........... 1MDB - BOM Dari Tun Mahathir ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - BOM Dari Tun Mahathir !

Friday, March 13, 201546comments


Nah, senarai persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan dan pihak 1MDB mengenai isu 1MDB hasil kompilasi Tun Mahathir ! Padat dan penting untuk difahami oleh Najib dan Ketua2 Bahagian sekiranya mahu turun ke akar umbi bagi memberi penjelasan.

Sekiranya tidak ada jawapan kepada persoalan2 di bawah, lebih baik jangan turun ! Kerana apa yang disenaraikan di Chedet ini adalah PERSOALAN RAKYAT mengenai 1MDB. 

Tak boleh edit sebab semuanya penting. Semuanya pernah kita bincangkan tapi cara Tun menulis kompilasi itu begitu ..... mudah difahami.

Menarik bila Tun Mahathir juga minat dengan isu harta kekayaan yang dimiliki oleh anak Rosmah.

Kesimpulannya, isu 1MDB ini jika tidak ditangani dengan baik bakal menjadi katalis kepada kejatuhan Umno. Jangan pandang rendah atau memperlekehkan isu 1MDB.

Jawab jangan tak jawab ! 

PS - Sebenarnya Tun tidak ada info baru sekadar mengumpulkan segala persoalan mengenai 1MDB yang perlu dijawab. Tapi kompilasi ini saya umpamakan sebagai bom kerana saya rasa ramai yang akan tersedak bila baca. Pasti PANAZZZZZZ...

1MDB

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti. 

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.


4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana? 

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah? 

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

Share this article :

+ comments + 46 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 3:30 PM

Cik din
Ank2 lelaki TDM pon ada yg jdi ushawan.
Ank lelaki bekas PM Maysia TDM pon jutawan.
Ank TDM guna kete porche yg brhrga juta2
Mana Ank TDM dpt modal bejuta2 utk mulakan perniagaan?????

Wawa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 3:30 PM

Din, ni bukan bom biasa Din. Ni bom nuklear punye. Memang dahsyatlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 3:32 PM

Kalu BN kalah nanti, apa yang akan menghalang PR untuk membuka buku lama dan mengejar semula kes 1MDB ni?
Pusing2 nanti kena jugak balik.
UMNO mesti settlekan kes 1MDB ni.
Yang merompak MESTI dibawa ke muka pengadilan sekarang.
kalau tak buat sekarang, lepas PRU PR akan ungkitkan juga.
Hanya keran nila setitik, habis susu sebelanga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 3:32 PM

1. Saya sangat tertarik dengan tulisan TDM dalam blognya tentang 1MDB.

2. Melihat how thorough TDM questioned around the investment company, I cannot help but believe what my friend had confided in me that TDM "has the documents" that could put najib and the conduits blown to pieces.

3. I personally believe TDM has the answers. Do you think he does not "talk" to muhyiddin? The final countdown for najib is inevitable.

4. I like the last para where TDM warned that umno votes alone will not put umno to finishing line. I totally agree.....sabah and sarawak BN will be appreciated by umno......Dont be arrogant Umno.....all of you are committing harakiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 3:47 PM

Salam saudara Din blog chedet tk boleh ka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 3:49 PM

Tunggu jawapan dari najib... saya boleh agak najib tak akan berani jawab secara bersemuka dengan reporter.. dia ade telur bila berhadapan dengan Ketua Bahagian UMNO sahaja.. itupun dibuat secara tertutup.

Yang tukang jawab nanti Datuk Husni, Menteri CGPA 3.85, arul innadey ditambah dengan penjilat tegar ketua bahagian UMNO.. najib cuma bersembunyi di belakang kenyataan rasmi PMO..bro din, bila saya baca "nuclear warhead" dari TDM ni, saya terpikir apa sebenarnya 1MDB ni? Syarikat yang di setup untuk mencuri duit negara ke?

