........... ( TERKINI - Laporan Polis Terhadap Najib ! ) 1MDB Bolayan Dakwaan Sarawak Report, Kerajaan Pula Bagaimana ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

( TERKINI - Laporan Polis Terhadap Najib ! ) 1MDB Bolayan Dakwaan Sarawak Report, Kerajaan Pula Bagaimana ?

Friday, April 24, 201514comments

HOT ! Kemaskini 7:50pm - LAPORAN POLIS Terhadap Najib !

   
Antara lain laporan oleh Datuk Khairuddin itu meminta Polis menyiasat kenyataan Menteri Kewangan yang didapati mempunyai unsur penipuan pada Dewan Rakyat ( Parlimen ) di dalam jawapan bertulis beliau pada 11 hb Mac 2015 sekiranya laporan Sarawak Report mempunyai asas kebenarannya.            

 Sepenuhnya di APANAMA



                                  ***************************


TMI hari ini melaporkan 1MDB tidak mahu layan segala dakwaan dan pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report baru ini.


"Terima kasih atas kiriman e-mel anda. Walaupun kami mengalu-alukan pertanyaan media, 1MDB tidak mengulas spekulasi dan khabar angin pasaran,"


Apakah itu contoh Public Relation  / Perhubungan Awam yang baik dari sebuah syarikat milik penuh kerajaan ?

Kenapa tidak nafikan saja dakwaan itu sebagai palsu dan tunjukkan penyata sebenar yang ada dalam simpanan ? Buktikan yang wang USD1.103 billion itu ada di BSI Singapura. Payah sangat ke ? 

Yalah, kalau orang lain yang tunjuk mungkin salah tapi kalau pemilik akaun sendiri yang tunjuk, pasti tidak ada masalah. Daripada dibiarkan pelbagai tuduhan dilemparkan dan saling tuduh menuduh antara pro Najib dengan pro Tun Mahathir, bukankah lebih senang kalau dapat ditunjukkan penyata sebenar itu ?

Kalau boleh commit billion2 dengan PetroSaudi walaupun tak jelas aset yang PetroSaudi miliki, takkanlah nak tunjuk penyata bank pun berkira ....... satu sen tak rugi !

TMI

Bagaimana pula respon dari orang Najib dan kerajaan ? Dakwaan Sarawak Report itu bukan saja kena pada Arul @ 1MDB tapi juga Najib @ Kementerian Kewangan @ kerajaan. 

PM Najib telah menjawab di Parlimen bahawa baki wang dari Cayman ada di BSI Singapura. SR pula dakwa BSI telah melaporkan kepada pihak berkuasa Singapura bahawa penyata yang menyatakan wang itu ada sebenarnya palsu dan bukan datang dari mereka.

Nah..... kredibiliti Najib dan kerajaan dipersoalkan.  Adakah Najib telah berikan jawapan yang salah di Parlimen ? 

Jadi pihak kerajaan juga seharusnya berikan respon dalam isu ini. Kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan tidak boleh beri jawapan - Tidak mahu ulas sebagaimana 1MDB !

Tidak dapat dibayangkan bagaimana mungkin kerajaan boleh ditipu sebegitu rupa ........ lebih menakutkan jika rakyat punya persepsi yang Najib turut sama bersekongkol ! Mustahil ! Tidak mungkin ! Impossible ! No Way ! 

Jadi untuk tidak mahu rakyat bersangka buruk terhadap PM yang dikasihi, kerajaan seharusnya tampil menjelaskan keadaan sebenar kedudukan akaun bank di BSI Singapura itu.

Seterusnya bertindak terhadap SR kerana menfitnah. Ini bukan perkara kecil yang boleh diperlekehkan.

Seharusnya reaksi segera sudahpun dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan, sebaik saja artikel SR itu keluar.

Jangan salahkan rakyat jika ada yang berfikir mungkin ada kebenaran di sebalik dakwaan SR itu kalau tuduhan sebesar itu dibiarkan tidak berjawab.

Tak perlulah nak serang sesiapa dalam kes ini, tak perlu juga nak ungkit kesalahan sesiapa bagi mengalihkan perhatian, tak perlu juga cabar rakyat supaya menyaman kerajaan atau 1MDB ..... semua itu hanya memanjangkan polemik. 

Paling senang, tunjukkan saja penyata bank yang membuktikan wang itu wujud dan selamat ada dalam Bank BSI Singapura. Dengan sendirinya orang akan marah pada SR kerana menyebarkan fitnah.... tak gitu ?

