........... Pembohongan Tun Mahathir And Gang Ke Atas Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pembohongan Tun Mahathir And Gang Ke Atas Najib !

Monday, March 16, 201540comments


Pembohongan Tun M dan Kuncu Kuncu Nya Keatas DSN.

Sebagai ahli UMNO, jangan lah kita percaya BULAT BULAT segala tohmahan yang di lemparkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan kuncu kuncu nya mengenai pentadbiran DSN. Tun M sebenarnya cuba MENGELIRUKAN kita dengan isu isu rumit dan kompleks seperti 1MDB dan TPPS yang SUKAR di fahami oleh kebanyakan kita ahli Umno dan orang Melayu.

Namun begitu sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia kita mampu mengukur pencapaian sebenar DSN sepanjang 5 tahun beliau menjadi PM melalui dari apa yang kita LIHAT, RASA dan LALUI di dalam kehidupan seharian kita.

Berikut adalah apa yang kita lihat, rasa dan lalui selama 5 tahun kebelakangan ini bagi menyangkal segala tohmahan TUN M.

1. Sepanjang 5 tahun ini hidup kita terutama orang Melayu semakin bertambah selesa dengan KOS SARA HIDUP dan INFLASI yang semakin terkawal dan terurus.

2. Semakin ramai orang Melayu MAMPU MEMILIKI RUMAH di bandar bandar besar seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang akibat dari polisi kawalan harga hartanah dan pembinaan ratusan ribu rumah mampu milik setiap tahun sepanjang 5 tahun yang lalu.

3. Pelan Transformasi Ekonomi DSN telah berjaya menghasilkan PELUANG PEKERJAAN BERPENDAPATAN TINGGI kepada puluhan ribu mahasiswa Melayu setiap tahun dengan gaji purata sebanyak RM5,900 bagi setiap mahasiswa.

4. Perhubungan antara kaum dan toleransi ugama semakin harmoni dan mantap dengan pengenalan konsep 1 Malaysia.

5. Kadar jenayah semakin menurun dengan pemansuhan undang undang berkuku besi seperti ISA dan ordinan darurat.

6. Demonstrasi jalanan yang pada suatu ketika dulu berleluasa, kini berjaya di kekang dengan pengubalan Akta Perhimpunan Aman 2012.

7. Kerajaan BN yang di terajui oleh UMNO juga semakin kuat dengan menguasai lebih 2/3 majoriti di Parlimen.

Itu baru TUJUH dari berdozen lagi pencapaian DSN sejak beliau menjadi PM pada tahun 2009. 

Kepada penyokong Tun M, BO menyeru supaya mereka menghentikan segala FITNAH BERNIAT JAHAT ke atas DSN dan keluarga beliau. Sebagai ahli UMNO jangan lah kita mudah terpedaya dengan cerita cerita TIDAK BERASAS seperti pembelian hartanah bernilai RM300 juta oleh anak tiri DSN di Amerika dan gaya hidup berlebihan yang di amalkan oleh ahli keluarga DSN yang selama ini.

Ayuh kita tunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada Presiden Parti kita dan mengeratkan SOLIDARITI sesama kita ahli UMNO bagi memastikan UMNO kekal berkuasa pada PRU ke 14 nanti.

Copy dari - KLiK.

Lagi Ganaz - KLiK.

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 9:12 PM

Dulu kata GST bantu rakyat... rupanya salah satu cara nak rompak rakyat.

Bayangkan insurance kereta naik 6%, iwk bil naik 6%, medical insurance naik 6%...... rupanya begini cara baru nak rompak rakyat.

