........... Sumpah Selagi Ada Bulan Dan Bintang .... Bukan Sekolah Cina Tapi Agenda Melayu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sumpah Selagi Ada Bulan Dan Bintang .... Bukan Sekolah Cina Tapi Agenda Melayu !

Sunday, March 1, 201530comments


Semalam  telah berlangsung satu perhimpunan Melayu yang asalnya dinamakan sebagai Renaissance Melayu yang dihadiri oleh PM Najib. Hanya dua tiga kerat je blogger yang mempromosi majlis ini sebelum dan selepas berlangsung. Kenapa ek ?

Promosi begitu hambar ..... seperti ada yang tak kena dengan tujuan penganjuran walaupun ia bertemakan Perpaduan Melayu.

Hari ni saya baca 7 Amanat di atas yang disertakan dengan janji Selagi ada bulan dan bintang ...... peeergh ..... Terus saya teringat kepada sumpah yang sama menggunakan nama bulan dan bintang iaitu sumpah memastikan kewujudan sekolah cina !

Perpaduan Melayu ....... tanpa kehadiran NGO2 Melayu Islam yang selama ini menjadi benteng mempertahankan maruah agama dan bangsa setelah tanggungjawab itu gagal dilaksanakan oleh Umno dan Pas ?

Sila baca komen rumusan dari otai blogger bergambar yang amat saya hormati - Jinggo Fotopages yang telah membuat liputan majlis itu -


1. Kehadiran orang ramai memang jauh dari sasaran 20,000 orang. Dianggarkan sekitar 8,000-10,000 orang yang kebanyakan nya terdiri daripada mahasiswa dan penuntut IPTA sahaja yang berjaya dibawa ke majlis. Wakil Melayu pembangkang juga tidak kelihatan walaupun ada ura-ura penganjur akan menjemput mereka

2. Tidak kelihatan kelibat orang-orang lama yang biasa bergerak dijalanan bagi menuntut dan mempertahankan kepentingan Melayu kelihatan dalam kumpulan jemputan utama. Kemanakah pergi nya wakil-wakil NGO Melayu / Islam yang begitu lantang memperjuangkan hak Melayu ? Tidak kah mereka dijemput atau penganjur sendiri tidak mengenali mereka ?

3. Kemana kah pergi nya wakil PEKIDA, PERKASA, ISMA dan sebagai nya yang begitu sinonimos dengan perjuangan Melayu / Islam. Siapa pula penganjur ? Apa kuasa atau kemampuan mereka untuk menyatukan Melayu ??? Banyak persoalan yang ditimbulkan dikalangan kenalan wakil media yang saya sendiri tak terjawab.

 .

4. Bagi saya penganjur harus membuktikan kewibawaan mereka dalam kerja-kerja NGO Melayu sebelum berangan besar untuk meraih populariti dengan majlis seperti ini. Perjalanan majlis lebih mirip kepada majlis anugerah yang biasa diadakan oleh stesen-stesen TV. Gimik-gimik hiburan yang tidak boleh diserap sebagai pengisian majlis PERPADUAN MELAYU. 

5. Banyak wang dibelanjakan, tetapi rata-rata kami yang hadir pulang dengan tahap kesedaran dan keinsafan yang tidak berubah... tiada touch points yang memberi impact. Wakil media yang lain pun hanya fokus kepada ucapan Perdana Menteri sebagai matlamat tugasan mereka.

6. Bagi mahasiswa dan penuntut  yang hadir mereka mungkin terhibur dengan 'time-out' hujung minggu, tetapi adakah mereka benar-benar faham isu semasa yang membelengu perpaduan Melayu ?


7. Bak kata seorang kenalan saya... sebusuk busuk nya jemput lah "Rani Kulup a.k.a Ayahanda Arka" baru lah nampak ada NGO Melayu / Islam yang diiktiraf penganjur.

8. Bagi saya penganjuran majlis ini tidak membawa sebarang 'practical sense' jika semua NGO Melayu yang sudah berpaksi lama tidak dihimpunkan dalam satu majlis walaupun hanya untuk seketika dan untuk bergambar saja. Majlis ini lebih kepada acara syok sendiri oleh penganjur yang mungkin mempunyai masalah  'networking' dengan NGO Melayu. Wallahualam... 

