........... Segala Spekulasi 1MDB Sudah Terjawab - Utusan Kata | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Segala Spekulasi 1MDB Sudah Terjawab - Utusan Kata

Monday, February 16, 20153comments




Di bawah saya copy sepenuhnya wawancara Mingguan Malaysia.dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda. Komen saya warna biru.



MINGGUAN : 1MDB melunaskan pembayaran hutang RM2 bilion, yang didakwa pihak tertentu sebagai "tertunggak" dan bakal diisytihar NPL (hutang tidak berbayar). Apa signifikannya?

Arul Kanda : Pinjaman tersebut dibayar lebih awal dari tarikh akhir, sejajar dengan perjanjian kemudahan pinjaman. Dengan lunasnya pembayaran ini, saya menegaskan komitmen 1MDB akan terus memenuhi kehendak hutang kami, apabila tiba tempoh akhirnya. Yang paling penting, apa yang kami lakukan Jumaat lalu, diharap akan menamatkan segala spekulasi yang tersebar tentang kami. Terdapat banyak laporan tentang perkara itu, antaranya hutang 1MDB akan dilangsaikan oleh ahli perniagaan terkemuka, Ananda Krishnan.

Sejujurnya, Ananda sendiri pun tidak pernah bercakap apa-apa tentang perkara ini. Ini adalah satu spekulasi yang dimulakan oleh pihak ketiga. Fikirlah. RM2 bilion adalah satu jumlah yang besar dan ini sepatutnya melibatkan RHB dan Maybank tetapi mengapa mereka tidak membuat apa-apa pengumuman rasmi berkenaan perkara ini? Apa yang saya boleh katakan, kami akan berjumpa dengan pemberi hutang apabila ia sudah sampai tarikh akhir. Dan Jumaat lepas, telah kami buktikan. 

"Pinjaman tersebut dibayar lebih awal dari tarikhnya". Hmmmm .... tempoh akhir asal atau tempoh akhir last warning yang terakhir ?  Wartawan patutnya tanya kenapa hutang itu sampai tertangguh beberapa kali, apakah 1MDB berdepan dengan masalah kewangan ?

Kalau kita baca betul2 ayat di atas, Arul sebenarnya tidak menafikan pembabitan Ananda dalam isu pembayaran hutang RM2 billion itu. Beliau cuma kata yang hutang itu sudah dilangsaikan Jumaat lepas, itu saja.

Gali lubang tutup lubang .... apakah lubang baru yang digali itu sama besar atau saiznya semakin besar ?

Laporan New York Times minggu lalu, mengaitkan saudara dengan Jho Low. Sebenarnya, apa hubungan saudara dengan hartawan itu?

Arul Kanda : Ya, saya pernah berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Ini sama seperti saya berjumpa dengan orang lain yang terlibat dalam dunia perniagaan kerana saya berada di sektor perbankan. Tetapi Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB dan saya tidak menjumpai sebarang dokumen yang mengaitkannya dengan syarikat ini. Malah, dakwaan yang mengatakan ayahnya atau kawannya menjadi pengarah di 1MDB juga tidak tepat.

Ini satu lagi spekulasi. Jujurnya sebagai ahli perniagaan, saya tidak mahu memberi reaksi kepada sebarang aktiviti yang menjurus kepada berita-berita berbentuk spekulasi. Tetapi saya juga mempunyai kuasa untuk menghentikan apa jua cerita dibawa mereka. Apa yang boleh saya buat ialah akan terus bercakap secara jujur dan menerangkan fakta yang betul.

Nama saudara dikaitkan. Kenapa tidak mengambil tindakan menyaman pihak yang membuat tuduhan sedemikian?

Arul Kanda : Saya pernah terfikir (untuk menyaman) tetapi kita ada bisnes dan kita perlu pastikan projek kita dapat berjalan dengan baik. Kita tidak mahu semua perkara ini mengganggu apa yang telah kita rancangkan. Ini kerana, politik bukan bidang kepakaran kita. Sebenarnya, saya agak kecewa kerana setelah kita buka ruang untuk mereka datang berjumpa, masih ada lagi kenyataan-kenyataan tidak berasas dikeluarkan tanpa menyemak fakta yang betul dengan pihak kami.

Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu lebih cenderung kepada politik semata-mata. Saya amat terbuka dan sudah berjumpa dengan semua media yang mengkritik kami. Tetapi pihak satu lagi, tidak berbuat demikian. 

Apa lagi yang boleh saya buat untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Apa yang saya maksudkan "terbuka" dengan mereka adalah untuk mendapatkan maklumat yang betul tetapi bukanlah seperti menganjurkan debat atau forum. Malangnya, kadang kala bila saya buat kenyataan, ia diputar belit.