Dulu tak bayar tak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 9:47 PM

Lawaknya, yang saya tahu Cina dan India yang untung, yang Melayu tu mungkin geng sendiri kot?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 9:49 PM

Admin menulis nak memerli atau apa? Kesemua 7 senarai pencapian Najib selama 5th diatas adalah sebaliknya. Dah penat nak tulis semula kebobrokan Najib selama memerintah.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2015 at 10:04 PM

Mahathir kalau bercakap tentang Melayu - itu rasis
Mahathir kalau bercakap tentang Najib - itu fitnah

Jangan sampai anda dicap haramjadah, bangang dan jemuan !!!
Ingat... fail masing-masing ada di tangan saya, siapa yang langgar undang2 tidak akan dilindungi...takkan tak faham kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 10:25 PM

.. relax laaa... negara masih aman damai sejahtera... tidak mungkin semua boleh jadi kaya dan senang... yang mustahak kena pastikan negara tidak jadi seperti Syria, Afghanistan, Mesir, Libya dan Iraq... jika masih bergaduh sesama sendiri, sesama Melayu, sesama agama, maka harapan untuk musnah semua adalah besar.. keadaan dunia sekarang bukan semudah tahun 60an dan 70an dulu... masih tidak mahu belajar dari peristiwa Bersih... MH dan lawatan Obama ker?....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 10:34 PM

najib ni telinga kuali ke apa? da dia tgh nyawa2 ikan dlm politik ni mintak tolong la dgn orang cina...selama ni kan dia lebih pentingkan orang cina...pegi la mintak nyawa ngan orang cina.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2015 at 10:34 PM

Semua gagal..Jenayah Kian byk, judi Kian bersepah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 10:47 PM

salam,
banyak lagi jasa dsn berbanding tdm. antaranya 5 tahun lebih baik daripada 22 tahun. 5 tahun ramai pemikir dan pembuat keputusan kerana adanya konsultan dan punahsihat. 22 tahun, sorang jer buat keputusan dan menteri hanya angguk sahaja. 5 tahun perintah dah boleh bercuti ke mana sahaja berbanding 22 tahun perintah, 2 atau 3 tahun baru pi bercuti. zaman sekarang harga barang naik berbanding dahulu. sekarang gaji tinggi berbanding dahulu. sekarang gaji minima, dulu tak jaga rakyat. sekarang subsidi untuk rakyat yang sepatutnya dapat, dulu semua rakyat sapu belaka subsidi. dulu tak ada kedai rakyat 1 malaysia, klinik satu malaysia, bantuan rakyat satu malaysia, kedai kain 1 malaysia, insuran satu malaysia, tayar satu malaysia, bantuan persekolahan satu malaysia. semua tu banyak memberi kesenangan kepada rakyat, tak macam dahulu tak ada pun.

sekarang cukai dikutip daripada orang kaya melalui gst, orang miskin telah diberi bantuan gst dalam bentuk brim. orang kaya pi makan kat restoran kena bayar gst, orang miskin masak sendiri. mi akan naik harga sebab gst di kilang, orang miskin buat sendiri mi pasal gst dah dibayar melalui brim. orang miskin tak perlu pi makan kat restoran kerana gst akan dikenakan dan harga mungkin akan naik. orang kaya tak kisah kalu harga naik, sikit jer.

antara yang nampak baik dalam 5 tahun ni ialah pembinaan utc dan rtc. itu aku puji memang baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 10:49 PM

Hahahahahahahahahahaha adeh..malu la bila geng najib atau pmo atau adviser dia baca..ni kira mcm artikel terence hari tu la..dia ngata eva peron..melompat hulubalang kueh mueh defend kak mah. Saban hari kita tngk najib ni muka memang gersang mcm padang pasir. Hapa pun takde. Sikit pun tak malu. Syed al banshi si al habshit terus senyap. Nnt kluar la statement bodoh dia. Najib ni degil orangnye. Tah apa dia takut sngt nak turun. Hoi kau turun dpt tun la. Naik ktm free je nanti bole bawak ros jenjalan kat campbell complex (ini je kau mampu shopping nanti lepas kau tak dpt buat duit negara mcm duit mak bapak kau punya)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 10:51 PM

