........... 1MDB Tak Pinjam RM2 Bil Dari Ananda, Tapi Dari Mana Datangnya ? Wallahualam ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Tak Pinjam RM2 Bil Dari Ananda, Tapi Dari Mana Datangnya ? Wallahualam ...

Sunday, March 15, 201516comments

Agak terkejut juga baca tajuk artikel TMI di bawah ini, Katanya 1MDB bayar hutang RM2 bil pakai dana Cayman !


Huh ? ? Bukan ke dana Cayman itu ditebus dalam dua blok, yang pertama US1.215 bil telah ditebus tahun lalu dan telah pun habis digunakan buat melangsaikan hutang 1MDB sementara bakinya US1.103 bil pula di simpan di Singapura kerana kerajaan merasakan peraturan Bank Negara menyusahkan ?

Duit Cayman yang mana pulak ni yang digunakan buat bayar hutang RM2 bil itu ?

Saya cari artikel dari sumber lain untuk dibuat perbandingan bagi mencari kepastian.

Berita yang sama dari Mkini ..... ia merujuk kepada jawapan bertulis dari Kementerian Kewangan kepada soalan dari Tian Chua berhubung dakwaan pinjaman dari Ananda.

Point yang saya dapat - 

1 - 1MDB tidak pinjam dari Ananda
2 - Jawapan bertulis juga menyebut bahawa 1MDB mengeluarkan wang US$2.318 bilion dalam simpanan luar pesisir di kepulauan Cyamen dalam dua trance – yang pertama digunakan untuk membayar semula hutang.


Adakah point no 2 di atas merujuk kepada pembayaran hutang RM2 bil ? Tidak semestinya !


Walaupun jawapan itu ditulis sekali dengan penafian pinjaman dari Ananda, tidak semestinya ia merujuk kepada pinjaman itu. Point no 2 itu adalah secara umum dan ia telah pun disebut lama sebelum ini.


Bukan ke blok/trance pertama dana Cayman itu sudah lama habis digunakan buat bayar hutang ? ( ada saya terbaca yang antara lain ia digunakan buat menebus option pembelian saham IPP rakan kongsi 1MDB dari Abu Dhabi )

Habis tu, 1MDB pakai duit mana buat bayar hutang RM2 bil itu ? Entahlah .... Yang kerajaan jawab cuma 1MDB tidak pinjam dari Ananda. Itu saja.  Tapi dari mana sumber bayar RM2 bil kalau bukan dari Ananda ..... yang itu tidak ada kepastian.

Bunyi macam dah jawab tapi jawapannya tak jumpa.



PS - Ini contoh apa yang buat rakyat tension ngan 1MDB yang dilihat payah sangat nak berterus terang. Dah alang2 keluarkan jawapan bertulis yang RM2 bil itu BUKAN dari Ananda, kenapa tak jawab juga datang dari mana ? Pasti kerajaan dan 1MDB dah boleh agak soalan susulannya selepas jawap 1MDB bukan pinjam dari Ananda - kalau bukan Ananda, dari siapa ?  Kan senang .... takdelah orang berspekulasi.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 10:21 AM

salam,
tu pasal orang dok tanya pasal jawapan yang diberikan menimbulkan persoalan? makin banyak ditanya, makin banyak jawapan, makin banyak menimbulkan persoalan yang tak berapa nak dijawab. kalu betul, jawapan itu mesti dah beri jawapan dan tak ada soalan lagi. memang bangang la orang yang dok tanya dan semakin bangang jawapan yang diberikan, rakyat pun dibangangkan, orang yang dapat duit juga yang tak bangang sehingga kini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 10:37 AM

Sememangnya Ananda menghulurkan pinjaman 2bn kpd 1MDB. Ramai yg mengetahui selok-belok isu ini.

