........... ( KEMASKINI Kenyataan Khairuddin ) Apa Bezanya Kenyataan PM/TPM Dengan Laporan Polis Khairuddin Dulu ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

( KEMASKINI Kenyataan Khairuddin ) Apa Bezanya Kenyataan PM/TPM Dengan Laporan Polis Khairuddin Dulu ?

Saturday, March 7, 20155comments


Baca tajuk je dah tahu apa yang saya nak tulis kan ? Tapi saya nak tulis juga ( geram punya hal ! ) .... sebab memikirkan kembali segala serangan yang dihamburkan kepada pengkritik 1MDB termasuk Khairuddin selama ini oleh pro ahjibgor.

Apa bezanya laporan Polis oleh Khairuddin dulu yang lebih kepada tuntutan supaya 1MDB disiasat dengan arahan PM/TPM yang mahu akaun 1MDB disiasat secara menyeluruh ?

Begitu juga segala persoalan yang kita bangkitkan selama ini mengenai urusniaga 1MDB ?

Setahu saya masalah2 yang ditimbulkan oleh TPM semalam adalah SAMA dengan apa yang kita duk tanya selama ini.

Kenapa kali ini tak serang PM dan TPM ?

Berniat jahat lah, konspirasi politik la,  .....lain kali buka minda tu sikit untuk menilai sebarang isu dengan hati yang lebih terbuka. Jangan emosi sangat, jangan taksub dengan pemimpin sangat. Jangan begitu cepat melabel pengkritik dasar yang dilihat tak betul sebagai pro pembangkang. 

Kalau dari dulu lagi persoalan2 yang kita timbulkan diambil secara serius, mungkin banyak masalah dan keaiban dapat dielakkan lebih awal !

Nah, cuba baca balik point2 laporan Polis oleh Khairuddin 3 bulan lepas, tidakkah terangkum dalam apa yang disebut sebagai siasatan menyeluruh ?
  • The procedures 1MDB follows in raising funds from overseas and in disbursing its funds
  • The question of 1MDB paying interest at rates higher than the market rate
  • The question of 1MDB paying fees to Goldman Sachs International that are considered exorbitant
  • The less-than-transparent parking of funds overseas, specifically in the Cayman Islands
  • Petaling Jaya Utara MP Tony Pua’s statement that the Finance Ministry had issued a letter of support to guarantee 1MDB’s loans and Deputy Finance Minister Ahmad Maslan’s subsequent assertion that no such letter had been issued
  • The workings of 1MDB subsidiaries, 1MDB Global Investments Ltd and 1MDB Energy Ltd
  • The purchase of energy assets from Powertek Energy and Sanyen Power Sdn Bhd at prices higher than the market price
  • The purchase of 234 acres of land in Air Itam at RM1.38 billion, which will be hard to recover from the proposed housing projects
  • The US$1.2 billion investment in PetroSaudi International Ltd, which was done without transparency
  • The purchase of land from Tadman Resources Bhd in Pulau Indah for RM317 million
  • The purchase, at a premium price, of the site for the Tun Razak Exchange project.

KEMASKINI 9:00 pm - Berikut adalah kenyataan yang saya baru terima dari Khairuddin sendiri yang beliau kirim dari Medinah  -

Saya akhirnya bersyukur kehadrat Allah swt yang telah memakbulkan hajat serta niat saya dalam isu 1MDB.

Kenyataan PM dan TPM semalam merupakan asas utama kepada laporan polis saya pada bulan Disember 2014 dan SPRM pada Januari 2015.

Hakikatnya inilah perjuangan saya untuk meminta kerajaan menyiasat secara bukti forensik yang mendalam, menyeluruh serta komprehensif tanpa sebarang bentuk campurtangan dari mana2 pihak.

Saya ingin mengucapkan syabas kpd PM, TPM dan juga PAC yg bersetuju untuk mengaudit akaun 1MDB akhirnya. PM dan TPM pula memberi jaminan sekiranya ada bukti penyelewengan maka tindakan undang2 yang tegas bakal diambil.

Saya juga kagum dengan kenyataan datuk Nur Jazelan Pengerusi PAC yang mahu 5 asas utama dalam siasatan keatas akaun 1MDB.

Saya dari mula lagi memohon pihak Polis dan SPRM siasat pentadbiran serta perbelanjaan dana 1MDB yang kelihatan amat tidak telus itu.

Tambahan pula kenyataan Arul Kanda dan pengerusi 1MDB seringkali bercanggah serta sehingga kini gagal menjawab persoalan2 yang telah saya ajukan selama ini.

Kini saya bersetuju semua pihak kena pantau terhadap kaedah penyiasatan secara terperinci dengan menggunakan bukti forensik bukan sekadar jadi rubber stamp untuk memperakui akaun 1MDB yang telah diaudit oleh Deloitte...

Saya berharap Jabatan Audit negara, Polis, SPRM dan PAC akan bergabung tenaga secara kolektif untuk membuat satu penyiasatan secara komprehensif. Mereka juga mesti diberikan kebebasan sepenuhnya tanpa campurtangan mana2 pihak.

Kepada kaki bodek pula, tolong diam sehingga siasatan selesai. Jangan buat komen rambang seperti Datuk Rahman Dahlan yang cetek pengetahuan mengenai isu 1MDB tapi menggelarkan pengkritik2 1MDB sebagai tidak siuman.

Bagi saya yang tidak siuman itu adalah Rahman Dahlan sendiri. Baru dengar taklimat 1MDB sekali dah nak tunjuk pandai. Apa beliau tahu tentang 1MDB ?

Kini kaporan Polis, SPRM, Bank Negara, PAC serta Kedutaan Amerika Syarikat yang turut saya buat komplen telah terjawab dengan arahan PM serta TPM untuk di siasat semula akaun 1MDB.