Ya, betol. Semenjak Ah Jib Gor memerintah, jarang kedengaran kaum kiasu biadap dan kurang ajar. Kaum kiasu yang dimanjakan oleh Ah Jib Gor ini sangat bagus dan memberi sokongan sepenuhnya kepada BN dalam PRU13. Buktinya, beribu2 menyatakan sokongan kepada Ah Jib Gor sambil memegang banner I Love PM. Oleh itu, tak sia2lah Ah Jib Gor bagi peruntukan juta2 kepada SJKC. Tenkiu Ah Jib Gor.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2015 at 11:14 PM

@Anonymoussikit lagi nak kena padam.... mohon jaga bahasa ya...

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2015 at 11:18 PM

He..he.. ini tembak rusa kena babi plak niii... ok je DT. Kita tembak apa saja yang mencurigakan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 11:19 PM

Mahathir bukanlah 'kasih' sgt kpd melayu. Semasa berkuasa dia telah melaksanakan dasar PPSMI yg amat merosakkan bangsa dan bahasa melayu. Jika diteruskan, lebih 70% bahasa melayu akan lenyap dari persada ilmu. Pernah menyuarakan akan menghapuskan TANAH RIZAB MELAYU dengan alasan tiada nilai ekonomi. Kroninya kaum cina mendapat berbelas ribu ekar tanah tapak perlancungan & pertanian.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2015 at 11:23 PM

@AnonymousTerserah penerimaan masing2 .... tapi yang lepas kita boleh buat apa ? Yang SEKARANG ini kita masih boleh ubah... tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 11:40 PM

Tajuk artikel yang sesuai ialah Asam Pedas Ngan Sambal Belacan Berapi Untuk Ah Jib Gor.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 17, 2015 at 12:02 AM

Geng 154 laju masok blog ko ni bila tengok tajuk artikel. Siap pakai baju merah dan usung poster SOLIDARITI. Ada spare sepasang baju dan poster untuk bro Din yang dianggap dah 'bertaubat'. 29 point TDM belum terjawab, ni dah tambah tujuh lagi.

p.s: Najib tak nak buat SBiN1 (SOLIDARITI BERSAMA NAJIB n BINI). Tambah le lagi 1.

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2015 at 7:45 AM

Korang mengata Najib dapat apa? Tension ada lah...dia sedap je selamba badak...happy n enjoy life..

Mahathir pon dua kali lima jugak...bagi aku dua2 tak boleh Pakai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 8:32 AM

sarkastik betul en din kita

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
March 17, 2015 at 8:43 AM

Ini lah satu komentar yang paling dangkal yang saya pernah baca di blog Din Turtle.

Tahukah saudara bahawa ketika TDM melaksanakan PPSMI tahap pencapaian Bahasa Inggeris dikalangan anak-anak Melayu berada diparas paling rendah.

Saya sebagai seorang Melayu dan bapa kepada 6 orang anak hampir setiap hari memikirkan masa depan anak-anak saya sekiranya mereka tidak mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Dan ketika perlaksanaan PPSMI saya boleh melihat sendiri betapa anak-anak saya memperkemaskan diri dengan Bahasa Inggeris. Keputusan peperiksaan mereka juga memperlihatkan peningkatan ketara dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.

Memang benar, Bahasa Malaysia itu merupakan bahasa ibunda kita namun hakikatnya Bahasa Malaysia tidak akan membawa kita kemana-mana. Kita bukan Jepun atau China yang mana org luar terpaksa berlumba mempelajari Bahasa mereka utk berurusan dengan mereka. Sehingga suatu masa dimana kita boleh mendabik dada setelah menjadi satu kuasa besar di dalam ekonomi atau teknologi seperti China dan Jepun mungkin ketika itu baru lah kita boleh berbangga dengan Bahasa Melayu.

