........... RM1200 Untuk Cat Rambut ? ! - Amboi Mahalnya ! Pendedahan Rosmah Wajar DiPuji ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

RM1200 Untuk Cat Rambut ? ! - Amboi Mahalnya ! Pendedahan Rosmah Wajar DiPuji !

Tuesday, February 24, 20159comments

Pendedahan yang dibuat oleh Rosmah di bawah sewajarnya mendapat perhatian dan tindakan SEGERA dari pihak berkuasa. Mungkin pihak KPDNKK selama ini hanya menumpukan perhatian kepada premis2 perniagaan tanpa menyedari bahawa perniagaan dari rumah ke rumah juga terdedah kepada sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang tidak berhati perut, yang sengaja menaikkan harga sewenang2nya.

Bayangkan ....nak tempah baju kurung pun payah nak dapat kurang dari RM500 sepasang ! OMG !!!!!

Satu lagi pengalaman pahit dari Rosmah - "Sekarang ini bila saya nak cat rambut dekat rumah dia (pendandan) sudah caj RM1,200. Amboi mahalnya! "

What ???? RM1200 ???? OMG !!!! Baldi Hell ... Korang pakai dakwat celup jari buat cat rambut ke apa ? ?

Agak2 la nak naikkan harga pun. GST belum diperkenalkan lagi, dah naik harga. RM1000 pun dah kira mahal sebab harga minyak dah turun. Takkan tak boleh caj RM900 ke .... ada ke sampai RM1200 .... i don't believe this ! 

Dengarlah rintihan Rosmah yang mewakili para surirumah semua -

“Inilah perkara yang merisaukan kita suri rumah tangga yang tidak berduit dan yang tidak berpendapatan,”

Dan pastinya fenomena ini turut menggusarkan hati para suami. Mana mungkin suami nak senang hati kalau isterinya berasa risau. 

Jadi kepada mereka yang buat house call sebegini, mohon bertimbangrasalah sikit dalam keadaan rakyat berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Jangan sampai rakyat boikot perkhidmatan anda pula sebagai tanda protes.

Terimakasih kepada Rosmah di atas keberanian mendedahkan perkara ini.  Keperihatinan Rosmah terhadap keperitan hidup kaum wanita terutamanya para surirumah yang tidak bekerja sewajarnya mendapat pujian.

TERBAIK !

 Mkini.
PS - Saya hairan kenapa para bloggers tidak ikut sama mainkan isu ini ? Ayuh kita bersama Rosmah membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini !

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 1:14 AM

aisehman harga mahal sebab rambutterlalu besar ke atau pelanggan cerewet.

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2015 at 1:19 AM

Kita hanya bercerita ttg cat rambut..apa kata kita cerita pula tudang..ada tudung yg menampakkan bentuk payudara iaitu tudung singkat yg harganya mencerah ribuan ringgit..paling bangsat pun harganya rm500 sehelai..ada sesetengah hampir rm2000 sehelai..kita harap datuk hassan malek menyiasat perkara ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 1:20 AM

Boleh percaya ke berita dari malaysiakini ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 2:24 AM

Ala gebang aja lebih tu..First Lady le kata kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 5:55 AM

Naik jet keliling dunia sampai hangus ratus ribu wang pembayar cukai ko tak nak cerita ke cik rusma?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 7:58 AM

CAT rambut ni..mandi wajib lepas ke?..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 8:35 AM

Sdra Din, saya kurang setuju isu di atas di debat kerana isu ini trivial, nothing compared to iniatives to make najib a more meaningful PM.

Bagi saya, gerakan harus dibuat macam mana nak suruh najib sedar dari tindakan beliau yang sangat merugikan negara, khasnya melayu dan muslim. Kecenderungan melupai melayu dan muslim yang mengundi dan menaikan nya jadi PM; mengalah kepada bangsa yang ditahu tak akan menyokong dan mengundinya at the expense of orang melayu; abolishment of ISA walaupun now hanya academic; cobaan menghapuskan akta hasutan; pemberian BRIM yang boleh menimbul kesan negatif pada kewangan negara dan sebagai political corruption; 1MDB, TPPA; tidak mahu mendengar nasihat; campurtangan isteri dlm pentadbiran...sesuatu yang tak pernah berlaku zaman regim PM1 hingga PM5 dan banyak lagi.

Panggilan orang supaya najib turun takhta is deafening. Sdra should think of how to get things moving such as taking a survey of who the rakyat want to take over from najib. Collaborate with KD, AKJ, ZAM, APANAMA, ROCKY BRU to start the ball rolling. Pru14 is not too far away. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 9:32 AM

Pakai tudungkan senang.Macam-macam ada!Corak dan warns.Pilih mana yang suka.Sama ada rambut terurus atas tidak tudung akan menutupi daripada pandangan awam.Lebih menjimatkan dan praktikal.Itulah kelebihan jika patuh Quran!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 8:05 PM

@Anonymous
Ya lah pakai lah tudung semua kritikan akan reda segala gala nya otomatik jadi ok.

Post a Comment