........... 1MDB - Persoalan Mengenai Firma Audit Yang Perlu Jawapan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Persoalan Mengenai Firma Audit Yang Perlu Jawapan

Wednesday, March 11, 20158comments



Nama firma Deloitte tetiba jadi glamer habis di Malaysia seiringan dengan kehangatan isu 1MDB. Tak perlu dah firma itu buat sebarang iklan promosi servisnya di negara ini, semua orang dah hafal namanya. Bab firma audit @ 1MDB ni, suka saya rujuk kepada artikel Sakmongkol. Tolak bab sindiran dan nuansa politik sipenulis, kita boleh ambil beberapa point penting -

1 - Kenapa beberapa firma audit antarabangsa yang lebih gah dari Deloitte menolak tugasan 1MDB setelah menerima pada awalnya ? Adalah satu perkara pelik yang memerlukan jawapan dari 1MDB. Kata Sak, .... dalam masa 5 tahun, 1MDB telah diodit oleh 3 dari firma perkaunan terbesar didunia. Juruodit pertama 1MDB ialah Ernts & Young yang surrender tanpa mengesahkan satu pun penyata akaun 1MDB.

Firma odit yang kedua ialah  KPMG – Tarik diri dalam tahun 2013 tanpa megesah apa2 penyata kewangan. Yang ini pun surrender.  

Firma ke3- Deloitte mengemukakan nota2 yang panjang dan penilaian yang amat kritikal keatas penyata kewangan 1MDB. Mereka pun curiga dan mendapati banyak transaksi yang menjurus kepada salahlaku. Ini tektik biasa firma perakaunan untuk mengelak dari dipersalahkan.

Firma audit luar ini pada asasnya mereka cari makan dari fee yang di caj. Tapi kenapa kedua firma audit awal menolak fee jutaan RM dari 1MDB ? Pasti ada sebab tapi perkara ini tidak pernah dijawab.

2 -  syarikat 100% milik 1MDB yakni SRC tidak memfailkan apa2 penyata sejak 2012.  Ini syarikat milik 100% MOF dan mempunyai pinnjaman RM4 billion – pinjam dari KUmpualn Wang Amanah Perkerja KWAP. Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan Najib.  Dan siapa juruoditnya untuk tahun kewangan 2012 ? 
 
Deloitte International satu dari the big 4
 
Sebut syarikat SRC ini, Tuan Syed turut komen dalam satu artikel pendedahan yang sarat dengan dakwaan2 yang panas ! Cepat baca sebelum artikel itu di tarik balik.
 
 7.  There are many other parts to the 1MDB fiasco that we dont know about. There is another company, an 1MDB subsidiary called SRC that also borrowed RM4 billion. No one knows what happened to that RM4 billion. Some say it was invested in some mining deal in Mongolia.  That RM4 billion is  gone.  And predictably, SRC has now been transferred back to Minister of Finance Inc. It is still 100% taxpayer owned (thats you and me folks) but RM4 billion has gone kaput. Money gone.
 

..Isu SRC pernah panas sekejap pada Oktober tahun lepas bila dibangkitkan oleh Tony Pua - TMI. Pihak 1MDB ada menyatakan yang SRC bukan lagi sebahagian dari mereka sejak Feb 2012, tapi sebelum itu, SRC adalah sebahagian 1MDB ! Dan RM4 billion itu di ambil semasa zaman 1MDB.

Diharap para penyiasat jangan lupa untuk teliti akaun SRC juga sebab akaun 2013 yang diaudit oleh Deloitte ( yang disokong oleh Najib dan kabinet ) pasti tidak ada SRC.

Lebih panas adalah dakwaan Tuan Syed OSTB yang Jho Low dah hilang !  Hah ! ! ?

Syed juga punya angle yang menarik atas ketidakhadiran TPM untuk turut sama berpakaian merah dan menjulang banner Solidariti untuk Najib.