Tanpa Bahasa Inggeris yang mantap, anak-anak Melayu akan terus mundur. Nak kerja apa? Nak meniaga apa? Kebanyakkan pekerjaan memerlukan dan menggunakan Bahasa Inggeris. Untuk perniagaan pun kontrak-kontrak, agreement tersedia didalam Bahasa Inggeris. Sekiranya penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak kita lemah, tidak kah saudara rasa mereka akan terperangkap dalam kontrak berat sebelah? Ya! Saya pasti ramai yang inginkan ini terjadi sebab itu mereka khuatir anak-anak Melayu memahiri Bahasa Inggeris.

Kalau saya berada ditempat TDM ketika PPSMI itu saya akan pastikan Bahasa Inggeris menjadi matapelajaran WAJIB lulus di peringkat SPM. Sayangnya TDM terlalu sayangkan Melayu, Tun tahu sekiranya itu dilaksanakan maka ramai anak Melayu yang akan gagal SPM. Kerana itu PPSMI dilaksanakan. Untuk mempersediakan anak-anak Melayu untuk situasi sebegini. Tapi sayang, mereka-mereka yang pendek akal (atau yang takut generasi masa hadapan lebih bagus dari mereka) telah bertindak memansuhkan PPSMI ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 11:06 AM

tak salah pun nak guna bahasa melayu dalam pelajaran matematik dan sains. subjek bahasa inggeris tu yg perlu diperkemaskan. kalau betul nak buat pun tak bole terus start dari sekolah rendah. at least kena start dari sekolah menengah, kata lah tingkatan empat. lepas tu baru turun ke tingkatan satu dan seterusnya. kalau level universiti, kebanyakan buku rujukan adalah dalam medium bahasa inggeris.

kalau sekolah rendah pun bahasa inggeris masih tak kuat, camna nak kuasai dan faham subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris? boleh memang boleh tapi kena paksa lebih. mungkin orang kata time dulu subjek diajar dalam bahasa inggeris still boleh berjaya, kenapa tidak sekarang? mungkin kita perlu berbual dalam bahasa inggeris setiap hari untuk itu. ada ke yang nak buat macam tu? family cina kalau balik rumah pun takde nak cakap melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 11:15 AM

Antara golngan jahil yang sukar didekati dan mencabar untuk didekati adalah golongan jahil murakkab. Kadang kadang ada orang yang pekak badak ataupun pekak batu yang pura pura pekak buat derk jer kata budak2 sekarang bila kita bagitahu ataupun suruh ataupun terangkan sesuatu kepada mereka. Tapi golongan pekak ini boleh didekati dengan bisikan yang halus dan penuh dengan lemah lembut. Yang susahnya takut ada pulak orang sudah menjangkiti seperti golongan orang jahil di atas bilamana pekak badak dah menjadik pekak murakkab.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 5:11 PM

Nampak tak Dinnnnn...hasilnya bila kelompok mengadu domba mengambil tempat.... melagakan dua pemimpin Negara.... yang senang conggaklah..siap yang menjadi No.1 atau pernah menjadi No. 1 dah tentulah adalah yg terbaik antaranya..... sedey larrr... Najib baru % tahun... Tun pun dalam usia memerintah 22 tahun saban tahun berhadapan dengan golongan pengadu domba. Cukup-cukuplah... dokonglah kepimpinan sedia ada... bukan menjatuh tergolekkan dia...macamana Pak Lah pernah kena... mungkin Pak Lah lemah maka cepatlah mengalahnya.. yang Rugi kita Orang Melayu. Mendesak itu Haram..tapi menggulingkan itu Haram - Tak kuasa nak cakap perli-perli. Agaknya kalau kita memandu kereta impost berstatus Mewah...baru nak diam mulut..berbanding kita yang hanya sekadar memandu kereta Malaysia berstatus ini ajer yang ku mampu. Aku marhaen..maka suara aku perlu lantang...begitu?..eh..eh.. terperli pulak - WakAbi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 11:06 PM

