........... 1MDB - Masuk Akalkah Bersusah Payah Pinjam RM2 Bil Sedangkan Kita Ada RM4 Bil Di Singapura ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Masuk Akalkah Bersusah Payah Pinjam RM2 Bil Sedangkan Kita Ada RM4 Bil Di Singapura ?

Friday, March 27, 201513comments

Semalam saya komen kenyataan kerajaan mengenai Tanjong PLC yang telah bersusah payah membantu 1MDB mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM2 Bil bagi melunaskan hutang yang tertangguh beberapa kali. 

Rakyat Malaysia berTERIMAKASIH sangat2 kepada Tanjong yang telah berusaha membantu 1MDB. Mungkin Tanjong sendiri takde duit sebanyak itu untuk dipinjamkan kepada 1MDB atau mungkin kerana mahu mengelakkan kontroversi kalau guna duit sendiri, maka Tanjung pula yang carikan pemberi pinjam lain untuk meraih RM2 bil itu.

Kenapa 1MDB tidak cari sendiri ? 

Adakah ini satu soalan bodoh ? Mungkin juga .... bagi pro 1MDB, pastinya akan anggap soalan itu satu soalan bodoh, makanya mereka langsung tidak bertanya kenapa perlu 1MDB gunakan khidmat Tanjong untuk dapatkan RM2 bil itu.

Tanjong tolong free jer, takde sebarang syarat atau upah apapun. Mulianya hati bos Tanjong, kan .....

Satu lagi soalan bodoh yang tidak mungkin akan ditanya oleh pro 1MDB adalah - Kenapa tidak gunakan duit yang ada di BSI Bank Limited Singapore ? Bukankah 'kita' ada USD1.103 bil atau (x3.65) bersamaan RM4.025 bil di sana ?

Ya, kita diberitahu wang itu sengaja disimpan dalam USD di luarnegara kerana mahu digunakan buat bayar pinjaman luar yang menggunakan USD, selain dari peraturan Bank Negara yang menyusahkan. 

TAPI, RM2 bil hanya SETENGAH saja dari jumlah yang ada di Singapura. Kenapa tidak bayar hutang RM2 bil itu menggunakan SETENGAH dari duit 'kita' yang disimpan di Singapura itu ? Masih ada baki RM2 bil lagi yang boleh digunakan buat bayar pinjaman luar itu.

Tak ke pelik ...... kita buat pinjaman kemudian kita simpan sebahagian besar duit yang kita ada untuk bayar ansuran pinjaman itu ? Tujuan kita pinjam adalah untuk beranakkan duit itu ( melabur ) bukannya untuk disimpan dalam simpanan tetap bagi tujuan bayar ansuran ! 

Tak boleh usik walaupun ada hutang lain yang dah tertunggak beberapa kali.

Tak boleh usik walaupun terpaksa mengemis dengan pihak lain untuk bayar hutang RM2 bil itu...

Tak boleh usik walaupun terpaksa berdepan dengan reputasi buruk baik kepada 1MDB mahupun kerajaan akibat kegagalan bayar hutang RM2 bil ikut tempoh asal.....

Tak boleh usik walaupun terpaksa minta bantuan pihak Tanjong untuk dapatkan pinjaman lain untuk bayar RM2 bil 

Tak boleh usik walaupun terpaksa bayar interest baru ( yang berapa % pula dan dengan siapa entah ) untuk dapatkan RM2 bil itu

MASUK AKAL KAH ?

Hanya kerana tidak mahu usik SETENGAH saja dari dana yang ada di Singapura, kerajaan dan 1MDB sanggup berdepan semua masalah itu ?


Lainlah kalau dana itu sebenarnya ........

PS- Tapi pro 1MDB tidak kisah pun, bagi mereka semua itu persoalan bodoh yang tidak perlu ditanya. 

PS2 - Kalau RM2 bil itu didapati dengan mudah, mungkin kita boleh terima alasan kenapa tidak boleh diusik duit di Singapura itu. Tapi kita semua sedia maklum betapa payahnya 1MDB nak bayar hutang itu .... tertunggak 2-3 kali, dan terpaksa berdepan dengan pelbagai persepsi negatif didalam dan diluar negara, berdepan dengan kesan negatif politik hingga terpaksa dikerah Ketua Bahagian supaya menjunjung placard, dan last sekali terpaksa mengemis pihak lain untuk dapatkan pinjaman RM2 bil dan bayar interest baru....... padahal kita ada RM4 bil di Singapura !