Last sekali saya nak sentuh alasan utama Nilai aset melebihi liabiliti yang masih lagi menjadi jualan Najib kepada KB2 . Saya ada menanyakan soalan itu kepada 2-3 orang akauntan dan mereka sepakat menyatakan kesangsian yang 1MDB mampu meraih nilai yang sama seperti dinyatakan dalam akaun sekiranya benar aset2 itu dijual ...... sementara jumlah liabiliti yang disebut adalah benar. ( dan akan meningkat jika gagal langsaikan hutang mengikut jadual )

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2015 at 11:10 AM

1.Najib mmg dah lama patut diganti. Dah jenuh cakap dah. Samada dia mmg blur atau buat buat blur, atau kedua2nya sekali.. dia tetap bertanggungjwb

2. TMI dah warwarkan konon H2O "mengikut survey" pilihan utk ganti Najib. H2O ni pun jenis blur. Seingat sy dia pergi ke Eropah dan terlibat dgn siasatan MH17, sekembalinya ke Malaysia membuat kenyataan bermaksud (konklusif) tiada tembakan udara-udara (air to air), walaupun ATC di Ukraine tak nak serah rakaman dan juga penyiasatan belum selesai oleh badan yg dilantik secara official utk siasat kejadian . Blur lah tu.

TDM membuat kritikan ttg pentadbiran Najib dan H2O membuat kenyataan dia tak mahu komen kerana (konon) dia tak "level" dgn taraf pemimpin dahulu, tetapi dlm masa yg sama dia nyatakan perubahan (dlm UMNO) sukar dilakukan, kerana ianya (sukar tukar) sebenarnya sistem yg ada adalah sistem yg ditinggalkan terdahulunya oleh pemimpin sebelum ini (TDM). Sebenarnya yg dia tak nampak, atau tak tahu, atau blur, ialah semasa TDM ada, ada tak kontroversi "tingkat 4"? . Ada tak con-sultan yg dilantik sampai berbillion2? Ada tak isu JhoLow? Kesimpulannya H2O mmg jenis blur jugak dan kalau dia ganti Najib, org2 yg telah membuat onar (sekarang ini) memang suka jenis2 blur ini

3. Sy rasa tak betul OTSB tampal ayat ini dlm blog dia :
"Kalau kita dengar cakap2 orang UMNO dan surrogates mereka- macam disuruhnya kita bunuh semua oang Cina...."
MMg ramai ahli UMNO dan rakyat dah rasa pening dah dengan Najib.. tapi kenyataan website tersebut yg terang2 kenyataan tersebut ialah modus operandi puak DAP dgn fitnah dan hasutan tersembunyi (kebetulannya Taik Jho Low ni dtg dr PG)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2015 at 11:31 AM

Abang Din,

Boleh komen sikit pasal Pembinaan PFI Sdn Bhd milik MOF? DAP kata syarikat ini ada hutang RM27.9bil. Apa cerita ni? Dahsyatnya. OMGeee...

Mat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2015 at 1:15 PM

Macam lah orang tak tahu yang salah satu anak Ah Jib Gor ada lah Pengarah dlm Deloitte.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2015 at 4:37 PM

Who are the 2 individuals who have the leaked documents on 1MDB?

Rumour has it that TDM receives these documents....

Did anyone realise that TDM did not speak further on 1MDB.....very unusual......there's a calm before the storm....reminded me of creedence clearwater revival...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 11, 2015 at 4:47 PM

Ilmu firma-firma audit ni tak setinggi ilmu menteri-menteri kabinet dan 154 ketua bahagian UMNO. Sekali lalu tengok penyata akaun dah boleh buat keputusan tak ada salah silap. Siap boleh julang poster lagi. CGPA firma-firma audit ni bawah 3.84 kot.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2015 at 5:05 PM

Anon 1:15PM.
betul ke anak najib ada pegang jawatan dlm DELOITTE??

Kalau benar. Amat memalukan betullah. Anak audit syarikat bapak.

Tuan blog kena siasat

....................
Reply To This Comment ...................
March 11, 2015 at 5:56 PM

Cuba selidik siapa executive director deloitte?apa kaitannya dengan najib sendiri.

Selamat mencari...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 11, 2015 at 8:01 PM

Salam,
1mdb berada di jalan yang betul dan akan untungkan negara. Hanya perlukan 150 orang penjilat untuk menutup isu dan bersolidiriti dan katakan serangan politik , orang dengki. Mudah jer nak tipu ketua bahagian. Kasi baju merah, terus leleh air liur. Mungkin otak mereka dah disogok untuk menjual bangsa? Nampak sangat mereka tak kaji, selidik, dan cari fakta demi agama, bangsa dan negara. Kalu otak mereka berfungsi sepenuhnya tanpa sokongan wang poket dan projek, mungkinkah solidiriti itu akan menggigilkan ah jib gor? Tapi nampak gayanya dah main isu nak jatuhkan tsmy

Post a Comment