........... Maksud DiSebalik Blog Chedet DiGantung | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Maksud DiSebalik Blog Chedet DiGantung

Saturday, March 14, 201537comments



Memang gempak habis bom dari artikel 1MDB Chedet hari ni. ( KLiK ) Ketika saya mula2 baca, artikel baru sejam di post. Takde masalah, Sejam kemudian chedet dah tak boleh masuk. Dikatakan sebab trafik jem, terlalu ramai yang masuk nak baca sampai kena suspended ! Suspension itu pun boleh jadi hangat. Bersungguh2 blogger nak sebarkan penjelasan yang suspension itu adalah kerana trafik tinggi.... hehehehe ...

Kali pertama saya dengar blog boleh suspended sebab trafik tinggi ! Berapa ratus ribu agaknya yang cuba klik masuk chedet tadi, ek ?  Maknanya TERLALU RAMAI GILER yang beri perhatian kepada isu 1MDB - Ini point yang seharusnya menarik perhatian pro Najib. Jangan tak terpandang pula.

Bukankah Ketua2 Bahagian sedang memberi penjelasan kepada akarumbi bahawa tidak ada apa2 masalah dengan isu 1MDB ? Tapi kenapa TERLALU RAMAI GILER yang menyerbu masuk Chedet untuk membaca pandangan beliau tentang 1MDB ? Berapa ratus ribu hit ya ?

Satu lagi point saya, jadikan perkara ini sebagai pembuka mata bahawa tidak semestinya penjelasan jika datang dari PM maka rakyat akan terima buta begitu saja ..... bukan semua rakyat seperti pro ahjibgor. 

Suspension itu membuktikan yang Rakyat masih tidak puashati dengan 1MDB. Rakyat masih tidak boleh terima penjelasan Najib yang semuanya OK.

Contohnya, jika OK kenapa perlu suntikan RM950 juta sebagai Standby Credit ..... kalau dengan NFC dulu kita dengar Escrow Akaun, sekarang 1MDB kita dengar Standby Credit pula. Banyaklah dia punya standby ..... tak berapa lama dah lesap RM600 juta ! Guna untuk apa ya ? Bayar interest bank ?

Saja saya google apa boleh dibuat oleh kerajaan dengan RM600 juta sebagai perbandingan -

Bayangkanlah kalau RM950 juta .... RM1 Billion .... RMBillion-Billion ! Itu baru RM600 juta yang segera dipakai 1MDB dari Standby Credit.

Saya pasti ramai yang mula naik darah bila baca perbandingan itu ..... that's the point ! TERLALU BESAR belanja 1MDB menggunakan duit atau cagaran rakyat tapi apa yang kita nampak ? Jadi jangan salahkan rakyat kalau menuntut ketelusan dari 1MDB. Saya setuju kata Tun Mahathir yang isu 1MDB ini jika tidak ditangani segera dan berkesan, ia bakal menjatuhkan Umno.

OK, balik point utama artikel ini ...... 1MDB ini contoh terbaik menunjukkan bagaimana Najib sudah begitu jauh dengan rakyat. Pendek kata - Najib perasan lebih. Najib tidak dapat membaca hati rakyat.

Begitu juga mereka yang pro Najib. Mereka tidak dapat membaca sentimen rakyat. Penjelasan diberikan untuk menjawab pelbagai isu yang bertali arus sejak Najib jadi PM tapi apakah ada kajian dilakukan untuk memastikan penjelasan itu benar2 diterima rakyat ?

Alasan paling favoret sekarang adalah dengan melabel setiap kritikan adalah hasil dakyah pembangkang. 

Tengok isu 1MDB ..... standardlah bila pro ahjibgor akan kata, Jangan terikut pembangkang dalam memainkan isu ini. Bagi mereka dalam dunia politik negara hanya ada pro kerajaan dan pembangkang.

