........... 1MDB - Jika Mahu Sokongan Rakyat, Maka Berterusteranglah Dengan Rakyat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Jika Mahu Sokongan Rakyat, Maka Berterusteranglah Dengan Rakyat

Monday, March 16, 201512comments


Peeeergh ! Tun Mahathir ngan Najib duduk bersebelahan, berborak mesra .... Mana ada gaduh ? Siapa kata mereka berdua bertelagah ? Mana ada ? ?

Hahahahaha ...... lawak beb. Punyalah nak tunjukkan yang mereka berdua baik2 je ..... Rosmah mana ek ?  Kesian kat Tun Hasmah, takde kawan.

Apa punya standard la psy-war diorang ni ? Macam budak2 pun ada.

Apakah Tun ada masalah peribadi dengan Najib ? Saya rasa tidak ada. Tun hanya bermasalah dengan PM Najib je, bukan dengan Najib.  

Habis tu, kalau tak puas hati dengan PM, kenalah tunjuk muka masam ? Tak bertegur sapa ? Bermusuh ?

Apakah jika Tun Mahathir mahu jawatan PM digantikan dengan orang lain maka Tun tidak boleh nak bersama bersembang dengan Najib ? 

Hehehehe ..... ia hanya menunjukkan sikap orang Najib sendiri. Maksud saya, jika mereka lah ditempat Tun, mungkin itu cara mereka, yakni bermasam muka, tidak bertegur .... Jadi bila Tun tidak menunjukkan sikap yang sama, mereka terkejut. Sebab dalam kepala mereka, perbuatan Tun tidak tercapai dek akal.

Tun professional ok. Semua luahan ketidakpuasanhati Tun terhadap cara Najib memerintah adalah peringkat professional bukannya bersifat peribadi. Begitu juga yang ditunjukkan oleh Tun semasa bertelagah dengan PakLah. Tidak ada masalah nak bertemu, berborak, bergurau ....  

Apakah dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Tun dan Najib maka segala persoalan yang Tun timbulkan mengenai 1MDB terhapus sama sekali ?

Last saya cek, artikel itu masih ada di di Chedet - KLiK. Gelak, gelak juga tapi Jawab tetap jawab !

So ..... apakah team Najib sudah siapkan jawapan kepada persoalan2 1MDB seperti yang Tun tulis tu ? Atau sibuk pecah kepala buat research mencari semula segala kesilapan masa lampau Tun masa jadi PM selama 22 tahun ?

Hahahaha ...... apa punya standard la..... Yang membantu Dap adalah mereka ini ! Menambahkan peluru buat hentam musuh utama Dap.

Ungkit pun ungkit lah ..... tapi isu2 1MDB jangan lupa carikan jawapan juga. Sebab isu2 1MDB adalah Real time, Masih berjalan dan Sedang dipantau rakyat. 

Two wrongs make it right ? Apakah kesalahan Tun dulu membenarkan kesalahan Najib sekarang ? 

Apa yang Tun ungkit adalah mengenai cara pentadbiran orang yang MASIH berkuasa. Bermakna menegur supaya berubah sebab masa masih ada untuk ubah. Jika tak nak ubah juga, berundurlah.

Tun bukan bersuara atas kapasiti dirinya sendiri tapi Tun mewakili suara rakyat.

Jalan terbaik adalah dengan menjawab segala persoalan 1MDB. Senang dan mudah, kan .... kan ?

Atau MO orang Najib sekarang adalah untuk menutup mulut pengkritik bukannya menjawab kritikan ?

Saya nak cadangkan agar orang Najib dan 1MDB mulakan dengan mentransparensikan 1MDB. Senaraikan segala hutang2 1MDB, tarikh2 pembayaran dan cara mana 1MDB rancang hendak bayar. 

Takdelah rakyat terkejut sekali lagi jika berlaku lagi Dawn Raid macam kes RM950 Juta Standby Kredit baru ni. Apapun namanya - Standby kredit ke, Stand By Me ke, Stand Alone ke ... ia tetap satu bail out menggunakan duit rakyat. Bukan kecik anak tuh... hampir RM1 Billion !

Jangan lupa senaraikan juga segala aset2 1MDB dan mana2 yang dirancang mahu dijual ( dalam apajua bentuk nama transaksi ) bagi membayar hutang2.

Jika mahu sokongan rakyat, maka berterus teranglah dengan rakyat. Susah sangat ke nak faham benda yang simple macam ni ?

