........... Tun Mahathir Sudah Jealous Sama Solidariti Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Sudah Jealous Sama Solidariti Najib !

Tuesday, March 10, 201527comments


"Saya nampak semua baju merah, merah itu tanda sokonglah. Perdana menteri perlu jumpa ahli Umno, itu memang kerja perdana menteri," 


"Dulu tidak ada solidariti, Musa pun lawan saya... La ni (sekarang ini) lebih solid... dulu baju merah pun tiada,"


Alamak .... Tun Mahathir sudah jatuh jealous sama Najib la ! 

Agaknya tu yang Tun Mahathir duk tak puas hati sangat dengan Najib .... sebab sokongan Umno terhadap Najib lebih SOLIDariti. 

Merah tanda SOLIDariti.


Dan SOLIDariti itu kena ditunjuk dan dipamerkan pada ahli Umno dan rakyat  ...... kalau tidak, orang tak tahu. Orang duk kata Umno berpecah, tak sepakat, berlaga sesama sendiri, tak sokong Najib.... jadi pemimpin2 kena tunjukkan sokongan SOLIDariti itu. Kena angkat banner dan poster ramai2. Macam banner I LOVE PM oleh pengundi cina dua tahun lepas.

Tapi kenapa Najib sendiri tak pakai baju ...... merah ? Tak cukup solid la kalau pemimpin no 1 tidak sama dengan yang lain. 

Mungkin sebab banner pun bertulis Solidariti Bersama Presiden Umno, jadi Presiden sorang kena warna lain. Nak menunjukkan yang lain itu bersatu SOLID di bawah sorang yang lain itu.

Patutlah Presiden tersenyum lebar .... suka sangat bila semua yang lain berSOLIDariti untuknya. 

Perenggan akhir mengenai 1MDB saya nak komen sikit -


Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, berkata Najib menjelaskan yang 1MDB pada masa depan akan membawa keuntungan besar kepada Malaysia.


Katanya, 1MDB berada di landasan betul dan kerugian syarikat itu perkara biasa serta tiada unsur penyelewengan.


Begitu juga dengan ini -

Selain itu, ketua Umno bahagian Bera itu berkata, dengan penjelasan Najib bahawa tiada unsur penyelewengan dalam isu 1MDB, ia menjadi tanggungjawab kepada pemimpin bahagian untuk memberi penerangan kepada akar umbi.

"Tiada apa-apa yang cuba dilindungi oleh perdana menteri dan kerajaan.
- Mkini.



Apa ni ? Kalau nak minta semua orang bersabar menunggu hasil siasatan, ini termasuklah pemimpin2 Umno juga. Suruh siasat tapi duk sebut memanjang yang 1MDB tidak ada masalah .... tidakkah itu seperti memberi mesej kepada penyiasat ?

Ia boleh dilihat sebagai satu tekanan yang tidak sepatutnya ada. Siasatan mencari kebenaran harus bermula secara bebas tanpa sebarang tekanan. Kalau niat nak cari salah, akan ketemu kesalahan dan begitu juga kalau siasatan yang berniat untuk membersihkan, tidak akan ketemu kesalahan. 


Bayangkan jika penyiasat bertemu sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB tapi PM duk kata tidak ada masalah, mereka akan berdepan dengan masalah lain pula jika mahu dedahkan kesilapan itu. Iaitu memalukan PM ...... siapa yang makan gaji dengan kerajaan atau terikat dengan Umno akan berani mahu sanggah PM atau Presiden Umno ! ? ?

So ... kalau pemimpin Umno sendiri tak boleh diam, jangan salahkan orang lain juga terus mengkritik dalam waktu siasatan berjalan.

PS - Sebut kerajaan tidak akan lindungi sebarang penyelewengan itu OK tapi samada wujud penyelewengan atau tidak, biarlah siasatan yang menentukannya ..... tanpa sebarang tekanan.

Bukan apa, takut nanti kalau dibuktikan oleh penyiasat memang tidak ada masalah dengan 1MDB, orang akan kata itu sebagai tekanan dari PM. Kalau dah begitu ( awal2 lagi dah set kata tak bersalah ) baik tak payah siasat langsung !

