........... 1MDB - Berapakah Jumlah Hutang Luar Sekarang ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Berapakah Jumlah Hutang Luar Sekarang ?

Sunday, March 29, 20158comments


Rasa nak menulis tentang 1MDB lagi lah ..... mesti tension giler pro 1MDB, kan... Baru ni Najib selaku Menteri Kewangan telah umumkan bahawa -  "Hingga Januari 2015, jumlah hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan adalah sebanyak RM5.037 bilion," - BH 26/3

Dan kita juga diberitahu jumlah hutang 1MDB adalah RM41.9 Billion - BH 18/2. Saya percaya angka itu belum mengambilkira kesan kejatuhan nilai RM berbanding USD kerana ia konsisten beberapa bulan ini.

Bermakna jumlah hutang luar 1MDB adalah RM36.86 billion atau lebihkurang USD10 Bil. Tidak kedengaran 1MDB membayar sebarang hutang ..... kecuali yang baru ni dimana RM2bil dibayar melalui lubang baru yang digali lebih besar.

Dana Cayman yang disimpan di Singapura sehingga 12/3 masih belum digunakan untuk bayar hutang iaitu USD1.103, kalau mengikut kenyataan Najib.

SO ...... berapakah jumlah hutang 1MDB ketika ini ? Dan kepada siapa ? Tak perlulah disebut jadual pembayarannya tapi kalau nak sebut pun lebih afdal kerana bila ada dateline, impaknya lain sikit.

Menurut seorang rakan akauntan yang membuat pengiraan kasar - Jika Januari 01 dijadikan asasnya dan dihitung sehingga 28 Mac, penurunan RM terhadap USD adalah 4.99%. Ini bermakna, jumlah hutang luar 1MDB telah meningkat sebanyak RM1.748 bil ! ( kesan penurunan RM )

Jumlah hutang itu akan meningkat setiap tahun - 22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar. ( Chedet - 1MDB 13/3 )

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

Satu Malaysia dah tahu yang 1MDB terpaksa meminjam untuk bayar hutang RM2bil .....jadi siapapun rakyat Malaysia yang perihatin dengan negaranya pastinya mahu tahu kedudukan kewangan 1MDB. 

Jumlah hutang RM42 bil ( mungkin dah meningkat sekarang ) tapi nak bayar RM2 bil pun tak mampu dan terpaksa meminjam !

Berapa pendapatan 1MDB ? Berapa kos pentadbiran dan operasi ? Tak perlulah tepat, secara kasar pun jadilah untuk rakyat mendapat gambaran nya.

Apakah 1MDB terpaksa jual asetnya untuk bayar hutang yang diambil untuk beli aset itu ?

Apakah hanya melalui penyenaraian IPO saja jalan keluar 1MDB membayar hutang ?

Beliau berkata CIMB akan menilai cadangan tawaran IPO 1MDB pada akhir tahun ini untuk menyuntik dana bagi syarikat tersebut.

"Pemilaian oleh 1MDB berhubung IPO yang dicadangkan akan dibandingkan dengan pihak ketiga bagi memastikan nilai saksama untuk amalan tersebut," kata Ahmad Husni.- mStar 25/3

Jelas beliau, dana yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai pembayaran faedah pinjaman dan menyelesaikan pinjaman utama.

Persoalannya, jika penyenaraian itu tidak dapat dilakukan ?

Bagaimana dengan dakwaan Tony Pua bahawa 1MDB telah borrowed a whopping RMRM20.9 billion (based on current exchange rates). In short, 1MDB took RM20.9 billion of loans to acquire its power assets worth only approximately RM10.9 billion. -TMI.


Artikel ini tidak ada membuat sebarang tuduhan, sekadar bertanya - Berapakah kedudukan jumlah hutang 1MDB ketika ini serta jadual pembayaran ....... dan pendapatan nya ?

Lagi cantik kalau dapat didedahkan juga berapa gaji, elaun, bonus yang dibayar kepada pihak pengurusan serta pengarah2nya. Saja nak tahu .....

Ramai yang tertanya2 dan penjelasan dari pihak 1MDB mampu menamatkan spekulasi liar berkaitan perkara ini.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 12:11 PM

Persoalannya, jika penyenaraian itu tidak 'laku' dpa jadi? Kerajaan terpaksa masuk camour dan the rest is history.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 1:23 PM

Husin,

Disebabkan ada hutang dalam USD la, wang tunai 1MDB dalam USD di Singapura tu tak digunakan untuk bayar faedah RM2 bilion. (Isu kenapa tak bawa balik Malaysia tu valid tapi cerita lain). Kalau nak tukar matawang mesti kena bayar fee pertukaran. Macam kat pengurup wang tu. Rugi percuma je bayar fee. Lebih baik pegang janji Ananda masa jual IPP kat 1MDB dulu untuk dapatkan dana secukupnya. Kalau hutang dalam RM, pinjam dalam RM la. Rugi wo guna USD untuk bayar hutang RM sedangkan ada hutang USD gak, terutama masa USD tgh naik nih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 1:50 PM

Saya setuju 1MDB terlalu berani berhutang besar sampaikan ada masalah aliran tunai. Tapi perkara tu dah pun terjadi. Kalau ada kesalahan pentadbiran pun, kita kena fikirkan jalan penyelesaian untuk pastikan bahawa pelaburan yang telah dibuat tidak kerugian. Ada simptom penyakit tetapi masih boleh dirawat.

