........... Rosmah Dan Anak Tiri Najib Berbelanja Hasil Peninggalan Datuk Mertuanya - Dah, Tutup Kes ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rosmah Dan Anak Tiri Najib Berbelanja Hasil Peninggalan Datuk Mertuanya - Dah, Tutup Kes !

Wednesday, March 4, 201517comments

Saya baru baca artikel AKadirJasin yang turut menyentuh artikel Utusan yang menyiarkan kenyataan Najib mengenai Tun Razak. Beliau menumpukan perhatian kepada satu lagi watak dalam episod Harta Pusaka Najib yang disebut oleh UTUSAN. Kali ini nama datuk kepada Najib pula disebut - Tan Sri Mohamed Noah Omar.

Gambaran yang diberikan adalah harta pusaka yang dimaksudkan oleh PMO ketika menjawab TheNewYorkTimes adalah harta pusaka dari DATUK kepada Najib, bukannya ayahnya.

Hmmmmm ...... adakah itu kenyataan dari Najib sendiri atau Utusan yang memandai tulis ?

Saya perasan perkara ini turut ditulis oleh beberapa blog pro Umno .... so saya assume benarlah yang harta pusaka itu merujuk kepada harta peninggalan Mohamed Noah. Saya tidak akan komen apa bentuk harta itu, berapa banyak dan kaitannya dengan Genting bla bla bla ....

OK kan ? Ada bantahan ?

Takde siapa yang nak berikan pandangan kemungkinan harta pusaka itu datangnya dari keluarga Rosmah ? Takde siapa yang sebut pun ..... so tak kot.

Perasan tak yang tidak ada siapapun yang menafikan kemewahan yang ditunjukkan melalui perbelanjaan Rosmah dan anaknya  ( anak tiri Najib ) ..... so yang ini pun benarlah, kan ?

Jadi biar saya buat kesimpulan dari maklumat di atas, tidak ada tokok tambah atau spin.

Rosmah dan anak tiri Najib berbelanja mewah beratus2 juta RM adalah hasil dari harta pusaka peninggalan datuk kepada Najib, atau datuk mertua Rosmah.

Dah, tutup kes.

PS - Jangan ada pula yang ungkit bagaimana gaya hidup cucu2 sedarah Tan Sri Mohamed Noah lain !


Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 2:35 AM

ek eleh! takkan macam tuh senang nak tutup kes beb? ok tak per buat half time. kita tunggu sepak mula lepas half time nanti. apa pulak citer dari pehak pehak yang berkaitan. takkan ok jer pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 4:11 AM

Hoiii.. boleh tutup kes gitu aja. Hishamuddin cucu Noah jugak, nape tak kaya raya melampau. Rahah dgn aruah Suhaila adik beradik berbapakkan Noah jiga. Bini Hishamuddin biasa aja tak kaya melampau sampai anak tiri Najib yg tidak ada kena mengena pertalian darah dgn Noah pun boleh tumpang sekaki jadi kaya-raya. Sepupu Najib yg beribukan kakak Rahah dan aruah Suhaila sebapa dgn Noah berterabur ada yg hidup sederhana malah masih melilau cari peroject dan habuan utk hidup, tak pun kaya melampau cam Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 5:31 AM

Jadi di mana logiknya ajib suruh rakyat berjimat cermat sedangkan ahli keluarganya sendiri berbelanja mewah? Biarpun harta pusaka..tetapi tunjukkanlah contoh yg awak pun berjimat sama..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 6:49 AM

Biar warisi kebaikan daripada mewarisi sikap hancurkan agama..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 7:33 AM

Diartikel sebelum ni ada org tuduh ko blogger paling busuk hati tapi bagi aku ko blogger PALING NAKAL !!! Hahahahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2015 at 7:44 AM

@Anonymouspulak ?
Tutup kes itu maksud saya merujuk kepada sumber kemewahan mereka. Saya merujuk pada artikel utusan dan para bloggers lain.
salah juga ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2015 at 8:10 AM

he..he...DT tanya Betty Chew mana dia dapat "kemewahan" terlajak akaun, gerenti Guan Eng lompat tikam ! - sumber aku baca dari blog + paparan tweeter geng penjilat tegar beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 12:17 PM