Selain itu, satu lagi perkara yang ingin disentuh ialah akaun tahunan syarikat. Walaupun, 1MDB sebenarnya ialah syarikat swasta dan bukan syarikat disenaraikan tetapi laporan akaun tahunan syarikat dibuat dengan teliti dan mempunyai 175 muka surat. Tetapi apabila kami terlalu terbuka pula, ada pula yang menyerang dengan menggunakan laporan tersebut.

Adakah 1MDB menetapkan tempoh tertentu untuk saudara pulihkan syarikat?

Arul Kanda : Lembaga Pengarah memberi ruang kepada saya untuk menilai segala keperluan dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum mengambil langkah tertentu untuk pulihkan syarikat. Tiada sebarang tempoh masa diberikan untuk tindakan ini diambil. Untuk itu, saya melihat kepada semua aset yang ada demi manfaat rakyat. Cabaran sentiasa ada kerana kami sedar mempunyai hutang yang perlu dilunaskan dan akan memastikan dapat menjana segala aset itu dengan baik.

Apakah perancangan syarikat bagi tahun kewangan 2015 ini?

Arul Kanda : Kami akan meneruskan tanggungjawab untuk meningkatkan nilai ke atas aset. Saya tahu dan sedar disebabkan salah faham yang timbul, orang lebih banyak bercakap tentang hutang kami berbanding aset-aset yang dimiliki, misalnya loji jana kuasa, yang mana telah selesai penggabungannya, macam-macam boleh dibuat seperti disenaraikan, jual syarikat atau jual stesen jana kuasa persendirian ini. TRX pula, bila tanah plot dah sedia, kami boleh jualkan kepada pihak swasta yang berminat.

Apa yang saudara maksudkan "Lembaga Pengarah memberi ruang menilai segala keperluan"?

Arul Kanda : Maksud saya ialah kami juga mungkin mempertimbangkan beberapa keputusan yang sukar demi manfaat pemegang saham kerana mempunyai tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Antara yang mungkin dilaksanakan termasuklah melupuskan aset, membatalkan projek, mempercepatkan projek atau letak lebih ekuiti ke atas sesebuah projek itu supaya lebih cepat dijalankan. Keputusan ini bukan satu perkara yang mudah kerana kami memiliki tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

Lupuskan aset luar negara dahulu?

Arul Kanda : Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan berbentuk spekulasi berhubung keputusan yang akan dibuat. Kami sangat terbuka berhubung perkara ini. Saya memberi contoh, jika kita membeli sekeping tanah untuk disimpan selama lima tahun bagi meningkatkan nilai tetapi pada tahun ketiga kita berdepan masalah hutang dan perlu melangsaikan bayaran tersebut, jadi tindakan yang boleh diambil, mungkin kita terpaksa menjual tanah tersebut. Bagaimanapun, dalam langkah melupuskan aset, seperti yang dinyatakan, kita bercakap tentang aset yang pelbagai dan nilai pada aset tersebut. Tidak semestinya pada aset-aset luar negara sahaja.

Misalnya dengan aset tenaga yang kita ada, macam-macam kita boleh buat sebagai langkah untuk menjana hasil daripada aset tersebut, begitu juga dengan projek TRX dan juga Bandar Malaysia. Bagaimanapun, bagi projek Bandar Malaysia, ia mungkin mengambil masa kerana kita perlu mengalih tapak pangkalan tentera di Sungai Besi itu. Tetapi kita yakin apabila adanya kemudahan kereta api berkelajuan tinggi di Bandar Malaysia kelak, kita tidak dapat bayangkan nilai yang dapat dijana daripada pembangunan tersebut.

Saya ingin memberi contoh bagaimana tiga projek utama di Kuala Lumpur iaitu KLCC, Mid Valley dan KL Sentral yang menyumbang kepada peningkatan nilai. Kuala Lumpur perlu dibentuk semula dan pembangunan baharu seperti ini dapat memberi manfaat kepada negara dan juga rakyat khususnya.

Benarkah nilai aset melebihi hutang ? Jika terpaksa membuat fire sales atau dijual dalam tergesa2, apakah nilai yang mampu dijual itu sama dengan nilai yang ditulis dalam akaun ? Contohnya, ada dakwaan yang mengatakan IPP dibeli dengan harga yang tinggi dari sepatutnya, apakah IPP berkenaan mampu dijual pada harga belian ?

Menyentuh tentang Pulau Cayman, masih ramai yang tertanya-tanya apakah rasionalnya meletakkan duit di situ?