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 3:55 PM

@daniaya, kita minta siasat jugalah jika ada benda2 pelik

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 3:57 PM

@Anonymoustak boleh buka? Jem sebab ramai sangat kot. Sebab tu saya copy paste sepenuhnya disini.Harap blogger lain pun buat sama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:11 PM

Kita dengar hujah rocky: something is fishy when an outlet such as SARAWAK REPORT is considered reliable (bekaitan 1mdb).
Kita dengar hujah salahuddin: the news published (bekaitan 1mdb) are unconfirmed. Will only report on official news.
Kita dengar hujah zakhir: evil conspirators from the opposition drumming up the issue to paint a bad picture on the government.

$$$$$$$$$$$$$$$

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:12 PM

dah kena BLOCK ke?

Orang yg berjasa sudah menjadi MUSUH negara pula?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:14 PM

Bro Din blog che det mmg x boleh masuk.. saya try guna proxy pun xboleh jugak.. "failed to connect to chedet.cc"..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:18 PM

din,

terus down http://chedet.cc/, tak boleh capai dari london ni. LOL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:23 PM

salam,
bro din, ini adalah perniagaan zaman sekarang. hanya main atas angin sahaja. perniagaan dan kerja sekarang mesti smart dan bukan hard. work hard itu zaman tdm. tdm work hard tapi tapi tak smart macam ah jib gor. work smart maknanya orang lain buat kerja untuk kita sambil kita pantau dengan cara berlibur. cara work smart pm ah jib gor ialah upah konsultan dan biarkan punahsihat buat kerja dan lakukan semua tugas pm. pm hanya pantau cara smart. kasi idea sikit yang lain baca teks ucapan sahaja.

zaman sekarang pm kena turun padang. nak harap ketua bahagian, mampus umno. ketua bahagian buat kerja untuk poket sendiri jer. tu pasal dapat baju merah, jual habis bangsa, agama dan negara. ramai yang dok petikai cgpa 3.8 menteri dan yang kurang cgpa mereka. mereka ni juga ketua bahagian. so, tang mana ketua bahagian ambil tau hal rakyat dan tolong tanya kat ah jib gor. tsmy cakap lain sikit bunyi daripada ah jib gor pun dah gelabah habis beruk-beruk pakat buat statement lagi hancur.

bagi saya, selagi tdm, akj, apanama, dan ostb tulis hal 1mdb ianya bermasalah. bila menjawab, mesti timbul persoalan atas jawapan tersebut. jawapan bukan macam jawab peksa atau objektif. jawapan akan menimbulkan persoalan. tak perlu buka rahsia syarikat. cukup hanya sekumpulan kecil yang mendapat penjelasan dan memuaskan hati. hanya blogger ini sahaja yang faham dan bukannya blogger penyokong yang hanya terima bulat-bulat penjelasan tanpa memahami. walaupun ada blogger yang tolong kasi pencerahan, tapi input yang diberikan hanya umum tanpa fakta dan jawapan kepada fakta tersebut, setakat maklum bahawa hak riza aziz untuk beli rumah mahal, dan duit dia, maka persoalan sama juga timbul pada betty guan eng. so, nak kutuk guan eng pun tak boleh lebih pasal serupa ajer. km dan pm serupa jer. yg besar lagi lebih la beb. yang beragama islam lagi nampak berat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:26 PM

It is imperative that a direct appeal by the following individuals could result in najib descending his throne graciously

1. TS Muhyiddin....DPM, leader
2. Tun Mahathir...ex premier
3. Tun Daim...ex fin minister
4. Prof Ungku Aziz
5. TS Aziz ...former MAS MD
6. Tun Abdul Hamid...former CJ
7. Tun Hanif...former IGP
8. D Kadir Jasin...sen journalist
9. D Zainuddin Maidin...sen journalist
10. a good secretary who would do the recording

Mission.....

