........... 1MDB - Bukan Bubarlah Tapi .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Bukan Bubarlah Tapi ....

Friday, March 6, 20158comments

Mula2 sekali saya nak tanya paper dan portal yang pro kerajaan, kenapa anda tidak siarkan perkembangan terkini mengenai 1MDB ? Kenapa tidak proaktif dan berusaha dapatkan maklumat dari 1MDB dan Kementerian Kewangan supaya rakyat dapat maklumat yang sebenar ? Tidaklah portal seperti TMI dan Mkini terus menjadi rujukan ....

OK, semalam Reuters mengejutkan kita dengan dakwaan 1MDB bakal dibubarkan ( KLiK ). Hari ini 1MDB jawab melalui portal pro pembangkang - 


"Dalam kajian strategik kami, kami melahirkan tujuan supaya TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia diuruskan sebagai entiti tersendiri dengan struktur pentadbiran bebas dan dipertanggungjawabkan dengan operasi dan kewangan sendiri, seperti Edra Energy,"
.
Huh ? 


Laporan Reuters sebelum ini memetik sumber yang arif dengan syarikat dilanda kontroversi itu menyebut, 1MDB akan menjual 80% daripada Edra Energy melalui penyenaraian pasaran saham.


Sumber itu turut memberitahu, lebih RM18 bilion hutang 1MDB yang dikaitkan dengan aset tenaganya akan disalur kepada Edra Energy sebelum penyenaraian yang dijadualkan bermula dalam masa 6-9 bulan.


Edra Energy akan "ditukarkan kepada wang" pada 2015 sebelum projek TRX dan Bandar Malaysia akhirnya dimiliki Kementerian Kewangan.


... jurucakap 1MDB memberitahu Kinibiz, di samping perubahan kepada Edra Energy, TRX dan Bandar Malaysia boleh menjual hak pembangunan tanah atau mengadakan usaha sama dengan syarikat kerajaan mahupun swasta yang mempunyai kepakaran pembangunan serta ekuiti dalam membiayai sesuatu projek.

Tapi bukankah kabinet telah menzahirkan kenyakinan yang tinggi terhadap 1MDB ? Apa perlunya semua 'pusing-pusing' di atas kalau 1MDB tidak punya masalah kewangan, tidak punya masalah nak bayar hutang sebab ASET MELEBIHI HUTANG ?

Apakah Ketua Audit Negara sempat nak kaji akaun 1MDB sebelum semua pusing2 di atas berlaku ? Sempatkah hasil kajian itu sempat diteliti oleh PAC pula ? By the time semua kajian itu dimuktamadkan dan kita diberitahu kedudukan sebenar 1MDB, apakah 1MDB masih wujud ?

Teringat saya lapuran khas Utusan 3 minggu lalu -

Utusan 15/2
Kenapa tidak 1MDB adakan sidang akhbar bagi membentangkan pelannya sepertimana konglomerat2 BIASA yang lain ..... jadi mesra media ? Kenapa 1MDB hanya bersuara SETELAH spekulasi tersebar oleh portal antarabangsa ? Bukan sekali berlaku begini ...

Siapa sumber maklumat dipihak 1MDB yang SERING membocorkan rahsia peringkat tertinggi 1MDB kepada media luar itu ? Bukan sekali berlaku ...... 

Bila sering berlaku kebocoran sebegitu untuk sekian lama, saya jadi tertanya ..... adakah kebocoran itu SENGAJA dilakukan ? 

Game apakah ini ....

PS - Apakah Kementerian Kewangan tahu semua ini ?

TMI

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 6, 2015 at 3:25 PM

Apa yang aku fahamlah bukan dibubarkan (langsung padam) tapi macam diserapkan ke MOF...so duit rakyat juga yang menanggung segala sampah sarap dalam 1MDB... Makin lama makin berbelit bila semua orang nak bercakap... Lagi tambah haru agaknya kalau semua Ketua Bahagian UMNO bercakap...hehehehee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2015 at 4:01 PM

Pihak Auditor General sedang menyiasat akaun 1MDB dan di jangka siap sepenuhnya selepas PRU14.

