember Ah Jib Gor as the last UMNO Perdana Menteri di mana secara TERANG TERANG menyalah guna kuasa utk kaum keluarga nya. His abuse of power will the last straw the rakyat will tolerate after 57 years of Merdeka!

Rosmah obsession of Hermes Bikin bags, Reza international lavish lifestyle, daughter's ala royalty wedding of the century and Ah Jib Gor's excessive expenses for CONSULTANT to do his job for him is the LAST STRAW that causes the rakyat will rebel and revolt. Its seem our Marie Antoinette's Rosmah days is coming to an end soon.
May Allah gives Dr M the strength and energy to finish his roadshow.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 5:41 PM

100% setuju....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 7:18 PM

1MDB; soalan - ke mana perginya baki pinjaman tu? Dapat pinjam RM42 Billion. Tolak pembelian aset RM14.7 Billion. Tolak lagi USD 1 Billion (katalah RM4 Billion) ke PetroSaudi. Jumlah belanja RM18.7 Billion. Baki pinjaman RM23.3 Billion mana? Mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 8:13 PM

200% agree..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 8:38 PM

bakal pm malaysia bermula dgn abjad

M..muhyidin
A..aji hadi awang
H..hisham
A..azmin ali
T..tenku
H..?
I..?
A..?
R..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 12:23 AM

Memang la dia letak nilai tanah TRX ikut harga semasa. Memang pun kalau buat book keeping macam tu.

Cuma sekarang ni, nilai tanah tu tak ke mana selagi tak dicairkan (maksudnya develop ke atau jual ke).

Kalau tengok daripada sudut kerajaan jual kepada anak syarikat milik kerajaan, nampak tak ada masalah. Akhirnya, kerajaan punya juga.

Kalau tengok dari sudut kerajaan jual kepada syarikat - yang ni timbul isu nilai tanah yang rendah. Kalau ikutkan, walau zoning institusi sekalipun, mesti jual nilai ikut komersial.

Cuma 1MDB ni cekap paper shuffling lah. Ikutkan memang semua sah. Tak ada salah. Cuma niat tu tak korner baring tu tak betul. Dia beli tanah nilai murah, pergi buat conversion dan revalue jadi nilai mahal. Sah tu memang sah, tapi niat tak betul.

Bila niat tak betul, serupa kahwin cina buta lah. Akad nikah tu sah, tapi niat nak cina-butakan perkahwinan tu.

So, samada Najib ditipu oleh lembaga pengarah 1MDB atau dia tahu dan buat bodoh je. Anyway, Bahagian Kawalan di MoF yang kawal urusan jual beli tanah ni mesti dapat kebenaran daripada MOF 1 sebelum diorang berani jual harga murah macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2015 at 1:12 AM

Apa pun istilah anda......tu lah namanya SKANDAL.
Perbuatan menghalalkan cara......
Kalau tertipu.....mmg lemah la....kan ?
Kalau tahu dan buat bodoh ?.....lawak la pulak. Ini pemimpin kita?
Sesungguhnya d dlm jasad kita ni ada seketul daging.........

Thanks bg din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 5:51 AM

Itulah model bisnes haprak namanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 12:41 PM

Hadi? LOL.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2015 at 1:30 PM

salam,
saya ingat nak cadangkan, tanah trx dan sg besi tu 1mdb tanam rock melon la. cepat hasilnya sementara nak tunggu projek yang benar dijalankan. kalu tanah kat belakang sri perdana makan hasil lebih sejuta, berapa hasil kalu lebih luas. lantik la isteri pm sebagai penasihat jualan. lama dah tak dengar berita rock melon yer bro. apa khabar kau di sana?

bro, saya agak lama gak ikut tulisan bro. ingat dulu bro ada tulis pasal pm ahjibgor bawa masuk duit berbillion. tapi tahun mendatang. dah masuk ke duit tu bro? duit dari janji pelaburan dari luar negara. tak sia-sia pm pi luar negara cari pelabur, tu yang ekonomi mampan dan teguh sekarang. balik cite, masuk billion, pi 2 kali luar negara, balik cakap 2 kali pelabur akan melabur. jangan lebur udah la.

kalu buka balik apa yang pm cakap, saya ingat boleh tengok la pm kita bohong atau tidak. kalu dulu dia kata 2 3 tahun, mungkin dah masuk la tahun tersebut. boleh sesiapa yang rajin buat kajian. mungkin pm dah lupa kot, nak harap menteri miti bawa pelaburan baru tak nampak bayang la, tppa pun tak selesai lagi. sekarang mungkin pelabur dari ka*&^%$tan akan melabur dan peluang malaysia melabur kat negara tersebut. bukan pi makan angin kat sana tu, kerja cari pelabur dan melabur tempat baru. mana nak sama dengan tdm yang asyik berada dalam negara, pelabur tak datang ke negara kita. dok mimpi nak jadi negara maju. pm ahjibgor juga yang kena petik jari terus dah hampir capai negara maju. harap tdm, asyik mimpi jambatan bengkok, jambatan bengkok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 29, 2015 at 5:20 PM

Saya bekas TUDM. Telah berkhidmat di pangkalan Sungai Besi berpuluh tahun. Sedih tengok apa terjadi padanya. Takpalah untuk kemajuan. Dengar kabar 1MDB akan binakan pangkalan baru di Sendayan. Betul ke 1MDB akan bina? Atau Kerajaan akan bina?

Post a Comment