........... Kesiannya Kat Rosmah .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kesiannya Kat Rosmah ....

Thursday, March 5, 201519comments




Kesiannya kat Rosmah ....... tak habis2 kena kritik. Buat apa pun tak boleh. Tolong rasmikan majlis mewakili suaminya pun orang kutuk. Pergi shopping pakai duit sendiri pun orang kutuk. Pergi oversea naik jet kerajaan atas nama kerajaan pun orang kutuk. Buka pejabat sebelah pejabat PM selaku isterinya pun orang kutuk. Cakap lebih kurang sikit berdasarkan gaya hidupnya yang mewah pun orang kutuk. Nak pakai apa2 pakaian dan aksesori yang ada branded sikit pun orang kutuk.

APAPUN TAK BOLEH !

Itu belum campur fitnah yang RAMAI orang duk perkatakan baik didunia nyata maupun didunia sosial terutamnya dalam Wassup. 

Bayangkanlah ....... ada yang tuduh Rosmah charge komisen untuk projek2 Petronas dan untuk projek2 kerajaan  ....... nak projek ? Bayar dulu ....... Satu bukti pun takde dikemukakan. Semuanya hanya cakap2 kosong ..... pendek kata - FITNAH !

Yang ini memang terlalu amat payah nak dibuktikan tapi orang ramai duk bercakap/berwassup juga. RAMAI ooooooo yang duk perkatakan benda ni. Apa dia ? 

Rosmah mandrem lakinya ! Sebab tu lakinya bluuuurrr  semacam, Giler ko ....... Tapi memang ramai yang duk cakap benda ni. Nilah perangai orang kita .... suka sangat layan benda2 khurafat macam ni. Saja2 je buat dosa free dengan FITNAH.

Come on la .... takkanlah orang Umno rela biarkan dan terus berpemimpinkan ketua yang dimandrem bini ! ? ? Tak masuk akal langsung ...

Hentikanlah segala FITNAH ini ! Kesiankanlah First Lady of Malaysia kita ni. Bayangkanlah beliau yang terpaksa berdepan dengan segala macam FITNAH itu seorangan dan masih mampu meneruskan tugas2nya ..... peeeergh ! Rambut sikit tak lari dari tempatnya.  Tabik la !

Samada secara direct atau indirect, ramai yang mengkritik Rosmah. Cuba baca contoh ni -

The book also exposed the once close relationship between the carpet trader and Prime Minister’s wife, (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor. However, after a fallout, Deepak publish an online expose on Rosmah entitled “The Black Rose” with a promise of a follow up.

There wasn’t a follow-up. Instead Deepak’s business problems involving an Umno Wanita leader, Raja Ropiaah, was sorted out and he went on to receive the Bank Rakyat loan.

Perenggan terakhir dari artikel AKJ. Nampak tak cara indirect kick beliau ....... Tensionnya, ni tak lain nak pekenakan Rosmah la ni !

Ramai yang kata Rosmah adalah liabiliti terbesar buat Umno. Anda setuju ? Anda salah sorang yang kesiankan Rosmah ? 

Cuba baca ni - KLiK.

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 9:49 AM

Pd sebagai orang Islam..dgn cacian,makian,fitnah yg menggila keatas Rosmah hanya menyebabkan dia seorang yg kaya raya diakhirat kerna bukan diatas usahanya tapi ganjaran pahala yg diberikan dari orang yg memfitnahnya..maka jika habis pahala dari orang yg memfitnah maka mereka pula akan menanggung dosa2Rosmah yg pernah ia lakukan dahulu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 9:55 AM

Din tumpang iklan jap nak promosi buku...

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2015/03/kenapa-dengan-hasan-malik.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 10:00 AM

Kritik tak apa tapi bila dah menghina itu dah melampau. Ya saya naik kesian kat rosmah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 10:26 AM

tu la kalau semue pemimpin PR n BN setuju untuk dedahkan harta sendiri, cacian2 macam ni mesti kurang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 10:46 AM

@Anonymous

ko nih betul betul jadi pak turut yang rasminya lalang. admin cakap kesian, ko pun ikut juga kesian. belajarlah baca diantara garisan untuk mendapatkan roh sebenar beb. jangan pakai sondol jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 10:54 AM

saya tak kesian kat dia sebab sanggup dia tak balik dengan suami dia waktu banjir besar baru2 ni..suami yang berkuasa pun balik walaupun lepas kantoi main 'hoki orang kaya'..apasal dia tak ikut sekali suami dia?

....................
Reply To This Comment ...................
rose hitam
March 5, 2015 at 11:43 AM

Rose muka tak malu. Sebijik perangai budak kampung tngk sogo telompat lompat. Bdk kampung mulia sebab msk sogo guna duit sendiri tapi si rose pau duit laki

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 11:59 AM

salam Din,

saya dah ikut bro lebih 4 tahun. ingat saya pernah komen dulu yang bro kena improve cara menerangkan sesuatu isu, dont take for granted pembaca faham apa yang bro tahu ? Saya kata bro kena baiki benda tu baru boleh setanding blogger otai lain..... itu lebih 3 tahun dulu.
NOW saya nak katakan yang bro masih belum setanding blogger otai yang saya sebut dulu TAPI bro dah berjaya improve gaya tersendiri bro ! now u r one damn good sarcastic blogger !
been fun reading u all these yrs .. keep it up bro :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 5, 2015 at 12:03 PM

@AnonymousYA saya ingat lagi ! WOW! TERIMAKASIH kerana masih menjadi pembaca setia DT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 1:14 PM

Tapi kan Din, gua rase ramai yg tak faham maksud tersirat dlm beberape artikel dlm blog lu ni.. pendek kate they don't get the actual point.. tak gitu din?