Shh,,Ini tektik tutup mulut orang dari bertanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2015 at 4:33 PM

benda ni tak susah senang je orang yang tak pegi u pun faham. kita ada asset tapi tak de duit asset kita mahal jadi dengan geran asset tu kita melabur pinjam duit orang tapi kita masuk skim cepat kaya nak untung cepat macam pak man telo dulu. kita baru nak rasa untung dapat bayaran pertama ada lah dua ekor melayu dan cina tengok kata oi aku nak join boleh tak. kita kata tak boleh sal kita pun belum dapat untung lagi, melayu cina 2 ekor tu marah dia pun buat cerita itu skim MLM siapa simpan boleh rugi buat cerita macam2 jaje seluruh dunia sedangkan orang lain pun buat. berbuih lah kita terang kat orang, tapi orang lebih percaya melayu cina 2 ekok ni. last orang kata dah stop kat sini tak leh melabur sal kecoh sangat. nak jaga suma orang kita kata tak pe la kita stop tapi kita dah buat pinjaman ni last kita jual je la asset tadi. jadi kerana cina melayu 2 ekok tu kita rugi. cina melayu 2 ekok tu seronok. kita geram tuduh mcm2 kita pun saman lebih kurang cam tu. last last kita jadi pak pandir ayam menang tapi kampung tergadai padan muka aku.

....................
Reply To This Comment ...................
March 6, 2015 at 4:45 PM

Aku ni DT bila sebut reuters, malaysia kini dan saudara sepupu kincan nya, aku dah dapat agat hantu-hantu bergentayangan suka mengilai... cuba fikir secara tepat. Bagaimana info ini, jika benar, boleh sahaja mereka dapat mendahului portal-portal tempatan ? Hanturaya mana masih syiok dan bebas memanipulasi di belakang pengetahuan pihak-pihak yang serius dengan "cara" 1MDB menjalankan "urus-hutang-untung-niaga" (terma baru ekonomi aku ni) yang karakter utama penendang gol, budak dari Penang tu... Tun M pun masih sesak nafas niiih. Ok la, 8hb ini - yang bergayut, yang menyimpai, yang menibai( TIBAI Perkasa sudah di mansuhkan) dan yang "sonyap je macam tikuih jatuh ateh bogheh, bako jer ! No more jokers in UMNO - then only you talk about real - SO LI DA RI TI !

1MDB :- Sapo lah suko sangat koncing mengoncing niiih.... tak kan kita redho mahu meminjam dengan IMF lak ? Cerita 1001 malam di cipta untuk memesongkan akidah Umat Islam. 1MDB di cipta demi jadi pemangkin Malaysia merealisasi negara maju 2020 dan seterus nya demi keamanan kesejahteraan rakyat semakin celik ilmu menatang cabaran globalisasi. Sedih lah jika di "dongengkan" juga...

PM Najib, berikan lah satu perjuangan demi Negara, Bangsa, Agama dan Rakyat Malaysia ! Lenyapkan semua yang bergentayangan ini yang melemahkan Kuasa-Kuasa Melayu dengan keinginan besar memiliki Malaysia...

....................
Reply To This Comment ...................
March 6, 2015 at 4:51 PM

@Anonymousmacamana versi ni pulak -

ada sekumpulan mamat nak buat duit tapi takde aset, takde duit, abuk pun takdak. Jadi mereka buat rancangan putar alam dan gunakan pengaruh politik untuk dapatkan aset murah, dan gunakan nama kerajaan untuk dapatkan pinjaman billion2.

sebab niat tak betul, mulalah masalah timbul tapi nak cover line, mereka gunakanlah balaci2 yang sememangnya akan ikut saja arahan tanpa banyak soal untuk tolong coverline.

Sekarang bila dah terbelit, mulalah nak cari jalan lepaskan diri tapi tak mahu orang tahu dosa mereka. Mulalah balaci2 tadi dikerah semula untuk clearkan jalan.

Tapi Allah lebih tahu dan rakyat bersyukur bila akhirnya kebenaran terserlah .... biar berbelit lidah mereka serta para balaci semua.

Versi mana anda suka ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2015 at 5:59 PM

Kalau org yg biasa dgn penstrukturan semula peniagaan dan syarikat semuanya dah faham dgn apa yg di maksudkan,hanya yg otak dungu dan busuk hati je tak faham.Yg jenis ni suka sangat kalau 1MDB lungkup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2015 at 7:45 PM

laki umie aida apa cerita? laporan polis tu betui la ada salah tadbir

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2015 at 7:51 PM

Anon 5.59 PM

Its not a question of kind of people who would love to see 1MDB go bust....its the issue of lack of transparency and culmination of greed, corrupt, irresponsible etc.

I would like to ask you, would you a prefer to see 1MDB leaving billion dollar debts to our generations?????

Post a Comment