Yang ini pun ada Tun Mahathir sentuh. Adakah Tun Mahathir pun termakan persepsi negatif pembangkang ?

Yang ini point utama saya - adakah Najib masih perasan yang rakyat sukakan beliau sebagai PM dan Rosmah sebagai FLOM ?

Siapa yang kritik Najib adalah pro pembangkang ? Jika begitulah cara pemikiran Najib dan penyokongnya, memang banganglah jawabnya.

Pembangkang mahu jatuhkan Umno ...... bukan saja Najib. Malah saya percaya mereka lebih suka Najib jadi PM ketika PRU nanti. Sekarang nampak macam pembangkang mahu Najib turun tapi bagi saya, mereka sebut itu kerana itulah sentimen rakyat. 

Pembangkang tahu Najib tidak akan meletak jawatan walau apapun berlaku. Najib akan pegang jawatan PM itu .... biarlah Umno tewas pun dibawahnya. Maka pembangkang pun mainkan apa yang rakyat mahu dengar. The real game adalah PRU nanti. Najib akan jadi punca kekalahan Umno.

Pro Melayu ( yang berada ditengah2 ) tidak mahu Najib sebagai PM tapi masih mahu Umno berkuasa. Kerana mahu Umno terus berkuasalah, maka Najib kena turun.

Buatlah damage control macamana pun, nama Najib dan Rosmah dah terlalu teruk diminda rakyat. Najib dan Rosmah sering dipersendakan dalam wassup group rakyat..... gambar2 mereka dijadikan bahan sindiran. Pendek kata - No more respek !

Ini realiti. Macamana nak menang kalau pemimpin jadi bahan ketawa ? Cerita Rosmah control Najib jadi bahan sindiran umum. Ramai dari mereka yang kononnya mempertahankan Najib Rosmah pun turut menyindir dan ketawakan mereka dalam private ! Masih nak nafikan lagi ? 

Kenapa TERLALU RAMAI GILER rakyat mahu baca pandangan Chedet hingga blog pun kena gantung sekejap ?

Persoalan yang sering saya tanyakan - apakah anda yakin Umno masih boleh menang PRU14 di bawah Najib ? 

Jika dah tak yakin, apakah penting siapa yang boleh ganti tempat Najib ?

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 2:02 AM

Najib tak berani jawab, bro
Dia kena queen control
Malaysia negara dah teruk
Ada Anwar beranaks
Ada Najib anak tiri kaya
Ada Hadi pelawa bertanding
MCA lembik. Umno pun menyamun.
Ada Lims beranak
Singhs beradik
We need to hear what Chua Soi Lek would..
Palanivel is being challenged

Penat jadi rakyat Malaysia
Cerita yang membangkit semangat dah tak Ada
Balik2 sampah politik kita dengar
Kes liwat
Kes IMDB
Malaysia sedang ditertawa dunia
Malaysia pernah jadi satu negara megah
Kemajuan ekonomi, masyarakat, industri,
Kelantangan menentang kezaliman
Apartied,
Malaysia dulu maju
Sekarang menuju mundur
Kena ambik "rescue package"
Malaysia nak kena gadai
Orang Melayu suka tengok aje ?
Why does it Mahathir to say it ?
The 1MDB is developing very slow and confusing to the rakyat to understand.
And..umno ketua bahagian (..bahagian harta pusaka..) tak mahu berani cakap lagi. Muhyudin dah suarakan ketelusan kehendak rakyat. Dia wakil rakyat. Menunjukkan tanggungjawab mewakili rakyat. TUGAS seorang wakil rakyat.
Walaupun dah lambat dah. Rakyat dah boring. Tiap2 hari berita politik
Berkelahi dengan pembangkang. Sekarang dah tak ada ketua. Ketua dah masuk jel. Sabit kesalahan meliwat.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 14, 2015 at 4:03 AM

UMNO ibarat pengidap kanser. Najib, ROSMAH, 1MDB (mungkin GST tak lama lagi) adalah barahnya. Masalahnya barah UMNO terletak dikepala. Kalau dibiar boleh membawa maut.

