........... Sirul @ Altantuya - Jawapan TOTAL RUBBISH Dari Najib Yang Tidak Membantu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sirul @ Altantuya - Jawapan TOTAL RUBBISH Dari Najib Yang Tidak Membantu

Friday, February 20, 201520comments


Jawapan MENGARUT! dari PM Najib dalam isu Sirul @ kes Altantuya ternyata mendapat perhatian luas.

Najib pada mulanya memberikan ucapan Tahun Baru Cina dengan berkata beliau yakin rakyat Malaysia mampu menjadikan 2015 sebagai tahun yang baik walaupun berdepan cabaran ekonomi.

Sejurus selepas itu, pemberita mengajukan soalan tentang dakwaan Sirul, termasuk yang menyebut bahwa “orang penting yang mempunyai motif” dalam kes itu masih bebas.

Menunjukkan tidak setuju dengan dakwaan itu, Najib menggelengkan kepalanya berkali-kali dan mula beredar.

Diasak pemberita, Najib kemudiannya menjawab “mengarut” sambil tersenyum dan kemudian berlalu pergi.
- Mkini.




KLiK ke youtube.

Sebenarnya Najib sebut TOTAL RUBBISH! Dan Najib sudah pun menggelengkan kepala walaupun soalan dari wartawan belum habis. ( wartawan pun satu, tergagap2 tanya soalan )

Mungkin bila dengar nama Sirul dan act under ....  Najib sudah dapat mengagak soalan sepenuhnya dan terus mengTOTAL RUBBISH kan perkara itu.

Hmmm .... kenapa tak jawab jer dengan No Komen ? Tak pasal2 dah dijadikan satu isu pula. Atau ikut cara H2O yang saya kira lebih professional dalam menjawab -

"Itu hak dia. Saya tak tahu apa yang dia nak dedahkan, macam mana saya nak tahu ia baik atau buruk,"- astroawani.


Begitu juga dengan komen bekas KPN Musa Hasan -

"Polis juga perlu mengesahkan dakwaan Sirul sama ada ia benar atau tohmahan semata-mata"


Dengar dulu apa yang Sirul mahu cakap dan baru kita komen. Ini bukan soal kita nak backup Sirul .... kita terima keputusan mahkamah yang Sirul bersalah dan dihukum gantung. Cuma ramai yang tak berpuashati dengan keputusan yang dikira tidak lengkap tanpa ditentukan motif dan siapa yang arahkan pembunuhan itu.

Seperti yang saya tulis bulan lepas ketika komen kenyataan Razak Baginda ( KLiK ) -

Tidak ada siapa yang pertikaikan keputusan mahkamah cuma ramai yang merasakan ia tidak lengkap tanpa motif. Bila bendanya dibiarkan tergantung begitu, pastinya orang akan berspekulasi.


Dibuatnya Sirul mula bercerita di Australia, siapa pula yang akan mengadili dakwaan beliau ? Lagi bertambah serabut jadinya kes Altantuya. Sekali lagi perdebatan di luar mahkamah tidak dapat dielakkan.

 
Maksud saya, Sirul boleh cerita apa saja, beliau juga boleh kaitkan siapapun baik orang biasa maupun dari sekecil pemimpin hingga yang tertinggi. Dan cerita itu pula akan dibalas oleh pihak yang disebut... pung pang pung pang ..... di mana akhirnya ? 

 
Saya tak tahu SOP perundangan kita tapi saya harap sementara kedua pesalah itu masih hidup, dapatkanlah kepastian akan soal MOTIF PEMBUNUHAN ALTANTUYA.

MengTOTAL RUBBISHkan Sirul tanpa mendengar dulu cerita beliau, tidak membantu dalam meredakan gossip dan spekulasi liar tentang kes Altantuya. Malah ia mengundang persoalan lain pula.