1. Meeting najib once and for all.
2. Discuss all issues viz umno and the road ahead
3. Lay cards on the table
4. Two way communication

Do not wait for pru 14.....umno is going to lose and someone new has to lead.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 13, 2015 at 4:36 PM

Najib dah tak boleh lari kemana-mana lagi dah. Bila TDM bersuara, bukan rakyat negara ni saja (pro dan anti kerajaan, termasuk yang berada di atas pagar) yang mendengar, seluruh dunia akan ambil perhatian. Kalau rasa diri tak bersalah, kena lah cepat-cepat jawab semua persoalan.

Warong-warong kat kawasan kampong aku dan sekitarnya sekarang tengah hangat bercerita tentang Najib akan dijatuhkan selepas majlis perkahwinan anaknya. Semuanya atas isu 1MDB, GST dan Rosmah. Tak ada pula yang berterima kasih walaupun dah dapat duit BR1M. Semuga ALLAH perkenankan permintaan politikus kampongan ini. (Walau pun status kampungan, undi mereka sama banyak dengan yang hebat-hebat di bandar. Setiap orang berhak buat satu undi.)

p.s : Teringat zaman muda-muda dulu sewaktu berada diluar negara. Di Britain, sebut nama TDM, mat saleh kenal kerana dasar "Buy British Last". Di Jepun, petani sawah padi pon cukup hormat TDM sampaikan aku yang tersesat jalan dihantar pulang dengan selamat hanya kerana aku ada pemimpin yang sangat mereka sanjung. Semuga ALLAH melimpahkan rahmat Nya keatas Tun dan keluarga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:41 PM

Ah Jib Gor main tikam-tikam dengan rakannya Ah JhoLow guna billion duit siapa ya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:45 PM

Dr. Mahathir is full of bullshit. Dr. M ni bukannye ade financial background.

1. "Any suggestions of wrongdoing in the online allegations about the partnership are simply false. All the capital invested by 1MDB has been returned -- with profits," an unnamed PetroSaudi spokesperson was quoted as saying in a statement released here Friday. - http://www.bernama.com/bernama/v8/bu/newsbusiness.php?id=1116632

2. ARUL KANDA : Saya adalah orang Malaysia, lahir di Kuala Lumpur dan menghabiskan zaman kanak-kanak di Kelantan dan Sitiawan, Perak. Di UK juga, saya memeluk Islam pada 2004 sebelum mendirikan rumahtangga dengan isteri saya, seorang wanita Melayu, Shariza Mohd. Ashraf. - http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/1mdb-miliki-kredibiliti-teguh-8211-arul-1.59957

3. "Tiada siapa mahu datang bertanya terus kepada kami, walaupun kami membuka pintu untuk memberi penerangan,’’ kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda . Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB dan saya tidak menjumpai sebarang dokumen yang mengaitkannya dengan syarikat ini. Malah, dakwaan yang mengatakan ayahnya atau kawannya menjadi pengarah di 1MDB juga tidak tepat. - http://www.utusan.com.my/rencana/1mdb-tamatkan-spekulasi-1.59530

4. There will not be any systemic threat to Malaysia’s banking system even if 1Malaysia Development Bhd (1MDB) defaults on its loan as local banks’ exposure to the state wealth fund is collateralised, said Moody’s Investors Service. - http://1mdb.com.my/news-coverage/1mdb-unlikely-to-pose-systemic-risks

5. Nur Jazlan, "In 1MDB's case, a reputable international auditing firm has done that and cleared it. So what are we going to produce as a basis to call up 1MDB and do our investigation?" - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/no-basis-to-audit-1mdb-again-pac-chief-says

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 4:47 PM

Atas sebab2 tertentu, ramai yang tak boleh akses blog chedet . Mohon copy paste dari sini dan errr ..... simpan

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 13, 2015 at 4:51 PM

Blog TDM dah kena suspend!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 4:55 PM

@Melayu Kampungcepat copy sebelum DT pun kena suspend ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 4:57 PM

Tu diaaa.. dah maii dahh.. bro din, harap2 blog DT tak terima nasib yang sama macam chedet.. najib & jho taik messed up with the wrong guy...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 5:08 PM

Saya bayangkan perbualan di satu tempat sejam lepas.