Hendak dibuang mesti melalui kaedah pembedahan sebab dah berbagai usaha dibuat tetapi barah tidak juga hilang. Kalau dibedah, peluang untuk hidup 50-50. Ada kemungkinan hidup tapi lumpuh. Ada juga kemungkinan hidup terbaring tidak bermaya. Untuk pulih sepenuhnya sangat tipis peluangnya dan memakan jangkamasa yang lama. Kalau tidak berjaga-jaga, barah akan timbul semula. Rupa paras sudah pasti tidak akan sama seperti waktu sihat dulu. Kasihan UMNO.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 7:23 AM

Apa2 pun. Muhyiddin harus diangkat jadi pm sblm pru 14. Jika tidak. Umno tumbang. Muhyiddin pun berputih mata jd pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 7:49 AM

Najib salah tu dah mmg dah.. hehe. tapi masalah ni boleh dipermudahkan kalau ada suara dalam parti UMNO tu sendiri persoalkan. tak jadi sorang sorang.. mmg kena tendang punya maca khairudin. lawan ramai ramai la. lawan ni bukan bermaksud nak gulingkan najib. ganti orang lain. tak sapa sapa pun yang meminpin parti dan kerajaan kalau ada silah dan tak kena. kena lawan. biar dia kembali ke jalan yang benar. :)

kemon la UMNO. jangan jadi GAY maca NUAR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 8:01 AM

Org2 Melayu di Kg baru KL dah berpuluh2 tahun mengharapkan "PEMBANGUNAN" tanah mereka dibeli dgn harga berpatutan. Sekitar KLCC hingga sempadan Kg Baru berharga antara RM 3,500.00 hingga RM 7,500.009(skp) Pada Kg Baru nak bagi RM 300-RM 400(skp)
Kenapa IMDB tak mahu beli tanah ini dgn harga yg menasabah dan buat satu pembanggunan mega. Ini tidak. macam2 mulihat. Melayu dan Malyasia akan lingkup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 8:03 AM

Ada lagi saki baki duit tu kat Petronas, USP fund di MCMC atau nak beli apa patut guna Felda.... atau nanti kontrak baja???

....................
Reply To This Comment ...................
kreng krong
March 14, 2015 at 8:07 AM

Pada tahun 2009, semasa najib mula-mula ambik alih jawatan PM dri dolah bedawi, aku tetiba cakap dengan kawan2 (semasa borak borak kosong), dia pegang sepenggal jer pas pilihanraya nanti.
Diorang tanya, kenapa, aku jwab, ikut naluri aku, dia akan 'mati'.
Mati nyawa ker mati karier politik ker, aku pun sendri tak tahu.

Pada suatu tahun, 2-3 tahun sebelum dolah jadik PM, masa dolah jadik menteri luar, aku tetiba cakap kosong kat kawan2x, dolah akan jadik PM,
diorang pun ketawa sakan. Hahahaha. Tup tup dolah jadik PM.

Pada suatu tahun aku diskusi ngan bos aku, aku cakap dolah jadik PM sepenggal jer,
bos aku tanya kenapa, aku jawab dolah lembik. Dia x setuju. Tup tup sepenggal jer dia jadik PM.

Jadik kalau naluri aku btul pasal najib, sepenggal jer lah dia..... Allah Lebih Mengetahui.
Aku cakap hanya ikut naluri....