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 6:26 PM

Tengoklah semangat BERKOBAR kononnya masa perhimpunan agung UMNO yg. baru berlepas - lepas perhimpunan; habuk pun TAKDAK! Mana dia suara mahupun perjuangan ISLAM/MELAYU lantang jenerasi muda yg. sampai ada tak sabaq dah nak MERAMPAS kuasa dari yg. berusia - kononnya kita ni ketinggalan zaman?!

ISLAM/umatnya di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ini serta diserata dunia terutamanya di Barat/ISrael masih diHINA, diPIJAK, diROMPAK dan diBUNUH dlm. GENOSID yg. terus meningkat! Bahkan baca saja Harian Metro; hampir harian ada terperinci umat Islam di Malaysia ni, termasuk pekerja asing ISLAM; disyaki MAJORITI mangsa kemalangan jlnraya/industri terutamanya akibat KECUAIAN dan KEBUASAN pemilik industri TAMAK/BONGKAK nak mampos! Mahupun, umat Islam/Melayu asyik terpaksa meminta sedekah sampai nak sekolah ada yg. tak mampu serta membiayai rawatan perubatan yg. makin MAHAL nak mampos - yg. herannya mana pi TABUNG BANTUAN PESAKIT MISKIN?!

Begitu juga anak-anak pelarian ISLAM terutamanya masyarakat ROHINGYA yg. tak diBENAQkan BERSEKOLAH - apahal susah sgt. nak beri kerakyatan pd. mereka sedgkan ISrael dan S'pura (juga India di masa hadapan , di Kashmir) boleh memberi BERJUTA Bukan Islam, kerakyatan dgn. amat mudah utk. MENGURANGkan jumlah umat Islam?! Sedgkan kalau mengikut keadilan dlm. ISLAM; kita harus membantu sesama ummah apalagi sbg. NEGARA ISLAM MERDEKA! Bahkan aku syaki si pelarian Myanmar yg. Bukan Islam makin diberikan kemudahan termasuk pekerjaan - lihat saja kedai-kedai di LRT atau sbg.pengawal keselamatan! Kem. Sumber Manusia-BANGANG tu harus diPANTAU kerana disyaki melakukan DISKRIMINASI pd.pelarian ISLAM!

Nek Tempoyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 6:43 PM

Kalau khairy anak menantu dollah dtg harini jugak saya daftar umno online.....kiki

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 6:49 PM

Camne najib boleh Ada pulak ni?hehe...dulu Kat Perak pun ada penganjuran sebegini dinamakan perhimpunan hidup melayu....baju,sticker kereta,button semua dah diedarkan cuma tunggu hari je....last2 dibatalkan alasan takut cina marah katanya.....kalau Nak tahu kenapa dibatalkan tanya yang merasmikan perhimpunan diatas.hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 7:13 PM

najib mintak nyawa ke tu???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 7:56 PM

Salam bro Din.

Soalan pertama yang muncul bila saya terbaca mengenai perhimpunan ini apa motif ia diadakan secara tiba-tiba? Tak ada ribut tak ada tsunami tak semena-mena timbul Perhimpuan Melayu.

Hari ini kita digemparkan dengan pendedahan akhbar dari UK mengenai penyelewengan dana 1MDB bernilai USD700 juta oleh Jho Low yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib. USD700 juta itu merupakan duit bro DIn, duit saya, duit pembaca DT dan duit 28 juta rakyat Malaysia.

PMO juga menjadi terlebih efisien hari ini dengan begitu cepat mengeluarkan kenytaan berhubung isu ini. Antara yang menarik perhatian saya, kenyataan PMO menegaskan "Najib tidak terlibat dengan operasi harian 1MDB". Adakan ini langkah untuk memastikan Najib dapat diselamatkan daripada dipersalahkan berhubung kontroversi 1MDB? Tun Dr Mahathir dalam reaksinya susulan pendedahan ini berkata "siasatan perlu dijalankan".