Arul Kanda : Sebenarnya, kita tidak meletakkan duit di Pulau Cayman. Kita mendaftarkan dana di situ dan pelaburannya dibuat di seluruh dunia. Ini penting untuk kita fahami, bukannya duit yang kita laburkan di Pulau Cayman tetapi adalah dana yang didaftarkan.

Duit tidak diletakkan di Cayman?

Arul Kanda : Seperti yang dinyatakan, pelaburan itu dibuat di seluruh dunia dalam pelbagai instrumen dan lokasi. Cayman ialah satu daripada pengawal selia dana terbaik di dunia untuk membuka dana. Ini adalah kebenarannya dan kita boleh lihat beribu-ribu dana didaftarkan di Pulau Cayman. Dengan mengambil contoh Sime Darby, ia disenaraikan di Malaysia tetapi asetnya tidak semestinya hanya ada di negara ini sebaliknya ada di negara lain seperti Indonesia dan Papua New Guinea. Sama juga seperti dana, dibuka di bawah pengawal selia Pulau Cayman tetapi duit dilaburkan di seluruh dunia.

Nak tergelak pun ada ...... 

Saudara sedar kontroversi mengaitkan Cayman sebagai tempat menyorok wang oleh mafia?

Arul Kanda : Kita sedar ada yang mempertikaikan kenapa kita melabur dalam dolar Amerika Syarikat (AS), kenapa bukan di Malaysia dan kenapa bukan dalam Ringgit. Cuba lihat pada penyata kira-kira 1MDB, kami mempunyai AS$6.5 bilion (RM23.41 bilion) sukuk antarabangsa yang diterbitkan dan bila dapat liabiliti dalam dolar AS, kita perlu uruskan pendedahan mata wang memandangkan kita perlu bayar bon itu setiap tiga atau enam bulan. Jika kita simpan aset berasaskan dolar AS, secara tidak langsung akan mengurangkan risiko ke atas mata wang. Ini merupakan sebab mengapa wang itu disimpan dalam dana dolar AS dan ternyata mempunyai kelebihan dari segi cukai dengan berpandukan bidang kuasa dana.

Terutama dalam keadaan sekarang dengan penyusutan ringgit, secara tidak langsung memberi kelebihan kepada syarikat. Kita mempunyai aset dalam dolar AS dan dapat menebusnya untuk kegunaan kita. Saya difahamkan terdapat lebih 200 syarikat Malaysia bertaraf global yang juga mempunyai dana di situ. Jadi tidak timbul soal "mafia". Saya pasti pihak berkuasa Pulau Cayman juga akan sedih jika mendengar tentang perkara seperti ini. Tidak ada apa-apa hendak disorokkan kerana semuanya dinyatakan dengan jelas dalam akaun tahunan.

Cuba namakan beberapa syarikat Malaysia itu ? Mereka yang melabur di Cayman dipercayai mahu elak dari mata pihak berkuasa, maka ada yang bertanya, 1MDB mahu mengelak apa ? Tidakkah pelik dana syarikat milik penuh Kementerian Kewangan dilaburkan di Cayman ? Hedge Fund ? Halal haram ?

Apa jadi pada 60 peratus pelaburan yang ditebus tahun lalu? 

Arul Kanda : Kita sudah tebus 60 peratus daripada pelaburan itu tahun lalu dan penggunaannya semua dinyatakan dengan jelas dalam laporan tahunan itu. Tetapi malangnya, tiada siapa mahu melihatnya dari sudut positif. Kenapa orang yang menuduh ini tidak bercakap tentang ke mana duit itu, sebaliknya melihat tentang RM2.3 bilion. Tidak ada apa hendak disembunyikan. Menyentuh tentang baki 40 peratus itu pula, kita akan masukkan dalam laporan akaun selepas ini. Adalah tidak adil apabila orang mengharapkan kami untuk melakukan sesuatu yang di luar batasan kerana kami juga seperti syarikat-syarikat lain yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang syarikat.

Tidak ada siapa yang pertikaikan kewujudan dana itu sebab Arul sendiri sudah melihat penyatanya.... kita semua yakin dengan beliau.

Menyentuh tentang penyenaraian unit tenaga 1MDB, ada laporan media menyatakan akan dibatalkan kerana 1MDB akan menghentikan cadangan terbitan sukuk sebanyak RM8.4 bilion. Adakah ini juga satu spekulasi?