Pada 2014, aku pun ada cakap dalam satu komentar pada satu blogger, kalau najib hendak selamat mesti settlekan beberapa benda sebelum bulan 04/2015 atau selewat-lewantnya tahun 2015 (selepas kes MH370 & point2xnya aku dah cadangkan)....
Lantak dia lha nak dgr ker xnak dengar..... bukan dia baca pon. Hahaha. Aku pun sendri dah lupa kat blog mana aku kumen.. x silap aku kadir jasin kot atau zamkata. hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 8:35 AM

Berhenti lah berpolimik pasal benda ni. Masing2 buat kerja masing2. Biz Jalan macam biasa. KITA TUNGGU PRU AKAN DATANG.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 8:41 AM

assalamulaikum Din

Alamak tak sangka la rupa2nya kau sebahagian dari team agar UMNO menang PRU la..Aku pelik gak pasal apa kau diberi tugas jadi pembangkang dalam UMNO.Sekarang baru aku faham..
Minta Maaf la Din perjuangan kau suci la..Ini la politik ya Din ada masa kita terpaksa pakai baju pembangkang agar pembangkang jadi lesu.

Sebenarnya aku jadi pening juga bila TDM asyik serang Najib bila dah sampai penghujung faham la aku .Ini semua agar UMNO tiada lagi terpalit rasuah.Baguslah Din.

Aku tersentak bila aku jumpa la beberapa orang di beberapa tempat aku tengok semua setuju Najib disiasat SPRM.Baguslah Din insyaallah pemimpin kita Najib memang bersih cuma bila mana asyik pakatan fitnah tak kesudah ceritanya...

Cuma aku kesian gak kat pemimpin UMNO yg dah termakan rasuah..terutama bistari.net ..Entahlah DIn ada masa aku fikir balik semua pemimpin kita bagus cuma bab rasuah ini payah sikit.

Apa2 hal kesedian pemimpin utama disiasat oleh SPRM memberi isyarat jelas kepada semua pemimpin UMNO selepas ni giliran anda.

Din terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 8:55 AM

Apa yang Tun tulis dalam blog tu memang power.
Mungkin ada pihak ketiga yang hack blog Tun kasi nampak macam suspended.
Mahu kasi laga between Tun Mahathir dan DS Najib ke tahap maksima..
Sedih lah kalau UMNO tidak akan jadi kerajaan bila kalah di PRU akan dating.
Baru lah Melayu tahu nasib mereka nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 8:56 AM

The more you try to suppress the more curious will people become. That's not a good move. You are getting the opposite of what you are trying to do. Focus on answering the questions instead!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 9:10 AM

Rata2 aku jumpa orang memang menyampah dengan rosmah dengan najib(hisham,Ku nan,hassan malek,zahid tolak tepi)....aku tak tahu apa penasihat kata kat dia!!!!?????

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2015 at 9:20 AM

@Anonymousteam ? Saya solo, menulis ikut naluri sendiri dan tidak terikat pada siapa2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 9:33 AM

Baru saya faham erti 'kebebasan bersuara' yang dilaungkan najib.Jadi kalau anda nak selamat baik mengaku pembangkang peratus untuk anda dikenakan saman,dipukul,dipulau dan dikunci mulut adalah 0.001 peratus....akta hasutan,pota diperkenalkan pun khusus untuk orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 9:37 AM

Hishamuddin kata akar umbi tangkis fitnah. Soalannya, akar umbilah yang perlu diberi informasi atau jawapan kepada soalan2 TDM.

2. jgn cuba pass responsibility to akar umbi. You guys upstair crrated the problem

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 10:19 AM

Salam,
Kalu pemimpin dan war room cerdik dan analitikal, maka mereka akan lihat ini adalah sesuatu yang tak bagus untuk ah jib gor. Tapi, mata mereka lebih kepada orang buat fitnah, dan maklumat tak tepat. Bukan nak jawab persoalan. Dah beri jawapan tapi masih tak faham dan dianggap sengaja memburukkan kerajaan, itu ajer jawapan mereka. Patutnya mereka lebih kepada selesaikan isu dan bukannya tambah perasa.