Berbalik pada artikel, saya berpendapat penganjuran perhimpunan ini mempunyai kaitan dengan survival Najib dalam politik Malaysia ekoran skandal 1MDB ini. Tindakan terdesak untuk memainkan sentimen Melayu secara ad-hoc memang tak kena pada masanya. Langsung tiada roh perjuangan Melayu. Kita pun tak pasti apa sebenarnya perhimpunan ini. Perjumpaan dengan Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara dalam masa terdekat ini barangkali mahu mohon talian hayat dari UMNO.

p/s: bila ada kuasa, bangsa sendiri dianaktiri, komunis yang dipuja. bila dah kat tepi gaung pandai pula minta tolong bangsa sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 8:25 PM

@Anonymous

aku bersetuju dengan pendapat kamu. Najib semakin terdesak dan mengharapkan sokongan orang Melayu untuk mengekalkan kuasa.

bulan dan bintang jugalah yang diperalatkan untuk mendapatkan kepercayaan orang orang Melayu. pada aku, sebagai bangsa Melayu dan beragama Islam, sepatutnya digunakan perkataan ALLAH dan bukanya bulan bintang yang juga dijadikan.

aku harap usahlah lagi Najib nak bercakap berkenaan survival Melayu. kalau pun Najib sayangkan bangsa Melayu, berundurlah sebelum Melayu digadaikan. sekolah cina macamana pulak dalam mempertahankan bangsa Melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 8:37 PM

ajib dah minta tolong kat Melayu lah tu...

dulu kemain lagi tak layan perasaan orang2 Melayu...

sekarang dah tahu populariti makin jatuh...sibuk d\nak cari orang Melayu...

hal ini bukan kepada ajib je...pemimpin2 lain pun sama..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 9:34 PM

Kesian Ahjibgor ni sedang minta sedekah sama macam peliwat tua kutuk dlm sungei buloh.

Dimana kan ku cari ganti Tun Dr M??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 9:35 PM

Nampak terdesak si najib ni - adek2nya berempat tak jemput dia pun utk membela ayahanda mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 9:36 PM

Kalau benar dia sayangkan Melayu dan Islam, letak jawatan aje lah. Habis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2015 at 9:53 PM

"Roh" Melayu masih kucar kacir. Semua nya bergantung pemimpin tertinggi. Selama ini mereka diam bila Melayu dan Islam di maki, hina dan caci. Malah cina porno yang menyimbah Melayu dan Islam dengan tahi lepas bebas. Tiada peruntukan undang-undang, konon nya.

LKS dan LGE dan kuncu-kuncu terang-terangan melampaui batas memperlekehkan perpaduan yang sudah terbina sejak termetrai kontrak sosial. MCA semakin terkeluar batas. Gerakan tidak juga berbuat apa-apa. MIC dalam dilemma merebut kuasa.

Apa yang tinggal untuk Melayu ? Kuasa KDN di hambat manipulasi pembangkang dalam bentuk meghadkan kuasa supaya mereka bebas berbuat apa saja...

Sebenar nya kekecewaan Melayu itu amat besar di bawah pimpinan Najib yang suka memilih dari orang-orang yang tidak di terima oleh Melayu. Pembangkang Melayu tidak terkawal dalam paksi berteraskan Melayu...

Kena di perbarui lagi merangkumi semua Melayu, tidak kira mana mereka berada. Mungkin hujung tahun 2015 setelah usaha keras, boleh saja termakbul.... insyaAllah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 11:37 PM

Salam,
orang melayu dapat air liur ajer la. semua kata yang berdegar-degar tu dah cukup untuk telinga mendengar ajer. tindakan pm pulak lepas berkata-kata itu, mb pahang nak lantik khas jk untuk orang cina dan indiia, ah jib gor kena tukar nama bila bersama orang cina. tak nampak pun orang cina dan india berbaju melayu dan bersampin masa hari raya aldilfitri, tapi orang melayu pakat berbaju merah berpotongan cina dan india untuk thaipusam dan tahun baru. jual la lagi melayu tu. raja melayu dah berwasiat, ah jib gor dah cakap masa perhimpunan agung umno, apa lagi yang tak cukup dan buat melayu rasa terpinggir? mestilah tiada tindakan yang cakap serupa bikin dilakukan. dengar kata ketua umno seluruh negara akan berjumpa presiden, agaknya itu gula-gula getah yang diberikan awal untuk tutup mulut agaknya. apa pun segala tindakan ah jib gor tak mampu untuk menyakinkan ramai rakyat bawahan. blogger berbayar dan dah dapat imbuhan banyak, intergriti anda sanjung pm, dah tak dapat yakinkan ramai rakyat biasa.mereka tahu dap, pkr dan pas tak boleh pakai, tapi bila hati dah marah, sapa peduli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2015 at 11:41 PM