@Malaysian CybertrooperFaham ke apa PPSMI?. PPSMI bukan belajar bahasa inggeris tapi belajar Matematik & sains menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Kalau nak pandai BI, belajarlah matapelajaran BI bukan belajar Sains & matematik dlm BI. 80% anak melayu tak fasih BI. Bagaimana mereka nak faham Sains & Matematik kalau mereka diajar dlm bahasa inggeris?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 11:21 PM



Salam

PM jangan peduli apa veteran Umno ni cakap. selagi 154 ketua bahagian sokong you, you buatlah apa saja. nak beli kapalterbang ke. nak simpan duit kat cayman island ke. nak bagi pinjaman kat jho low ke. nak bagi petrosaudi pinjam ke... buat saja

ketua bhg 154 org ada sokong you.

you jgn peduli rakyat 30 juta ni. di msia you hanya perlu jaga ketua bhg saja.

tu pun tak perlu semua. 154 dah cukup.

selamat bertugas DS Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2015 at 1:02 AM

nilah pengampu namanya.hubungan kaum harmoni.kau ni lawak betul.hubungan semakin merapu adalah.beri muka sgt naik toncanglah.agama islam pun depa nak sibuk2.lu pikia lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2015 at 7:05 AM

Aku ni walaupun kipas susah mati (die hard fan) Tun M, tapi kalo bab PPSMI aku bantah. Ini kerana :

1. Kalo betul nak PPSMI, sila wujudkan semula Sekolah Aliran Inggeris. Ini kerana suasana inggeris itu memang wujud 100% kerana semua orang di sekolah itu wajib berbahasa inggeris termasuklah pak guard, tukang kebun, kerani sekolah dan makcik kantin.

2. Cikgu2 sendiri pon belum fasih sepenuhnya dalam bahasa inggeris. Pada masa yang sama, murid2 pun masih terkial2 nak memahami istilah yang pelik2.

3. Kemudahan pon masih belum sempurna terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Ini termasuklah kemudahan seperti makmal bahasa, peralatan multimedia, ict dan alat bantu mengajar.

4. Kita masih perlu mengimport guru2 inggeris dari luar negara dan ini melibatkan kos yang tinggi.

5. Andai bi itu banyak kelemahan, kenapa subjek bi itu sendiri tidak diperkukuhkan terlebih dahulu ? Kenapa nak kacau subjek mate dan sains yang sememangnya masih lemah di kalangan budak melayu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2015 at 8:22 AM

Krisis Air Selangor . Najib intructs Ongkili do whatever it takes to materialise it. See. Even tunduk Merayu pada MB Selangor? Will thay take it to the court for Selangorian who's is now majority PR supporters? WIll they have the ball to tell MB Selangor OK! forget about the water deal, you dont want it so boleh belah?? See how simple Najibn action is.Just Instruct..

....................
Reply To This Comment ...................
OBamba
March 18, 2015 at 11:34 AM

Jgn la busuk hati kat najib. Jika dinilai dari PM terdahulu, dia la PM yg terbaik. Antara pencapaian dia yg sangat membanggakan kita rakyat Malaysia:

1. Selfie dgn Presiden US
2. Membintangi filem BILUT
3. Memajukan negara dalam hutang
4. Disayangi etnik Cina. Siap nama versi Cina Ah Jib Gor
5. hang pikiaq la sendirik.....

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2015 at 2:29 PM

Malas aku nak baca aiih ... nak set rambut sat ... morah ja ...baru 1200 saja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2015 at 11:12 AM

Anwar sibuk dgn diri dia sendiri yg jadi fokus keadilan, kezaliman dan syaitan = Najib pun sibuk pasal diri dia, isteri dia & dia sahaja...Jadi itu ajelah agenda Malaysia sekarang. Dua2 pun kempen 'solidariti'! DAP play along & gain mileage, main wayang seolah2 org 'pandai' ahli peguam & profesional. PAS dah lama termakan budi DAP & ada yg dah jd darah daging 'abang-adik' setakat tunjuk pendirian tak join demo aje lah & buat tazkirah perli2 seperti biasa oleh pak ustaz2, nak cakap direct takut nanti kena sound dgn ketua2 politik tapi at least tunjuk macam 'bukan ahlil agama' yg pekak & buta la...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 19, 2015 at 4:35 PM

1) PPSMI bukan untuk memperkasa BI.