...oooo patutlaa..rakyat miskin kena jimatlaaaa....ooooo gitu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 12:32 PM

korang ni pun satu!!!! harta tu korang punya kah??? atau harta datuk moyang kau kah??/
biar la depa nak belanja macamana pun ,yang dok pi ambik kisah buat apa?? senang2 korang buat dosa mengumpat.lantak lah depa nak belanja mewah ke?/ yang datuk moyang kau tak tinggal harta tu untuk korang pasai apa?..ini lah penyakit dengki tak boleh tengok orang lain lebih sikit...cari lah harta sendiri lebih baik daripana dok pi kira harta orang..melayu pendengki!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 12:36 PM

Salam,
orang lain tak pandai guna wang besar. mereka berjimat mungkin untuk piut mereka simpan kepada piut dan kepada piut. kak ros tak kisah nak berhabis. anak ah jib gor yang lain pun tak kisah. so, tutup kes la pasal dah jelas harta kekayaan daripada datuk belah emak. bab lain tak masuk dalam cerita. saya setuju dengan bro din untuk jaga intergriti penulis daripada menulis fitnah. cerita berdasarkan fakta dan fahaman sendiri. bukan faham ikut orang lain. saya faham seperti mana penulis artikel di atas. memang tidak ada bantahan bahawa segala yang dibelanja itu hasil daripada harta pusaka datuk belah emak dan bukannya harta pusaka tun razak pm kita yang kedua. boros tu ikut orang punya harta la,

....................
Reply To This Comment ...................
March 4, 2015 at 4:03 PM

Din,

Din. Rasanya Tan Sri Mohammad Noah dah lama meninggal. Kurang pasti pulak masa Najib Kawin dgn Rosmah Tan Sri masih hidup ke tidak. Kalau masih hidup maka bertuahlah anak Rosmah bersama bekas suaminya menjadi kesayangan Tan Sri. Wallah wu alam.

....................
Reply To This Comment ...................
rossab
March 4, 2015 at 6:10 PM

Yang hampa dok sibuk pasai apa .Dia banyak duit ia nak belanja dia punya pasai lah. Nu yang cina cina kaya gila gila hampa tak mau kisah, dak dok sakit hati kat orang Melayu yang boleh bergaya sikit ,bini PM kita pula tu, patut kita bangga. Nu bini Guan Eng hampa tak kisah pula. Bengong betui

....................
Reply To This Comment ...................
zethro
March 4, 2015 at 7:19 PM

Sekurang2nya dr mane sumber kekayaan tu dah terjawab dah. Cara mereka berbelanja tu lantak pi depa la. Ni nak tanya skit, MB Selangor tu dr mana pulak sumber kekayaan dia? ANUwar masuk jail dah dua kali dah ni tp masih tertanya2 la mcm mana Encik Azmin buleh jd kaya-raya dlm usia yg muda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 9:26 PM

Mmg la rosma tu dia kaya raya duit banyak boleh guna iku suka hati dia! TAPI persepsi rakyat tu kena tengok jugak! Ooo mentang2 ko bnyk duit ko boleh joli sakan??? Patut la ramai org laru dari umno rosmah adalah salah satu punca! Suri rumah yg x kaya ada dandan rambur smpi 1k lebih ke? Aku bukan x suka umno tapi org dalam umno tu yg merosakkan umno!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 4, 2015 at 9:30 PM

cant he find somebody smarter. Local and proper with ggod latar belakang to work for him. He appointed a cow, mat saleh drunk cow to be his pr man. no wonder lingkup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 7:23 PM

Cukuplah Ah Jib Gor jangan main wayang kulit. Ganti balik 1MDB wang rakyat itu segalanya. Kalau pusaka datuk tak cukup pergilah pinjam dari kakimu Jho Low tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2015 at 6:51 PM

Senang sikit? Haha, lawak betul la ko ni..sokong la lagi..sokong2.

Post a Comment