....................
Reply To This Comment ...................
March 5, 2015 at 1:29 PM

@Anonymousyang ni pendek tak kata - Dalam psy war, kita tidak akan ceritakan segalanya :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 1:46 PM

@Anonymous
Siapa turut siapa sondol read between the lines

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 5:30 PM

Setuju ngan anon di atas. Rosmah x salah apa2. Yang salah tu yang mencerca. So dia akn jadi kaya di Akhirt kelak. Dn mereka yng menghina dn memfitnh pula kn jdi muflis di Akhirt kelak. Jaga2.........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 5:43 PM

Sorry, off topic jap Din....

Pelik bin ajaib kenapa Dong Zhong tidak dikenakan cukai GST. Maybe Ah Jib Gor ada jawapan kot.

http://www.suara.tv/2015/03/05/perkasa-pertikai-pengecualian-gst-ke-atas-sekolah-dong-zhong/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 6:47 PM

Din ni dah kira blogger berhEmah, hina la guna gelaran blogger otau sbb Blogger otai boleh dibeli. Sblm2 ni punya blogger otai pun hampeh. Cth locky, anjingbesar, se.suara. Konon2 partisan tapi rupanye...ehem2. Pendek kata yg otai rupanye indah rupa dari khabar sbb rupanye geras atas dasar uwang. Tak caya? Cuba bukak blog sinanjing besar. Tngk artikel latest? Cuba commnt tanya dia ingat najib ke yg buat dasar perumahan rakyat sampai mat salleh nak meniru dia? Dia takkan lepaskan komen sbb nampak sangat dia tu bodoh. Syabas din. Gerak atas nama kebenaran je cukup. Sayang kau din

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 7:15 PM

Yang nak faham, faham. Yang tak faham sudah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 5, 2015 at 7:41 PM

salam,
bab kak ros, nak juga kasi nasi tambah. kalu tak betul, mana mungkin orang nak bikin cerita. ada dengar kisah isteri menteri lain, isteri timbalan menteri dan isteri perdana menteri. kak ros jer ada cite untuk semua tu dan semuanya yang best gila bebb.

masa jadi isteri menteri, maka akan ada ajk khas untuk isteri menteri serta layanan khas sebab isteri ikut suami pi semua acara. kalu tak layan, jk kurang ajar la pulak. isteri menteri pi rasmi kapal turun laut, majlis konvo, majlis sukan dan belia. isteri pm pulak, gambarnya kehadapan dan lebih besar daripada pm. hebatkan? isteri kita ada bergambar bersama dengan semua kakitangan kita untuk buat gambar kenangan akhir tahun. dasat bro lu punya power. sukanya kakitangan lu dengan isteri lu, tu pasal ajak bergambar sekali. duduk dalam pejabat lu, ada bilik sendiri tapi opis tu bukan bapak lu yang punya. semua kakitangan suka ke bila isteri lu suruh bikin kerja yang bukan kerja mereka. fuhhhh hebat gila power tu.

memang kita kasihan. tapi fitnah ni bukan nak buat. tapi dah ada yang bercerita. biasa la nasi tambah, mesti la lebih dalam semua hal, tapi tak semuanya tak betul. kalu kat rumah nak buat senam robik pakai seluar pendek, orang tak kisah. tapi yang pi buat senam robik kat hall bangunan opis laki lu, maka orang kisah bebbb.

isteri saya pun nak kasi pakai intan permata seluruh badan kalu mampu. tapi dah jadi orang makan gaji, maka orang tengok juga gaji dengan kemampuan untuk berbelanja. pm dapat gaji tak usik kot, pasal pi makan semua tanggung. beli ayam sekor pun baru singgit. tu pasal kak ros boleh hidup mewah. tak banyak guna duit. orang belanja belaka. ni sprm nak kena siasat tak orang yang belanja pm makan dan segala benda ni sampai gaji pun tak usik. pi luar negara tak ada hal, tak guna duit poket beli tiket. beli beg jer guna duit sendiri atau orang belanja. alaaa betty guan eng pun orang belanja. isteri kita jer tak ada yang sudi nak belanja. kita jer la yang belanja.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 5, 2015 at 8:38 PM

Disatu pihak bini jadi boneka. Dipihak yang lain pula bini lebih berkuasa. Dalam pada itu, dua-dua pihak sangat ketara persamaannya. Dua-dua jual Melayu pada cina demi nak dapat kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2015 at 4:43 PM

Sebelum Paklah jadi PM, amat baik prestasinya - Mr Clean and Mr Nice Guy. Jadi PM saja datang pulak SIL menantu hantu yg nampak berkuasa lebih drp paklah. Paklah pun jadi pak lelah dan pak lesu.

Najib pula ada gaya elegant silence - anak bekas PM. Tup tup muncul little rosie yg nampak pegang lebih kuasa drp Najib. Najib pula jadi clueles dan blur sotong.

Mandrem kot???

Post a Comment