Kalu dulu ramai yang kata tdm kuku besi dan otokratik. Tapi pada saya, ramai menteri dan pemimpin tak mampu nak jawab berfakta. Mereka mempunyai pengetahuan tahap biasa ajer. Bila mereka soal, jawapan yang diberi tak mampu untuk dianalisa dengan cepat dan mereka tak mampu untuk mematahkan hujah tdm. Baca sanusi junid, menteri dulu, dalam jamban pun ada majalah yang berkaitan dengan tugas. Mereka kritis dan analatikal. Mampu untuk jawab untuk kementerian mereka. Tapi menteri sekarang, jawapan mereka buat rakyat terfikir betapa kurang cerdiknya jawapan tersebut camna boleh dapat cgpa 3.85. Harap kat pm ah jib gor jawab, clueless la. Sekarang tsmy telah tonjolkan pemikiran tahap menteri dahulu yang kritis dan bermaklumat. Harap pembantu dapat beri maklumat yang benar dan cekap menganalisis sesuatu fakta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 10:30 AM

Sebelum najib jadi PM, aku ada komen dalam blog Tun M menasihatinya supaya jangan sokong dan tonjolkan Najib sebagai sebagai PM walaupun Tun M telah terhutang budi kepada Tun Razak. Ini berdasarkan pemerhatian aku tentang prestasi najib semasa dia jadi menteri dalam kabinet tidak memuaskan, terutama sekali semasa beliau sebagai Menteri Pertahanan tidak dapat menyelesaikan penculikan di Sabah oleh lanun Filipina.
Surgeon Bakri Musa dalam satu rencana di Blog nya telah menyatakan najib akan jadi lebih teruk dari Dolah Bedawi jika najib jadi PM.
Sayangnya Tun M adalah seorang yang lemah dalam menilai peribadi seseorang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 10:39 AM

Ramai dari kategorii tengah tu! Dema dah menyampah gila dgn Najib,dan mau dia berambuih cepat! Tapi dalam masa sama masih sayangkan UMNO/BN ,Kerana dema tau pembangkang beratus kali ganda tak boleh pakai.

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2015 at 10:59 AM

Tujuan utama pembangkang, membunuh Umno. Mati Umno secara otomatik mati lah Melayu (Perlembagaan Persekutuan akan di ubah sepenuh nya memihak kafirun dan tangan ghaib) - Melayu pecacai pembangkan akan turut mati dalam jangkawaktu "favoritsm"...

Itu kenapa blog Tun M sesak mesak. Yang "sesak nafas" sudah tentu cacing kepanasan.. he..he.. siapa ye ? Dogae bobona - kato oghang nogoghi.

Aku tidak mahu Umno berkubur. Bersegera lah ahli-ahli Umno memerangi musuh nyata dan munafikun. Masa makin mencengkam. Indidvidu yang hilang kawalan berundur lah...

Let somebody manage the damage. Kena bertegas lah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 11:01 AM

Bro Din,

Sehari selepas 'bom nuklear' diledak oleh TDM, belum keluar apa2 kenyataan dr kem najib. Sama ada najib sendiri, zahid & ketua bhgn Umno masih berdiam diri.

Mungkin selepas ditempeleng TDM smlm, hilang terus semangat solidariti hari tu.. kita org Melayu bakal menyaksikan perseteruan politik paling sengit dalam sejarah antara dua generasi UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 11:06 AM

Saya penyokong BN tpi tk menganggotai mn2 parti. Sya menyokong TDM, PM, TPM.. tpi part isu 1MDB sya nk penjelasan. Sya ulang NAK PENJELASAN. Selama ni duk pukul canang aset lebih dr hutang. Tpi aset bukan boleh di cairkn begitu je. Pelik juga kerana Bank Negara punya prosedur simpan di Singapura. Akhirnya yg dpt bisnes Singapura. Itu cuma persoalan sikit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 11:14 AM