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 11:03 AM

Buat apa dengar orang yg telah disabitkan dan dihukum gantung. Kenape dulu tak cakap semasa membela diri.
Apa yg Sirul cakap sebenarnya dia mengaku melakukan pembunuhan tersebut, maka memang tepat la apa yg mahkamah putuskan iaitu dia bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
Katanya dia diarah adalah kata-kata yg perlu dibuktikan di ma hkamah juga. Kenape bila dah nak digantung baru nak buat kenyataan. Siapa pula yg arah dia utk buat kenyataan juga perlu disiasat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 11:42 AM

Masa perbicaraan berlangsung, saya rasa Sirul tidak diberi peluang untuk membuat kenyataan kerana persoalan motif tidak ditimbulkan oleh pendakwa dan pembela....mungkin saya salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 11:44 AM

kalau bab ni puak puak PKR percaya bulat2, Najib terlibat,,,tapi bab liwat Saiful, Aljuburi difitnah...puuiiihh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 11:44 AM

Pembankang la siapa lagi.nak pesan to all Malaysian .. When u kill fled to Australia. There can accept u.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 12:44 PM

salam,
mereka (yg terlibat) berfikir mungkin akan dibebaskan seperti razak baginda. tapi tidak seperti yang diduga. mahkamah tinggi kata salah, rayuan bebas, persekutuan salah. so, tak macam yang diduga. so masa bicara, peguam bela dan pendakwaraya tak masuk motif ke dalam bicara dan hakim tak lihat motif ker? tu yang buat mesia hilang pulau batu putih pasal pendakwaraya dah tak cerdik gamaknya. gamaknya sirul dapat tahu bahawa dia akan disabit salah maka dia lari dahulu. sorang lagi tak kisah nak mati, macam2 cerita boleh buat, tapi apasal mereka yang terbabit tak tanya macam peguam bela anwar soal siasat saiful dalam kes liwat. kes liwat lebih teliti daripada kes bunuh kerana melibatkan vvvvvvvvvvvvip. kes bunuh tak ada yang bicara, tapi ambil pot bila ada yang lari dan baru terdengar orang ramai berfikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 2:35 PM

Bukan nak tuduhlah... si altantuya tu cantik orangnya... dan si sirul dan azilah ni bukan lah manusia THE SAINT.... dia lelaki biasa... korang ingatlah yek...kalau dah di anunya perempuan cantik tu cukup ker sekadar lepaskan ikatan dan biarkan dia berenang bebas..atau hapuskan sehancur2nya. aku dengar kat area sana ada GONOK buruk yang boleh jadi tempat serakah... atau senang nak kata kat mana2 pun boleh menyerakah....nama pun bukit cerakah...so agak2 korang sirul atau azilah nak kasitau tak selain dia bom dia buat apa sebelumnya....tak der org tanyakan?????..... WakAbi

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2015 at 2:50 PM

kenpa tak terus terang semasa d makhamah. perbicaraan dadakan secara terbuka bukan tertutup. isu ini timbul nak beritahu makhamah kita tak adil lepas anwar dapati bersalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 3:42 PM

Another case of a man who is out of touch with reality. Zaman sekarang kerajaan di kutuk dan Perdana Menteri dimaki hamun oleh rakyat jelata.

Kalau consultant Ahjibgor pro active mereka patut awal awal cerita yang si Sirul akan membuat tudahan yg palsu yg di sokong oleh pembangkang.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 6:22 PM

Itulah bezanya antara PM no.4 and no.6 ...antara langit dan bumi

Had it been PM No. 4, he would never indulge and get himself sucked into this kind of controversies.

In APANAMA blog, i wrote my comments on najib worse than pak lah eventhough the latter hadharically put everyone to a deep slumber

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 9:33 PM

Takleh la salahkan sirul jugak. Dia ambik order dari org atas. Mesti upah pun dapat. Skali bila dah sabit salah menyesal pulak rupanya wang ringgit dan kesetiaan tak memberi apa makna pun bg dia. Rasa bersalah pada diri, pdrm dan si mati pun datang. Inilah masanya utk menyatakan segala kebenaran sbb pembunuh sebenar masih bebas dan membahayakan nyawa org ramai. Beri dia peluang utk cerita semua kebenaran. Kata org kebenaran tu ada pada org nak mati dan dah mati. Mana yg masih hidup jgn bimbang biar org ramai sahaja yg mengindeks syariahkan anda spt yg diperkatakan. Pasal ni soal keselamatan. Tak salah jgn takut, kalau salah angkat kaki cabut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 10:58 PM

It cannot be manslaughter given the premeditated nature and horrific way of disposing the corpse. It is murder! and the motive of the murderer must be determined as clearly as possible, and whether there is a 3rd party involved in the grisly act. To execute Sirul w/o establishing the facts of the case would make our judicial system seem like the rubbish legal procedures of a banana republic.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 11:54 PM