Bukankah antara perkara pertama yang Najib ucap semasa menjadi PM adalah dengan mengumumkan bahawa era kerajaan lebih tahu dari rakyat sudah berakhir ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 5:23 PM

Benda macam ni la yg akan jadi spekulasi besar. Patut awal2 ambil tindakan. Jawab persoalan tu. Kalau fitnah. Fail kes mahkamah. Bila diam ibarat apa? Macam dulu2. Pg merisik anak dara. Mak ayah tanya" minah. Nak tak ni. Ada org datang merisik". Minah diam ja. Jd orang anggap setuju la. Ini pun bula takda penafian dan maklumbalas serta tindakan. Rakyat akan anggap memang betul la pendedahan tu. Jadi pihak2 yang terlibat boleh tolong jawab kot. Jangan bagi keyboard warrior tolong jawab. Keyboard warrior bukan ada maklumat tepat. 1MDB la jawab. Bila 1MDB diam. Tempias kena ke PM. Asyik bagi keyboard warrior jawab ja. Itu yang jadi lintang pukang.

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 5:37 PM

Salaam bg din.....
Fuhh.....berpeluh saya bg din. Mmg dasyat dan kebal 1mdb ni....
Lupa ke....semua tu bawah satu bumbung g je ?
Tunjuk penyata.....lintang pukang tukang fitnah....takde penyata......tunggang langgang jawab !
Mudah....semudah abc.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 5:59 PM

tungguuuuuu....mykmu tengah prepare jawapan. Kita boleh kira berapa perkataan spt 'bodoh", 'bengong" atau "nyanyuk" yg ditujukan pd Tun M dlm 1 artikel dalam usaha menjelaskan pendedahan Sarawak Report.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 6:15 PM

1MDB ini adalah fiasco Ah Jib Gor yg paling BESAR. Kebodohan dia tentang BR1M,TR1M,GR1M dll ada lah kecil.

Bagi Ah Jib Gor sokong 100% ahli UMNO yg dia kelitong sudah CUKUP utk dia bertindak. Dia tidak perlu menjawab kepada sesiapa lagi,kan Ah Jib Gor PM utk ahli UMNO aje bukan utk rakyat Msia.

Ah Jib Gor sudah yakin kalau dia buat tak kesah, malam ini bila dia tidur,besok pagi problem 1MDB akan dissappear!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
hang Pa
April 24, 2015 at 6:34 PM

Salam bro din..knp blog che det payah nak masuk?nak komen jgn ditanya la..lg la payah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 6:46 PM

@Anonymous

jangan pulak ketinggalan satu lagi yang sama hebat, WZWH. tunggu juga cerita apa yang nak dibawakanya. habis citer lama dikitar semula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 9:10 PM

Mahathir Play To Win..

Najib Play To Not Lose..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 9:25 PM

Ada siapa2 dengar ke desak desus angin berkuat kencang ombak besar dari Perak Johor Sabah dan Kedah akan membadai Putrajaya?

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
April 24, 2015 at 10:20 PM

Assalammualaikum wmt,
Makin suspen.....
Ada rahsia disebalik rahsia.....
Ketentuan Allah swt saja yg mutlak.
Satu perkara yg patut diambil perhatian ialah mengenai kemampuan atau net work Tun M.
Jangan perlekeh negarawa itu. Walaupun usianya 90 tahun janhan diperlekeh kerana usia.
Makluman Tun M luas dan kalau tak cukup bukti kukuh beliau takkan lakukan.
Kalau setakat menteri dan pengampu-pengampu yg ada dikeliling DSNajib jangan cuba-cuba nak terjah tanpa usul periksa.
Apa yg terdedah ini cukup menjadi bukti bagaimana bermaklumatnya negarawan itu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2015 at 10:45 PM

@hasnul

Sbb tu Tun bersuara.....fakta lengkap bukan cakap kosong. Akhirnya Tun tanya.....Tun jugak yg jawab pasal 1mdb tu....detail plak tu !
Mcm tu baru sikap pemimpin....berani dan tegas.
Setakat yg ada ni tak payah nak tunjuk hebat la....
Berani kerana benar.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2015 at 11:48 PM

Sapa tak tahu sarawak report tu kawan firdaus abdullah. Cerita rekaan saja.

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2015 at 12:41 AM

Thanks dinturtle..suka sy baca cerita 1mdb ni.

....................
Reply To This Comment ...................
April 25, 2015 at 12:55 AM


din ada baiknya kau berdoa supaya kucing tumbuh tanduk dari mengharap puak ini bercakap macam orang ada telor..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2015 at 2:16 AM

Suka tengok cerita jer.lepas terima BRIM semua dah lupa.rakyat paling lembab didunia.inilah askar fisabilillah amar makruf nahi munkar..ada kes nyorok.

Post a Comment