PS - Persoalan as per Chedet ..... Jawab tetap Jawab ! Oya, mungkin ada yang nak komen - kita tunggu je hasil siasatan audit bla bla.... Masalahnya, dalam menunggu hasil siasatan yang mungkin ambil masa yang panjang, apakah kerajaan juga mahu menunggu sama sebelum inject duit lagi ? Berapa billion lagi nak kena inject sebelum hasil laporan siap ?

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 1:45 PM

Konsultan tgh brainstorm mgkn paki mh370 sbg kes study utk list down actionable item utk handle 1MDB 'public relation' issue. Kotak hitam nampaknya dah habis bateri! Screw up BIG TIME! Yg berhormat2 yg dah declare 'solidariti' mesti sanggup bayar hutang sekali? Just shy of treason ...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 2:26 PM

Penjelasan yg betul tapi tak ikut kehendak org yg btanya. Salah juga. Utk kepuasan dapatkan jawapan sendiri. Ok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 3:23 PM

Aku peratikan banyak gak blog yang Pro-Najib menayangkan gambar mesra antara Tun M dan Najib. Kononnya bagi membuktikan bahawa Tun M sudah mengisytiharkan gencatan senjata. Kira tiada konflik antara Tun M ngan Najib. Senang citer 1MDB dah setel dan terjawab. Takde apa yang nak diungkitkan lagi. Tergelak aku dibuatnya.

Agaknya bloggers pro-Najib ingat Tun M ni sama macam ketua2 bahagian yang bersoladiriti dan memakai baju merah. Buat perjumpaan ngan Najib untuk tunjukkan sokongan. Pastu terus declare yang 1MDB tiada unsur penyelewangan walaupun Jabatan Audit dan SPRM belum memulakan siasatan.

Itulah peliknya diaorang ni, bergambar mesra pun boleh dipolitikkan. Agaknya kalau Najib bergambar bersama Anwar adakah boleh diandaikan bahawa Najib bersetuju dgn Anwar ? Sekeping gambar tidak boleh membuktikan apa-apa selagi persoalan utama tidak berjawab. 1MDB tetap di bawah tanggungjawab Najib dan Najib tak boleh berlepas tangan macam tu ajer. Jika daripada hasil siasatan dapat dikesan adanya penyelewengan, kita nak tau gak siapa dalangnya dan dalang itu mesti diheret ke muka pengadilan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 4:38 PM

Betul kata anon 2:26. penjelasan dah ada...tapi penanya nak gomen jawab macam yg dia hendak...umpama hendak memaksa orang mengatakan jagung itu hijau...bukannya berwarna kuning... sebab penanya melihat buah jagung...tetapi penjawab menceritakan warna isi jagung. Tapu kalau nak di halusi...kalau direbuh buah jagung tu.... dari kulit sampai kedalam..warna jagung adalah KUNING...- WAKABI

p/s : kenapa Islam melarang umatnya mengadu domba....kerana ianya bisa menghancurkan sebuah kenyataan. Dan menghidupkan sebuah persepsi.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2015 at 5:40 PM

@AnonymousTanya hal 1MDB disamakan dengan mengadu domba ? ? ?

Patutlah Najib boleh tersenyum lebar punya penyokong yang taksub

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2015 at 7:30 PM

Salam,

bila baca blog yang pro ah jib gor jawab tdm dan memburukkan tdm, maka betul la apa yang bro din cakapkan. memang macam budak kecil dan tak matang. orang yang tanya tak pertikai keuntungan tu, tapi tak jelas mamlumat. labur 2 billion tak jadi, tapi diberi pinjam 700j. kemudian dah bayar bersama dengan keuntungan. duit tu buat bayar hutang. duit lain pi mana, yang tu yg orang tanya, bayar hutang kat sapa pulak? banyak lagi la persoalan.

ada blog tulis tdm kata b kalah pasal isu 1mdb, dap kata pakatan kalah pasal isu hudud. tu pun nak spin. dap memang la hilang undi tang cina, mungkin la, tapi isu lain pun ada juga. bn pulak banyak isu selain 1mdb, tu semua buat kurang undi. jika menang dengan undi sikit, kira macam kalah la. buat pakatan pulak, kalu menang dengan satu undi pun dah kira menang besar. tapi kita dok gelak dan tepuk tangan lagi kat ah jib gor. pi la tanya kat kedai kopi tahap tak ada bintang, ramai ke yang puas hati dengan kerajaan bn dengan brim, krim, klim, slim dan im im im tu semua.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2015 at 8:46 PM

@Anonymoussebelum ni ada saya katakan yang ahjibgor dan penyokongnya tidak berpijak dibumi, tidak selami perasaan rakyat. Kemudian perasan apa yang mereka lakukan itu sudah berjaya mengubah persepsi rakyat. Syok sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 3:14 AM