Aku sebenarnya lebih suka mendengar perkataan tindakan atau pelaksaan. Bercakap atau berucap soal agenda melayu ni dah muak nak dengar. Sebijik macam PAU yang lepas. Lantang dan penuh bersemangat apabila berbicara pasal melayu tapi impaknya masih belum dapat dilihat hingga kini.

UMNO seboleh mungkin tak nak dilihat mesra dengan NGO melayu seperti PERKASA, JATI, ISMA dan lain-lain kerana UMNO jugak kena jaga hati 'pihak satu lagi'. Mungkin UMNO tak nak dilihat sebagai rasis meskipun kita sebagai orang melayu memang dari dulu lagi mengharapkan UMNO supaya konsisten rasis. Tapi yang peliknya mereka rasa tak selesa dengan imej rasis. Apa salahnya jadi rasis ? Nak bela melayu kenalah jadi rasis. Nak bela Islam kenalah jadi rasis. Nak mengangkat martabat orang melayu kenalah jadi rasis.

Inilah yang payahnya apabila UMNO mempunyai pemimpin yang berjiwa liberal atau progresif. Kalau sehari jer tak jadi pemimpin BN tak boleh ke ? Cubalah jadi pemimpin UMNO sejati tanpa dibayangi sebagai pemimpin BN walau untuk sehari saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 12:06 AM

Aku bukak facebook tadi aku terjumpa video terbaru Dinturtle....

https://www.facebook.com/video.php?v=10153959172514572

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 1:33 AM

bulan ni mesyuarat umno cawangan akan bermula..biasa lah takut kena bantai oleh ahli umno kampung. Penentuan KPI kena selalu buat program dan mesti ada bukti bergambar.. Yang sudah pasti untung adalah penganjur tetap bulanan, Yang kena kuda pemimpin bawahan dan ahli gurka yang jadi tukang arak memenuhkan dewan. masuk kiri keluar kanan habuk pun tarak,,,zaman KPI katakan ..solidariti membawa rebah.. gula gula batu keras, penyokong umno dan orang melayu sendiri pun dah muak naik jelak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 3:34 AM

Lebih baik Ah Jib Gor kau teem 1MDBnya dan meyelesaikan wang yang terhutang olehnya. Melayu mahu tahu apa dia buat dengan si JoLho

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 5:07 AM

Oh Melayuku Oh Pemimpinku

Melayuku berseloka bersindir pun sudah
Kekecewaan diluah pelbagai arah
Hakikatnya faham sokongan dah lemah
Waima parah Pemimpinku tak kesah

Maklum pun tidak apa lagi nak bertindak
Melayuku kecewa bak air menggelodak
Pemimpinku tersengeh dibuai mimpi
Penasihat tersenyum fulus meningkat lagi

Melayukuku merintih setiap hari
Pemimpinku pekakkan telinga kanan dan kiri
Namun tak kesah tak pun dihirau
Seolah tidur hadhari terkena pukau

Melayuku berhimpun malam semalam
Pemimpinku perasan sokongan kuat
Yang hadir berhimpun kononnya puluhan ribu
Jutaan tak sokong ramailah sangat

7 amanat Pemimpinku untuk Melayuku
Agama, Raja dan maqasid syariah
Insan kukuh dan bangsa peneraju
Sifat mazmunah institusi keluarga indah

Memang melayuku perlu Pemimpinku
Malangnya indah khabar dari rupa
Alangkah baik dipraktik PM dahulu
Insyallah rakyat tak gundah gulana

Sesal dahulu selalunya pendapatan
Sesal kemudian huh...adious bye bye
Sombong bodoh jangan Pemimpinku amalkan
Melayuku tersungkor kampung tergadai

HIDUP MALAYSIA
HIDUP MMMY

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 8:17 AM

Jangan di tanya mana melayu, Ngo dsbnya. Tanya mana dia 3.5 juta ahli UMNO dimana yang diperluhadirkan cuma 20,000 saja. Mana dia? ooo.. mereka hadir di dalam hati saja..ooo Omong 0annn je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 8:44 AM

Melayu kat mana?