Sekian, 

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2015 at 9:02 PM

Problem is when PM and the upper echelon had always maintained the attitude of "My Way or The Highway" that they knew best and the laymen like us does not have the same capacity of thinking as them!

That is why as an 'unimportant' guy I believed strongly in the quote of the day,
" Never ever underestimate the power of One to comprehend ". In short, jangan pandang orang tak ada mata! Dah lah rintihan Tun M tak diendahkan, apa lagi kita?

Pandai lah sangat PM dengan semua penasihat dia!

Melayu Luar Negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2015 at 10:06 PM

salam,
menteri dan ahli parlimen bn sekarang ramai yang tak cerdik, tidak berfikir sebelum cakap, ulas yang menunjukkan tahap bodek tertinggi, bercakap tin kosong, kurang pengetahuan tapi nak tunjuk mengetahui, tak tahu apa-apa pun, tapi berlagak pandai. semuanya boooooodeeeeeekkkkkkkkkk tahap jilat ju*** ah jib gor. buang bangsa, buang agama, buang negara demi ah jib gor, kami jilat-jilatkan. booooodeeeeeekkkkk kedua jatuh kepada bloggerrrrrrrrrr banganggggggggggggggggg. tahap bodek, berfikir tahap ciput. sekarang ketua bahagian kena jolok dengan ah jib gor pulak esokkkkk, diammmmmmm, lidah keluuuuuuuuuuuuu, tak kasi nampak ah jib gor lemahhhhhh. kena tunjuk ah jib gor nampak steady walaupun dah patah riuk. kena lihat dlm youtube, ketua umno akan sokong ah jib gor macam askar korea utara tunjuk sokongan kepada presiden Kim. bodekkkk ni, kalu ah jib gor kasi tahi suruh makan, mereka makan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2015 at 10:56 PM

Bro Din,

Teruskan perjuangan mu!

1.Maaf kepada blogger dan penyokong ahjib gor tak nak bersekongkol dengan pemimpin yg blur

2.Rosmah banyak buat taik....isteri2 PM sebelum ni tak lah kontroversi dan tidak terlalu menonjol

3.Pemimpin boleh di cari dan di ganti rakyat tak sebodoh celik boleh melihat mana yg baik buruk betul dan salah

4.nak sokong pemimpin yg tak cekap? Tidak berkemahiran? Tidak telus? Autopilot macam Pak Lah?

5.kita semua tahu nik aziz tak cekap tak layak jadi jadi MB tetapi rakyat melihat dia telus.

6.Forensic Audit wajib dilakukan malah sprm perlu bergandingan dengan ketua audit negara melihat reputasi jho low itu sendiri perlu ambil perhatian serius dan apa yang boleh dia lakukan!

7.Najib perlu letak jawatan! Cukuplah....ada tak da pun rakyat tak perasan banyak ponteng kerja lembik lemah malah lagi teruk dari Pak Lah Rosmah kuat pengaruhi atas Najib DAP dan kaum cina umpama Tuan di tanah melayu.

8.tak heran lim kit siang Dap PR akan mempertahankan najib sehingga umno terkubor pada PRU 14 akan datang

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 7, 2015 at 11:21 PM

a.) Start-up capital guna duit kerajaan. Sesiapa saja pemegang Mykad berhak untuk bertanya perkembangan syarikat yang guna duit kerajaan. Dah berapa tahun 1MDB beroperasi. Tak buat AGM ke? Kalau buat, kenapa tak gunakan platform tersebut untuk buat penjelasan tentang kedudukan syarikat. Kenapa nak berahsia sangat?

b.) Dunia bisness ni memang la terdedah kepada untung-rugi. Makcik jual nasi lemak tepi jalan dan tak sekolah kat Oxford pon cukup faham perkara ni. Kalau rugi, memang adat dunia perniagaan. Kalau kita tengok keloh-kesah orang ramai ialah tentang cara kewangan syarikat dikawal. Mana ada orang persoalkan apa perlunya 1MDB. Dah 7 tahun syarikat ni wujud. Buang masa nak persoalkan perkara ni. Dah berbilion duit kerajaan dibelanjakan.

c.) Najib saman Tony Pua atas sebab fitnah dia guna duit 1MDB untuk kegunaan peribadi. Najib tak saman Kharuddin sebab tak ada fitnah yang dilemparkan. Kharuddin cuma tanya tentang kebarangkalian wujud salahlaku mentadbir kewangan 1MDB. Masa diumumkan kes saman Najib terhadap Tony Pua, memang ramai bloggers yang pompang-pompang cerita hal ni. Aku malas nak baca apa yang mereka tulis sebab tak ada kena mengena dengan 1MDB yang belanja duit rakyat macam duit peninggalan nenek moyang mereka sendiri.

d.) 1MDB dah tak ada duit lagi ke nak gajikan spokeperson untuk nafikan tuduhan Sarawak Report? Makin lama 1MDB ni dah macam perangai anak dara kena pinang. Bila orang tanya setuju ke tidak, diam je tak berjawab. Last-last dapat anak tiga. Diam sebab setuju rupanya......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2015 at 9:10 AM

Lepas ni isu Felda beli hotel di London harga lebih dari harga pasaran pula ke? Dengar2 anak orang berpengaruh dalam Felda telah di panggil SPRM. Tak kan asal nya Felda ni untuk bantu orang2 Melayu yg susah menjadi peneroka yg perlu bekerja banting tulang pun orang2 besar yg berjuang UNTUK MELAYU nak rompak juga. Bukan nya bangsa lain yg menipu Melayu Tuan.

Post a Comment