TMI

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 2:38 AM

UMNO lebih SOLIDariti bawah Najib. Hehehe.. 1MDB tiada penyelewengan. Hehehe..
Kangkong sangat bijak dan UMNO pasti menang PRU14 jika dibuat esok.Hehehe.. Tak Melayu Hilang Didunia!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 2:49 AM

entahlah bro! saya lebih minat kepada artikel kamu yang sebelum ini. ianya sememangnya benar dan tak dapat nak disangkal lagi bahawa kita punyai sorang pemimpin saperti yang kamu paparkan itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 10, 2015 at 2:56 AM

Balancing guna tiga jari. Sesiapa kaki bodek pasti cukup faham akan teknik tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 7:24 AM

Tuan Din, boleh tak kes ini di sifatkan sebagai bangang perdana piara anak buah bangang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 7:39 AM

Kenapa mahathir perlu cemburu. Perbuatan dia telah menemarakkan semakin ramai bukan melayu menghina melayu dan islam. Ketahanan kesabaran org melayu sudah kemaksimum.inilah dia perbuatan mantan president nya sendiri...maka tiada salah bangsa ikut sama...sedar ...jgn kita tuduh org lain memecahkan umat melayu..ada dikalangan ahli pun melakukan nya..

....................
Reply To This Comment ...................
March 10, 2015 at 7:45 AM

Kenapa DS Najib perlu ada solidariti?Rasanya dalam sejarah PM Malaysia,dia sorang jer ada solidariti cam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
March 10, 2015 at 7:56 AM

Kenapa Muhyiddin tak hadir ? Apakah temujanji lain yang sudah lebih awal dibuat ( lebih awal dari Solidariti yang sememangnya dah awal dirancang ) dan lebih penting dari Solidariti hingga tak boleh tunda ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 8:27 AM

Anon 7.39.....

1. Adakah anda rasa TDM cemburu atau anda kata sepatutnya tak cemburu?

SAYA YAKIN TDM TAK CEMBURU. HE HAS SEEN UPS AND DOWNS OF MALAYS AND MUSLIMS.....22 years as PM and HAD BROUGHT TO WHERE IT IS NOW.TO THE CONTRARY IT WAS PAK LAH AND NAJIB WHO HAVE OPENED THE FLOODGATE FOR INSULT BY NON MALAYS TO MALAYS AND MUSLIMS.

2. Adakah anda menuduh TDM penyebab bukan melayu menghina melayu dan islam?

SEBALIKNYA ZAMAN TDM LAH YANG KUAT SEHINGGA MUSUH DAN LAWAN SAMA2 RESPECT BAIK DI DALAM DAN LUAR NEGARA.....IN FACT IT WAS NAJIB AND PAK LAH WHO CREATED SPACE AND OPPORTUNITY TO INSULT MALAYSAND MUSLIMS

3.Adakah anda menuduh ahli umno sendiri penyebab perpecahan umat islam?

AHLI YANG SENSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB CUBA SEDAYA UPAA MENYEDARKAN AHLI2 DAN RAKYAT MELAYU ISLAM YANG LAIN AKAN KELEMAHAN PEMIMPIN MELAYU SEKARANG. KALAU TIDAK DI UBAH, JANGAN HARAP UMNO/BN AKAN MENANG PRU14 AKAN DATANG

wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 8:29 AM

Dah banyak kali aku peratikan bila Tun M komen, pasti ada insan2 yang hanya memahaminya secara direct semata-mata. Tanpa melihatnya di luar konteks. Biar aku nak peringatkan sekali lagi pada sesiapa jua yang belum mengenali watak sebenar Tun M. Tun M apabila bagi kenyataan, akan nampak macam menyokong tapi sebenarnya tidak. Ini kerana Tun M lebih banyak membuat sindirin pedas jika ada yang tak kena di matanya. Kita kena fahami betul2 kenyataan Tun M, pastu barulah kita akan nampak ada sindirin di situ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 8:38 AM

Din tulis "Tapi kenapa Najib sendiri tak pakai baju ...... merah ?", ni aku rasalah cuba perhatikan kaum cina bila berhimpun mereka suka pakai baju putih jadi tak salahlah Ah Jib Gor pakai baju putih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 8:46 AM

Anon 8.29....