Konsultan: Datuk Seri, you should read this.. from chedet blog...
XXX baca sampai abis....
XXX: I want that oldman silenced!! Do whatever necessary! I just want that old g**zer shut the f**k up!!!

Geng najib dah main kasar.. i couldn't wait what Tun Mahathir's next action.. good luck to you too DT.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 5:15 PM

Account chedet dah kena sekat..suspended

Ada yang panas punggung..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 5:26 PM

Masalahnya kalau dah diexplain pun, bukannya mahu mendengar apatah lagi membaca,bukan nak sokong,kadang2 terfikir masyarakat sekarang

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 6:16 PM

Rakyat pilih Najib jadi head of govt, dia bukak perniagaan ala skim cepat kaya pulak. Memalukan rakyat yang dah pilih BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 6:23 PM

Din, ramainya yang terasa ngan kepedasan artikel Tun M tu. Tu lar, Tun M kalau bab sindir-menyindir ni memang tajam menikam sampai ke lubuk hati. Sebab itulah, ramai gak komen2 dalam blog DT ni yang backup Ah Jib Gor @ 1MDB.

Daripada apa yang aku lihat, seriusly aku tak nampak apa bisnes 1MDB ni sebenarnya. Seolah-olah macam meniaga duit jer sebab jarang kita dengar pasal cerita core bisnes 1MDB. Benda ni sebijik macam scammer yang lebih fokus kepada pelaburan ahli-ahli lebih daripada penjualan produk itu sendiri. Kita labur sekian-sekian untuk dapatkan untung sekian-sekian. Kerjanya cuma labur dan lebur. Pelaburan yang tak pasti apakah benar-benar boleh untung berlipat kali ganda. Money game amat2 berbahaya sekali kerana risiko kerugian adalah tinggi. Saya harap 1MDB tidak mengamalkan konsep sebegini dan mengamalkan urusniaga yang telus dan beretika. Ini kerana, kita bukan bercakap pasal jutaan ringgit tapi berbilion ringgit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 6:29 PM

Unknown...u silap...rakyat pilih UMNO/BN...ah jib gor jd head by default...dr dl lg umat Melayu xder confident ngan si ah jib gor bangang/takut kt bini ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 6:45 PM

Kalau Deepak the carpet seller pun boleh dapat keistemewaan $50 million dari Bank Rakyat kerana Rosmah melalui Menteri Ayam,ni kan lagi anak dia sendiri .

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 7:05 PM

@AnonymousBtol tu bro. Dulu Tun M sebelum bikin bisnes memang dah kaji dari segi marketing plan. Mesti boleh dapat untung punya. Kebanyakannya boleh dikatakan berjaya dan kekal berdaya saing sehingga sekarang. Antaranya ialah Petronas dan Proton. Tapi 1MDB masih belum menampakkan hasil yang membanggakan. 1MDB pun tak nampak apa produk yang dihasilkannya. Bisnes 1MDB sehingga kini masih lagi nampak samar2 jer. Urusniaga pun macam tak telus kerana tidak dihebahkan kepada umum. Terlalu nak berahsiakan daripada rakyat. Rakyat pun masih tertanya2 hingga kini 1MDB diwujudkan untuk apa dan apakah faedahnya kepada rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 7:21 PM

Anon 4.45.....

1. If you are a muslim, better seek apology cos if he does not forgivr you, GOD will not forgive you as well.

Points 1 to 5 stated by you are mere statrments. With doubtful personalities who made the comments, it is extremely hard to agree.

a. No one trust pak arab nowadays unlikr those during prophet muhammad

b. No.....not an indian like arul...snaky

c. Strictly a no no to moody.....s foreigner

d. Ha ha nur jazlan.....a no no

I do not necessarily agree with mahathir but this time facts are no match for fictions



....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 8:07 PM

Mahathir GAGAL menyediakan pelapis. ..dah pencen Bising pula. ..