Najib tgu gst ka utk pump blk duit gomen?
Byk yg pro malay mcm ko ckp din..
Jgn sampai bangsa malay sendiri sampai 1 tahap rs why not try PR..since umno is useless..
Ms tu dumbno say babai..mmg xde lg support
Blh forget cinese support now
Tsmy still teragak2 lg??
Jgn sampai sudah terlalu lewat utk die pulihkn..
Meluat & disrespeknya najib sampai penah rakyat sindir najib dpn2 masjid putra semasa lawatan Erdogan thn lepas..tp yg berbudinya rakyat ms tu sindir sebaik sj lepas erdogan masuk ketenya sendiri..
Betapa. Benci nya pd najib tp still respek tetamu..itu mmg klasik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 12:38 PM

Jika PM masih juga dgn sikap tidak mahu berundur,maka pilihan terakhir adalah campur tangan kebawah.DYMM YDP Agong.Jika situasi masih tidak terkawal maka pemecatan harus dilakukan sbg jalan terakhir,Melihat kepada situasi skrg. tidak nampak tanda tanda PM akan berundur .Ditambah dgn selera dan citarasa pembangkang yg berharap beliau akan terus jadi PM si hingga PRU 14 ,bagi memudahkan kerja mereka menawan Putrajaya

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2015 at 2:03 PM

Din, najib patut ambil cuti tanpa gaji sehingga isu 1MDB disiasat sampai habis. Saya curiga jika PMO dan najib campur tangan dalam siasatan. Jika hendak lebih telus, lantik pendakwaraya khas untuk siasat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 2:14 PM

Ckp la apa pun. ada ajib dan ketua2 bahagian yang cari makan nak peduli? agama, bangsa dan negara bagi depa hanya ucapan di bibir sj.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 3:03 PM

MUngkin Najib akan berkata : nak buat mcama mana , aku sayang bini aku lebih dari 3 juta ahli umno , aku saynag bini lebih ari aku sayangkan kedudukan parlimen BN, nak buat macama mana aku telah termakan bodi , naka buat macam mana aku terpaksa lepaskan bini aku jalan sorang sorang sebab tak mampu nak 'carry'
nak buat macam mana '' aku dah kena manderam dengan bini aku ..

dan akhir nya najib mengeluh ... aku sedar aku sedar aku sedar .. nanti aku fikir cara macam mana nak undur diri l.. sekarang atau lepas pru 14..
biar semua semua melayu mati sebab lepas pru bn tak ada lagi !!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 4:41 PM

Elok lagi jika tdm jumpa empat mata dgn pm dan berdiskusi dari mengelirukan rakyat. Mcm ni kita pon naik malu nak baca dan melihat pengakhir kisah duka pm najib.

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2015 at 5:29 PM

Lepas ni boleh buat filem wolves of putrajaya... Mr n Mrs rosmah lead, KJ direct

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2015 at 6:39 PM

Dalam isu ini saya berdiri teguh bersama Tuan Din Turtle.
Najib (termasuk isteri) mesti bersara untuk menyelamatkan UMNO dan BN.
Kurniakan pangkat Tun secepat mungkin,........tapi siapa nak di kambing hitamkan di atas semua kehilangan WANG aka harta Rakyat itu. Habislah tanah bekas airport TUDM Sg.Besi.
Untuk memulihkan ekonomi negara, TS Mahyuddin mesti pecat semua consultant & penasihat kerajaan, terutamayan Mat Salleh, yang mengelilingi pinggang Najib. (Saya pun hairan mengapa Najib begitu bodoh dan sangat kagum dengan Mat Salleh). Gantikan dengan khidmat dari ramai Professor yang kita ada. (Hanya perlu bayar elaun saja)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 10:41 PM

Bukan ke arahan untuk Audit Negara mengaudit 1MDB telah dikeluarkan? Ini bermakna Najib tu telus. x de selindung2. Mengapa terus mempolitikkan kes ini? Sengaja nak mengadu domba antara Melayu ker? Insaflah Melayu ......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 11:11 PM