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2015 at 5:12 PM

betul jugak tu.. x terpikir pulak yg sebenarnya senang je nak selesai masalah tu. Lainlah kalau dana itu sebenarnya ........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2015 at 5:40 PM

Sebenarnya dah takde.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2015 at 8:26 PM

EXPLAINING AWAY THE TRUTH
It is no good at all
to conjure all sorts of reasons
to explain away truth:

One could subscribe to truth
only when one has self-respect in the first place;

When a man tells untruths,
he has no respect for himself
and little would he do better for others
except for his own gain;

And when a man tells lies,
he has a tendency to forget:

With one lie after the other,
eventually he would be caught
in his own tangled web:

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2015 at 8:58 PM

Susah juga nak menerima hakikat yang kamu kamu semua sudah di tipu hidup hidup oleh 1MDB. Sebab itu lah berpusing pusing "mencari" jawapan, sedang kan jawapan sudah ada didepan mata !!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 12:07 AM

salam,
bukan senang nak dapat gelaran bangang bro, terutama daripada clueless. istilah itu menunjukkan betapa pro ah jib gor akan mempertahankan 1mdb selagi hayat dibayar dan masyukkkkk. mereka tak mampu untuk menjadi kritis apabila isu menyentuh big boss. apa yang perlu ialah tembak pemberi mesej, bukan jawab. biarpun 1mdb dah beri jawapan, tetapi jawapan itu kurang uummph berbanding persoalan dan isu yang dikemukan. tindakan 1mdb ini mengingatkan kisah seorang rakan yang tak mahu mengeluarkan simpanannya dan sanggup berhutang untuk bayar hutang dan berbelanja bagi memastikan simpanannya bertambah banyak. masa tu terfikir kawan ni kedekut dan jadi hamba duit. rupa-rupanya strategi perniagaan tahap rm billion bro. mungkin simpanan tu dapat faedah lebih banyak berbanding pinjaman 5 bulan dan interest 6 bulan. kalu sangkut tak boleh bayar camna yer. bila pulak 1mdb kena bayar lagi 2 billion daripada hutang 45 billion tu tambah pulak 2 billion yang digunakan untuk bayar hutang 2 billion. nak bayar 2 billion pun sangkut berbulan, baki lebih 40 billion tu camna yer, tapi tak mengapa la kerajaan dan kasi soft loan lebih 900 juta. nak buat apa duit tu yer? duit 2 billion kat singapura tak boleh bawa masuk, so tak boleh guna, kerajaan kasi pulak lebih 900 juta pinjaman. fuhh best gitu. bro din, carik satu projek makan billion-billion kontrak sama kerajaan. kertas kerja dah cukup, kasi power lebih, angkat menteri kewangan sebagai pengerusi, boleh bikin duit mudah bro. jangan lupa letak satu kat depan projek tu bro.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 8:10 AM

Nk tahu lh siapa mastermind dlm kes ni yg sgt xcerdik
bg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 10:14 AM

Anon 8.26

Penyataan ada sangat sesuai untuk najib. Kan dah berbelit belit (caught in own tangled web)....hihihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 10:23 AM

Bro din.... Tu pasal la gst tetap kena 'on' April ni. Bayangkan pengguna astro ada yang dah dapat bill tarikh 15 Mac hinggab15 April dah kena caj 6%. Sepatutnya dia caj 3%. Kata la nak caj jugak 6% sebab nt lebihan kerajaan akan bayar ke astro... Soalnya astro akan bayar balik tak kepada pengguna yang dah terlebih caj tu...walaupun penuh dengan kelemahan masih tetap nak on jugak gst.... Sebab nak Cari duit bayar hutang... Tiada alasan lain....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 10:44 AM

Bro tukang tnya dh ramai.kmi nk jwpn bukn soalan. Bro tmbh tnya je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 10:45 AM

Kalau polis dn ag dh forensic nnti mahu ke terima jwpn? Atau tmbh tanya lgi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 10:47 AM

Hutang negara brtambah sb syt cina buat loan kt oberseas. Tnya la nape beli tanah dn asset kalu tk ada duit. Tnya la bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2015 at 12:47 PM

Anon 10.45

Kalau semua pihak yang diamanahkan membuat siasatan menyeluruh termasuk soalan2 yang diutarakan "without fear of favour", saya adalah orang pertama yang akan terima dan akur. Sebaliknya, jika mana2 yang tak disiasat dan tidak dijelaskan, saya masih akan nanti sehingga semuanya terjawab.

....................
Reply To This Comment ...................
azmi kb
March 30, 2015 at 11:44 AM

Diorang talk round about la din..

Kalu kat kampung saya, ada round about dah dihapuskan. ganti trefik lite..

Post a Comment