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 8:37 PM

@Ted ManoffHahahaha .... cute la komen saudara :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2015 at 10:01 PM

Read between the line.....point no 28, dah la bold, in red pulak tu. "Siasatan Forensik". Audit biasa atau menyeluruh dan teperinci tidak akan tunjuk apa yang Madey cakap dalam point 28. Point 28, Madey sebut tentang Money Laundering. MONEY LAUNDERING.......Hanya dengan siasatan forensik, boleh menjelaskan pegerakan duit keluar dan masuk kedalam 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 10:07 PM

Orang muda ramai yg dah kantoi dgn brim..lulus tp loit tatak..hhhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 10:21 PM

Nak tanya bro din..berapa byk hamper yg diterima oleh ketua bahagian kerana terpaksa bersolidariti dgn 1mdb??..kalau ada ..ahli ahli umno akar umbi hanya nak tahu je.. tak belanja minum pun tak apa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 10:23 PM

Berfikiran Rasional dan tidak berpatisan dengan mana2 golongan

Setiap persoalan mestilah dijawab dalam bahasa mudah

Begitu jugalah apa yang rakyat mahukan dari Dato Seri Najib dan Jho low

Kepada ketua bahagian umno, janganlah pula menyokong yang membawa UMNO rebah (molek lah diberi amaran terlebih dahulu sebelum UMNO yg kita sayangi terkubur)

Jika tiada apa kesalahan 1MDB kenapa perlu takut?

Dato seri Najib perlu menjawab agar rakyat faham

Susah sangat kah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 10:27 PM

Wolf of Wall Street dalam wiki menyatakan filem itu made 360Million profit, mungin Tun M tersilap?
Din, This issue is just kacang putih, simple. Datuk Najib just need to prove his critics are wrong on 1MDB and just reply 'dengan hati terbuka' to Tun question. Case closed! and everyone live happily ever after. The END!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2015 at 10:34 PM

Cik dania.

Org berfikiran business ni, dgn modal sikit pun boleh jadi juta.. Tgk org cina, perlu ke die duit juta2 utk mula berniaga? Dgn duit yg sikit, kalau pandai berniaga , jual kicap pun jadi jutawan.. Ye mmg betul die as PM time tu mesti la tolonh anak die.. Kalau cik dania pun ade jawatan, adekah cik dania tidak buat utk keluarga cik dania.. Atleast pada zaman tun M .. Kita xseteruk skrang ni.. Zaman Tun M dlm kegawatan ekonomi kita ada klcc, sepang dan klia dan mrr2.. Rakyat malaysia patut bersyukur., bg saya biarlah org nak ckp tun M makan duit rakyat, tanpa Tun M malaysia mungkin x dikenali negara2 asing.. Tun M presiden kepada pertubuhan oic.. Negara2 islam.. Bila tun m cadangkan dinar emas.. Us pun takut, tgk mcm mana lantangnya tun m pasal israel dgn sekutu us. Zaman najib la yg paling byk guna duit rakyat.. Dgn harga barang naik.. Gst lagi.. 1mdb br1m .. Sbb tu la tun M brsuara.. Apa yg pencapaian terbesar najib waktu die jadi PM? Tiada....


Btw porsche anak tun M xsampai juta2 pun..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 13, 2015 at 10:35 PM

Apa jadi dengan laporan terhadap 1MDB oleh Dato' Paduka Khairuddin tempohari ? Siasatan sudah dijalankan ? Maksud saya, siasatan "forensik" telah dilakukan ?

Mungkin akan tercipta sejarah bagaimana Ummi Hafilda menjadi "hero" dalam menghentikan kegiatan tidak bermoral Anwar dan Khairuddin dalam menghentikan kegiatan tidak beretika dalam pengurusan 1MDB.

