........... Isu Harta Pusaka - Najib Dah Jawab ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Harta Pusaka - Najib Dah Jawab ! ?

Tuesday, March 3, 201514comments

Hah Din, nah baca ni ..... Najib dah balas kenyataan adik2nya mengenai Tun Razak.

“Sepanjang perkhidmatan da­lam kerajaan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dengan apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa. Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi hingga jasa­nya kepada negara menjadi memori umum bagi rakyat.

“Sejak mula terlibat dalam perjuangan politik sehinggalah meme­gang tampuk pemerintahan negara, Tun Abdul Razak diketahui mengamalkan gaya hidup sederhana dan berjimat cermat,”

Sama kan dengan kenyataan adik2 dia ?
Hmmmm ...... ya, sama.

Haaaaa...... mana ada gaduh ? Diorang sepakat ... air dicincang takkan putusnya. Jadi jangan nak memandai kata diorang adik beradik bergaduh.
Mana ada aku kata gitu ? 

Tuuu .... hari tu ko tulis .....
Laaa.... mana ada ?  Aku tulis, minta PMO tarik balik kenyataannya tentang harta pusaka ( KLiK ) yang mengayakan keluarga Najib. Aku minta PMO minta maaf sebab burukkan nama Tun Razak...

Ko tulis " nama Najib takde pun " kan ?
a-ah..

Nah, kan Najib dah jawab tu..
Ok ...... harta pusaka ?

Tak kira lah, nah .... sekarang Najib dah jawab !
Err ..... Najib cuma pertahankan ayahnya ...

Tahu pun !  Jadi apa yang orang duk tuduh macam2 tu semua fitnah !
Errrr .....pasal harta pusaka..

Ada Najib sebut apa2 tentang harta pusaka ?
Takde

Hah... jangan nak spin pulak. Orang cakap lain ko tulis lain ...
Mana ada ...

Tadi tu ko sebut harta pusaka ? Mana ada Najib sebut pasal harta pusaka
Err .... memang takde

Jadi janganlah sebut ! 
Errr .... habis tu, PMO ?

Ko faham tak ? Komen apa yang Najib cakap jer. Yang tak sebut jangan komen. Jangan jadi macam pembangkang
Tapi isunya bukan pasal Tun Razak. Adik2 Najib cuma nak betulkan persepsi negatif ekoran kenyataan PMO kata kekayaan keluarga Najib datang dari harta pusaka, yang secara tak langsung memberi gambaran negatif terhadap Tun Razak.

Yalah, kan Najib dah jawab tu ! Tun Razak clean, Tun Razak tak makan rasuah, Tun Razak berintegriti ...
Betul la Najib cakap tu, tapi ...

Daaaaah .... takde tapi2nya lagi ... Bagi aku, Najib dah jawab dan aku puashati. 
Ok, Ok ..so Najib dah jawab ni ?

Dah ! Najib dah jawab.


KLiK

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 12:16 PM

Aku tak pernah jumpa bloger sebusuk hati kau ni DT.

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2015 at 12:24 PM

Kita mahu Tun Razak itu Negarawan Negara setelah jasa dan budi nya, berserta Tun Dr Ismail sudah mengubah nasib Melayu Islam. Kemudian di teruskan kesinambungan nya oleh Tun M dalam acuan beliau.

Harta pusaka dan harta celaka (konon harta sepencarian bawah kuasa politik) berlawanan.

Pokok nya harta Melayu itu mesti bertambah dari segi ekonomi sumber negara dan keutuhan dan keunggulan iktisad Melayu. Kita tidak mahu harta riba haramijadah.

Masa nya bidang ekonomi dan iktisad dalam gunatenaga penuh Melayu. Bila lagi ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2015 at 1:22 PM

Salam tn. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya membantah. TQVM

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2015 at 1:24 PM

Huh ? PMO tak busuk hati ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2015 at 1:29 PM

Ya ke hati din busuk? Berbau ke? Terror pun anon ni hingga organ dlm badan pun dia boleh tahu busuk ke atau tidak 😁😁😁😁

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 1:31 PM

Tun razak tak kaya ....Yang kaya bapa mertua Tun Razak .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 2:44 PM

Yang tak busuk hati, mulia dan wangi adalah ahjibgor, pemimpin2 umno dan para penyokong yang akan sokong membabi buta apasaja tindakan mereka !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 3:41 PM

@Anonymous

busuk tang mana tuh? kalau tang hati, aku tak fikir ada kena mengena dengan penulisan. mungkin tak tersilap jika aku katakan kamulah yang lebih busuk hati kerana membiarkan yang bathil terus dan terusan berlaku.

aku baca biasa jer, soalan soalan untuk memberikan pencerahan agar dapat dikongsikan sesama pelawat. najib tak langsung memberikan komen saperti yang diperjelaskan PMO kepada akhbar NYT:

http://www.malaysiakini.com/news/288766

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 3:45 PM

@dinturtle

bila dah diluahkan, taklah busuk namanya. kalau disimpan dan dipendamkan boleh jadi pekasam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 3:54 PM

@Anonymous

itu bukan mulia tapi itulah dinamakan blurrrr!!! orang yang blurr lebih kurang saperti yang hilang ingatan dan kabur penglihatan dan samar pendengaran. akibatnya fikiran menjadi tidak waras dan tidak menentu. tidak dapat melihat dengan betul samada lurus atau yang bengkok. pendengaran tidak nyata samada benar atau pun salah. biasanya mereka yang diserang blur akan mendapatkan khidmat seseorang atau sekumpulan orang untuk membimbingnya sedangkan mereka atau mereka mereka yang diterima perkhidmatanya tidak pula diketahui dari gulungan yang membina atau yang menghancurkan disebabkan penyakit blurnya itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 4:38 PM

Yang mulia dan wangi adalah RM. Cuba stop kan RM, bukan saja bangang dan busuk malah hanyir jadinya blogger2 ahjibgor. Si din ni pun kalau diberi RM entah2 akan jadi berkali ganda lebih wangi dari mrk hahahaha
Rm rules !!!
Oya, rm tu bukan rosmah mansor ya hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
March 3, 2015 at 5:03 PM

Ramai yg terlepas pandang pada ahmad noah dan harta2nya.

Itu sebabnya kenyataan pmo dianggap ditujukan pada pusaka dari tun razak.

Akibat gagal bersikap terbuka,maka kenyataan yg biasa,ditafsirkan secara negatif...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 6:56 PM

divert lagi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 3, 2015 at 8:44 PM

salam,
ada pelbagai andaian dan fahaman. kalu yang baca blog ni tak serupa pemahaman dengan penyokong ah jib gor serta blogger upahan, tak usah risau la. bro din hanya sampaikan apa yang dia faham dan yang bersetuju adalah apa yang mereka semua faham dengan penulis. yang tak setuju dan faham ikut ah jib gor, no hal untuk tak baca perkara yang mengarut ni. pi baca blog penyokong ah jib gor. kenapa marah kat sini? blog penyokong ah jib gor dah turun ranking ker? dah lama mereka tak tunjuk ranking.

blogger upahan boleh tahu apa yang mereka tulis dapat sambutan atau tidak. tajuk yang sokong ah jib gor membuta tuli dibaca ramai atau tidak? pekara yang kritik dapat sambutan pembaca atau tidak? tak beritahu menteri cgpa 3.8 walaupun perkara itu fitnah, tapi sambutan hebat dari pemaca tinggi dan penjelasan tentang fitnah dapat hit ke? war room tidur dan buat kajian tak?

Post a Comment