Saya sangat sangat betsetuju dengan ada. Itulah kelebihan TDM

....................
Reply To This Comment ...................
Pinhai
March 10, 2015 at 8:46 AM

Bro Din, menyatakan '1MDB tiada penyelewengan' mungkin seperti kelakuan Pak Kaduk yg menbuat tanda 'Di sini tidak ada duit' di tempat yg dia tanam duit dalam cerita dongeng lama dulu, heh!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 8:57 AM

orang melayu ni byk ngat prasangka, sokong pun salah tak sokong pun salah, hadir pun salah tak hadir pun salah, cakap pun salah tak cakap pun salah. pakai baju putih salah tak pakai baju merah pun salah, kalau cakap benar pun salah bohong lagi salah. kalau tengok najib dalam 1mdb dia hanya penasihat je mcm penaung pibg je, hal pelaburan dia lantik lah yang bijak pandai, nak lantik pakar ekonomi gaji rm1 dah tak de dah masuk penjara, kalau dia kena fikir nak labur tang mana, dia nak kena tulis baucar, dia nak kena sign, dia nak kena lulus, dia nak kena ambil duit, dia nak kena hantar ke cayman, mampuih lah dia. itu kadang pelik orang melayu bila bab ekonomi ni dia ada think tank dia memang dia menteri kewangan. ape guna, zeti, wahid yang kerajaan bayar gaji besar, bila dia orang bagi cadangan, pelaburan baguih tak baguih tak tau gi, untung rugi tak tau, kena belanja nasib untung untung tak untung kita tanggung lah. bila orang cina melabur cam tu berbillion ko orang tak kata ape pun, bila melayu buat suma tak kena cam bukhary, maidin, jakel, lynas. sal pasal melayu tak leh untung. tak pandai berniaga.najib nak takut ape pakar dia kata baguih dia kata proceed je. hampeh betul la hangpa ni, fikir lah skit cam hampa keluar duit kwsp masuk dana pelaburan, kita mane tau untung ke rugi, kalu rugi nak salah kan sapa, bila ckp kata guna duit rakyat ni habag mai berapa sen duit rakyat yang kerajaan guna. duit cukai pintu kerajaan bagi brim, bagi persekolahan anak bagi baucar buku dah dapat balik, ni mcm aku ni patut komplen bayar cukai pendapatan ape brim pun tak dapat, beli rumah prima pun tak dak, nak mintak pinjaman untuk anak masuk kolej pun jenuh mintak tolong kawan2. pasal duduk tang tengah tengah so jadi yang lain jgn cakap pandai2, bengang betui aku ni tengok hangpa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 9:17 AM

Anon 7:39,
Zaman mahathir cina dan india tak berani angkat kepala. Maklum mahazalim.
Sekarang ini mereka sudah bebas. Tidak ada lagi diktator.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 9:31 AM

aku paham TUn Sindir...dan aku rasa aku paham si din nie menyindir, kira kias di belakang kias

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 9:43 AM

KEtua bahagian tak penting. Yang penting tabur pitih ke SRJK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 10:00 AM

read between the lines people!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 10:22 AM

Tun nak jeles??? tersengih sorang sorang aku bila baca ertikel atas tu.
Kirim salamlah yer Tun..! Apa yang pasti Najib sedang SYOK SENDIRI!
Tanya mereka yang berbaju merah tu dari hati ke hati..adakah semua yang hadir tu menyokong ah jib atau hadir semata dengan satu sebab lain.
Aku sokong TS Muhyidin, tak kiralah beliau bersebab atau tidak untuk tak hadir.
Tengok Najib, sebaik saja selesai dia terus bergegas tinggalkan majlis. Nak sorok airmuka yang kelihatan bimbang dan cuak!
Letak jawatanlah najib..anda sedang menyediakan kubur pada anak cucu kami. Bagilah jawatan pada mereka yang lebih perfect. Kita dah lembik dengan perang pakatan. Takkan nak tunggu mampus dulu baru nak bangkit!

....................
Reply To This Comment ...................
March 10, 2015 at 10:25 AM

@Anonymouslaaaa.... najib kan pekerja kita dan dia pakai duit kita. Salahkah kita sebagai majikan ambiltahu hal pekerja dan syarikat kita ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 11:52 AM

Kesian ahjibgor ni. Nak jadi PM tapi takde keyakinan diri. Asyik asyik dengar cakap CONsultan dan cakap bini.

Dah tu nak bukti ornag sokong dia. Ish ish ish ahjib ni lebih LEMBEK drp Paklah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 11:57 AM

ahjib ni memang tak tahu MALU. Tun Dr M didesak jangan berhenti kena KSM (kerja sampai mati).

Si ahjib ni pulak didesak letak jawatan dia buat bodoh aje. Nak sekarang kaki ampu macam kunan ni yg tak tahu kerja cuma pandai ampu saja dah mula tunjuk sokongan konon.