Buat masa sekarang, risiko kepada wang rakyat masih minima. Kenapa? Sebab 1MDB masih ada aset. Aset tu ada nilai. Katanya melebihi nilai hutang. Masalahnya adalah nilai aset akan berubah2 mengikut persepsi. Semakin kuat kita menimbulkan persepsi negatif, semakin kuranglah peluang kita mencapai potensi nilai aset yang kita ada.

Kenapa 1MDB nak apungkan saham (keluarkan IPO)? Sebab 1MDB nak aliran tunai baru untuk operasi dan mungkin langsaikan hutang. Rancangan 1MDB dah ok la tu. Biarlah mereka susuli. Kalau mereka gagal impaknya akan kena pada rakyat. Kalau mereka berjaya, rakyat juga yang akan dapat pulangan. Jadi lebih baik kita beri sokongan. Dari segi pelaburan, saya berpandangan pelaburan dan perancangan 1MDB ada potensi yang baik.

Dalam masa sama, dari segi pentadbiran kita tunggulah siasatan Jabatan Audit, PDRM dan SPRM sama ada terdapat salah laku atau tidak. Ini isu berbeza. Saya berpandangan bahawa jelas operasi 1MDB perlu ditambah baik daripada dahulu. Tetapi tidaklah sampai tahap tiada harapan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 3:21 PM

Se tiap kali kita mendapat Perdana Menteri baru,akan timbul cerita tentang kekayaan kaum kerabat mereka yg menjadi kaya raya. Era Pak Lah kita tahu Pak Lah telah mengambil rezeki Syarikat MAS dengan memberi anak nya Kamal dgn lesen Air Asia yg dapat banyak keistemewaan,yg kemudian nya hampir 'makan' MAS. Adik nya Pak Berahim pulak dapat 'golden goose' anak syarikat Mas Catering yang sebelum itu adalah sebuah 'gold mine' yg dapat menapung cash flow MAS grouping. Bila di tanya mengapa begitu ,mereka berkata"anak Mahathir duk buat duit selama 22 tahun,apalah salah kalau depa pun buat sedemikian.

Era Ah Jib Gor ,kita sudah nampak terang terang penjual carpet yg jadi kenalan Rosmah pun boleh dapat loan $50 million tanpa faedah dari Bank Rakyat.

Tak hairan bila Rosmah jadi FLOM,anak nya Reza pun teringin nasib kekayaan yg sama seperti anak2 Mahathir dan kaum keluarga Pak Lah. Dengan berkawan dgn cina wheeler dealer JLo tak hairan kalau dia 'cook up' satu 'mega' proposal utk Reza membawa kepada emaknya dan pak tiri dia.

Saga 1MDB ini bagi saya akan menjadi lagi akan complex as the days progressed. It is common knowledge sesiapa buka company di Cayman Island tujuan mereka adalah for Tax evasion and shady declaration of income or revenue. Saya fikir siCina JLo ni tak anticipate isu 1MDB ini menjadi panas sehingga hari ini semasa dia 'cook-up' proposal ini utk Reza. Dengan wujudnya ahli corrupt seperti Azman Mokhtar dan juga Nor Yakup dlm kerajaan,JLo fikir he and Reza can get away with the 'mega' proposal as long as these 2 people pun ada habuan mereka as long as they closed their eyes.

Kes 1MDB ini akan menimbul lagi fakta2 yg pelik as the days goes by as a 'Red herring" to closeup the shady deal ini.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 3:50 PM

1MDB ni bg aku hanyalah medium untuk najib,bini,anak dan kroni rembat bilion2 sblm mereka ditumbangkan rakyat pru 14 nti..

....................
Reply To This Comment ...................
Ros mah man sor hot
March 29, 2015 at 4:43 PM

Tapi kan din aku baru tefikir, nilai yg 1mdb beli 20 tapi harga skarang 10, 10 tu nilai objek tu. Mcm cth, kita beli van skolah lama vanette, harga 5 kita beli 10 tapi van vanette tu ada 10 tahun lagi contract pungut budak jadi sbenanye, nilai semua 5 + future earning. Jadi mungkin future earning dia 10 jadi nilai sbenar 15 tapi kita beli 10. Aku harap mcmni la 1mdb buat. Tapi ada jugak tebaca abam tony kata yg power asset dia beli tu mcm nak tamat dah tapi tak sure. Jadi aku sangka baik je buat masa ni atau sbenanye kalau amek kira future earning pun, 1mdb dah telebih bayar?

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2015 at 5:22 PM

Din bro...jangan pening2...aku senaraikan pakar-pakar ekonomi kita untuk rakyat lebih konfiden...
Najib
Ahmad Maslan
Hassan Malek
Zahed pun boleh dikira termasuk bijak pandai
Wahid maybank
Ahmad Husni

Letak je kepercayaan bulat-bulat kepada puak ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2015 at 8:06 PM

1MDB = "satu malaysia dah bengang" or "1 menteri dah bangang"...heheh. Tak payah pecah pala mikir...esok lusa lingkup la 1MDB tu...u and i juga yg kena tempiasnya..

Post a Comment