........... Perhatian ! Servis Charge - Bukan Wajib Di Bayar ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perhatian ! Servis Charge - Bukan Wajib Di Bayar !

Saturday, March 28, 20159comments

Poster di bawah saya dapat dari Wassup Grup ...... Katanya benda ni memang SAH dan BENAR .... bahawa apa yang kita bayar sebagai Servis Charge bila melanggani restoran atau hotel sebenarnya bukan Wajib Di Bayar !


Saya google dan dapat dua artikel mengenai perkara ini, pertama bertarikh 21 Okt 2014 dan yang terbaru 01 Mac 2015.



Bila kali terakhir anda bayar Servis Charge ? 10% lebih tinggi dari GST 6% !

Kenapa perkara ini masih tidak diendahkan oleh pengguna maupun peniaga ?

Benarkah kita sebagai pengguna boleh meminta servis charge itu di kecualikan dari dalam bil ? 

Benarkah menjadi hak pengguna samada nak bayar atau tidak Servis Charge dan jika nak beri pun, amaunnya terpulang kepada kita ?

Bagaimana kalau Servis Charge ini termasuk dalam billing sistem dan tidak mungkin dikeluarkan bil tanpa nya kecuali ditulis secara manual ( dan ini tidak dilakukan ) ?

Kenapa kerajaan tidak kuatkuasakan perkara ini dengan memastikan sistem bil setiap premis tidak ada Servis Charge ?

Apakata kita cuba try test perkara ini ? Save poster di atas dan minta bil yang tidak ada tercatit Servis Charge. Jika mendapat protes dari tauke atau staf premis berkenaan, tunjukkan padanya poster di atas. 

Jangan lupa rakamkan dan saya akan siarkan komen2 pengalaman anda di sini dan ..... errr... postkan kepada Tok Mat sendiri.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 4:45 PM

Memang kecoh pengguna2... bila harga brg naik ......beli juga padahal harga naik hanya mengayakan toke2... dgn gst kan lebih senang... cukai terasa pd yg banyak berbelanja... tambah2 mereka yg selama ni yg pandai mengelak bayar cukai. Bersyukur negara aman... nikmat usaha pemerintah mengekalkan keamanan.
Beli hp canggih... harga makin naik pon beli juga... ni bila nk menyumbang pd kerajaan demi rakyat... bising memanjang. Puak2 ni tau tak negara jiran pun kenakan gst? Singapura? ...yg suka membangkang ni sikit tapi very vocal... balik2 muka tu juga... yg tak tau cerita main like. Yg akan terasa gst ni mereka yg berduit dan banyak berbelanja... insyaAllah yg kurang bernasib baik ... akan dapat habuan dari cukai2 ini.

Sedar tak bagaimana astro senang2 naik harga...ade tak sapa2 dari puak2 yg tak habis2 membangkang ni berdemo? Minyak turun... harga barang tak turun...? Tak demo ke puak2 ni? Itulah namanya niat tak betul.... berpolitik utk periuk nasi mereka.... buruk2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 6:59 PM

selama ini pon kerajaan mmg tahu...tp tiada tindakan kuat kuasa undang2...habis2 pon terus jd alasan utk kenakan cukai baru nama gst..
lagi best punyala hipokrit buat iklan "JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK..."
selama ni rakyat byr tax kjaan buat apa?
bukan kuat kuasa undang2 ka?
habis2 suruh rakyat bertindak sendiri..
SANGAT PENYAYANG KERAJAAN INI..
DAH LAMA DEPA KENYANG MKN TAX NI..
sori to say but mmg "c*baila...."

....................
Reply To This Comment ...................
March 28, 2015 at 7:10 PM

Sales tax ke, servis tax ke, mereka mana pernah bayar kerajaan ? Fast food juga di sangsikan. Apa lagi restoran. Bukan aku kata, wakil kerajaan sendiri umumkan sedikit masa lalu dalam memperkenalkan GST.

Lain lah jika ada wakil kastam dalam kilang-kilang pengeluaran, di cukai sebelum barangan keluar depot stor menuju wakil-wakil pengedar.

GST memang bagus di laksanakan. Cuma nya terdapat lompang di mana pengguna tetap di pikulkan beban setiap kali membeli produk yang di kenakan GST. Ia sepatut nya berkisar dalam harga rujukan di mana GST sudah di selaraskan dan di kawal dalam senarai rujukan harga.

Kita tahu para peniaga dan pengeluar terpaksa mendetilkan setiap urusan secara talian, konon di pantau bulanan. Mereka wajib beli perisian dan komputer baru yang mereka anggarkan terpaksq berbelanja dalam RM 10,000.00. Cerita mereka.

Cuma di sini, kerajaan kena pastikan rakyat marhaen tidak terbeban. Kos hidup sekaran sudah tinggi kerana keperluan dapur terjejas teruk akibat mainan sentimen peniaga menaikkan harga. Mekanisme mereka mudah ! Semua barangan naik kerana kerajaan Umno zalim ! Itu saja. Minyak turun atau naik akibat pasaran dunia, tetap juga Umno di salahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 8:18 PM

cukai tanah, cukai pintu, cukai taksiran, cukai perniagaan, cukai pendapatan.....tambah lagi cukai GST......
berapa banyak cukai daaaa...
tu blum kena saman ntah apa2.....
kena nak kena ikut negara lain pasal GST ni...
ni negara buat acuan sendiri...
zakat utk org muslim
GST utk non muslim
ni semua pukui rata...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 9:50 PM

Blm GST lagi...harga brg dah naik belaka. Btl2 menyakitkan hati! Mana dia menteri dan pencacai yg kata GST akan turunkan harga brg?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 2:43 AM

GST yang bakal kerajaan laksanakan adalah cukai flip flop.. cukai ikut sedap mulut je..
dan berpuluh penceramah ..bila tanya balik soalan tentang harga barang naik tiada pemantauan kerajaan..suruh pengguna bertindak bijak..
pengguna memang bijak..hanya menteri gst dan cap ayam saja yg agak bengap ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 6:39 AM

Caj Letrik oleh TNB adalah amat keterlaluan....hanya untuk mengisi tembolok para staff. Bonus 5 6 bulan...memakan billion. Setiap tahun kadar caj letrik dinaikan tanpa disedari...dulu kita bayah hanya puluhan sahaja...tetapi sekarang ratusan.... APA nak jadi dengan negara ini?...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 12:51 PM

No wonder semua berebut nak jd kerajaan.. boleh pow kow2 rupanya..
X perlah.. rezeki depa.
Dpt akan aku..mgkn akan aku pow lg banyak kot. Hahahahaha..


....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2015 at 5:10 PM

Takut nak beli barang after 1st April nanti. Semuanya nak gst..arghh, tension la.

Post a Comment