Dulu masa paklah dia pun kaki ampu sekarang dok ampu ahjib aje. Kerja amanah tak reti nak buat. Buncit perut makan hasil tak amanah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 6:40 PM

Salam,
1mdb tak ada masalah, berada di jalan betul dan diurus dengan baik. Isu baik ni macam lambat bayar hutang, nak jual tanah yg dpt murah drpd kerajaan utk bayar hutang, duit dah dapat tp simpan kat luar negara, bank tuuuuuuuu, mana? Tuuuuuuuuuuuu, mana tuuuuuuuuuu. Duit pinjam bayar hutang. Bon mahal kerana jangka panjang, duit 700 juta dah dibayar, mana duit tu, ada laaaaa, kat mana duit tu, dahhhhhhh bayar dahhhhhhh, bila bayar? Dahhhhhhhhhh, hari tuuuuuuuuuu. Diuruskan dengan baik dan di jalan yg betul, untuk masa hadapan. Bila? Masa hadapan laaaaaa. Tahun bila? Masa hadapannnnnnnnn la. Memang solid untuk pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 10:04 PM

Mula diangkat mengganti pak lah
Ramai setuju tiada yang sanggah
Berjanji bersumpah tak kenal lelah
Rakyat tersenyum dek kata indah

Melayu dan Islam jadi sandaran
Al Quran Assunnah jadi panduan
Nasihat teguran banyak disaran
Malangnya ditepis tak dihiraukan

Ketua cawangan berhimpun sudah
IMDB dijelaskan semua setuju
Takut sokong membawa rebah
Malang sungguh melayu islamku

Lari kencang badan berpeluh
Sudah terang lagi bersuluh
Apa nak dikesal apa nak dikeluh
Pru14, Umno/BN pasti jatuh

Nama muhyiddin kami julangkan
Agar ke depan sambutlah cabaran
Harapan kami jangan siasiakan
Pimpinlah kami atas nama perjuangan











....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2015 at 11:00 PM

Din

Pemimpin UMNO memang hipokrit. Hari tu baru suruh kita org boikot perniagaan cina sbb semua hanya pentingkan keuntungan, buat harga melonjak giler. Tapi kes 1MDB ni jelas ada beberapa ekor Cina yg terlibat, tak pulak UMNO nak komen. Hairan. Diam seribu bahasa pulak. Dah hampir cam kes CBT ni. Tak de seorg pun Ketua Bahagian UMNO cakap apa-apa.

Saya sebenarnya tak sabar nak dengar pendapat bernas saudara Ridhuan Tee ni. Apa pendapat dia bila 1MDB kena tipu oleh ultra kiasu ni? Komen la sikit bang.

Muhd

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2015 at 8:19 AM

@AnonymousSaya tak rasa yang umno akan kritik Jho Low .... MACAM ada 'imuniti politik' kalau baik dengan sorang tu. Seperti juga Deepak !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2015 at 9:15 AM

Ketua bahagian janganlah bangga
Konon memimpin ahli biasa
Najib diampu memang kerja anda
Ahli biasa ramai yang tak redha

Ketua bahagian bolehlah rehat
Dipuji dipuja pemimpin UNO
Tidak kah perasan tipu muslihat
Permainan kotor cina Jho Low

Ketua bahagian menjalankan misi
Mesej presiden sebolehnya dijaja
Janganlah cuba mengelentong ahli
Ramai dah peka keadaan semasa

Ketua bahagian janganlah alpa
Tanggungjawab memimpin amatlah berat
Jangan impikan habuan diterima
Masa yang ada cepatlah bertaubat

Kalau jantan anda berkokoklah
Jangan menikus di depan pemimpin
Kalau tak betul tegaskan salah
Takut menyesal dibuai angin

Ketua bahagian minta maaf minta ampun
Kalah PRU umno/bn rugi
Najib dan orangnya tak kesah pun
Sia sia sokongan dan undi kami




....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 2:17 AM

1) DS Najib has a very strong support from UMNO members.
2) 1MDB is no issue. It is just a business. I opined that 1MDB will make money in years to come.
3) We should see the macro of our country. All are well, only one two hiccups.
4) Chinese will come back to support BN but gradually. It is just a matter of time.
5) BN is getting stronger day by day.
6) A tiny country like Malaysia is in top 20 highest trading country.

Post a Comment