Dalam pusat serenti, stesyen2 bas, kat kawasan hulu2, kampung2 dan kalau kat bandar2 pun, ramai kat flat2 rumah murah je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 9:12 AM

Apa yg saya faham, program ini asalnya di champion oleh anak2 Jati Melayu bagi menghimpun dan menjadi pressure group kpd kerajaan supaya menobatkan Islam Melayu. Ianya bukan tiba2 dibuat. Ianya sudah dirancang sejak tahun lepas lagi tetapi tarikh telah dianjak atas sebab2 yg tidak diketahui.
Mengapa ia tidak mendapat sambutan?
1. Program ini diilhamkan oleh RAKYAT, bukan untuk UMNO, PKR atau PAS. Tetapi ahli politik sudah hijack, utk political dan personal mileage.
2. Kita lihat ramai hipokrit Melayu tiba2 muncul utk menjadi hero majlis ini termasuk top2 mgmt BTN dan UMNO sendiri.
3. Majlis ini tidak banyak bezanya dgn perhimpunan UMNO utk sedapkan hati aje.

Ini menyebabkan hardcore Islam Melayu rasa mual apabila majlis agenda rakyat dan ummah di hijack oleh politikus UMNO, PKR dan PAS.

Tanah Melayu memerlukan pemimpin yang benar2 ikhlas dalam merancang dan melaksanakan dasar2 Islam Melayu; di mana UMNO, PAS dan PKR telah gagal memahami kehendak ummah Islam Melayu. Sebab itu wujudnya banyak NGO Islam Melayu yang bergerak demi menjamin survival ummah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 9:20 AM

1MDB adalah satu kekusutan kronik yg AhJibGor sendiri tak jawab . Berbeza dgn TDM yg dapat menerangkan sendiri apa dan kenapa tambatan ringgit dibuat semasa krisis keuwangan dulu. Bayar punasihat berbilion2 tapi mrk pun tak boleh jawab kenapa 1MDB nak mintak duit lagi? Yg saya tahu Goldman Sachs ni penasihat pelaburan yg menipu pelabur Amerika pd tahun 2008 (toxic mortgage back securities). Mrk (dan kuncu kuncunya) sentiasa mencari KEBODOHAN manusia utk mendapat duit. Itu sahaja.

Dan kebanyakan "aktiviti pelaburan" dibarat ini bersifat spekulatif dan penuh dengan unsur2 BERJUDI secara intensif. Terperanjatkan kita kalau org2 berjudi selalu sahaja ada masalah dgn AhLong?

Seperkara lagi, video Youtube Rosmah senggol AhJibGor merupaka satu kejadian yg sungguh mengaibkan. Kalau Najib tak kisah dihina macam tu, dia punya hal lah (walapun sukar bagi saya memahaminya). Tp Rosmah menghina jawatan yg dibawa oleh Najib. Rosmah menghina rakyat Malaysia dimata antarabangsa dengan kelakuan "tak senonoh"nya. Sungguh menjolok mata. She should be 'ex communicated' Rakyat Malaysia juga telah dihina dengan kejadian tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 12:05 PM

Dia manauhakn akta ISA dan EO dia nak ambil ati siapa? Hati melayubd guris, d luaki, d simbah cuka getah..Tukar nama Ahjibgoh..kan ke gila namanya..pru13 daoat 133 kerusi undi popukar ke PR not BN..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 7:14 PM

Najib , Melayu 10%, India 30% dan Cina 70%.. Melayu tak hidup tapi dikubur olehnya, begitu juga pemimpin-pemimpin PAS dan PKR mejahanamkan lagi Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 2, 2015 at 8:11 PM

Satu Pemerhatian

Melayu dan Islam hendak ke mana?
Najib melayu sebangsa dan seagama
NGO berhimpun kekalkan kepimpinannya!
Perlukah diganti dengan orang No Dua???