Arul Kanda : Maaf, saya tidak boleh memberi komen berhubung perkara ini kerana tertakluk di bawah garis panduan Suruhanjaya Sekuriti. Apa yang boleh saya nyatakan ialah tugas kami membangunkan aset di mana aset itu boleh dijanakan dan kami sentiasa mencari peluang terbaik untuk menjana aset berkenaan seperti aset-aset tenaga. Kami sentiasa meneroka peluang bagi meningkatkan nilai kepada pemegang saham.

Bagaimana dengan laporan tentang 1MDB akan menarik diri daripada projek jana kuasa 3B?

Arul Kanda : Sekali lagi, ini juga satu spekulasi dan kami tidak boleh mengeluarkan kenyataan lagi. Jika sesuai, kami akan umumkan kemudian, tetapi buat masa ini, kami tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

Bagaimana aset-aset milik 1MDB?

Arul Kanda : Berkaitan dengan aset, kami sentiasa mengambil kira kepentingan MoF dan juga rakyat. Sehingga 31 Mac 2014, aset dan liabiliti kami berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.


Sebenarnya, apa yang orang di luar sana boleh harapkan kepada 1MDB?

Arul Kanda : Kami akan terus fokus kepada perniagaan. Disebabkan isu hutang, orang lupa tentang asas syarikat ini, bahawa kami mempunyai 5,500 MegaWatt tenaga, antara terbesar di negara ini, terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kami melihat ini satu pencapaian utama bagi syarikat.

Di samping itu, tanah kami di TRX yang berkeluasan 28.33 hektar mempunyai saiz yang hampir sama dengan KL Sentral. Cuba tengok KL Sentral 12 tahun dahulu dan sekarang, jauh berbeza. TRX akan dilengkapi stesen MRT terbesar di Kuala Lumpur dan kami juga akan menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpangkalan di Australia, Lend Lease tidak lama lagi untuk pembangunan 6.88 hektar membabitkan pembinaan hotel, tiga menara kediaman dan pusat beli-belah dengan GDV dianggarkan RM8 bilion.

Bandar Malaysia pula yang melibatkan kawasan seluas 202.3 hektar di tengah bandar raya Kuala Lumpur akan menjadi hab komersial, budaya, pendidikan, sosial dan pengangkutan yang mesra alam. Apabila kereta api berkelajuan tinggi ditempatkan di situ, ini akan dihubungkan dengan MRT bersama pusat beli-belah Pavilion KL, KLCC, hotel termasuk pembinaan rumah mampu milik.

Orang sentiasa beranggapan hari ini dapat tanah terus boleh dibangunkan sedangkan ia melibatkan banyak kerja yang perlu diselesaikan pada peringkat awal seperti mendapatkan kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan berbincang dengan pihak Telekom Malaysia atau Indah Water Konsortium. Kita tidak boleh terus bangunkan dengan serta-merta tanpa ada perancangan.

Bagi saya, TRX dan Bandar Malaysia ialah projek multi dekad yang dibangunkan setakat ini. TRX sebagai contoh akan disambung dengan terowong Smart dan kami juga sebenarnya pada masa sama cuba untuk memperbaiki Jalan Tun Razak. Sekarang kerja-kerja di TRX masih di peringkat gali tanah dan akan ambil masa untuk disiapkan. Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan buat pengumuman terbaharu tentang rakan kerjasama.

Sebut tentang pembangunan tanah di TRX dan Bandar Malaysia, ada dakwaan yang ia dijual kepada 1MDB pada harga yang terlalu murah, yang kemudiannya dinilai semula beberapa kali supaya angka lebihan itu dapat dijadikan sebagai untung. Seperti yang pernah saya timbulkan dulu, apakah ada syarat khas pembabitan syarikat Bumiputera dalam pembangunan kedua2 projek mega itu ? 

Bagaimana pula dengan syarat pemilikan hartanah kelak ? Apakah Melayu sekadar mampu lihat saja ? Ada blog yang mendakwa 1MDB akan bantu orang Melayu dalam projek hartanah mereka ..... well, tidak ada disebut langsung dalam laman web 1MDB akan perkara itu. 

Apakah 1MDB ada sasaran tertentu untuk dijadikan rakan kerjasama projek ini?

Arul Kanda : 1MDB amat terbuka dalam soal ini dan kita keluarkan permohonan cadangan (ROP) kepada mana-mana syarikat sama ada tempatan atau luar negara untuk membuat bidaan pada tender projek.

TRX ini akan menjadi platform awal bagi 1MDB untuk membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, yang juga merupakan antara tugas utama kami.

Walaupun 1MDB dikatakan sebagai swasta tapi ia milik penuh Kementerian Kewangan. Jadi ahli2 parlimen berhak bertanya mengenai 1MDB. Mereka juga boleh bertanya apakah terma perjanjian antara 1MDB dengan Ananda.

