........... 1MDB - No Nonsense Dari Muhyiddin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - No Nonsense Dari Muhyiddin

Saturday, March 7, 20157comments




Anda dah baca kenyataan tegas dari Muhyiddin tentang 1MDB ? Ya, saya tulis TEGAS kerana ia jauh berbeza dengan apa yang kita baca sebelum ini dan satu lagi, kenyataan Muhyiddin juga tidak menampakkan bias. No Nonsense ! Banyak point2 penting yang boleh dihighlitekan.

Muhyiddin ada masa taklimat oleh 1MDB dan Deloitte tapi beliau tidak jumping the gun dengan menyatakan keyakinan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB.

Muhyiddin juga sebut satu perkara yang kita tidak perasan sebelum ini ( semasa baca hasil taklimat di atas - KLiK ) iaitu Ketua Audit Negara harus siasat dari awal penubuhan kerana Deloitte tidak terlibat waktu itu. Deloitte hanya komen akaun tahun yang mereka audit saja.

Menyedari Ketua Audit mungkin akan mengambil masa yang lama untuk meneliti akaun 1MDB, Muhyiddin menyarankan PAC lakukan tugasnya serentak, tidak perlu tunggu report dari Ketua Audit terlebih dulu.

1MDB juga harus mengambil tindakan undang2 terhadap sesiapa saja yang mereka kata sebagai menfitnah mereka.

Yang ini saya suka -

Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.

Kali pertama saya baca pengakuan yang kerajaan berikan tanah TRX dan Bandar Malaysia pada harga yang rendah. Saya yakin tujuannya bagi membantu 1MDB dalam membangunkan tanah2 itu BUKANnya bagi tujuan menjadikan tongkat itu sebagai keuntungan dalam akaun syarikat supaya menampakkan syarikat untung atau tidak rugi besar.

Apatahlagi jika 1MDB berhasrat mahu jual tanah itu bagi menjelaskan hutang .... tak kiralah dalam bahasa/jargon apapun yang digunakan.

Akhir sekali - Tidak boleh lagi guna dana awam jika perlu selamatkan ( bail out ) 1MDB. 

Hmmmm ..... kenapa perlu sebut bail out ya ? 

Dari sudut manapun anda mahu terjemahkan mesej Muhyiddin di atas, ia merupakan satu kenyataan terbaik dari pihak kerajaan setakat ini ...... selepas kenyataan 1MDB tidak punya masalah bayar hutang kerana aset melebihi hutang.

PS - Tidak salah jika saya katakan Muhyiddin telah menyelamatkan sedikit maruah kerajaan dalam isu 1MDB.

6 MAC 2015

Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.

Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut.

Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya. Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte. 

Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita. Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB  melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif. Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur. Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB. 


Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan. 

1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang--undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas. Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB. 

Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan. 

Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat. Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam. 


TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri
.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 7, 2015 at 4:56 AM

a.) 1MDB wajib mulakan saman keatas Sarawak Report kalau laporan yang dikeluarkan itu palsu.

b.) Muhyiddin dah guna kuasa veto untuk check-mate Menteri Kewangan

c.) Ketua-ketua UMNO @tokeh-tokeh projek kerajaan akan berkumpul ramai-ramai tak lama lagi. Berani ke tokeh-tokeh projek tanpa borang sebutharga ni terus endorse Najib untuk jadi PM atau mula senada dengan Muhyiddin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2015 at 5:01 AM

1. Bravo, syabas, tahniah TS Muhyiddin

2. Sudah nampak keberanian beliau menyuarakan pandangan yang tegas dan bernas

3. Ketua2 bahagian sepatutnya melihat perkembangan ini sebagai satu yang sangat positif di mana pemimpin no.2 bersuara dengan yakin dan terus pada kekusutan dalam 1MDB.

4. Najib WAJIB ingat yang beliau MUNGKIN TERPAKSA atau DIPAKSA turun takhta kalau tak balik pangkal jalan

5. Yang paling saya suka muhyiddin clearly drew a distinct line between the commencement of 1MDB in 2009 and the time Deloitte enters the scene to look into the company's book.

HIDUP MUHYIDDIN, HIDUP MM, HIDUP DZ and all the true warriors.

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2015 at 7:30 AM

@Melayu KampungSaya sarankan Najib buat meeting dengan 191 KB2 itu setiap 3 bulan. Baru nampak Najib responsif !

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2015 at 7:49 AM

@AnonymousMacamana kabinet boleh endorse 1MDB tanpa melihat keseluruhan akaun ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2015 at 7:34 PM

Kabinet pon kabinet kangkong, barder. Separuh kabinet ni pun ahli rubber stamp je.
Sekarang nampak jelas sikit ketegasan TS Muhyidin ni.

....................
Reply To This Comment ...................
March 9, 2015 at 1:47 AM

Rasanya Muhyiddin tak sepintar ni. Mesti dia dah diarahkan oleh Tun M yang sentiasa memantau dan cuba memperbetulkan kerajaan pimpinan Najib. Tun M is the govt watchdog. U do hanky panky, u'll get bitten!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 11:11 PM

Muhyidin mulakan kerjaya selepas lulus universiti pada awal 70 sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga Pengarah Urusan disyarikat PKENJ. Najib lepas universiti terus jadi Ahli parlimen. Siapa yang ada pengalaman lebih luas ? Terpulanglah untuk kita menilai.

Post a Comment