Apa2 pun, bom telah meletup! Siap sedia untuk menyelamatkan diri.....

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 13, 2015 at 11:39 PM

Tak sabar tunggu sidang parlimen minggu depan. Ada tak sesiapa dari geng 154 (macam geng kongsi gelap 02 Penang pulak....) akan bangun dah penuh bersemangat cuba menangkis serangan terhadap Najib dan 1MDB. Poster solidariti hari tu simpan lagi ke atau dah masok dalam tong sampah? Kalau ada lagi (maklumlah, tersangat lah solidaritinya mereka ni) jangan lupa bawa ke parlimen. Lebih elok kalau masing-masing turun dari kereta mewah sebelum pintu pagar parlimen dan ramai-ramai berarak ke parlimen sambil junjung poster. Baju merah jangan lupa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 1:11 AM

Sebenarnya Bro Din,..orang melayu dan ahli umno sendiri dah jemu makan gula gula ds najib. Apa yang melayu harapkan , hanya indah rupa dari kabar. ramai orang melayu dah kena kencing manis sebab selalu makan gula gula ds najib dan 1MDB hanya permulaan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 2:42 AM

Dia sound Tunku, bro
Najib siapa dia. Pasal nama dia ada Razak aje. Dia sekarang PM. Tapi perdana menteri yang rakyat tak mintak.
Dr.Mahathir memang berhak mendapat jawapan. Principal Auditor General Malaysia.
Dan rakyat Malaysia yang telah mengatur kemajuan Malaysia selama 40 tahun. Tanah Melayu has known Che Det for 60 years.
Nearing 90 years old grandfather questions a PM. Nuklear.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 14, 2015 at 11:07 AM

Setuju bro.. sbb nama bin Razak, bru dia naik jd PM.. mmg silap besar najib cari pasal dgn TDM..

....................
Reply To This Comment ...................
March 14, 2015 at 6:53 PM

@Ted ManoffSauadara salah apabila mengatakan Dr.m Gagal menyediakan pelapis.
Sebenarnya Dr.M telah bawa masuk UMNO dan didik pelapis atau bakal penganti beliau sejak 1982 lagi. Tapi malangnya, tanpa pengetahuan beliau, orang yang dipilih itu mempunyai tabiat 'suka main lobang jubor lelaki muda'. Kalau pun beliau tersedar dan mempercayai tuduhan Karpal Singh dan Mat Sabu di Parliament pada 1997, ia sudah terlambat untuk meletakkan orang lain sebagai penganti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:22 AM

Aku duk hairan bila aku dengar pemimpin2 lama bn kata malaysia dah maju...maju apa?
Internet pun slow dah la kena bayar mahal. Negara luar yg tal berapa maju pun internet pun laju bayar punya murah.apa da jadi ni..tak pasal2 mai pulak isu gst pa dia?
Dah la tu 6% beli air mineral pun kena 10sen. Guna khidmat kerajaan pos laju dah kena gst lepas tu kena lagi bil tambahan cam minyak adei. Bila gst dilaksanakan gaji kementerian menteri2 semua naik gaji kami rakyat makin miskin. Kerajaan guna duit rakyat untuk apa?
Beli kapal terbang baru, m1db hutang sampai billion.kerajaan malaysia ni boros. Bila duit yg rakyat bagi tak cukup diorang nak bayar hutang yg diorang buat diaorang nak kikis lagi duit rakyat sampai papa kedana. Setakat brim terima setahun sekali kami kena rompak hari2. Kesian la kat kami rakyat ni. Bukan semua kaya pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2015 at 6:26 AM

Minta tun bantu rakyat. Singapura negara maju pun gst 3% kenapa kita malaysia perlu dicontohkan oleh indonesia yg gst depa 6%. Indonesia bukan maju pun.
Isu gst ni boleh buat duit rakyat pokai.

Post a Comment