Din, persoalan kehilangan data kemasukan Altantuya ke Malaysia sampai hari ini belum terjawab, malaah tiada siapa yang di tahan maupun didakwa. Is it coincidence record kemasukan Altantunya hilang bersama nyawanya??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2015 at 8:55 AM

apabila rakan sirul digantung, sampai mati, sirul pun mati..(kerana keputusan makhamah)...maka wajar saja lah diupah pembunuh membunuh nya....tidak kira dimana dia berada..cerita karut marut tidak didendangkan....kerana dia pilih sendiri tidak mahu kemakhamah...sekurang kurang nya bang noon ada telur dan gentleman menghadiri sidang makhamah...olih yg demikian apa jua cerita yg reka tidak lagi relevan.....ialha terpaksa ikut telunjut org yg dah sudah berbudi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2015 at 12:36 PM

DIN, sepaput nya di jawab secara 'Literature' is bukan 'TOTAL RUBBISH' tapi ketawa kecil dulu .. pas tu jab '' 'ALam FLora'. Gurau je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2015 at 12:43 PM

Jika soal motif pembunuhan itu penting, kenapa pihak peguambela tidak mengemukakannya semasa perbicaraan sebelum ni ? Di sini aku nak salahkan pihak peguambela 100% kerana sekiranya motif ini diungkit di mahkamah, berkemungkinan Sirul dan Azilah boleh dilepaskan kerana adanya unsur tekanan, arahan atau ugutan daripada pihak atasan. Tapi malangnya kenapa ianya tidak dijadikan fakta kes.

Oleh itu, sebelum mintak Najib jawab pasal perkara ni, sila tanyakan dulu kepada peguambela Sirul dan Azilah. Kita pon nak tau jugak kenapa pihak peguambela nak sorokkan benda ni daripada didedahkan kepada umum. Logik tak kalau benda tu boleh dijadikan alasan kukuh untuk melepaskan anak guam tapi peliknya sampai ke sudah tak digunakan langsung. Ada prawn di sebalik mee ke ? Jawablah wahai peguambela. Mana kredibiliti kamu sebagai peguambela ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2015 at 1:41 PM

Highest authority,dlm pej immigration pon involved? Mmg hebat tapi bangkai mana boleh simpan lama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2015 at 8:34 AM

Siapa peguambela sirul azhar dan kenapa peguam ini tidak timbulkan keraguan bahawa sirul membunuh atas arahan? Jika isu ini timbul di mahkamah, tiada sebab ruang mahkamah tidak boleh digunakan untuk mencari siapa dalang yg memberi arahan bunuh jika ada. Soalnya betul2 ada ke, sekarang sahaja direka dan diada-adakan? Maklum la, sirul dh dihukum mati, apa2pun akan digunakan sebagai talian hayat. Waima terpaksa menipu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2015 at 12:06 PM

Fakta dan fitnah bahan rujukan
Kesemua dibentang dikaji ditelaah
Selagi puncanya dari kerajaan
Yang fitnah fakta yang fakta fitnah

Isu didebat ke hilir ke hulu
Fitnah difaktakan dapat sambutan
Palsu itu benar, benar itu palsu
Reformasi dilaung anjuran PAKATAN

Rakyat dan reformasi alat tebusannya
Kecoh Anwar tiada penghujungnya
Puas dinasihat penat dirayu
Inilah realiti di bumi melayu

ANWAR.....AZIZAH....yang sudah sudahlah
IZZAH.....NUHA....yang salah salahlah
DARI ALLAH KITA DIDATANGKAN
KEPADA ALLAH KITA DIKEMBALIKAN

SADAQALLAHUL'AZIM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2015 at 12:53 PM

Sirul dah sebut masa perbicaraan dulu yang dia dikambinghitamkan dan pembunuh sebenar masih bebas, tapi kenyataan tu mahkamah malaysia tak mau pakai. Aku percaya Sirul ikut arahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2015 at 6:57 PM

Sirul ni pon kurang berfikir jika d suruh ikut arahan membunuh dari pihak atasan piee ikut buat hapa. Ikut ckp manusia sgghpon bossnya.
Boss suruh membunuh bkn srh mkn icecream.

Post a Comment