Amanat Najib semuanya tujuh
Melayu bersorak berdiri dan duduk
Yang "dipaksa" hadir bertepuk heboh
Yang "hipokrit pengampu" mengangguk2

Amanat diisytihar tiada luar biasa
Perlu selusuri kononnya melayu dihormati
Program perjuangan tiada satu boleh dibangga
Penasihat dipercayai, Najib kurang jati diri

8 mac ada satu perhimpunan lagi
Ketua bahagian cawangan perlu hadirkan diri
Tanda sokongan diyakini tak berbelah bagi
Salah sokong, perjuangan melayu lalui jalan mati

Apa perlunya perhimpunan sebegini
Alangkah bijak tukar terus nakhodanya
Tak payah berbicara mencari yang lain
Ayuh Muhyiddin teruskan pelayarannya

PM pertama sehinggalah yang kelima
Himpunan tak pernah untuk cari sokongan
PM ke enam lemah gagal dan tak bermaya
Moga penggantinya jangan malu jangan segan

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 2, 2015 at 8:26 PM

DS Ah Jib Gor beri 7 ......T.U.J.U.H Amanat utk org Melayu.
Aku cuma nak beri 1...S.A.T.U. Amanat je utk DS Ah Jib Gor.
Amanat aku pada DSAG

"Selagi ada Bulan Bintang, Matahari, Langit 7 lapisan, nama Melayu yg diberi ibu & ayah perlu digenggam kemas, bukan dinoda dgn nama Cinabeng hanya sekadar menagih laba politik"

Kalau nama sendiripun tak bleh jaga, siap bangga dgn nama Cinabeng, mana org Melayu nak percaya DSAG nak martabatkan org Melayu, apa lagi dgn janji bulan bintangnya.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 2, 2015 at 9:00 PM

Setahu saya yang berjanji selagi ada bulan dan bintang ada sekolah cina ni ialah TPM Muhyiddin BUKAN Najib. Muhyiddin berjanji masa PRK Sungai Limau, Kedah. Walaupun saya tak suka Najib aka AhJibGor dalam banyak perkara tapi yang satu ni saya ingat!

...dan disebabkan kebodohan TPM kerana menyanjung cina yang hanya "sejemput" di Sungai Limau, BN kalah.

Blog Din Turtle pun ada bincang... http://dinturtle.blogspot.com/2013/11/prk-sg-limau-kenangan-mengusik-jiwa-ku.html

http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/11/sg-limau-cinabeng-cuma-nak-rm350000.html

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/11/jangkaan-blog-gap-tepat-kurangkan.html

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2015 at 11:44 PM

@PakKadukYa, saya masih ingat :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 12:30 PM

SAYA UNDI BN BUKAN SEBAB NAJIB!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 1:41 PM

Esok Pasti Tiada

Tak dapat dinafi tak dapat disanggah
Kepimpinan Najib teramatlah lemah
Walaupun tujuh amanat digaris sudah
Melayu dan islam masih dihina difitnah

Menteri KDN Najib sangatlah lesu
The best Rhetoric King Zahid namanya
Bila bercakap bergegar bumi melayu
Disergah dek musuh kecut maaf dipinta

Menteri KPM Najib lembik tindakannya
MH 370 ke Beijing malangnya hilang
Wajib koroborasi kuasa besar dunia
Takut yahudi amerika datang menyerang

Sedih mengenang peguam negara
Membisu memekak juga hanya memerhati
Penghina pemfitnah dibiarkan berleluasa
Musuh senyum tiada apa yang ditakuti

Malangnya hidup di negara Malaysia
Kuasa yang ada namun tak digunakan
Membantu nasib sebangsa dan seagama
Seolah-olah Melayu dan islam satu bebanan

Kalau Esok Masih Ada aku pasrah dan rela
Walaupun Menanti Hari Esok amatlah seksanya
Percayalah wahai melayu islam semua
Melihat semasa sejujurnya Esok Pasti Tiada

Wassalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 12:20 PM

ye la din.. mana abdul rani kulup.?. x nmpk pun dlm perhimpunan renaissance melayu. selalunya muka dia je yg selalu dok kuar tv. mamak ngo kemaluan pun xdk jugak din. agaknya rani lupa bwk spek kot,sbb tu dia xjoin. hehehe

Post a Comment