Saya hairan bagaimana Utusan boleh pilih tajuk artikel sebagai 1MDB tamatkan spekulasi ? Masih banyak persoalan/spekulasi yang belum terjawab.

                         ************************** 



Ini pula komen dari A Kadir Jasin yang saya copy dari ruangan komen blog beliau -


A KADIR JASIN said... 1. Pembahas rahimlpp, antara lain, berkata: "Saya yakin kita semua telah membaca temuramah CEO 1MDB yang baru di Mingguan Malaysia pagi ini. Penjelasannya nampak macam tidak ada masaalah yang patut kita semua rungsingkan.

Seorang CEO muda bagitu yakin cuba memberi penjelasan kedudukan yang sebenar.

Dalam hubungan ini kedudukan integriti kewartawanan Dato tergugat sekiranya penjelasan yang diberikan oleh beliau adalah benar kerana Dato yang memulakan perdebatan mengenai kecelaruan dalam IMDB di blog ini. "

2. Saya kata begini. Kalau semua ok, mengapa berhutang besar, mana modal sendiri yang kalau tak banyak pun sikit?

3. Kalau semua ok, pasal apa tangguh bayar hutang sampai ancam NPL sistem pembankan?

4. Kalau semua ok, kenapa kena tunggu individu luar (T Ananda Krishnan) bagi pinjaman baru boleg bayar hutang?

5. Kalau ok, kenapa tak jual aset sendiri untuk bayar hutang sebaliknya terhegeh-hegeh minta bantuan Ananda Krishnan?

6. Kalau 1MDB tabung berdaulat negara dan syarikat strategik, pasal apa kerajaan tak bagi pinjaman untuk bayar hutang?

7. Kalau semua ok, saman semua orang dan pihak yang kata 1MDB tak ok.

8. Soalnya bukan semua wartawan dan pengarang MAP faham ekonomi dan perniagaan. Jadi ok sajalah apa yang 1MDB kata.

9. Saya pohon pembahas rahimlpp dan semua yang terhuja dengan diayah 1MDB agar baca balik semua tulisan saya mengena 1MDB.

10. Kalau semua mengenai 1MDB ok, mengapa tangguh berkali-kali IPO unit tenaganya?

11. Kalau semua ok pasal apa tahun lalu rugi hampir RM700 juta?

12. Kalau semua ok pasal apa ganti Presiden dan CEO (Melayu) dan tergesa-gesa bawa balik Kandasamy dari luar negara?

Dan satu lagi -

A KADIR JASIN said... 1. Just to add to my response to debater rahimlpp.

2. Arul Kanda Kandasamy, 1MDB's new president and CEO, was quoted as telling Mingguan Malaysia: "To be honest, Ananda himself had never said anything about this. This is a speculation started by third parties," adding that if Ananda was involved in settling such a large sum of debt to CIMB and Maybank on behalf of 1MDB, there would have been an announcement.

3. The question is, how often did 1MDB made public its dealing?

4. Legally, 1MDB does not have to make public its dealings because it is not a public-listed company.

5. Ananda hardly makes statement to the press and if the RM2-billion loan to 1MDB is a private arrangement, nobody has to know.

5. But when we put two and two together, we get the answer. 1MDB announced that it paid RM2 billion loan to the banks at the very same time that the news broke that Ananda was extending the same amount to 1MDB.

Apakah anda setuju wawancara Arul di atas telah menamatkan sebarang spekulasi 1MDB ?

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2015 at 8:28 AM

Arul sir,

You may have made a great effort to clarify, to explain and to certain rebut some but not all the criticisms, anxieties etc. Unfortunately i am not convinced of lame response and shoddy pictures painted.

1. Why the delay in settling debts if you confidently said that everything was fine?

2. Why the need to reschedule payment of debts if you have the funds?

3. Be honest, where did you get the money to pay for the debts?

4. If you are a muslim, speak the truth...is ananda giving you loan to pay for the debts?

There are many other critical questions remaining unanswered!

So utusan malaysia' comment that all speculations answered is far from stopping critics but enhanced or heightened more speculations

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2015 at 5:24 PM

Apa pun saya harap kerajaan Ahjibgor ada budget utk pembelanjaan operation luar negara utk penyakit belakang Anwar Ibrahim.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2015 at 6:28 PM

Kalau nak perangkap pemimpin be end dengan duit ni memang susah le beb. Duit ni mainan dorang je.

Ko cakap lubang kat sana. Dia korek kat sini tutup lubang kat sana.

Sekelip mata.

Dorang dah kaya le. Rakyat je yang miskin.

Post a Comment