Tuan Din.... Bukan 1mdbjadi persoalan...yg jadi persoalan... Bertanya tadi, nakkan jawaban hari ni, nak tuduh kerajaan tak menjawab baru sekejap ni. Maksud saya baru sahaja bertanya, belum sempat nak dijawab dah kata kerajaan tak mampu menjawab. Kenapa jadi begitu? Kerana ramai tukang acu test dan golongan yg rasa solan tu aku dah ada jawabannya....kerajaan bodoh. Contoh mudah beginilah... Dalam satu keluarga si ayah bertanya...kenapa along beli nasi lemak ni...kan ayah dah beli lauk untuk makan tengahari... Ketika tu si along tiada di situ... Datang si angah mencelah...entah along ni...membazir aja. Ni dah beli nasi lemak sapa plak yang nak makan lauk tengahari ni nanti. Bodoh betul along ni kan ayah...ayah pun panas hati dan menunggu nak sabo along.... Cerita sebenar mungkin...ketika ayah keluar kepasar ngan ibu.... Si adik bongsu kesayangan keluarga mengadu lapar dan ingin bersarapan pagi. Maka si along pun keluar membeli nasi lemak dengan beranggapan jikapun ayah dan ibu pulang...tentuya sudah agak lewat..dan berapa lama pula nak tunggu lauk masak tengahari siap di masak....DALAM CERITA NI SIAPA SI PENGADU DOMBA⁉ ...JAWAB SAYA. Tidak lah boleh si angah berkata tak apa ayah kita tunggu ..tanya along nanti. - WAKABI

P/s: Din hidup ini behikmah dan berhemah. Biar bijak jadi manusia... Jangan pandai macam lembu... Lembu mmg pandai balik kekandang bila habis makan waktu petang. Kaji sejarah dan maksud kalam... Apa maksud mengadu domba... Justeru saya katakan 1MDb satu isu..namun adu domba juga adalah antara isunya. Ramaikan?????

....................
Reply To This Comment ...................
March 17, 2015 at 3:55 AM

@Anonymousbaru saja bertanya ya ?
ya, hidup ini jangan jadi mcm lembu yang dicucuk hidung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 9:14 AM

Mengambil masa untuk menjawab memungkinkan:
1. Tak de jawapan
2. Ada isu
3. Nak cover line
4. Kebenaran adalah kesalahan yg nyata
5. Sebelum ini tak terfikir boleh jadi macam ni
6. Memang tengah krisis & proses pembetulan masih samar
7. Kesemua di atas...
7.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2015 at 5:22 PM

Sebab tu pengadu domba jangan di beri peluang berperanan... Mahathir yang tanya...biarlah dia sendiri tentukan timeframenya.... mahathir tanya pukul 3.30... pukul 3.35 dah ada kata Najib terperangkap tak leh jawab.. jam 3.40..ada lagi menyusul..aper cerita..kenapa najib diam? fuhhhh hebat... tun dulu masa nak jawb isu kenapa pecat Anwar pun ambil masa beberapa hari sebelum memaklumkan secara tuntas kepada rakyat..sebab sebelumnya dia dah bagi alasan awal.
Macamnilah...terimalah hakikat kita ni terlalu ramai yg bijak ... tapi takkanlah tak sedar kita ni bobrok sikap dengan menjadi pengadu domba.

p/s : lembu sungguhpun dicucuk hidung takkan hendak balik kekandang kalau waktu makan nya belum habis.... paksalah macamanapun kecuali di sebat bontotnya. nak faham cerita... bukan cucuk hidung yang tentukan dia kenyang atau lapar.
'si kerbau pendek' tak dicucuk pun hidungnya dan tak disuruh pun ikut arahan...tapi menyondol tak peduli apa...sampai tai sendiri pun di kata pembuka selera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2015 at 2:14 PM

Wah,looks like you have got one resident PMO agent in here lah Cik Din.haha
Dear Anony at (2.26, 3.14, 4.38,5.22)
Were you paid hourly? :)
You need to know that what you try to do/ explain/defend etc is actually showcasing your level of intelligence and maturity ( which in case you don't realize is lacking in the extreme). You are not helping Najib et.al at all.
The questions posed by Tun Dr Mahathir are very simple and straight forward. We are living in the 21st century, all documents/ info is at our fingertips. Don not tell me that Najib and co need a very long time to find/ dig for the answers in Timbuktu or Vanuatu. Haiyaaa..

Post a Comment