Pokoknya mengapa MOF memperbodohi parlimen?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 10:37 AM

Cakap je lah ananda bagi dana kat 1mdb melalui cayman... habis cerita..
Tentu rakyat akan terima kenyataan bahawa 1mdb tak berhutang dgn ananda, tapi kat cayman...
rakyat malaysia ni kan pak pandir...

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2015 at 10:39 AM

Artikel ini bukan kritik 1mdb tapi cuba membetulkan cara TMI melaporkan kenyataan kerajaan. Mkini pun tak berani nak kaitkan kedua point yang dijawab oleh kerajaan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 10:49 AM

Aduhhh....jawab just for the sake of answering...betul tak betul belakang kira....

-Sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2015 at 11:10 AM

@Anonymousjawab hal ananda tu straightforward dah - tak pinjam.
tapi kalau bukan ananda, dari siapa ? Yang ini berbelit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 11:21 AM

Kesian la kat UMNO.... Presiden dulu kata mana anak Rosmah dapat duit beratus ratus juta beli macam2 aset hartanah secara tunai di luar negara. Panglima2 Najib pula bagi tahu zaman Tun M dulu pun macam tu....perwaja, Mas dll tak telus. Secara tak lansung macam mengaku ada ketirisan la... Jumlah yang di pertikaikan dalam 1MDB pun tak la banyak mana.... Hanya lebih kurang RM 45,000,000,000 . Kalau tak cukup kita minta la Petronas bantu, tambahan pula lepas ni ada cukai GST yang baik untuk negara. Kutipan PTPTN pun dah meningkat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 11:24 AM

"straightforward" tetapi tidak benar.

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2015 at 12:00 PM

mungkin sebab itu ia dijawab secara bertulis, jadi tidak ada soalan berbangkit seperti jika Menteri cakap di Parlimen

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 12:17 PM

1. 1MDB buat business atas angin dapat tanah murah airport tudm sg besi dari kerajaan.
2. Revalue tanah dan guna sebagai sandaran untuk dapat duit pinjaman dari Bank
3. Buat JV "palsu" dengan Syarikat PetroSaudi kononnya untuk projek sedut minyak
4. Walhal projek pun tidak ada, semua nya kelentong atas kertas
5. Sebaik saja tandatangan JV, PetroSaudi tuntut 1MDB bayar "modal" JV
6. 1MDB bayar usd700 juta. Duit itu di salurkan terus ke syarikat Jlo.
7. Dapat duit, Jlo belanja sakan. Beli rumah, kapal, berderma, berpesta sana sini
8. Jlo juga telah biaya buat filem, beli penthouse dan rumah untuk anak Rosmah, Reza
9. Sekarang duit 1MDB sudah lesap, nak bayar hutang pinjaman bank pun tak mampu
10. Ada unsur penipuan dalam urusniaga
11. Akhirnya, rakyat Malaysia semua kena tanggung beban hutang ini melalui cukai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 1:31 PM

Din

Sampai sekarang takde org UMNO yg ada telur utk demand tangkap si gemuk Cina Jho Low tu. Dah menyampah dengan hipokrasi UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 1:32 PM

Sebelum ni diguna Aljub dlm Bulletin Utama TV3,skrg G.Soros pulak diguna dlm serangan balas selepas Dr.M mlepas bom beliau,dh trdesak sangat le tu...desperate people will desperate things

....................
Reply To This Comment ...................
March 15, 2015 at 1:39 PM

http://says.com/my/news/11-answers-to-help-you-understand-the-1mdb-and-jho-low-conspiracy

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 4:16 PM

Salah orang yang bertanyakah atau salah orang yang menjawab?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 4:24 PM

Betul tu....agen2 kerajaan skrg berhempas pulas mengorek duit rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 15, 2015 at 10:14 PM

Camni lah DIn. Jika DR M puas hati dengan penjelasan mengenai 1MDB then rakyat yang blur pun akan puas hati tapi rakyat yang burr ni masih gundah kerana DR M masih tak uah hati.

Post a Comment