Bro Din..apa kata u instigate petition to ask ah jib gor to step down. X kira pro bn/umno or pembangkang boleh sign up asal ah jib gor must go now? I rasa ah jib gor muka x tau malu/takut bini ni xkn turun dgn rela (same as paklah)...Nk harapkn ahli2 umno nk paksa ah jib gor bangang ni...mmg x bole harap...tp bn/umno mesti kita selamatkn...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 5:34 AM

Kita bersyukur kerana PM melayu mengasaskan kemerdekaan tanah melayu. Kita berterimakasih kerana PM melayu membangunan negara. Kita menghormati PM melayu menyatupadukan rakyat. Kita merasa bangga kerana PM melayu berjaya membawa negara pada satu tahap yang tinggi dan dihormati negara di seluruh dunia terutamanya negara2 islam. Malangnya kita rasa kecewa apabila PM melayulah yang menidurkan rakyat dengan hadharinya. Akan tetapi yang paling malang, PM melayu terkini bukan saja telah menghina PM2melayu yang terdahulu malah telah memusnahkan harapan dan aspirasi rakyat serta negara.

Ya Allah.....selamatkan negaraku Malaysia dari PM melayu yang langsung tidak prihatin pada kehendak rakyat dengan memperlekehkan dan memperbangangkan bangsanya sendiri yang telah menaikkannya sebagai PM.

DPM....sedarlah, bangunlah, bertindaklah, bersuaralah......angkat kaki dan pimpinlah kami dan negara agar menjadi PM melayu baru yang dapat menebus maruah PM2 melayu yang lain.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 12:14 PM

1. YAB Najib yang tercorot,
Kesombongan tak bertempatan
Sokongan padu teruk merosot
Turun anda sebelum diturunkan

YAB Muhyiddin maju ke depan
Jangan takut mulalah langkah
Agar umno kekal dan relevan
Takut merajuk BN tak dipangkah

YB zahid, hisham dan shafiee
Jangan diharap membela parti
Dibelakang hero didepan bisu
Konon solidariti tidur sekelambu

YB Shahrizat kami bantu anda
Wanita kuat jangan make donno
Boleh bergoncang satu negara
Bantu muhyiddin pulihkan umno

YB Khairy tak usah dikira
Kerja diberi tak pernah berjaya
Kalau tidak kerana pak lah
Lama dah tersungkur kalah

YB Mas buatlah kerja mendesak
Agar parti umno kuat kembali
Jangan berdiam seakan budak
Diberi 20 sen terus jauh lari

To all divisional umno heads, can't you see
The longer you wait destruction is even nearer
Reality is never a match for hypocrisy
Procrastination is the mother of failure

To all umno members, listen it good
For a choice has to be made, not into the wood
Strong or weak leader, what do you prefer?
Clueless president or proactive leader?

To all sympathisers, pray to one and only ALLAH
For only HE can give you direction and hidayah
Let us all berdoa dan bermuhassabah
If najib does not step down, prepare for the worstlah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 5:10 PM

Tuan Din, kita rakyat tak boleh lepas lembu liar bertanduk ini 1MDB Ah Jib dengan Jolo. Diorang telah melampaui batas tata tertib pentadbiran negara dan syarat kenegaraan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
kreng krong
March 15, 2015 at 9:17 PM

hehehe... jgn risau.
Kalau tuan pjg umur, tunggu & lihat.
Bumi Malaysia akan berubah secara total.
... apa yang berubah....?

'Serangan demi serangan' hanya akan menguatkan jati diri melayu dan islam pada masa itu nanti. Orang melayu akan bersatupadu dengan luarbiasa bila keadaan akan terdesak nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2015 at 11:20 AM

Sabar....naik lobam otak...
semoga semuo selamat dan baik baik ajo....

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2015 at 5:12 PM

Kak mah patut ganti najib

Post a Comment