2) Objektif utama ialah supaya pembelajaran Matematik dan Sains dapat dipercepatkan di kalangan pelajar kerana kebanyakan terma/istilah yang digunapakai adalah dalam BI. Jika hendak tunggu buku2 tersebut diterjemah maka kita akan ketinggalan. Buktinya sekarang. Kita banyak ketinggalan dalam bidang teknologi.

3) Jika anda benar2 penyokong TDM maka anda akan faham matlamat sebenar PPSMI itu. Jika anda membangkang bermakna anda bukan "die hard fan" TDM. Jangan cuba2 nak menyamar.

4) Maaf saya terpaksa jelaskan di sini walaupun artikel ini tak ada kena mengena.

5) Saya amat berharap DSN cepat2 bertindak untuk selamatkan karier politik beliau. Lepaskanlah jawatan Menteri Kewangan segera.

6) DSN juga perlu merujuk kembali kepada veteran2 UMNO yang mengkritik beliau selama ini dan buang seberapa segera penasihat serta konsultan asing.

7) Apabila semua sudah dilakukan maka DSN boleh meletak jawatan secara terhormat. Rakyat akan menghormati DSN jika beliau berbuat demikian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2015 at 5:09 PM

Din...

Aku tanya apa khabar ?
Aku tanya apa khabar ?
Aku tanya apa khabar ?

Lama dah ko tak update blog ko ni...lama aku tunggu tau :(

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2015 at 8:03 PM

Ya,saya sangat10 setuju,negara kita aman,damai,tiada huru hara,rakyat masih boleh bergelak ketawa bila menonton maharaja lawak dan agihan brim sememangnya banyaak membantu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2015 at 9:34 AM

kahkahkahkah..........ni mesti dpt projek juta2 punya..puji sampai melambung.. hutang dh USD740B...kerah rakyat dgn GST...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2015 at 3:05 PM

@PakKaduk
PakKaduk,

Betul, PPSMI bukan untuk memperkasa BI. Tapi ia asas penting jika nak anak2 melayu kita memahami istilah2 dalam mate dan sains dalam BI. Kalau BI lemah, macamana budak2 ni nak faham istilah2 tu semua ? Jangan samakan tahap pemikiran budak sekolah bandar dengan budak sekolah luar bandar.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 21, 2015 at 9:05 PM

@Anonymous


Anonymous March 20, 2015 at 3:05 PM,

Istilah2 itu dijelaskan dalam BM. Jadi, mana mungkin mereka tak faham ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 21, 2015 at 10:08 PM

Kalau semua nya kita pandang susah, maka susah la jadi semua perkara dalam hidup ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2015 at 4:24 PM

Kawan Ah Jib Gor itu yang bernama Jho Low tidak terpengaruh oleh wanita, arak, dan kemegahan. Sungguh baik projek diorang dua itu 1MDB lagi bekerjasama dengan Pak Arab, dan telah menjanakan beribu-ribu jawatan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 23, 2015 at 4:27 PM

Adalah cara dia yang orang bijak dapat merancang ... tapi jelasnya sekolah2 dibandar besar berbeza dengan di kawasan desa.

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2015 at 3:13 PM

Kalau Che Det nak memerintah jadi PM balik semula, ok jer. Masuk jer lah pemilihan calon MP masa PRU14 nanti dan tentukanlah sendiri hala tuju negara ini. Buat sementara ini, kita ikut jer lah Kapten kapal kita yang sekarang ni iaitu YAB Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
SAYA SOKONG DIN TURTLE!!!!

Post a Comment